RSS

RELAKAN PERPISAHAN ITU DEMI CINTA

05 Jul

Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!

Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.

Pada remaja yang terus bertanya… Pada ‘retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.

Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!

Pada sahabatku yang selalu berkongsi lewat sms dan email, pada saudara/i yang terus meluahkan cerita dan berita melalui wadah Gentarasa ini, sudi apalah kiranya berhenti sejenak dalam kelelahan bercinta. Mari kita istirehatkan hati dengan…

Relakanlah perpisahan itu demi cinta

 Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.

 Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.

 Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.

 Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.   

Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehwendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?

 Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan.

Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

 Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang ‘tidak dikenalinya’. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!      

 Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:

 1. Jadi orang baik.

Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding ‘mencari’ orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.

 Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.

 Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita. 

 Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.   

 2. Ikut pilihan orang baik.

Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.

 Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang ‘jahat’ sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

 Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya   lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.  

 Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.    

 Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri… Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!

 3. Cintai Allah yang Maha Baik.

Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:   
“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)

 Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan sumai atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi… Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?

 Ya, burulah cinta itu.     Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di ‘body’. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.

 Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan! 

 

 

 

 

 
84 Komen

Posted by di 5 Julai 2011 in Tentang Cinta

 

Label: , , ,

84 responses to “RELAKAN PERPISAHAN ITU DEMI CINTA

  1. naimulfirdaus

    5 Julai 2011 at 12:38 pm

    salam..

    benar kata ustaz. ketika kita mengejar cinta Allah, seluruh dunia akan mengejar kita untuk dicintai sedangkan kita hanya mahukan Tuhan untuk dicintai..

    ada jugak perkongsian cinta kat sini, http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/02/ke-mana-kita-tumpahkan-cinta.html

    tentang bagaimana cnta mempengaruhi hidup seorang manusia, seorang hamba..semoga bermanfaat..

     
  2. siti

    5 Julai 2011 at 12:51 pm

    salam ustaz…

    pilu rasa hati bila membaca setiap baris catatan ustaz…. saya juga sedang mencari cinta Agung Allah subhanahuwataala…. saya telah gagal sebanyak dua kali dalam perkahwinan… pada saya cukuplah saya menagih kasih pada sesama makhluk Allah ini…. kini saya mencari kasih sayang Yang Maha Pencipta…. terima kasih ustaz atas segala ilmu yang dicurahkan…. yang banyak memberi saya sumber kekuatan untu terus mencari kasih dari Kekasih Sejati iaitu Allah subhanahuwataala dan RasulNya……

     
  3. anyd

    5 Julai 2011 at 1:09 pm

    tapak cinta itu di hati~ (^_^)

     
  4. tetapkn hatiku...

    5 Julai 2011 at 1:49 pm

    topik yg menarik…byk beri kesedaran….

     
  5. sue

    5 Julai 2011 at 2:52 pm

    salam ustaz…

    terasa sgt2 kerdil diri saya…kasih sayang dan cinta Allah tak pernah membuatkan manusia rasa kecewa @ sedih…itulah perbezaan cinta manusia dengan cinta yang AGUNG..

    semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan terus menerus memburu cinta Allah…untuk sentiasa dekat dengannya..

     
  6. Подтверждаю

    5 Julai 2011 at 3:00 pm

    as salam..
    terima kasih pakcik =)
    takut melihat fenomena mata dibutakan hati di rabunkan..
    segalanya kerana cinta..
    dunia oh dunia..

    tak sabar tunggu buku Islamik yang seterusnya =)

     
  7. Nik Nasrul Faiz

    5 Julai 2011 at 3:28 pm

    salam..

    mohon kongsi ustaz…

     
  8. Yatie Roses

    5 Julai 2011 at 5:02 pm

    Insya-Allah…

     
  9. Zulaikha

    5 Julai 2011 at 6:21 pm

    Salam ustaz.. tulisan kali ini juga sangat menyentuh hati saya.. Saya berkali2 dikecewakan dan terkeciwa kerana cintakan manusia.. Sampailah ketika ini, saya merasakan yg di usia saya ini, sudah bukan masanya lagi utk memburu cinta manusia, tetapi utk memburu cinta Allah.. Terimakasih ustaz.. tulisan ustaz benar2 ‘dtg’ tepat pada waktunya.. setiap kali saya kesedihan, kalau masuk blog ustaz ni, mesti ada artikel or tulisan ustaz yg dpt memujuk hati saya ini.. Saya percaya tiada ada pun di dunia ini yg berlaku secara kebetulan, tetapi ini semua kerja Allah.. di saat saya bersedih, selalu terdetik di hati utk masuk baca blog ustaz.. and topik yg dibincangkan mmg selalu tepat kena dgn apa yg saya rasakan pada waktu itu.. Bak kata omputeh, You really are a ‘Godsend’ to me. Teruskan menulis ustaz, kerana saya percaya, bnyk hati yg terpujuk utk tidak ‘merajuk dgn Allah’ melalui tulisan2 ustaz ini..

     
  10. fiza

    5 Julai 2011 at 8:57 pm

    Salam,

    Terima kasih ustaz atas perkongsian yg cukup bermakna ini…

     
  11. ct transformer

    5 Julai 2011 at 9:04 pm

    salam ustaz

    sungguh terlalu sikit masa lalu saya dimanafatkan untuk menjadi orang baik,
    sungguh terlalu kurang waktu segar segar dulu dimanafatkan untuk mencari cinta Allah,
    membaca nota ustaz kisahkan…
    saya merasakan saya sudah ketinggalan beratus keretapi kelas terbaik yang telah berlalu,

     
  12. gentarasa

    5 Julai 2011 at 9:57 pm

    Salam Zulaikha,
    Ya, semuanya tidak berlaku secara kebetulan. Begitu juga saya apabila mendengar teguran, kata-kata dan nasihat daripada sesiapa jua… semuanya tidak berlaku secara kebetulan. Ia berlaku secara BETUL. Insya-Allah. Doakan saya dan semua sahabat-sahabat kita yang mengunjungi blog ini. Yang kita harap dari manusia cuma dua… DOA dan NASIHATnya. Syukran atas dorongan dan galakan.

     
  13. Makbonda

    5 Julai 2011 at 9:58 pm

    Assalamualaikum,
    dalam blog saya ada kisah bersiri bertajuk KAMI.Saya yakin entry ustaz memimpin saya untuk membantu sahabat saya dalam kisah bersiri tersebut. Jazakillah ustaz.

     
  14. gentarasa

    5 Julai 2011 at 9:59 pm

    Ct,
    Walaupun beratus yang telah berlalu… tetapi masih beribu yang masih menanti. Allah tidak pernah bosan menanti hamba merujuk kembali kepada-Nya. Sentiasa ada yang lebih baik menunggu kita. Amin.

     
  15. Berry

    5 Julai 2011 at 10:34 pm

    Salam ustaz,
    Apakah maksud tawakal,adakah kita hanya perlu berdoa shj slpas puas berusah.? Txs

     
  16. Wan Zayuhisham Wan Yusoff

    5 Julai 2011 at 10:48 pm

    Salam..

    Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas setiap entri ustaz yang banyak membimbing saya ke arah yang lebih baik. Insya-Allah. Moga apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dapat dihadapi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Walaupun ia bukan semudah disangkakan. Tetapkan dalam diri apakah VISI dan MISI dalam hidup kita sekarang.

     
  17. gentarasa

    6 Julai 2011 at 6:51 am

    Salam Berry,
    Sebelum berusaha berdoa. Semasa berusaha berdoa, Selepas berusaha doa. Usaha perlu ada kesungguhan. Doa perlu ada keyakinan… yang doa kita akan dimakbulkan. Sangka baik dengan Allah.

     
  18. yani

    6 Julai 2011 at 10:09 am

    ASSALAMUALAIKUM USTAZ…..TERIMA KASIH ATAS SEGALA PERINGATAN… SENTIASA DTG MENJENGUK KESINI..MENCARI KEKUATAN, MUHASABAH DIRI.. DAN MENGINSAFI SEGALA DOSA2 LALU………SEMOGA KITA SEMUA TERMASUK DALAM LINDUNGA DAN RAHMAT ALLAH……

     
  19. hijau

    6 Julai 2011 at 2:52 pm

    salam ustaz .alhamdulillah ustaz segala persoalan yang bermain di fikiran saya .selama ini terjawab selepas mendengar forum yang dismpaikan oleh ustaz di pusat pengajian saye :) benar ustaz perpisahan adalah jalan terbaik.walaupun pada awalnya saya agar sangsi tapi setelah hampir sebulan berpisah saya sudah mula rase nikmatinya berpisah daripada bersama ..insyaALLAH setiap2 kata2 nasehat ustaz pd mula itu telah tercatit dalam buku dan hati saye dan insyaALLAH akan diamalkan .buat rakan2 usah takot akan perpisahan ,kerana ini lebih baik daripada menyulam dosa2 bersama2 .

     
  20. semuthitam

    6 Julai 2011 at 3:05 pm

    kata orang bercinta bagaikan nak rak . biasalah masa bercinta, kentut pun jadi wangi.

     
  21. sue

    6 Julai 2011 at 3:20 pm

    saya tersentuh…

     
  22. Rohaida Mohd Yusof

    6 Julai 2011 at 4:29 pm

    nukilan dr ustaz Parol sungguh menghiburkan hati sesiapa saja….sungguh terkesan…terima kasih Ustaz…

     
  23. izzysabki

    6 Julai 2011 at 8:53 pm

    ulasan yang menarik!alhamdulillah hari ini sy dpt tmbh lg ilmu tntg cinta..smoga bermanfaat utk semua..insyaallah:)

     
  24. nor faizah

    6 Julai 2011 at 10:12 pm

    hamdalah…Ya Allah;ringankanlah jalan untuk kami beroleh CINTAMU….syukran laka Ya Ustaz..sangat terkesan dengan tiap artikel bicara Ustaz..dari Allah jua;Yang Maha Terbaik

     
  25. Khadijah

    7 Julai 2011 at 6:13 pm

    Assalam Ustaz..
    Syukran jazilan di atas penulisan ustaz..Ia telah memberi semangat serta mengingatkan bahawa cinta abadi adalah ALLAH s.w.t.
    Andai perpisahan itu untuk mencari cinta Ilahi,redhalah dan terimalah seadanya..Ia mengingatkan saya kepada orang yang saya cintai tetapi berpisah adalah jalan terbaik bagi mencari cinta Ilahi…
    “Cintai Allah adalah Maha Baik”…
    Saya mendoakan segala penulisan Ustaz akan mendapat Rahmat dari Allah sentiasa..

     
  26. noor ariza

    8 Julai 2011 at 12:56 pm

    Assalamualaikum,mengejar cinta…..saya bersama ustaz mencari cinta yang hak yaitu cinta Allah.secebis pengalaman untuk dikongsi…hati pernah kecewa dan parah.pada awalnya saya lupa pada siapa saya harus mengadu yang menyebabkan akidah saya hampir rosak.Alhamdulillah Allah sayangkan saya untuk saya kembali padaNYa untuk merayu dan merintih.Kini walaupun masih bertatih saya terus berusaha untuk bersamaNya dan manisnya hanya saya dan Dia yang tahu…ALHAMDULILLAH

     
  27. kak sue

    8 Julai 2011 at 2:15 pm

    Assalamualaikum…

    Kenkadang itulah yg terbaik kerna Allah saja yg MAHA MENGETAHUI….cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan walaupun itu yg selalu diharapkan oleh setiap pasangan yg bercinta…bercinta atas dasar apa sebenarnya?itu persoalan yg mesti ditanya kepada insan yg bercinta…tanya pada diri sendiri..pada hati..muhasabah diri….bertahajjud pd Allah di malam hari untuk mencari cinta yg sebenar…adakah benar aku menyintai pasangan ku hanya kerana Allah..atau kerana…aku tak ingin hidup sendirian atau kerana aku takut tidak akan lg diberi nikmat kesenangan yg sedang aku nikmati dari menjadi kekasih kepada pasangan ku sekarang walaupun tanpa ikatan yg sah?atau aku sekadar ingin melampiaskan nafsu ku kepada nya…supaya dia terasa terikat kepada ku?Ya Allah….inilah persoalan yg perlu kita tanya pada diri kita….NIAT….apakah sebenarnya niat kita dikala kita jatuh cinta pada pasangan kita…kerana cinta yang suci terbit dari hati yg bersih adalah cinta yg di izinkan oleh Nya jua…itulah cinta sejati…cinta hanya kerana Allah….tiada lain melainkan kita mencintai pasangan kita kerana Allah…perasaan cinta tu di qalbukan daripada Allah melalui pasangan kita…dan kita akan merasai betapa indahnya cinta itu di dalam hati kita..dan kita sendiri akan menghargai kenikmatan perasaan cinta itu dengan cuba sedaya upaya untuk melawan segala hasutan serta pujukan suara2 kecil yg bermain di pikiran untuk kita melakukan sesuatu yg ditegah oleh Allah tapi amat di sukai oleh syaitan…
    Insya Allah…..jika niat kita bercinta dengan pasangan kita kerana Allah…kita akan menerima dia seadanya dan kita sendiri akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang muslimin atau muslimah yg soleh dan solehan..semoga kita semua sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah untuk kita mengharungi kehidupan kita bersama pasangan kita sehingga kita berjumpa lg di syurga Allah…terima kasih ustaz dan maaf sekiranya ada kesilapan yg mungkin saya tidak sengaja dalam menyuarakan pendapat saya mengenai topic ini…sekadar ingin berkongsi bersama saudara islam ku yg lain..harap ustaz dpt memberikan komen atau pendapat utk pandangan saya tentang topic ini…

     
  28. nor shila

    11 Julai 2011 at 5:01 pm

    SGT TERKESAN DI HATI..TERUSKAN BERDAKWAH USTAZ

     
  29. fatimah

    11 Julai 2011 at 11:40 pm

    salam ‘alaik ustaz..
    mohon share ya..jazakallah

     
  30. rhazes

    12 Julai 2011 at 11:53 am

    bez2!!

     
  31. Zulaikha

    12 Julai 2011 at 8:17 pm

    Salam Ustaz.. saya lagi ni.. saya ingin bertanya.. selalu terbaca, terdengar, dan kawan2 yg mengunjungi blog ustaz pun ada meninggalkan komen yg mengatakan: “Cinta kan seseorang itu kerana Allah.” Boleh tak ustaz tolong terangkan bagaimana dan apa yg dikatakan cintakan seseorang itu kerana Allah? Kadang2 kalau selalu dengar tapi tak memahami apa erti yg sebenarnya, pun tak boleh jugak kan, ustaz.. terimakasih, ustaz..

     
  32. hatilara

    14 Julai 2011 at 9:23 am

    alhamdulillah…terubat seketika gundah dihati..moga terus terubat..
    jzkkllh…ya ustaz…

     
  33. ani

    14 Julai 2011 at 10:04 am

    salam…minta izin dengan ustaz….saya suka copy untuk diri sendiri……terlalu banyak perkara untuk diri saya

     
  34. Mardhiah

    14 Julai 2011 at 2:31 pm

    Subhanallah..sangat kerdilnya diri ini bila ingat kembali kehebatan cinta Allah kepada kita..Allah telah banyak memberi nikmat kepada kita..Berbeza dengan manusia….untuk memberi, limit! Tapi terkadang,kita terleka jua dengan panahan cinta dunia..Kadang3 dengan membaca entry macam nie blh menginsafkan diri..Peringatan itu perlu krn manusia itu pelupa..Terima kasih atas penulis ustaz Pohrol y sering kali dapat mengingatkan diri ku ini…jazakillah..

     
  35. zabaidah ibrahim

    15 Julai 2011 at 10:26 am

    terima kasih ustaz, mohon share

     
  36. matahari

    16 Julai 2011 at 10:49 pm

    sALAM..
    kpd siti dan hijau mg terus tabah…
    skg sy jg sdg mghdpi mslh dlm rmh tgga…tiada lg rasa cinta, tiada lg rasa kasih…
    tiada kabar berita bila berjauhan…ibarat hidup segan mati x mau…
    ini sgt memeningkan sy…selagi boleh bertahan sy akan bertahan….usaha mrapatkn hbngn sntiasa dilakukn tp dismbut dingin…doa selalu sy pnjtkn mg diberi jln yg terbaik utk mslh sy ini…
    Peringatan ustaz sgt berguna pd sy…jazakallohu khoiran kasiron…

     
  37. jelita105008

    17 Julai 2011 at 10:29 pm

    Assalamualaikum…

    cinta…cinta….cinta….cinta yang abadi adalah cinta pada Allah…
    Kepada Manusia adalah perasaan Kasih sayang sahaja kerana ia boleh dibahagikan…pada suami atau isteri dan anak2…adakah itu cinta…bukankan cinta tidak boleh dibahagikan….Betulkah ustaz????

     
  38. Jelita105008

    18 Julai 2011 at 12:59 pm

    Assalamualaikum…

    Cinta…Cinta…Cinta…Cinta yang Abadi adalah Cinta pada ALLAH. Cinta yang tidak berbelah bagi.HAnya kepada manusia adalah perasaan kasih sayang sahaja. Betulkah ustaz?

     
  39. Bieb Tasna

    19 Julai 2011 at 12:19 pm

    assalamualaikum..
    ustaz mcmmane nak hilangkn ksh syg pada seseorng???

     
  40. luqluq

    19 Julai 2011 at 2:41 pm

    Salam ustaz,
    Cinta yang berbalas sungguh mengasyikkan…cinta yang terbiar sungguh menyakitan…cinta yang hambar membosankan…cinta yang suci semua menginginkan…belajarlah dulu tentang diri kita sebelum kita belajar jatuh cinta.Rasanya tiada kalimah yang dapat menterjemahkan keasyikan cinta pada jiwa yang sedang dilamun cinta..persoalannya sampai bilakah obor api cinta itu boleh bertahan…terserah pada diri kita.

     
  41. asmahan

    21 Julai 2011 at 12:55 pm

    “Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita..”

    terima kasih ustaz atas sentuhan hati kali ni..tapi,kadang2 susah nak jaga hati ni ustaz…

     
  42. hambaALLAH

    22 Julai 2011 at 1:48 am

    thank you so much….!!!! semoga ALLAH merahmati kamu..

     
  43. hambaALLAH

    22 Julai 2011 at 1:50 am

    bagaimana untuk memilih ats dasar agama? n camna yg dikatakan cinta kerana ALLAH..?xpaham..

     
  44. ayunzt

    22 Julai 2011 at 11:32 am

    as salam ustaz…
    lega rse ati nih ble bace blog ustaz yg snguh2 mrntun perasaa….ingn sy b’kngsi duka d’cni..smalm sy br dpt tahu org yg sy syng slame 6 thn nih tlh m’duakn sy spnjng 6 thn kami b’cinta…luluhnye ati ni hanya Allah shj yg tau….peritnyer prsaan ble ksetiaan kte d’permainkn bgitu shj..tah knape ati nih x marah ckit pn kt die…wlaupn pkare nih bkn ptame kali die daa lakukn,sy cube ambik cara bkn tuk melupakan die tp merawat sndiri hati sy yg t’luka..sy nk cube dekatkn diri dgn Allah….Ya Allah btape bnyknyerr dosa yg tlh sy lakukn sms b’same die,b’tape bnyknyer masa yg sy sia-siakn slame nih..sy sering leka dgn nikmat dunia,sy sering alpa..tp alhamdullillah sy trase b’syukur dgn ap yg die daa lakukn..skurang nyerr sy smakin dkt dgn Allah..mak sy ckp,ap yg Allah bg nih sbb Dia sgt2 syngkn sy…betul ke ustaz??

     
  45. bintunrahman

    23 Julai 2011 at 2:44 pm

    terima kasih atas perkongsian yang bermakna…teruskan usaha ustaz..
    moga Allah melancarkan perjalanan ustaz dalam dunia dakwah

     
  46. pengharap belas NYA

    24 Julai 2011 at 3:09 pm

    assalamualaikum ustaz.
    terima kasih di atas segala perkongsian ustaz, mutiara-mutiara ilmu yang sntiasa berjaya memandu diri ini kembali ke jalan NYA.
    izinkan saya bertanya ustaz, bagaimanakah untuk memastikan perkahwinan yang dibina bersama pasangan yang sudah lama berhubung dan berkasih untuk kekal bahagia selamanya?
    ini kerana pernah dulu saya memutuskan hubungan dengan pasangan saya demi mencari keberkatan dalam hubungan kami, tetapi oleh kerana lemah dengan air mata wanita, kami berhubung kembali seperti biasa.
    sekarang, perasaan curiga dan cemburu buta selalu sangat menghantui diri walau semakin menghampiri majlis pertunangan di hujung tahun nanti (kami berjauhan, saya masih belajar, pasangan saya sudah bekerja). saya risau perasaan ini akan memusnahkan kebahagiaan dalam rumah tangga kami kelak.
    perhatian dan pandangan dari ustaz amatlah saya hargai

     
  47. Firdauz

    29 Julai 2011 at 1:22 am

    Alhamdulillah..

     
  48. Minah Senget

    29 Julai 2011 at 7:28 am

    rasa t’sentuh m’baca artikel ust,, cuma sye x tau apa jln t’baik buat sye,,

     
  49. pendamba ilmu

    29 Julai 2011 at 12:29 pm

    mohon syer ye ust

     
  50. _qaseh_

    29 Julai 2011 at 6:45 pm

    AsSalam, saya sedang merasai cinta dunia, saya terus ingin mempertahankan walaupun mendapat tentangan yang hebat dari keluarga pihak lelaki hanya kerana saya berasal dari Sabah dan mereka menetap di utara semenanjung. Saya tidak faham apa salahnya saya yang berasal dari Sabah sehinggakan keluarganya enggan mendapatkan restu. Ya Allah, sungguh khilaf rasa diri ini ketika meletakkan segalanya keatas dia tetapi bukan DIA yang satu. Saya masih berusaha untuk mendapatkan restu daripada keluarganya, insyaAllah. Saya hanya mampu tadbir akan tetapi takdir hanya dari-Nya.

     
  51. Abah Ryhan

    2 Ogos 2011 at 1:36 pm

    Assalamualaikum W.B.T Ustaz,

    Syukur kepada Allah S.W.T kerana bertemu dengan website Ustaz, selama ni saya dengar dalam Radio IKIM, segmen Mukmin Profesional. Kadang byk yg terlepas kerana mendengar sambil memandu. Alhamdulillah..tulisan dan bait kata Ustaz kadangkalanya ringkas namun tepat di kalbu. Teruskan kerja baik Ustaz… moga Allah sentiasa memberi rahmat dan keberkatan buat Ustaz sekeluarga. Artikel ini amat baik buat saya untuk muhasabah diri dalam menjalin hubungan saya suami isteri. Terima kasih Ustaz.. .Salam Ramadhan

     
  52. ana

    25 Ogos 2011 at 11:15 pm

    salam ust..huhuhu..cmana nak kuatkan hati untuk terima perpisahan tu..selalu rasa xtenang,nak beribadah pun xkusyuk..:(

     
  53. aqmar

    2 September 2011 at 8:19 pm

    salam..
    mohon kongsi ustaz..

     
  54. اميرة امينة

    16 September 2011 at 8:58 pm

    mohon share ye…syukran..

     
  55. Anira

    17 September 2011 at 12:35 pm

    salam ustaz..nota ustaz kali ini telah memberi semangat kpd sy..semoga kasih antara sy dan suami berkekalan hendakNYA.dan tabah menghadapi segala kemungkinana dariNYA..sy doakan ustaz sentiasa sihat dan dapat menulis nota nota yg lain..

     
  56. sam

    18 September 2011 at 12:14 am

    satu artikel yg sgt baik dan sgt jelas kebenarannya. sekadar utk berkongsi pengalamanku.

    ketika si suami membina cinta & hati pd Allah ketika itulh juga di uji dgn si isteri berubah hati pd org lain. enggan bertaubat, tak mau melihat kebaikan suami serta tak bersyukur dgn nikmat yg tlh dirasai lg derita isteri tak mampu/mau melupakan org ke-3. akhirnya si ibu meningglkn kluarga & anak2 hingga snggup menuntut cerai. hilang simpati, sifat insan & ehsan. kasih syg anak2 trbelah dua, adik beradik trpisah2. hati & perasan anak tak dipedulikan. pengorbanan 15tahun d sia2kn. inilah ujian utk si ayah & anak2nya. semuanya berpunca dari kejahilah & kedegilan.

    Insan yg membina cinta pd Allah pasti akan diuji, bg yg membina cinta pd manusia … tunggulh masa dikeji diakhirat nanti ..

     
  57. nur

    18 September 2011 at 3:00 pm

    Assalamualaikum kpd ustz….Sy berumur 21 tahun dan baru shja mendirikin rumh tngga pd bulan 2 tahun ini. Suami sy seorang ustz juga. Bahkan dikenali ramai. Sebelum kahwin..akhlaknya memang baik bahkan hampir kpd sempurna. Dia melayan sy spt puteri raja. Namun selps kahwin lain jadinya…kami brkenalan sekejap shja. Itupun atas urusan kerja. Hinggalah dia melamar sy. Yg sy tak boleh lupa akan mesejnya sewaktu melamar sy. “Bercinta selepas kahwin lebih indah. ” Kini perkahwinan kami telah mencecah 8 bulan. Namun cepat benar dia berubah perangai. Sy benar2 terkejut. Acap kali dia menyakiti hati sy. Sy selalu ditinggalkan dirumah. Dia keluar atas alasn kerja. Apabila sy cuba brtnya dia lebih2 dia akan marah. Jujur ustz..sy xmngenali siapa suami sy. Apa yg dilakukannya di luar. Apbila sy cuba brtanya lebih dia akn marah sy hingga sy mnjadi takut. Dihadapan org lain sy cuba tersenyum..namun dihati sy mnangis. Sy mnyayanginya kerana dia adlh suami sy dan sy berharap dia wildan sy di syurga. Pada saat ini un dia tiada di rumah (ahad). Sy call tak diangkat, mesej xberjawab. Sy tak faham..Apa sebenarnya ini. Sy bimbang jika sesuatu brlaku pdnya. Apabila hujan turun lebat, sy akan bimbang dan akn brdoa pd Allah agar mnjga dirinya sbb sy yakin hnya Allah yg mmpu mnjaganya lebih baik dr sy. Keluarganya juga spt lepas tangan. Sy bingung ustz…sy hnya ingin mnjadi itri solehah penyejuk matanya dan merah kasih Ilahi.

     
  58. noor ainee

    23 September 2011 at 2:39 pm

    terima kasih di atas artikel ini.ia mmg amat m’bantu diri sy.kami b’pisah bukan krn curang,family menentang @ x serasi tetapi kami t’paksa b’pisah krn keadaan.doc m’gesahkan hidup dia tidak lama.dia minta putus krn tidak mahu m’bebankan diri ini dn tidak mahu saya jadi janda buat kali ke 2.kami sepatutnya nikah pada 3.12.2011.segala persiapan dah di buat tapi allah menguji hambanya.krn dulu sy lalai dengan duniawi.ada hikmah di sebalik yang b’laku krn selepas itu sy makin dekat dengan allah.jika dahulu saya tidak pernah solat 5 waktu tetapi syukur sekarang terjaga solat.rasa ralat jika tidak solat.kita kena redha dan ikhlas dengan perpisahan ini.buat dia,cinta dn sayang ini akan sentiasa sy simpan dalam ingatan dn hati ini.

     
  59. faizal

    24 September 2011 at 9:35 pm

    salam ustaz,
    Alhamdulillah setelah saya membaca coretan ini, saya menangis di dalam hati betapa ajahilnya saya sebelum ini. sebelum ini saya menagih cinta pada makhluk Allah smpi saya lupa cinta Allah. Sekarang ini saya kehilangan cinta dan saya baru sedar saya masih ada cinta Allah.. Alhamdulilllah..

     
  60. gentarasa

    25 September 2011 at 7:35 am

    Salam Nur,
    Untuk menjadi isteri yang solehah tidak semestinya suami kita soleh. Belajar dari sejarah Siti Asiah, isteri Firaun. Gina masa untuk merintih banyak kepada Allah. Tetapi jalankan tugas sebagai isteru yang taat walaupun tidak mendapat balasan sewajarnya. Insya-Allah, jika kita lurus dan tulus… Allah akan mengubah kita jadi lebih kuat iman untuk hadapi semua ini, atau Allah ubah dia ke arah yang kita kehendaki. Atau Allah ubah kedua-duanya sekali ke arah kebaikan. Tunggulah keputusan Allah dengan selalu bersangka baik kepadaNya, pada suami dan pada diri anda sendiri. InsyaAllah. Amin.

     
  61. gentarasa

    25 September 2011 at 7:38 am

    Salam sam,
    Benar kata anda. Jika kita mengecewakan… kita pasti akan dikecewakan. Tidak ada kebahagian dapat dibina atas tapak kesedihan orang lain.

     
  62. Math

    29 September 2011 at 9:40 am

    Salam Ustaz… saya telah 4 tahun berkahwin… dan baru bercerai pada 25 september 2011.. punca adalah sihir dan gangguan makhluk jin dan syaitan… keluarga belah isteri mengamal perbuatan syirik… saya baru tersedar dan terjaga…. benar lah kata ustaz.. cintai Allah… maka makhluk Allah akan mencintai kita… Apabila saya terjaga dan tersedar dari tidur… saya menjaga setiap makan minum dari subahah… dan saya risau untuk makan makanan masakan yang saya was-was… termasuk ibu mertua saya yang tidak pernah saya nampak solat… dan mengamal perbuatan syirik dengan memakai tangkal dirumah dan lain2… jadi saya tidak berani untuk makan makanan tersebut kerana akan menggelapkan hati…. saya ingin sangat menjaga hati,,, mendapat cint Alla……. Apabila mengerja solat sunat… ditegur isteri… ni cintakan Allah lebih dari sayang…. pengakhiran hubungan saya… apabila isteri anfailkan saman atas alasan tiada persefahaman… Sesungguhnyae… benar lah… bil kita hampir pada Allah dan sentiasa bertaubat… Allah sahaja tidak akan meninggalkan kita…. Ya Allah…. engkau hiasi diriku dengan iman dan taqwa.. Jadikan taubat dan taubat kepadamu jalan diriku mengenali dan terus mencintai mu… Ustaz… Bila Allah sayangkan kita… Allah akan uji kita kan…. biarlah mati ini dalam Husnul Khotimah…

     
  63. gentarasa

    29 September 2011 at 5:57 pm

    Slam Math,
    InsyaAllah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Semoga Allah bantu tuan untuk hadapi semuanya dengan iman dan taqwa. Amin.

     
  64. math

    30 September 2011 at 2:16 pm

    Terima kasih atas doa ustaz… Moga Ya Rabb merahmati perjuangan ustaz dan sentiasa hidayah itu subur . Amin

     
  65. math

    7 Oktober 2011 at 9:28 am

    Assalamualaikum Ustaz…. Sedang kita semangat mendapat cinta Allah… datang juga bermacam halangan…. gangguan dari Iblis dan Syaitan tidak kira dari golongan jin dan manusia… kita kuatkan semangat mencari cinta Allah… agar hati ini teguh pada nyer… semalam… rancak bersembang dengan ibu dan ayah untuk mengubati sihir dan ganguan yang terjadi pada saya… masa tu lah elektrik padam.. pasang dan padam selang 10 minit,,, hati saya yakin itu gangguan amaran supaya jangan iktiar berubat… saya ambil air 30 juzuk lalu disemburkan ke tempat starter elektirk… dengan izin Allah S.W.T… tiada langsung padam elektrik sampai subuh… Ini menebalkan lagi keimanan saya bahawa perkara ghaib itu benar dan setiap2 janji2 Allah adalah benar… Apabila kita yakin pada Allah… pertolongan Allah itu datang… Moga kita tergolong dalam golongan merekan yang beriman dan bertaqwa..

     
  66. Mhedzrana

    13 Oktober 2011 at 2:15 pm

    Salam ustaz,

    Usaha dan doa… (sebelum), semasa pun kena berdoa begitu juga selepas….!

    *Terima kasih ya ustaz kerana catatan ini memandu saya agar sentiasa berdoa dan terus berdoa…
    Tidak kira sebelum mendapat hajat yang diinginkan, bahkan sehingga akhir hidup ini pun?, memang insan perlu berdoa kerana itu tandanya kita tidak bersandarkan kekuatan apa sekalipun selain-Nya…

    Subhanallah.

     
  67. Blog Cinta

    11 November 2011 at 3:58 pm

    Salam ustaz. Mohon SHARE yea. Sy setuju. :)

     
  68. mencari nur

    13 November 2011 at 12:37 am

    assalamualaikum ustaz,

    Bagaimana ye nak hilangkan rasa kecewa ni. Adakala hati ini tidak dapat menerima kenyataan…pengalaman semalam sungguh membuatkan hati ini menangis saja….

     
  69. Haryss Torres

    4 Disember 2011 at 2:40 pm

    memang betul cinta dunia ini tidak ke mana…………..sesiapa yang mengejar dunia maka akhirat akan jauh daripadamya dan dunia akan mentertawakannya………..tetapi berangsiapa yang mengejar akhirat,dunia akan mengikutinya dan akhirat akan menyambutnya……..subhanallah………

     
  70. zaleha

    23 Mac 2012 at 10:58 am

    terima kasih ustaz…siapa pun saya ..namun tulisan ustaz menyedarkan saya..walaupun suami tidak menyintai saya ..tapi saya bersyukur kerana saya sentiasa mengingati kasih sayang Allah…
    saya kahwin bukan atas dasar cinta ..tapi pilihan keluarga..suami tidak dapat terima saya seadanya..suami berkahwin kerana ibunya yang memilih saya…tetapi saya tetap melayan suami dengan sabar ..walaupun kadang2 hati sangat terluka…ustaz ..saya berharap suami juga akan menyerahkan hatinya yang kosong itu pada cinta yang agung…

     
  71. zaza

    30 Mei 2012 at 10:02 am

    Syukur Alhamdulillah.. tulisan ustaz byk mengubah sy.. selama ni sya lalai dan leka dgn duniawi.. ALLAH S.W.T mberi ujian kpd sy agar berubah kepada yg lebih baik.. betul kata ustaz.. jika kita mengecewakan.. kita akan dikecewakan 1 hr nanti..tidak akan ada kebahagiaan yg dpt dibina atas tapak kesedihan dan kekecewaan org lain.. sesungguhnya sy br dikecewakan oleh org yg sy syg selama 8 thn 4 bln.. tetapi syukur alhamdulillah syg dan cinta ALLAH S.W.T kpd sy byk mberi peringatan dan pengajaran kpd sy..

     
  72. anna

    7 Jun 2012 at 9:11 pm

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya sedang merawat hati yg luka kerana cinta. Percintaan selama hampir 12 thn akhirnya kecundang. Luka dihati terasa perit sekali. Namun sy gagahi untuk melupakan percintaan tersebut andai ini adalah takdir terbaik utk sy. Pasti ada hikmah setiap apa yg Allah berikan sebagai ujian kepada hambaNya. Betul kan ustaz? Tidak dpt dinafikan, kkdg2 sy teringatkan dia. Sy tekankan dlm hati, mencintai Allah adalah lebih baik dpd dia. Mudah-mudahan sy terus kuat..dan redha dgn ujian ini. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan utk sy terus mengejar cintaNya.

     
  73. siti aishah

    26 Jun 2012 at 2:16 am

    assalamuaalaikum

    cy cuka baca ruagan nie…btul ke bila kta jdi baek kta akan dpt yg lbih baek…cy clalu doa at than supaya dapa lelaki yg baek…xslah an mntak jodoh yg baek wlaupon cy awu 19 tahun..

     
  74. hamba naif

    28 Ogos 2012 at 2:32 am

    saat ini tgn membelek2 mencari sesuatu y boleh mengubat hati y sekian lama kehilangan rasa cinta akibat dirampas dari kekecewaan manusia…Allah memberikan pengubatnya pada tulisan2 ust ni pada sy y memberikn kesedaran pd sy jgn berputus asa, stu hari nnt sy akan bertemu dengan org y lebih baik untk diri sy..cuma perlu tingkatkan lg kebaikan dan doa pd diri…moga satu hari nnt jiwa dapat menerima semula seseorang untk menyempurnakan ibadah dgn tenang…

     
  75. aidah

    2 Disember 2012 at 4:34 pm

    Aku yakin satu hari nnt akan dipertemukan dengan cinta Allah…..

     
  76. syahir

    8 April 2013 at 11:52 am

    assalamualaikum ustaz,,,
    kalau nak share boleh??
    kalau boleh,macam mane eak carenye,
    saya tak berapa mahirlah,,

     
  77. natrah

    4 Jun 2013 at 1:03 am

    salam uztaz.. tenang hati saya baca smua nie.. saya nak berubah menjadi seorang yang lebih baik.. mungkin putus cinta buat saya sedar betapa teruknya saya nie..laki yang saya sayang baru kawen dengan orang lain bulan lepas.. saya malu ustaz.. keluarga saya tau pasal kami.. saya tak tau macam mna nk hadapi semua nie..saya menderita sejak tu.. saya dah banyak terpesong.. tapi saya tak salahkan sapa2.. saya cuma nak berubah.. saya kini sedang belajar mencintai Allah dan orang2 sekeliling saya.. saya memang ada keinginan nak berubah tapi kadang2 takda yang paham.. saya harap saya kuat untuk hadapi semua nie..

     
  78. siti mohammad

    5 Jun 2013 at 5:07 pm

    bagaimana saya boleh hubungi ustaz….saya ingin berkongsi pengalaman hidup saya

     
  79. witry

    20 Jun 2013 at 1:37 pm

    mksih yaa.. Ats nasehatnya

     
  80. hanan

    17 Oktober 2013 at 2:26 pm

    salam ustaz. dalam 4 tahun perkahwinan saya,dari hari pertama sy kahwin perkahwinan sy telah diuji.suami sy suka main perempuan.sy gagahkan hati,sy maafkkn dia dan sentiasa doakan dia, dia minta maaf,tp selepas tu dia ulangi lagi.saya teruskn sehingga la kini hati sy rasa x mampu hormat lagi pd dia. segala teguran sy hanya dijadikan mainan dia.sy nekad untuk undur diri dan mendekatkan diri kepada Ilahi.Cinta Ilahi yang x akan pernah mengecewakan saya..

     
  81. nurul

    22 Oktober 2013 at 8:24 am

    masyaAllah…menyentuh.jiwa disaat jiwa ini sdg diuji dgn cinta ug xseberapa, iaitu cinta dunia…mohon utk dikongsi sbgai panduan dan manfaat..

     
  82. iqram

    28 Januari 2014 at 4:42 pm

    assalamualaikum ustaz… sye ade kekasih… dh 5 tahun kami bercinta… tp hubungan kami xdirestui oleh ibu sye… sye redha dan blh menerima nya… tp kekasih sye xblh nk terima… mcm mane nk bt dye blh terima dengan keadaan sebegini… dye xblh nk trima kenyataan…

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,190 other followers

%d bloggers like this: