Looking for Something?

BERSANGKA BAIK DEMI CINTA

Author:

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”

“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

“Mengapa pula?” tanya siisteri.

“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”

“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”

Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

  1. 1.      Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.

Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan.  Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga)  yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

v) Jangan terlalu serius.

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah.  Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”


 

Feedback

105
  • wanitabertudunghijau

    sy nak copy seluruh entry ni

    mohon share ye

    sgt terkesan di hati sy

    hrp terkesan pd pembaca semua

    sy nak sebarkan perkara mulia

  • Hamdan

    Jazakallah Ustaz…

    In summary, we first jadi baik sebelum we expect people to jadi baik regardless of how people treat us.

    People Baik to us = Kita Balas Baik = Norm
    People Jahat to us = Kita Balas Jahat = Dendam
    People Baik to us = Kita Balas Jahat = Zalim

    The best is,

    People Jahat to us = Kita Balas Baik = Terpuji

    So, pucuk pangkalnya is we start it first & never expect anything. Only Allah yang maha membalas.

    Salam.

  • surihati

    Assalamualaikum ustaz,

    terima kasih ustaz. sejak rakan saya memperkenalkan blog ustaz, saya rasa tenang. Alhamdulillah, Allah itu Maha Segalanya. Terima kasih ustaz dan saya doakan yang terbaik untuk ustaz. amin

  • yushida

    Salam Ustaz.

    Terkena banyak kepada saya. Saya antara orang yang disebut ‘living in the past’..

    Terima kasih, Ustaz.

  • Yus

    Setuju dengan En. Hamdan ,

    1.People Jahat to us = Kita Balas Baik = Terpuji —–> kaddang-kaddang
    2.People Baik to us = Kita Balas Baik = Norm —–>jarrang-jarrang
    3.People Jahat to us = Kita Balas Jahat = Dendam ——sedikit-sedikit
    4.People Baik to us = Kita Balas Jahat = Zalim —– banyak-banyak

  • cik nourah

    jazakallah khairan katheera ustaz. walaupun saya belum berumah tangga tapi apa yang ditulis dalam entry kali ni sebenarnya berguna untuk semua orang. hidup biar positif. yakin dengan takdir sebenarnya yakin (beriman) dengan qada’ dan qadar-NYa. apa yang perlu seorang hamba Allah lakukan adalah usaha, doa, tawakkal, sabar dan redha dengan ketentuan Allah swt. takdir itu rahsia Allah swt. kita takkan mampu menduganya.

    ~jangan minta hidup yang mudah, tapi mintalah hati yang tabah untuk menghadapinya~

  • Siti Rubiah

    YA ALLAH….begitu tersentuh hati saya bila membaca artikel ini…akan saya jadikan pengajaran dlm meneruskan kehidupan …

  • Siti Rubiah

    Bagaimana nak berhubung dgn penulis…?

  • ananabilah

    assalamu’alaikum ustaz..

    saya suka..dah banyak hari menunggu kata2 positif dan motivasi dari genta rasa..
    saya sedang berusaha menjarakkan hubungan dengan orang yang negatif seperti yang ustaz tulis..memang tak seronok pun dikelilingi orang negatif ni..aura negatif terpercik kepada kita sekali..dan saya pun sedang mempositifkan diri sendiri..

    alhamdulillah..sentiasa mendapat kebaikan bila melawat blog ni..terima kasih.

    selamat hari raya..

  • UmmuEhsan

    Subhanallah..moga Ustaz beroleh rahmat Allah atas ilmu bermanfaat ini.

  • sot

    Ikhlas dalam kebaikan. Apabila berbuat baik usahlah mengharap balasan walaupun ucapan terima kasih. Nawaitu kerana Allah. Nilaian Allah itu lebih hebat. Bergantung harap hanya pada Allah. Kita ini tiada kesenangan melainkan daripada Allah. Kita juga tiada kesusahan melainkan daripada Allah. Maka mengapa mengadu domba pada yang lain?.

  • Makbonda

    Alhamdulillah,DIA telah memberikan saya inspirasi melalui Ustaz,Saya sangat perlukan entry ini bagi mengukuhkan lagi dahan yang sering menjadi sandaran pada yang lain.

    Pada Hamdan di atas,comment anda sangat saya suka,saya akan panjangkannya,harap mendaapt keizinan.

    Semoga Allah merahmati.

  • Kay Lengzhai

    Thank you. I like this post. 🙂

  • zakimustapha

    salam ustaz minta kebenaran untuk share tq

  • Yus Afifah

    muhasabah diri…diri kita di mana…

  • gentarasa

    Salam,
    Email saya pahrolmohjuoi@yahoo,com. InsyaAllah.

  • Qistina

    Terima kasih ustaz. Walaupun masih muda dan masih jauh (mungkin) dengan alam perkahwinan namun apabila membaca entry2 ustaz, saya dapat overview macam mana sebenarnya lumrah alam rumahtangga. Ia bukanlah semudah yang saya fikirkan. Semoga Allah merahmati ustaz.

  • Hamdan

    makbonda,

    Silakan. Yang baik semua daripada Allah.. Alhamdulillah.

  • kl citizen

    Terima kasih ustaz. Moga Allah terusan memberi kekuatan dan ilham pada ustaz

  • N@iNi

    Santapan rohani yang amat baik. Saya mohon kebenaran untuk share dan dipastekan di blog saya ya Ustaz. Buat perkongsian dengan kawan-kawan.

  • adilah

    Artikel yg betul2 bermakna.Terima kasih ustaz..

    “……… pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!” dan semoga DIA selalu besama di dalam suka & duka agar diri ini tidak terpesong tanpa haluan..Amin..

  • Teh Ainul Wahidah

    menarik..terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu ini..perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita.

  • Teh Ainul Wahidah

    sgt tersentuh membaca nukilan ini,terima kasih ustaz…

  • Wan Zayuhisham Wan Yusoff

    Salam..

    Subhanallah..entri ustaz banyak membantu.

  • NaxeruL

    After baca this entry timbul keinginan nak berkahwin. Mungkin kerana hendak merasai keindahan alam perkahwinan.

    Nice entry.

  • zahraa Norhaliza

    salam ustaz…coretan ustaz amat membimbing kami dalam meneruskan perjalanan berumahtangga.Dalam apa jua situasi…kesabaran amat perlu.Bagi saya kesabaran,kemaafan,memberi tanpa mengharap balasan,menunai tanggungjawab adalah jauh lebih baik drp berkira2 akan keburukan suami…walaupun hakikatnya keburukan itu jelas terlihat..ye apalah nak berkira hidup didunia yang fana ini…mungkin esok lusa kita ataupun dia akan dijemput pulang…masa itulah baru menyesal…sudah terlewat..kalau mengalah dengan suami tak rugipun…bahkan inshaalah ada hikmahnya..mungkin dia akan berubah dengan kelembutan hati kita…sebagai isteri doalah untuk yang tersayang.saya cuba mendidik diri..kesabaran pahit..kerana syurga itu manis..mujahadah..walau sering kalah..tapi jangan mengalah.Itulah bait2 bicara ustaz yang sering saya ingat…tatkala hampir tewas.Terima kasih ustaz atas sedekah kali ini.Semoga perjuangan ustaz dalam mendidik hati insan akan diberi ganjaran yang berlimpah oleh yang maha Esa.Amin.

  • hafizah

    perkongsian yang menarik..menyentuh hati..tq

  • maznah mohamed

    Assalamualaikum Ustaz,
    Saya mula mengenali laman ini dan ustaz dari majalah solusi. Alhamdullilah,ketika ‘perlu’ saya akan cari bahan-bahan bacaan yg baik untuk merawat hati yang sedih.
    Bahan kali ini sangat berguna, jadi saya mohon share boleh? Walaupun masih bujang tapi masalah di atas baru sahaja dibincangkan di pejabat dan banyak tips2/idea yang baik yang saya rasa wajar dikongsi bersama.
    Terima kasih.

  • ana

    assalamualaikum ustaz…jazakumullah khair buat ustaz sekeluarga atas pkgsian ilmiah ini… barokallahu fik… wpon ana blum lagi berumah tangga namun perkongsiaan ustaz ini sangat memberi ingatan dan peringatan buat dri ana nnti …insyaAllah….syukran ustaz…

    <>

  • cilipadi

    Byk soalan saya ni : 1)Macamana nak tahu ‘jalan yang benar’?Ada kwn yang sama spt di atas…dah >30 tahun kawin…sabar aje tetapi dah mula persoal sebab mula lihat kesan2 buruk masalahnya suami-isteri pada anak2…yang besar mula tunjuk sikap kurangajar terhadap suaminya kerana ‘orang muda dah hilang sabar’ dan yang kecil pula mula tunjuk sikap kurangajar padanya kerana ‘budak dah naik lemak akibat dimanjakan si ayah’.Adakah meneruskan perkahwinan tu masih ‘jalan yang benar’?Atau dia harus menamatkan sandiwara demi kebaikan anak2nya…moga anak2 yang besar tidak derhaka dan anak yang kecil tidak rosak masa depannya?
    2)Ketenangan,kegembiraan,keredhaan hati itu pulak yang mendatangkan jengkel di hati pasangan…macamana pulak ni ? Perlukah kita bersedih,murung,sebagainya sebagai jalan memuaskan hati mereka? Dunia ni macam-macam pulak,ada orang yang cuma boleh gembira dengan melihat sedemikian.

  • kemboja

    bla berhadapan dgn masalh rmhtangga kta mudah melatah dn berkata mengapa harus aku menerima kemelut ini..dugaan mengajar kta utk melatih supaya didik hati bersangka baik dgn sgala ketentuanNya..terima kasih ustaz..ilmu ini membuka mata hati saya..

  • azie

    terima kasih ustaz di atas ilmu ustaz….semoga Allah SWT sentiasa melindungi ustaz dibawah naunganNya….amin

  • Sahila Abdul Halim

    slm ustaz….pohon share

  • haliza abu amin

    assalam ustz pahrol

    terima kasih banyak2 untuk entry ini..doakan sy tabah menghadapinya……………………………..

  • saharizam

    topik biasa yang diolah dengan baik dan menusuk jiwa. saya sangat suka gaya dan point penyampaian dalam tulisan ustaz. semoga allah terus merahmati kita semua.

  • haslindah

    Terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu yang amat bermakna..mudahan ustaz terus diberikan minda yang sejahtera untuk perkongsian yang seterusnya..ustaz sangat bijak mengatur bahasa yang sedap dan menyenangkan hati membacanya..

  • beba3003

    nak share jugak..

  • safra

    salam ustaz…

    apa yang ustaz nytakan diatas itu semuanya memberi kesan yg mendalam di hati saya,
    saya sygkan rumahtangga sya yg tlah dibina 14thn.. sya ingin jadi org yg positif, menerima stp apa yg ditakdirkan utk sya, menerima dgn ikhlas kehadiran ‘org ketiga’ dlm hubungan kami,…
    kekuatan itu ada tp seringnya sya tewas oleh bisikan jahat,
    sya rasa keadilan tidak berpihak kepada sya, sya rasa cemburu, rasa dianiayai, dizalimi olehnya,
    Setelah sya membaca entri ini sya rasa bersalah sgt.. sya tidak ikhlas menerima takdir Allah..

  • Azila96

    Salam.Syabas!, Artikel yg menarik untuk ditatap dan renung ke dalam diri.
    Hidup berumahtangga bila di uji, perlu banyak pergantungan pada Allah.
    Kasih sayang suami isteri hanya pinjaman, Kasih Sayang Allah yang Maha Agung .
    Suami dan anak2 juga pinjaman.sampai masa kita berpisah
    Tiada istilah ‘Kalah Menang dlm rumahtangga.
    Semoga kita jadi suami, isteri, dan ibubapa yang sentiasa ada kasih sayang dan pergantungan pada Allah
    Walau ada kecewa, derita….. bahagia tetap ada penghujunnya
    Tidak didunia …….Di Sana tetap menanti….w’alam

  • lily

    Terima kasih ustaz. Buat saya insaf atas segala kesilapan. Semoga dpt saya perbaiki

  • Jamaliah Ahmad

    perkongsian yg amat menarik dan memberi makna yg amat mendalam kpd
    pasangan yg dh lama berumahtangga…..terima kasih ustaz…saya mmg meminati
    penulisan ustaz..

  • zuri

    Tkasih ustaz atas tulisan ini. akan sy kongsikan utk manafaat semua dan semoga Allah swt mengurniakan ustaz dgn pahala dr org yg mendapat manafaat dari ilmu yg diajar..Ameen

  • zuri

    mashaAllah jazakaallah

  • nini

    Salam,
    Bagaimana jika pasangan kita yang toxic? Perlukah kita menjauh kan diri dr pasangan?

  • Siti Rubiah

    salam ustaz…banyak membuat saya berubah bila membacanya… jadi pengajaran buat saya…kenapa baru sekarang saya jumpa ini semua ustaz kena tidak dulu2 lagi…terima kasih ustaz

  • Siti Rubiah

    salam ustaz…dimana saya nak dapatkan buku2 ini sya tinggal d sg.petani,kedah.

  • Fauzi Bassar

    Realitinya kebanyakan manusia hari ini sukar untuk bersangka baik dan bersikap positif, lantaran kurangnya iman di hati (termasuklah diri ini).
    Ternyata berfikiran positif dan bersangka baik banyak membantu menguraikan kekusutan dan membantu dalam mencari jalan keluar pada sebuah konflik atau masalah.

    Terim kasih kerana berkongsi tulisan yang bermanfaat ini. =)

  • Zaliha Harun

    Subhanallah.. tips yg sgt2 berguna terutama utk psgn yg telah mendirikan rumah tgga dan dan juga sbgai persediaan utk yg akan mendirikan rmh tgga 🙂

  • eis

    sgt2 berkesan di hati ku–bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati

  • Nazruzila Razniza

    Assalamulaikum Ustaz,

    Tahniah Ustaz kerana sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman di sini. Genta Rasa kini menjadi blog ikutan saya. Semoga Ustaz dikurniakan kesihatan fizikal dan minda yang baik untuk terus berkongsi di sini.

  • kentang bakar

    peringatan yg tepat pd masanya… subhanallah

  • hiddyasri

    Salam,
    Ustaz..sy terkesan baca article ni. skrg ni baru sy faham. Selama ini sy begitu negatif sekali. Article ini betul2 ada kena-mengena dengan kehidupan kehidupan saya. Terima kasih

  • hiddyasri

    Ustaz,
    Mohon sopy article ni dlm blog saya..sebagai pemangkin semangat..

  • farizah

    alhamdulillah.. perkongsian yang boleh mencerna minda bagi yang membaca dan boleh didik diri untuk mencontohi sunnah Nabi junjungan Rasullallah s.w.t. subahanallah yg menciptakan… syukur kerna terpilih utk membaca ruangan ini dan insyaAllah akan terus berkongsi pada sahabat2 yang lain… amin..

  • iffah

    Assalamualaikum ustaz…

    Alhamdulillah entri ustaz ini sgt memberi kesan kpd saya yg selalu alpa dan terleka.InsyaAllah saya akan cuba mempraktikkan dalam kehidupan saya.terima kasih ustaz..

  • Pemburu Ilmu

    Mohon share semua entry menarik ustaz…

  • azza aziza

    syukur Alhamdulillah… hati ini menjadi begitu tenang, jiwa ini menjadi tenteram.. hidup ini ku teruskan dengan kata2 semangat dr ustaz… sungguh.. inilah salah satu ubat hati & jiwa ku.. mengajar aku belajar menerima segala ketentuan takdir ALLAH dgn sentiasa bersangka baik… terimakasih Ya ALLAH.. bila kau menurunkan ujian & didikan… Kau berikan jua jalan ku menemui seseorang yg memberi ku kata2 perangsang untuk ku cari hikmah nya dr didikan ini…

    kata2 nasihat & perangsang yg benar2 mendidik jiwa yg galau dek ujian… jiwa yg selama ini keras, hati yg selama ini rasa sempurna… benarlah kata ALLAH.. iman kita belum dikira sempurna selagi tidak di turunkan ujian bagi membuktikannya..

    ustaz… terima kasih… syukur Alhamdulillah… didikan mu dr kata2 semangat ini buat ku meneruskan hidup dgn hati yg tenang… mengajarkan menerima segala suratan nasib & takdir dengan redha.. wl kdg2 kecundang jua, tapi akn ku terus mencuba supaya sntiasa berada dlm jalan ALLAH dgn didikan2 kata2 nasihat mu… nasihat2 ustaz ibarat doktor mengubati jiwa yg tidak tenang ini..

    moga segala kebaikan & kelebihan anugerah NYA ini di kurniakan ALLAH kebahagiaan dunia & akhirat buat ustaz…
    Syukur Ya ALLAH… byk benarnya kata2 ustaz… sy baru belajar…

  • azza aziza

    oh ye ustaz… di kesempatan ini.. sy mohon maaf & mohon izin juga.. sejak dr sy jumpa blog ustaz pd tahun 2009.. iaitu ketika saya mencari ‘jalan’ pulang mengubati hati yg di berikan ujian ALLAH.. byk artikel2 ustaz saya copy & print.. tiap2 hari saya baca.. di ofis bila terluang.. di rumah bila kesedihan.. dimana2 sj.. sy msukkn dlm fail utk bacaan & pujukan hati bila berduka..
    selain mengaji AL quran..
    sy x penah minta izin dr ustaz… jadi, di sini.. sy mohon maaf & izin ya.. utk sy teruskan berbuat begini.. semua buku tulisan ustaz ada dlm simpanan & rujukan sy..
    maafye ustaz, sy buat tnpa izin ustaz… sb sy rasa ia x salah kn.. ustaz pun benarkan krn semua itu ilmu yg amat bermanfaat kan.. 🙂

    tulisan & didikan ustaz byk mengajar saya utk menjalani kehidupan ini dgn hati yg lapang & berserah kpd ALLAH… tidak merasakan sesuatu apa pun di dunia ini milik kita yg abadi.. yg kerananya kita berduka … yg bila dia hilang.. dia mnyakitkan.. kita tersiksa & terluka..

    sy rasa kini sy lebih positif dlm melalui hari3 meneruskan kehidupan yg ALLAH pinjamkan ini..
    terima kasih ustaz…
    izinkan sy teruskan hobi sy meng’copy’ & print semua artikel ustaz ye.. 🙂

    assalamualaikum..

  • Sawaliah M Anwar

    jadikan panduan 🙂

  • Zakiah Amat Johar

    sgt best !! luangkan masa utk “menikmatinya” – tq Amy kenalkan dgn blog ni 🙂

  • cilipadi

    Sangka baik…salah satu cara menstabilkan emosi sendiri dalam menghadapi toxic individual/emotionally unstable individual yang berada di sekeliling kita ya Protaz Pahrol? This is almost similar to one suggestion which i came across in a book written by a wellknown psychologist.Thank you for simplifying the idea.

  • Ummi Sopiah

    Alhamdullillah…..ilmu dan nasihat yang sangat bermakna.

  • liss

    baik utk d kongsi bersama =)

    mohon share ye ustaz =)

  • mardiana

    ustaz..pohon izin utk copy dan paste di blog saya

  • Zariesha Yaakob

    mohon share di fb ya…

    T.Q.V.M Ustaz..

  • ika

    assalam..sy ske bce entry ustaz.ilmu yg sgt bmanfaat.alhamdulillah..mohon share ustaz..:)

  • rinzrini

    mohon share jugak mana2 entry ustaz dan izinkan saya link kan ke blog saya. thanks ustaz..

  • Habibah Al-Farisi

    dalam artikel ni ada glass-ceiling effect..

  • gentarasa

    Salam azza,
    Ya Allah, berilah kekuatan jiwa untuknya. Kurniakanlah hati yang yang tabah agar dia dapat menghadapi ujianMu. Agar dia dapat merasakan kasih-sayangMulah di sebalik semua yang pahit dan pedih ini. Amin ya Rabb.
    Dari saya yang daif ini… teruskanlah usahamu untuk mengingatkan diri dan orang lain. Jika tulisan saya dapat dijadikan alat… maka peralatkanlah. Demi jariah ilmu kita juga. Insya-Allah.

  • kaseh

    Salam Ustaz….
    Sekadar ingin berkongsi rasa apa yang saya lalui. 12 tahun usia perkahwinan,saya sering dihimpit kesedihan dengan percaturan perkahwinan dan keinginan serta pengharapan dari suami. Saya sering meletakkan pengharapan agar suami saya begini,agar suami saya begitu….tapi saya alpa sesuatu….keikhlasan dalam berumah tangga. Saya sentiasa bermohon agar Allah swt tunjukkan saya jalan kebenaran..Apa yang harus saya lakukan, kerana saya bimbang saya menjadi isteri yang berdosa. Hari ini Allah swt telah tunaikan jawapan saya sejurus selepas saya menunaikan solat istikharah. Syukur saya ke hadarat Allah swt.Tergerak hati membaca entri Ustaz, saya temui jawapan yang saya cari. Hidup ini hendaklah sentiasa memberi tanpa mengharapkan pembalasan sekalipun pahit harus ditelan, derita harus ditempuh kerana kemanisan itu Allah swt janjikan pada orang-orang yang sabar dalam menempuh takdirNya. Saya yakin dan benar2 percaya bahawa Allah swt maha menyayangi hamba-hambaNya,cuma hambaNya seperti saya yang sering lupa akan ketentuanNya itu membawa seribu satu rahmat dalam kehidupan. Jangan meletakkan pengharapan pada manusia kerana mungkin kita akan kecewa,tetapi letakkan sepenuh pengharapan pada Allah swt kerana Allah swt pasti memberikan kebahagiaan buat hambaNya.Terima kasih Ustaz, entri Ustaz ini benar-benar memberi kesan dalam sanubari saya. Insyaallah, saya akan memperbaiki diri saya dari masa ke semasa agar dapat memberi yang terbaik buat suami dengan ikhlas dan redha.

  • Noraini Harun

    mohon share…ilmu yg sangat-sangat bermenafaat.

  • Penyejuk Mata Penawar Jiwa

    Tiada kesenangan hakiki hidup di dunia ini. Kebahagiaan yang sejati hanyalah di akhirat sebagai penghuni syurga Allah. Kemiskinan, kesakitan, kekurangan kasih sayang dan gejala resah gelisah adalah antara hakikat yang wajib kita tempuh. Maka berlapang dadalah dan sila ambil iktibar dan panduan dari artikel ustaz di atas.

  • azira

    mohon share ustaz…terima kasih.

  • norhayati

    terima kasih ustaz dgn entri yg cukup menarik dan juga kpd rakan2 yg sudi memberi komentar. semoga kita semua beroleh manfaatnya..Mudah2an!

  • Almarjan Yusoff

    Satu artikel yang benar-benar ditulis dengan menggunakan mata hati…

  • nur insyirah

    saya mohon untuk copy keseluruhan artikel ini ye ustaz..

  • manman

    Assalamualaikum,
    terima kasih atas entry ini.
    mohon halalkan copy yg dibuat. jazakilahi khairan

  • shamsiah

    kisah yang sangat terkesan di hati. lebih kurang cerita saya gamatnya> perkahwinan selama 30tahun akhirnya runtuh walaupun saya cuba mempertahankannya> untuk mempertahankan sebuah rumah tangga memerlukan komitment kedua-dua belah pihak> namun sekarang saya redha atas ketentuan illahi buat saya. perceraian yang sangat membimbangkan saya pada mulanya bila suami memberitahu sudah tidak bahagia dan sudah tidak mempunyai matlamat untuk hidup bersama seterusnya. TUHAN itu maha kaya, diberinya jalan keluar dan alhamdulillah saya semakin tenang menghadapi hidup sendiri disamping anak-anak dan seorang cucu. masa saya kini banyak terluang untuk menuju kepadaNYA, yang maha pengasih dan maha penyayang. AMIN.

  • shamsiah

    salam ustaz. adakah ustaz memberi khidmat nasihat atau kaunseling atas sesuatu permasalahan peribadi? bagaimana untuk menghubungi ustaz sekiranya memerlukan perkhidmatan tersebut sebelum sesuatu keputusan diambil? terima kasih.

  • Ummie Maz

    Terima kasih ya usaz

  • hartiny

    mohon untuk copy…sgt2 bermakna bg saya…

  • shikin

    Mohon share di wall FB saya, Jazakillah khairan.

  • Ummi Sarah

    Salam Ustaz .. mohon share yer ilmunya .. jazakillah khairan

  • Fendi Dizura

    pesanan kepade kaum isteri…

  • Ida

    salam ustaz,
    saat hati saya lara dalam melayari rumahtangga saya bertemu artikel ini..Alhamdulillah sekurang2nya ia mampu membantu saya untuk lebih bersabar dengan dugaan yang dilalui ini.. Mohon izin utk copy dan share utk tatapan hari mendatang..

  • noris

    salam ust,

    saya amat gemar membaca apa sahaja artikel berkaitan motivasi…
    x kira bidang apa sekalipun. dari hal ehwal remaja, rumahtangga,
    perniagaan, pekerjaan atau sekadar motivasi umum…
    semuanya saya minat. sebahagian besar buku motivasi dalam
    pasaran saya beli, untuk memenuhi minat membaca saya..
    Alhamdulillah, dalam rumahtangga, ilmu dari buku2 banyak
    membantu termasuk buku2 karya ust….
    pekerjaan juga begitu…saya tidak perlukan motivasi verbal.
    hanya buku peneman setia saya.
    perniagaan kecil2an yang saya jalankan-saya banyak menimba
    ilmu daripada buku2 dan kursus2 online/offline.
    teringat kata2 Dato’ Dr Fadzillah Kamsah…
    lelaki dan wanita Allah ciptakan utk saling melengkapi. jika tidak,
    kenapa Allah ciptakan Hawa ketika Adam perlukan teman..
    sebagai suami isteri, kita harus menerima kekurangan dan
    kelebihan masing-masing dan berusaha utk saling melengkapi.
    itu cara membina hubungan yang bahagia..

  • Mohamad Khairun Najahuddin

    Mohon share di wall FB saya, Jazakillah khairan.

  • susi

    SALAM ustaz..mohon share di blog saya….terima kasih

  • aini

    Assalamualaikum ustaz..

    mohon share di FB saya…

    Terima kasih.

  • ummieila

    salam ustaz,
    artikel ni kena dengan diri saya, kdg2 melayari hidup berumahtangga saya tidak dapat mengelakkan diri dari berfikir negatif ttg pasangan hidup.,
    terima kasih ustaz memberi info&panduan yang bagus
    saya mohon share ustaz

  • aliatun husna

    salam ustaz..mintak share artikel ni ye..sgt2 berguna dan terima kasih byk2 atas panduan..sy pun br setahun jagung kwen..byk lagi dugaan dan cabaran yg akan dilalui..semoga dpt menjadi isteri yg solehah dan bertanggungjawab..amin..

  • Nurin

    “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

    Salam Ustaz,
    Doakan saya dapat meneruskan perjalanan saya ini. Bait kata ustaz di atas saya anggap sebagai jawapan kpd masalah saya sekarang ini. Terima kasih ustaz.

  • sri listia

    mohon share ustaz …. terima kasih

  • Ani

    Assalamualaikum w.b.t.
    Mohon utk share di FB…pada usia late 30s dan ke atas, ramai wanita melalui proses seperti yang ustaz nyatakan di atas. Mungkin dibebani tanggungjawab yang terlalu banyak dan perhatian @ kasih sayang yang terlalu sedikit. Jarang sekali wanita dihargai, dihormati baik dari segi lahiriah dan batiniah. Kebanyakannya terus menjalani kehidupan bahtera perkahwinan. Ramai juga berjaya mencari kebahagian. Ada masanya, dalam kekurangan kasih sayang ada hambaAllah yang dikagumi seperti memenuhi rasa hati dan emosi. Hanya berpegang pada Iman dan Taqwa, ramai wanita memendam perasaan, bertaubat dan menjauhkan diri daripada terjebak. Tidak kurang juga ramai wanita kecundang…mohon doa kepada Allah untuk kaum muslimah dilindungi daripada bisikan syaitan yang direjam dan terus senantiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi. Demi Allah dan amanah yang diberi..wallahualam

  • liesaabidin

    besttt sgt2!! mohon share ya ustaz… ^__^

  • Abu Iemaan

    Subhanallah…berulang kali saya membaca entri ni dan muhasabah diri…
    Hati ini perlu sering dipujuk untuk bersangka baik kepada Allah…

  • SEORANG ISTERI

    Alhamdulillah, syukur kpd-Nya saya ditemukan dgn blog ustaz d masa yg saya kira kritikal dlm usia rumahtangga yg baru menjangkau 4 thn.. Berkahwin dgn pilihan sendiri ttp tidak pernah bercinta, hanya berasaskan restu keluarga dan keinginan utk di bimbing ke jalan Allah kerana dia adalah seorang Hafiz Al-quran, tetapi selepas berkahwin br tahu sikap sebenar yg di rasakan tidak dpt diterima, out of expectations, hati ini goyah kerana diri sendiri masih tiada rasa cinta atau sayang walaupun dh ada anak seorang di tambah dgn perkara2 yang tidak berkenan di hati…tapi di saat2 sy bingung yang mungkin berakhir dgn sesuatu yang sgt2 dielakkan dalam rumahtangga, saya di temukan dgn blog ustaz, yg saya baca tiap2 hari!!! Alhamdulillah saya blh buat keputusan TERUSKAN PERKAHWINAN ITU 🙂 dengan izin dan pertolongan Allah yg sy rasa salah satunya melalui penulisan ustaz saya rasa sy redha dgn perkahwinan ini, dgn apa yang telah dia lakukan, dan yang paling penting dlm hati saya mula merasai sayang dan cinta kepadanya..dan hati saya kini tenang 🙂 terima kasih banyak2 dan tak terhingga kpd ustaz 🙂 insyaAllah saya akan terus memburu cinta-Nya….

  • lia murni

    salam ustaz…mohon share..terima kasih..

  • IbuDunia

    as salam mohon share blh…perasaan sy skrg tengah goyah

Leave a Reply

%d bloggers like this: