RSS

HATI TETAP SAMA

02 Nov

Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.

Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.  Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah ‘rules of life” – sunahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini … maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.

Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran Itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji… katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba… Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula… Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha… Kita sudahpun beruasaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?

Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam pernigaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit….

Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih… akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar… tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama. ?

Bijak dan baik sungguh aturan Allah.   Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit… kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan… Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.

Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya… yang dipanggil sunnahtullah.

Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus… kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini  tawakkal tidak berbekal namanya.

Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat  Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.

Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!

Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong.  Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.

Sebaliknya, kalau kita gagal pula… kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga… tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi… ya kita hamba!

Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, “ ini semua hasil usaha saya…” Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, “semua ini sudah takdir…”Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.

Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan… Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah.  Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama…kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!

 
41 Komen

Posted by di 2 November 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

41 responses to “HATI TETAP SAMA

  1. Ibnu Nafis

    2 November 2011 at 10:05 am

    Assalammualaikum…

    Adakalanya kita lalai utk sujud syukur di atas segala yang diberikan olehNYA.. Terima kasih ustaz atas kata-kata ini. Ini memberi saya iktibar yang baik untuk saya dan pembaca GENTAR RASA jua…

    Alhamdulillah….

     
  2. Aneeqa

    2 November 2011 at 10:15 am

    Assalam,

    semuga dirahmati Allah.

    Terima kasih dengan catatan kali ini.

     
  3. balqisjb

    2 November 2011 at 10:31 am

    Saya setuju ulasan Ustaz, peringatan buat diri saya juga. Bila kita berpendirian sedemikian insyaallah hidup kita tidak merasa sunyi & kosong. Carilah perkara2 ataupun ilmu yg dpt memberi manafaat dalam kehidupan dan juga belajar menjernihkan hati kita yang senantiasa berkarat. Ianya bukan mudah, tetapi kita perlu menjana kekuatan mental & fizikal, untuk berubah kearah kebaikan.

     
  4. Ummi

    2 November 2011 at 11:01 am

    As salam Ustaz,

    Berbulan2 lamanya hati tidak tenteram tanpa diketahui puncanya sehingga saya terbaca doa yg dikongsi di majalah solusi isu#35 segmen cerna minda yg bermaksud “Ya Allah, keampunanMu lebih luas daripada dosa2ku, dan rahmatMu lebihku harapkan di sisiku daripada amalanku.”Saya begitu tertarik dgn doa ini & alhamdullillah setelah mengamalkannya setiap kali selepas solah, tiada lagi keresahan di hati, tenang setenang2nya kerana terasa luasnya keampunan Allah & rahmat yang diberikanNya. Inilah nikmat tertinggi yg saya rasakan berbanding nikmat harta…walhal dari segi fizikal/materialnya hidup saya tetap sama spt dulu. Subhanallah, Allahu Akhbar, Alhmadullillah.

     
  5. math

    2 November 2011 at 12:24 pm

    Salam Ustaz,
    Alhamdulillah, Terima Kasih….
    Sesungguh Nyer semua Milik Allah….
    Semoga kita tergolong dalam Golongan Mereka Yang Beriman dan Bertaqwa
    Setiap Peristiwa berlaku,,,, Segala untuk kita kembali kepada Nyer…
    Ya Rahim Lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nyer…..

    Jazakallah Khairan

     
  6. yani

    2 November 2011 at 3:04 pm

    Subhanallah…..bila tiba ke kalimat ‘hamba dicorak oleh Tuhannya.Justeru, kita tidak boleh memberontak, knpa jd begini,knapa gagal? Jika itulah yg selalu bermain2 difikiran.itu petanda tidak puas hati.Suara berontak jiwa terhadap ketentuan ALLAH”,,,,,,,sya terkedu kerana itulah yg selalu bermain dikotak fikiran dn jiwa…knapa boleh jd begini, bgmana dia (suami) sanggup megkhianati sya, mencurangi..berzina……knapa sanggup dn sampai hati dia buat begitu’…..
    Astagfirullahhalazim……rupanya salah dn berdosa sya berasa spt itu tp apakn daya lukanya dalam sgt walau pd zahirnya kemaafan telah sya beri dn kami telahpon mulakan hidup baru, lebih memahami serta lebih menyayangi antara satu sama lain namun jauh dilubuk hati ada sengsara yg berbekas…….masih dlm proses berjuang utk melupakan sejarah hitam yg terjadi 6 blan yg lalu…

    Terima kasih ustaz..syasering’datang” kesini mencari kekuatan dn sntiasa muhasabah diri dgn kata2 semangat yg tertera,,,semoga kita semua beroleh rahmat ALLAH

     
  7. Mohamad Yuszaini

    2 November 2011 at 5:32 pm

    “Ubat itu pahit… kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat.”

     
  8. Sue Elias

    2 November 2011 at 6:03 pm

    “Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, “ ini semua hasil usaha saya…” Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, “semua ini sudah takdir…”Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.”

    hmmm..muhasabah diri..

     
  9. Afizol

    2 November 2011 at 7:29 pm

    Terima Kasih Ustaz

     
  10. Maisarah

    2 November 2011 at 8:06 pm

    Terima kasih ustaz ats input yang berguna.. Keep in writing ya ustaz..:)

     
  11. Nisha

    2 November 2011 at 9:34 pm

    Assalamualaikum semua,
    Terima kasih atas peringatan ini ustaz. Kadang2 kita tak sedar/tahu ia adalah satu kesalahan kalau tak ada yang mengingatkan/memberitahu.

    Tetapi kadang2 luahan itu perlu juga supaya satu pihak lagi faham dan sama2 berdoa perkara yang sama supaya ia tidak terjadi. Takdir itu boleh di ubah dengan doa, kata ahli agama. Tapi macam magnet juga, jika doa yang sama insyaAllah masih boleh di elakkan/menjauh tapi jika berbeza tu yang jadi masalah….

    Terima kasih.

     
  12. Ummu Khadeja

    3 November 2011 at 9:45 am

    Syukur pada Allah, saya menemui blog ustaz. Sangat membimbing dan memberi kekuatan. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi ustaz, saya dan kita semua. Alhamdulillah. Terima kasih.

     
  13. greenappleku

    3 November 2011 at 10:55 am

    Sangat terkesan artikel kali ini. Izinkan saya menyimpan artikel ini di dalam blog saya sebagai penambah ilmu untuk menguatkan minda dan fikiran.

     
  14. ummu ammar

    3 November 2011 at 3:10 pm

    Assalamualaikum..

    Terima kasih buat peringatan dan nasihat yang sangat berbekas di hati. Cuma saya mahu bertanya tentang tawakal. Baru-baru ini saya ada mendengar ceramah yang mengatakan adalah tidak wajar kita bertawakal hanya setelah berusaha, kerana tawakal itu bermaksud kita meminta Allah menjadi wakil.. Justeru, dari awal lagi sebelum berbuat sesuatu, hendaklah kita bertawakal kepada Allah supaya Allah sentiasa bersama kita sewaktu kita belum, sedang dan sesudah berusaha..

    Mohon ustaz berikan pandangan..

     
  15. anita

    3 November 2011 at 9:12 pm

    salam ustaz…..
    saya sedar saya tidak boleh mempersoalkan ketentuan yang telah tertulis untuk hambanya, namun kadangkala lintasan jahat itu tetap menyengat di hati…..saya sedang berusaha untuk menenangkan hati dan jiwa saya supaya tiada lagi pemberontakan terhadap ujian Allah buat diri ini. setiap malam saya bacakan yasin untuk menenangkan lara hati dan setakat ini saya masih berusaha kerana saya yakin Allah sedang memberi rahmatnya buat diri saya….syukur alhamdulillah, tulisan ustaz sedikit sebanyak mengingatkan saya bahawa ‘rules of life’ memang tidak mampu dilawan jika begitulah ketentuan Allah kepada hambanya.
    Terima kasih ustaz

     
  16. noormala

    4 November 2011 at 8:19 am

    ustaz pahrol,
    apabila membaca artikel ini, hati saya betul-betul terasa…ingin balik ke zaman u dahulu ketika sama-sama di MI dahulu. Memang betul kata ustaz, kita mudah lupa dan alpa dan sentiasa lalai dengan ujian yang diberi oleh Allah.

     
  17. gentarasa

    4 November 2011 at 9:41 am

    Salam noormala,
    Semoga kita mendapat pngajaran dan hikmah dari masa lampau untuk terus menempuh masa akan datang, dengan penuh kesabaran dan tawakal. Come what may… insyaAllah, kita sandarkan hati yang rapuh ini kepada Allah, semoga kukuh. Amin.

     
  18. gentarasa

    4 November 2011 at 9:42 am

    Salam ummu,
    Benar… tawakal itu yang awal, pertengahan dan akhir. Benar.

     
  19. ummu ammar

    4 November 2011 at 11:36 am

    Terima kasih ustaz…boleh saya mohon share kepada sahabat saya?

     
  20. Aishah

    4 November 2011 at 1:31 pm

    As Salam. Saya minta izin untuk copy & paste posting ustaz ini ke dalam blog saya untuk renungan & peringatan saya. Sya harap diizinkan.

     
  21. Rujautih

    4 November 2011 at 1:57 pm

    Salam.

    Rasa bertuhan itu telah datang dan kedatangannya jua hadir dengan usaha yang terbaik!
    Membaca bahan yang baik mampu menghidupkan lampu pelita hati, kerana dengan baiknya cara menegur dan berhikmah bisa menjadikan hati yang keras menjadi lembut akhirnya…

    Kata-kata ustaz ini sungguh menggugahkan, hati saya pun turut mengangguk mengiyakan.Huhu.

    ‘Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan… Itu tidak beradab dengan Allah.’

    Terima kasih ustaz. Alhamdulillah, bermanfaat sekali tulisan di atas.

     
  22. khairaummah

    4 November 2011 at 3:11 pm

    Adakah manusia akan mendapat segala apa yang dicita-citakannya? (sudah tentu tidak!) Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. (An-Najm:24-25)
    =)

     
  23. rabilah

    4 November 2011 at 3:30 pm

    tersenyum sy membacanya,kerna itulah yg sy lakukan .sy marah,kecewa dan memberontak apabila semua yg sy usahakan selama ini x berjalan spt yg sy rancangkan.berbulan2 hidup dlm dendam,murung dan sedih.sy cuba mencari jln keluar tp hati ttp sama sehingga sy sedar satu2 nya jln keluar adalah dgn redha dgn takdirNya walaupun kemenangan x berpihak pd sy,kerna saat itu Tuhan sdg mengajar sy utk lbh bersabar dan bersangka baik…..
    camne sy nak menghubungi ustaz

     
  24. TakInginDikenali

    4 November 2011 at 5:03 pm

    alhamdulillah.terima kasih

     
  25. lily

    5 November 2011 at 2:29 pm

    sedikit sebanyak meredakan gelombang marah/dendam/kecewa dalam hati saya..terima kasih ustaz

     
  26. zahraa Amalin Solehah

    5 November 2011 at 6:03 pm

    salam ustaz
    agak lama menunggu buah tangan ustaz..alhamdulillah..
    hari ini tidak kehampaan,terima kasih kerana mengingatkan..
    ikhtiar dan usaha.. itulah jalan sebaiknya..semoga hidup kita
    tidak tersasar dan diberkati selalu.

     
  27. Wan Zayuhisham Wan Yusoff

    5 November 2011 at 7:31 pm

    Insya-Allah segala ujian dan dugaan Allah dapat diharungi dengan penuh ketenangan dan kesyukuran pada-Nya.

     
  28. zuzu

    7 November 2011 at 12:48 pm

    Assalamualaikum..
    Dugaan terhebat dlm rumahtangga membuat saya lebih dekat padaMu.
    Walau pahit dan perit saya harus redha.Akhirat lebih utama..cintai Allah dan RAsul dapat ubati kepedihan hati. Ya Allah jangan bolak baikkan hatiku ini.Tulisan ustaz dpt mengguatkan seemangat saya..terima kasih ustaz.

     
  29. amir-amira

    7 November 2011 at 5:57 pm

    alhamdullilah.. tanpa disedari itula yg sering dpkatakan dalam diri…bila bjaya semuanya dari kita. …bila gagal/kecewa semuanya takdir Allah….subhanaallah. namun skang kita sedar semua yg berlaku kejayaan n kegagalan semuanya dengan izinNya sebagai hamba kita berhak diuji bagi menjadi muslim sejati..kita hanya HambaAllah

     
  30. ramsiah

    7 November 2011 at 9:23 pm

    sukarnya mendidik hati utk sentiasa bersangka baik dengan Tuhan dan juga insan, namun kucuba jua. Semoga tulisan ustaz ini akan membantu saya dalam mendidik hati menjadi hamba yang baik, insyaallah.

     
  31. nadia nazri

    9 November 2011 at 1:04 pm

    alhamdulillah…semakin redha dgn takdir yg dilalui…syukran ustaz…moga Allah terus memberimu ilham untuk berkarya dan menginsafkan para pembaca…

     
  32. adah

    11 November 2011 at 12:02 pm

    Salam ustaz, mohon untuk kongsi bersama rakan rakan. Sangat menyentuh perasaan.

     
  33. hk1975

    25 November 2011 at 3:53 am

    Salam, ustaz. Terima kasih atas tulisan. Mg dirahmati n diberkatiNya selalu. Mg Allah menggolongkan kita sume dalm di kalangan mrk yang diredhai. Amin.

     
  34. Noor Azlinawati

    26 November 2011 at 12:57 am

    t.kasih akan d’jadikan iktibar buat diri sendiri keluarga dn anak2…insylah

     
  35. Azizah Mohamad Aripin

    12 Januari 2012 at 3:51 pm

    salam ustaz mohon share

     
  36. Mariati Mustapa

    14 Januari 2012 at 9:23 pm

    Alhamdullilah. Terima kasih ustaz, semoga Allah merahmati kita semua!
    Sesungguhnya ujian Allah mendidik kita kembali ke jalan yang benar. Manusia sering lupa. REDHA KETENTUAN ALLAH YAKIN DENGAN CINTA ALLAH CINTA YANG MAHA AGUNG.

     
  37. al bukhari

    25 Mac 2012 at 10:08 pm

    kesempurnaan iman itu akan kita dapati jika kita mengetahui bahawa apa yg ditakdirkan Allah utk kita maka itu yg akan kita dpt samada baik@buruk dan begitu jua sebaliknya…. kita tidak perlu bersedih dgn apa yg menimpa dan takut dgn apa yg akan berlaku kerna semuanya dah ditakdirkan Allah SWT

     
  38. siti wahidah

    26 Mac 2012 at 5:08 pm

    salam uztaz..mohon share…

     
  39. azi

    30 Mac 2012 at 8:43 pm

    salam ustaz minta kebenaran untuk di ‘share’ ye ustaz…. =)

     
  40. Azan Lee

    31 Oktober 2012 at 6:31 am

    terbaik..=)

     
  41. anep

    17 April 2013 at 4:24 pm

    mohon republish di blog ana, tuan. utk saling menyampaikan. terima kasih

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,165 other followers

%d bloggers like this: