RSS

MAHKAMAH HATI

06 Jun

Assalamualaikum wbt.

Saya boleh memberi pelbagai alasan, tetapi hakikatnya biarlah saya akui kelemahan saya – gagal menguruskan waktu dengan baik terutamanya bila banyak perkara dan tugas di luar jangkaan menerjah dengan mendadak. Akibatnya, komitmen saya terhadap pengunjung blog Genta Rasa terjejas. Agak lama tidak memuatkan enteri baru dan banyak respons pembaca yang tidak dapat saya layani dengan baik. Saya memohon jutaan maaf.

Minggu-minggu kebelakangan ini saya diamanahkan dengan beban kerja yang agak banyak berbanding biasa. Sahabat saya pergi mengerjakan umrah dengan tugasannya terpaksa diagih-agihkan kepada kami sahabat seorganisasi.

Manakala majalah Solusi akan menerbitkan isu berganda menjelang bulan Ramadan dan Aidil Fitri nanti dan tambahan tugas itu perlu dimulakan sekarang. Menghantar anak-anak ke IPT dan meraikan musim cuti sekolah mereka juga satu keperluan mendesak. Ditambah anak-anak saudara yang melangsungkan pernikahan. 

Saya masih belum berjaya menguruskan masa dengan baik. Terutamanya bila bertembung tugasan memberi ceramah dan forum berbanding menulis buku dan artikel. Tetapi saya lalui sahaja hidup ini seadanya. Bila bercuti saya tinggalkan sahaja laptop di rumah tanpa diganggu idea-idea untuk menulis. Tetapi masakan mampu… tangan terus juga menulis dalam buku catatan kecil di mana sahaja saya berada.

Sekali lagi saya memohon maaf. Ya, pada kali ini saya ingin kongsikan satu tulisan kecil dan ‘simple’ sebagai bahan fikir dan ‘zikir’untuk menghadapi krisis besar di kalangan masyarakat Melayu-Islam kini. Isu fitnah, sumpah dan pelbagai lagi yang begitu menjijikkan. Mereka yang mencetuskan, menyemarakkannya dan menyalakannya pasti suatu hari akan melihat kesan perbuatan mereka . Allah Maha Melihat. Yang menuduh dan dituduh pasti dibicarakan di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.

Saya tidak ingin masuk campur. Untuk membaca berita, fakta dan kisahnya pun kekadang sangat memualkan. Cuma, apabila para ulama dan orang-orang yang tersohor kewibawananya bercakap… kita wajib mendengar. Ada ilmu, hikmah dan panduan di sebalik semua itu.

Kita masih dan terus berpegang, salah kerana tidak menghukum adalah lebih baik daripada tersalah hukum. Dan kita sentiasa kekurangan fakta di tengah rimba muslihat politik yang begitu mengelirukan. Untuk menyiasat di tengah silat kata dan sandiwara fakta ini kita tidak mampu. Fitnah akhir zaman ini sungguh dahsyat. Kita mesti mesjauh daripada perkara yang kita tidak tahu dan tidak berkaitan dengan kita secara langsung.

Saya hanya orang awam. Penulis kecil yang menginginkan kedamaian jiwa untuk ummah. Dengan keterbatasan itu, bukan alasan untuk berdiam diri. Pesan saya kepada diri dan kepada semua yang terlibat, melihat dan mendengar… selalu-selalulah bersidang di

MAHKAMAH HATI!

Bukankah kita sering diperingatkan,  berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.    

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah.  Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya “body” yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya  terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan.

Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri. Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.  Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.

Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan.  Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan. Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati!

Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab:

“Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”

Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak. Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita.

Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!

 
32 Komen

Posted by di 6 Jun 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

32 responses to “MAHKAMAH HATI

  1. Maisarah

    6 Jun 2011 at 8:10 am

    Terima kasih ust kerana masih menyumbang ruang dan waktu utk terus menulis.. Semoga Allah berkati usaha ust.,

     
  2. Hafifi

    6 Jun 2011 at 8:18 am

    Indah kn ustaz.. apabila dalam hidup kita ini, sentiasa memandang yang jauh.. Mahkamah dunia VS mahkamah akhirat yang maha Adil.. menarik kupasan ustaz.. Kata orang dunia ini agak pelik sedikit. Kadang-kadang kita dikaburi masa yang singkat sehinggakan kita terlupa masa yang panjang kerana mengejar masa yang singkat. Sedangkan masa yang panjang adalah yang hakikat. Kita perlu memandang yang benar disebalik yang benar. Jika benar itu mengaburi kebenaran” – Teruskan dengan tulisan ustaz.. semoga ustaz sukses selalu.. ameen..:-)

     
  3. naimulfirdaus

    6 Jun 2011 at 8:39 am

    semoga Allah menguatkan hati-hati kita dalam mentaatiNya..

     
  4. abumadani

    6 Jun 2011 at 10:41 am

    Assalamaualaikum wbt,

    Jazakallahu khayr Ust, kerana selalu mengingatkan pengunjung dgn nasihat dan kata2 yang baik.

    Semoga ALlah memudahkan urusan Ust dalam mengurus masa. Allahumma Ameen.

    Danial Puchong

     
  5. PakarHowTo

    6 Jun 2011 at 11:33 am

    Saya sangat suka tulisan ini.
    Ia memberikan kesan pada hati saya.
    Terima kasih.
    Dan semoga Ustaz sentiasa tabah untuk terus berjuang
    dalam medan dakwah penulisan seperti ini. Amin.

    p/s- izinkan saya copy tulisan ini dan letak dalam blog saya yer. jazakallah.

     
  6. sue

    6 Jun 2011 at 11:48 am

    salam ustaz…

    Terima kasih atas artikal ini walaupun ustaz sibuk kebelakangan ini…

    HATI…TERLALU SUKAR UNTUK MENJAGANYA…

    Ya Allah..kurniakanlah hambaMu hati yang bersih…amin

     
  7. Zalita Md Lassim

    6 Jun 2011 at 11:51 am

    Saya sudah tidak mahu mengikuti perkembangan politik tanah air yg menjijikkan melalui akhbar2 utama.Biarlah saya dungu dgn perkembangan semasa itu..kerana saya sendiri terlalu hiba dgn mainan tokoh masyarakat yg memalukan itu.Biarlah usia yg sedikit ini dimanfaatkan dgn membaca ,menghayati dan mengaplikasikan tunjuk ajar daripada penulis dan pendakwah spt ustaz dan lain2 dalam wadah sebegini. Syukur..kerana dalam kebobrokan masyarakat kini masih ada insan spt ustaz utk menuntun kami ke arah ketenangan dan kebahagiaan hakiki.Syukran ustaz.

     
  8. Azie

    6 Jun 2011 at 11:54 am

    Alhamdulillah ..ada juga tazkirah buat saya. Semoga hati ini tidak akan mati..Terima kasih.

     
  9. syafiqah

    6 Jun 2011 at 2:19 pm

    salam.

    kita boleh menipu orang lain, tapi tidak boleh menipu diri sendiri.

    kena muhasabah byk mahkamah hati.

     
  10. syafiqah

    6 Jun 2011 at 2:24 pm

    maaf. takut salah faham.

    maksud saya,mungkin individu itu boleh cuba menipu orang lain ,tetapi hatinya pasti resah kerana ia tahu benda itu salah. Hal ini kerana jika kita buat dosa,hati pasti akan resah.Fitrah manusia yang tidak suka akan kejahatan.=)

     
  11. BG

    6 Jun 2011 at 8:19 pm

    Terima kasih atas perkongsian ini.

    Semoga beroleh kelapangan untuk terus berkarya.

    Amiin.

     
  12. syafiyyah

    6 Jun 2011 at 11:55 pm

    salam ustaz, sungguh terkesan pada jiwa yg kosong ini..semoga kite same2 sering bermonolog dgn hati, dan hati yg bersih sahaja yg akan memancarkan sinar iman..

     
  13. noraini

    7 Jun 2011 at 1:56 am

    assalamualaikum ustaz,
    mohon izin ustaz utk saya print artikel2 ustaz.mata saya cepat penat mghadap komputer terlalu lama bagi membaca artikel2 di blog ustaz..tulisan ustaz tidak pernah jemu utk diulang baca
    saya suka baca semua artikel ustaz dan alhamdulillah kini saya memiliki 7 buku karya ustaz..

     
  14. erti40tahun

    7 Jun 2011 at 4:11 am

    “mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita” Tajam sekali ayat ini. Maha suci Allah pengampun segala dosa. Selamatkanlah kami…

     
  15. naimulfirdaus

    7 Jun 2011 at 5:03 am

    pandangan hati itulah yang bersih..

     
  16. hijrah gemilang

    7 Jun 2011 at 7:57 am

    artikel tuan sangat memberi kesan pada hati..teruskan usaha murni ini melalui tinta

     
  17. Saufi

    7 Jun 2011 at 1:01 pm

    Terimakasih Ustaz. Mengingatkankan saya bahawa saya ada dosa yg perlu saya mohon ampun dari Allah dan mohon maaf dari sesama manusia. Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan Allah beri kekuatan utk saya mohon maaf pd kawan rakan yg saya telah berbuat dosa padanya.

     
  18. gentarasa

    8 Jun 2011 at 2:26 pm

    Salam Zalita,
    saya pun sudah lama tidak membaca akhbar. Insya-Allah, kita akan membaca dengan roh Iqra’.

     
  19. azie

    8 Jun 2011 at 10:41 pm

    Assalamualaikum….
    Ustaz adalah yang terbaik….best la cerita-cerita ustaz nie…seronok membacanya…seronok membacanya..banyak iktibar dan pengajaran yang dapat diambil….minta izin kat ustaz..saya copy artikel2 ustaz nie untuk dikongsi dengan orang lain dan di baca bila perlu ( nak kumpul masuk dalam fail )….saya suka kumpul cerita2 macam nie….semoga Allah sentiasa memudahkan jalan bagi ustaz selalu berkarya….Aminnnnnnnnnnnn…. : )

     
  20. cilipadi

    9 Jun 2011 at 5:27 am

    Alhamdulillah…protaz diberi Allah kelapangan untuk menulis. Rezeki untuk kami yang sentiasa menanti buahtangan untuk santapan minda dan jiwa. Terima kasih kerana membantu kami menghidupkan hati kami.Nyaris hati tidak mati…Jangan bimbang protaz,kalau tak ada artikel baru,saya ulang baca artikel lama yang bersesuaian dengan situasi .Majalah Solusi juga tak pernah miss…Moga Allah merahmati kehidupan protaz sekeluarga.

     
  21. Habib Ahmad

    9 Jun 2011 at 9:14 am

    1. Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith

    2. Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

    3. Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

     
  22. halizaliz

    10 Jun 2011 at 8:41 am

    ya la ustaz, lama benar ustaz tak menulis…..tercari-cari kita ilmu yang nak dikongsikan bersama2….marah ni……

     
  23. Habib Ahmad

    10 Jun 2011 at 10:45 am

    1. Terkini : Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith

    2. Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

    3. Majlis Mingguan bersama Habib Ali

    4. Program Pembacaan Kitab Sahih Bukhari Syeikh Fuad Kamaluddin Al Maliki

     
  24. sinut

    12 Jun 2011 at 11:52 pm

    Salam ustaz..
    Sesungguhnya tiada manusia yg sempurna di dunia ini, kerana kesempurnaan adalah hak mutlak yang maha SEMPURNA.. Allah swt. Walaupun begitu, saya kagum dengan usaha ustaz yang senantiasa mengutamakan kesempurnaan dan ketelitian di dalam setiap karya ustaz. sesungguhnya sifat ustaz ini adalah satu anugerah yang harus ustaz jaga dan pelihara..
    Tentang cerita ‘mahkamah hati’, apa yg di coretkan oleh ustaz adalah satu fakta dan kebenaran. selalu sangat kita melakukan perkara yg bertentangan dengan kata hati dek kerana menjaga HATI2 orang di sekeliling kita. sedangkan pada hakikatnya ia akan meragut ketenangan hati kita sendiri. Ya Allah.. peliharalah hatiku..

     
  25. gentarasa

    13 Jun 2011 at 9:19 am

    Salam kecek,
    Boleh email pada pahrolmohdjuoi@yahoo.com

     
  26. nor atiqah

    13 Jun 2011 at 3:11 pm

    best…sy copy paste dlm blog sy ea…skdr perkongsian ilmu…huhuhuhuhu

     
  27. muhd fadhil

    27 Jun 2011 at 2:00 pm

    شكر ا.. بارك الله فيك

    رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

    Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”

    (A-li ‘Imran : 8)

     
  28. mizs_sakura

    2 Julai 2011 at 7:13 pm

    Terima kasih ustaz atas ilmu.
    Fitnah di akhir zaman mmg mengelirukan.
    Last time sempat dgr talk penulis buku “Surah Al Kahf and the Modern Age”, Syeikh Imran N.Hosein. Beliau byk terangkan tentang fitnah akhir zaman, Euro-Jewish, Gog and Magog at Modern Era..
    Terima kasih ustaz info dlm Muslim Pro Ikim. Syukran.

     
  29. Huda Nemo Riko

    24 Julai 2011 at 7:23 am

    Assalamualaikum ustaz…terima kasih untukk entri ini….. terima kasihh kerana menulis entri sebegini….terima kasih…. semoga Allah memberkati setiap usaha dan penulisan ustaz….. amin..~~~

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,198 other followers

%d bloggers like this: