RSS

15 Mac

APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…

INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!

 

Syarat utama bagi kejayaan dalam sesuatu komunikasi (perhubungan) ialah kepercayaan. Yang dimaksudkan dengan kepercayaan dalam perhubungan ialah rasa percaya seseorang terhadap orang yang dihubungi – jika perhubungan itu keluar. Atau kepercayaan seseorang terhadap dirinya sendiri – jika perhubungan itu ke dalam diri sendiri.

 

Sekiranya kepercayaan seseorang itu tinggi terhadap dirinya sendiri, maka ia akan berjaya dalam komunikasi dengan dirinya sendiri.  Sebaliknya, jika kepercayaan seseorang sudah terjejas, apalagi jika sudah pupus, maka sukarlah komunikasi berlaku samada secara dalaman atau luaran.

 

Komunikasi dalaman, sangat berkait dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Sedangkan komunikasi luaran berkait dengan kepercayaan terhadap orang lain. Kita akan gagal berkomunikasi dengan diri sendiri jika kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi lemah. Dan begitu juga, kita akan gagal berkomunikasi dengan orang lain jika kita tidak ada sifat saling percaya-mempercayai.

 

 

Sikap tidak mempercayaai diri sendiri adalah lebih merosakkan kita daripada sikap tidak mempercayai orang lain. Orang yang tidak percaya akan kemampuan, kebolehan dan kelebihan dirinya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, kita mestilah selalu mempertingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri, untuk membolehkan kita melakukan ‘self motivated’. Dan salah satu cara untuk ‘self motivated’ ialah dengan melakukan komunikasi dalaman.

 

Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu memperkatakan tentang bagaimana seseorang dapat  membantu seseorang yang lain melalui perantaraan komunikasi. Tetapi jarang kita mendengar seseorang membantu dirinya sendiri melalui perantaraan komunikasi. Apakah kita perlu bercakap-cakap dengan diri sendiri? Apakah ini gila namanya? Kalau boleh, bagaimana? Bagaimanakah yang dikatakan kita sedang berkomunikasi dengan diri sendiri?

 

 

Antara dua bahagian komunikasi ini, komunikasi dalaman mempunyai  kesan yang besar pada manusia. Sayangnya, ia selalu diabaikan dan dipinggirkan berbanding komunikasi luaran. Tidak seperti komunikasi luaran yang kerap dititik-beratkan, dijaga dan dipelajari, komunikasi dalaman kekadang tidak dipedulikan lansung, apalagi hendak dipertingkatkan Manusia kerap kali mementingkan hubungannya dengan manusia lain, tanpa menyedari bahawa dia juga amat perlu untuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan komunikasi ke dalam diri.

 

Kemahiran berkomunikasi dalaman inilah yang boleh menentukan kemampuan seseorang memilih responnya. Jika kemampuannya tinggi, maka semakin berkuasalah seseorang dalam memilih tindakannya dan semakin berjayalah ia dalam hidupnya.

 

Banyak faktor yang menentukan kemampuan atau tahap komunikasi dalaman. Antaranya yang paling utama ialah faktor keyakinan. Keyakinan mempunyai kesan yang sangat besar kepada pancaindera yang lima bila berdepan dengan respon. Siapa yang mempunyain keyakinan yang kuat, maka pancainderanya juga akan kuat untuk mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang positif terhadap respon yang dihadapinya.

 

Keyakinan pula dibentuk oleh ibu-bapa, suasana, kawan, guru dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup. Jika keyakinan kita positif, maka positif jugalah komunikasi dalaman yang berlaku ke dalam diri kita. Orang yang mempunyai keyakinan yang kuat dan positif, akan menjadi seorang yang rajin, positif dan optimis. Sebaliknya, jika keyakinan seseorang lemah, maka seseorang akan menjadi malas, negatif dan pesimis.

 

Faktor kedua ialah percakapan terahadap diri sendiri. Percayakah kita bahawa dalam sehari kita lebih banyak bercakap dengan diri sendiri berbanding  bercakap dengan orang lain. Malangnya, 70% percakapan terhadap diri sendiri ini adalah negatif. Untuk berjaya, percakapan yang negatif ini mesti ditukar kepada yang positif. Jika tidak, kita akan melakukan sabotaj terhadap diri sendiri. ”Aku tidak boleh” mesti ditukar kepada ”aku boleh.”

 

Jadi, semaklah apa yang kita selalu katakan kepada diri sendiri… Apakah negatif atau positf? Jangan biarkan kita menjadi musuh terhadap diri sendiri dengan komunikasi yang menyebabkan kita ’gagal’ sebelum gagal!

 

 

 

 

 

 

 
40 Komen

Posted by di 15 Mac 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , ,

40 responses to “

  1. asma

    15 Mac 2011 at 12:28 pm

    tq,,,think +ve!!!!

     
  2. شاح

    15 Mac 2011 at 12:30 pm

    Salam Ustaz Pahrol.. Agak lama tidak meninggalkan jejak pada Genta-Rasa.. Alhamdulillah, sekarang agak perlahan mengikut teratak ilmu ini.. Insya-Allah dalam masa terdekat ingin kembali ikut rapat rapat agara ilmu yang dapat dikongsi dengan semua agak lebih erat erat.. Sebenarnya baru balik dari tempat jauh.. Masih penat lagi.. hehe

     
  3. gentarasa

    15 Mac 2011 at 2:49 pm

    Salam Shah,
    Kirim salam “assalamualaikum’ kepada keluarga Shah. Mudah-mudahan dapat berkat musafir.

     
  4. Adilla Harun

    15 Mac 2011 at 3:09 pm

    Saya benar-benar perlukan motivasi sebegini!. Sungguh berterimakasih pada Ustaz. Tanpa sedar, Terlepas pandang pada diri sendiri juga sering berlaku dalam kehidupan.

     
  5. نور علياني عبد المنير

    15 Mac 2011 at 4:21 pm

    Assalamualaikum, ustaz. Terima kasih atas perkongsian ilmiah yang sangat berguna. Moga sama-sama kita apikasi dalam diri kita :)

     
  6. Ana

    15 Mac 2011 at 4:28 pm

    assalamualaikum ustaz.terima kasih atas nasihat yang disampaikan. berfikiran positif itu memang penting tapi macam mana kita nak bezakan atau elakkan daripada perasaan ujub. terima kasih

     
  7. zie

    15 Mac 2011 at 7:05 pm

    sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik. awesome ^_^

     
  8. wardatul

    15 Mac 2011 at 7:51 pm

    masyaallah ust,t,bila terbaca entry ni telah beri semangat baru untuk saya meneruskan hidup. tidak dinafikan kita dibelenggu dengan masalah yang dicipta oleh diri kita sendiri.setiap masa kita perlu bersangka baik n positif sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hambanya.. t.kasih ustaz smg ustaz sentiasa diberi ilham n beroleh rahmatNya.ameen…

     
  9. kesidang

    15 Mac 2011 at 8:43 pm

    salam

    yakin boleh
    aku boleh
    insya Allah boleh!!!!!
    tapi…bila diluahkan dalam bentuk tindakan terus jadi tak boleh …hmmmm….macam mana tu…kena banyak belajar lagi nampaknya..

     
  10. mumtaz

    15 Mac 2011 at 9:52 pm

    assalamualaikum ustaz..
    saya cuba baca setiap tulisan ustaz yang kene dengan masalah yang sedang saya hadapi..ingin mencari ilham dan ketenangan serta sumber inspirasi melalui tulisan ustaz.. dan alhamdulillah, tulisan ustaz kali ni benar2 menepati apa yang saya cari-cari.maha suci Allah..Dia maha tahu apa yang ada dalam hati hamba-hambaNya..
    sekarang ni saya memang sangat kurang keyakinan diri..rase macam diri ni sentiasa gagal.takberguna..rasa benci pada diri sendiri..saya sangat susah nak menjiwai setiap amal ibadah yang saya lakukan..itupun akan buat saya lemah semangat..saya tak tahu apa yang boleh mencetus semangat dan azam yang tinggi dalam jiwa saya..selalu lemah semangat dan ia membuatkan saya malas untuk buat apa2 sedangkan banyak kerja menanti..apa yang blh saya buat ustaz..Allah dah tolong saya bangunkan saya di awal pagi untuk saya merayu padaNya..tapi saya tetap malas untuk bangun sedangkan saya sangat berharap dapat merayu merintih padaNya di awal pagi..mohon nasihat ustaz untuk saya bina kembali kekuatan dan semangat serta keyakinan diri yang telah hilang dan bagaimana untuk saya mengekalkannya..maaf menyusahkan ustaz..
    syukran~

     
  11. adilah nordin

    15 Mac 2011 at 10:42 pm

    thanks….

     
  12. nor azmah

    15 Mac 2011 at 10:48 pm

    Salam wrb.,Ustaz Pahrol..semoga sentiasa dirahmati Allah SWT…InsyaAllah.

    sebelum ni, saya hanya mengikuti tulisan dan karya2 ustaz di dlm majalah solusi..dan laman iluvislam.com

    alhamdulillah, hari ini tergerak hati utk mengikuti blog ustaz pula..
    Alhamdulillah..jejak saya tidak sia-sia..banyak ilmu yang saya dpt kutip di sini..insyaAllah..terima kasih,ustaz..
    Semoga saya akn terus berkesempatan mengikuti blog ini..:)

     
  13. maharany

    16 Mac 2011 at 10:37 am

    Assalamu’alaikum…

    Bolehkah ana membaca blog anda, bagus sekali..
    syukron

    -Ranny_

     
  14. huzaifah

    16 Mac 2011 at 12:16 pm

    Assalamualaika Ustaz.

    selama ini saya punya keyakinan ditahap sederhana pada diri sendiri dan alhamdulillah selepas membaca tulisan ustaz rasa mendapat satu suntikan baru.

    syukran ^^,

     
  15. adilah nordin

    16 Mac 2011 at 10:38 pm

    salam ustz…saya msh tertanya-tanya macam mana hiburan mengikut ajaran islam…boleh tak ustz. tolong buat satu artikel mengenai ini agar saya lebih jelas mengenainya..saya berharap ustz boleh menolong saya…syukran…..

     
  16. nur 'izzati

    16 Mac 2011 at 11:01 pm

    assalamualaikum w.b.t
    alhamdulillah…sungguh ana pun tk mnyangka bhwa kita mmpu self motivated dgn ckp sorang2. syukur Allah mnyampikn hikmahnya melalui ini..

     
  17. Iklil

    17 Mac 2011 at 12:58 am

    salam ustaz..

    sekali lagi ustaz tlah mnjawab prsoalan hati sy..
    truskan mngarang tinta dakwah.. sy akn setia brsama ustaz. InsyaAllah. ^_^

     
  18. nadia

    17 Mac 2011 at 6:48 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    Benar sekali apa yang di tulis oleh ustaz. Dengan berkata aku boleh yang menyebabkan kita pecah potensi diri ke arah yang lebih tinggi!

    Saya boleh berjaya untuk sem pembelajaran saya di sini! Ustaz boleh berdakwah dan menghasilkan lebih ramai lagi para da’ie, dan pembaca boleh lagi membaca dan menimba ilmu supaya menjadi pembaca yang konsisten lagi mendapat redha Allah~Amin, insyaAllah~

     
  19. Hanafi

    17 Mac 2011 at 8:36 am

    Salam ustaz, saya baru mula membaca “Nota fikir untuk zikir.. kupasan yang menarik, dari perspektif yang tertarik.

    Teruskan berjuang ustaz di atas jalan yang lurus ini.
    (saya mula mengikuti hasil tulisan ustaz sejak karya ustaz di zaman Al-Arqam dulu).

    Barakallahu fik.

     
  20. Nisah

    17 Mac 2011 at 10:15 am

    Assalamualaikum semua,

    Terima kasih ustaz dengan kata-kata motivasi yang diberikan.

    Ya….., saya mampu lakukan!

     
  21. kasuma

    17 Mac 2011 at 11:05 am

    syukran….mohon untuk perkongsian maklumat.

     
  22. linlin

    17 Mac 2011 at 11:06 am

    Terima kasih ustaz..disaat saya tercari2 keyakinan dalam diri..Sy membaca tulisan ini..Sy selalunya positif, tetapi apabila berhadapan dgn teguran org..sy rasa sedikit tersinggung dan goyah..Bukan beerti saya tidak dapat menerima teguran. Dalam perhubungan, sy adalah seorang yg menerima seadanya…Saya boleh menerima 100% kelebihan dan kekurangan orang lain sehinggakan saya terlupa kekurangan diri sendiri… Saya terlupa walaupom sy menerima org lain seadanya, tp saya perlu bersedia untuk menilai diri sendiri yang akan dinilai oleh orang lain..

     
  23. wanda queen

    17 Mac 2011 at 11:42 am

    Alhamdulillah ustaz. Memang benar, kerana kita jarang berkomunikasi diri, muasabah diri, maka kita lupa diri.
    Saya nak minta tolong ustaz utarakan pandangan tentang isu bercinta / skandal suami orang dengan isteri orang atau sebaliknya. Nuzubillah ya ustaz. Fenomena tu amat menakutkan, rasanya lagi hebat daripada tsunami melanda Jepun.

     
  24. ameerah

    17 Mac 2011 at 1:26 pm

    Salam ustaz…

    kekadang diri ini slalu berfikiran positif..
    kekadang fikiran negatif lebih menguasai diri sehingga memakan diri sendiri…

    terima kasih atas tulisan ustaz..
    smoga menjadi ikhtibar buat diri saya..

     
  25. siti

    17 Mac 2011 at 1:26 pm

    salam,

    Benar ustaz..saya sering berkomunikasi lebih kpd perkara negatif dlm diri spt merasa rendah diri dan gagal.insyaallah,dgn tulisan2 ust mudahan byk kelemahan dpt sy atasi.saya sentiasa menanti entri2 ust dr semasa ke semasa.terima kasih,moga Allah sntsa memberi kekuatan dan semangat kpd ustaz.

     
  26. nazifah

    17 Mac 2011 at 4:42 pm

    salam ustaz.

    nampaknya saya mendapat semangat baru lagi hari ini..alhamdulillah.semangat positif hadir pada saat ianya sangat diperlukan..sesungguhnya cabaran hidup setiap hari membuatkan fikiran2 yang selalu positif diperlukan.semoga ustaz dpt terus menulis bait2 kata yang positif=)

    ~~mohon sharing ilmu ini…

     
  27. wan

    17 Mac 2011 at 7:05 pm

    Salam ustaz. terima kasih atas perkongsian itu. saya amat suka dengan post ini. Ianya ada persamaan dengan apa yang saya kaji selama ini. Semoga ianya boleh memberi banyak manfaat untuk semua. lebih-lebih lagi kepada mereka yang selalu lemah semangat

     
  28. SuXie

    18 Mac 2011 at 12:29 am

    Assalamualaikum..kes sy sma mcm mumtaz..
    mohon sgt2 komen ustz

     
  29. Nurma

    18 Mac 2011 at 5:29 pm

    Terima kasih kerana memberi saya lebih banyak ilham untuk membantu dan mengubah diri saya menjadi insan yang lebih baik.

     
  30. ath_ifah

    19 Mac 2011 at 9:14 pm

    alhamdulilah… moga sentiasa berigt utk think positive!

     
  31. salwa

    19 Mac 2011 at 9:55 pm

    BE POSITIVE and ALwas think positve..thnks ustaz for the good article:)..jazakallah

     
  32. baihaqi hassan

    20 Mac 2011 at 4:55 am

    salam us pahrol, terima kasih banyak atas artikel di atas. kuasa kepercayaan kepada diri meningkatkan keberkesanan komunikasi dalaman dan kepercayaan kepada orang lain pula meningkatkan keberkesanan komunikasi luaran.

    saya ada satu soalan berkaitan dengan buku ustaz, 7 langkah mukmin profesional tu,

    apa maksud ustaz Allah kuasai manusia dengan ikhlas. apa maksudnya, ya?

    (adakah maksud us, tanpa ikhlas, Allah tak mampu kuasai hati kita? dan bukankah yang lebih penting kita kuasai hati kita supaya ikut apa yang Allah nak kita buat.)

    terima kasih :)

     
  33. waka waka

    20 Mac 2011 at 10:30 am

    terima kasih ustaz atas tulisan yang menaikkan motivasi…mmg pun ckp sorng dpt tenang kan fikiran yg celaru….tapi macam mana ustaz nak berkomunikasi balik dengan orng yang selalu ‘down’ kita….

     
  34. zurin

    21 Mac 2011 at 3:36 am

    Assalamualaikum ustaz. Alhamdulillah,terima kasih ustaz kerana tulisan2 ustaz banyak membantu saya dalam mengharungi hidup ini. Saya ingin bermujahadah menuju ke jalan yang diredhai-NYA. INSYAALLAH.

     
  35. wan

    23 Mac 2011 at 4:54 pm

    salam tuan yang dimuliakan allah.. tulisan-tulisan tuan disini sebenarnya menambahkan lagi kefahaman saya dari pembacaan-pembacaan buku yang tuan tulis.. apatah lagi 2 buku yang saya miliki iaitu nota fikir untuk zikir dan mukmin profesional..

    Setiap kata mempunyai makna…. pelbagai makna yang di cernakan.. kadang kala.. tersasar dengan ape yang si penulis maksudkan… makna dan maksud.. dua perkataan yang berlainan dan makna yang sangat berbeza…

    saya hanya mampu menafsirkan setakat mana ilmu yang saya ada.. mudah mudahah allah membantu saya… dalam mencari kefahaman hidup seorang mukmin..

    terima kasih..

     
  36. gentarasa

    24 Mac 2011 at 11:35 am

    Salam,
    Tolong saya… di muka surat yang mana? Insya-Allah, saya akan jelaskan atau betulkan nanti. Syukran sangat-sangat Baihaqi.

     
  37. sunah suka sakura

    28 Mac 2011 at 12:16 pm

    Salam ustaz..dah terlalu lama saya tak menjejak ke sini..beberapa hari lepas, alhamdulillah akhirnya saya berpeluang menemui ustaz dalam kem GESPER’11 di Janda Baik…saya sebagai fasi turut tertarik dengan talk ustaz mengenai kenali diri. banyak input yang saya dapat, terima kasih…

    dan saya kongsikan juga sedikit penyampaian ustaz di sini:

    http://www.sunahsukasakura.com/2011/03/saya-ingin-berubah-tapi.html

    kalau ada silap, harap ustaz boleh betulkan…syukran jazeelan…

     
  38. jah solehah

    28 Mac 2011 at 3:02 pm

    Salam abuya,
    suka plak kalo jah nak ikut jejak abuya. tp, xhebat lg pun sbb jah pun bertatih lagi dlm berfikir dan belajar ni. abuya doakan jah. jah pun susah kdg2 nk cari kepercayaan diri. zaman remaja kan zaman konflik diri so…pening la kpala mencari matlamat. kdg2 rasa nak nangis, bangun dan jatuh blk.. tp, jah skang rasa nak mencabar diri jd org hebat INSYA ALLAH! Doakan jah..=)

    blog jah. ummuali18.blogspot.com

     
  39. ima

    27 April 2011 at 6:14 pm

    salam..ustaz…
    mohon share n copy..

     
  40. syed hafiz

    21 Oktober 2011 at 11:16 am

    motivasi setiap pagi saya adalah membaca tulisan ustaz dlm blog..
    alhmdulillah brtambah smgat dlm mlakukan krja harian.. tq ustaz..

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,197 other followers

%d bloggers like this: