Looking for Something?

MENGAPA MEREKA LEBIH BAIK?

Author:

Usai solat Subuh Jumaat sering menghadiahkan detik terbaik untuk bermuhasabah. Kita undur selangkah ke belakang, untuk melonjak beberapa langkah ke hadapan. Merenung kesilapan dan kesalahan silam, betapa dungunya dan terburu-burunya sikap kita yang selalunya sangat merugikan.

Akibatnya, sering kita kehilangan sahabat terapat. Renggang dengan orang tersayang. Dan yang paling tragis kehilangan rasa hati yang lembut, halus dan beradab.

Namun, segera teringat kata-kata pengukuhan yang bersemi dalam hati (terutamanya akhir-akhir ini), “sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada masa silam… lupakan dan pandanglah masa depan – yesterday ended last night!

Jika punya kesempatan carilah ruang untuk memohon maaf, memohon doa dan melakukan amalan-amalan baik sebagai penebus kesalahan silam. Jika tidak, bertekadlah untuk tidak mengulanginya. Jangan jadikan ia trauma yang menghalang pencapaian kita hari ini dan esok.  Menyesal itu baik, tetapi ia bukan belenggu yang menghalang kita untuk mencipta kebaikan dan kecemerlangan baru.

Ya, pagi ini mentari masih bersinar, awan gemawan masih mewarnai dada langit dan udara masih dapat kita hirup seadanya. Alhamdulillah syukur… Apapun yang akan berlaku, asalkan kita dekat dengan Allah, lurus, tulus dan telus dalam hati, kesilapan kita akan diperbaiki. Bukankah kesilapan ini bukti yang kita masih manusia? Lalu kita akan selalu dan sentiasa memperperbaharui taubat. Come what may…  pahit, kita belajar bersabar, manis… kita melatih diri bersyukur.

Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.

Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya 3 perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari.

Apakah 3 perkara itu? Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama  ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah, carilah 3 perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. Ah, matahari telah cerah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.

Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siaganya untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan.Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!

Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini… esok? Belum tentu kita masih ada!

Oh, bagi sahabatku yang beberapa minggu dulu telah bertanya, aku hulurkan tulisan ini seadanya. Soalnya lewat SMS, “mengapa orang bukan Islam kekadang lebih jujur dan baik?” Dan inilah jawapanku sekadarnya…

  “Aku hairan mengapa orang bukan Islam lebih jujur dan amanah daripada orang Islam?” kata seorang sahabat saya yang juga seorang jurutera. Saya diam. Memang ada kebenarannya jika dilihat selayang pandang.

“Awak lihat di negara-negara Barat, surat khabar dibeli hanya dengan meletakkan wang di dalam bekas di tepi jalan. Tidak ada orang mengelat untuk membayarnya.”

Cerita yang sama pernah saya dengar daripada kawan-kawan yang pulang dari London. Saya teruja dengan topik perbualan pagi itu. Mengapakah orang bukan Islam lebih baik perilakunya berbanding orang Islam? Jika benar, benarkah itu yang sebenarnya?

“Itu di Barat, cuba awak perhatikan di Jepun sewaktu dilanda tsunami baru-baru ini. Rakyatnya berbaris sewaktu menerima bantuan makanan. Peniaga menjual bateri yang sangat diperlukan sewaktu terputus bekalan elektrik dengan separuh harga. Nilai kemanusiaan mereka terlalu tinggi. Tidak ada sikap mengambil kesempatan dan mementingkan diri walaupun pada saat-saat kritikal. ”

“Kalau di negara-negara Islam?” tanya saya untuk menyemarakkan perbualan.

“Kita boleh lihat sendiri bagaimana umat Islam berebut-rebut mendapatkan bantuan makanan di kawasan yang dilanda bencana alam. Malu kita melihatnya. Di negara kita pun, apa kurangnya. Apabila ada kenderaan membawa makanan terlibat dengan kemalangan, penduduk sekitarnya berebut mengambil makanan yang bertabur. Itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang dan etika tetapi haram di sisi agama.”

Saya terus mengangguk-angguk, mengiakannya. Saya masih teringat bagaimana seorang mufti pernah memberi amaran agar wang yang diambil dari sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan suatu ketika dulu dipulangkan kerana perbuatan mengambil wang yang bukan milik kita adalah haram.

“Mengapakah sikap orang bukan Islam lebih baik daripada kita orang Islam?” Sekali lagi pertanyaan itu diajukan kepada saya. Dalam diam, saya terus berfikir.

“Secara fitrahnya manusia dicipta dengan potensi kebaikan. Setiap insan dibekalkan Allah dengan benih kebaikan secara tabii. Cuba kita lihat dalam realitinya…  ada individu yang secara semula jadinya pemurah, mudah simpati, penyayang berbanding individu yang lain. Manakala ada pula yang lebih berani, tahan lasak, gigih…”

“Tidak kira orang Islam dan bukan Islam?”

“Ya.  Tidak kira sama ada dia orang Islam atau bukan Islam, sama-sama Allah bekalkan benih kebaikan yang ada dalam diri setiap manusia… ”

“Kalau begitu, manusia boleh jadi baik tanpa Islam? Jadi apa gunanya diutus para Rasul jika tanpa agama pun manusia sudah boleh jadi baik?” soalnya bertalu-talu.

“Para Rasul terutamanya Nabi Muhammad diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Begitu yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Benih kebaikan yang diberikan sebelum ini ialah bekalan asasi daripada Allah untuk seorang insan menerima seruan kebenaran yang dibawa oleh para Rasul.”

“Menyempurnakan? Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘menyempurnakan’ itu?”

“Maksudnya, benih kebaikan pada diri manusia memang sudah ada. Kedatangan Rasulullah s.a.w. adalah untuk lebih menyuburkan benih kebaikan itu.”

Melihat dia termenung, saya menambah, “umpama sebiji benih, untuk membesar ia perlu diberi air, baja, cahaya dan dijaga daripada serangga perosak. Jika semua itu dibuat, barulah ia boleh membesar menjadi pohon yang baik, berdaun, berdahan dan akhirnya berbuah.  Itulah maksudnya dengan menyempurnakan.”

“Tanpa kedatangan Rasulullah?”

“Benih itu boleh tumbuh juga tetapi tidak sempurna. Mungkin terbantut, tidak hidup lama dan mungkin mati sebelum berbuah. Maka begitulah sikap baik manusia tanpa pimpinan agama, akan mudah terhakis, tidak holistik, tidak tahan lama dan tidak tahan uji.”

“Maksud awak?”

“Mungkin ada orang yang baik dalam perkara-perkara tertentu, tetapi dalam perkara yang lainnya tidak. Orang Barat mungkin jujur dalam soal kewangan, tetapi tidak jujur dalam pergaulan lelaki perempuan. Perzinaan, homoseksual, lesbian dan bersekedudukan sudah menjadi kebiasaan, ” kata saya.

“ Orang Jepun pula mungkin baik daripada hubungan sosial dan kemanusiaan, tetapi kecundang daripada segi spiritual. Kejadian bunuh diri, buli dan stres berleluasa di kalangan masyarakat mereka.  Tetapi konsep akhlak dalam Islam itu lebih menyeluruh dan sepadu, akhlak dengan Allah, dengan manusia, dalam ekonomi, sosial dan seluruh sistem kehidupan,” dia menambah.

Kemudian dia terus termenung. Keningnya berkerut, lantas berkata “tetapi…”

“Tetapi masyarakat Islam hari ini tidak begitu bukan?” ujar saya menangkap apa yang sedang difikirkannya.

“Ya. Kenapa?”

“Banyak dan besar bezanya antara masyarakat Islam dengan masyarakat umat Islam. Sekarang ini hanya ada masyarakat umat Islam.”

“Saya masih keliru, apa maksud awak?”

 “Percayakah awak ramai orang Islam yang tidak mengamalkan sifat kejiranan, pentingkan diri, hidup nafsu-nafsi, minum arak, bergaul bebas, makan riba, tidak solat dan mengamalkan lain-lain kemungkaran? Kita nak namakan apa mereka tu, orang Islam?”

“Ya, memang tetap beragama Islam. Selagi mereka bersyahadah kita tidak boleh menuduh mereka kafir.”

“Betul, mereka tetap orang Islam. Jika mereka bermasyarakat, masyarakat mereka dinamakan masyarakat umat Islam. Tetapi bukan masyarakat Islam. Masyarakat Islam hanya terbentuk apabila setiap anggotanya mengamalkan hidup berpandukan syariat yakni peraturan Allah dalam semua bidang kehidupan…”

“Tadi awak kata sikap baik yang dibentuk berdasarkan tabii sahaja tidak tahan uji…cuba jelaskan,” ujarnya mengalih fokus perbualan kepada persoalan asal – mengapa orang bukan Islam lebih baik?

“Ya, mungkin atas dasar tabii seseorang boleh melakukan kebaikan selagi dibalas dengan kebaikan tetapi jika kebaikannya dibalas dengan kejahatan, dia tidak mampu lagi untuk bertahan atau ketulusannya akan terjejas.”

“Apa kaitannya semua ini dengan persoalan saya tadi, mengapakah orang bukan Islam lebih jujur daripada orang Islam sendiri?”

“Itu kerana faktor tabii individu yang lama-kelamaan menjadi budaya sesuatu bangsa, kelompok atau negara. Misalnya, orang Inggeris terkenal dengan budaya bersih, menepati waktu dan berterus terang. Itu budaya bangsa yang pada asalnya ialah tabiat individu. Namun apabila ramai individu dalam bangsa itu yang bersikap demikian dan diamalkan pula pada setiap masa dan keadaan, maka jadilah budaya bangsa tersebut. Al-hasil, budaya bangsa itu pun tersentuk secara ‘evolusi ‘dan ‘gradually’. Misalnya, bangsa  Inggeris itu bersih, menepati waktu dan berterus terang.”

“Seperti budaya bangsa Arab yang cekal, menghormati tetamu dan berani. Bangsa Melayu yang sinonim dengan sikap lemah lembut, pemalu, ramah mesra dan mengenang budi. Bangsa Cina yang tahan menyimpan rahsia, sabar dan gigih berusaha. Bangsa Jepun yang terkenal dengan berani, berdisiplin dan bekerjasama. Itu semua berasal daripada sifat tabii individu yang kemudiannya membentuk budaya sesuatu bangsa. Itu maksud awak?” tambahnya.

Saya hanya mengangguk, alhamdulillah, dia cepat menangkap apa yang saya maksudkan.

“Namun, harus diingat, tanpa Islam budaya bangsa walau sebaik mana pun tidak akan mampu bertahan. Tambahan pula dalam arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini.  Penyebaran budaya Barat menerusi teknologi maklumat serta dasar neokolonialismenya yang terus-menerus melancarkan proses “homogenisasi” agar budaya hidup liberal diamalkan di seluruh dunia.”

“Saya terbaca, semangat generasi muda Jepun kini tidak sekental nenek moyang mereka dahulu. Generasi Cina yang ketiga juga khabarnya sedang mengalami kelembapan. Begitu juga generasi muda Melayu, sudah kurang adab dan rasa malunya… Budaya punk, rock dan lain-lain melanda remaja seluruh dunia. Nilai-nilai ini dianggap maju, moden dan dinamik. Nilai-nilai tradisional dianggap mundur, jumud dan statik.”

“Semua bangsa hakikatnya sedang mengalami hakisan budaya. Budaya kuning. Sekarang sedang berlaku coca-colonization, budaya hidup popular mengambil sempena jenama minuman popular Amerika, Coca-cola. Dengan ini, budaya hidup berdasarkan isme liberal kapitalis tajaan Amerika bercita-cita untuk melunturkan nilai-nilai tradisi semua bangsa di dunia. Penjajahan pemikiran dan budaya ini akan memberi keuntungan kepada Barat yang menjadi pengeluar utama produk-produk hedonisme ini.”

“Bagaimanakah kita menahannya?”

“Kembali kepada agama. Kita sempurnakan akhlak kita dengan wahyu dan hadis yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, utusan Allah. Amalkan ajaran Islam bermula daripada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ayuh kita tegakkan hukum-hakam Allah bermula dari bidang sekecil-kecilnya, sampailah kepada yang sebesar-besarnya.”

“Ya, tetapi seperti yang saya katakan tadi, ada orang Islam yang lebih teruk perilakunya. Kadar rasuah negara Islam lebih tinggi daripada negara bukan Islam.”

“Maaf, negara umat Islam bukan negara Islam,” saya cuba mengingatkan.

“Ya. Maaf… negara umat Islam. Ini kerana kita orang Islam sendiri tidak berpegang dan mengamalkan ajaran Islam dengan serius. Kita cuma ada benih kebaikan, tetapi tidak menyubur dan menjaganya. Akhirnya, benih itu layu dan hampir mati. “

“Bagi orang bukan Islam?”

“Bagi bukan Islam, kekadang budaya bangsa atau tabiat baik individunya tetap dipelihara melalui kaedah penyuburan rasa cinta kepada nilai-nilai tradisi dan pengamalan disiplin hidup yang tinggi sejak kecil lagi, sama ada di dalam keluarga, sekolah-sekolah, organisasi atau masyarakat. Walaupun tidak sekukuh dan sesempurna kaedah Islam, namun itu lebih baik berbanding tidak ada usaha langsung.”

“Ya, masalah kita umat Islam, kita lepas kedua-duanya. Berpegang kepada ajaran agama pun tidak serius, berpegang kepada nilai tradisi bangsa pun tidak. Jadi benih kebaikan dalam umat Islam yang terbiar begitu sahaja,” ujar saya lagi.

“Jadi kebaikan orang bukan Islam hanya disebabkan kecintaan terhadap budaya mereka yang mampu dipertahankan hingga setakat ini?”

“Ya. Dan kelemahan kita umat Islam kerana budaya bangsa kita telah terhakis dan gagal memanfaatkan prinsip agama untuk membina dan menyuburkan semula budaya yang baik itu.”

“Maksud awak agama Islam itu satu budaya?”

“Tidak. Islam bukan ciptaan manusia. Jadi, ia bukan budaya. Tetapi jika hukum-hakam Islam diamalkan sebagai satu cara hidup, maka  tertegaklah apa yang dikatakan budaya Islam. Contohnya, budaya Islam dalam menghormati tetamu, makan-minum, berpakaian, bergaul dan lain-lain. ”

“Budaya Islam tahan uji?”

“Ya, selagi orang yang mengamalkannya berpegang teguh kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Bukankah budaya itu lahir daripada karakter masyarakat? Manakala karakter pula dilazimkan oleh kelakuan. Dan kelakuan lahir daripada sikap. Sikap dibentuk oleh sistem nilai yang berpunca daripada set minda atau pandangan hidup. Dan pandangan hidup itu lahir daripada keyakinan. Maksudnya, selagi keyakinan kukuh, selagi itulah budaya yang baik itu utuh. Keyakinan dalam ajaran Islam itulah iman atau akidah. Itulah asas dan teras budaya Islam.”

“Jadi budaya Islam kini terhakis kerana lemahnya iman?”

“Ya, lemah iman, lunturlah budaya Islam. Hanya orang beriman mampu menegakkan budaya hidup Islam. Sebab itulah dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 14, Allah menegur orang yang mengaku beriman dengan firman-Nya yang bermaksud: “Katakan kamu belum beriman tetapi katakan kami telah tunduk yakni Islam kerana iman itu belum masuk ke hati kamu.”

“Jadi inilah yang menyebabkan kadangkala bukan Islam lebih baik kelakuannya daripada orang Islam sendiri…” katanya sambil mengangguk-angguk kepala.

“Jika umat Islam berpegang teguh kepada iman, karakter peribadi dan budaya yang terhasil lebih hebat daripada apa yang diamalkan oleh mana-mana bangsa pun di dunia sebelum, semasa dan sesudahnya.”

“Kenapa?”

“Kerana akar budaya kita lebih kukuh. Budaya Islam tertegak bukan kerana prinsip-prinsip luaran seperti keuntungan komersial, fanatik bangsa, kepentingan puak, kemegahan nama atau kuasa, tetapi atas dasar keyakinan kepada Allah dan hari Akhirat. Kita amalkan kebaikan kerana mengharapkan keampunan Allah dan syurga. Itu lebih ikhlas dan jujur. Berbanding kita buat baik kerana mengharapkan keuntungan ekonomi atau kuasa politik!”

“Maksudnya?” dia menyoal pendek.

“Ada orang jujur kerana dengan kejujuran, produknya akan lebih laku. Ada pekerja yang diminta senyum semasa melayan pelanggan kerana itu ada nilai komersial. Perkhidmatannya akan lebih laris. Ada yang menjaga kebajikan rakyat, hanya untuk mendapat undi dan mengekalkan kuasa. Itu tidak sejati. Jika produk tidak laku, perkhidmatan tidak laris, undi tidak bertambah? Bagaimana? Kita berhenti dan tawar hati untuk terus melakukan kebaikan?”

“Saya faham. Saya faham sekarang. Budaya kerja yang baik dan konsisten hanya didorong dari dalam. Bukan hanya soal ganjaran dan hukuman sahaja. Dan perbuatan baik kerana keimanan yang mendalam itu lebih tulus, konsisten, tahan uji,” katanya bersetuju.

“Sebenarnya, pernah muncul generasi Islam yang terbaik hasil didikan iman ini. Hingga kini mereka masih terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kaum, bangsa dan negara.”

“Siapa? Bagaimana? ”

“Generasi sahabat Rasulullah. Dalam perang Yarmuk misalnya, beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. mengalami luka yang cukup parah. Seorang sahabat yang bernama Ikrimah memberikan air kepada seorang sahabat yang rasa haus dan sakit walaupun dia mengalami rasa yang sama. Namun ketika sahabat itu mahu minum, terdengar suara rintihan dari seorang sahabat lainnya, maka dia mengisyaratkan agar memberikan air tersebut kepada sahabat yang lain. Begitulah, air itu diserah kepada seorang kepada seorang lain kerana merasakan orang lain lebih memerlukan, sehinggalah kesemuanya meninggal dunia kerana mengutamakan saudaranya yang lain.”

“Wah, itu lebih hebat daripada apa yang berlaku di Jepun!”

“Itu hanya tinggal sejarah. Tetapi itu satu fakta penting menunjukkan budaya hidup Islam lebih hebat. Bagaimana Umar Ibnu Aziz memadamkan lampu minyak kerajaan apabila anaknya hendak bercakap soal keluarga bukan soal negara, bagaimana Sayidina Abu Bakar memuntahkan susu yang dibeli daripada sumber yang syubhah. Ah, terlalu banyak…”

“Tapi kita hanya Islam pada nama… tidak pada jiwa.  Iman belum masuk ke hati. Hingga dengan itu tidak menimbulkan keyakinan yang akan merubah pandangan hidup, sistem nilai, sikap, kelakuan, karakter dan personaliti seterusnya budaya umat Islam. Budaya Islam belum ada, budaya Melayu semakin layu… Padahal jika budaya Melayu yang baik disempurnakan oleh faktor iman, maka kita akan berjaya mengatasi mana-mana pun bangsa di dunia seperti yang dibuktikan oleh umat Arab dahulu. Bukankah mereka itu asalnya jahiliah tetapi akhirnya menjadi umat pembina empayar…”

“Jadi tugas kita sekarang memasukkan iman ke dalam hati umat Islam?”

Saya diam. Ya, itulah jalan yang paling benar,walaupun jalan yang paling sukar. Itulah jalan yang paling singkat,walaupun terasa amat berat….teringat ungkapan perjuangan yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu.

Feedback

49
  • Berry

    Terima kasih ustaz..

  • Mohd Nadzri Mustakim

    Soalan yang ringkas tapi mendambakan jawapan yang begitu meyakinkan… syabas ustaz

  • syarifah adilah

    Terima kasih… izinkan saya berkongsi dengan rakan-rakan. terima kasih

  • Yien

    Assalam..Saya bersetuju dengan penulisan Ustad.Memang bangsa melayu terkenal dengan kelembutan dan sopan santunya.Tetapi itu hanyalah bagi segolongan bagi generasi muda masa kini. kebanyakannya rosak akhlak dan miskin adab.
    generasi melayu muda kini kurang sangat adabnya. Kebanyakannya kehilangan jati diri semasa membesar. Jika disekolah rendah dahulu diajar menjadi pelajar yang baik. namun bila memasuki dunia remaja dan “dewasa”, seolah-olah nilai-nilai yang dididik hilang entah ke mana.
    Sedih bila melihat generasi yang sebaya dengan saya terus hanyut dibuai kepuasan dunia. Mentaliti pemuda-pemudi Melayu ISLAM pada hari ini kian pudar. Jika mentaliti rakyat negara-negara maju dilabel sebagai “first class” dan generasi muda kini kebanyakan bermentaliti “third class” atau lebih rendah lagi. jujurnya saya cemburu dengan generasi pemuda ISLAM pada zaman Rasulullah dahulu. Sekitar umur yang muda telah diberi amanah untuk mengetuai angkatan perang. Betapa hebatnya didikan mereka. Apakah bisa satu hari nanti di negara tercinta ini kita bisa melaksanakan konsep pendidikan yang sama bertunjangkan ISLAM agar bukan sahaja ia mekar dalam jiwa seorang kanak-kanak daripada rakyat biasa malah sehingga kepada pemimpin negara yang membuat keputusan penting untukk pembangunan negara..?
    Just an opinion.

  • Adilla Harun

    Iman dan skala keimanan!. Benar kata Ustaz perlaksanaan kehidupan bagi manusia kini banyaknya berlandaskan kepentingan-kepentingan tertentu. Ini berlaku secara sedar mahu pun tidak. Berbuat sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Ikhlas? Sedangkan ikhlas itu yang menemukan kita dgn pencarian kita terhadap Allah.

    Iktibarnya, kita masih boleh belajar sesuatu dari ‘non-muslim’ namun tidak pula sehingga mengatakan Islam itu kekurangan. Apa yang kurang adalah keimanan penganutnya.

  • ummi yatim

    Alhamdulillah! Wake up everybody! Islam adalah agama penyelamat. Agama yg

    dynamic dan versatile. Tanamkanlah akhlak Rasulullah saw dlm diri kita dan

    keluarga. Jadikanlah Muhammad Rasulullah saw idola kita. Sama2 lah kita

    istiqamah dan bermujahadah di jalanNYA. Semoga sama2 mendapat keredhaan

    Allah swt. Amin wassalam

  • muaz

    terima kasih ustaz…semoga penulisan ustaz ini dpt menyedarkan umat islam sekarang utk amalkn budaya islam sebenar..emm..mengape umat islam sekarang lbh merujuk kpd budaya barat sedangkn budaya islam yg teragung tidak diendahkn..emm contohnye pembukaan sekolah hamil yg mengikut org barat..mengapa kita tidak tangani secara islam..umat jahiliah dahulu teruk juga akhlaknya sprti menanam ank pompuan,merompak dll..tetapi bagaimna rasulullah menanganinya dgn berjaya tpi mengapa kita tidak mahu mengikut contoh tersebut??..(bnyk karenah org yg dpt kite temui..kdg2 org xdpt mendgr nasihat yg di beri..sesetgh org bleh mendgr nasihat yg di beri ..tp lps tu dia buat lg..hu3..contohnye bile dgr ceramoh yg menyentuh hati..berazam nk ubah diri,tp ble sampai kt umah,terus berinternetnya n terus lupa ape yg di azamkn td..hu3..n perkara tu terjadi pade diri ini iaitu sy sendri..)

  • NaxeruL

    Alhamdulillah Ustaz. Terima kasih kerana terus menulis kata-kata nasihat tanpa jemu.

  • hamba Allah

    ust,ade seorang teman brtanya kpda sy.. dia prnh brcinta dgn seorang llaki dn kerna “cinta” itu,dia dr seorang gadis y baik sblm ni trjebak dgn maksiat y die sndri x trjangka,adakah masih ade ruang utknya brtaubat?dia seolah2 merasakn dunia ni sudh tiada ruang utknya lagi.. cinta” y d jnjikn llaki trsbut akhrnya trputus d situ,dia mrsakn dri dia x lyak utk ssiapa lg,bgaimana sy sbgi temn ingn mmbntunya?

  • gentarasa

    Salam hamba Allah,
    Allah sayang orang yang bertaubat. Yang penting bukan sejauh mana kita memperbaiki diri. Insya-Allah.

  • didi

    belajar utk tidak menjadi islam atas nama semata-mata..kadang2 terdekit rasa hati,adakah aku islam semata-mata kerana keluargaku beragama islam…mudah-mudahan islamku kerana kecintaan ku kepada Allah dan rasul-Nya

  • insan

    salam.. indah dn trkandung bnyk nsiht d dlmnye ust..

  • gadis kampung

    salam ustaz…. sy sering menjadi silence reader bagi setiap tinta ustaz….. kadang2 sy akui apa ustaz ckpkan itu betulll. tp untuk kita istiqamah dalam melakukannya amatlah susah.. mintak pandangan ustaz.. tqvm

  • Nurul

    Alhamdulillah, terima kasih Allah memberi saya peluang membaca tulisan Ustaz yg sangat baik ini. Sebagai remaja, saya merasakan jawapan Ustaz kepada soalan2 yang dikemukakan sgt berhemah dan menepati dgn apa yang berlaku di zaman moden ini. Saya risaukan masa depan Umat Islam ini…Mindset kanak2 kita telah dicemari dgn lambakan hiburan sekular, remaja2 kita semakin mengikuti budaya Hedonisme, mnakala para pemimpin sedang sibuk meraih undi….
    Semoga Allah membantu kita semua 🙂

  • hikmatul islam

    “Jadi tugas kita sekarang memasukkan iman ke dalam hati umat Islam?”

    Persoalan yg dilontarkan pd akhir ayat nie sgt trkesan di hati…fahamilh sy skrg,, tuk mmbgnkan org islam dn ngra islam yg sbnr perlu diisi pada stiap jiwa insan dgn keimanan yg teguh pdNya..ssghnya tgs 2 trsgtlh berat,,ttpi biarlh sy mulakan lgkah dgn mnanam iman i2 d dlm hati sdri trlbh dhulu..moga bnr2 terisi padat kkuatn imn pd Ilahi…insya ALLAH

  • natasha

    sy selalu menantikan artikel terbaru daripada ustaz, setiap kali sya mmbaca artikel ustaz, pasti ada sesuatu yg baru sya pelajari..syukran ustaz. semoga penulisan ustaz ini dpt mmberi kesedaran kepada umat islam untuk terus menerapkan iman ke dalam hati. 🙂

  • anis

    terima kasih. benar. tertusuk hati saya membacanya. nilai-nilai murni Islam hampir lupus dalam diri saya. bagaimanakah Islam bisa tertegak dgn keadaan umat yang parah begini

  • erti40tahun

    Salam. Tepat sekali ustaz, sekadar pemerhatian rata-rata masyarakat barat memang sgt produktif dan efisien dalam kerja tetapi agak lemah dr segi kerohanian. Ramai yang kelihatannya spt berfahaman Atheis. Prinsip mereka, 5 hari kerja keras dan hari minggu adalah masa untuk berhibur di kelab2 malam, mabuk sampai pagi..wallahualam

  • Habib Ahmad

    Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush
    http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/majlis-bacaan-shohih-bukhari-1.jpg

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU :
    Pengajian Syeikh Fahmi Zamzam di Pusat Pengajian Ba’alawi
    http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/231131_10150175344889298_621449297_6604935_5515713_n.jpg

    TERKINI LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  • Al-Haura' Maqsurah

    assalammualaikum ustaz..
    syukran atas artikelnya…sangat menyentuh hati saya..
    memang kadang-kala kita umat islam sendiri yang membuka peluang kepada org bukan islam untuk mempersendakan agama kita islam. hanya kerana perilaku sesetengah umat islam yang jauh menyimpang dari syariat islam, natijahnya,,telah memberikan gambaran yang buruk tentang agama kita..
    saya teringat peristiwa 2 thn lepas semasa masih menuntut di sebuah kolej, sahabat non muslim saya menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada seorang teman kami yg beragama islam..katanya…
    ” dia ni selalu solat, tapi berjalan berpegangan tangan dengan lelaki..”
    “dia ni islam tapi minum arak…”

    saya hanya mampu terdiam saat itu…kerana atas sebab ketidakmampuan diri untuk menjawab rasa tidak puas hatinya…akibat kejahilan diri yang mencengkam…saya tidak mampu berbuat apa-apa utk memperbetulkan tanggapan mereka tentang agama islam..
    sedih sangat2. inilah akibatnya bila diri sendiri memandang urusan agama dengan remeh..
    saya takut jika adanya suatu hari di mana org bukan islam akan berkata jika mereka mempersenda agama kita sewenang-wenangnya:
    “kenapa awak mesti marah, sedangkan awak sendiri yg melakukannya…?”
    kita marah bila agama kita dipersenda tapi diri kita sendiri berkelakuan spt org yg tidak menganut agama islam…..solat tidak, rasuah, minum arak..
    Nauzubillahhiminzalik…
    melihat apa yg terjadi…telah membuka mata hati saya…agama islam milik kita semua,,,bukan hanya milik ustaz dan ustazah yg lulusan agama dari kolej mahupun universiti sahaja..semuanya perlu dimulakan dengan diri kita sendiri,,kita sendiri yag perlu mengamalkan ajaran islam itu dahulu..wlpn bukan dlm lulusan agama, kita masih punya cara utk menambahkan dan memperbaiki diri terutamanya berkaitan dgn urusan agama..
    InsyaALLAH..semoga Allah memberikan ketetapan hati buat kita semua untuk mengamalkan ajaran islam yang sesungguhnya.

  • Wan

    Terima kasih atas proses pencerahan, ustaz… Sy bersetuju dgn pandangan ustaz di mana jika budaya islam diamalkan oleh org islam, ia lebih baik drp budaya yg diterapkan oleh org bukan islam… Ttpi, secara praktikalnya berapa ramai org islam yang mengamalkan budaya islam???? Agak susah mencarinya… Utk pengetahuan, sy kini sudah menetap (bljar) di Australia lebih 2 thn. Melihat kehidupan masyarakat disini, mmg memberi pukulan hebat kpd kita sbg org islam… Cth situasi:- 1) Memberii sapaan bila berselisih walaupun x dikenali spt Good Day, How are you?, Hi Mike… 2)Menerapkan asas kejiranan y tinggi… 3) Meletakkan asas kejujuran dalm kehidupan spt byar brg y dibeli di supermarket di kaunter layan diri … (just based on honesty)…. Isi minyak dulu, lps tu baru bayar.. dll… Tetapi, bagi kita umat islam, kita sering MENDAKWA kita terbaik, agama kita agama terbaik, tetapi tidak menzahirkan apa yang didakwa….Akhirnya, kita melihat budaya islam diamalkan oleh orng bukan islam dan kita hanya boleh berbangga dengan sejarah yang menunjukkan budaya islam adalah budaya terbaik…Dan lebih parah, kita menjustifikasikan orng bukan islam tidak jujur dalam melakukan kebaikan dan membuat kebaikan kerana mengharapkan keuntungan….Semoga kita dapat sama-sama mengamalkan islam dalam erti kata sebenar dan bukan hanya BERMIMPI yang kita adalah terbaik dan MELABEL orang bukan islam melakukan kebaikan dengan niat tertentu…. Islam is a way of life.. Let us prove it!!!!!!

  • amzar

    Ianya bermula dari dalam.. terima kasih ustaz.. 🙂

  • haniszakwan

    terima kasih atas penerangan us, saya selalu dengar soalan tu. tapi mengapa dan bagaimana tu jarang sgt dengar dan tak seteliti ini

  • shamsul

    semoga ustaz boleh keluarkan sebuah buku lagi tahun depan, berhubung didikan anak untuk berakhlak dan soleh..:)

  • ummi69

    salaam… mohon izin utk dikongsikan di fb saya

  • iqbal

    trima kasih ust…trima kasih bnyak2

  • Azizah

    Assalamualaikum Tuan Pahrol. Semoga sentiasa di dalam rahmatNYA. Terima kasih di atas hadiah buku Beduk Diketuk. Jemput lawat blog saya jika berkesempatan 🙂

  • Habib Ahmad

    Majlis Dakwah Nuruzzahro’ KL 2011 (Khas buat Muslimat)

    1. http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/250885_121770481238969_100002180532145_185234_6182719_n.jpg

    2. http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/247950_121770417905642_100002180532145_185233_6614712_n.jpg

    Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush
    http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/majlis-bacaan-shohih-bukhari-1.jpg

    Jadual Am Pengajian Bersama Al Habib Ali Zeinal Abidin Al Hamid
    http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/dmsched-as-at-151010_-posted-to-fb-151010.jpg

    Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Bulan JUN)
    http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/1-jadual-sh-nur-jun-2011.jpg

  • sofi

    assalamualaikum ustaz,

    ustaz, ini petikan daripada sebuah blog yang kak sofi baca. hati kak sofi sedang berdebar-debar… takut, bimbang, marah… semua ada.

    myname 8:02 pm on May 23, 2011 Permalink | Reply
    – kau mengaku islam…tapi mengapa kau mencaci islam?

    Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara 8:05 pm on May 23, 2011 Permalink | Reply
    – Sukati lah. Apesal? Tak leh? Islam agama makcik jugak. Ingat kamu sorang je ke agama Islam?

    myname 8:08 pm on May 23, 2011 Permalink
    – ada rancangan nk tukar ke agama lain?

    Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara 8:43 pm on May 23, 2011 Permalink
    – Islam agama yang best sekali. Agama lain tak de watak hebat macam babi Muhammad.

    sila ke luahan untuk baca yang selanjutnya atau ke blog ini untuk mengetahui tentangnya. dan kak sofi harap sebagai seorang yang punya pengaruh, tolonglah, ustaz! tolong buat sesuatu!

  • zaki

    salam ustaz saya memohon share dlm fb dan sbelum ni pun kiriman2 ustaz saya share harap harap maaf sb tak bagi tahu dulu tq

  • ida

    Alhamdulillah, terima kasih Allah memberi saya peluang membaca tulisan Ustaz yg sangat baik ini.
    moga kita sentiasa dilindungiNya..amin~

  • Ezah

    ruangan ini sentiasa memberi harapan..terima kasih banyak

  • humaira

    Syukran wa jazakallah

  • Mas

    Terima kasih uztaz..

  • Jee Fauzia

    terima kasih ustaz…izinkan saya share ilmu ni pd sahabat2 yg lain d fb ye…

  • Wan Zayuhisham

    Salam..

    Terima kasih ustaz di atas entri terbaru ini. Banyak manaafat diperolehi. Semoga kita semua dapat buat satu perubahan ke arah lebih baik.

    Sedikit ulasan daripada saya di http://ilhamwan.blogspot.com/2011/05/mukmin-profesional-celik-mata-hati.html

  • Ina

    Assalamualaikum ustaz….

    mohon izin berkongsi di blog saya…penemuan yg amat saya nantikan..alhamdulillah.

  • hani

    Salam,
    Terima kasih Tuan Pahrol.. saya suka tulisan tuan. Insyaallah saya kan praktikkan.. semoga ALLAH merahmati tuan.

  • cilipadi

    Tepat pada masa…masyarakat Malaysia perlu diselamatkan.Simple guidance as evidenced by your article.Problem acknowledged is problem halfsolved.Harapnya masyarakat dan pihak yang berautoriti mengakui kewujudan masalah ini,barulah boleh berganding bahu selesaikan masalah.ILMU…IMAN…AMAL.Kearah pembentukan masyarakat ISLAM(truly hamba ALLAH di bumi ALLAH).

  • kart

    assalammuailakum kepade ustaz saye xtahu ape yg saye taye ni ade kaitan atau tidak dengan tajuk post di atas.cuma saye ingin bertanya apakah hukum jika seseorang itu membuat sesuatu dosa yang besar sewaktu die kecil sebelum die baghligh dan disebabkan dosa itu hidup nye ditimpa kesan negatif dan die menangggung penyesalan sehingga dewasa..patutkah die itu terus menanggung salah atas dosa itu atau sebaliknye kerana dosa itu dibuat kerana kejahilan nye sewaktu kecil mungkin .arap ustaz dapat memberi respons terime kaseh

  • mohd fadhli

    salam,terima kasih

  • Zilfahalila

    Asalamualaikum Ustaz

    Saya setuju dengan ungkapan yg menyatakan perilaku org Melayu Islam kita kadang2 lebih teruk daripada org bukan Islam.

    Saya bekerja di sebuah foreign bank di mana org Melayu cuma ada 6 org sahaja daripada jumlah 40 orang di jabatan kami. Tapi rata2 golongan bangsa Cina lebih bersikap baik. Saya menerima tamparan hebat dari seorang perempuan melayu yang mana sehingga ke hari ni dia sering mengumpat dan menghina saya sedangkan saya tidak pernah sekali pun mengganggu dia. Ia seakan serangan psyhcology untuk melemahkan saya supaya prestasi kerja saya terganggu.

    Orangnya bertudung tapi perilaku jauh lebih buruk dari bangsa asing. Saya pernah cuba bersemuka dan menyapa dia dengan baik meminta untuk berjumpa seketika untuk menamatkan segala tohmahan buruk yang pernah dia lakukan tapi dia mengelak dengan cara yang sangat biadap seraya berkata dengan kuat di hadapan semua kawan2 sekerja mengatakan saya gila.

    Saya harap Ustaz boleh memberikan pandangan dan nasihat apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak mahu dia terus bergelumang dengan dosa mengumpat saya.

  • gentarasa

    Salam kart.
    Sewaktu kecil kita tidak berdosa… walaupun melakukan kesalahan. Sebaik men gambilm pengajaran dan pelajaran daripada kesalahan itu… lupakan. Pandang ke hadapan. Awasi tipuan syaitan yang boleh mengalih tumpuan kita kepada dosa yang bukan dosa sebagai penghalang untuk mengaut pahala.

  • Salmiah Hasan

    thanks dats huraian dn penjelasan yg dpt memberi kefahaman bahawa ajaran islam itu membawa manusia kejln kesejahteraan..islam utk manusia bkn utk kaum tertentu..maka mereka yg inginkn kesejahteraan mestilah komited dlm mengamalkn ajarannya ddlm tiap aspek kehidupan ..

  • Roha

    Salam Ustaz.
    Semoga diberkati Allah swt. Amat menarik sekali artikel ini dan terkesan di hati. Mohon izin kongsi di blog saya untuk di panjang-panjangkan. Semoga Allah swt sentiasa mengilhamkan ustaz dengan lakaran yang lebih menyentuh hati semua umat. Terima kasih ustaz.

  • luqluq

    Jazakallah.

  • bijaN

    Salam ustaz..
    sy ingin bertanya pd ustaz..dlu sy pernah mengabaikan suruhan Allah namun setelah bertaubat dan menunaikan umrah, semakin banyak pula dugaan datang menimpa..saya kehilangan orang tersayang dan harta yang dikumpul pun semakin susut..namun apa yg pasti keyakinan sy kepada Allah makin mendalam dan sy amat bersyukur.. persoalannya sekarang adakah apa yg sy alami ini suatu dugaan dari Nya atau balasan diatas setiap dosa sy yang lepas..

  • azie

    menarik sangat ustaz….awasome…!!

Leave a Reply

%d bloggers like this: