RSS

DI MANA KETENANGAN?

29 Mac

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelama. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat.  Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah ‘syurga dunia’ sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.

Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.

Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya.  Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.

Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.

Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.

Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!

Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Lihat sahaja Hosni Mubarak (Mesir), Zainal Abidin (Tunisia), Ghaddafi (Libya)… yang tidak cukup-cukup dengan kuasa. Atau Tiger Woods yang tidak cuku-cukup dengan wanita… Hakikatnya, berjaya mencapai kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan lain-lain tanpa kualiti hati (iman) hanya akan menjurumuskan mansia kepada rasa kekosongan, kemurungan dan kebosanan. Inilah yang menyebabkan berlakuya penzinahan, rasuah, ketagihan dadah, arak dan sakit jiwa dikalangan individu-individu yang kaya, jelita, berkuasa dan sebagainya.

Bila kualiti hati rendah, sedikit nikmat tidak cukup, banyaknya. Akibat tidak syukur, sabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan.  Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi)  umpama burung yang menerbangkan  sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa  terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.

Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan.

Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (worldview) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimananya kepada Allah)  akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah – tauhidic mind set, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah.

Orang mukmin itu memiliki keajiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Bila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semua yang dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat ‘halawatul iman’ (kemanisan iman). Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia  sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan.

Apa itu kemanisan iman? Ia adalah satu rasa tenang, bahagia dan aman di dalam jiwa seseorang hasil keyakinannya yang tinggi kepada Allah, Al Kitab, Rasul dan lain-lain rukun iman. Ia adalah kemanisan yang bersifat maknawi yakni tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya dapat dirasai oleh hati.  Orang yang telah merasai kemanisan iman akan rasa indah dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaannya (Allah).

Tidak ada rasa sukar, penat, bosan, rugi dan lain-lain dalam diri orang yang telah merasai kemanisan iman. Ia sesungguhnya mengatasi segala kemanisan dunia. Mereka yakin apa jua yang ditakdirkan Allah ada baik belaka. Dan hasil keyakinan itu mereka mampu menukar segala yang buruk menjadi kebaikan, segala kekurangan menjadi kelebihan, segala yang pahit menjadi penawar, segala yang kotor menjadi bersih dan jernih. Dalam jiwa mereka seolah-olah ada penapis yang mampu menapis segala yang negatif menjadi positif.

Jika iman (kalimah syahadah) itu diumpamakan oleh Allah sebagai  pohon yang baik, maka kemanisan iman adalah rasa pada buah yang telah masak ranum, terhasil oleh kesuburan pohon yang telah berbatang, berdahan, berdaun dan berbuah itu. Firman Allah:

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Ibrahim: 24)

Kemanisan iman berkadar terus dengan kesempurnaan iman di dalam hati sanubari seseorang. Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman itu dirasai olehnya. Oleh itu bukan semua orang yang mengaku beriman dapat merasai kemanisannya. Ini kerana iman itu bukan dengan kata-kata ataupun angan-angan tetapi ia diperkukuhkan dengan perbuatan  dan pengorbanan.

Justeru, sudah menjadi kewajipan setiap orang Islam memburu kemanisan iman. Ia perlu dijadikan agenda utama dalam hidup mengatasi segala-galanya. Bahkan, jika disedari, pemburuan untuk merasai kemanisan iman ini adalah agenda seumur hidup. Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dan kita pinta masuk ke dalam syurga dengan iman. Namun, mana mungkin kita boleh melakukan segala-galanya itu jika iman terasa pahit, pedih dan perit? Hanya orang yang rasa manis dengan iman sahaja yang mampu hidup dan mati bersamanya!

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energi alam akan menyebelahinya. Di dalam hadis qudsi, Allah swt berfirman:

“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Allah akan berkata, “Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba maka cintailah dia. Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata, “sesungguhnya Allah mencintai sifulan maka cintailah dia.” (musnad Imam Ahmad dari Abu Hurairah).

Sekali lagi saya ulangi, sebagai peringatan buat diri dan saudara-saudari, siapakah yang berani memusuhi kita sekiranya Allah mencintai kita? Marilah kita berusaha sedaya upaya untuk meraih cinta itu. Walaupun amat sukar tetapi itulah satu-satunya jalan ke arah keselamatan, ketenangan dan kebahagiaan. Sekalipun tidak sampai, tidak mengapa… asalkan kita telah menempuh jalannya. Allah sesungguhnya menilai apakah kita ‘sudah berjalan’ bukan pada apakah kita ‘sudah sampai’.

Ukuran iman di hati dapat dikesan melalui ketenangan yang kita rasai. Apakah kita telah tenang? Ataupun masih keloh-kesah dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan? Jawabnya, kita sendiri boleh menilainya. Justeru, apa yang berlaku di luar diri kita tidaklah sepenting dengan apa yang berlaku ‘di dalam’ hati kita. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati… sentiasa solat (zikir), istighfar, selawat dan sedekah. Jangan dikotori dengan fitnah, hasad, mengumpat dan marah. Mujahadah… dan istiqamahlah dalam mujahadah. Itulah jalan yang panjang, tetapi itulah jalan yang paling pendek. Tidak ada jalan pintas!

KUALITI HATI PADA KEMANISAN IMAN

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

CARILAH HATI YANG SEJAHTERA

IMAN MAMPU MENAMPUNG KEKURANGAN

KUALITI HATI

KEMANISAN IMAN

43 Komen

Posted by di 29 Mac 2011 in Tarbiyah

Label: , , ,

43 responses to “DI MANA KETENANGAN?

  1. amira

    29 Mac 2011 at 9:07 am

    Salam. i’Allah persoalan saya terjawab. hidup perlu bermula dengan ‘mujahadah’ dalam setiap perkara bagi meningkatkan iman (kualiti hati). i’Allah setiap yang lain menyusul menjadi ‘manis’. Alhamdulillah.. terima kasih ustaz.

  2. naja

    29 Mac 2011 at 9:42 am

    Maha suci Allah yang melimpah-limpah rahmat dan kasih sayangnya….

    Ketenangan itu hak Allah, diciptakan dalam setiap jiwa, dia memberi pada hati yang mencari, mengalinya keluar … tiap kesusahan, kepayahan, kesabaran dan istiqhamah adalah elemen pengalian yang memerlukan keringat…. tinggal lagi kita sendiri hendak dengan tak hendak menerimanya dan melaksanakanya….perbanyaklah ISLAHkan diri…insyaallah disitu ada RAHMAT ALLAH YAMG MELIMPAH-LIMPAH….

    Note : Salam ustaz setiap hari saya adalah orang yang senantiasa ternanti-nanti treat yang terbaru dan samasekali saya tidak akan pernah jemu…DEMI ALLAH TERUSLAH BERKARYA…..

  3. Assaha

    29 Mac 2011 at 9:59 am

    Syukran Ustaz!
    Atas pencerahan jiwa di pagi hari ini.

  4. Nisha

    29 Mac 2011 at 11:26 am

    Assalamualaikum semua.
    Terima kasih ustaz atas kata-kata semangat.

    “Penilaian di sisi manusia ia kejayaan yang kita capai. Penilaian di sisi Allah adalah usaha yang kita lakukan walaupun gagal di akhirnya”.

    Wallahua’lam

  5. aidil

    29 Mac 2011 at 11:27 am

    assalamualaikum ustaz,

    setelah saya membaca artikel ustaz saya paham iman memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan kita. dalam artikel ustaz pon kata iman mampu mengubah pandangan daripada buruk kpd baik. jadi ustaz, bagaimana kta mahu menceritakan bhw iman itu dpt mengubah pandangan seseorang itu walaupon pandangan seseorang tu telah terbina berdasarkan pengalaman (baik/buruk) mereka itu sendiri. harap ustaz dpt bantu. terima kasih.

  6. Habib Ahmad

    29 Mac 2011 at 11:29 am

    TURATH ULAMA’, yang akan disiarkan di TV1, bermula hari ini (Selasa), jam 6.30 petang. Berikut adalah perinciannya:
    Setiap hari Selasa (6.30 – 7.00 Petang)
    Kitab :
    Kitab Faridatul Fara’id
    (Kitab berkaitan Tauhid), karya Syeikh Ahmad al-Fathani.
    Pengajar :
    Ustaz Azhar Hasyim
    Setiap hari Rabu (6.30 – 7.00 Petang)
    Kitab :
    Kitab Munyatul Mushalli
    (Kitab berkaitab sembahyang), karya Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani.
    Pengajar :
    Ustaz Abdul Halim Saad

    LAIN2 MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

    Dapatkan Koleksi Kuliah Agama : http://www.facebook.com/pages/KOLEKSI-KULIAH-AGAMA/200225980001658

  7. nuna

    29 Mac 2011 at 12:01 pm

    Subhanallah, semoga Allah selalu melimpahkan saudara kesehatan sehingga bisa tetap menulis guna memberikan pencerahan kepada umat, amin..
    Keep on writing!

  8. faizal tauhir

    29 Mac 2011 at 2:04 pm

    Syukran jazilan, ustaz. 1 artikel yang sangat bermanfaat untuk individu yang sentiasa berasa gundah gulana.

  9. suehann

    29 Mac 2011 at 4:04 pm

    alhamdulillah…artikal ustaz byk sgt membantu…syukur. hanya orang yang mempunyai iman sahaja yang akan Allah anugerahkan ketenangan dan kebahagiaan di hati..

    marilah kita terus menerus berusaha meraih cinta Allah agar kita mendapat kemanisan iman..amin

  10. Adilla Harun

    29 Mac 2011 at 6:01 pm

    “Perburuan untuk merasai kemanisan iman adalah perburuan seumur hidup” dan “Allah menilai kita, apakah kita sudah berjalan bukan apakah kita telah sampai”.

    Memang benar pernyataan Ustaz tersebut. Seperti biasa tulisan Ustaz pasti memberi inspirasi dan seolah-olah ‘energy recharge’ buat saya. Alhamdulillah dan Terimakasih.

  11. zaianabtarmizi

    29 Mac 2011 at 6:22 pm

    ustaz, macam ada dorongan, ketika hati ini mencari ketenangn, ah… mungkin gentarasa ada ubatnya. terima kasih, kagum sekali, huraian2 dari jiwa terjemahan atas paparan skrin. its very soothing ustaz , keeep going.

  12. atirah

    30 Mac 2011 at 2:36 am

    assalamualaikum ustaz..
    jazakallahu khoir ats stiap perkongsian yg sgt bermanfaat, memberi keyakinan n mgktkn smgt..

  13. dyana

    30 Mac 2011 at 12:01 pm

    Salam ust.
    Perkongsian yang baik hinggakan menyentuh hati saya, membuatkan saya merefleksi kembali perjalanan hidup saya yang masih panjang atau mungkin sekejap cuma. saya juga pernah memikirkan hal ini ketika dilanda masalah dan musibah, apakah Allah saja menguji untuk melihat derita manusia. Namun, selepas membaca dan menilai secara keseluruhan tujuan hidup ini, saya yakin dengan sepenuhnya bahawa rahmat Allah itu lebih luas daripada murkaNya. Bahawa Allah itu Kaya dengan kasih sayang, dan Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.
    Saya selalunya mengharapkan saya tahu, mahu dan mampu untuk menjadi muslimah yang kuat menghadapi setiap ujian yang didatangkan khas buat saya, namun terkadang, saya sangat lemah untuk menguatkan mujahadah dan keimanan sendiri. Benar, jalan mujahadah sangat sukar, dan merupakan cabaran buat semua umat Islam. Oleh itu, hargailah setiap ujian dan cabaran yang diberikan khas kepada kita dengan penuh hati-hati dan mintalah selalu daripadaNya yang tak pernah lalai Melihat ketekunan kita dalam mencariNya.
    Jazakallah.

  14. Pustaka NurIman

    30 Mac 2011 at 5:08 pm

    salam ustaz…

    tulisan ustaz mmg selalu dinantikan..
    this one tema solusi terbaru #30

    http://pustakanuriman.blogspot.com/2011/02/nota-hati-seorang-lelaki.html

  15. Dyana

    30 Mac 2011 at 5:22 pm

    Salam ust.
    Perkongsian yang baik hinggakan menyentuh hati saya, membuatkan saya merefleksi kembali perjalanan hidup saya yang masih panjang atau mungkin sekejap cuma. saya juga pernah memikirkan hal ini ketika dilanda masalah dan musibah, apakah Allah saja menguji untuk melihat derita manusia. Namun, selepas membaca dan menilai secara keseluruhan tujuan hidup ini, saya yakin dengan sepenuhnya bahawa rahmat Allah itu lebih luas daripada murkaNya. Bahawa Allah itu Kaya dengan kasih sayang, dan Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.
    Saya selalunya mengharapkan saya tahu, mahu dan mampu untuk menjadi muslimah yang kuat menghadapi setiap ujian yang didatangkan khas buat saya, namun terkadang, saya sangat lemah untuk menguatkan mujahadah dan keimanan sendiri. Benar, jalan mujahadah sangat sukar, dan merupakan cabaran buat semua umat Islam. Oleh itu, hargailah setiap ujian dan cabaran yang diberikan khas kepada kita dengan penuh hati-hati dan mintalah selalu daripadaNya yang tak pernah lalai Melihat ketekunan kita mencariNya.
    Jazakallah.

  16. kesidang

    30 Mac 2011 at 7:10 pm

    salam,

    jika kita mempunyai iman,
    kita mempunyai segala-galanya,
    jika kita tidak mempunyai iman,
    kita tidak mempunyai apa-apa.

  17. nurislam

    30 Mac 2011 at 7:38 pm

    assalamualaikum….

    benarlah,hidup ini akan sentiasa dipenuhi dengan tangisan.namun,bergantung pada iman kita sama ada ingin menjadikan tangisan itu sebagai tangisan tnda kesyukuran pada Sang Pencipta atau selainNya….sama2 lah kita berusaha untuk menjadi hamba yang mensyukuri setiap saat dalam hidup.INSYAALLAH….

  18. Azie

    30 Mac 2011 at 10:55 pm

    Terima kasih ustaz kerana perkongsian ilmu ini.Saya juga mengikuti kolum ustaz di Majalah Solusi.Insyallah harap dapat memiliki buku kaya ustaz suatu hari nanti.

    Sesunnguhnya saya akui untuk mendapat hati yang sejahtera memerlukan perjuangan melawan nafsu yang berterusan.
    TERIMA KASIH.

  19. Al Mahadaya

    31 Mac 2011 at 12:46 pm

    Firman tuhan “Setiap diri itu di uji”. Ini bermaksud bhw di dlm agama apa jua menusia itu di lahirkan, manusia itu perlu mencari maksud keimanan yg sebenar. Iman haruslah di bantu dgn ilmu kerana tanpa ilmu manusia itu jahil dan kufur. Jadi, tuhan maha adil di dlm memberikan ujian kepada setiap manusia yg dijadikannya. Tiada manusia yg lahir boleh mendabik dada dgn menyatakan dia telahpun beriman jika tidak disertai dgn kefahaman yg benar ttg keimanan itu sendiri. Hamba memberikan peringatan ttg hari berbangkit dan mengajak manusia supaya berfikir kerana tiada yg mengambil pelajaran melainkan org yg berakal. mahadaya-asalama.blogspot.com

  20. Maya

    31 Mac 2011 at 3:47 pm

    Terima kasih ya ustaz..artikel2 ustaz sering saya follow dan menjadi panduan hidup sehari-hari. Kadang2 kita lupa tapi alhamdulillah dengan adanya web pencerahan jiwa begini, insyaAllah hidup kita jadi balance

  21. latifah

    31 Mac 2011 at 4:01 pm

    Terima kasih ustaz…dilaman ini saya dapat memperbaiki kekuranga jiwa dengan tulisan -tulisan ilmu dari ustaz…

  22. Lina

    1 April 2011 at 6:51 am

    Salam, ustaz. Sy baru dapatkan solusi baru. Isu yg menarik x sabar nk bace detail. Sy cadangkan utk adakan isu tawakal utk next isu. Moga Allah limpahkan idea utk menulis sbg wadah dakwah. Amin

  23. Pencari sinar

    1 April 2011 at 6:45 pm

    Memburu ketenangan adalah perjuangan setiap detik bagi diri ini. Iman itu masih tipis dan pada ketika tenang terasa digapai, digoyah dengan pelbagai tekanan. Moga satu hari mampu mencintaiNya sebagaimana yang dituntut.

    Terima kasih kerana tidak pernah jemu mengingatkan bahawa Dia adalah segalanya.

  24. syed mohamad ali

    2 April 2011 at 12:15 am

    syukran jazilan ustaz…semoga Allah melimpahkan rahmat keatas ustaz dan kepada kita semua umat islam yang berusaha mencari kemanisan iman

  25. izi

    3 April 2011 at 8:46 am

    Salam ustaz…amat sukar untuk memantapkan iman… amat sukar untuk memiliki pemikiran yang positif…bila kita cuba untuk berfikiran positif bahawa semua yang berlaku didunia ini ketentuan Allah dan Allah memberi dugaan itu untuk menguji tahap keimanan kita tapi bila ujian itu datang lagi dan lebih sedikit berbanding dahulu kita rasa kita tak boleh nak tempuhnya dan akhirnya kita tersungkur dan mula menangisi dan berfikir kenapa kita sahaja yang diuji? kenapa orang lain boleh senang diatas kesedihan dan kesusahan kita? orang lain yang hidupnya mudah sahaja…. macam mana nak buat hati dan fikiran tu sentiasa di”set”kan bahawa ujian dan dugaan itu Allah berikan. Sebab perjalanan hidup saya sentiasa diuji… ujian itu makin lama makin berat… kadang kala saya kuat… tapi adakalanya saya tak kuat…. kadangkala saya penat dengan diri saya sendiri….

  26. ummi

    3 April 2011 at 4:26 pm

    Selagi hayat dikandung badan maka selama itulah kita terus mencari dan mencari qalbun salim biar sebesar mana pun ranjau dan cabaran yang terpaksa ditempuh. Hidup ini ibarat lautan yang ada pasang surutnya. Kekuatan ialah pada ombak yang gagah menghempas pantai dan kelemahan pula pada air yang mengalir lesu setelah menerima segala jenis bahan buangan yang menjijikkan. Iman di waktu pagi belum tentu dapat bertahan sampai ke petang. Iman dan ilmu belum tentu dapat berjalan seiring biarpun kedua-duanya bertemu dalam satu nada dan satu rasa. Justeru, iman harus diperbaharui sentiasa tidak kira siapa pun kita, dan pada tahap usia mana pun kita berada.

  27. anasyahidah

    3 April 2011 at 4:49 pm

    As salam ustad dan teman2 di artikel ini,

    genta-rasa itulah blog ustad pahrol dan kali ini memang membuatkan diri ini terasa tentang hati. Kemanisan IMAN yg dahagakan Ketuhanan iaitu ALLAH SWT. Terasa hati bila dibaca setiap barisan ayat yg ditulis oleh ustad yg lahir dr hati dan jgk friman ALLAH sbg pesanan utuk meningatkan kita bahawa ALLAH SWT cinta yg UTAMA…maka cinta sesama manusia akan terjalin dgn sendirinya apabila kita bersifat positif. Ana memang setuju dgn pemikiran positif ya ustad. Cara kita berfikir perlu lebih proffesional baru mendidik hati kita jadi baik. Dengan ini membuatkan hati ini rasa ceria dan lebih tenteram.

    Wassalam.

  28. siti

    4 April 2011 at 12:26 pm

    Subhanallah..tak sia-sia kelebihan yg Allah anugerahkan kpd ustaz.Banyak jiwa yg kosong dan kini terisi berkat oleh karya ustaz.Sesuatu yg ikhlas akan dpt dirasa.syukur,saya ada tempat mencari kekuatan ketika hampir kehilangannya.Teruskan usaha murni ust,mudahan Allah menambah rahmatNya dlm perjalanan hidup ustaz.

  29. Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr

    5 April 2011 at 10:46 am

    Tangisan itu terkadang penyelesai kepada segala masalah yang dihadapi oleh manusia, tanpa tangisan penciptaan manusia tidak sempurna. Hawa menangis kerana terpisah dengan Adam a.s dengan tangisan itu mereka bertemu kembali.

  30. khairuummah77

    8 April 2011 at 9:46 am

    Khairu Ummah
    Makluman! kami memerlukan bantuan kaum muslim&muslimat demi memartabatkan ilmu,tarbiyah&dakwah umat islam sejagat dgn menyambut saranan supaya saling bantu-membantu pada bidang fisabilillah ini: sila layari http://www.khairuummah77.wordpress.com/

  31. mariam abu bakar

    10 April 2011 at 5:54 am

    Assalamuaalaikum ustaz pahrol…

    Mohon share(copy) utk kwan2 saya juga kt fb..
    t kasih ustaz…semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada ustaz dan keluarga juga.Amin

  32. asmahan

    10 April 2011 at 10:13 pm

    syukran ustaz…kata2 yg bisa mengetuk hati2 yg membacanya..smoga Allah memberkati kita..amin..

  33. Cik As

    12 April 2011 at 5:53 pm

    alhamdulillah, ketenangan itu dapat dirasai ketika menghayati bait-bait kata disini. semoga allah membuka pintu hati ku jua semua disini untuk terus beriman padanya hgga akhir kalam.semoga ustaz sentiasa dalam redha allah.wassalam.

  34. zana

    13 April 2011 at 1:46 pm

    Assalamualaikum ustaz…
    Mohon share ya…semoga ustaz sentiasa dicurahkan Allah idea2 yang begitu bernilai dalam usaha menyampaikan apa pun message yang sangat2 berguna/bermanafaat kepada sesiapa yang membacanya…Terima kasih yang tak terhingga…

  35. marlina

    16 April 2011 at 7:40 pm

    setiap baris ayat yang disampaikan terasa begitu dekat dengan diri ini. Hakikatnya, selagi masih bernyawa, ketenangan itulah yang didambai..Terima kasih ustaz..

  36. Nur syafiqah

    17 April 2011 at 11:17 pm

    terima kasih ustaz… byk yang saya pelajari dari blog ustaz ni…. lagi2 tajuk ketenangan ni… syukran… :)

  37. ibrahim upm

    24 April 2011 at 12:34 am

    bagus atikel ni…..

  38. fadzli

    11 Mei 2011 at 10:31 pm

    banyak pengajaran……dalam blog ni yang kita perlu pelajari….sesungguhnya kita lupa terlalu asyik mencari harta dan ada pula yang kita lupa tanggugjawab kita..di dunia ini..

  39. sebiji epal

    23 Jun 2011 at 11:59 pm

    Alhamdulillah….bnyak pengajaran y blh diambil…teruskan menulis….tahniah ustaz…

  40. Mohd Johari Haji Omardin

    16 Januari 2012 at 10:52 pm

    Terima Kasih Ustaz kerana mencurahkan ilmu yang sangat bernilai.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,198 other followers

%d bloggers like this: