RSS

KATA-KATA SELEMBUT RASA CINTA

20 Dis

Apabila Allah inginkan kebaikan kepada sebuah rumah tangga, maka dberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya.

Itulah petanda yang sangat ketara dan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka tetapi bagi orang lain yang melihatnya.

Cinta dan kasih sayang umpama mentari, cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada bersama kita. “Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka ia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim)

Malangnya, kini semakin sering terdengar betapa kelembutan itu semakin hilang. Tutur kata yang kasar, bahasa yang kesat dan suara yang tinggi sudah semakin lumrah di antara suami isteri.

Mengapa suami ku suka membentak? Mengapa sejak akhir-akhir ini isteri ku sudah mula menjerit-jerit? Suaranya menjadi tinggi, bahasanya menjadi kesat sekali, mengapa? Itulah antara keluhan yang samada diluahkan atau dipendamkan dalam sebuah rumah tangga.

Ah, betapa manusia semakin lupa bahawa sifat lemah-lembut itu bukan sahaja diperlukan di dunia, bahkan diperlukan di akhirat. Syurga itu disedikan untuk mereka yang lemah lembut dalam sikap dan tutur kata. Rasulullah saw telah bersabda: “Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR. Tirmidzi)

Mengapa frekuensi suara pasangan suami isteri boleh meninggi? Mana bisikan cinta dan luahan rasa yang mendayu-dayu seperti mula-mula dahulu?  Mengapa suara dinyaringkan padahal jarak fizikal antara mereka begitu hampir? Ya, mengapa perlu menjerit dan membentak pada hal mereka cuma duduk bersebelahan? Apakah telinga sudah tuli atau lidah kehilangan tenaga untuk berkata-kata?

Jawabnya mudah, itu semua kerana hati telah menjauh. Walaupun jasad masih dekat, jeritan, bentakan dan herdikan diperlukan apabila dua hati sudah menjarak. Justeru, hanya jeritan nyaring sahaja mampu merentasi jarak dua hati yang telah jauh itu!

Berbeza jika cinta masih ada dan menyala-nyala. Ketika itu dua hati masih berpadu. Satu bisikan sudah cukup untuk memperdengarkan dan didengari. Jarak cinta masih sangat hampir. Cuba bayangkan sepasang suami isteri yang asyik dilamun cinta, suara mereka berbicara hanya didengar oleh mereka berdua. usteru. ‘alat komunikasi’ yang sebenarnya bukan gajet-gajet teknologi tetapi hati.

Hati adalah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat hati itu bersih. Cuba lihat bagaimana cara orang-orang soleh berkomunikasi dengan Allah lewat doanya. Suaranya perlahan, lembut, mendayu-dayu, merayu-rayu, penuh rasa harap dan malu.

Firman Allah:“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”  (Al-A’raf 55-56)

Dan itulah jua asas dan teras komunikasi Allah dengan hambaNya. Sabda Rasulullah s.a.w:  “Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Al Bukhari dan Muslim). Oleh kerana itulah nama-nama Tuhan sangat rapat dengan sifatNya yang Maha Lembut- Ar Rahman, Ar Rahim, Al Latif, Al A’fu, Al Ghafar dan lain-lain.

Perlu diingat, komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut, tetapi menggunakan mata dan hati. Kita perlu memandang orang yang sedang berdepan dengan kita. Jangan hanya kata-kata kita tujukan kepadanya. Pandang dengan kasih sayang. Hati itu jendela bagi hati. Justeru, pertautan mata bermakna pertautan hati. Bahasa mata dan hati inilah yang dikenali sebagai bahawa rasa.  Itulah bahasa  sejagat yang  mempunyai nada dan melodi yang sangat harmoni.

Mata sangat diperlukan dalam komunikasi cinta. Oleh itu pandanglah mata pasangan kita, lalu berbicaralah dengan mata dan kata-kata, pasti hati kita dan dia akan bertaut… Ya, sekiranya di hati kita berdua masih ada cinta.

Namun, jika kita tidak mampu lagi merenung matanya,  dan bicara kita hanya dengan kata-kata dan telinga, itu petanda cinta sudah terguris. “Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Pasti ada yang tidak kena di mana-mana. Cuba lihat orang yang berbohong, cuba amat-amati orang yang khianat, dan telitilah sikap orang yang benci, mereka tidak akan mampu menatap mata orang yang mereka bohongi, khianati dan benci. Maka begitulah bila mata tidak turut serta dalam komunikasi antara suami dan isteri, salah seorang atau keduanya, besar kemungkinan sudah terguris hatinya!

Cuba baca sejarah Rasulullah yang agung. Bagaimana baginda berbicara dengan sesiapa sahaja di hadapannya. Matanya, gerak tubuhnya, bahasanya begitu meyakinkan. Orang yang menjadi teman bicaranya rasa dihargai, disayangi dan diberi perhatian. Bila baginda berpaling, baginda memalingkan keseluruhan badannya (bukan hanya mukanya).

Nada suaranya lembut kecuali apabila menyampaikan nasihat tentang neraka dan ancaman-ancaman dosa. Matanya merenung penuh kasih. Baginda bukan hanya menghantar mesej pakej komunikasinya sepadu dengan rasa kasih-sayang, empati, dan cinta. “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran: 159)

Para suami dan isteri, contohilah hati Rasulullah yang penuh cinta, insyaAllah akan lembutlah suara dan harmonilah kata-kata. Meskipun peribadi baginda terlalu tinggi untuk didaki, tidak mengapa… jika kita sekadar mampu meniru ‘di hujung kuku’.

Cuba hayati nasihat Rasulullah ini. Anggaplah Rasulullah sedang mengingatkan kita ketika baginda menasihati isterinya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR. Al-Bukhari)

Tidak ada insan lain yang paling berhak mendengar suara cinta dan bahasa kasih kita melainkan pasangan kita! Jangan berikan pada insan lain, sebelum kita berikan kepada suami atau isteri kita.     Jika tidak, hati pasangan kita akan ‘lari menjauh’ walaupun mungkin tubuh badannya masih sebumbung dengan kita. “Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Qs. Ali Imran: 159)

Janganlah memperdengarkan jeritan jika bisikan sudah mampu didengar. Bahasa adalah jiwa bangsa – maksudnya, bahasa itu boleh menggambarkan jiwa. Walaupun sifat hati tidak ketara tetapi kata-kata akan membuka rahsia. Jika hati baik, tutur kata menjadi lembut, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. Jika hati jahat, tutur kata menjadi keras, bahasa menjadi kasar dan nadanya menjadi celaru.

Kita hanya merosakan diri sendiri dengan bahasa yang kasar berbanding orang yang kita tujukan kata-kata itu. Bahasa yang kasar datang daripada kebencian. Sesungguhnya kebencian itu akan merosakkan diri  sendiri berbanding dengan orang yang kita bencikan. Sebaliknya jika bahasa kita baik, itu datang dari rasa cinta. Dan cinta akan memberi kebaikan kepada diri  sebanyak mana yang akan diterima oleh orang yang kita cintai!

Dalam Al-Quran ALLAH memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44:
“Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”. Ya, para Rasul wajib menebarkan rasa kecintaan bukan kebencian.

Oleh Rasulullah saw telah bersabda:  “Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada sifat-sifat yang lainnya.” (HR. Muslim)

Cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa. Cinta adalah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. Cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi. Justeru kita boleh mencintai Allah, yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya. Kita boleh mencintai Rasulullah yang hidup ribuan tahun yang lalu. Kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama silam yang tidak hidup sezaman dengan kita.

Itulah ajaibnya cinta. Ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di hati, yakni ‘raja’ dalam kerajaan diri manusia. Apabila ada cinta, kita boleh berkomunikasi dan berintraksi walaupun dengan alat-alat perhubungan yang terhad. Cinta menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga.    Namun, apabila tidak ada cinta… segalanya akan lesu dan kaku. Hati hilang keinginan, hasrat dan tenaga untuk  berkomunikasi dengan tulus, telus dan harmoni.

Bila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itulah petanda cinta itulah yang sebenar telah hilang! Tanpa cinta kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa… Bukankah makna cinta itu hadir dulu di dalam jiwa, kemudian barulah lahir ungkapan, aku cinta pada mu!

 

 
23 Komen

Posted by di 20 Disember 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

23 responses to “KATA-KATA SELEMBUT RASA CINTA

  1. maz

    21 Disember 2011 at 11:15 am

    alhamdulillah…cetusan yang sangat menarik dan menyentuh perasaan..terima kasih ust..

     
  2. Kak Long

    21 Disember 2011 at 11:51 am

    Diam itu lebih baik dari berkata-kata jika kelembutan kata-kata itu mengasyikkan dan menjauhkan diri kita dari Allah…. :).

     
  3. Muhammad

    21 Disember 2011 at 12:13 pm

    Rasulullah SAW berpesan daam satu hadisnya.. terdapat 7 golongan yang akan mendapat naungan arasyNya pada hari tiada naungan Arasy Nya.. salah satunya adalah dua lelaki yang bertemu dan berpisah keranaNya.. Moga-moga cinta kita hanya keranaNya.. Insya Allah

     
  4. kirodean

    21 Disember 2011 at 12:23 pm

    Alhamdulillah. Biiznillah, tazkirah ini telah membelai hati saya. Mampu membasahi kekasaran dan kekerasan rasa. Lantas melembutkan dan melunakkan naluri hati ini. Semoga Allah memberikan nur hidayah serta kekuatan untuk ustaz menukilkan pelbagai tazkirah seumpama ini lagi. Terima kasih ustaz :)

     
  5. im

    21 Disember 2011 at 1:09 pm

    benar belaka segala isi entri diatas…but after 20 years of marrriage no words of saying I love you is spoken to each other…strange…but we live joyful and peaceful ever….maybe it’s our hearts quietly spell the love .Alhamdulillah.

     
  6. aya ameena

    29 Disember 2011 at 1:51 pm

    alhamdulillah…terjawab sudah kenapa sejak akhir-akhir ni asyik tinggi suara dgn suami…mmg benar hati ini terguris dgn sikap suami…walau bagaimana pun sy akan cuba perbaiki dan pulihkan rasa cinta ini supaya bukan sahaja fizikal kami dekat tapi hati kami juga dekat mcm kata ustaz.terima kasih atas nukilan ini.

     
  7. srikandi

    30 Disember 2011 at 12:48 pm

    Dan diam juga adalah yang terbaik bila berkata-kata itu akan mengguris dan mencalar hati . Semoga Allah ampunkan diri yang sentiasa diuji dan diduga. hanya pada Mu ku berserah

     
  8. 21mah

    5 Januari 2012 at 2:51 pm

    Allahu Akbar..Kena banyakkan mujahadah hati lagi nih..

     
  9. gayah

    6 Januari 2012 at 8:35 pm

    aku sentiasa merindui kata-kata cinta selembut sutera yang lahir dari bibirnya yang manis kerana cintaku padanya tak pernah pudar…

     
  10. Ana Muslimah

    9 Januari 2012 at 12:20 pm

    alhamdulillah…syukran ya ustaz…panduan sgt berguna dlm rumahtangga. ^_^

     
  11. Khairudin Maliki

    12 Januari 2012 at 4:56 pm

    Saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz tidak lama dahulu. Beliau berkata, salah satu kelebihan Nabi Harun adalah bijak berkata-kata. Dengan kelebihan itu, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Musa agar meminta bantuan Nabi Harun untuk ‘mempengaruhi’ Firaun agar beriman kepada Allah SWT ( Walaupun Allah SWT telah mengetahui Firaun tetap fasik walau macam mana cara mempengaruhinya beriman pun)

    Bukanlah saya nak menceritakan kisah Firaun dan Nabi Musa atau Nabi Harun disini. Tetapi saya nak menceritakan agar kita sentiasa bijak berkata-kata apabila bersama keluarga. Jika anda sebagai seorang suami, fikirkan dulu sebelum nak cakap apa2 terutama apabila isteri anda ada buat sesuatu yang anda tidak suka.

    Untuk pengetahuan, sesuatu yang halal yang Allah SWT paling benci jika anda sebagai suami lakukan adalah T.A.L.A.K @ C.E.R.A.I. Minta dijauhkan 2 perkataan ini diucapkan atau dibincangkan apabila anda bersama isteri. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda tersasul cakap apabila marah. Anggap jer 2 perkataan tadi sebagai ‘pintu syaitan’ untuk menewaskan anda.

    Selagi anda tidak berbicara 2 perkataan itu dalam hidup, selagi itulah ‘pintu syaitan’ akan tertutup. Ia hanya akan terbuka apabila anda selalu berbicara mengenainya. Pesan pada isteri anda,, jangan sesekali bercakap atau bercerita tentang 2 perkataan itu apabila bersama anda. Cakap kat dia, 2 perkataan itu adalah paling anda benci dengar.

    Jika anda benci apa yang Allah SWT benci (C.E.R.A.I / T.A.L.AK) dan anda suka apa yang Allah SWT suka (K.A.H.W.I.N / N.I.K.A.H), buat betul2… Jangan main2… Pesanan saya, jangan biarkan selubang pun ‘pintu syaitan’ terbuka… Jaga bicara anda dan berlemah-lembutlah layan isteri. InsyaAllah… Anda dan keluarga akan sentiasa dipelihara-Nya. Yosh!

     
  12. akak

    17 Januari 2012 at 1:27 am

    Puitis sungguh kata2 utz, rasa seperti sedang bercinta pula… itulah indahnya bahasa..
    Namun “cinta suatu pengorbanan” membuatkan ada yang hampir terkorban! dan jika diuji dengan ketidaksefahaman, lantaran kurang kualiti kommunikasi insan, memang rasa nak pengsan! – Justeru tambahkanlah kammunikasi dengan ‘pencipta insan’…. khabarkan kesedihan dan bicarakan rintihan (walaupun ‘pencipta insan’ telah sedia tahu segala cerita malah yang lebih terkedepan)
    - Akhirnya ditemui yang dicari, rupa2nya bukan cinta si dia lagi… tapi cinta yang lebih hakiki, iaitu cinta Ilahi…. berbaloi juga ketidaksefahaman yg dulu dianggap bebanan…. rupanya suatu pemberian!

     
  13. Fadzilah

    29 Mac 2012 at 10:40 pm

    Assalamualaikum

    Ustaz, saya minta izin berkongsi tulisan ustaz, pada blog saya dgn memasukkan link blog gentarasa.
    Tulisan yg sarat dengan ilmu ini memanfaatkan setiap pembaca yg singgah di blog ustaz.

    Terima kasih ustaz.

     
  14. Hendra pratama

    7 Jun 2012 at 10:27 pm

    Cintailah orang tuamu sblm u mncntai orang lain.ciumlah tangan orang tuamu sblm u mencium tangan orang lain. Taks tas kata2 lmh lmbut nya.q jd ngerti cara orang berkeluarga.

     
  15. Izzah

    17 Jun 2012 at 1:57 pm

    Macam mana bila kita sudah luahakan perasaan kita kepada dia,tetapi dia tidak menerimanya?dan dia memalukan seseorang itu dengan menghebohkan yang die tidak suka pada dia?

     
  16. Khalil bin abdullah

    19 Ogos 2012 at 4:57 pm

    Cnta mmbunuhkan ktulusan,kepercayaan dan pengertian

     
  17. adlin

    3 September 2012 at 6:22 pm

    assalamualaikum ustaz

    kenapa sukar melmbutkan hati yang marah, benci, walaupun selalu berzikir, bertaubat kepadaNya… namun dalam hati masih ada perasaan marah, benci….. sehinggakan mencacatkan pergaulan, menjejaskan prestasi…..bagaimana mahu mendidik hati sedangkan seseorng itu bersolat, mengaji..

     
  18. Honey Solehah

    29 September 2012 at 6:38 am

    Syukurlah kerana Allah telah mencipta CINTA utk kita…..terima kasih Allah!! MAy Allah grants u His Jannah :)

     
  19. maza

    11 Oktober 2012 at 1:22 pm

    Salam ustaz. Mohon dikongsi artikel ini didalam blog saya. Terima kasih.

     
  20. nurul

    20 Disember 2012 at 1:29 pm

    secara jujurnya.. aura ustaz dalam menyampaikan melalui penulisan mampu memberi impak kepada diri saya yg lemah ini.. :)

     
  21. ferdi redox

    3 Februari 2013 at 11:53 am

    jujur ajha pasti allah tw dgn yg kita katakan

     
  22. latiffah

    14 Mac 2013 at 10:40 am

    Salam. Terima kasih. Izinkan saya download untuk koleksi

     
  23. razali

    18 Jun 2013 at 8:38 pm

    ustaz pandai bermain kata-kata.. best, menarik minat pembaca hehe

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,165 other followers

%d bloggers like this: