Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.
Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.
Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.
Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!
Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.
Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.
Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!
Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.
Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!
Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.
Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.
Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”
Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.
Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.
Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.
Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”
Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”
KETIKA RASULULLAH PERGI…
Tengah hari itu…
gugur butiran air mata di wajah mu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi
Bukan tidak reda,
Tapi itulah hati seorang isteri
pasti ada rasa cinta!
Pada akrab sekian lama yang terpisah
Bagai isi dan kuku…
Tapi hakikatnya kita semua hamba
Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya
Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi
Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa
makam itu cuma semadi jasad…
Tapi dian batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi isterinya
Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba
Duhai srikandi budi yang masih lara
Sepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dengan kukuh
kerna jalan ini masih jauh
Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat!
Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’
– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah
di usia remaja menjadi isteri Rasulullah
Teman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakarat
di ribaannyalah baginda wafat
Sepeninggalan Rasul…
Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tapi bukan kehilangan misi!
Sesekali ketika rawan diusik kenangan…
Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah
Istirahat hati pada satu hakikat…
Cintaku hanya sedebu cinta-Nya
Relakanlah dia pergi…
Menemui temannya di daerah tinggi!














Nisha
23 Julai 2011 at 10:12 am
Subhanallah…! ustaz betul2 menyentuh perasaan. Bila mengingatkan/melihat anak yatim yang 2 orang kat rumah ini, saya pasti teringat Rassullullah. Bila mengingatkan diri sendiri selalu saya teringatkan Siti Aisyah dan Khadijah isteri Rasulullah. Pengalaman dan cabaran saya, sekelumit cuma jika di banding mereka. Untuk berjaya di akhirat pastinya akan ada ujian lain yang datang dan menanti. Saya bersedia/mencuba menghadapinya, asal saja selamat di alam sana yang kekal selamatnya. ameen…
yann
23 Julai 2011 at 1:30 pm
Terima kasih ustaz…. nak share di blog saya ye.. kebetulan saya baru lepas menulis entri ttg kematian.. dalam minggu ni ada rakan sy yg kehilangan mak, bapak.. dan bos besar di tempat kerja baru saya pon baru meninggal… terima kasih ya Allah.. kerana sering diberi peluang membaca tulisan ustaz yg memberi semangat dan pengajaran dan pelajaran baru utk sy….
Hati
23 Julai 2011 at 3:14 pm
Mati itu pasti…Hidup InsyaAllah..
Kematian merupakan pintu masuk ke alam kehidupan yang hakiki…
cilipadi
23 Julai 2011 at 5:16 pm
Subhanallah.Tulisan Protaz sentiasa tepat mengenai hati sanubari.Memang ya kunci kata di akhir artikel ini…aku hambaNYA , Allah tidak akan mengecewakanku.Saya berharap ramai yang akan membaca artikel ini , terutama mereka yang sedang menghadapi pemergian ahli2 keluarga terdekat…ibu yang kematian 3 anak sekaligus di Ulu Bendul , ibu yang kematian 2 anak sekaligus di Seremban 2 , ibu yang kematian anak lemas di dalam kereta di sekolah ABIM seremban dll.
Saya sendiri nanar tatkala kehilangan ayah sewaktu masih menuntut dulu…macam-macam ‘ubat’ yang saya cuba untuk merawat diri…hampir setahun baru saya kembali bersemangat.Betapa susahnya pencarian saya sewaktu itu.Saya bersyukur sekarang ada orang2 seperti Protaz yang bisa membantu dan saya amat bersyukur diberi umur oleh Allah untuk mendekatkan diri kpdNya.Ya Allah bantuku sediakan duniaku untuk nanti tibanya akhiratku…(memetik senikata lagu WALI)
shar5100
23 Julai 2011 at 8:13 pm
Salam…
Thank so much for this great article ! Pergantungan kita hanya perlu pada DIA, bukan ibu, bapa, suami atau isteri. Baru sahaja saya menyepuh air mata ini……
Hur Azmi
24 Julai 2011 at 4:12 am
sgt2 tersentuh subhanAllah
Huda Nemo Riko
24 Julai 2011 at 6:34 am
assalamualaikum…ustaz…terima kasih untukk semua penulisan dan entry2 yg telah ustaz titipkan… betul2 bermakna…hati kadang2 sukar disentuh….. tetapi dengan penulisan ustaz…. hati ni berjaya disentuh…. terima kasih kerana menulis…..terima kasih…
Madre Amor
24 Julai 2011 at 9:50 am
Terkedu…. hingga tak terkata.
SubhanAllah
hamba ALLAH
24 Julai 2011 at 10:28 am
assalamualaikum ustaz…rsenye artikel tu ade sedikit kesilapan…pada awal artikel ustaz menyebut khadijah pergi dulu kemudian disusuli dgn abu talib… kemudian pada satu perenggan pula…ustaz menyebut :
“Ketika masih perlukan perlindungan Abdul Mutalib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Mutalib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Tinggallah Rasulullah SAW dengan kekasih hatinya, Khadijah. Namun, tidak berapa lama Khadijah pula mengikut jejak bapa saudaranya. Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan.”
mungkin ada kesilapan teknikal di situ…ataupn sye yg tersalah baca….
gentarasa
24 Julai 2011 at 5:13 pm
Salam hamba Allah,
Ya… benar, anda lebih teliti daripada saya. Saya telah betulkan. Syukran sesangat. Saya tersilap.
imah
24 Julai 2011 at 5:30 pm
Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!
Saeedah Yafi'ah
24 Julai 2011 at 6:23 pm
assalamualaikum ustaz..sanubari sy bnar2 tersentuh & tersentap mmbaca nukilan ustaz ini…perjuangan rasulullah mmg tiada tolok banding & taranya…harap kita semua umat baginda & hambaNya dpt memperteguhkan iman di dada..suka saya pada kata-kata ini “ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”… (pabila ku baca tentang kematian spt ini, teringat pd seorg shbt yg masih hidup, tp “mati” disebabkan perbuatan kejam saya..ya Allah, ampunilah dosa-dosa silamku)
zalina
24 Julai 2011 at 9:43 pm
Syukran Jazilan Ustaz,
begitu tersentuh
syafiyyah
24 Julai 2011 at 11:17 pm
subhanallah,sgt menyentuh benak dan emosi…moga ianya bukan sekadar emosi ttp menjadi prktikal…terima kasih bnyk2 ustaz…..hebatnye rasulullah…..mari same2 kite mencontohinya dlam setiap perkara..insyaallah..
Eiza
25 Julai 2011 at 12:03 am
Artikel yang terbaik. Terkesan di jiwa setiap yang membacanya.
zul
25 Julai 2011 at 9:07 am
” Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat ! “……….Like !
greenappleku
25 Julai 2011 at 9:29 am
Artikel yang amat baik. Penerangan yang jelas lagi terang.
Saufi
25 Julai 2011 at 10:58 am
Wahai hati, bergantunglah hanya pada Allah. Isteri akan mati, ibubapa akan mati, anak-anak akan mati, saudara mara akan mati, sahabat akan mati. Hanya Allah yg kekal HIDUP.
Terimakasih Ustaz Pahrol.
theufo
25 Julai 2011 at 1:15 pm
Slm…semoga ustaz sihat dan berbahagia…
terima kasih….penulisan ini bebetul menyentuh jiwa..berderai air mata sy..sewaktu membaca.. ujian Rasulullah saw akan kematian org tersayang….teringat pulak akan insan tersayang disekliling sy….(adik, mak ayah, isteri anak..)..bile pula Allah swt nak menjemput mereka & sy ke alam slps dunia yg lain…sedihh…….
Ct Zuraida
25 Julai 2011 at 5:08 pm
Ustaz…terima kasih atas artikel tersebut…amat menyentuh hati…saya kehilangan ramai org yg saya sayang..dimulai dengan ayahanda tercinta…bapa saudara..datuk..nenek..ibu saudara yg memang agak rapat dgn saya..dan yang paling menyedihkan satu2 nyer adik lelaki saya yg telah meninggalkan kami selama-lamanya setahun yg lalu…kasihan isteri dan anaknyer yg baru 2 tahun mengecap bahagia…emak yang sabar dan tabah..berusaha menguatkan semangat…asrtikel ust membuatkan saya terasa…Rasulullah lebih hebat dugaannya…terima kasih ustaz…PERANCANGAN ALLAH PERANCANGAN TERBAIK…
Pencari sinar
25 Julai 2011 at 6:09 pm
Indah sekali peringatan ini.
yarid
25 Julai 2011 at 8:49 pm
terima kasih ustaz……sy suka betul baca artikel-artikel yang ustaz tulis. Banyak memberi sy kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.
ananabilah
25 Julai 2011 at 9:13 pm
alhamdulillah..agak banyak peringatan dan nasihat tentang kematian untuk saya semenjak dua ini..semoga Allah panjangkan usia saya supaya dapat memasuki Ramdhan kali ini sebelum dijemput pulang bertemuNya dan berpisah selamanya dengan insan tersayang..ya Rabb..kematian itu pasti. semoga pergi ku dalam redha dan rahmatMu..
salwa ahmad
25 Julai 2011 at 10:05 pm
subhanallah:)…sgt memberikan erti. thnks alots ustaz di atas pengisian..alhamdulilah
Hafizah AminAmir Masbol
26 Julai 2011 at 10:26 am
Puas mencari akhirnya berjumpa. Satu lagi cabang ilmu yang saya peroleh selepas mencari sesuatu di internet selain membeli majalah dan buku.
Jamie Syaheera
26 Julai 2011 at 3:27 pm
assalamualaikum ustaz..terima kasih..:)
Nassal Salasiah
26 Julai 2011 at 3:45 pm
SubhanaAllah…. sesengguhnya saya betul2 tersentuh… Terima kasih ustaz atas titipan ini yang begitu menyedarkan saya…
wann
27 Julai 2011 at 9:03 am
Salam,,Subhanallah,,syukran..
adilah
28 Julai 2011 at 8:35 am
Salam.Subhanallah betul2 menyentuh perasaan..ustaz minta untuk dikongsi bersama kawan2 terutama pada seorg sahabat yg baru kehilangan suami agar dia kuat menghadapi apabila membaca artikel ustaz ni.terima kasih
ahmad
28 Julai 2011 at 11:21 am
subhanallah ustaz, izinkan saya kongsikan bersama kawan2 saya yang suka ber”kelahi”/ bergaduh dengan ibu bapa mereka. Dengan harapan article ini mampu mencuit hati sanubari mereka dan akan timbul rasa insaf dalam diri mereka. Insyaallah
Intan Suhada
28 Julai 2011 at 12:02 pm
Assalamualaikum ustaz.entri yg sgt menyentuh perasaan.hati mana yg tidak hiba jika kehilangan insan-insan tercinta.tdk dpt nk dibayangkn kesedihan yg dirasa.tetapi kematian itu pasti akan berlaku.Rasulullah model terhebat! =)
mohon share ye ustaz.moga Allah merahmati segala usaha yg dilakukan.
salam ramadhan al-mubarak.^__^
ekmal
28 Julai 2011 at 2:33 pm
Salam Ustaz.
Great article ! **speechless**
Ridhwan Bin Abdullah
29 Julai 2011 at 11:32 am
Salam Kekanda,
Tarikh 25 Julai 2011, adalah tarikh yang paling sedih bagi kami 12 adik-beradik termasuk bonda tercinta…Siti Khadijah. Kembalinya ayahnda tercinta Abdullah bin Imam Akob kepada PENCIPTA. Sesungguhnya tulisan ini sedikit sebanyak meredakan ‘genta rasa’ saya yang hingga saat ini masih dalam kesedihan. Namun kekuatan ‘akal’ dan ‘hati’ amat diperlukan sekarang apatah lagi kekuatan ‘ilmu’ dalam menghadapi saat ‘KEMATIAN’ ini. Terima Kasih atas coretan yang amat bermanfaat…Kuala Tembeling,Jerantut, Pahang
shaiful
5 Ogos 2011 at 11:08 am
terima kasih ustaz. mendidik bukan sekadar berkata kata… sentuhan ayat yg indah menyentuh jiwaku yg keras…. terima kasih ustaz
mimi
8 Ogos 2011 at 3:21 am
subhanallah..terima kasih ustaz atas kesedaran yg ustaz berikan..mohon izin utk share ya ustaz…
nurkasih shafiee
10 Ogos 2011 at 2:57 pm
SubhanaAllah.. indah sungguh tulisan ustaz.. terima kasih kerana berkongsi, sy tenang membacanya.. Alhamdulilah.. akn sy simpan untuk bacaan ketika ujian menimpa..
Shahrizah Mustapa Al Bakari
10 Ogos 2011 at 9:38 pm
so touching….
Faizah Ali
17 Ogos 2011 at 7:55 pm
Syukran us..entry yg ckup bmakna buat sy…smga Ustaz dirahmati olehNya selalu…amin
Liha IsMe
22 Ogos 2011 at 3:26 pm
Salam ustaz,
saya mohon utk share tetapi tidak ada link disini. Bagaimana caranya?
wafiqa
23 Ogos 2011 at 10:51 am
subhanallah..betul2 menyentuh jiwa
izinkan saya copy artikel ini..
utrujah
23 Ogos 2011 at 11:03 am
Subhanallah Maha Suci Allah yg menjadikan sekalian alam…
syukran untuk entri ini ustaz..terlalu membantu untuk jiwa yg baru kehilangan seperti sy..
jazaaka Allahu khairan..
Ainol Afidah Ismail
24 Ogos 2011 at 11:56 pm
SYUKUR ALHAMDULILLAH…. Genta Rasa adalah satu solusi yg mendidik jiwa pda semua golongan terutama pda golongan pertengahan dan warga emas, ia memperingatkan saya bahawa kematian adalah satu kehidupan yg haqkiki, carilah jalan pulang, agar tak tersesat d penghujung jalan….
warisma
25 Ogos 2011 at 3:53 pm
terbaik daripada ustaz..mohon share ke blog saya untuk tatpan sahabat2 yang lain..
Imin
28 Ogos 2011 at 7:02 pm
Sebuah karangan yang benar2 menyentuh jiwa. Kerap kali kita terlupa untuk menghargai apa yang berada di depan mata hinggalah kita kehilangannya..di saat itu, kita mengharapkan masa diputar semula untuk kita memperbaiki kesilapan tapi apakan daya masa yang telah berlalu tidak akan berulang kembali. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.
nur syuhaida
9 September 2011 at 5:03 pm
assalamualaikum ustaz…sy memang mengikuti penulisan ustaz terutama dalam majalah solusi…mohon kongsi hasil tulisan ust di blog saya…boleh kan ustaz?
nor asma mansur
13 September 2011 at 2:40 pm
assalamualaikum, ustaz.. mohon share entri ini. Sangat tertarik dan menyentuh hati..
Laila Maisarah
13 September 2011 at 8:00 pm
:’-)
Majidah Abdul Razak
14 September 2011 at 3:14 am
Alhamdulillah…semua penulisan ustaz memberi kesan di hati ini untuk merubah diri ke jalanNya…
Sesungguhnya kepada Allaah jualah kita akan kembali~~ Terima kasih ustaz atas segala coretan ustaz membantu saya untuk terus bermujahadah menuju keredhaaNya…
rohana mat
16 September 2011 at 11:18 pm
Hamba Allah.
tq ustaz. Nukilan ustaz amat menyentuh sanubari seorang insan yang bergelar isteri. Amanah yang ditinggal arwah amat berat utk digalas esp. dalam mendidik anak2 . Pemergiannya kami redho & insyaallah kita akan bertemu lagi disana nanti.
TakInginDikenali
28 September 2011 at 6:48 pm
entry yg menyentuh hati, tiap kali membaca cerita berkisar saat kewafatan Rasulullah s.a,w.hati ini menangis hiba..selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhamammad saw.
nur rena
30 September 2011 at 2:17 pm
assalamualaikum ustaz..entry yg betu2 memberi keinsafan dan kekuatan dlm hati ini untuk meneruskan perjuangan dalam mendidik amanah yang ditinggalkan..pemergiannya di redhai..inilah yang terbaik untuk dia dan kami anak beranak..
nur rena
3 Oktober 2011 at 8:59 am
assalamualaikum..mohon share ye ustaz..
cinta syurga
7 Oktober 2011 at 11:46 am
…kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!Tersentuh hati tatkala membaca. Suami pergi meninggalkan saya bersama anak berusia setahun sebulan dan masih di dalam kandungan. Saya hilang arah, saya hilang kekuatan. Hari2 berlalu dengan tangisan, yang tinggal hanyalah kenangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Saya redha andai itu yang tertulis…cinta sejati akan membawa ke syurga, insyaAllah…
gentarasa
9 Oktober 2011 at 2:29 pm
Ya Allah bantulah cinta syurga atas ujianMu… kerana dia cintakan syurga!
Darwisy Raisya
13 Oktober 2011 at 10:58 pm
Ya Allah tabahkan hatiku, kuatkan semangat ku untuk menghadapi dugaan yg amat berat ini. Suami pergi meninggalkan sy sebulan yang lalu. Bagaimana untuk mengharungi hidup tanpa suami tersayang dengan ank sulung mempunyai masalah jantung yg kronik n ank kedua berumur 5 bln. Hanya Allah swt yg tahu bagaimana saat hiba itu, jantung bagaikan direntap pedihnya. Tp sy redha dengan ketentuan ALLAH swt, sesungguhnya setiap kesusahan akan ada kemudahan selepasnya. Semoga suami sy ditempatkan bersama orang2 beriman dan para solihin. Akan ku galas amanah yg ditinggalkan agar dia boleh tersenyum di barzakh sana…..Insyaallah….Al-Fatihah untuk arwah suami….
gentarasa
14 Oktober 2011 at 12:27 pm
Al fatihah untuk suami Darwisy. Mari sama-sama semua pembaca gentarasa.
Rozita Abdul Rashid
12 November 2011 at 4:31 pm
Untuk kita renungkan..
liaa
8 Disember 2011 at 2:03 am
mohon share untuk renungan bersama..
safwah midori
11 Februari 2012 at 9:42 pm
semua yg bernyawa pasti merasai mati…cepat atau lambat sudah ditentukan oleh ALLAH di loh mahfuz…sesungguh kita manusia telalu hina…apabila kita diuji dengan ujian sedikit…kita tidak redha dan menyalahkan ALLAH ATAS UJIAN YG DIBERIKAN….tidak kah kita sedar nikmat yg diberikan tidak ternilai harganYA…’Nikmat tuhan mana yang kamu dustakan’…surah ar Rahman…..
Aziah
5 Mac 2012 at 4:24 pm
Alhamdulillah Allah temukan saya dgn karangan ustaz..suami saya pulang menemui Penciptanya pada 14 feb lalu..dia pulang meninggalkan saya, anak perempuan kami berumur 6 tahun dan bayi dlm kandungan saya berusia 2 bulan..alhamdulillah entry ini sedikit sebanyak membantu saya mendidik jiwa menerima segalanya dengan sepenuh redha insyaAllah..semoga suami saya damai di sana insyaAllah…alfatihah…terima kasih ustaz
jarijemari87
7 Mac 2012 at 12:37 pm
Reblogged this on jarijemari87.
nora
20 Jun 2012 at 5:31 pm
sesungguhnya arwah suami pergi dulu sebelumku 31 Mei yang lepas sehari selepas genap 11 tahun ulangtahun perkahwinan kami..al-fatihah
gentarasa
20 Jun 2012 at 6:33 pm
Assalam,
Al Fatehah. Sabarlah, semoga Allah berikan hati yang tabah untuk anda menjalani tarbiah ini. amin.
faridah
26 Jun 2012 at 8:39 pm
alhamdulillah, enrty2 ustaz banyak membantu saya dan anak2 dalam menghadapi Takdir Illahi. . Arwah suami telah dijemput pulang 58 hari yang lalu. Kami redha. Kami bukan siapa-siapa, kami hanyalah hambaNya..
Juliana
20 Julai 2012 at 12:44 am
Kau telah pergi meninggalkan ku Tatkala bahtera perkahwinan kita masih segar, sebulan ku rasa tidak cukup untuk ku palitkan bibit bibit bahagia bersama mu sayang..ketika inai ku masih merah dijari, kau pergi tinggalkanku buat selamaNya, menghadap yang Maha Esa. Ya Allah, sungguh besar dugaanMu tapi aku redha jika inilah ketentuan DariMu,semoga syg damai diSana..terima kasih ustaz kerana berikan saya kekuatan untuk teruskan hidup di muka bumi Allah ini. Cetusan ustaz ini saya jadikan dorongan untuk saya sentiasa kuat dan tabah, Insya Allah.Amin….
suzana
2 Ogos 2012 at 1:13 pm
Terima kasih…..alhamdulillah cetusan ustaz ini akan saya jadikan azimat untuk saya meneruskan hidup bersendirian tanpa suami tercinta yang telah pergi menghadap ilahi 14 hari yang lalu…..semoga Allah berikan hambanya ini kekuaatan iman …insyaallah…amin
siti aju
8 Ogos 2012 at 2:39 pm
tulisan ustaz amat bermakna n menyentuh mata akal serta hati…sesungguhnya tiada yg kekal n pergantunggan yg sebenar adalah hanya untuk Allah SWT & cinta kasih serta rindu untuk rasul-NYA…mohon share
ummu aryan
27 Ogos 2012 at 9:05 pm
salam..
ustaz,… sy baru kehilangan suami pada 27 ramadhan yang lalu… sy dan suami sebaya sama2 berusia 26 tahun… suami meninggalkan cahya mata berusia 22 bulan dan bayi dalam kandungan berusia 4 bulan… sy hilang arah dan selalu menyalahkan takdir,tp sy kuatkan semangat juga dgn membaca al-quran dan alhamdulillah sy terjumpa penulisan ustaz yg mmg byk membangkitkan semangat sy untuk terus berjuang membesarkan amanahnya ini dan mencari redha ilahi untuk jumpa dia kembali disana…
Seri Nada
21 September 2012 at 6:17 pm
Ustaz, terimakasih …. artikel ini sgt sgt menyentuh hati saya yg baru kehilangan insan yg saya anggap sahabat dan saudara. Tak tertanggung kesedihan saya .. mood pun down sgt sgt … sampai nak sedekahkan Yassin pun saya tersekat sekat hiba . Bila terbaca artikel ini … saya mula sedar dan menerima perlahan lahan … … Sesungguhnya tiada yang kekal dan setiap kematian kehilangan adalah ujian dariNya … saya redha dlm kesedihan saya pasrah dlm kemurungan …
zakia
11 Oktober 2012 at 10:23 am
Terima kasih ustaz… artikel ini sedikit sebanyak memberi kekuatan dan kesabaran menghadapi pemergian anak yang tercinta. Sesungguhnyanya saya juga akan kesana… akan menghadapi kematian… cuma masa dan ketikanya sahaja yang belum sampai….walaupun pada mulanya saya sukar untuk terima kenyataan tetapi saya redha… tak terfikir anak yang baru berumur 3 tahun ini pergi meninggalkan saya…tapi Allah mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui..kadang2 sesuatu yang tidak kita suka itu adalah yang terbaik buat kita…
cayang
20 Oktober 2012 at 9:48 am
tatkala aku merasa akulah insan yg paling bertuah kerana memiliki segalanya, tiba-tiba segalanya hancur berderai. bagaimana aku nak meneruskan hidup tanpa suami tersayang, bagaimana aku nak membesarkan dua orang cahaya mataku yg belum mengerti apa-apa. yg sulong baru 8 tahun dan yg kedua 3 tahun, pada usia 29 tahun aku belum cukup kuat utk hadapi segalanya, aku menyalahkan takdir kerana merampas segala-galanya. selepas sebulan aku ditinggalkan. aku disahkan mengandung 2 bulan, satu tamparan yg hebat, bagaimana aku nak hadapinya. 2 org pun aku takut nak membesarkannya inikan 3. akibat kejahilan diri aku menyalahkan takdir dan org sekeliling. aku hidup dalam dunia kekecewaanku. ayah dan ibu menjadi mangsa, aku mengabaikan mereka sedangkan mereka sanggup tinggalkan rumah mereka utk bersamaku. kini setelah aku selamat melahirkan zuriat terakhirnya aku semakin semangat utk meneruskan perjuangan. aku redha akan apa yg terjadi, aku semakin ceria menghadapi hari mendatang. namun hatiku sekali lagi diuji dgn pemergian ayahku tersayang disaat aku baru ingin menebus kembali kesilapan ku selama ini. sekali lagi musibah menimpa. namun aku perlu kuat, yg berlalu telah berlalu, aku akan teruskan perjuangan demi anak-anak dan ibu tercinta. kepada ibu aku berjanji menjagamu selagi aku hidup dan tidak mahu engkau bersedih dgn sikapku. aku selalu mencari sesuatu untuk menguatkan semangatku yg kadangkala terusik, karangan ustaz benar-benar mengubat hatiku. terima kasih ustaz
mazura
31 Oktober 2012 at 5:00 pm
Slm us..entry ini byk mbntu sy utk redha dgn pemergian org trsyg..trdulunya sy kehilangan ayh ketika msih kecil..10 hri yg lps satu-satunya adik lelaki sy meninggalkn kami kerana kemalangan jln raya..dlm sekelip mata jer bnde ni brlaku…sy trtanya2 kenapa kami skluarga ditimpa ujian sedemekian namun trus memujuk hati untuk redha dgn pemergiaannya dan yakin bhw Allah lebih menyayangi arwah..hari2 kami berdoa supya arwah tenang di sana..melihat kwn2nye yg masih menikmati hidup hatk trsgt pilu mengenangkan arwah yg telah pg meninggalkan semua…namun tiada siapa dpt mlwn tkdir Allah…sbnyk mane air mata dan tangisan namun arwah ttp xkn kmbali..kdg2 sy brharap biar la ini adalah mimpi..bila trjaga dia masih di sisi..memohon ketabahan utk menruskan hidup
Mummy Syiefa
30 November 2012 at 8:46 pm
Assalamualaikum buat pembaca Artikel yg indah ini.. Sy pula baru kehilangan suami yg amat2 sy cintai sepenuh jiwa & raga sy.. Takdir Allah siapalah yg tahu,baru 2tahun lebih hidup bahagia yg teramat sgt disisi suami sy yg amat sy kasihi,akhirnya tanpa diduga dia pergi juga meninggalkan sy & Puteri hati kami yg baru berusia 2tahun serta seorang lagi Permata hati kami yang baru 4bulan di dalam kandungan sy ini sekarang.. Setelan berbulan-bulan tabah & sabar dengan kesakitan yg terpaksa dilaluinya pada setiap saat,akhirnya pada malam 8November & juga 5hari sebelum tibanya harilahir Puteri kami yg ke-2tahun dia pergi juga meninggalkan kami..Suami Sy yg Tercinta,Mohd Syafiz bin Dahalan menderita Testicular Cancer & telah berada di tahap 4.. Gelap dunia sy rasakan & hingga skrg sy seolah tidak percaya dgn apa yg terjadi ini.. pada mulanya sy juga seperti segelintir dari anda yg menyalahkan takdir.. Kepala sy mula memikirkan macam-macam perkara negatif yg mungkin kalau tiada kesedaran pada masa itu boleh buat sy jadi Gila akhirnya.. Tapi selepas 2hari pemergian yg tersayang,sy mula bermuhasabah diri.. sy cuba mengikhlaskan apa yg berlaku ini.. sy perlahan2 cuba terima Qada & Qadar ini.. Sy mula cari sebanyak mungkin artikel mahupun Rencana berkaitan Erti kehidupan yg sebenar di sumber2 internet & lain2.. Sy juga ada mengajak ibu sy menemani sy mencari buku2 tentang Tujuan sebenar kita hidup di mukabumi Allah ini & juga buku mengenai Apa yg berkaitan Akhirat & Syurga.. Dari apa yg telah sy Fahami & teliti,ada beberapa perkara yg harus kita Pegang & Genggam atas apa yg telah terjadi pada kita ini.. Sesungguhnya Kita hanyalah hamba Allah di muka bumi ini.. Dalam kehidupan yg sebenarnya kita harus melalui 4fasa kehidupan.. iaitu kita harus menempuh pelbagai alam untuk menuju ke alam kehidupan yg kekal abadi..iaitu Alam Rahim,ALam Dunia,Alam Barzakh,&seterusnya alam Akhirat.. Tahukah kalian bahawa kematian orang yg tercinta sebenarnya bukan satu pengakhiran Dalam perhubungan Suami isteri.. Tahukah anda bahawa kita sebenarnya berpeluang besar untuk bertemu kembali dengan suami kita yg telah meninggalkan kita di dunia yg sememangnya fana(Sementara) ini.. Umum semua maklum bahawa semua yg hidup pasti akan merasai mati.. Tetapi sedari kalian semua bahawasanya kematian bukanlah suatu PENGAKHIRAN hidup,TETAPI adalah PERMULAAN hidup yg Kekal abadi(Alam Akhirat).. Bagaimana itu?.. Marilah kita berserah diri ke jalan Allah S.w,t.. Ubah diri dari segala sifat Negatif yg mungkin dah lama bersarang dalam diri kita ini.. Tujuan kita berada di dunia ini bukan untuk duduk & asyik menikmati kenikmatan dunia ini.. Sesungguhnya kita berada di dunia ini untuk di uji Allah Apakah kita hidup dengan melaksanakan perintah Allah ataupun kita lalai dengan segala kenikmatan yg diberikan Allah buat kita.. & sesungguhnya teman2,Kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan segala apa yg kita ada pasti akan hilang juga.. xkiralah Dari harta benda,keluarga,& segala2nya.. kita pasti akan pergi juga meninggalkan dunia yg sememangnya bukan milik kita ini.. Kehidupan yg Kekal sekekal2nya adalah kehidupan di Akhirat sana.. sy ingin sekala memujuk & mengajak saudari2 yg kehilangan suami tercinta agar bangun & jadikan tujuan kehidupan kita sekarang adalah untuk membesarkan anak2, untuk mendoakan kesejahteraan suami kita di sana & juga untuk hidup di jalan Allah dgn mengumpul bekalan untuk Kehidupan akhirat kelak.. Janganlah kita terlalu meratapi orang yg tersayang kerana dengan izin Allah jika betul cara hidup kita selepas ini iaitu hidup di jalan Allah insya’allah kita akan hidup kekal abadi bersama suami kita yg tercinta di Syurga jika ini Cita-cita kita hingga ke hembusan nafas kita yg terakhir..insya’allah.. Syaratnya mudah sahaja jika kita Tekad untuk bersama yg tersayang di dunia yg kekal itu nanti(Akhirat).. Jalannya ada dua,Jalan Allah & Jalan Nafsu.. Jalan Allah ialah kita mendekatkan diri pada Allah sehinggalah ajal menjemput kita.. setiap kali Solat 5waktu jangan berputus asa berdoa semoga mengampuni segala dosa2 Arwah suami kita dab dipertemukan semula suami kita di SYURGA kelak.. Memang bukan mudah untuk masuk ke syurga.. Tapi tepuk dada tanya selera.. Bukalah mana Rencana tentang kehidupan & juga buku2 ilmiah tentang Akhirat yg sememangya pasti itu.. setelah itu baru anda akan faham apa yg sy maksudkan.. Atau anda terus pilih jalan yg kedua,iaitu Jalan Nafsu.. iaitu anda teruskan kehidupan yg penuh kelalaian ini.. Usahlah tertipu dengan duniawi ini wahai Teman2ku.. Sesungguhnya di sana nanti anda akan menyesal dengan jalan yg anda pilih ini(Jalan Nafsu).. Sudahlah di hisab di padang Masyar dengan Timbangan Amalan yg belum tentu berat Timbangan Pahala Anda,anda juga mungkin akan kehilangan keluarga terutama Suami & Anak2 kesayangan Saudari BUAT SELAMANYA di neraka jahanam.. Ketahuilah buat anda sekalian bahawasanya Di Syurga nanti tiada yg Bujang.. ISTERI YG KEMATIAN SUAMINYA & TIDAK BERKAHWIN SELEPAS ITU ATAS KESETIAAN & KUATNYA CINTA TERHADAP SUAMINYA ITU AKAN BERSAMA SEMULA DENGAN SUAMINYA YG DIDUNIA DULU SEKIRANYA SUAMINYA ITU JUGA ADALAH AHLI SYURGA JUGA.. JADI Adalah besar Amanat kita agar teruskan hidup di dunia ini di jalan Alaah & jangan sekali2 putus asa mendoakan agar Diampun segala dosa suami kita & Dipertemukan semula kita & suami kita di syurga nanti..itupun jika betul cara kehidupan kita.. Sesungguhnya dinia ini hanya bersifat sementara & Beringatlah bahawasanya Akhirat juga kekal selama-lamanya.. Jika di dunia kita harus menempuh Alam Bayi,Kanak-kanak,Remaja,Dewasa,tua & pengakhirannya adalah kematian..Tapi di Syurga Besar Ganjaran yg Allah berikan iaitu Kita akan hidup bersenang lenang bersama pasangan kita,kita sentiasa muda,pelbagai nikmat yg xterkata,& hidup kekal selama-lamanya serta tiada lagi kematian yg memisahkan kita dgn yg tercinta..Cinta sejati sebenarnya membawa ke Syurga..ada juga pasangan suami isteri yg dapat hidup lama hingga ke tua tapi kehidupan mereka penuh dgn kelekaan & kelalaian dgn Nikmat dunia yg sementara ini yb akhirnya membawa hingga ke ajal mereka tapi akhirnya membawa kerugian di Akhirat sana yg membuatkan mereka dapat hidup bersama hanya di dunia sahaja kerana mungkin antara mereka ditempatkan di Neraka atau hanya salah seorang dari pasangan tersebut yg di tempatkan di syurga yg membuat mereka tidak dapat bersatu di Syurga tetapi dikahwinkan dengan ahli syurga yg lain.. tapi pastinya kita inginkan kehidupan hakiki dgn pasangan kita waktu di dunia dulu kan.. Renunglah kembali apa maksud yg tersurat & tersirat dari kata2 sy ini ya.. sekali lg sy katakan”Tepuk Dada,Tanya Selera”..segalanya atas pilihan kita sendiri.. Carilah ilmu Tentang akhirat & jgn terlalu mengejar duniawi yg akan kita tinggalkan juga suatu hari nanti.. Kesabaran atas ujian yg telah Allah beri pada kita sekarang ni,insya’allah akan terbalas jua di Syurga Nanti.. Sesungguhnya Allah Sayang pada kita yg ikHlas atas ujian yg diberi-NYA & pastinya dia akan memulangkan semula apa yg diambilnya dari kita waktu di dunia dahulu jika tempat kita di Syurga….Pujuklah hati anda dgn apa yg sy pesankan ini & semoga kita bertemu lagi di Syurga Allah bersama Suami kita yg tercinta.. Semoga kita akan tersenyum sahaja di sana di atas kesabaran penderitaan kita sewaktu di dunia ini.. Siapkanlah bekalan menuju ke akhirat mulai sekarang & Sentiasalah berdoa & kuatkan diri agar kita menjadi Isteri kepada Suami kita “ISTERI DUNIA & AKHIRAT”..iNSYA’ALLAH… Beringatlah bahawasanya Hidup akan MATI & Akhirat itu adalah PASTI!..
Mummy Syiefa
30 November 2012 at 8:55 pm
P/S: Maaf ye,perkataan ada yg xbetul ejaannya.. Sambil menulis sambil Pujuk anak yg menangis ni..T.q..
zie
20 Disember 2012 at 8:41 am
t.ksih ustaz dgn penulisan ini…smoga Allah sentiasa mrahmati dan mberkati khidupn ustaz skluarga.
sulistyorini
2 Januari 2013 at 9:23 pm
Semangatku hilang…serasa hidup tiada arti..aku baru saja ditinggal pergi utk selamanya oleh anakku yg br berumur 5 tahun..sakit hati ini pedih rasanya tp semua sdh kehendak Allah..semoga Allah menempatkan anakku di surga’Nya dan arwahnya di trima di sisi Allah SWT..amiin.
bilquis zsa zsa
9 Mac 2013 at 2:53 am
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh almarhum mustapah bin md said ayahanda tercinta, dan di tempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin.
zazakryl
11 April 2013 at 8:05 am
Asalam..sy baru kehilangan suami yg dikasihi n dicintai..suami meninggalkan sy n 2 org anak yg msh kecil..pemergian suami sy redha..cuma Kdg2 air mata n prasaan rindu menggamit hati yg xdpt sy lawan..bile terlalu sedih sy akan bacakan yassin n al-fatihah pd arwah suami..alhamdulillah bile bace artikel ini lg membuat sy semangat n tabah utk harungi kehidupan yg mendatang..insyaAllah
sal
11 Mei 2013 at 12:08 am
Assalamualaikum….tqvm ustaz…saya juga telah kehilangan suami tersayang….pada mac 2013…takdir Allah yang kita tak jangka…3 orang anak yang ditinggalkan adalah penyambung kasih kami…semoga mereka akan jadi anak yang soleh dan solehah….aminn..tulisan ustaz amat membantu untuk kami yg membaca ….dan boleh dimanfaatkan….Alfatihah….