Looking for Something?

BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR…

Author:

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

Feedback

52
  • sufi

    Simple tapi padat ….. its better

  • cilipadi

    Tersangatlah tepat…bacanya mudah,nak buat teramatlah susah.Nak ditolong pun tak boleh.Empunya diri mesti berusaha realisasikan penulisan Protaz.Terima kasih kerana penjelasan2 di atas.Good luck to us all…yang muda dan yang tua…semua kena berusaha…ramai yang tertekan…semuda 8-10 tahun sehingga yang 75-85 tahun.

  • afnan

    assalamualaikum ustaz..

    subhanAllah..terkesan sekali..
    syukran ustaz
    moga terus diberi ilham untuk menulis kpd kami di luar ini.
    doa utk ustaz sekeluarga agar dirahmati Allah sentiasa..:)

  • nordalily

    syukran ustaz…. penyembuh hati

  • Sanit

    Assalamualaikum semua.

    Terima kasih ustaz atas peringatan ini. Kita tidak tahu takdir kita selagi ia tidak terjadi. Tetapi yang lebih penting mengelakkan dosa yang tersembunyi maupun realiti sudah nampak bila diamati. Memberitahu bukan bermakna mahu tetapi ingin mencari penyelesaian yang jitu. Tidak mengapa tidak menjadi tetapi usaha syaitan mesti diberhenti. Jadi bercakap benar dan berterus-terang mempercepatkan proses melawan syaitan yang berada dalam diri kita terutamanya diri saya sendiri.

  • wardatul humaira

    for sure Allah xkan kecewakan hambaNya 🙂

  • Afza Aisha

    Assalaam u’alaikum ustaz.
    Subhanallah ustaz. Sangat terkesan. Terima kasih untuk perkongsian ini. Akan sentiasa muhasabah dengannya, inshaAllah.

    Barakallahu fik.
    Wassalaam.

  • Kak Long

    Itu baru ‘lukisan takdir’ ustaz. Jika ia satu kebenaran takdir/’perintah Allah’ kena laksanakan, walaupun tanggunjwab tidak boleh dilaksanakan. Tangungjawab masih boleh dibincang bersama jika ingin dilaksanakan atau tidak, jika sama2 rela untuk tidak melaksanakan tidak menjadi satu dosa asal saja satu kerja syaitan sudah dapat dimatikan. Begitulah pendapat saya yang tidak berilmu agama yang tinggi dan banyak. Kalau salah mohon maaf… :).

  • nur insyirah

    Assalammualaikum ustaz…

    terima diatas peringatan ini…sangat terkesan dihati disaat meniti galau dihati..terima kasih diatas diatas perkongsian yang penuh bermakna…izinkan saya share di blog untuk semua ye ustaz…=D

  • siti.khalid

    Meninggalkan kesan yg mendalam diri.. Terima kasih ustaz..

  • Normawati Muhamad Kasim

    Jazakallah hu khairan di atas peringatan ini, ustaz. Sesungguhnya kita adalah hamba Allah yang selalu lupa dan lalai. Kita tidak kuat tanpa Allah dan hanya Allah yang tahu apa yang terbaik utk setiap hamba-hambaNya.

    ”Ya Allah, janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata.”
    Amin….

  • ummu 'atiah daud

    assalamu’alaikum….
    ya Allah… beginilah ilmuNYA pabila dikongsi seterusnya di amalkan…
    syukran ustaz…..
    peringatan buat diri ana yg sering terleka…..

  • elya..

    subhanaLlah..yakinlah di sebalik kesukaran itu ada kesenangan..dan semua yang berlaku akan ada hikmahnya..syukran ustaz..barakaLlahufiik! 🙂

  • azran aziz

    assalaualaikum…mmg ginilah hidup……tapi….tapi…tapi…nak berdepan dgn realiti bila apa yg kita mahu,kita rancang,kita fikir,kita impikan,kita doakan dan dpt pulak sebaliknya…haaa…iniolah uian….ya Allah…tabahkan hati hamba yg kerdil ini….apapun…tkasih atas penulisan ustaz ini….dpt memberi inspirasi dan tambahkan semangat utk hamba terus beruang dlm hidup…

  • nus

    Benar menusuk kalbu,Terima Kasih Ustaz.

  • yong maznah

    Isi kandungan sangat membantu saya pada ketika ini…InsyaAllah isi kandungan akan diguna pakai untuk muhasabah diri.

  • ayie

    Ustaz, terima kasih perkongsian …

  • suraya

    Ya Allah…..amat tersentuh qalbu saya bila membaca tulisan ustaz….subhanallah…diri amat terasa kerdil sekali..cuma unkapan Alhamdulillah…atas segala2nya yg berlaku pada diri dan terasa jiwa amat damai sekali….terimakasih ya ustaz…

  • Khairul Nazeem

    syukran ustaz…trkadang lupa dengan nikmat ini,,perancangan Allah yang terbaik…tak mampu mengawal diri ini melainkan adanya petunjuk dari Allah..Alhamdulillah…=)

  • as-siddeeqah

    subhanallah..syukran atas perkongsian ustaz! =) may Allah bless u! hihi

  • Mas Nita

    Subhanallah…

  • edogawa conan

    salam..
    ustaz..hati saya selalu memberontak dengan takdir.
    bila iman lemah saya menangis..kenapa iman saya selemah ini untuk bertahan saat di uji.
    bila iman hampir terlepas dari genggaman, saya jerit kuat-kuat dalam hati mohon Allah tolong jangan biarkan saya terkapai-kapai tanpa iman.
    bila saya meraung menangisi takdir saya mohon Allah ajar saya untuk redha dengan ketentuan-Nya.
    tapi tiap kali saya hampir-hampir kehilangan iman, apa yang menyedarkan saya balik hanyalah kata-kata hati saya yang berkata “Allah sayangkan saya walau bagaimanapun keadaan saya, tapi kalo saya lepaskan iman pergi dan berpaling dari Allah, Allah akan membenci saya selamanya.” sejenak dengan itu dan tiap kali itulah saya katakan pada diri saya yang bunuh diri itu bukan jalan terbaik untuk keluar dari masalah, malah saya tidak akan berpeluang untuk di sayangi Allah lagi. tiap kali itulah saya tak jadi bunuh diri dan cuba pujuk diri untuk terus kuat berdepan dengan takdir dan yakin bahawa Allah selalu menemani walaupun semua orang menjauh pergi.
    thanks ustaz, adakalanya tulisan ustaz memujuk hati saya supaya berdamai dengan takdir. beriman sepenuhnya dengan qada’ dan qadar.
    maaf jika komen saya sedikit panjang..moga Allah redha dengan usaha ustaz.

  • fathiah

    tq ustaz….panduan yg berguna buat kami semua…semoga terus diberi ilham utk berkarya

  • jun cupcakekasih

    terima kasih atas rencana ini…sangat menyembuh hati

  • hiromz

    saya seorang yg sekarang ini boleh dikatakan hanyut dalam cubaan kehidupan..satu demi satu masaalah menimpaku sehinggakan saya tidak dapat menilai adakah itu dugaan atau bala..dan saya mula menyalahkan takdir..artikal seperti inilah yang saya perlukan bagi pengubat jiwa agar saya bisa kembali kejalan Allah yang benar..terima kasih ustaz

  • omar

    saya sangat percaya apa yg utarakan itu…kita ni siapa yg hendak melawan NYA.berterima kasihlah apa yang ada…

  • Lia Yusof

    assalamualaikum,

    alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian ustaz..hadiah terbaik utk hari lahir saya..di saat usia 32, saya seperti dilahirkan semula..insya Allah saya akan amalkan doa yang ustaz titipkan..terima kasih sekali lagi ustaz..semoga ustaz, keluarga, warga fitrah perkasa, warga solusi sentiasa di bawah kasih sayang dan redha Illahi..

  • Dlisa Luis

    Amat benar seperti dicatatkan Ustaz, terima kasih kerana dengan penulisan Ustaz diharap dapat membantu kami yang terumbang-ambing dalam perasaan. Bangga saya berpeluang menghadiri kursus Ibu bapa cemerlang pd 17hb Disember 2011 lalu – terbuka minda yang terlalu ego mengakui kepandaian dalam kebodohan saya selama ini. Alhamdullilah, dipertemukan dalam keadaan serba daif dalam pengetahuan. Insyallah, akan diusahakan transformasi sedikit demi sedikit apa yg didengar dan dipelajari, betul-lah kata sesetengah ilmuan “KEHIDUPAN adalah PEMBELAJARAN yang manusia tidak akan pernah mendapat sikil/ijazah penamatan pembelajaran, kehidupan adalah pembelajaran hingga ke hujung hayat….Wallahualam…

  • Munirah

    terima kasih ustaz…
    semoga Allah memberkatimu diatas perkongsian ilmu ini..

  • haliza abu amin

    assalam ustz,

    pendek entry kali ini……

  • gentarasa

    Salam Edogawa,
    Allah sayangkan anda. Allah sayangkan anda. Amin. Rasa yang singgah dalam hati itu adalah sesuatu yang mahal harganya. Biarlah takdir berbicara… tunggu kebenaran dan keindahannya. Allah mengikut sangka hamba-Nya. Jadi, terus sangka baik… kita akan rasa baik, dapat yang baik dan jadi orang yang baik. Amin.

  • kirodean

    Amin. Ustaz..teruskan menulis.. saya yakin, ramai hati yang terkesan pabila mata membaca tulisan ustaz.. saya juga yakin, pastinya ustaz telah menulis dari hati lantas telah singgah dihati kami yang membacanya..terima kasih 🙂

  • Wafa Wafiyyah

    Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita… ~<3

  • cinta syurga

    …semakin saya cuba mendekatkan diri kepada Allah, semakin kuat Allah menguji saya. Kadang2 saya rasa tuhan tak adil pada saya. Saya rasa putus asa dalam hidup dan selalu menyalahkan diri adakah semua yang berlaku disebabkan dosa-dosa saya. Kadang2 saya rasa doa saya tidak dimakbulkan walaupun saya tak jemu2 berusaha dan minta pada Tuhan. Saya cuba terima apa yang Tuhan takdirkan pada saya tetapi kenapa ujian itu datang menimpa-nimpa. Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosa saya..betulka ustaz, kawan saya cakap Tuhan belum makbulkan doa saya sebab Tuhan telah sediakan hadiah tu di syurga?

  • polaris

    terima kasih ustaz atas kata-kata yang sangat indah dan menusuk hati saya…setiap kali hati saya di usik..saya pasti akan mencari kata-kata ustaz yang dapat menenangkan hati saya…Alhamdulillah…saya perolehi ketenangan yang saya cari…terima kasih,,,

  • aini ahmad

    assalamualaikum ustaz

    ustaz sy tak thu ap yg patut sy buat…sy rasa jiwa sy kosong even sy solat cukup, mengaji selalu, cuba utk brsyukur dgn ap yg ad dan redha dgn brmcam2 ujian..sy ad perasaan yg mengatakan kehidupan sy diabaikan oleh Allah…kdg2 sy rasa sgla amalan kebaikn yg sy laksanakan Allah tak pandang pun…sgla doa2 yg sy selalu pohon dgn brmcm2 hajat seolah2 ad hijab mcm x smpai..sy rasa sgt sedih dan boleh dikatakan sy selalu menangis smbil bristighfar dlm hati..sy cuba brsgka baik dgn Allah tp still terasa mcm sy ni Allah still x pandang pun…menyebbkan sy rasa sebab tu la life sy skrg mcm x menentu..keje tak tetap n dan hubungan dgn family agak jauh..sy rs mcm xde org pun yg faham sy…tp sy tetap cuba meneruskn khidupan ini…adakah ini disebabkan oleh dosa2 yg sy lakukan krn sy ni hanyalah manusia biasa yg memang akan mmbuat dosa…sy harap ustaz dpt bg nasihat mcm mana sy nak hapuskan peraasaan trabai ni..sy takut sgt sebab sy rasa kalau Allah tak pandang sy sapa lg yg nak pandg dan tolong sy…semoga sy sntiasa brada dlm iman dan islam…

  • Che Pah

    Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan

  • gentarasa

    Salam, sabarlah anakku. Dalam apa jua keadaan Allah sedang mendidik kita. Kekadang kita tidak terasa dididik tetapi seakan rasa didera. Itulah lemahnya kita sebagai hamba Allah. Yang kita hendak yang manis-manis sahaja. Sedangkan yang manis itu membahayakan. Allahberikankita yang pahit kerana itu ubat. Teruskan perjuanganmu pasti ada kemanisan dan keindahannya nanti. Amin.

  • SmiLe JuNe

    Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan…
    Sgt Mendamaikan hati…..credit to Ust Pahrol

  • Waniey Qadir

    DaripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali…Bersyukurlah dengan apa yang ada…

  • akak

    Jazakallah hu khairan ya Ustz.
    Tenang rasa hati membaca tulisan Ustz… ‘berdamai dgn takdir’ (cantik ungkapan tu) kerana takdir kita adalah yg terbaik utk kita. Saya pernah bertanya pada diri, kenapa tak tercapai apa yang dihajati setelah sgala usaha diberi…. tapi saya sedar sekarang, apa yg dihajati itu bukan yg terbaik utk dijulang…. mana mungkin saya lebih tahu apa yg terbaik utk diri saya melebihi pengetahuan ‘Pencipta’ saya sendiri….. yakinlah saya kini, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih dan Penyayang tidak akan sekali2 mensia2kan… yakinlan padaNya dan redhalah dgn ketentuanNya…. (pesanan utk diri yg selalu lupa ini).

  • Norlia

    Assalamualaikum ustaz….

    Saya cuba untuk memahami takdir yang telah di tentukan untuk saya. Cuma kadang-kadang saya tertanya, mengapa takdir saya begini dan begini? Apa yang terlintas di fikiran saya adalah takdir saya begini mungkin ada sesuatu yang Allah ingin saya lakukan (kebaikan). Masalah saya adalah saya tak mampu untuk melakukannya.

    Sekarang saya menghadapi masalah dengan rakan serumah yang mana dia bercinta dengan suami orang. Yang menyebabkan saya rasa kurang senang adalah, cara mereka bertemu dan pakaian yang di pakai oleh rakan saya sekiranya keluar dengan lelaki tersebut.

    Hati saya terdetik untuk menegur perbuatannya, tetapi bila mengenangkan diri saya sendiri mempunyai banyak kekurangan dan bukan lah dari kategori muslimah solehah, saya pendamkan niat saya walaupun saya tak suka dengan apa yang berlaku.

    Saya harap ustaz dapat bagi pandangan tentang masalah saya.

  • andrea hana

    assalamualaikum
    takdir itu indah…. sejak dari sekolah rendah sy bercita2 utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. tidak tahu di mana silapnya, sy mulai sakit semasa berada di tingkatan 1 menyebabkan sy mudah lupa, hilang fokus dan tidur dlm kelas. sejak dari itu sy mengalami kesukaran dlm bljr. walaupun begitu sy berjaya ke universiti tempatan slps tamat tingkatan 5. sy masih lagi kecewa kerana tidak dapat ke luar negara spt rakan seperjuangan. pada cuti semester 2 di universiti, ayah sy meninggal dunia. rasa syukur sgt sbb ayah pergi sewaktu sy bercuti dan sempat bersama ayah utk tmpoh yg lama sebelum itu. sy ditakdirkan menamatkan pelajaran setahun lewat dari rakan2 yg lain. sungguh perit sy rasakan. sebaik tamat belajar, sy tinggal dgn ibu sementara mendapatkan pekerjaan. berbulan telah berlalu, namun belum dapat pekerjaan. lebih kurang 6 bulan bersama ibu, ibu pergi buat selamanya. oleh kerana sy tidak bekerja, sy mengambil alih tugas ibu sampaikan ibu cakap badannya naik kerana banyak berehat semenjak sy berada di rumah. sy bersyukur lg kerana dapat berbakti kepada ibu sehingga akhir hayatnya. alhamdulillah. terima kasih ya allah atas aturan Mu itu. mmg pahit pada awalnya, namun kemanisan diakhirnya mmpu menghilangkan kepahitan itu.

  • al bukhari

    doa dan usaha sentiasa mengikut takdir bkn takdir yg mengikut doa dan usaha… pada awalnya takdir mmg pahit tp akhirnya ia mjadi manis…insya Allah

  • sumayyah

    melalui cabaran hidup dengan bersangka baik dan redha..disusuli dengan doa2

  • Aleda

    terima kasih, ustaz..

  • jiba

    saya mohon share dekat blog ya ustaz..sy bnyak membaca n mencari kekuatan, tp bila kesdihan itu dtg di fikiran lg, apa yg sy baca n kumpul, mcm xda ustaz…sy takut sgt jadi org yg rugi….dan bersedih atas takdir smpai bila2..sy takut sy memberontak pd takdir…entry ustaz sgt baik…bila membacanya, sy tersedar sejenak…berdamailah dgn takdir..

  • noor amilia

    Saya mengaku saya ketogori L. Macam belajar bawa keta. Tk ayahanda, ajar bawa keta. .

  • siti

    terima kasih ustaz..

  • Mui

    Hidup nie memang dah tak de kebahagiaan erk…hidup susah,nak mati susah,macam mana nak hilang,aku tak pernah wujud..

  • ainul

    Assalamualaikum. Terimakasih sudah berbagi ilmu ustadz. Ketika baca tulisan ustadz, hati saya tenang, tapi tidak lama kemudian resah lagi. Ustadz saya sedang bingung sekali. Tidak tahu harus melangkah kemana, semuanya seakan2 salah dan dosa. Ketika melangkah kesini, mereka menganggap saya salah, ketika melangkah kesana ada pihak lain yg menyalahkan. Saya merasa setiap langkah saya adalah dosa. Bahkan ketika ibadahpun selalu terngiang2 dosa, hingga kadang membuat saya berhenti dalam ibadah.

  • ainul

    Assalamualaikum. Terimakasih atas ilmunya ustadz. Bolehkah saya sedikit sharing ke ustadz lewat sini, karena saya tidak tahu mau sharing lewat mana. Ustadz saya sedang bingung. Saya tidak tahu langkah apa yg harus saya ambil. Ketika melangkah ke 1 arah, dinilai salah oleh 1 pihak, n saya pun merasa dosa, ketika melangkah ke arah lain, juga dinilai salah oleh pihak yg lain. Semua yg saya lakukan seakan2 salah n dosa. Bahkan kini ibadah pun tidak semangat karena berfikir hal itu percuma. Thanks

Leave a Reply

%d bloggers like this: