Looking for Something?

DIA BUKAN CINTA NOMBOR 1

Author:

Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah,  di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi.  Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.

 Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.

Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…

Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.

Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita  yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana. 

Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!    

 

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!

 

Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.     

 

114 Ayat Cinta

Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?

Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!

Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir air mata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.

Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma’thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.

Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamahkan amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.

 

Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.  

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.  Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

 

 

 

Feedback

114
  • Sha

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya salah seorang isteri yang mengalami ujian Allah dalam menjalani alam rumahtangga. Tatkala suami menghampiri usia 40 tahun, beliau menyatakan hasrat berkahwin lain kerana telah terlanjur. Anak kami sudah 4 orang, semua masih bersekolah rendah ketika itu. Hanya Allah swt yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu. Saya tidak merelakan perkara itu, tapi suami mengambil tindakan berkahwin lari ke Siam. Saya hilang arah seketika, saya jadi murung dan sedih. Tapi alhamdullillah saya cepat sedar, saya ada 4 org anak yang masih memerlukan bimbingan dan amanah yang telah Allah swt pertanggungjawabkan kepada saya. Kini saya dan suami hidup berasingan. Saya alihkan cinta saya pada Allah swt dan hidup saya lebih tenang sekarang. Walaupun saya amat sedih, tapi saya percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

  • gentarasa

    Salam Sha,
    Tahniah. Saya simpati dan empati membacanya. namun atas kesabaran dan tekad baru itu saya ucapakan tahniah! Dia bukan cinta nombor 1.

  • zuraida

    Salam Uztaz,

    Alangkah baiknya jika suami saya ingin membaca apa yang Uztaz telah tulis di atas. Saya telah berusaha sedaya upaya saya untuk memperbaiki rumahtangga saya. Saya turuti apa yang suami inginkan dan memperbaiki segala kelemahan saya di mata suami. Tetapi kini saya ibu dan juga bapa kepada anak-anak saya. Saya juga yang mencari rezeki buat kami sekeluarga. Ada hari-hari yang saya rasa terlalu sukar tetapi wajah anak-anak yang mengharapkan saya mengembalikan semangat saya. Saya sentiasa berdoa agar Allah melembutkan hati suami saya. Jika dia yang terbaik buat kami sedarkanlah dia dan jika tidak saya redha dengan apa yang terjadi, kerana saya yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat saya dan anak-anak. Semoga Allah memberi saya kekuatan, keimanan dan kesabaran untuk menempuh dugaan ini. Saya percaya ada cahaya buat saya dan anak-anak diakhir musibah ini. Saya cuma perlu bersabar dan terus berdoa kepadaNya.

  • Nur

    Terima Kasih ustaz atas tazkirah yang amat membina ini. Mudah2 an dengan panduan ustaz ini saya akan lebih tenang menghadapi segala ujian Allah ini dan menghadapi alam rumahtangga dengan lebih baik pada masa akan datang. Insyallah…

  • Ruby

    Salam Ustaz…

    Subhanallah… betapa kasih sayang Allah itu tidak bertepi.. Terima kasih Ustaz atas hasil pena Ustaz ini… saya banyak mencari dan mengumpul kekuatan di sini … muhasabah diri dengan perkongsian yang Ustaz tuliskan… Alhamdulillah… Jazakallahu khairan…

  • suehann

    Salam ustaz…

    baru la terbuka mata sy bila baca artikel ustaz ni…teruskan menulis lagi ya ustaz…byk betul ilmu yang saya belajar kat sini…syukran ustaz 🙂

  • Najihatussolehah

    nape kalu org perempuan suami jd no 3….ibubapa no bape..

  • nurislam

    assalamualaikum…
    subhanallah..artikel yang benar2 mambuatkan ana terfikir kembali apakah ana terlalu menyayangi yang dicipta atau Sang Pencipta…benar2 memberi muhasabah kepada diri ana dan insyaallah juga buat sahabat2 pembaca yang lain….syukran jazilan,ustaz pahrol.semoga terus diberi kekuatan untuk terus berdakwah dan menyampaikan peringatan buat umat sejagat…insyaallah.

  • gentarasa

    Salam zuraida,
    Saya doakan puan sabar. Kita berdoa semoga inilah jalan yang Allah tetapkan untuk kita mendekati-Nya. Amin.

  • Wan Zayuhisham

    Salam Ustaz. Terima kasih.

    Entri yang membuatkan sebak di dada. Sesungguhnya bukan mudah untuk bergelar suami@isteri. Tapi jika diletakkan CINTA PADA ALLAH di aras paling atas, maka kerukunan rumahtangga akan terus bercahaya.

    Adakah KEINSAFAN yang mahu dizahirkan ini sudah terlewat? Paling utama ia sudah bermula dan berubah ke arah jalan yang diredhai Allah. Semoga masih belum terlambat untuk mengubah semuanya. Mahu menjadi SUAMI yang DEKAT dengan MAHA PENCIPTA, maka secara automatiknya tingkatan CINTA lain akan turut menyusul menuju jalan yang benar.

    Alangkah bertuahnya kita pabila disaat kita sedar segala kekhilafan selama ini mencengkam kehidupan dapat diterima semula oleh pasangan kita.

    Saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk kita berubah. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mohon pada-Nya. Sujud kepada-Nya dengan penuh rasa kehambaan. Allahu akbar…Maha Suci Allah yang berkuasa di atas setiap apa berlaku. Rasulullah SAW sendiri sanggup memaafkan musuh-musuh Islam yang selama ini berusaha memadamkan cahaya dakwah Islam ketika itu.

    Apa lagi kita manusia yang serba kekurangan…

    Ingatkan diri sendiri…JANGAN SESEKALI MEMINGGIRKAN CINTA ALLAH. DAN CINTA ITU DIDASARI DENGAN TANGGUNGJAWAB.

    YA ALLAH! BERIKAN AKU KEKUATAN. SINARILAH KEMBALI KEHIDUPAN KAMI DENGAN CAHAYA KEBAHAGIAAN.

    AMIN.

  • muaz

    terima kasih ustaz…wlaupun sy msih muda lg n blum berkahwin lg tp ia adalah pedoman buat sy..

    terima kasih atas perkongsian ilmu ustaz dlam penulisan kreatif di UPSI baru2 ni…syukran…

  • gentarasa

    Salam muaz,
    Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih, kerana sudi mendengar. Saya terhibur di UPSI. Insya-Allah.

  • yushida

    salam ustaz,

    terima kasih utk perkongsian ini. tazkirah berguna terkena ‘on-the-dot’ kepada saya selaku suami dan bapa..

  • ana sarina

    Assalamualaikum ustaz.. terima kasih dgn entri yg cukup menarik, bagus utk tatapan generasi zaman ini, kisah cinta suami isteri yg kebanyakkannya gagal menerapkan nilai murni didalam rumah tangga ini kerana gagal memahami maksud cinta yg sebenarnya, dan lantaran krn mencari cinta yang salah dan mungkin rasa cinta hilang dek kerana keliru pada perasaan sendiri faktor penyebab kegagalan belaku…. penulisan didlm entri ini boleh dijadikan sebagai panduan kpd pasangan suami isteri… terutamanya utk diri saya sendiri…. terima kasih ustaz….

  • ananabilah

    salam ustaz

    terima kasih. saya kembali berfikir kenapa banyak sangat gangguan syaitan dlm rumahtangga kami? mungkin saya lalai dalam beristiqamah. tapi sungguh menyedihkan bila mana seorang isteri yang lemah terpaksa struggle seorang diri untuk tegakkan Islam dalam rumahtangga. payah sangat bila seorang suami kurang sedikit kefahamannya dan minat tentang Islam..tapi itulah dugaan dan takdir Allah. moga Allah bantu kami terutamanya saya yang sangat lemah dan kurang kesabaran ini. risau diri ini yang kecundang dengan godaan dan gangguan syaitan yang begitu senang dan mudah bermaharajalela di dalam rumahtangga seperti kami ini. semoga Allah terus bantu kami dan pimpin kami ke jalan yang diredhaiNya. semoga selamat dunia dan akhirat.

  • Erna

    Salam Ustaz…

    Ibu bapa saya baru saja bercerai beberapa bulan lepas walaupun usia perkahwinan mereka sudah 23 tahun. Tapi saya tidak sedih dengan apa yang berlaku bahkan saya bersyukur kerana sebelum bercerai, air mata ibu saya tidak pernah kering kerana terlalu banyak masalah yang ditimbulkan bapa saya. Bapa juga bukan seorang yang menuruti perintah agama, puasa tak, solat pun kadang2. Alhamdulillah, sekarang saya dan adik-beradik mampu hidup bahagia tanpa insan yg bergelar bapa. Namun saya sentiasa berdoa agar bapa saya berubah, seburuk mana dia, dia tetap bapa saya….

    Syukran atas perkongsian artikel ini kerana menjadikan saya lebih kuat dan semakin mencintai Maha Pencipta…

  • mencari

    saya dalam perjalanan mencari seseorang yang mempunyai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”. namun tewas sebelum melangkah. sebelum memulakan langkah, saya banyak merujuk kepada “arahan” yang sepatutnya kita ikut,,tapi saya langgar juga. mungkin itulah punca ketewasan saya,,apapun menbaca tulisan tulisan ustaz memberikan ketenangan kepada saya, bahasa yang mudah dan lembut, bisa menenang hati yang gelora,,saya sentiasa mengikut ustaz,,dan saya juga taw ustaz adalah “seseorang di di sesuatu tempat di solusi hehe,,

  • naniismail

    salam tuan,
    terima kasih atas peringatan..
    minta izin copy utk dikongsi dgn sahabat2 yg lain

  • maya

    assalamualaikum ustaz.. terima kasih atas perkongsian yg sangat bermanfaat ini, izinkan sy untuk mengcopy artikel ini untuk sy kongsi bersama kawan2…..

  • i2i-studios

    Assalamualaikum ust,

    Saya seorang mahasiswi tahun pertama di sebuah universiti tempatan. Saya sebenarnya dalam diam telah menyukai seorang senior saya yang merupakan pelajar tahun akhir. Pada mulanya perasaan itu hanya setakat minat tapi lama kelamaan menjadi satu perasaan yang saya sendiri percaya bahawa saya mencintainya. Sejak daripada itu saya mohon petunjuk daripada Allah agar perasaan saya ini tidak melalaikan saya daripada cinta seorang hamba kepada Penciptanya. Malah, saya mohon agar Allah memberikan saya jodoh dengan senior saya itu. Saya selalu mohon agar dia dapat menjadi pasangan hidup saya satu hari nanti. Paling penting, saya mohon pada Allah agar beri petunjuk adakah permintaan saya untuk menjadikan senior saya sebagai jodoh saya adalah permintaan yang betul.

    Tapi ustaz, saya selalu rasakan permintaan saya adalah sesuatu yang mustahil memandangkan saya seorang yang terlalu jauh dari hidup senior saya itu, saya bukannya sesiapa utk dia, bahkan dia ada kehidupannya sendiri begitu juga saya. Saya selalu rasakan saya tak layak utk dirinya, merasa rendah diri kalau nak dibandingkan dengan orang-orang disekeliling saya.

    Saya ada merujuk artikel-artikel Islamik di Internet berkaitan dengan jodoh seperti ini. Ada yang mengatakan kita tak boleh hanya menunggu jodoh itu datang & harus berusaha, jadi saya ambil kata-kata itu sbg pendorong kerana saya yakin perasaan saya terhadap senior saya itu bukan perasaan yang main-main. Saya tak menginginkan perhubungan yang smentara disbabkan itu saya jadi ‘tamak’, minta pada Allah supaya Allah berikan senior itu kepada saya sbgai suami.

    Ustaz,saya mohon pendapat daripada ustaz. Saya rasakan keadaan saya sekarang dalam dilema. Adakah saya harus terus berdoa walaupun realitinya saya ni tak pernah wujud dalam hidup senior saya, atau saya harus serahkan segala-galanya pada Allah? Saya selalu mohon pada Allah agar Allah kentalkan hati saya, jadikan saya hamba yang redha dan bersyukur dgn apa yang Allah berikan. Saya mohon pendapat ustaz, apakah yang saya patut lakukan untuk mengurus perasaan saya ini sebenarnya.

    Syukran.

  • dian

    Assalamualaikum…
    pertama kali buka genta -rasa nie… sebelum nie banyak baca artikel Ustaz dari solusi…..sebagai ibu , isteri dan guru ,,, artikel nie sangat bermanfaat buat saya… saya cuba untuk baiki diri..

  • NaxeruL

    assalamualaikum ustaz,

    saya semakin meminati hasil tulisan ustaz sejak mula discover website ini dalam awal tahun ini. bukan hanya memperingati bahkan mengajak para pembaca turut berfikir. rasa tak lengkap kalau dalam seminggu tak baca entry terbaru ustaz. teruskan menulis ustaz. sebagai pembakar semangat anak muda yang lemah seperti saya ini. harapan saya, agar hasil tulisan ustaz sentiasa dapat terus membantu saya memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. tazkirah mingguan yang wajib bagi saya.

    terima kasih ustaz

  • Adilla Harun

    Seperti biasa hasil pena dari Ustaz yang ibarat bertintakan emas sekali lagi berkemilau. Seminggu sekali bertandang ke mari ibarat musafir menumpang minum di telaga menghilang dahaga. Ilmu Ustaz yang dipersembahkan menepati realiti alam rumahtangga itu saya kagumi. Peringatan dan nasihat-nasihat Ustaz memberi kekuatan dan dorongan semangat menempuh kehidupan. Ucapan terbaik adalah terimakasih buat Ustaz…

  • gentarasa

    salam,
    masyaAllah. Dengan izin Allah jua. Saya doakan saya dan kita semua diberi kekuatan untuk terus bermujahadah. Amin.

  • gentarasa

    Salam. Memendam rasa itu terpuji. Namun meluahkan rasa secara berakhlak dan terpuji juga satu tindakan yang baik. Solat istikharah, pinta petunjuk Allah. Jika sudah tetap hati, cari orang ketiga yang jujur…. sampaikan kepadanya. Jika diterima, alhamdulillah. Jika ditolak, innalillah… tetapi cara kita sudah diberkati Allah. Percayalah orang yang baik, berhak untuk mendapat yang baik. Jadi, jadilah yang baik… kemudian carilah yang baik. Berdoa, terus berdoa… Allah akan kurniakan. dan ingat, Allah akan makbulkan doa ketika kita berusaha… seiring meminta. Wallahua’lam.

  • Cik As

    salam ustaz, alhamdulillah atas perkongsian ini. sy memang dahagakan tarbiyah iman skang kerna hati terasa kontang. semoga allah sentiasa merahmati ustaz atas perkongsian yg amat bermanfaat, teruskan perkongsian kerna allah. wassalam.

  • aishah

    salam, pn.sha dan semua.

    Izinkan saya untuk berkongsi pengalaman yang sama, usia perkahwinan saya baru 5 tahun 6 bulan, bekas suami menceraikan saya kerana seorg wanita lain, pd ketika itu saya juga seperti hilang arah tuju, rasa kehilangan, pedih dan perit kerana selama ini saya telah banyak berkorban dlm perkahwinan kami, saya amat kecewa dan terkilan. Alhamdulillah apabila pd suatu ketika saya merasakan tidak ada sesiapa mampu membantu dan memahami perasaan saya, saya telah memilih untuk kembali pd Allah, sepenuh hati saya berserah pd Allah mohon pertolongan kekuatan kesabaran dan ketabahan, sehingga hari ini yakni hampir 4 bulan perceraian, 2 bulan setengah saya menyeksa diri saya sendiri, kini saya semakin mendapat kekuatan luar biasa dr Alah wpun tangisan itu pasti ada apabila teringat kenangan lama tetapi hati ini hanya ada Allah taala.

  • hajaralaswad

    salam,
    ustaz, syukran…sesak dada saya membaca nukilan diatas. Hanya kami yang pernah mengalaminya tahu betapa sakit dan peritnya meredhakan apa yang berlaku…dalam keterpaksaan. Demi tali Allah yang kami pegang, demi anak-anak yang yang sepatutnya menjadi amanah dariNya.

    Sungguh ustaz, tipu rasanya kalau saya katakan dalam keadaan begitu tidak berdetik rasa kesal dan rasa ketidak adilan dalam hidup ini…tapi alhamdulillah saya dalam proses memberi peluang kedua kepadanya walaupun sebenarnya sudah terlalu banyak peluang yang saya berikan sepanjang 18 tahun tempoh perkahwinan kami…moga Allah terus memberikan kekuatan kepada saya.

    Cuma satu saya ingin kongsikan bersama teman-teman…terkadang saya masih dibelenggu rasa ditipu dan dikianati..bibir seringkali mengukir senyuman padanya tetapi jauh disudut hati saya berkata “sampai hati ayah buat umi macam ni…” ikhlaskah saya????

  • gentarasa

    Salam Aishah,
    Allah akan bantu anti insya-Allah. Ya Allah, kami mohon saudara kami ini diberikan kekuatan taqwa. Amin (mari aminkan bersama-sama).

  • Zahiruddin Zabidi

    Assalamualaikum, ustaz. Syukran atas santapan rohani ini, subhana-Allah, benarlah ingat memperingati itu adalah kebaikan kepada setiap mukmin.

    Ana pernah menulis mengenai isu ini sebagai rakaman kepada pengalaman semasa menjadi staf di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Semoga rakaman pengalaman itu menjadi perkongsian yang bermanfaat kepada para pengunjung laman ini dan diri saya sendiri, insya-Allah.

    http://kalamkhalifah.com/2010/01/kempen-kurangkan-perceraian-di-usia-muda/

    http://kalamkhalifah.com/2010/01/anak-muda-bercerai-siapa-yang-terkena/

  • Pustaka NurIman

    Salam Ustaz,

    Sekali lagi nukilan ustaz menyentuh sanubari kami semua yang sentiasa lupa ini. Kecanggihan zaman IT sekarang ni lengkap dgn laman sosial facebook (sbg cthnya) turut mengundang kepada cinta lama berputik semula ini. Akhirnya berputiklah cinta terlarang (kekasih gelap) ini. Dari sudut positifnya kita kembali bertemu rakan2 lama yang terpisah tp yang menjadi duri dalam dagingnya ialah nafsu yang mencanang memutikkan kembali bunga cinta kekasih lama. Akhirnya tanpa dibendung akan merosakkan hubungan kekeluargaan yang telah lama dibina. Sehingga bagi kes2 yang kritikal membawa kepada perceraian. Jadi betullah fakta setiap 15 min berlaku perceraian.

    Untuk itu, kita semua perlu teliti dan laksanakan saranan ust:

    “Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

    Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.”

    wasalam

    http://pustakanuriman.blogspot.com/2011/02/mencipta-syurga-rumah-tangga.html

  • cik tik

    As-salam ustaz,

    Sekadar ingin berkongsi cerita dan meminta pandangan.
    Saya seorang gadis yang baru habis menuntut dan sekarang telah bekerja di sektor swasta.

    Komen saya adalah agak berlainan sedikit dr pengomen yg lain kerana saya bukanlah isteri yang suaminya membuat perkara yang menyakitkan hati seorang perempuan yg bergelar seorang isteri (maaf kalau ayat saya agak kasar dan menyinggung pengomen yang lain)..

    Cerita saya adalah berkenaan seorang suami/ lelaki yang suka mempermainkan hati perempuan..(Maaf tak semua lelaki macam itu)..Saya ada berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan klien saya. Hubungan kami tak de la rapat sgt tapi entah mengapa tiba2 dia menghubungi dan mengajak saya keluar. Saya bersetuju kerana memikirkan dia adalah klien saya. Pertemuan pertama diatur. Sesunggungnya dia amat bijak mengatur strategi dan amat manis mulutnya.. On the 1st appoinment, dia cuba2 untuk memgang saya namun tak berjaya. Tak sudah itu, ayat2 manis2nya keluar. macam2 dia cakp sampai kita boleh cair.Tp Alhamdulillah walaupun saya agak terkesan dgn ayatnya namun saya cpt sedar. Tuhan memelihara saya, alhamdulillah..Pertemuan pertama juga dia menyatakan yang dia jatuh hati dengn saya dan ingin menyunting saya sebagai isteri…Namun, saya minta petunjuk dr Allah, “jika dia ikhlas, permudahakan tp jika sebaliknya, tunjukkan niat yang sebenar..Syukur, tuhan perkenankan..@,3 hari lpas tu, tuhan tunjukkan jalan..Saya mendapat berita yang dia sebenarnya sudah beristeri dan mampunyai 4 orang anak (dia mengaku bujang)..Terkejut bukan kepalang namun sgt bersyukur, saya tak termasuk dalm jerangkap samarnya…Jujurnya, saya tertarik dengan dia dan ayat2 manisnya…

    Saya tak tahu apa masalahnya dan mengapa dia berbuat demikian..Cuma skrg saya ikutkan aje dan ingin melihat sejauh mana dia dpt buat…Saya ingin tahu apa motif dia berbuat demikian kerana saya berhasrat ingin menyedarkan dia dgn apa yag dia buat (saya bukan ustzah, tp sya harap dia sedar dengan apa yang dia buat)..Saya juga difahamkan yang ada beberapa orang gadis yg dia buat mcm ni..dan saya tak tahu saya adalah orang yg keberapa….Minta komen ustaz….Adakah keterlaluan kalau saya cuba untk menyedarkan dia tentang hati seorang perempuan???Minta KOmen dan penjelasan..

  • gentarasa

    sALAM CIK tIK,
    Jangan bertemunya lagi. Bahaya. Jelas dia tidak jujur. Jika ingin sedarkan, ambil emailnya dan tulis secara terus terang tapi beradab. Pilih jalan yang benar untuk memperjuangkan kebenaran. Jangan pilih jalan salah (bertemu berdua-dua dengan dia) nanti kita kalah. Kita tak tahu apa rancangannya… sekarang banyak cara jahat. Bagi minum, ubat pil, sihir dan macam2 lagi. yang penting selamatklan diri dulu, sebelum nak selamatkan orang lain. Maaf banyak-banyak. Itu komen saya yang daif ni.

  • Norhaliza

    Saya adalah seorang yg sentiasa menanti tulisan Ustaz.Sungguh bermakna dan banyak memberi inspirasi kepada saya.Terima kasih Ustaz.Semoga perjalanan Ustaz dipermudahkan.Amin.

  • Norhaliza Salleh

    Terima kasih Ustaz.Sesungguhnya tulisan Ustaz amat saya nantikan.Bagi saya…ia satu sedekah daripada ustaz kepada kami yang kehausan bimbingan.Semoga perjalanan Ustaz jua dipermudahkan Allah.Amin

  • jauharah

    Salam…ust, mohon share….
    tulisan ust menjadikan saya berfikir…andai kita menyusun cinta bersama penghayatn akidah pasti kita tidak salah meletakkan susunan cinta ditempat yg sepatutnya…
    kerna penghayatan akidah itu membuatkn kita sedar tiada milik kita…bahkan cinta yg ada buat suami/isteri itu juga adalah anugerah Allah….
    syukran ust ats tulisan yg sgt sarat dgn nasihat…
    barakallahufiik~

  • siti

    salam ustaz,

    terima kasih banyak-banyak kerana apa yang ustaz tulis mula menyedarkan diri saya sendiri…adakala saya terlalu leka dengan dunia yang menuntut perlumbaan mengumpul kemewahan dan kemegahan diri…saya terlupa bahawa ada tanggungjawab yang kadang-kala saya abaikan, pandang ringan dan ambil mudah…
    kini baru saya tersedar, perkahwinan yang dibina hanya atas dasar cinta sesama makhluk tidak akan mampu berlayar di tengah gelora lautan kehidupan…dengan izin Allah dan kemahuan saya sendiri, saya katakan pada diri, masih belum terlambat untuk saya membina perkahwinan atas cinta pada Nya..
    terima kasih ustaz kerana menggerakkan hati saya mencari siapa saya dan untuk apa saya di sini…mudah-mudahan saya kenal diri saya dan mengenali Pencipta diri saya…wallahuallam.

  • wan

    Assalamualaikum wbt,

    Ustaz, terima kasih ustaz,satu peringatan buat diri saya.
    Mohon izin untuk copy artikel ustaz. Terima kasih.

  • UMM Fayyad

    assalam…
    alhamd bertemu dalam ruangan yg membuka minda untuk melihat kekurangan sebagai tapak untuk menguatkan keimanan kpdNya, saya sedar bukan saya seorang yg diuji,malah ada ujian mrk yg lebih hebat lg, sy bersyukur dan sedar rupanya ujian yg Allah beri kpd saya hanya sekelumit cuma. Bagaimanapun,sbg org biasa kekadang sy seakan tak tertanggung rasanya, minta pandangan ustaz,bagaimana caranya yg terbaik untuk mengadu tanpa membuka aib org yg kita syg itu, sy sedia maklum Allah sebaik-baik tempat untuk mengadu,kerana DIA mengetahui segala perkara terang mahupun tersembunyi..

  • fir

    as salam ustaz..apkah hukumny ber sms dgn bahasa krg elok antra kekasih kt..adkh berdosa?hati sy ragu tntng hbungan ini dan mcri wanita yg lbh bagama..syukran

  • gentarasa

    Salam Norhaliza,
    Semoga Allah izinkan kita mampu beramal dengan apa yang kita tulis dan baca. Syukran atas sokongan dan dorongan. Saya sangat menghargainya.

  • Asma'

    Salam ustaz..
    Aku tak pasti apa yg sdg berlaku pada saya ini adalah satu ujian atau hukuman. suami saya memeluk islam 10 tahun yg lalu, kami di kurniakan 3 org cahaya mata. pada awal perkahwinan saya tdk begitu bersungguh2 membimbingnya mendalami islam. perubahannya sangat sedikit. lagipun tika itu, egonya sangat tinggi. kami kahwin memang atas dasar cinta. namun dalam 2 tahun kebelakangan ini saya mula mendapat kesedaran yg saya harus berubah.. apalagi setelah sembuh dari penyakit misteri yg disebabkan oleh gangguan makhluk halus(jin). saya d rawat oleh seorang ustaz dengan cara perubatan islam. semakin saya mendekatkan diri pada Allah, semakin saya risau melihat keadaaan suami saya yg kehidupannya sama seperti dahulu. perlahan2 saya merubah dia, tetapi penerimaan dan kesedaran seperti tidak kelihatan. dia suami yg baik ustaz. bagi nafkah cukup, sayang anak2. tetapi dia tidak sayangkan Allah.. susahnya jika mahu berubah sendirian, apalagi mahu merubah seorang ketua keluarga. mendidik anak2 memang tidak saya abaikan ustaz. anak sulung 9 tahun sudah solat sendiri dan sudah menghafal semua bacaan dalam solat, anak ke2 6 tahun pun sudah belajar solat dan sedang belajar mengaji alquran. kini, suami semakin jauh.. jauh dari hati saya dan jauh dari Allah. tika ini pula seorang ustaz yg selalu sy minta nasihat dan pendapatnya menyimpan perasaan pada saya. walaupun tanpa bicara, saya seperti menyukainya jg. pada mulanya saya sangat mengkagumi ilmu agama yg ada padanya, tapi perasaan yg saya rasakan sakarang ini menakutkan saya ustaz.. bantu saya ustaz… bantu saya..

  • raudhah

    assalamualaikum.
    ustaz boleh tolong perjelaskan tentang zina hati?adakah dengan teringat atau membayangkan seseorang bukan mahram itu zina hati namanya?

  • Norhaliza

    Assalamualaikum Ustaz….
    Saya amat terkesan diatas respon ustaz…..mengintai jua melewati coretan ustaz adalah rutin setiap kali saya on komputer.Tersentuh hati….bila merasakan yang tulisan ini..untuk saya..dan saya.Apa yg cuba saya amalkan daripada inti tulisan Ustaz…bermujahadah..walaupun sering kalah.

  • Patan Hamamah

    tin,
    as salam ustaz saya tak tahu samada saya patut teruskan bersama suami saya kerana hampir 17 thn hidup bersama saya merasakan tlh jauh dgn cinta Allah spt berbolak balik .saya sudah lama memberi peluang untuk berubah tapi hampa.Bertambah seksa dgn sikap nya dan isteri baru yg dikahwinnya secara sembunyi. skrg saya mahu berpisah secara baik tapi suami tak mahu melepaskan saya. Apakah yg patut saya lakukan .

  • senjakala

    Alhhamdulillah..seronok nya membaca atikel ini di pagi jumaat.Terima kasih ustaz ..saya akan terus mengambil panduan untuk terus melangkah dalam alam rumahtangga yang sesekala mengusik ketenteraman jiwa.

  • idluv

    Assalam ustaz…

    terima kasih ats peringtan yg tlh dikongsi….sy akan mendirikan rumhtangga tidak lama lg…kta2 ini menjdi ingt buat sy agar tidak lalai dlm mencintai & menyayangi insan2 disekeliling sehingga melebihi cinta kepada Allah…kdg2 terdetik dihati prasaan takut untuk melayari bahtera perkahwinan…kerna perjalanannye terlalu jauh..smoga Allah memberi kebahagian & keberkatan kepada kami dlm menjalani hari2 yg mendtg…

  • NURUL

    Itulah yang saya selalu fikirkan…pemergiaan suami secara tiba2 disaat usia perkahwinan br 3 thn dan ank kami br berusia 2 tahun sgt memberi tamparan yg hebat kpd saya. Selepas pemergiaan dia, sy sentiasa memikirkan ttg perjalanan yg bakal sy lalui dgn ank kecil kami. Tiada jalan lain kecuali berserah kepadaNya. Disitu sy menemui kekuatan. Saya akui bila dh hidup berseorangan dan terlalu muda utk menjadi ibu tunggal, kebanyakan memang lelaki yg sudah berkeluarga dtg menganggu. Walaupun kini hampir 3 thn pemergiaan suami. Saya masih belum mampu lupakan suami….Sekarang cinta saya hanya padaNya…Saya berserah segala padanya.walaupun kdg terasa hati dgn sikap setengah org yg cuba mengambil kesempatan. Saya tahu utk org spt sy sentiasa didlm peliharaan Allah.
    Slps kematian suami, diuji pula keluarga mentua berebutkan harta sehingga tuntutan tersebut melibatkan mahkamah. Membuatkan saya lebih kuat utk mencintai DIA. saya tahu Sesungguhnya DIA terlalu menyayangi saya kerna itu ujian cinta antara TUHAN dan hambanya…Saya tahu Syurga DIA terlalu mahal utk saya. Bila disaat sy lemah dan lemas, tulisan dan nasihat ustaz lah antara sumber kekuatan saya utk trs bangun membesarkan amanah Allah.
    Akhir kalam,Semoga kita semua diredhai oleh Allah hendakNya.

    Terima Kasih tak terhingga….

  • gentarasa

    Salam Nurul.
    Ya Allah, semoga KAU berikan sabar dalam Nurul menghadapi musibah ini dan diberikan ganti yang lebih baik untuknya demi kesabaran itu. Amin. (mari sama-sama kita aminkan).

  • gentarasa

    Salam Patan Hamamah,
    Seeloknya terus sabar. Tetapi jika tidak mampu sabar kerana telah terjadi perlanggaran hak dan syariat yang nyata… carilah jalan keluar dengan baik. Insya-Allah.

  • gentarasa

    Salam Raudah,
    Zina hati itu dengan harapan, angan-angan dan bayangan… jika tidak dijaga ia boleh membentuk tekad dan azam. Berhati-hatilah. Bukan mudah menepisnya, tetapi jangan dilayan keterlaluan.

  • gentarasa

    Salam Asma’,
    Menyimpan hati kepada orang lain selain suami adalah berdosa. Tidak ada jalan mendekati Allah dengan cara yang sebegini. Awas, syaitan pandai menipu… Apa yang patut dibuat, tumpu pada pendidikan anak-anak, berusaha terus dengan tenaga dan doa untuk mengubah suami. Apapun suami kita yang sah… tetap wajar dipatuhi dan dicintai daripada mana-mana lelaki. Berhati-hatilah….

  • noriah

    Bismillahhirohmanirohim….

    Salam,,, saya seorang surirumah sepenuh masa tidak ketinggalan dengan laman sosial iaitu fb.. saya ada membuat sedikit perniagaan di laman fb..

    Pada pendapat saya semua isu2 yg ter sebut diatas bergantung pada iman seseorang. saya ingin membuat pengakuan disini,, saya pun tidak terlepas dari di goda setiap hari namun seperti saya tuliskan di atas semuanya bergantung pada iman seseorang,, bagi saya cinta saya hanya untuk suami saya sahaja. saya tak pernah rasa jatuh hati pada orang lain.

    pada saya suami saya itu dah sempurna walaupun tak kaya,, kekayaan yang sebenarnya terletak di hati bukan pada kebendaan.usia perkahwinan saya dah mencecah 21 thn..

    Itu saja yang ingin saya konsikan buat teman-teman semua

    wassalam….

  • Junichiro

    Salam…
    Kehidupan ibarat laut…sampan…dayung…dan pantai

    Laut adalah dunia, sampan adalah IMAN, dayung adalah TAQWA dan pantai adalah AKHIRAT

    Tanpa sampan, lemaslah dalam laut, tanpa dayung maka sukar untuk ke pantai.. Oleh itu, sampan dan dayung mesti seiring supaya matlamat menuju ke pantai mudah dan tidak tersasar..

    Allahu ‘alam…

  • siapa aku?

    As salam ustaz.
    bercerita tentang penceraian, kadang2 saya fikir mmg salah manusia tue sendiri.tapi kita juga tak boleh menyangkal takdir Allah. setiap kejadian berlaku sebab mmg itu ujian tuk kita. tapi pasal semakin ramai yang bercerai, saya lihat itu juga sebagai ujian untuk semua pihak termasuk pendidik, ustaz2, jabatan agama dan pihak keluarga. bila berlaku perselisihan yg bakal mengundang penceraian, apa yg keluarga buat?ada tak ahli keluarga berbincang untuk selesaikan masalah?adakah mereka menambah perselisihan tersebut dengan menghasut pasangan tersebut?bila dah nak bercerai, gie pulak pejabat agama.hak yg lelaki marah.taknak pergi dapatkan kaunseling disebabkan ego.si isteri kena marah, kena ugut bila cadangkan nak pergi dapatkan kaunseling di pejabat agama. bila nak suh berbincang dgn org tua, si suami kata, jgn libatkan org lain, jgn biarkan pihak lain masuk campur…
    bila dah bercerai, lafaz luar mahkamah, apa tindakan yg mahkamah buat? denda?kena denda kah si suami itu?bila dah kena denda, terkesankan pada mereka bahana bila melafaz cerai di luar mahkamah?
    jadi disini, adakah mereka tahu kesusahan penceraian, menangani masalah selepas bercerai dan sebagainya? emosi anak2 yg perlu dibentuk selepas penceraian, nafkah dll. hanya berapa peratus si ayah yg membayar nafkah selepas bercerai..itu pun puas di hantar perintah oleh mahkamah.
    cuma, apa yg saya tahu ialah,: penceraian belum tentu dpt menyelesaikan masalah.tetapi penceraian adalah permulaan kepada segala masalah….
    semoga semua ibu2 yg membaca, kuatkan iman didada, amalkan ayat2 Al-quran dan zikir untuk sentiasa tenang dalam menghadapi musibah. ucap pada diri sendiri yg kita REDHA dgn apa yg berlaku.
    tidak cukup bila hanya satu pihak sahaja membuka mata untuk berubah dan berfikir..beruntunglah bagi mereka yang menghargai nikmat Allah dan berfikir…

  • mummy 2010

    Assalamualaikum, Ustaz.

    Terima kasih di atas peringatan. Hampir 5 bulan bergelar ibu tunggal bersama 3 permata hati, kami tekad meneruskan kehidupan setelah perpisahan yang berpunca dari dia yang memisahkan cinta Allah dari hidupnya. Sering dalam diam, saya merasakan ada ketika goyah hati meneruskan perjuangan di kala nafkah kehidupan anak-anak serta kasih sayang jatuh di bahu sendiri tanpa hirauan sedikit pun dari orang yang pernah bergelar bapa. Saya akan terus ingat pesanan ustaz : biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang.

  • aishah

    Alhamdullillah ustaz, ank sya baru melangsungkan perkahwinan 2 minggu yg lalu. Wat a timing with this posting ustaz…. mungkin ini ilham dari Allah Taala utk membantu anak & menantu sya membina rumahtangga bahagia. Sya minta utk dikongsikan posting ustaz di page FB ank & menantu saya.

  • wanimohamad

    salam..ustz, walaupun sy belum berkahwin namun semua artikel ustz amat memberikan kesan dihati ini(merujuk artikel diats). semua penulisan ustaz santai namun banyak elemen2 yang bagus ustz kongsikan ..sy sgt teruja , seorg daie yang begitu hebat dlm menyebarkan dakwah..moga allah terus menerus memberikan kekuatan kepada ustz untk terus berdakwah melalui penulisan ini.

  • yannz

    askum ustaz dan kepada semua yang membaca entry ini…
    membaca setiap nukilan ustaz membuatkan saya semakin yakin dan tabah menjalani hidup ini.

  • hannah jamaluddin

    Ass’kum Ustaz,

    Jutaan terima kasih di atas info2 yang amat2 berguna. Saya diperkenalkan oleh teman mengenai entri ini setelah saya mengutarakan masalah saya di satu entri.
    Memang benar cinta kepada Allah adalah Cinta No 1. Jika kita masih berpegang cinta No 1 kepada suami, suami mungkin akan mengecewakan kita tetapi Allah berjanji tidak akan mengecewakan kita malah diberi balasan yang baik dan indah.

  • Siti

    Terima kasih utk perkongsian ustaz, mohon share di facebook.

  • noraida

    Assalamualaikum…
    Ustaz…syukur sangat bila dapat membaca coretan ustaz. Dari majalah ANIS, SOLUSI,buku Nota Hati Seorang lelaki, Fikir Zikir dan seterusnya Genta-Rasa…Membacanya membuatkan saya terlupa seketika masalah kehidupan.
    Ustaz..andai sesebuah rumahtangga itu dibina dgn meletakkan Allah yang paling di atas, sudah pasti kehidupan akan menjadi harmoni. Kebanyakannya..hanya pihak isteri sahaja yang rajin untuk merubah keadaan..tp bagi pihak suami kebiasaannya akan terus leka dengan sikap egonya. Di peringkat 10 tahun ke atas, si isteri biasanya memujuk hati sendiri. Itulah yang biasa berlaku. Alhamdulillah..memang banyak memujuk hati bila membaca coretan ustaz…tahniah ustaz…teruskanlah menulis…

  • Umm

    Alhamdulillah saya telah berkahwin berpuluh tahun. Rumahtangga kami dibina atas landasan Islam dari mula hingga kini. Beberapa tahun lepas suami berkahwin lain dan saya merasa pedih dan kecewa. Namun saya bangkit semula, bersabar dan belajar menerima untuk mencari redha Allah. Saya bertekad untuk terus menjadi isteri yang solehah hingga ke akhir hayat. Banyak kali dituliskan di dalam blog ini bahawa perkahwinan tidak hanya di dunia tapi berterusan hingga ke syurga. Tapi jauh di sudut hati, jika ditakdirkan saya lulus ujian ini dan berjaya di akhirat, saya berharap akan mendapat suami yang lain di sana. What does this say about me?

  • gentarasa

    Salam Umm,
    Bila kita di syurga (ya Allah rezekikan kami …amin) perasaan kita indah. Tanpa dendam, tanpa marah, tanpa kecewa… Suami yang lain? Ya, tentu sahaja. Suami yang baik pastinya.

  • gentarasa

    Salam Noraida,
    Kebahagiaan dalam rumah tangga salah satu dari juzuk daripada himpunan kebahagiaan yang lebih besar…. Jika dapat, syukur. Jika tidak, kita buru kebahagiaan yang lain. Insya-Allah, lama kelamaan masalah tidak akan menjadi masalah lagi. Bila kita sudah terbiasa dan menghadapinya dengan hati yang redha. Lihat sahaja nabi Nuh, Lut dan lain-lain. Namun insya-Allah, pengorbanan kita akan Allah nilai. Ada ganjarannya di dunia lagi, sebelum akhirat yang abadi.

  • halman

    assalamualaikum…..
    Penulisan ini memang mantop dan mampu memberi arah tuju kepada saya untuk mencari dan membina cinta. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan Ustaz dan kita semua dengan limpahan kasih sayang yang berterusan.

  • nuur

    barakallah buat ustaz dan keluarga..terima kasih..

  • Adam khaleef Eilyas

    Salam..pertama kali saya ucapkan tahniah atas buah tangan ustaz kali ini.memang menyentuh hati dan perasaan terutama kepada rumahtangga mereka yg sedang diuji oleh Allah SWT..Rumahtangga saya pun sedang diuji oleh Allah. Usia perkahwinan yang terlalu muda ( 7 bulan) hampir tidak dapat bertahan..Isteri yang amat saya sayangi beralih arah dan pergi meninggalkan saya. Dia lari dari medan juang rumahtangga dengan alasan sudah tiada persefahaman dan dia sendiri telah memfailkan perceraian kami di mahkamah syariah..Mungkin ada silapnya dari saya sbg seorang suami. Namun rumahtangga itu perlukan sokongan dan komunikasi yang kuat antara dua pihak. Apapun,saya tidak mahu menuding jari menyalahkan dia. Saya berfikiran positif bahawa Allah sedang menguji saya yang selama ini terlalu selesa dengan keadaan rumahtangga saya. Saya yakin bahawa Allah akan menggantikan sesuatu yang terbaik kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kami..Sekarang,saya semakin kuat..kerana memahami bahawa Cinta Allah itu lebih hebat dari cinta makhluknya..DIA yang akan menyelematkan saya di hari akhirat kel;ak dan bukan nya isteri saya yang juga makhluk seperti saya…Wallahu a’lam

  • gentarasa

    Salam norul,
    Baca tulisan saya… “Cinta bukan Tuhan!” Tidak semua kehendak cinta kita turutkan. Dalam apapun lelaki adalah pembimbing wanita, bukan sebaliknya. Berhati-hati dengan cinta… dia api. Kecil, memberi kehangatan. Besar, boleh membakar. Apa yang buruk dan baik dalam hidup kita adalah semuanya dari Allah. Kita wajib memilih yang baik, barulah kita berkata, ini takdir untuk ku. Alhamdulillah. Yang jahat, hindarkan… terselamat daripada tipuan kejahatan adalah juga takdir. Hubungan dengan suami orang, adalah satu dosa. Hindarkanlah yang haram, insya-Allah DIA akan gantikan dengan yang lebih baik. Halal. Insya-Allah.

  • gentarasa

    Salam Adam,
    Takziah daripada saya. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Kesilapan masa lalu adalah modal untuk menempa kejayaan hari ini dan esok. Insya-Allah, bila kita jadi lebih baik, yang lebih baik akan Allah pilih sebagai gantinya. Amin.

  • sjiehan.com

    salamziarah…

    jom baca dan komen Iklan Kerja Kosong yang Kreatif

    heeee

  • gentarasa

    Salam,
    Lawak juga… hi. hi.

  • cilipadi

    Selalu ‘deja vu’ bila baca artikel Protaz Phahrol.Jihad yang tidaklah sesenang kata2…berkata Allah itu cinta no 1 100x lebih senang drp mengotakannya.Apa-apapun,blog genta rasa adalah salah satu teman saya dalam perjalanan , begitu juga majalah solusi.Terima kasih ‘teman-teman’ yang soleh/solehah.

  • IbnuZaini

    Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!

    Jazakallah ustaz.. tulisan ustaz banyak membantu.

  • mammaSun

    Terima kasih ustaz atas perkongsian. Pengalaman hampir kehilangan suami tercinta akibat kemalangan membuatkan saya sedar, setakat mengakui dengan hati dan kata-kata bahawa cinta utama adalah Allah Maha Pencinta bukan lah semudah apabila diuji dengan ujian kehilangan makhluk yang kita sayang. Dengan ujian sebeginilah membantu untuk menguatkan apa yang kita yakini.
    Mohon izin dikongsikan artikel ini di laman saya….
    Terima kasih ustaz.

  • gentarasa

    Salam mammaSun,
    Semoga puan sabar… dan diberi pahala yang tidak terhitung kerana kesabaran itu. Amin.

  • adilah

    Salam,ustaz minta untuk copy untuk dishare dengan kawan2

  • bunga kertas

    Salam Ustaz. Saya mengenali blog Ustaz dari sahabat. Terus saya jatuh cinta dgn blog Ustaz. Saya dapat serba sedikit ketenangan membaca tulisan Ustaz. Semoga Allah memberi ketabahan, kesabaran utk menghadapi semuanya.

    Alangkah bagus kalau suami saya dapat membaca tulisan Ustaz. Semoga dia berubah. Bukan untuk diri saya saja. Anak dan anak yg bakal lahir, mak ayah saya, ayah mertua, adik beradik saya, adik beradik dia. Orang yg terdekat bagaikan musuh. Hanya dia dan kawan2 je yg betul. Kata saya apalah lagi. Ustaz ada tak 1 doa @ ayat yg boleh diamalkan utk lembut hatinya. Tk ustaz.

  • wann

    salam ustaz..subhanallah., terima kasih atas perkongsian yg menarik ini.walaupun sy masih blum berumahtangga..saya amat trsentuh pabila membacanya..mmg benarlah..cinta sesama manusia..bukanlah no 1..pengalaman masa bercinta dulu,,byk menyedarkan saya..keputusan meninggalkan sidia kerana ALLAH adalah tepat, bahwa dia adalh bukn segalanya,,hanya yang yg ESA itu yg NO 1..suburkanlah cinta kita kpd DIA terlebih dahulu,,i’ALLAH,,,ketenangan itu milik kita,…keredhaaan Allah ada pada keikhlsan doa kita,,bawalah doa dalam sujud,,moga2 ketenangan dan kebahagiaan itu akan menjelma..buat ustaz dan rakan2 dalam blog ini,,semga kalian semua sentiasa dibwah Rahmat-NYA.amin..mohon izin untuk share article ini bersama rakan2 sy yg lain ustaz??terima kasih.

  • suri

    Subhanallah…terima kasih dengan perkongsian ini. 8 tahun menjadi ibu tunggal, dugaannya bukan sedikit..kematian suami benar2 menjadikan saya hilang arah dan tujuan.syukur 3 tahun perkahwinan saya, Allah anugerahkan 2 orang anak perempuan yang comel…kehadiran anak2 menjadikan saya kuat dan bersemangat…Alhamdulillah…saya selalu berdoa agar saya terus diberi kekuatan..sesungguhnya cinta Allah itu yang paling sempurna…banyak mana sekalipun cinta dan sayang saya pada arwah suami…dia tetap bukan milik saya..Allah pinjamkan dia untuk menyempurnakan keimanan saya…wallahualam

  • Nor

    Usataz…
    Saya masih berusaha kearah nasihat ustaz…..tapi dugaan hanya Allah yang tahu……
    terima kasih…………

  • anafirdaus

    salam sejahtera 🙂
    terima kasih atas tazkirah ustaz. peringatan bermakna buat saya yang baru tamat alam persekolahan 🙂

  • akumushkil

    Salam ustaz…
    boleh saya dapatkan email ustaz?

  • Corla

    assalamu’alaikum injin seher ,,saya sangat tertarik dgn semua dakwahnya…salam kenaall.

  • Corla

    saya susa laama menyimpa blog ini di leptop saya aga suatu hai saya muda mencarinya..karen saya gak sengaja menemuka blog ini ,,karwen niat mulia saya ingi menuntut ilmu agama..Allah maha pemura dan penyayang…hingga saya di kbulkn dgn kehendak Allah menumuin blog ini aamiin…

  • fauzi.a.r

    jazakallahu khairan kathira ustaz, nukilan ustaz banyak membantu saya untuk mengukuhkan rumahtangga yang kini genting tapi tidak putus. Motivasi ini memberi saya kekuatan untuk terus menguatkan ikatan yang telah rapuh, kepada ikatan yang jauh lebih kuat iaitu kepada Allah. Doakan rumahtangga saya aman kembali. Terima kasih.

  • Ai Fatima Ahmad

    Salam ustaz…
    saya harap rakan baik saya membaca artikel di atas.
    saya juga berharap dia akan membuat keputusan yg paling tepat buat dia dan keluarga. Biarpun kami tidak lagi baik seperti dulu, namun saya harap pilihannya memilih lelaki tersebut (yg saya kira sedikit membelakangkan keluarga terutama ibunya) akan sentiasa diredhai Allah.

  • mummy iralriz

    sepanjang mengubati hati yg luka ini, blog ustaz menjadi peneman diri dikala hati kesunyian da meronta2 dgn bisikan syaitan dan iblis.. Suami yg dicintai bermain kayu tiga dibelakangku.. Pasrah dan selalu berdoa pada Allah, membuatkan ak lebih matang utk menempuh hari2 yg mendatng bersama 3 org anak. Aku akn cuba melupakan apa yg berlaku dan aku semakin mempunyai semagt utk hidup dgn panduan ustaz ini.. Tak sggup lg berteman air mata mengenagkan kata2 cinta suamiku dgn dia di laman facebook.. Perit dan luluh hati ini bagai dicarik2… Alhamdulliah peristiwa ini baru 2 minggu dan aku tabah mengharunginya….doakan semoga Allah membuka pintu hati suamiku untuk kembali ke pangkuan keluarga kami bersama anak2….amin

  • Yatie Roses

    terima kasih atas perkongsian….mohon share ye…

  • luriaz

    Salam..
    mungkin agak terlewat sedikit bagi sy m’baca artikel di atas ini..sy insan yg baru semiggu diceraikan suami.dan punca penceraian adalah sebab dendam zaman kami bertunang.dan dendam itu di balas oleh c suami pada alam perkahwinan..sekarang sy seperti hilang hala tuju dengan ape yg dia lakukan..Alhamdulillah,sy bangkit,dan sedar hanya Allah saje yg bole bantu sy untuk teruskan kehidupan seperti biase walaupun agak perit..Hinggalah sy terpanggil untuk membaca blog ini,dan ia membuat’n sy lagi kuat untuk teruskan kehidupan.Dalam masa yg same,sy berdoa agar,c suami dapat lembutkan hati dan berbalik menjadi suami sy..aminnn

  • gentarasa

    Slam luriaz,
    Tidak ada istilah terlambat dalam melakukan kebaikan. bahkan kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali. perbaiki diri diri agar jadi lebih baik… insya-Allah jika dia jodoh terbaik untuk kita, Allah akan satukan semula. Yang penting rebut cinta Allah dulu, cinta yang lain akan menyusul dengan sendiri. Berdoa. solat hajat, solat istikharah, banyakkan sedekah… Insya-Allah, Allah akan lembutkan hati kita dan hatinya. Ya Allah, permudahkanlah urusan saudaraku ini. Amin.

  • Anis

    Salam Ustaz,

    Saya antara pembaca dan pendengar ustaz. Artikel yang sangat berguna. Semoga cinta Allah sentiasa diutamakan. InsyaAllah.

  • Ashikin

    Menangis & Meruntun jiwa lemah ku ini bila membaca komen2 di atas.Hidup ini tidak semudah yg disangka.Pelbagai ujian & dugaan ada.Itu semua dari Allah swt.Kita sebagai hamba yang kerdil dan selemah2 manusia diuji.Diuji.Ya Allah Ya tuhanku Yang Maha pengampun.Ampunkan dosa-dosa2 ku yang tidak terhitung bnyaknya.Ampunkanku Ya Allah.Aku redha dengan segala ketentuanMu.

  • shahrena

    saya berminat nak menjadi follower

  • Linda

    Suami saya di gilai isteri orang.isteri orang tu sanggup sihir kan saya demi memporak poranda kan rumah tangga kami.semoga Tuhan beri hidayah kepada dia…

  • Zeela Abdul Rani

    saya sedang mengubah arah, mencari cinta yang hakiki….

  • eis

    salam ustaz,
    kadang-kadang saya rasa dah tak mau hidup lg di dunia..dah tak tahan dgn perangai suami yang panas baran. pantang salah atau silap kata..tanganya laju menampar muka…padahal segala kehendaknya saya turuti.dia juga memang jauh dengan Allah..solat memang jauh skali. hari2 sy berdoa kpd Allah memberi dia kesedaran dan keinsafan utk dia kembali bertaubat kepada Allah tp doa sy masih jua belum dimakbulkan..

  • gentarasa

    Salam eis,
    Allah uji kita… untuk kita kembali kepada-Nya. Bukan untuk kita lari daripada-Nya. Jadikan Allah cinta no 1, dengan menjaga solat, buat baik baik kepada ibu-bapa dan anak-anak. Rapatkan diri dengan Allah, tambah ibadah sunat terutamanya solat taubat dan solat hajat. Mengadu kepada Allah. Mengadu kepada Allah. Allah belum makbul kerana hati kita belum penuh kepadaNya atau ada hikmah lain yang masih tersirat. Jangan putus asa. Teruskan.

  • eis

    Terima kasih ustaz..InsyaAllah sy tdk akn berputus asa.

  • Haji Hasnulhadi Bin Hassan

    Sesungguhnya benarlah Allah itu Maha berkuasa di atas segala-galanya. Ilmu Allah ini terlalu luas. Bersyukur kita kerana Allah masih mengILHAMkan kita dengan Ilmunya yang merupakan panduan dan untuk kepentingan manusia jua. Syukran ustaz di atas ilmu yang amat-amat bermenafaat ini. Semoga Allah kekalkan kita sentiasa berada di dalam pemeliharaan dan pandangan NYA selalu, Insya’Allah.

  • abdullahredzwan

    Assalamualikum.

    Setiap hari pasti saya lewati blog Genta rasa ini. Terima kasih ustaz. Tulisan2 ustaz terlalu indah utk diterjemahkan dgn kata2. Semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga. Hanya Allah yg dpt membalas jasa2 baik ustaz.

  • RSM

    Umpama ekor anjing yang bengkok, bila di luruskan tetap dia akan bengkok juga, atau pepatah lainnya mengurung seekor anjing supaya tdk makan tahi, tpi bila terlepas dia akan mencium tahi dan memakannya.. Renungkanlah..

  • RSM

    Umpama ekor anjing yang bengkok, bila di luruskan tetap dia akan bengkok juga, atau pepatah lainnya mengurung seekor anjing supaya tdk makan tahi, tpi bila terlepas dia akan mencium tahi itu dan memakannya.. Renungkanlah..

  • Rusenda

    Sbnarnya sya amat kecewa trhadap isteri yg curang kerana nafsu semata mata, sya sudahpun memaafkan wanita sbgini, tpi bila berlaku lagi hanya Tuhan saja dapat memaafkannya..

  • Rustam RSM

    Salam Ustz.. Telah ku lalui onak dan duri hidup berkeluarga yg di landa masalah yg sukar di lupakan, artcle ini btul2 mngingatkan aku masa silam. Akan ku cuba mendekatiNYA demi CINTA yang hilang selama ini.

  • mama eda

    assalamualaikum ustaz

    alhamdulillah atikel yang sangat membantu saya…disaat saya tercari-cari jawapan tentang CINTA ini… insyaAllah saya akan berusaha meletakkan CINTA ALLAH, CINTA NO 1 saya…

  • mama viee

    terima kasih ustaz,artikel ini membantu saya ,walau perit sekali pun akan saya cuba hadapi..CINTA ALLAH LAGI KEKAL….

  • Sufi A'isyah

    Assalamualaikum ustaz,

    Terima kasih ustaz di atas satu pengisian yang sangat bermakna & saya ibaratkan medium Allah mentarbiyahkan saya melalui tulisan ustaz.

    Saya merupakan isteri yang dizalimi suami yang saya nikahi hasil petunjuk istikharah. Saat saya sarat mengandung dan sering sakit suami sering tiada di rumah kerana sering bersama dan berzina dengan kekasih bukan muslim. Suami ingin ceraikan saya dalam keadaan saya sarat mengandung anak kedua. Apabila melahirkan, suami enggan ceraikan saya tetapi memperlakukan saya sebagai sandaran. Banyak tanggungjawab diabaikan dan langsung tidak melayan saya sebagai isteri. Masih hidup dalam maksiat. Menganiaya saya dalam pelbagai hal dan mengugut saya supaya fasakh jika ingin berpisah dengannya.

    Suami telah lama memeluk Islam tapi hidup mengikut hawa nafsu.4 tahun perkahwinan, dari awal lagi suami curang. Suami tidak melayan saya sebagai isteri dan hanya berbuar baik dengan saya apabila ada keperluan.

    Setelah solat istikharah tentang halatuju perkahwinan disamping merujuk ahli agama, rasanya perpisahan jalan terbaik. Pelbagai ikhtiar umpama solat hajat di masjid mendoakan agar suami diberi hidayah, tetapi suami masih dalam maksiat.

    Hati saya menderita. Kerana suami ada yang halal, tetapi menggemari yang haram. Sedih kenangkan anak yang rindukan bapa, terutama anak yang baru berusia 30 hari. Sebak Allah sahaja yang tahu. Adakalanya menyalahkan takdir kerana suami dinikahi atas petunjuk istikharah.

    Tetapi setelah membaca tulisan ustaz, jiwa saya semakin lentur. Biarpun perit bakal berhadapan dengan perpisahan, dia bukan No. 1..

    Terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga Allah rahmati perjuangan ustaz menyebarkan dakwah. Salam Ramadhan al Mubarak. Wassalam

  • mayamiya

    salam ustaz…artikel yg sgt menyedarkan.saya sedang mengalami masalah rumahtangga kerana suami ingin berkahwin lain…dan saya sedang cuba sedaya upaya untuk pertahankan rumah tangga saya.saya telah forwardkan artikel ini kepada suami saya..di harap dapat membuka pintu hatinya…Amin…

  • aidah

    Kau bukan cinta nombor 1 ku….ketenangan tidak akn diperolehi atas kezaliman dan kesedihan orang lain….tq Allah…

  • putri

    sesungguhnya cinta Allah itu yang paling sempurna…banyak mana sekalipun cinta dan sayang saya pada arwah suami…dia tetap bukan milik saya..Allah pinjamkan dia untuk menyempurnakan keimanan saya

  • putri

    Sesungguhnya cinta Allah itu yang paling sempurna…banyak mana sekalipun cinta dan sayang saya pada seorang insan bernama suami…dia tetap bukan milik saya..Allah pinjamkan dia untuk menyempurnakan keimanan saya…

    (sedarlah semua…suami atau isteri yang beralih arah itu hanya lah pinjaman untuk menguji keimanan kita…ada cinta yg hanya sekadar persinggahan..ada cinta yg Allah lanjutkan hingga ke syurga mengikut tahap keimanan kita pada Nya dlm rumahtannga kita bersama suami atau isteri.. jika kita leka pada Nya…maka hasil bahagia rumahtangga juga ‘leka’ la jawapannya.. Allah Maha Agung Maha Kuasa…semua yg tercipta dan terjadi adalah dari keizinan Nya…janganlah kita sia-siakan masa dengan manusia yg ada…harus kita penuhi masa cintakan dan kasihkan Allah terlebih dahulu..bila Allah sudah mengasihi kita dan bila Allah sudah menyayangi kita Allah akan buka semua pintu rahmat utk kita..Subhanallah…barulah cinta yg lain akan datang menyusul insya Allah…)

Leave a Reply

%d bloggers like this: