Looking for Something?

TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA

Author:

 

Sering saya nasihatkan anak-anak (remaja) dengan nasihat yang diberikan oleh guru-guru saya. Antaranya, jika teratur tiga perkara ini maka teraturlah hidup kamu. Tiga perkara itu adalah waktu solat, waktu makan dan waktu tidurmu. Alam remaja, alam yang begitu dinamik, aggresif dan ‘adventurous’ – alam transisi yang serba kemungkinan. Remaja tidak suka diatur…Pada waktu itu sering peraturan dianggap satu ‘kekalutan’.

Namun, anak-anakku dengar pesan ini… atur ketiga-tiga perkara ini. Atur solat demi kesihatan jiwa mu. Atur makan demi kesihatan badan mu. Dan atur tidur demi kesegaran dan ketangkasan minda, fizikal dan mentalmu. Kali ini beri laluan untuk saya bercakap tentang tidur…kerana…  TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA.

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyatakan bahawa malam Allah khususkan untuk tidur. Jadi, kita gunakanlah masa itu untuk tidur. Ini fitrah asal manusia. Manusia perlukan tidur sepertimana manusia perlukan makanan, minuman dan lain-lain. Tidak ada manusia yang sanggup melawan fitrahnya.

Jika kita melawannya, juga kita akan kalah. Jadi, tidak hairanlah tanpa tidur pada waktu malam kita akan keletihan pada siang hari. Dari segi kesihatan pula tidur yang cukup adalah asas dalam kesihatan badan. Manusia normal memerlukan 6 hingga 8 jam tidur dalam sehari.

Masalahnya, ada remaja yang suka berjaga larut malam. Istilah yang selalu kita gunakan untuk mereka ini ialah, ‘kutu embun’. Malam-malam mereka gunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti lumba haram, bergaul bebas, berbual kosong, video games, dan sebagainya. Percayalah… ini memudaratkan. Seeloknya, tidur awal dan bangun awal. Manfaatkan waktu selepas Subuh yang berkat itu.

Manusia selepas Isyak dikatogerikan kepada tiga. Pertama, yang mengisi malam-malamnya dengan aktiviti yang berfaedah seperti menelaah pelajaran, berbincang sesuatu yang bermanfaat dan lain-lain amal kebaikan. Mereka ini mendapat pahala.

Yang kedua, mereka yang melakukan perkara-perkara harus seperti dan terus tidur., mereka ini tidak memperolehi apa-apa, berdosa pun tidak berpahala pun tidak. Tetapi yang malangnya ialah mereka yang menggunakan waktu dengan aktiviti-aktiviti maksiat, maka mereka ini berdosa. Jadi, gunakanlah akal dan hati kita untuk menimbang, kita ini dalam golongan yang mana?

Remaja punya tanggungjawab asasi, maka dahulukan dan utamakanlah tanggungjawab yang asasi. Apakah tanggungjawab yang utama? Ya kebanyakannya para remaja masih belajar. Setelah itu, jika ada masa, ada tenaga dan ada kesempatan maka eloklah dibuat amalan-amalan sunat seperti qiamullail dan sebagainya. Cuma harus diingatkan bahawa keutamaan tetap pada menuntut ilmu, jangan sampai kita bangun untuk solat tahajjud pada malam harinya tetapi mengantuk hingga tidak dapat belajar dengan baik pada esok paginya.

Itu kurang tepat! Kewajiban belajar lebih utama daripada sembahyang sunat. Tapi ingat… yang saya katakan ialah solat sunat, tetapi jika solat wajib tidak ada kompromi. Ia wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan. Jangan tinggalkan solat wajib. Solat Subuh misalnya, jangan sekali-kali ditinggalkan atas alasan tidak cukup tidur…

Masa yang diperuntukan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 jam yakni ¼ daripada umur kita. Ertinya jika kita hidup 40 tahun, 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur. Pertama, hendaklah kita jaga niat, kaedah serta adab-adabnya. Sebelum tidur hendaklah kita niatkan untuk mendapat kerehatan, agar kita dapat bangun untuk solat Subuh pada hari keesokkannya. Sebaik-baiknya kita berwudhuk.. Air wudhuk itu akan menyejukkan hati kita, merehatkan emosi kita dan menstabilkan fikiran kita. Bacalah doa tidur, yang maksudnya, segala puji Allah yang menghidupkan dan mematikan daku.

Ya, menyentuh soal ini teringat pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada isterinya Siti Aishah RA. Baginda diriwayatkan telah berkata, wahai Aishah, janganlah engkau tidur sehingga kau melakukan 4 perkara ini, pertama, setelah habis membaca seluruh isi Al-Quran. Kedua, mengambil aku dan para Nabi sebagai penolongmu di hari kiamat. Ketiga, sehingga semua orang Islam redha dan memaafkanmu. Keempat, hingga kau selesai mengerjakan umrah.

Apabila Saiyidatina Aishah bertanya bagaimana? Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jika kita tidak membaca surah Al-Ikhlas 3 kali samalah fadhilat dengan membaca keseluruhan isi Al-Quran. Bila kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dari para nabi yang lain, maka mereka nanti akan membela keadaan kita di hari kiamat. Bila kita beristighfar dan memohon ampun untuk orang mukmin maka mereka juga akan redha terhadap kita kelak. Dan dengan membaca Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah, samalah pahalanya seperti kita mengerjakan umrah.

Kemudian tidurlah dengan baik, seeloknya mengiring dengan pipi mengiring ke kanan dan muka menghadap kiblat. Kalau terlentang, letakkan kaki kanan di atas kaki kiri. Itu sebelum atau awal-awal nak tidur.. dan apabila sudah tidur tentulah gaya bebas (kita tidak ingat apa-apa lagi). Tapi, elakkan daripada tidur meniarap, Rasulullah melarang sahabatnya tidur meniarap kerana itu gaya tidur ahli neraka.

Ya, itulah sebahagian cara tidur dalam Islam. Jika kita lakukan Insya-Allah Allah akan redha kepada kita sepanjang waktu kita tidur itu. ertinya , Allah kurniakan pahala. Begitulah pemurah-Nya Allah, Dia Maha Pengasih kepada kita. Jadi, bagi remaja apa salahnya kalau kita tidur dengan adab-adab yang saya sebutkan tadi.. Siapa tak mahu, rehat pun dapat.. Jika 40 tahun kita hidup, 10 tahun kita mengaut pahala dalam tidur sahaja.

Pada keseluruhannya, kisah ini membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Pertama, Allah mampu menidurkan seorang manusia lebih lama daripada biasa. Ertinya, hukum biologi dan fisiologi telah Allah batalkan dalam kes ini. Logiknya, tanpa makanan, tanpa pergerakan, dan tanpa buang air, tentulah pemuda-pemuda itu akan mati.

Kedua, ini membuktikan betapa Allah membela pemuda-pemuda yang beriman dengan cara yang cukup mudah. Iaitu cara tidur. Bayangkan Raja dan bala tenteranya telah memburu pemuda-pemuda beriman ini untuk dibunuh.. mereka begitu terdesak. Tetapi kuasa Allah telah menidurkan mereka. Setelah mereka bangun semuanya telah berubah. Inilah bantuan yang telah Allah berikan untuk orang-orang yang beriman.

Dalam Al-Quran Allah telah menyatakan bahawa Dia tidak rasa mengantuk apatah lagi tertidur. Ertinya, Allah sentiasa berjaga. Dia tidak letih, tidak rasa lapar, tidak rasa bosan, dan tidak rasa sakit sepertimana manusia. Mengantuk ini melambangkan kekurangan dan kelemahan, Maha Suci Allah daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Oleh itu, atas sifat-sifat kesempurnaan-Nya, Allah tidak tidur walaupun sedikit.

Ada banyak jenis tidur…ada yang tidur mati. Ini tidur habis-habisan. Tak sedar diri. Macam orang mati. Orang ini kalau kita ingin kejutkan tak boleh main panggil, tapi kena gegar, kena siram baru boleh. Kalau tidur ayam, kejap tidur, kejap tidak,. Mudah terjaga , tertidur tetapi macam tidak tidur. Tidur ayam ini lawan kepada tidur mati tadi.

Apa maksud saya menceritakan dua jenis tidur ini? Tidur ini lambang kelemahan insan. Kalau tidur mati tadi, kalau orang datang nak bunuh senang sahaja. Manakala, yang tidur ayam pula bahaya juga, kalau pandu kereta Insya-Allah akan menemui kemalangan. Jadi, di sinilah rasionalnya Allah itu tidak tidur. Allah sentiasa dalam keadaan jaga kerana perjalanan alam ini dan seluruh makhluknya sangat bergantung kepada-Nya.

Allah diperlukan oleh setiap makhluk pada setiap masa dan ketika. Penglihatan, pendengaran dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah sentiasa berperanan. Allah tidak perlukan tidur, kerana Dia Maha Kuat dan tidak perlu berehat. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi  Musa AS pernah terdetik bagaimana kalau Allah tertidur… Ini bukan soal keraguan hati tetapi sekadar lintasan hati.

Untuk menjawabnya, Allah memerintahkan Nabi Musa membawa segelas susu dan menunggu-Nya di suatu tempat. Lama benar Nabi Musa menunggu akhirnya baginda mengantuk, dan bila mengantuk, segelas susu di tangannya pun terlepas dan lalu pecah.. Ketika itulah Allah menjelaskan bahawa keadaan itulah yang akan terjadi kepada dunia dan segala isinya jika Allah tertidur. Maha Suci Allah!

Pencuri, perompak dan lain-lain jenis penjenayah, selalunya mengambil kesempatan sewaktu orang lain sedang tidur atau alpa. Begitu juga orang orang yang melakukan maksiat, selalunya secara sorok-sorok. Misalnya, pada waktu malam, di tempat tersembunyi, ketika ‘black out’ dan sebagainya.

Ini semua kerana mereka ini ingin mengelakkan diri daripada penglihatan dan pendengaran orang. Tetapi, sebaliknya, jika mereka yakin bahawa Allah tidak tidur, sentiasa berjaga, sentiasa melihat dan mendengar, maka mereka tidak akan berani melakukan kejahatan. Walaupun orang lain sudah tidur, lampu telah terpadam, hari telah gelap…tetapi mereka yang benar-benar yakin bahawa Allah tidak tidur, tetap tidak akan melakukan kejahatan. Inilah kesannya kalau kita benar-benar yakin yang Allah itu tidak tidur..

Manusia begitu lemah. Pada ketika yang dia hendak berjaga, adakalanya dia mengantuk dan terlelap. Ada masanya dia hendak tidur, tetapi mata terus berjaga dan gelisahlah dia kerana tidak boleh tidur. Tidur itu sesungguhnya adalah separuh daripada kematian – kerana orang yang tidur tidak mampu mempertahankan diri daripada sebarang bahaya. Esok paginya apabila dia terjaga, dia seolah-olah dihidupkan semula.

Justeru Rasulullah mengajar kita berdoa dengan lafaz ini sebaik bangun daripada tidur… Segala pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas  mematikan kami (tidur). Dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan. Ya, tidur itu sayugianya mengingatkan kita kepada kematian yang hakiki, kemudian kita akan dibangkitkan semula menuju padang perhimpunan yang besar… Padang Mahsyar. Di sanalah nanti kita semua akan dikembalikan dan dihimpunkan.

Awas anak-anak ku, jangan leka, jangan alpa…mungkin tidur mu nanti adalah tidur yang selama-lamanya.Sudahkah kita bersedia?


Feedback

45
  • wanitabertudunghijau

    keciknya tulisan

    🙂

    tp sy membacanya sehingga habis sbb menarik

  • naimulfirdaus

    teringat bagaimana Imam Abu Hanifah tidak tidur melainkan dalam keadaan duduk. begitu juga dengan Imam Ahmad yang tidur berbantalkan tempurung kelapa..

    bahkan sahabat meriwayatkan badan Nabi kita sendiri berbekas lantaran baginda tidur beralaskan pelepah tamar..

    sedangkan kita tidur hingga melupakan segala-galanya..

    terima kasih atas peringatan ini. perkongsian yang sangat baik.

    🙂

    http://naimulfirdaus.blogspot.com/2011/07/bersih-20-siapa-yang-taksub-dan-jawapan.html

  • yusnita

    salam ustaz,
    terima kasih kerana ‘membangunkan” saya dari tidur,mudah2an anak-anak remaja membaca teks ini dan mendapat pengajaran dan menjadi panduan hidup mereka.saya doakan ustaz diberi kekuatan utk terus menyedarkan diri-diri yg alpa.

  • tHe cuTies

    terima kasih tuk informasinya..

  • Maqsurah

    Assalammualaikumwarahmatullah…
    syukran ustaz…saya rasa sedih membaca tulisan ustaz..seolah-olah nasihat yang lahir terus dari hati insan bergelar seoranga ayah…=(..
    hampir menitik air mata saya ustaz…
    doa saya, semoga Allah melanjutkan usia ustaz agar terus berdakwah melalui tulisan ini..
    Jazakallahukhoiran kathiran…

  • Eiza

    Satu artikel yang amat baik. Banyak manfaat yang di perolehi dari artikel ini.

  • gentarasa

    Salam wanitabertudunghijau,
    Ada kesilapan teknik. Mujur anda sabar. Maaf, sangat-sangat. Kekadang saya tergesa2 menulis atas hambatan masa dan program. Cabaran server juga. Syukran atas peringatanmu.

  • Cikgu LahmudDin

    thanks utk kupasan yg begitu menarik, boleh dijadikan modal utk memberi nasihat kepada pelajar saya.

    ps: sy mcadangkan spy ustaz Pahrol Mohd Juoi utk meletakkan button facebook share di setiap artikel, supaya mudah bg pembaca utk berkongsi maklumat kpd rakan2 yg lain. Syukran

  • azlanyusofpunding

    subhanallah entri yang sangat menarikk,,,..
    satu benda yang kita rasakan remeh tetapi sangat banyak manfaat nya…
    semoga tidur2 kita disaluti dengan keimanan…

  • candy pink

    terima kasih ustaz utk perkongsian ini..
    teruskan menulis…=)

  • kesidang

    Salam,

    Tidur mati macam tak sedar diri
    Tidur ayam malam macam siang
    Tidur rutin pejamkan mata
    Tidur terakhir tak bangun-bangun
    Tidur ibadah amat bermakna
    Moga Allah swt jadikan tidur kita tidur ibadah
    Walau tak bangun-bangun tetap dalam rahmatNya…amiiin

  • Peluncur Islam

    “Kalau terlentang, letakkan tangan di atas kaki kiri…”

    salam ustaz… ana mohon kepastian drp apa yg ustaz tulis dlm artikel ni…
    mungkin ustaz tersilap taip kot…
    mungkin ayat yg ustaz nak jelaskan begini ….

    “kalau terlentang..letakkan kaki kanan di atas kaki kiri…”

    betulkah ustaz?

    maafkan ana ustaz… mohon penjelasan..

  • Muslimah

    Menjadi lazim mlm minggu biasa ramai yg tidur lewat. Apa pula pandangan Ustaz jika mereka ni menggunakan malam minggu sehingga ke awal pagi untuk tujuan riadah seperti bersukan (main badminton atau bola tampar atau apa2 sukan yg sesuai). Biasanya takut terlepas subuh maka mereka akan menunggu sehingga subuh menjelma…maka waktu tidur telah ditukar kpd siang harinya…mungkin tidur bermula pukul 9pagi sehingga la zuhur. Kerana hari2 biasa sibuk dengan kerja atau belajar..maka hanya hujung minggu sempat untuk berbuat semua perkara ni. Mohon pandangan Ustaz. Jazakallah 🙂

  • adilah nordin

    assalamualaikum…ustaz,,saya nak bertanya dan iginkan kepastian..saya pernah terdengar, sebenarnya tiduR dalam islam hanya 3-4 jam sahaja sehan dan selebihnya untuk kita bangun solat tahajud dan beribadah kepada ALLAH,, boleh ustaz terangkan???

  • gentarasa

    Salam adilah…
    Begitulah. Semakin kuat rohaniah seseorang, semakin kurang kehendaknya pada sesuatu yang berbentuk fizikal dan fisiologi. Tapi kita, ukurlah dengan keperluan sendiri. Sayidina Omar pernah menegur orang yang berqiamullail tetapi dikuasai mengantuk bila solat Subuh. Tidur secukupnya… jangan terlalu banyak, dan jangan terkurang. Sederhana. Rasulullah saw memang hebat, solat sampai bengkak kakinya.

  • gentarasa

    Salam Muslimah,
    Bagus tu. Jika tidur… jangan dibuat sebaik selepas solat Subuh. Lepas Duha ok le. Dapat sunah qailullah sekali.

  • gentarasa

    Salam Peluncur Islam,
    Ya lah. Masya-Allah… apalah saya ni. Dah tua…. Syukran kerana membetulkannya. Jika tidak ramai yang tergeliat nanti.

  • syafiyyah

    subhanallah, hebatnya allah…sgt mengawasi daan melindungi kite..moga kite menjadi hambaNya yg bersyukur….ustz, mcne klu ade kes tido selepas asar??

  • Hanim

    Salam ustaz…syukran atas perkongsian ilmu..sy sentiasa setia dgn blog ustaz….. =)
    Semoga Allah memberkati …

  • liza

    hsaya harap ustaz boleh buat entri tentang Duha @ waktu Duha & solat Duha pula selepas ini..

  • Rohaida Mohd Yusof

    terima kasih di atas pesanan yg sungguh berguna ini…

  • anna

    assalamualaikum ustaz..
    terima kasih atas perkongsian yang menarik ni.
    sy ada masalah susah nak tidur sebab sy asyik fikir yg sy ni berdosa setiap masa.
    dan bila nak solat, sy risau solat sy x khusyuk, sy jd stress & akhirnya memang
    x khusyuk pun solat sebab asyik memikirkan khusyuk.
    Minta ustaz beri sedikit tunjuk ajar apa yang perlu/boleh sy lakukan.
    Syukran ustaz.
    assalamualaikum

  • Habib Ahmad

    MAJLIS BERSAMA ULAMA : AL-HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/07/habib-kadzim-poster.jpg

    2. MAJLIS HOL UMMUL MUKMININ SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRO : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/07/holskak.png

    3. Majlis Perasmian Madrasah Al Mukammil : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/07/mukammil.png

  • gentarasa

    Salam anna,
    Jika muhasabah melahirkan ketidak tenangan hati, itu bukan muhasabah. Itu sangka buruk dengan diri atau dengan Allah. Muhasabah sebenar, akan menimbulkan usaha kearah pembaikan dengan tenang. Maknanya ‘bimbang” yang tenang. Tetapi kalau jadi stress itu mainan syaitan. Cepat baca taa’wuz, 4 qul dan terus cuba tidur atau teruslah solat. Wallahua’lam

  • Nur Syahidah

    As salamualaikum,,,syukran ustz ats sgale entry yg brmaanfaat e2 dan yg sblum2 ini,,smge ustz dpnjangkn umur utk dpt trus brbkti mmbuat kbaikn,insyaAllah,,

  • sue

    salam ustaz…

    alhamdulillah tidur pun kita dapat pahala..ustaz nak tanya, macam mana nak jadikan amalan bangun solat tahajjud ni? kadang2 dah tido awal, siap kunci jam lagi…tapi terlepas gak…terasa rugi..adakah sebab tak ada kesungguhan?harap ustaz boleh bagi tip..

    syukran ustaz

  • Tishu

    As Salaam Ustaz, saya suka membaca penulisan ustaz dan ianya sgt menarik bagi saya. Jadi saya ingin sekali berkongsi bahaan bacaan saya ini kepada teman2 yang lain. Sebelum ini saya pernah kongsikan artikel ustaz kepada teman2, berkongsi melalui email dan FB tapi saya rasa tidak senang kerana melakukannya tanpa kebenaran ustaz terlebih dahulu. Jadi saya minta kebenaran dan izin ustaz utk saya kongsikan artikel ustaz ini kepada teman2 yang lain. Harapan saya agar ustaz dapat memberikan keizinan. Terima Kasih.

  • gentarasa

    Salam Tishu,
    Silakan…

  • akashah

    slm..tq ust..

  • siti

    salam ustaz….=)

    saya suka baca penulisan ustaz….membuatkan saya berfikir dan bersyukur atas nikmat ALLAH SWT ke atas diri selama ini…baru saya tahu, tido pon kita boleh buat pahala….Alhamdulillah Allah buka ati saya jumpa blog ni.

    saya nk tnya ustaz pasal “Kalau tido terlentang, letakkan tangan di atas kaki kiri” yang mcm artikel kt atas ni sy x berapa faham…
    kalau yang ” pipi mengiring ke kanan ” tu kalau dalam sains plak maksudnya bila kita mengiring kekanan jantung kita akan berada di tengah dan memudahkan untuk jantung mengepam darah ke seluruh badan berbanding jantung berada di sebelah kiri, jantung kite sedikit tersepit oleh organ2 dalaman dan isi kita.
    kalau yang tangan kena letak atas kaki kiri tu ape maksudnye??
    1 lagi,tgn tu kena letak betul2 atas kaki kiri or peha kiri???

    syukran ustaz

  • ibu remaja

    Assalamualaikum ustaz,
    artikel yang bagus bukan untuk anak2 remaja tetapi juga kepada semua..
    semoga kita semua mendapat hidayah & petunjuk 😀

  • wann

    salam ustaz,,saya ingin bertya,,,kalo yg masih belajar mlmnya diisi dengan mentelaah pelajaran,,tetapi bgaimana pula dengan mereka yg bekerja,,yg mner kerjanya secara keseluruhannya praktikal,,kerja hanya dilakukan dipejabat atau sebagainya,,??bila pulang dari kerja,,solat,,selesai mmbaca AL-QURAN..badan pon dah rasa penat,,terus tidur,,adakah layak untuk mendpt pahala ketika tidur tanpa pengisian sesuatu yg bermanfaat??kdg2 dri sendri merasa rugi kerana tiap kali balik kerja, hanya itu saja yg dilakukn tiap2 hari…apakah pengisian yg bermanfaat atau dlam erti kata lain,,amalan2 yg patot dilakukan sebelom tidur??harap ustaz sudi berkongsi pndangn dan juga tips2 untuk dikongsi bersama..syukran.

  • dahaga ilmu

    assalamualaikum ustaz, mohon dikongsikan artikel ini bersama sahabat2 lain ?

  • Siti Ida Ct

    Assalamualaikum.Ustaz, terima kasih atas ilmu yang di berikan. Insyaallah akan saya nasihatkan untuk anak2 saya. Saya mohon untuk syer artikel ini ustaz

  • noraniza jais

    bacaan yg sgt baik…minta izin ustaz utk ambil sebahagian petikan utk di kongsi bersama kwn2..syukran

  • Hayatie Mustafa

    assalamualaikum…ustaz, sy mahu bertanya…berdosakah saya sekiranya menyarankan kepada kawan sy utk mengamalkan zikir as maulhusna yg tertentu sebagai amalan. selain menasihati dia agar berjumpa pakar perubatan. dia telah lama berkahwin n berikhtiar inginkan anak.(zikir itu saya baca dari sebuah buku yg bertajuk zikir asma ul husna 99 nama Allah). apa yg membuat sy berasa takut adalah, ada org memberitahu sy bahawa apa yg d baca d dalam buku tidak blh diamalkan, ia ibarat berguru dgn syaitan.minta ustaz beri komen dan pandangan.

  • Mat Fais

    wahai kwan2 ku..gunalah waktu malam mu untk tdo..

  • Mat Fais

    gunalah waktu mlam mu untk tdo…

  • Majidah Abdul Razak

    ~mungkin tidur mu nanti adalah tidur yang selama-lamanya.Sudahkah kita bersedia?~
    terima kasih ustaz ats perkongsian ini~

  • Nuramalina

    Assalamualaikum ustaz
    Terima Kasih kerana poskan artikel mengenai tidur dan adab2 tidur. Saya mempelajari banyak perkara dalam aritkel ini dan memberi kesedaran kepada saya untuk mengatur waktu tidur saya memandangkan di Mesir sudah pun memasuki musim sejuk dan malamnya panjang.

  • Wanna

    Alhamdulillah,terima kasih ustaz.sentiasa cuba untuk memperbaiki diri..

  • sharifah norizam binti wagik

    Assalamu’alaikum ustaz,

    soalan pertama : saya nak tanya mengenai perkara2 sunat yang dilakukan oleh Rasulullah saw, seperti yg kita sedia maklum ada beberapa perkara yg dilakukan sebelum tidur tetapi bagaimana kalau kita dengan kebiasaan tidur lewat, bolehkah kita melakukan perkara sunat tersebut selepas isya’ tetapi kita belum lagi tidur, maklum lah saya seorang student, tidur lewat tu sudah menjadi kebiasaan..??

    soalan kedua : saya masih lemah dalam mengingati sirah2 Nabi, dan saya pernah terdengar kisah sahabat Nabi saw yang tidurnya hanya beberapa jam sehari, dan apabila ditanya tentang tidurnya, beliau menjawab pada waktu siang beliau tidak tidur kerana risau urusan dengan manusia tidak selesai dan tidak tidur di waktu malam kerana risau urusan dengan ALLAH pula tidak selesai..lebih kurang begitu kisahnya..dan mohon ustaz cerita kisah tersebut dengan lebih lanjut dan terperinci dan memberitahu siapakah sahabat Nabi tersebut..saya benar2 lupa.

  • Poppy Didie

    Subhanallah.. semoga tidur kita diberkati..

  • sharifah norizam binti wagik

    terima kasih ustaz…

  • amirul syazrin

    info y menarik… thanks… 🙂

Leave a Reply

%d bloggers like this: