RSS

PEMERHATI SUNYI…

03 Mei

Dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian. Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala oleh sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu segalanya hambar dan tawar.

Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh mengubah diri. Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau bukan dengan solat dan zikir. Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah saw.

Pemikiran Siti Fatimah dilapangkan dengan didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia. Lalu dengan ’tauhidic mindset’ itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia berbanding penderitaan akhirat. Justeru, dia rela menerima kesusahan dunia yang sedikit dan sementara demi mengenangkan nikmat akhirat yang lebih baik dan selama-lamanya. Emosinya jadi tenteram ketika kesepian, oleh rasa hatinya yang sentiasa merasai ada Allah yang sentiasa memerhatikannya. Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah. Imam Ghazali pernah menulikan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”  

Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk)  akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.

Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang  baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman tapi mesra’. Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra. Ini hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka. Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina. Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat persaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan ‘teman tapi mesra’? Apakah  kerana aku sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau ‘isteri tanpa cinta?”

Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik. Bila bersama temannya dialah lelaki paling romnatis atau wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah, tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya yang masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak manakala merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!

Itu kisah suami atau isteri yang berkerja di luar, samada di pejabta kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka punya alasan, ruang dan peluang untuk selingkuh di luar. Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah? Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era ICT ini segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih melalui satu ‘clik’ sahaja pada papan kekunci atau tetikus komputer. Celik IT tetapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan laga’ (sia-sia) ini.

Kaldai cinta. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seorang yang bercinta secara membabi-buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, kaldai cinta ini memberi cinta sepenuh dan seluruhnya. Dan akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorban. Bayangkan, berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet, samada lewat facebook, twiter atau YM, namun akhirnya menumbuhkan bibit cinta di alam maya dan komitmen yang nyata dalam alam realiti.

Bayangkan bagaimana teganya seorang isteri yang sudah punya beberapa orang anak dan seorang suami rela mengabaikan tanggung jawabnya kerana cintanya yang mendalam kepada seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati. Manakala seorang gadis pula rela meninggalkan ibu-bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasih hatinya yang bermata biru atau  yang berkulit hitam. Atau ada pula suami yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan ‘kekasih’ maya.

Mula-mulanya hanya  berkenalan, kemudian berbual-bual dan akhirnya mula meluahkan masalah hidup masing-masing. Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataanya perkara yang seumpama ini memang sering berlaku. Alasan ‘kaldai cinta’ ini ringkas dan mudah sahaja – “saya kesepian, “suami tidak pandai  melayan perasaan”, “isteri tidak pandai berhias.” Begitulah yang kerap kita dengar. Hairan juga, mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung, sudah bertahaun-tahun, sudah beranak pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala keaiban dan kecacatan pasangan.

Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak dapat dipastikan adakah itu gambar sebenarnya), siisteri yang kesepian itupun cair. Lalu berbalas-balaslah kata cinta dan ayat-ayat ‘ I love you”, “I trust you” dan sebagainya. Waktu dinihari yang sepatutnya siisteri bangun solat tahajud mendoakan anak-anak dan suami telah digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.

Orang di sebelah sana, penuh rencana licik dan strategik. Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang hadiah yang akan dimasukkan dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti dalam jangkamasa tertentu. Mendengar segala janji manis itu apalagi… kaldai cinta inipun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang menganga untuk menelannya.

Sungguh tragis, apabila kaldai cinta itu akhirnya bertukar menjadi kaldai dadah. Mereka ditipu oleh kekasih mayanya untuk membawa dadah sama masuk ke dalam negara atau keluar negara. Daripada kesepian di rumah sendiri akhirnya mereka menjadi lebih kesepian apabila menjadi penghuni penjara. Ada pula yang maruahnya tergadai, bila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menurut kehendak sendikit dadah bertaraf antarabangsa ini. Cinta yang didamba tidak ditemui, kecelakaan dan bahana baru pula yang dtang menimpa.

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. Kesepian, kelesuan dan kejemuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.

Sepatutnya, masa yang terluang digunakan untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca Al Quran. Ada yang guat dengan aktiviti-aktiviti pengajian. Manakala sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang solehah dan suami yang soleh soleh sedang sibuk menyediakan bekalan untuk menempuh jalan pulang, tapi dia pula sibuk mengumpul beban dosa seolah-olah tidak mahu pulang!

Alangkah sia-sianya hidup jika masa banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara marathon ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram? Alangkah bodohnya isteri atau suami yang bangun di tengah malam, mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah dan suami yang soleh sedang bermunajat kepada Allah memohon keselamatan seluruh ahli keluarganya dari malapetaka dunia dan akhirat? Sah, dialah kaldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil. Di mana wajah kita hendak dihadapkan di hadapan Allah di akhirat nanti ketika kita menderhakai suami dan menentang Allah serta RasulNya hanya kerana cinta murahan, khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang menegakkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum Allah di dalam rumah tangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Manakala melanggarnya akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa.  Teman tapi mesra dan memiliki kekasih maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumah tangga umat Islam kini.

Puncanya? Mudah sahaja… jiwa kosong, tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyebok. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong. Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka begitulah nasib kaldai cinta ini… hidupnya serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk dituju!

 
54 Komen

Posted by di 3 Mei 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

54 responses to “PEMERHATI SUNYI…

  1. halizaliz

    3 Mei 2011 at 9:34 pm

    Assalam ust pahrol

    Betul, puncanya …jiwa kosong, tujuan hidup tidak jelas…sangat2 betul!

     
  2. momof8

    4 Mei 2011 at 12:07 am

    Betul, kita kena peringatkan diri selalu: “Innallaha ma’ana”

    p/s: nampak Ustaz kat PWTC hari sabtu lepas! Dari jauh, tak sempat nak hampir dan bertanya khabar.

     
  3. Eiza

    4 Mei 2011 at 12:26 am

    Haha..saya ketawa sebab apa yang Ustaz tulis ini banyak yang terjadi dalam kehidupan seharian umat zaman IT. Celik IT tetapi buta hati. Saya suka dengan ayat tersebut.

    Penulisan Ustaz banyak memberikan motivasi buat diri saya agar sentiasa berusaha untuk berada di jalan yang benar.

    Pohon Ustaz untuk menulis isu ibu tunggal. Kerana dari pemerhatian dan pengalaman saya berhadapan dengan mereka ini, ada yg tidak dapat hidup tanpa suami di sisi. Bagi mereka, suami adalah segalanya. Moga penulisan Ustaz sedikit sebanyak dpt memberi motivasi dan semangat utk mereka bangun meneruskan kehidupan ke arah yang di rahmati Allah. Tidak banyak penulisan tentang info ini.

     
  4. gentarasa

    4 Mei 2011 at 7:07 am

    Salam Eiza,
    Saya tulis kerana saya melihat sendiri apa yang berlaku dalam realiti kehidupan. Celik IT pada sesetengah kita telah membutakan mata hati. Ramai sangat yang btertipu dengan cinta lewat alam siber. Cinta maya, yang tidak berpijak di bumi nyata. saya terpanggil untuk membuat sedikit pencerahan… Syukran.

     
  5. gentarasa

    4 Mei 2011 at 7:08 am

    Salam momof8,
    Saya mencari buku-buku juga. Terima kasih kerana beri perhatian. Saya baik. saya doakan anda juga baik. Amin.

     
  6. ummuamjad

    4 Mei 2011 at 9:16 am

    salam, ustaz,

    terima kasih atas artikel ni…betul2 berdukacita di saat ini kerna realitnya berlaku pada saya…saya tercari2 artikel ustaz pasal “sabar laksana mentari’ tapi x bole bukak…makaseh..

     
  7. abumadani

    4 Mei 2011 at 9:47 am

    Assalamualaikukum wbt,

    Ust Pahrol apa khabar? hari sabtu lepas jumpa ust di Musolla PWTC dapat juga bertemu orang mcm ust. Tenang dan cool je ust, tapi tak sempat nak tanya banyak soalan, sebab tgk ust sibuk nak uruskan anak2 yang berada dalam lautan manusia ;-).

    Saya baru baca sikit artikel ni dah rasa roh dan auranya. Ia datang dari tuannya yg ug ikhlas menyampaikan.

    Semoga ALlah sentiasa melindungi ust dan keluarga. Allahummaameen..

     
  8. taqwahalimah

    4 Mei 2011 at 9:48 am

    Syukron ustaz… ya benar, apa lagi kalau bukan dengan solat dan zikir… mohon izin dikongsi tulisan ini dengan keluarga dan sahabat2 saya yea ustaz…alhamduliLLAH, damai…

     
  9. theufo

    4 Mei 2011 at 9:50 am

    Salam…ustaz..
    Semoga ustaz sihat dan berbahagia…
    Terima kasih di atas info yang diberikan…
    memang ader kebenaran dengan apa yg ustaz ceritakan…ape yg ustaz ceritakan tuh ader sekeliling kite..
    puncanya jiwa kosog….
    tQ…

     
  10. Eve

    4 Mei 2011 at 9:56 am

    Saya suka setiap artikel ustaz. Ianya begitu dekat dgn kehidupan harian masa kini dan boleh dijadikan pedoman utk semua dan saya juga. Tahniah & terima kasih ustaz… :-) looking forward to hear more from u…

     
  11. Lina

    4 Mei 2011 at 10:04 am

    Slm. Ustaz.. Sy belum berkahwin. Sy igt klu dah kawen x kan rs sepi. Sbb bz ngan rumahtangga. Rupenye sunyi pon rase gak cam ustaz tulis. Wpon agak sukar utk dfahami, Tp tulisan ustaz byk pengajaran n menyentuh hati. Moga Allah tambahkan ilmu ustaz utk menulis n berdakwah.

     
  12. gentarasa

    4 Mei 2011 at 10:58 am

    Salam ummuamjad,
    dapat majalah solusi yang terbaru… di bawah tajuk Sabar itu indah. Segalanya di situ. Maaf, sangat-sangat.

     
  13. ana

    4 Mei 2011 at 11:48 am

    Assalamualaikum ustaz,

    Terima kasih atas segala tulisan ustaz selama ini. Saya byk membaca tulisan ustaz dan kdg kala menangis sendiri semasa membacanya.Saya mencari jalan pulang kepadaNya setelah sekian lama alpa.Sedikit sebanyak tulisan ustaz memberi saya harapan bahawa it’s never too late to repent. Saya tidak mahu anak2 jadi seperti saya dan saya bertekad utk membesarkan anak2 dgn kalimah tauhid dan tauhidic mindset. Ketahuilah ustaz, tulisan ustaz di blog ini dan majalah solusi byk membantu saya. Alhamdullillah, rupa-rupanya Allah masih sygkan saya dan keluarga dan InshaAllah akan sy tanamkan dalam hati sy dan anak2 saya bahawa tujuan hidup adalah utk beramal kepadaNya supaya jiwa dan hati kami tidak kosong.

    Ustaz, jgn berhenti menulis. Semoga Allah kurniakan kesihatan yg terbaik utk ustaz supaya boleh terus bermujahadah. Amin.

     
  14. ummuamjad

    4 Mei 2011 at 12:50 pm

    terima kasih ustaz..moga Allah merahmati segala amal ma’ruf yg ust lakukan…

    salam…

     
  15. jee

    4 Mei 2011 at 12:52 pm

    Salam ustaz,

    terimakasih sbb artikel ini betul2 bagus..bila bc dr mula je nk terus bc sampai hbs..mmg betul skrg nie byk berlaku benda mcm nie.tak kira di mana sj,kwsn bndar @ kwsn terpencil ada2 sj yg kita dgr.bagi saya yg penting kita jgn mulakan @ berniat sj nk suka2..isi kesunyian & kesepian dgn sesuatu yg berfaedah..itu lbh baik dr membuat sesuatu yg boleh menimbulkan kesan yg tdk baik kemudian hari..

     
  16. sue

    4 Mei 2011 at 1:06 pm

    salam ustaz…

    semakin hari semakin seronok dan teruja baca penulisan ustaz…topik yang selalu dekat dengan saya..perkara2 yang terjadi dalam kehidupan manusia..yang selalu di pandang remeh tapi kesannya sgt besar…

    selalu ingatkan diri sendiri bahawa Allah itu sentiasa ADA dan BERSAMA kita :)

    semoga Allah beri ustaz kesihatan yang baik n berbahagia bersama keluarga :)

     
  17. noraida

    4 Mei 2011 at 2:02 pm

    Assalamualaikum ustaz…saya setuju sgt dgn penulisan ustaz kerana saya sendiri pernah merasakannya. Saya pernah terbaca message dgn kata2 manis suami kepada isteri orang dan saya tersangat sedih kerana saya terlalu setia pada suami sekian lamanya. Dalam keadaan begitu tiba2 saya diuji pula dengan message2 seorang lelaki yang kesunyian, yang sering mengambil berat tentang saya tetapi sayangnya juga suami orang. Pada mulanya saya seronok, tapi saya tahu kesalahan saya. Saya memohon petunjuk dari Allah. Alhamdulillah…sekarang ini saya dah berikan perhatian sepenuhnya pada suami. Suami pula dah mula menunjukkan perhatiannya kpd saya. Bolehkah ustaz..kalau saya katakan, apa yg berlaku pd saya adalah kerana balasan di atas sikap suami yg pernah berhubung baik dgn isteri orang? Saya selalu berdo’a moga saya dn suami tidak lagi diuji seperti itu. Moga saya akan terus mengejar cinta Allah dan bukannya cinta manusia mahupun suami…

     
  18. Adilla Harun

    4 Mei 2011 at 2:12 pm

    Benar kiranya kita tidak mampu mengubah orang lain tetapi berpeluang memperbaiki dan mengubah diri sendiri. Kekuatan batin dan zahir amat perlu deminya…

     
  19. young

    4 Mei 2011 at 2:56 pm

    salam ustaz,
    saya faham apa yg ustaz tulis kerana ia berlaku kepada saya. bezanya cuma “si kaldai” adalah org yg berada di sekitar. tiada apa yg boleh dilakukan, saya hanya berserah kepada Allah, bersabar dan berdoa supaya mereka diberi petunjuk dan hidayah.

     
  20. sofi

    4 Mei 2011 at 10:38 pm

    assalamualaikum ustaz.

    saya amat suka artikel ini dan mendapat idea utk menulis sesuatu di blog saya. maaf, saya ambil beberapa petikan drnya dan masukkan ke dlm sini

    maaf ya ustaz, ambil dulu baru cakap…. harap ustaz izinkan.

     
  21. mardiah

    5 Mei 2011 at 8:32 am

    salam ustaz..
    terima kasih, kekuatan demi kekuatan sya perolehi drpd bacaan nukilan ustaz dlm mengharungi perjlnan hidup ini…mohon coretan dan nasihat bagi hidup yg bermadu dsebalik kebahgiaan yg dipamerkan..

     
  22. gentarasa

    5 Mei 2011 at 8:50 am

    Salam mardiah,
    Bila belum berlaku, masih ada tadbir. Tetapi bila sudah berlaku itu takdir. Jadi, tadbirlah hati kita untuk menerima takdir… katakan, ini adalah tarbiah untuk ku bagi mendidik diri agar selalu dekat, bergantung dan mengharap kepada MU. Bukan pada suami. Jalankan tanggung jawab dengan baik, jadilah solehah. Insya-Allah, hati suami Allah yang punya. Kekadang satu masalah bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk kita hidup bersamanya… kerana itulah cara Allah mendidik kita untuk terus merintih pada-Nya. Jangan sangka buruk dengan suami, dia juga diuji, Jika yang dicarinya selain Allah dalam bermadu, dia akan menanggung bahananya. Allah juga hakikatnya akan mendidik dia. Kenangkan, hidup di dunia hanya sementara, tetapi yang sementara ini perlu dijalani sebaik-baiknya agar kita kekal di syurga. Suami, madu, kita adalah kecil dibandingkan dengan keampunan Allah di akhirat sana. Wallahua’lam.

     
  23. gentarasa

    5 Mei 2011 at 8:52 am

    Salam sofi dan sesiapa sahaja,
    Ambillah jika untuk tujuan dakwah dan tarbiah apa2 yang tertulis dalam gentarasa. Kita kongsi jariah ilmu. Tetapi jika tujuan komersial… adabnya minta izin dulu.

     
  24. ustmanis

    5 Mei 2011 at 11:39 am

    Salam….bisikan hati cetusan nurani buat diri ini dan teman maya….” hati yang sibuk mencari hiburan diluar hakikatnya ia ‘sunyi’dari dalam..Hati yang tidak terhibur dari ‘dalam’ akan terzahir kegersangannya di luar…namun,andai hati yang sering dihibur dan terhibur dari dalam,maka episod hidupnya akan lebih aman,kurang terpesona pada gangguan di luar.untuk menghiburkan hati, jiwa dan ruhmu dari dalam, maka sibukkanlah dirimu dengan sesuatu yang positif lagi bermanfaat, agar engkau tidak disibukkan dengan sesuatu yang negatif….bersama renungkan

     
  25. maimunah

    5 Mei 2011 at 1:57 pm

    artikel yg bagus.mohon share ustaz…

     
  26. ainhany

    5 Mei 2011 at 3:24 pm

    salam ustaz,

    saya suke dgn perkataan kaldai cinta…kerana cinta buta dan dibutakan oleh makhluk…pasangan jadi porak peranda..salah sapa ????/
    sama2 kiat mncari cinta ALLAH

     
  27. zuisa_opina

    5 Mei 2011 at 8:11 pm

    salam…

    Apa yang ustaz coretkan terjadi pada saya…ttp belum jauh perginya…saya tersedar….tp rasa bersalah, berdosa sering menghantui diri saban hari…apa yang perlu saya lakukan… mohon penjelasan…merungkai kekusutan….

     
  28. gentarasa

    5 Mei 2011 at 9:55 pm

    Salam zuisa,
    Berhenti serta merta. walaupun pahit dan sakit. Kerana jika pergi jauh lagi… sukar berpatah balik. Dan akibatnya lebih sakit, buruk dan sakit lagi. Berhentilah, insya-Allah, Allah akan ganti dengan ketenangan baru.

     
  29. zulena

    5 Mei 2011 at 10:44 pm

    Salam ustaz…

    Alhamdulillah…..biar telah 6 tahun sentiasa berjauhan dari suami, saya tabah melaluinya. Sepanjang itu 2 atau tiga minggu sekali barulah suami dapat bersama2. Hanya anak terakhir dr 4 anak menemankan saya siang dan malam. Dan pastilah ada kesunyian dan kesepian.

    Malam-malam tanpa suami saya penuhi dengan mencari ketenangan. Membaca alquran, memahami maknanya, menghafal surah mahupun membaca/mencari maklumat berguna. Hujung minggu tanpa suami, saya lakukan ativiti seperti biasa. Mengunjungi anak di asrama atau menghantar anak-anak ke asrama.

    Kalau mengenai kerinduan, bergunung rasanya. Dan saban waktu saya merasakan kecintaan pada suami tetap seperti dulu. Mungkin inilah hikmah Allah berikan perpisahan. Kasih sayang kami masih menebal. Kerana tanggungjawab kami redha melaluinya.

    Dan selalu saya berdoa moga suami sentiasa dalam peliharaan Allah. Tidak lupa pada tanggungjawab. Dan sentiasa dijauhi dari godaan syaitan…dan saya menggunakan internet sebagai sumber ilmu. Alhamdullilah.

    Dan moga ustaz mendoakan kami dapat menjadi tetamu Allah di musim haji tahun ini. InsyaAllah….

    Terimakasih atas tulisan ustaz yang menyumbang dalam mencari ketenagan….wasallam..

     
  30. zuisa

    6 Mei 2011 at 8:28 am

    Salam ustaz…

    Terima kasih ustaz atas nasihat.

     
  31. مهمد فضيل

    6 Mei 2011 at 8:30 am

    السلامعليکم استاذ…. تريما كاسيه اتس علمو.. اين جوݢ بوليه دکاٴيتکن دڠن مسئله هاتي.. چاريله فنــــــــــــاور بـاڬي هـــــــــــــــــــاتــــي

     
  32. abumadani

    6 Mei 2011 at 9:45 am

    Zulena,

    Aduh terharunya baca tulisan awak. Saya doakan awak sekeluarga selamat dunia akhirat. Jadikanlah Ust Pahrol dan teman2 yg soleh lain sebagai penawar rindu, kerana mereka sentiasa mengingatkan pada ALlah dan akhirat.

    Baarakallahufikum

     
  33. karaheut

    6 Mei 2011 at 10:16 am

    izin share ustad.. afwan

     
  34. wanimohamad

    6 Mei 2011 at 11:18 am

    salam…ustaz, memang benar apa yg ustaz coretkan, hal ini berlaku kepada org yg hampir dengan saya. mereka ini seperti tidak bersalah dengan isteri mereka, kalau bercakap dengan perempuan lain, bukan main sopan sangat tp dengan isteri sendiri sering bergaduh. bilamana org seperti sy yang belum berkahwin melihat situsai yg berlaku didepan mata, kesimpulan mudah yang boleh dibuat mereka tidak meletakkan CINTA ALLAH dihadapan, terlalu mengejar dunia. sekadar perkongsian dr “budak hingusan”.

     
  35. Asma'

    6 Mei 2011 at 3:22 pm

    Salam Ustaz..
    Terima kasih di atas artikal yg di paparkan. sungguh tajam pemerhatian ustaz. dengan membaca artikal ustaz saya merasakan seolah2 ustaz masuk ke dalam realiti hidup penulisan ustaz.. memang banyak dugaan bila berjauhan dengan suami. kekadang ada mata2 yg memerhati tanpa di sedari. kekadang ada yg mengambil kesempatan bertanya khabar dan kononnya bersimpati. saya biasa mendengar perkataan “tak sunyi ke suami tak di sisi?”.. hanya pada Allah tempat ku mengadu, dan hanya pada anak2 ku curah kasih dan rasa. semoga Allah menguatkan diri ini untuk terus menjadi isteri yang solehah, ibu yg mithali dan hamba yang Bersyukur dengan segala nikmat yg di berikan oleh Nya..

     
  36. azzi

    6 Mei 2011 at 3:52 pm

    assalamualaikum ustaz
    terima kasih atas tulisan yang sering jadi peneman bila rasa sunyi….teruskan usaha

     
  37. wanda queen

    6 Mei 2011 at 7:30 pm

    TERIMA KASIH YA USTAZ. IA AMAT BERMAKNA SEKALI APABILA CINTA MANUSIA MENJADI RACUN!

     
  38. nuriman

    7 Mei 2011 at 7:43 am

    syukran ustaz…selalu baca blog ustaz utk mencari ketenangan…

     
  39. ain wardah

    8 Mei 2011 at 1:36 pm

    Assalam ustz

    Teruskan menulis. Tulisan2 ustz byk menyedarkan saya.

     
  40. wann

    11 Mei 2011 at 11:51 am

    Salam ustaz, nice sharing..saya suka sgt artikel2 ustaz,,ianya byk menyedarkan saya..semoga ustaz dan kuarga sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang -NYA..ameen.,sy cuma sempt bertegur sapa sajer dengan ustaz kt PWTC bru ni..tp xsempat nak bertya khbr pula..rasa terharu sangat diberi kesempatan jumpa seseorg yg selama ni sy segani…terima kasih ustaz… :)

     
  41. Habib Ahmad

    11 Mei 2011 at 12:44 pm

    1. Majlis Ilmu di Pusat Pengajian Ba’alawi KL :

    2. Simposium Thariqat Tasawwuf 2011

    TERKINI LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

     
  42. ana sarina

    13 Mei 2011 at 9:50 am

    terima kasih ya ustaz pada nukilan yang ustaz coretkan ini… penulisan ustaz benar2 mengejutkan saya dari lena… dalam mencari cinta suami kadang2, hati ini tersasar dari landasan cinta ilahi.. mencari cinta manusia yang adakala boleh merosakkan jiwa, benar kata ustaz, jadilah isteri solehah, kerana hati suami milik Allah.. saya selalu berdoa moga saya mendapat cinta suami, bukan dendam atau benci, krn cinta yang tak terlafaz kadangkala menghiris hati isteri yg mengharap cinta utk dimengertikan. moga saya terlindung dari segala dosa dan noda.amin

     
  43. seri dewi malam

    14 Mei 2011 at 10:00 pm

    tulisan ustaz memberi ketenangan pada saya .semenjak suami ada affair dengan perempuan lain saya rasa meluat tengok muka dia…dalam hati saya penuh rasa benci,jijik sebab diri dah tua,rambut penuh uban masih nak bersms tgh malam buta.. saya selalu terfikir,kalau lah saya banyak duit dah lama saya bawak diri pergi ke luar negara……

     
  44. ummi yatim

    22 Mei 2011 at 8:59 am

    Salam syeikh

    Beginilah hakikat kehidupan akhir zaman. Macam2 hal ada. Teruskanlah bermujahadah keranaNYA. Semoga menjadi penyuluh bagi yang mencari cahaya, keinsafan bagi yg terasa.

    Ana doakan semoga sentiasa di kurniakan kesihatan.

    Selamat Berjuang!!!

     
  45. azie

    3 Jun 2011 at 11:53 pm

    Assalamualaikum ustaz….diharapkan ustaz dipanjangkan umur dan murah rezeki agar sentiasa dapat berkarya dan berkongsi ilmu dengan kami semua….teeerima kasihhhh ustaz.. : )

     
  46. Zalita Md Lassim

    6 Jun 2011 at 11:41 am

    Dari lepas subuh hingga hampir 12 tengah hari saya khusyuk membaca artikel ustaz tanpa jemu dan dgn linangan air mata yg membasahi kaca mata.Terlalu rindu dgn tulisan sebegini yg sgt menyentuh hati.Moga ustaz terus diberi kesempurnaan kesihatan utk terus menabur bakti buat kami yg dahagakan tazkirah ini.Insan seperti ustaz,biarpun tidak sepopular tokoh politik yg dihambur harta..insya-Allah insan yg sangat mulia di sisi Ilahi.Amin.

     
  47. pn.sara

    22 Jun 2011 at 8:01 am

    salam ustaz…….
    tulisan ustaz seperti kisah yang berlaku dalam rumahtangga saya…
    kini saya dan anak-anak ditinggalkan suami kerana seorang wanita lain…
    Tulisan ustaz banyak memberi motivasi kepada saya….
    alhamdulillah jiwa saya tenang kerana saya yakin Allah pasti menolong orang yang dizalimi……biarlah saya hilang cinta seorang manusia, kerana saya lebih takut jikalau saya kehilangan cinta dariNya…Alhamdulillah ujian ini mendekatkan diri saya kepada Allah SWT, penghapus dosa-dosa saya yang lalu…’Sesungguhnya dalam kesusahan pasti ada kesenangan”……………

     
  48. Sharifah Aminah

    6 Mac 2012 at 1:27 am

    mohon share diFB

     
  49. Waris Biduanda

    24 April 2012 at 8:45 am

    …. setiap artikel ustaz yg saya baca begitu menyentuh hati…naluri saya sbg seorang isteri juga ibu kpd 5 org permata hati. Tidak mampu utk saya meluahkan segala gentarasa dihati…namun memadailh jika saya katakn…setiap bait kata~kata yg tertulis di artikel ustaz..tlh banyak mengundang kesabaran dan pengetahuan yg begitu bermanfaat buat diri saya yg jahil…lemah lagi hina ini. Terimaksh Ustaz!….SYUKUR saya kehadrat Illahi atas petunjuk yg diberi….saya mohon utk berkongsi beberapa artikel ustaz ini bersama rakan2 FB yg berkemungkinan tidak menyedari akan kehadiran GENTARASA…sbgmana saya sendiri rasakn… “terlewat” menghadirkan diri…jesteru tiada kemampuan utk memakluminya….Namun syukurlh kini…saya mampu utk memujuk diri dan hati…dgn adanya artikel ustaz yg mampu membimbing insan2 yg lemah spt saya utk terus tabah dn sabar…dlm mencari redho Illahi. Wallahualam…..Terimakasih Ustaz! SYUKUR kpd Allah SWT…….

     
  50. riduan

    27 April 2012 at 6:07 pm

    salam ustaz…saya selalu kongsikan artikel2 dan ayat2 ustaz tuliskan di fb sbb saya rasa perlu org lain tahu utk berubah….maaf laa ustaz ambil dulu baru bgtau…

     
  51. sabariah mad dorm

    29 April 2012 at 3:08 am

    ada tak pemahaman dari segi maksud ‘sunyi’ kepada org yg bosan dan masih belum berumah tangga? konklusi kepada sudut pandang yg berlainan pula. sunyi dalam hidup tak bermaksud juga kepada suami isteri, bagaimana pula seorang anak yatim yg sunyi? seorang gadis yg belum mempunyai pasangan sunyi? kawan yg sentiasa outstation sedar kawan tak ada jd sunyi? pelajar yang mahu menenangkan fikiran sekejap tapi tak tau nak wat apa, sunyi?

     
  52. kak idd

    8 Ogos 2012 at 2:27 pm

    salam ustaz,
    Alhamdulillah….

     
  53. misearth

    10 Ogos 2012 at 6:57 pm

    mohon share ustaz

     
  54. Rin

    1 Mei 2013 at 12:24 pm

    terimakasih dengan penulisan yg bermakna dr ustz….

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,217 other followers

%d bloggers like this: