RSS

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT

07 Ogo

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

 Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.

Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?  Amat malang di Ramadan 1432 H ini jika kita terlepas lagi peluang untuk diampunkan dosa seperti di Ramadan 1431 H yang lalu. Sedangkan bulan Ramadan yang sedang kita lalui ini  melimpah ruah dengan keberkatan, keampunan dan janji terlepas daripada api neraka.

Bagi orang yang beriman, peluang sebesar ini sangat dinanti. Sejak bulan Rejab lagi, mereka telah bersedia untuk menyambutnya dengan menyemarakkan ibadah. Mereka sedar Ramadan  Bayangkan, terlepas derjat dan pangkat di sisi Allah yang Maha Mulia, tentulah ruginya tidak terkira. Sedangkan manusia kini berebut-rebut mengejar pangkat di sisi manusia sesama manusia.

Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.

Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orangtuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke surga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah. Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.

Takuitilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isterti, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita. Ya,   kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba. Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah SAW ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatitkan bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.

Rasulullah SAW pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:

“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. (Sulaiman bin al-Ash’ath, Sunan Abi Daud)

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan. Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?

Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat. la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.

Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.

Renungilah hakikat ini: Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan syaitan, yang mana syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.

Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka. Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Lut, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.

‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah SWT kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:

  • Kaum Nabi Nuh.
  • Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
  • Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
  • Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
  • Firaun dan pengikutnya.
  • Kaum Nabi Luth.
  • Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
  • Kaum Tubba’.

Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad SAW. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.

Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu. Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).

Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?

Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: “Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Thaha: 24

 

Ibnu Khatir  menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya: “Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”

Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran.  Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.

Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui di Ramadan yang mulia ini, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

 
66 Komen

Posted by di 7 Ogos 2011 in Kemudi Hati, Uncategorized

 

Label: , ,

66 responses to “LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT

  1. akbajalil

    7 Ogos 2011 at 1:55 pm

    Tulisan yang menarik dan memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja yang inginkan perubahan.

     
  2. kesidang

    7 Ogos 2011 at 2:03 pm

    Salam,

    Amat sakit untuk mendapatkan hati yang sensitif terhadap dosa yang dilakukan. Namun kerana kesakitan itulah yang menjadi penawar bagi hati yang hitam dan keras, tiada jalan lain.Dalam kesakitan itu ada kemanisannya Semoga Allah mengurniakan kita sekeping hati yang diredhaiNya kerana hanya hati yang baik dan bersih sahaja yang dapat menyingkap hijab yang membelenggu jiwa selama ini. Allah yang Maha Baik Lagi Maha Lembut, kurniakan kami hati yang Kau redhai agar Ramadhan kali ini yang mungkin terakhir kali dapat kami lalui dengan penuh keimanan dan kesyukuran.Sesungguhnya janjiMu adalah benar, KasihsayangMu adalah benar.Amin.

     
  3. MUHD FADHIL

    7 Ogos 2011 at 2:18 pm

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
    “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha..”

    “Sungguh beruntung orang yang mensucikan jiwa itu, dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syams: 9-10)

    Maha Besar Allah yang telah menciptakan dunia begitu indah. Awan pekat berbondong-bondong digiring angin. Hujan bersih menitik dari langit. Tumbuh-tumbuhan pun menghijau, menyegarkan pandangan mata. Dan, menyejukkan hati yang gelisah.
    Saatnya diri untuk bercermin. Menengok seberapa kotor wajah karena terpaan debu kehidupan. Saatnyalah, menimbang diri dengan penuh kejernihan…

    Jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik permulaan kearah penyucian hati & jiwa bagi membersihkan segala kekotoran dek kerana debu-debu kehidupan… Ramadhan hadapan masihkah kita temui??

    Syukran ustaz atas perkongsian ilmu & peringatan.. Teringat kata-kata ustaz.. Bermujahadah itu pahit kerana Syurga itu Manis..

     
  4. nabilahjamal

    7 Ogos 2011 at 2:43 pm

    Assalamualaikum. Terima kasih atas entri yang penuh bermakna ini. Apabila cerita tentang dosa, pastinya hati ini akan sedih sangat-sangat. Mengenangkan nikmat-nikmat yang Allah janjikan kepada kita; syurga dan yang paling indah apabila Allah menjanjikan kepada ahli-ahli syurga dapat melihat zat Allah. Tapi bila memikirkan semula, layakkah kita mendapat semua nikmat atau ganjaran tersebut sedangkan diri bergelumang dengan dosa yang terlalu banyak? Di bulan Ramadhan inilah tempat untuk mentarbiahkan diri kita agar lebih baik. Di bulan Ramadhan inilah medan jihad kita menentang nafsu. Andai iman sedikit, di sinilah tempat untuk meng’upgrade’nya. Tapi sikit sangat umat Islam atau masyarakat Melayu Islam yang menghargai kedatangan bulan yang indah ini. Sekadar meluahkan rasa sedih yang terpendam di hati ini buat renungan semua. Sejujurnya, entri ni sangat indah untuk dihayati. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menulis artikel ini. Oh ye, boleh saya tanya ustaz macam mana nak istiqamah dengan bangun malam? Saya masih bersekolah dan agak susah untuk bangun bertahajjud. Balik asrama pun dalam pukul 11.30 mlm. Esoknya, waktu dalam kelas , saya risau mengantuk. Saya nak buru Lailatulqadar juga.Terima kasih banyak ustaz!

     
  5. roskjg

    7 Ogos 2011 at 4:51 pm

    salam ustaz..terkesan di hati saya..berbekas di sanubari..semoga entri ini kesedaran kpd sy dan semua yg membacanya..

     
  6. mawaddah

    7 Ogos 2011 at 11:52 pm

    tumpang share ye ustaz :) jazakallahu khair..

     
  7. NaxeruL

    8 Ogos 2011 at 7:12 am

    Assalamualaikum ustaz,
    entri yang menarik bagi bulan Ramadhan penuh berkat ini.

     
  8. Umatnabi

    8 Ogos 2011 at 8:47 am

    Jazakallah ustaz, perkongsian yang amat bermanfaat…
    Besar mana pun dosa kita padaNYA, Maha Besar lagi PengampunanNYA terhadap hambaNYA…

     
  9. hanieda

    8 Ogos 2011 at 9:22 am

    salam….. ustaz, saya mohon untuk share entri ni di facebook saya… harap ustaz halalkan.. semoga ilmu yang ustaz kongsikan mendapat ganjaran dari ALLAH SWT. amin.. barakallah ya ALLAH

     
  10. gentarasa

    8 Ogos 2011 at 10:34 am

    Salam semua sahabat-sahabatklu pengunjung gentarasa,
    Maaf sekiranya saya tidak dapat memberi respons kepada semua jejak yang anda tinggalkan. Bukan saya tidak menghargainya, tetapi kerana kesuntukan masa. Date line majalah dipercepatkan, disamping terus merancang untuk menerbitkan sebuah majalah lagi, disamping itu saya ada juga membantu menulis risalah-risalah Ramadan di masjid. Saya tak upaya berceramah, hanya mampu menulis. Di samping itu saya sedang merawat sakit yang berkaitan saraf di tengkuk dan kepala. Kekadang sakitnya terlalu, saya berehat. Semoga itu jadi kifarah dosa-dosa saya. Saya merancang untuk menulis beberapa buah buku tahun ini, selagi ada masa, tenaga dan upaya yang dikurniakan Allah. Insya-Allah, kita akan terus berkayuh mujahadah untuk mendapat taqwa di Ramadan yang mulia ini. Pada sesiapa sahaja yang pernah melintas atau singgah di blog ini, saya doakan kesejahteraan kalian. Semuga Allah membantu kita mengingati-Nya, bersyukur kepadaNya dan memperelokkan ibadah demi kerana-Nya. Amin.

     
  11. dosa yang tidak terampun

    8 Ogos 2011 at 12:06 pm

    salam… ustaz
    Saya seorang isteri yang pernah melakukan kesilapan dengan suami. Saya tersasar dan berlaku curang melalui sms dengan kawan lama. Tapi saya sudah taubat dan meminta maaf dengan suami. Cuma suami sahaja yang sukar untuk menerima maaf saya kerana dia masih menyebut perkara tersebut.
    Alhamdulilah saya melihat musibah itu sebagai suatu kemanisan yang mana saya sekarang lebih dekat diri dengan Allah. Sedangkan tidak dengan suami saya.
    Apakah taubat dan amal ibadat yang saya buat di terima Allah?

     
  12. nor faizah

    8 Ogos 2011 at 12:38 pm

    MasyaAllah..syukran ya ustaz..lama tgu latest post ustaz..alhamdulillah…indahnya Ramadhan…mhn share juga ustaz:)

     
  13. kesidang

    8 Ogos 2011 at 6:40 pm

    Salam,

    Daripada Allah kita datang, kepadaNya juga kita akan dikembalikan. Semoga ustaz diberi kelapangan hati untuk memikul semua amanah ini di samping ujian kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.Amin.

     
  14. Siti Khadijah

    8 Ogos 2011 at 8:32 pm

    Assalamualaikum

    Terima Kasih Ustaz, satu entry yang amat bertepatan dengan jiwa dan rasa saya ketika ini……Saya mohon share dgn kawan2 ye Ustaz. Jazakillah

     
  15. Eiza

    8 Ogos 2011 at 8:42 pm

    Semoga Ustaz cepat sembuh dan terima kasih di atas doa ustaz untuk semua.

     
  16. Ummi Haifa

    8 Ogos 2011 at 9:59 pm

    terima kasih ustaz..

     
  17. hidaya

    8 Ogos 2011 at 10:05 pm

    wslm…yup amin..semuga ustz cpt sembuh..

     
  18. ummu_firnas

    9 Ogos 2011 at 1:07 am

    Terima kasih ustaz atas perkongsian mutiara kali ini. Jazaakallah khoyr!

    Sungguh, ALLAH cinta pada ustaz… ALLAH yushfeek!… moga lekas kesembuhan buat murobbi & mujahid ummah ini, aameen…

    Ucapan buat yang sakit: “Laa baks, tohur inshaALLAH” (Tak mengapa, bersih (sembuh) inshaALLAH)[Hadith Soheh]

     
  19. dfaizul

    9 Ogos 2011 at 1:21 am

    syafakkallah ustaz,

     
  20. kaisara wardah

    9 Ogos 2011 at 8:24 am

    Artikel yang amat baik…mohon share ustaz…

     
  21. Cahaya

    9 Ogos 2011 at 9:33 am

    Assalamualaikum, semoga ustaz cepat sembuh dgn izinNya. Salam takziah. Terima kasih atas karya ustaz…

     
  22. azahas

    9 Ogos 2011 at 9:38 am

    Salam ustaz,
    Saya terpanggil untuk bertanya mengenai taubat saya. Saya telah melakukan kesilapan dengan berhubung kawan lelaki lama saya dan suami saya dapat tahu. Saya telah meminta maaf dari suami dan bertaubat.

    Alhamdulilah saya melihat ada kemanisan pada musibah itu. Saya dekat dengan Allah. Sedangkan tidak dengan suami saya. Sesekali dia masih mengungkit kisah itu.

    Soalan saya adakah taubat dan amal baik saya di terima Allah ? Adakah saya berada dalam keredhaan Allah ? Bagaimana dengan keredhaan suami?

     
  23. Fatimah

    9 Ogos 2011 at 11:46 am

    Assalamualaikum Ustaz..
    Alhamdulillah Ustaz, sy sangat terkesan dgn setiap hasil penuliasan Ustaz. Rasa sangat dekat di hati ini. Salah satu buku kegemaran sy ialah Nota hati seorang lelaki, sy dah baca berulang-ulang.. dan setiap kali membacanya, insyaAllah, ia sentiasa membuatkan sy berfikir akan hikmah perkara-perkara yg berlaku dalam hidup ini dan berusaha utk memperbaiki dan menyayangi diri. Semoga kita sentiasa mendapat hidayah agar berada di dalam kebenaran.

    Sangat perit dugaan hidup, tapi dengan nya hati dan nafsu akan menjadi lunak. Benarlah, berdosa itu membuatkan hati tidak tenteram. Sy hargai waktu-waktu tersebut, kerana dengannya sy tersedar. Dan didikan,bisikan, teguran halus dari Allah adalah pengalaman yg paling berharga, dan sy berharap agar sy dapat membantu ramai manusia. Allah sangat sayangkan hamba2Nya.

    Sy ingat kata-kata ini, dosa yg membuatkan seorang itu menangis lebih baik dari kebaikan yg membuatkan seseorang itu takbur. Dan kita hidup dgn apa yg kita terima, tapi kita bina kehidupan dgn apa yg kita beri. Sy ibaratkn seperti ingin membina rumah, jika konkrit rapuh (cthnya x beri sentuhan yg baik pada dinding) rumah itu takkan teguh dan bila-bila masa boleh runtuh. Dan memberilah dengan kasih sayang. Bila baca, buat sy tersenyum :)

    dan semoga Allah sentiasa membantu dan melindungi Ustaz sekeluarga, dan sesiapa yg turut berjuang dlm mencari keredhaanNya.

     
  24. hanieda

    9 Ogos 2011 at 3:58 pm

    Amin.. terima kasih atas doa ustaz buat kita semua… semoga ustaz diberi kesembuhan oleh ALLAH SWT…

     
  25. ana

    10 Ogos 2011 at 2:46 am

    terima kasih ustaz..terkesan di hati saya.mohon share ya ustaz..

     
  26. asmayusof

    10 Ogos 2011 at 7:42 am

    mohon share ustaz… :)

     
  27. Habib Ahmad

    10 Ogos 2011 at 12:02 pm

    MAJLIS2 ILMU SEPANJANG RAMADHAN

    1. Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah

    2. Pengajian Kitab dan Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

    3. RAMADHAN SERIES 15TH

    4. Majlis Khas Di Masjid Ar Ridhuan

     
  28. Abdullah

    11 Ogos 2011 at 12:53 am

    Assalamualaikum ustaz syukran… mga Allah memberi yang terbaik untuk kita semua dalam menuju jalan keredaanya… Insya aLLAH.

     
  29. aisyah izzati

    11 Ogos 2011 at 8:54 am

    Assalamulaikum,

    Terima kasih ustaz atas nasihat yang sangat tak ternilai ini. Semoga Allah membalas jasa baik ustaz.

    Untuk Azahas, sila rujuk majalah Anis bulan Julai, cover fedtri dan isteri. Rujuk tulisan noor laila aniza zakaria kerana beliau telah menjawab satu persoalan yang sama dihadapi puan..

    do good..you will feel good..sesungguhnya sabar itu indah..petikan dr ustaz pahrol dr solusi

     
  30. gentarasa

    11 Ogos 2011 at 9:07 am

    Salam aisyah,
    Syukran kerana turut mmembantu. Saya sangat menghargainya. Dan saya harap pengunjung blog membantu sesama kita. Maaf, kekadang saya lambat kerana terlibat dalam kerja-kerja penulisan yang telah diamanahkan. Jadi, kalau ada sahabat yang membantu sahabat yang bermasalah… saya sangat gembira. Allah hu Akbar.

     
  31. gentarasa

    11 Ogos 2011 at 9:29 am

    Salam fatimah,
    Saya hanya menulis apa yang dirasai oleh diri dan mungkin yang durasai oleh orang lain. Saya hanya menyuarakan isi hati. Apa yang telah dirasa atau yang masih dicita-cita. Belum baik, tetapi sedang berusaha jadi baik… itulah KITA semua.

     
  32. gentarasa

    11 Ogos 2011 at 9:36 am

    Salam azahas,
    Teruskan taubat. Mengenai suami, biarlah dia begitu… lukanya mungkin ambil masa sedikit untuk sembuh. Biasalah. Tetapi kita jangan lagi terjebak. Pastikan. Insya-Allah, bila kita temopuh jalan taubat Allah terima… dan insya-Allah, Allah akan lembutkan hati suami untuk menerimanya juga. Amin.

     
  33. Tishu

    11 Ogos 2011 at 10:38 am

    As Salam..Mohon izin utk share ustaz.

    Terima Kasih.

     
  34. ana

    11 Ogos 2011 at 8:52 pm

    salam ustaz,
    menarik dan menginsafkan.tulisan2 ustaz memang sungguh terkesan sekali.
    saya menunggu buku ustaz yang terbaru. semoga Allah mempermudahkan segala urusan ustaz. semoga ustaz dikurniakan kesihatan yang baik..amin.

     
  35. rabiatul

    16 Ogos 2011 at 4:13 pm

    salam.

    saya sangat memerlukan penjelasan atau pendapat mengenai sesuatu perkara. apakah hukum bagi seseorg jika taubat nya sering dimungkiri. ada kala iman nya pasang surut. dia berusaha bersungguh-sungguh melakukan ibadah seikhlas mungkin apabila kesedaran mula ada. namun, kadang-kadang ia tidak kekal lama. walau bagaimanapun, dia ttp terus akan memperbaharui iman nya.(walaupun selalu sangat tidak tetap hatinya). sehingga pada suatu saat dia merasakan adakah tindakan dia itu seolah-olah dia beribadah mengikut hawa nafsu semata-mata? bila rajin, bwt. bila mls, tinggalkan. tapi jauh di sudut hatinya, dia tau dia berdosa. mohon pendapat dari yang arif.

    terima kasih.

     
  36. az

    17 Ogos 2011 at 2:03 pm

    Salam ustaz…tahniah kerana telah banyak membuat tulisan-tulisan yang mampu memberi kesan kepada setiap pembaca..baik di blog, mahupun di laman sesawang yang lain…ie: iluvislam.com. Setiap kali diri saya yang hina & kerdil ini diberi dugaan oleh yang Maha Esa, pasti ada artikel ustaz yang berkaitan dengan dugaan yang diterima, dapat membantu menenangkan hati & membuatkan saya, insyallah, mendekatkan diri denganNya dan sedar kepada siapa sepatutnya kita sebagai hamba & manusia perlu bergantung harap, kepada siapa kita perlu sangkutkan kasih sayang yang melimpah ruah, selain daripadaNya….kasih sayangNya tidak pernah padam terhadap hamba-hambaNya yang sentiasa ingin memohon keampunan dariNya, mencari rahmatNya, memohon diberikan hidayahNya….

     
  37. zahraa Norhaliza

    18 Ogos 2011 at 1:17 am

    SALAM USTAZ..
    Terima kasih untuk satu lg tulisan yg amat saya nantikan..mg dgn titipan ustaz dpt meleburkan hati yang keras…dan mampu mendidik jiwa..doa saya ustaz senantiasa dibawah rahmat Allah.Amin3.

     
  38. ojousufi

    20 Ogos 2011 at 10:42 pm

    Syukran ustaz..

     
  39. hamba yg lemah

    21 Ogos 2011 at 7:20 am

    Salam Ustaz…

    Terkesan artikel Ustaz serta respon pembaca yg meninggalkn jejak di sini pada jiwa sy..buat diri ini mengalir air mata yg lama terpendam. berbagai dosa telah sy lakukn sejak bertahun. isteri sy tinggalkn dgn penderitaan bersama anak2 demi mengejar karier, hingga berakhir dgn perceraian. sy lemah, dlm taubat sy berdosa. sy dihukum oleh manusia atas kesilapan sy bertahun lama hingga saat ini. sy dihina. namun sy redha, dh kebas dgn cacian. sy ingin kembali padaNya, ingin rasa kemanisan iman, ingin rasa gentar melakukan dosa. semua itu tak terasa lagi.

    seorang kenalan pernah berpesan pd sy ‘kita mohon maaf dari manusia, kita jgn mengharap di maafkn’. enam tahun sy memohon maaf, sy mengharap dimaafkn.

    terimakasih Ustaz.

     
  40. Abdul Hamid Silamudin

    21 Ogos 2011 at 11:07 am

    Assalammualikum .satu tajuk yang menarik buat pengajaran yang boleh mendidik diri saya.

     
  41. ana

    22 Ogos 2011 at 2:39 am

    syukran ust ats perkongsian ini.sesungguhnya sy memang manusia yg alpa,selalu lupa utk b’syukur..betapa banyak dan mudahnya nikmat pahala yg ingin Allah swt berikan kepada hambanya..entah mengapa ia menjadi begitu berat untuk dipraktikkan..betapa lemahnya iman sy.selalu menganggap dosa yg dilakukan sebagai nikmat sehingga lupa pada seksaannya di akhirat kelak.selalu malu dan takut dengan pandangan manusia sehingga lupa bahawa Allah itu sentiasa melihat perbuatan hambaNya.sy selalu mengulangi kesilapan yang sama walaupun telah berulang kali bertaubat memohon keampunan..huhuhu…

     
  42. keturah

    25 Ogos 2011 at 10:06 pm

    terima kasih ustaz..terima kasih dgn apa yg ustaz sudi kongsikan dalam penulisan kali ini..hati sye sgt trsentuh..terima kasih ustaz ..=)

     
  43. cilipadi

    26 Ogos 2011 at 8:18 am

    Artikel yang menjawab soalan yang bermain di kepala…khauf dan raja’ dalam mengharap pada Allah.Moga kita sentiasa dalam proses bertaubat padaNya. Cuma satu persoalan masih menggusarkan hati saya…berkenaan warga emas yang dulu-dulunya kita tahu banyak mengamalkan adat-adat Melayu yang tidak serasi ngan Islam…Memanglah byk sudah berhenti,tetapi cukupkah dengan hanya berhenti?Saya lihat ramai ambil sikap Tuhan itu Maha Pengampun.Amal pun sedang2,kita yang muda dan taraf anak-anak pula segan-silu dalam menegur.Macamana cara terbaik untuk masalah ini?

     
  44. Sazali Ali

    7 September 2011 at 4:11 pm

    mohon share ustaz..

     
  45. gentarasa

    7 September 2011 at 7:04 pm

    Insya Allah

     
  46. siti munirah

    10 September 2011 at 8:41 pm

    assalammuailakum ustaz izinkan saye bertanya apa yg saya harus buat mmandangkan diri saya dh semakin critical.tolong jangan judge saya . saya cuma nak btaye.apakah hukum bila
    seseorang tu percaya pada islam tapi die tawar hati dan marah pada tuhan kerana tuhan xbhenti memberi musibah kepadanya sejak dri kecil sehingga besar sdgkan die tak mampu menanggungnya- ustaz rasa elokkah saye solat istikharah utk pohon pd tuhan tunjukkan ptunjuk kepada saya sebab sayalah org itu yg sudah semakin bingung.

     
  47. Lau Yah

    24 September 2011 at 9:37 am

    mohon dikongsi bersama d fb…tq

     
  48. Hasmah Ujang

    3 Oktober 2011 at 10:50 pm

    terimakasih,info yang sangat berguna untuk saya ..

     
  49. khairunnisa

    28 Oktober 2011 at 10:59 pm

    assalamualaikum…
    terima kasih ustaz untuk article ni…bila saya melakukan dosa sama ada yg besar ataupun yang kcil , sya sntiase rasa bersalah…sya bknlah seorg pmpuan yg mnutup aurat dgn sempurna wlupun sya brtudung..sebenarnya jauh di sudut hati sy , sya teringin mnjdi seorg pmpuan yg solehah yg mnutup aurat dgn sempurna dan mnjga tingkah laku sebagai muslimah….wlupun niat tu dah ada lama dlm diri sy , tpi sy msih blum melaksanakannya….sya tahu sy harus segera bertaubat tp adakah org sekeliling akan mempersoalkan perubahan sy???

     
  50. Atie

    5 Januari 2012 at 7:12 am

    Assalamualaikum ustaz,tq byk2..Izinkn saya share utk kwn2 saya jugak k,

     
  51. Nuryasin

    20 Mac 2012 at 5:40 am

    Aminn ya Rabb

     
  52. MAIMUNAH BINTI IBRAHIM

    23 Mac 2012 at 5:37 am

    Kerana Allah mengetahui segalanya; yang zahir dan yang tersembunyi. Namun manusia sering lupa@terlupa, Wallahua’lam.

     
  53. mainun

    4 Mei 2012 at 2:00 pm

    assalamualaikum, ustaz sy seorg pljar menengah. ustaz sy mahu taubat tp sy x thu mcm mane. stiap kali sy nk bhenti lkukan semua benda tkutuk tu, mcm2 nafsu dtg. dgn kcngihan ITskrang ni sy telah menonton bnyak u tube yg x elok utk dilihat oloh sy di usia ini.tlong la ustz sy xnk tnggung dosa2 ini.

     
  54. maimunah

    7 Mei 2012 at 1:32 am

    Sesungguhnya syaitan memang sentiasa menggoda manusia kerana dendam dan iri hatinya kepada manusia. Namun dia berlepas diri di akhirat kerana dia tahu azab Allah sangatlah berat (Al Quran panduan hidup kita). Melakukan kesalahan bukan bemakna tiada kemaafan. Allah maha pengampun dan penyayang, maka bertaubatlah. Berazam tidak mengulangi lagi w/pun Allah maha pengampun dan penyayang terhadap hamba2nya. Wallahua’lam

     
  55. Shaiful Anuar Bin Isahak

    24 Jun 2012 at 12:18 pm

    Assalamualakum Ustaz…mohon share buat penawar jiwa yg sedang kacau..

     
  56. ahmad faizul

    25 Jun 2012 at 9:47 am

    assalamualaikum ustaz mohon kebenaran utk di kongsi kata-kata di ats…

     
  57. SabrinaZakaria

    2 Ogos 2012 at 3:33 pm

    Assalamualaikum..
    Alhamdulillah..penulisan yang sangat baik….terima kasih ustaz, semoga Allah beri kesihatan yang sempurna kepada ustaz dan kita semua.. Amin.. InsyaAllah

     
  58. laman nurani

    3 Ogos 2012 at 5:05 pm

    salam ustaz…mohon kebenaran utk dikongsi bersama sahabat-sahabat yang lain… =) terima kasih

     
  59. hazwan irfan

    6 Ogos 2012 at 6:52 pm

    salam ustaz mohon share ilmu…syukran..

     
  60. ida

    14 Ogos 2012 at 1:00 pm

    Ya Allah berkatilah perjuangan ustaz dan kami semua

     
  61. zha

    21 September 2012 at 7:10 pm

    siap tidak siap musti taubat,,
    astaghfirullahhal’dzim.,.,

     
  62. basyhra

    25 November 2012 at 11:23 pm

    Reblogged this on bashrirazmi and commented:
    Penghapus Dosa

     
  63. andribelek

    16 Mac 2013 at 4:48 pm

    astagfirullah..
    ya Allah jauhkanlah hambamu ini dari siksa api neraka yang amat pedih..

     
  64. anep

    19 April 2013 at 4:28 pm

    mohon izin utk republish kat blog ana, tuan. terima kasih

     
  65. Juan

    29 Mei 2013 at 1:01 pm

    Greate post. Keep posting such kind of information on your page.

    Im really impressed by your blog.
    Hi there, You have performed an excellent job. I will certainly digg it and in my opinion recommend
    to my friends. I’m sure they will be benefited from this web site.

     
  66. Sofiah

    20 September 2013 at 11:19 am

    Terima kasih ustaz…Halalkan ilmu ini untuk saya..

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,198 other followers

%d bloggers like this: