RSS

SEIMBAS TENTANG POLIGAMI…

10 Jan

Saya pernah mendengar secara langsung bagaimana seorang isteri dianiaya oleh suaminya yang berpoligami. Sudahlah selama ini dia membantu suaminya menyara keperluan keluarga (gajinya lebih besar daripada suami), tiba-tiba suami bernikah lain tanpa pengetahuannya.

Dan sejak itu suami jarang pulang ke rumah. Jika pulang pun, hanya sekali-sekala, itupun kerana ‘mengecek’ wang isteri pertama. Isteri yang selama ini berkorban, terus terkorban… bertahan cuma untuk membesarkan anak-anak. Tidak ada kebahagiaan lagi.

Ada pula saya temui lelaki ‘handsome’ yang sihat, kaya, baik tetapi terhimpit oleh masalah ‘dalaman’ apabila isterinya tidak sudi melayaninya lagi. Sukarnya untuk memahamkan isteri akan cabaran-cabaran lelaki yang ingin menjadi muslim sejati dalam dunia yang penuh godaan dan cabaran ini. Isteri tidak pula sudi membantu untuk mengurangkan beban cabaran itu. Bersoleklah, berhiaslah dan jagalah penampilan diri… Berzina? Tidak terlintas sama sekali. Hendak berpoligami? Jangan harap. Alamat perang saudaralah nanti!  

Sekali-sekala saya terjumpa lelaki berpoligami yang begitu bijak dan sabar mengendalikan bahtera rumah tangga. Anak-anaknya ramai tetapi terdidik dengan baik. Isteri-isteri terurus dan terkendali dengan stabil. Perjalanan ‘rumah-rumah’ tangganya yang agak sempurna dan lancar, lebih baik daripada perkahwinan monogami oleh sesetengah lelaki yang lain. Jika demikian, dia layak memimpin beberapa orang wanita, detik hati saya.

Sering saya temui, lelaki yang hidupnya tunggang langgang. Anaknya hanya seorang, isterinya hanya satu… tetapi kendali hidupnya sungguh celaru. Hidup tanpa tanggung jawab. Dia masih tebal dengan budaya hedonisme dan berpeleseran dengan mengekalkan momentum zaman bujangnya. Hati saya tertanya-tanya, mengapa agaknya dia berkahwin? Apa tujuannya? Dia menyiksa dirinya dan orang di bawah tanggungannya. Usahkan berpoligami, bermonogami pun dia tidak layak!

Lalu hati saya berkata… semuanya bergantung kepada iman. Tidak kira poligami atau monogami, lelaki yang beriman dapat mengendalikannya dengan baik. Ada yang berbahagia dengan seorang isteri… ya itulah yang normal. Namun, sekali-sekala terjadi juga yang ‘kadang-kadang’, ‘jarang-jarang’, berbahagia pula dengan dua, tiga atau empat isteri. Allah Maha Mengetahui, di sebalik segala takdirnya, ada bahagia… sekiranya ada iman yang kukuh dan teguh di dada.    

Justeru, apabila ada kalangan pengunjung blog meminta saya menulis tentang poligami, saya persembahkan tulisan di bawah dengan rendah hati… Ya, Allah. Bantulah kami memahami tentang hukum poligami ini. Ya, saya akan menulis lebih panjang lagi tentang subjek ini. Namun buat sementara terimalah tulisan di bawah sebagai muqaddimahnya:  

MENYINGKAP MISTERI BERPOLIGAMI

Poligami, sering dianggap satu subjek yang ‘taboo’. Membincangkannya akan menyebabkan berlakunya pergeseran pendapat yang agak ‘sengit’ dikalangan umat Islam sendiri. Malah sering juga musuh Islam mengambil kesempatan mengecam Islam dan Nabi Muhammad kerana poligami.

Namun, realitinya poligami dalam Islam adalah satu praktik yang telah lama berlaku yakni sejak zaman Rasululullah s.a.w sehinggalah kini. Rasulullah s.a.w, Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan lain-lain para sahabat telah mengamalkannya. Ini menunjukan poligami memang boleh diamalkan.

Tindakan Nabi Muhammad saw melarang Sayidina Ali berpoligami tidak bermakna baginda melarang poligami.  Memang benar Rasulullah s.a.w melarang Sayidina Ali menduakan puterinya. Baginda amat marah mendengar ura-ura Sayidina Ali hendak berpoligami lalu masuk ke masjid dan menaiki mimbar sambil berseru: “Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Talib. Ketahuilah aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Talib menceraikan puteriku terleboih dahulu. Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku.”

Namun hadis ini  difahami dan diperjelaskan secara berbeza oleh para ulama. Berdasarkan Imam Nawawi, fokus utama hadis ini bukanlah berkaitan poligami secara umum tetapi ia berkaitan dengan hasrat Sayidina Ali memadukan isterinya Siti Fatimah binti Muhammad saw dengan puteri Abu Jahal.   Ini diperjelaskan lagi oleh sabdanya sebagai kesinambungan daripada hadis yang pertama: ”Dan sesungguhnya aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak  pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah jangan sekali-kali bersatu puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah.”

Manakala pihak yang kurang setuju dengan poligami pula mendakwa hadis ini menunjukkan Rasulullah juga mencegah poligami kerana kesedihan Siti Fatimah apabila hendak dimadukan oleh suaminya. Ini membuktikan kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh dianggap remeh. Ia perlu dititik-beratkan oleh para suami yang hendak berpoligami.

Pihak ini juga berpendapat jika para Ummul Mukminin (isteri-isteri Nabi Muhammad) juga mempunyai rasa cemburu, apatah lagi wanita biasa. Justeru, cemburu tidak dapat dielakkan oleh para wanita yang dimadukan maka wajar berpegang kepada prinsip “bahagiakan dirimu dengan satu isteri’!

Kita boleh memanfaatkan perbezaan dua pandangan ini sekiranya kita mampu mengamalkan sikap berlapang dada, menjauhkan sikap prajudis, emosional dan prasangka. Kedua-dua pandangan itu sepakat tidaklah melarang (mengharamkan) poligami. Cuma satu pihak agak ‘bertolak ansur’ dalam pelaksanaannya jika keadaan memerlukan. Manakala satu pihak pula sangat rigid dalam pelaksanaannya yakni apabila keadaan sangat mendesak dan dengan syarat-syarat yang ketat pula!

Kedua pandangan ini sebenarnya boleh dijadikan ‘check and balance’ agar poligami tidak dieksploitasi oleh golongan yang berkepentingan dan tidak pula menyekat golongan yang benar-benar memerlukan, sanggup berlaku adil dan punya kemampuan dari segi material, fizikal dan rohani untuk melaksanakannya.

Poligami bolehlah diumpamakan pintu kecemasan dalam sebuah pesawat terbang. Hanya apabila berlaku kecemasan, pintu itu benar-benar diperlukan. Iktiraflah keberadaan dan keperluannya. Apa yang lebih penting ialah mencapai tujuan suatu perkahwinan dengan niat kerana Allah dan melalui kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw,  tidak kira samada perkahwinan itu monogami atau poligami.

Sesungguhnya kehidupan Rasulullah saw bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun telah meletakkannya sebagai role model yang bersifat multi dimensi dan holistik. Majoriti umatnya yang bermonogami boleh belajar bagaimana menghadapi seorang isteri dengan penuh kesetiaan. Manakala minoriti umatnya yang berpoligami juga boleh menteladani Rasulullah dalam meratakan keadilan di kalangan isteri-isterinya.

Itulah indahnya Islam yang dapat dilihat secara tersurat dan tersirat. Dan diantara keindahan itu terserlah melalui amalan poligami terutamanya yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw sendiri.

About these ads
 
52 Komen

Posted by di 10 Januari 2012 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

52 responses to “SEIMBAS TENTANG POLIGAMI…

  1. Kiemiftah (Ahmad Zaki bin Amiruddin)

    11 Januari 2012 at 3:24 am

    Sangat bernas dan adil jawapan ustaz ini..
    Adil yang bukan diertikan saksama, tetapi sangat kena pada situasinya!

    Ramai yang menggunakan hadis itu sebagaimana ustaz nyatakan dalam menolak/menjadikan syarat-syarat ketat poligami, bahkan ada yang meletakkan penceraian lebih baik daripada membenarkan suami berpoligami, dengan alasan takut-takut akan ada perasaan cemburu yang membuak sehingga merosak diri, tidak kurang juga yang beraliran pandangan ini, cuba menyatakan poligami bukanlah sunnah, tetapi rukhsah.

    Walaubagaimanapun, secara adilnya, jika mongami itu sunnah 25 tahun dan telah ramai membuktikan keberjayaan dalam mengikut sebagaimana Nabi SAW tunjukkan, maka diharapkan juga akan wujud seramai itu yang mana bakal membuktikan keberjayaan sunnah 10 tahun Nabi SAW agar tidak dipinggirkan sunnah tersebut.

    “Sunnah untuk dipelajari, difahami dan dihayati, bukan untuk dipinggiri dan dianaktiri”

    Wallahu’alam.

     
  2. ummu ammar

    11 Januari 2012 at 8:46 am

    Salam ustaz,

    Terima kasih atas sedikit pencerahan..saya nantikan kupasannya di Solusi, kalau ada :)
    Kadangkala, suami saya bawa juga perbincangan tentang poligami. Pada mulanya, saya memang akan rasa marah dan sangat terganggu..
    Tapi kata suami, dari hatinya dia memang tiada lagi niat untuk berpoligami kerana sedar kekurangan diri, cuma mahu berbincang supaya saya mampu menerima hukum Allah ini dengan hati yang redha..
    Itu membuat saya sedar, Allahlah yang menghalalkan poligami. Sangat tidak wajar saya meng’haram’kannya kerana mengikut emosi dan nafsu sendiri..
    Tapi, itu tidak bermakna saya akan ok2 saja jika dipoligami..kerana itu memerlukan mujahadah yang sangat tinggi, sedangkan saya masih bertatih di jalan mujahadah..Apapun, doa saya supaya Allah tidak memberi saya ujian yang tidak sanggup saya pikul..

     
  3. Rabiatul Adawiyah

    11 Januari 2012 at 10:44 am

    Takkanlah Rasulullah nak memadukan Siti Khadijah sendiri yg banyak membantu dan mengeluarkan harta untuk Rasulullah ke jalan Allah.

     
  4. syahira hozami

    11 Januari 2012 at 2:04 pm

    alhamdulillah terasa terjawab persoalan sedikit sebanyak mengenai poligami. mohon share :)

     
  5. MAH

    11 Januari 2012 at 2:48 pm

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Memang sudah ketentuan Allah SWT dua orang perempuan yang paling dikasihinya oleh Rasulullah SAW iaitu Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah tidak mengalami hidup berpoligami (iaitu tidak tergolong dalam mereka yang akan mendapat payung emas).
    Ketentuan Allah SWT sahajalah berlaku di mana perempuan yang baik-baik tidak menjadi madu kepada Saidatina Fatimah ( dan juga Saidatina Khadijah). Ada satu tandatanya di fikiran saya iaitu adakah Saidina Ali memiliki hamba perempuan yang pada zaman tersebut halal bagi dia untuk melakukan persetubuhan?Jika jawapannya tidak semua ini ketentuan Allah SWT.

    Tentang poligami saya hormati keputusan para ibubapa yang merestukan anak-anak perempuan mereka menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat. Namun saya akan tersentak bilamana seorang bapa yang mengamalkan poligami tidak membenarkan anak perempuannya hidup bermadu meskipun yang masuk meminang itu adalah orang baik-baik.

    Ya Allah! berilah aku kekuatan untuk mengizinkan puteri-puteri hidup bermadu jika itulah yang TERBAIK bagi mereka.

     
  6. yang ikhlas

    11 Januari 2012 at 10:52 pm

    Salam ustaz, apa khabar? sihat ke?

    Poligami atau monogami sama je kedua-duanya tetap akan diuji untuk melihat siapakah yang paling baik amalannya. Apa pun fikirkanlah yang terbaik untuk mendapatkan yang paling baik di negeri akhirat.

    Kalau bermasalah macam yang ‘handsome’ lagi kaya tu, eloklah bawa isteri tu ke Mekah untuk menunaikan haji. Manalah tau di sana nanti berjumpa jawapannya atau si isteri berubah menjadi lembut hatinya lalu mengizinkan sang suami berpoligami. Kalau tak selesai juga, pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri demi mencapai yang paling baik untuk akhirat yang kekal abadi.

    Semoga di permudahkan segala urusan.

     
  7. gentarasa

    12 Januari 2012 at 7:22 am

    Salam Mutiara,
    Semoga Allah mengurniakan anda kesabaran yang tinggi. Diberi kekuatan iman, sehingga mampu menghadapi ujian ini. Telah berkali-kali saya pesankan untuk diri sendiri dan orang lain, bahawa cinta bukan Tuhan! Tidak kira ia cinta pertama atau sebagainya. Cinta UTAMA lebih utama dari cinta pertama. Hakikatnya, memburu cinta pertama dengan menggadaikan cinta utama akan membawa kita kepada kekecewaan. Percayalah. Cinta pertama yang bukan kerana Allah hakikatnya cinta fatamorgana… dari jauh nampak indah, bila dimiliki pasti mengecewakan.

    Bersabarlah, jika di dalam hati masih kuat pengharapan untuk kembali seperti biasa. Kekadang orang ‘mabuk cinta’ mengambil masa untuk siuman semula. Usaha membina rumah tangga bahagia di atas kehancuran rumah tangga orang lain tidak akan berjaya.

    Anda cuma dapat mengawal diri anda. Oleh itu dekatilah Allah… inilah masa serius dengan Allah. Allah menguji untuk anda kembali pasrah dan menyerah pada-Nya. Tandingilah mereka dalam urusan akhirat. Kalahkan mereka dalam memburu cinta Allah. Bila Allah sudah cinta… pasti ada jalan keluar daripada kemelut ini. Jaga solat, kuatkan mujahadah, banyakan berdoa, istighfar dan paling utama berselawat… InsyaAllah ada cahaya menunggu anda. Amin.

     
  8. ibu

    12 Januari 2012 at 8:22 am

    asalamualaikum ustaz.Saya nak kongsi sikit dengan puan mutiara- saya ada baca dalam
    buku doa menjadi pengantin baru setiap hari karangan ustaz zahazan mohamad – Doa ke 12
    terbitan telaga biru( harap puan dapatkan buku itu). Doa ini adalah untuk apabila kita berhadapan dengan perkara rumit dalam rumahtangga- diberi contoh gangguan orang ketiga . Amalkan doa itu sungguh2 dengan sepenuh penyerahan kepada Allah. Kalau boleh masa tahajud atau masa sujud akhir solat pun bagus gak . Atau pun masa hati rasa sangat terluka…. insyaallah dengan penyerahan total Allah akan makbulkan.Kalau tak jumpa buku lagi ayat itu adalah ayat 112 surah al ambiya’ .

     
  9. syed hafiz

    12 Januari 2012 at 3:30 pm

    kepada kakak yg bnama MUTIARA… allah sdg mghapuskan dosa2 akak..
    tggi iman akak allah angkat sbb ujian ini.. kak, cinta suami akak dijaga oleh allah.. jgn risau kak,
    allah nk tgk akak bhagia di akhirat.. trus bdoa kak.. jgn putus asa.. cerita ini allah jadikan, dan jalan cerita ini pasti berakhir dgn bahagia… allah sgt hampir dgn akak ktika ini kak… jgn bhenti bdoa ye kak..
    cintailah pd pemberi cinta.. bkn pd cinta..

     
  10. rin

    12 Januari 2012 at 3:53 pm

    Seawal tahun pertama perkahwinan (semasa saya hamil anak perrtama), Suami telah curang.
    Beberapa kali saya tanyakan, dia nafikan. Saya beri izin tahun 2006. Tetapi, suami tak mahu sebab dia takut saya mintak cerai. Padahal, syarat saya amat mudah. Pertama, saya hendak berjumpa dia tu dan bertanya dia sendiri kesediaan dia untuk berkongsi. Susah dan senang.. Kedua, suami mesti minta restu ibu bapanya sendiri. Bagaimana saya dulu dipinang ibu bapanya, sepatutnya, begitulah juga isteri kedua dia.

    Saya terangkan pada suami, bagi saya, suami adalah anugerah Allah. Tanpa suami, saya takkan dapat zuriat. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. sudah tertulis takdir Allah untuk saya berkongsi. Itu mungkin yang terbaik untuk saya. Kalau kehilangan suami akibat kemalangan atau sakit bagaimana? Atau lebih perit kehilangan anak? Suami boleh kata saya nak perangkap dia,

    Sebenarnya, bagi orang yang tidak berapa kenal saya. Akan anggap saya garang, independent dan keras hati. Hakikatnya tidak. Antara sebab saya izinkan, kerana saya kesian, perempuan tu, tunggu bertahun2 untuk suami saya meminang dia. Alasan suami pada dia dan keluarga belum bersedia.

    Akhirnya pada Ogos tahun lepas, suami saya mengaku dan menyatakan hasratnya.
    Hikmah Allah, semenjak 2006, saya sentiasa berdoa, Allah lapangkan dada saya menerima apa saja ujianNya. Alhamdulillah, pertemuan kami, berlangsung dengan baik. Cuma sedikit halangan daripada keluarga suami.

    Pada masa ni, saya telah nampak kebaikan yang berlaku. Contohnya, kebetulan pada November, suami sakit teruk hingga hospitalised, pembantu rumah pula sedang bercuti selama sebulan, dan Alhamdulliah, cik honey saya (gelaran saya pada dia tu), sanggup tolong jaga anak-anak di rumah.

    Bagi saya yang berada jauh dari extended family, pertolongan dia amat saya hargai. Saya tak pernah mengaku dengan suami, tetapi sedikit demi sedikit, saya mula menyayangi dia seperti saya sayang adik-adik saya. Cik Honey pun terharu dengan penerimaan mak dan adik-adik saya. (Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal).

    Cuma doa dan harapan saya, keharmonian dan kedamaian ini berkekalan. Amiinn.

     
  11. Norbaiti Ridzuan

    12 Januari 2012 at 4:12 pm

    Subhanallah…. Sesungguhnya saya tidak pernah menghalang suami untuk berpoligami… saya pernah menyatakan pada suami tentang keizinan saya sekiranya suami ingin tambah cawangan, tetapi suami tidak mahu… dengan menjawap : “Insya Allah, tidak untuk buat masa ini”… bila ingat2 jawapannya buat saya tersenyum sendiri. Mungkinkah satu hari nanti? andai sudah tertulis saya mempunyai madu satu hari nanti, saya harap madu saya dapat jadi kawan pada saya… :)

     
  12. Khairudin Maliki

    12 Januari 2012 at 4:31 pm

    Terima kasih ustaz di atas perkongsian ilmu ini. Pertama kali, saya mendengar ulasan perihal poligami siap dengan hadis sahih sekali. Ternyata ustaz bukan calang-calang orangnya. Semoga ustaz dirahmati-Nya selalu. Amin…

    Sebenarnya, saya ‘terkesan’ dengan buku2 tulisan ustaz seperti “beduk diketuk” dan “nota hati seorang lelaki”. Alhamdulillah…. tulisan2 ustaz banyak membantu saya sekeluarga. Dan saya mengenali ustaz pun menerusi isteri.

    Jika seorang suami itu ingin mengikut jejak langkah pelakon Saleh Yaakob yang beristeri empat, tiada masalah. Apa yang menjadi masalahnya, anda sebagai seorang suami perlulah berlaku ADIL. Nak tau adil atau tak, tengoklah macam mana MAKLUM BALAS isteri2 anda.

    Jika salah seorang atau lebih daripada seorang itu ada yang tidak puas hati melalui tanda-tanda seperti merajuk, bermasam muka, banyak diam tiba2 dan sebagainya, usahlah diteruskan niat anda itu. Pasal hujungnya nanti merana diri. Lebih merana apabila bakal dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak kerana gagal berlaku adil.

    Ketahuilah…Jiwa seorang perempuan tidak sama dengan jiwa seorang lelaki. Kalau pasal berkongsi harta dan duit, mereka masih dapat bersabar. Tetapi apabila tiba bab perlu berkongsi suami, BUKAN semua perempuan dapat bersabar.

    Kalau dapat bersabar pun, pasti sedikit sebanyak perasaan CEMBURU sesama isteri itu tetap timbul. Dan jika perasaan CEMBURU ini berjaya melebihi perasaan SAYANG, anda sebagai suami berisiko kena ‘attack’ dengan isteri.

    Kalau kena ‘attack’ dengan ciuman atau pelukan kasih-sayang, itu tak apa. Yang risaunya, takut2 isteri anda ‘attack’, simbah-menyimbah asid dan sebagainya macam berita2 dalam akhbar, itu yang bahayanya. Pasal jiwa seorang perempuan itu TAK SUKA suami dikongsi dengan perempuan lain.

    Pesanan saya, jika anda sebagai suami, anggaplah isteri anda mempunyai ‘pakej 4 in 1′. Pakej ini bermaksud anda hanya perlukan seorang isteri sahaja. Tak ada no.2, no.3 atau no.4 lagi. Yang ada, hanya no.1 sahaja.

    Anda sebagai isteri pula, hargailah suami anda. Sayangilah dia betul2. Jangan sesekali berlaku curang. Jika anda setia dengan dia, Allah SWT pun akan ‘menjadikan’ hatinya setia dengan anda juga. Dan begitulah sebaliknya.

     
  13. BG

    12 Januari 2012 at 7:11 pm

    Assalamualaikum,

    Saya difahamkan, bukan sahaja Ali dilarang memadukan Fatimah, tetapi saudara perempuan Fatimah yang lainnya juga tidak dimadukan oleh suaminya atas permintaan (contoh Ruqaiah dan Usman bin Affan). Terdapat juga isteri kepada cucu Rasulullah (tak ingat Hasan/Husin), isterinya meletakkan syarat (taklik) supaya tidak dimadukan.

    Adakah perkara sebegini dibenarkan?

     
  14. Siti Hajar

    12 Januari 2012 at 7:42 pm

    Alhamdulillah, terima kasih ustaz…sgt bermakna…..Kak Mutiara, saya sangat tersentuh dengan takdir yang telah Allah tetapkan ke atas kak….Jika kak rasa kehilangan, ingatlah bahawa suami, anak-anak, harta dan apa sahaja adalah milik dunia…ia Tidak kekal….Yang kekal Abadi hanya cinta Robbul Jalil… Allah memberi ujian kepada kak untuk berada lebih dekat dengan kak…Sabar ya kak….Kak boleh cuba dengan kaedah dekati sahabat-sahabat disekeliling agar kurang beban di jiwa…

     
  15. Ana

    13 Januari 2012 at 10:42 am

    Assalamualaikum ustaz,

    Ana juga tertanya2 apakah benar kita boleh meletakkan syarat taklik supaya tidak dimadukan kelak? Jika suami melanggar syarat itu, kita berhak meminta cerai hanya kerana semata-mata itu? Apakah benar, puteri-puteri Rasulullah tidak dimadukan kerana perjanjian awal yg telah dibuat? Kalau begitu, tidak termasuk ke kita dalam golongan orang yang menentang hukum ALLAH?

     
  16. Aisyah Humaira

    13 Januari 2012 at 10:47 am

    Bagaimana pandangan ustaz berkenaan artikel ni?

    1. Kenapa Ali ra tidak boleh menambah isteri ketika sudah menikah dengan Fatimah?

    Ali bin Abi Thalib ra pada zaman Rasulullah SAW hidup dalam keadaan ekonomi yang serba minimum. Sangat miskinnya, ketika Fatimah meninggal, Fatimah dikebumikan pada malam hari kerana tidak cukup kain kafan yang sempurna.

    Di antara kewajiban seorang lelaki untuk menikah atau seorang suami untuk menikah lagi adalah memiliki kemampuan memberi nafkah kepada isteri ataupun isteri-isteri. Jika tidak mampu, maka cukup dengan hanya seorang isteri. Jika masih tidak mampu lagi, maka janganlah menikah.

    Apabila Allah swt meluaskan sedikit rezeki bagi Ali ra, beliau berniat untuk menikah lagi. Sayangnya beliau salah memilih calon, kerana puteri Rasul Allah tidak boleh dimadukan dengan puteri musuh Allah.

    Ali ra melamar puteri Abu Jahal ketika Fathul Makkah. Setelah Fathul Makkah, Rasulullah saw sakit dan wafat. Enam bulan setelah itu Fatimah juga wafat.

    Tidak lama kemudian Ali as berpoligami. Jadi beliau tidaklah menunggu lama untuk melamar muslimat yang lain pula.

    2. Bererti Fatimah tidak pernah dimadu dengan siapapun sepanjang hidupnya bukan? Bererti benarkan hujah penentang poligami yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak mengizinkan siapapun menyakiti anaknya?

    Hujah ini menghina Abu Bakar as-Shiddiq dan Umar al-Khattab, kerana seolah-olah mereka berdua merelakan puteri masing-masing untuk disakiti oleh Rasulullah yang berpoligami. Juga menghina Rasulullah sebagai double standard. Anak orang lain baginda sakiti dengan dimadukan, anak sendiri tidak boleh dimadukan.

    Yang benar, boleh sahaja jika Ali bin Abi Thalib ingin memadukan Fatimah. Hanya calon pilihan Ali saat itu yang tidak bersesuaian dengan kedudukan Fatimah. Puteri Rasul Allah vs puteri musuh Allah.

    3. Kalau menurut saya, berpoligami yang sunnah itu adalah setelah kematian isteri pertama seperti dalam kasus Khadijah, dimana Rasulullah saw berpoligami setelah Khadijah meninggal. Lebih-lebih lagi, Rasulullah saw bermonogami selama 27 tahun, sebelum akhirnya berpoligami pada usia 52 tahun.

    Yang dimaksud di atas itu bukanlah sunnah tasyri’ tetapi ghairi tasyri’. Ketika Rasulullah saw hidup bersama Khadijah, mereka berada di fasa Mekah. Sementara ayat poligami (anNisa 4:03) di turunkan di fasa Madinah.

    Contoh:
    Bolehkah si fulan menghalalkan arak untuk dirinya dengan hujah para sahabat pernah minum arak di fasa Mekah?
    Bolehkah si fulanah enggan berpuasa di bulan Ramadan dengan hujah tidak berpuasa di bulan Ramadhan adalah sunnah Rasulullah di fasa Mekah?
    Bolehkah kita meniru budaya Yahudi dengan hujah Rasulullah juga meniru budaya Yahudi di fasa Mekah?
    Jika sebelum itu dikira sebagai sunnah juga, maka menyendiri dalam gua adalah sunnah
    Sebelum menikahi Khadijah, baginda juga hidup membujang. Adakah dengan itu hidup bujang adalah juga sunnah? Justeru tempoh Rasulullah monogami hampir sama dengan tempoh baginda poligami.
    Sunnah yang diakui sebagai syari’at adalah sejak Muhammad saw diangkat menjadi Rasul, bukannya sebelum itu.

    4. Poligami adalah budaya Arab yang telah diizinkan di dalam al-Qur’an. Ketika Islam sampai ke tanah Melayu, poligami bukanlah budaya Melayu.

    Poligami budaya atau syari’at Islam? Memakai tudung juga bukan budaya wanita melayu sebelum kedatangan Islam. Mengkafankan mayat juga bukan budaya melayu sebelum kadatangan Islam. Jadi hujah di atas sungguh mengada-ngada.

    5. Yang sahih adalah poligami cara Nabi saw, Ali ra, atapun Uthman ra, kerana mereka tidak berpoligami ketika isteri pertama masih hidup. Maksudnya mereka adalah monogamis sehingga kematian isteri pertama mereka. Ketika isteri pertama wafat, mereka langsung memenuhi quota hingga maksimum. Ini menunjukkan, kedudukan isteri pertama sangat bernilai di mata mereka.

    Itu adalah pandangan yang batil. Mereka tidak berpoligami kerana sebab-sebab yang lainnya seperti masih dalam masa pensyar’iratan poligami, keadaan ekonomi yang tidak menyokong, prioritas dakwah, dll. Jadi tidak ada hubungannya dengan kematian isteri pertama.

    6. Hukum asal pernikahan adalah monogami. Dalil-dalilnya adalah sebagai berikut.

    “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (al-Qur’an 36:36)

    “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (al-Qur’an 51:26)

    Allah menciptakan semua secara berpasangan sebenarnya tidak bertentangan dengan syari’at poligami. Sebab yang dimaksud dengan berpasangan disini adalah berlainan jenis kelamin seperti lembu jantan dan lembu betina, lelaki dan wanita, dsb.

    Berpoligami juga berpasangan, iaitu suami yang menjadikan wanita-wanita sebagai isteri. Jika suami menjadikan lelaki sebagai isteri, barulah berlawanan dengan erti berpasangan yang Allah swt kehendaki.

    Sebenarnya hukum asal pernikahan adalah poligami. Setelah itu barulah monogami bagi mereka yang khuatir tidak dapat berlaku adil.

    “Maka menikahlah dengan siapa saja yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu khuatir tidak akan bersikap adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (menikahlah dengan) seorang saja atau (pakailah) budak-budak perempuan yang kamu miliki.” (an-Nisa’ 4:3)

    “Maka menikahlah…” adalah kata suruhan/perintah yang bererti poligami pada zahirnya adalah suruhan/anjuran, bukannya mubah/harus saja. Inilah hukum asal pernikahan.

    “Kemudian…” diberi rukhsah kepada yang khuatir tidak dapat berlaku adil untuk monogami saja.

    Hadis-hadis Rasulullah menganjurkan pernikahan dan menerangkan keutamaan menikah. Hadis-hadis ini bersifat umum, tidak terbatas kepada pernikahan pertama saja.

    7. Bukankan ayat itu diturunkan untuk melindungi anak-anak yatim perempuan yang tertindas pada zaman itu?

    Setelah mengumpulkan beberapa tafsiran, Ibn Jarir at-Tabari membuat rumusan bahawa penafsiran yang benar adalah ayat 3 surah an-Nisa’ merujuk kepada semua wanita, baik anak yatim atau bukan, dan merujuk kepada semua lelaki, baik wali anak yatim atau bukan.

    Hujah lain yang mudah, bukankah Rasulullah SAW juga berpoligami padahal baginda tidak memelihara anak yatim dan isteri-isterinya pula bukan anak yatim?
    Jadi walaupun ayat tersebut merujuk kepada wali anak yatim, hukum yang diambil ialah keumuman ayat dan bukan kekhususan sebab.

    8. Lelaki berpoligami adalah lelaki yang tidak lagi menyintai isteri pertamanya. Kecintaan yang paling unggul adalah lelaki Monogami. Lelaki Poligami mmg tidak menyintai isteri pertamanya. Kemungkinan dia silap pilih atau isteri pertama sudah membosankan hidupnya.

    Reverse engineering: Lelaki yang monogami adalah lelaki yang dijajah oleh isterinya. Kecintaan paling unggul adalah mencintai Allah, Rasul-Nya dan syari’at-Nya. Lelaki monogami terpaksa mencintai isterinya melebihi Allah, Rasul-Nya dan syari’at-Nya. Kemungkinan lelaki itu jahil atau dia takut kepada isternya.

    9. Monogamilah yang betul, sebab nabi Adam as telah Allah ciptakan dengan seorang isteri saja.

    Kita umat Nabi Muhammad atau umat Nabi Adam? Setiap umat ada syari’atnya yang tersendiri, maka kita ikut syari’at kita. Syari’at Nabi Adam, anak sesama anak sendiri boleh nikah, cucu dan cucu menikah sesama sendiri sehinggalah seterusnya. Mahu ikutkah syariat nabi Adam yang seperti itu?

    10. Poligami adalah rukhsah (kemudahan) bukannya azimah (hukum asal).

    Dalam beberapa kitab fiqh tentang poligami, ada pengarang yang menyatakan bahawa monogami adalah azimah, sedangkan poligami adalah rukhsah. Pendapat seperti ini agak membingungkan, kerana dalam agama azimah bererti hukum asal, sedangkan rukhsah adalah keringanan yang diberikan. Ciri-ciri azimah adalah ia berat, manakala ciri rukhsah adalah ia dikurangkan atau diringankan dibandingkan azimah kerana sesuatu keuzuran.

    Sebagai contoh:

    Wudhu

    Azimah: Menggunakan air.
    Uzur: Tiada air.
    Rukhsah: Tayamum.

    Solat Zohor

    Azimah: Empat rakaat.
    Uzur: Musafir.
    Rukhsah: Dua rakaat.
    Puasa Ramadhan

    Azimah: Berpuasa setiap hari di bulan Ramadhan.
    Uzur: Sakit.
    Rukhsah: Tidak perlu berpuasa, ganti apabila sudah sihat.

    Justeru rukhsah adalah satu kemudahan dan keringanan dibandingkan azimah. Azimah adalah dari Allah. Rukhsah juga dari Allah. Kita tidak dapat membuat rukhsah sendiri-sendiri, seperti apabila bermusafir maka solat zuhur menjadi satu rakaat.

    Apabila poligami disebut sebagai rukhsah, maka ia tidak sesuai dengan ciri rukhsah yang meringankan dan memudahkan. Ini kerana poligami merupakan penambahan amanah dan tanggungjawab ke atas suami.

    Sebaliknya apabila dikatakan monogami adalah rukhsah, maka ia lebih sesuai dengan ciri kemudahan dan keringanan.

    Pernikahan

    Azimah: Poligami.
    Uzur: Khuatir tidak dapat berlaku adil.
    Rukhsah: Monogami.

    11. Dalam an-Nisaa’ ayat 129 dikatakan bahawa lelaki itu pasti tidak akan mampu berlaku adil. Ayat ini dengan jelas tidak menganjurkan poligami, kerana poligami hanya akan membawa kehancuran pada keluarga pertama.

    “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an-Niisa’: 129)

    Kesimpulan di atas serupa dengan apa yang disimpulkan oleh Muhamad Abduh dan ini sebenarnya adalah salah bentuk penyalahgunaan ayat.

    Kalau diperhatikan baik-baik, ayat ini bukan kontra poligami tetapi pro-poligami dan memberi jalan penyelesaian.

    Allah telah menerangkan mahu berbuat adil 100% itu memang susah. Jadi buatlah sekadar yang mampu saja, asalkan tidak berat sebelah sehingga ke ratio 95% – 5%. Jika suami terus mengadakan perbaikan, maka Allah akan mengampunkan kesalahannya tidak berbuat adil 100%.

    Kalau seandainya poligami dilarang, tentu Allah akan berfirman seperti ini: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat bersikap adil di antara isteri-isteri(mu), oleh kerana itu cukupkanlah dirimu dengan seorang isteri.” Apa yang terjadi malah sebaliknya. Allah tetap menyuruh untuk meneruskan poligami dan tetap berusaha untuk yang terbaik.

    12. Berapa banyakkah hadis fadhilat (kelebihan) poligami yang sohih?

    Pada zaman al-Qur’an dan al-Sunnah masih hidup, tidak ada istilah monogami atau poligami.

    POLIGAMI hanyalah sebuah terminologi yang didatangkan di kemudian hari. Ia diperkenalkan untuk memudahkan manusia membezakan antara lelaki yang ada seorang isteri dengan yang ada lebih.

    Jadi kita tidak akan menemui hadis-hadis fadilat poligami mahu pun monogami. Yang ada adalah hadis-hadis anjuran bernikah dan ancaman bagi mereka yang sengaja enggan bernikah. Nikah yang dimaksud dalam hadis-hadis tersebut merangkumi monogami dan poligami. Boleh merujuk dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib.

     
  17. Hanani

    13 Januari 2012 at 11:22 am

    Assalamu’alaikum Ustaz,
    Terima kasih kerana membuat satu entri khas tentang poligami. Mulanya saya bersedih juga kerana ustaz tidak menjawab soalan saya tentang poligami di dalam artikel “keredhaan” tempoh hari. Tapi saya telah berbaik sangka pada ustaz dan Allah, dan akhirnya didatangkan dengan artikel ini. Ia tidak menjawab persoalan saya (“bolehkah berdoa agar dikembalikan kepada monogami.”) Tetapi ia memberi masa saya untuk terus bersabar menghadapi ujian poligami ini.

    Tentang Puan Mutiara, saya bersetuju dengan ustaz bahwa “Kekadang orang ‘mabuk cinta’ mengambil masa untuk siuman semula. Usaha membina rumah tangga bahagia di atas kehancuran rumah tangga orang lain tidak akan berjaya.” Itu juga telah berlaku kepada saya dahulu. Agak sia-sia untuk menghalang suami dengan keinginan dia, lalu saya lari mengadu kepada Allah. Apabila suami telah berkahwin, maka barulah tersedar dari “segala yang indah” dan terpaksa menerima realiti siapa isteri muda yang sebenar. Suami telah dua kali menceraikannya namun berbalik semula kerana ugutan, rayuan isterinya dan dasar bertanggung jawab.

    Suami memang mengaku, poligami adalah berat dan menerima semua ini sebagai ujian dari Allah.

    Poligami can bring the best and the worst out of a woman. Maka usahakan agar ia adalah the best. Sya sendiri rasa lebih matang, bersabar walau masih terus berjihad. Tapi rasa makin dekat dengan Allah, banyak berpuasa, bersedeqah dan bertahajjud d walau dulu nak bangun subuh awal pun susah.

     
  18. gentarasa

    13 Januari 2012 at 11:49 am

    Salam Hanani,
    Maaf kekadang saya tidak dapat menjawab soalan-solan yang ditujukan oleh Hannani dan juga yang lain, bukan kerana apa… memang kekadang saya juga tidak punya jawapan. Saya hanya mampu berdoa. Itulah tanggung jawab saya ke atas semua yang berkunjung. Bila saya agak ada sesuatu, barulah saya tulis. Tolong baca tulisan-tulisan saya tentang poligami dalam majalah solusi edisi 40 yang bakal beredar sedikit masa lagi. Maaf, Hanani. Semoga Allah kurniakan iman yang kukuh. Amin.

     
  19. gentarasa

    13 Januari 2012 at 11:52 am

    Salam Aisyah.
    Syukran, syukran atas pencerahan. Semoga Allah berkati ilmu dan tazkirah yang anda sampaikan. Saya sangat menghargainya.

     
  20. syuhada

    13 Januari 2012 at 11:54 am

    Tak tahulah saya jika situasi saya sama dengan pn mutiara dan diuji begitu. Tapi saya sebaliknya, saya “letih” hidup tanpa kasih sayang dengan suami. Suami saya seorang yang baran.saya sering terbayang jika suami ada yang lain, mudah untuk saya minta dilepaskan. tp, itu tak pernah berlaku.

    untuk meminta cerai, tidak sekali-kali sebab banyak kes yang tertangguh bertahun2. lagipun, suami tidak pernah memukul saya, cuma rumahtangga yang penuh dengan kata2 kasar dan kosong benar2 menyesakkan saya. Hasilnya, anak2 terikut utk bercakap kasar & menengking. Saya sering ditanya anak kenapa papa suka sangat marah dan tengking mama. setakat ini, hanya sabar dan doa mampu saya lakukan, tp setelah 10 tahun, saya rasa makin rapuh…

     
  21. nuri

    13 Januari 2012 at 2:46 pm

    salam mutiara

    saya terpanggil untuk berkongsi cerita ,kerana saya begitu trsentuh dengan apa yang berlaku keatas mutiara juga berlaku keatas diri saya jalan cerita yang boleh di katakan 90 peratus sama ..Kini telah 2 tahun peristiwa itu berlalu dan rumahtangga saya alhamdulillah kembali seperti biasa .Seperti yang ustaz bagitau sesungguhnya keutamaan Cinta hanyalah kepada Pencipta bukan makhluk..Berdoalah semuga cinta itu hanya untuk Allah semata – mata bukan menafikan perasaan cinta kepada manusia ,hakikatnya kita selalu mencintai manusia lebih dari menyintai Pencipta .Mutiara bertahajudlah ,mengadulah pada Allah ,mutiara akan jumpa penawar dan jawapanya .
    Kini saya lebih bahagia bila keutamaan cinta saya lebih kepada Allah

     
  22. Hamba ALLAH

    13 Januari 2012 at 6:29 pm

    ‎”Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerana tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.”

    DrMaza

     
  23. azlijamil

    13 Januari 2012 at 8:43 pm

    “ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’:3)

    Honestly, can anyone be fair nowadays?
    For example, I doubt men of advance age could sexually perform at the same level 2 nights in a row.
    Wallahualam.

     
  24. kialjr65

    14 Januari 2012 at 9:44 am

    Reblogged this on jiwamu separuh pergi.

     
  25. mutiara

    14 Januari 2012 at 3:40 pm

    Assalamualaikum… Alhamdulillah.. Terima kasih ustaz, apa yg telah saya buat selama ini berada pd landasan yg betul. Saya akan terus berdoa yang terbaik utk saya dan keluarga. Saya masih setia, taat dan menjalankan t/j saya sbg isteri bt suami biarpun diuji sedemikian rupa. Sayang saya tidak pernah berubah cuma kecewa kadangkala.Saya juga sentiasa mengadu pd Allah dan sering bangun malam utk berdoa. Bukan tidak mahu berkongsi dgn teman2 tetapi sy tidak mahu suami sy dipandang serong. Malah anak2 kami dan ibu kandung saya juga tidak tahu ttg isu r/tangga saya. Biarlah sy dptkan panduan dr alim ulama supaya apa yg sy buat tidak menambahkan lg dosa saya. Tipulah kalau saya kata saya tidak cemburu, sedih, kecewa bila mlihat suami menanggung rindu pd yg lain. Tetapi saya amat yakin, yakin dgn cinta Allah yg sedang saya jejaki kini. Saya akan terus berdoa dikurniakan bahagia. Saya rasa tenang sekarang, terima kasih pd yg sudi berkongsi rasa, doa, sokongan dan nasihat ustaz pahrol, ibu, syed, rin, hanani saya doakan sentiasa dirahmati Allah sentiasa.., amin…. InsyaAllah kita akan sentiasa bersama mencari ilmu Allah sampai bila2

     
  26. illa

    15 Januari 2012 at 11:35 am

    Salam ustaz, mohon ustaz membaca email saya di email ustaz @yahoo. Terima kasih ustaz.

     
  27. Ana

    15 Januari 2012 at 1:28 pm

    Tidak kira monogami Rasulullah terhadap Saidatina Khadijah mahupun poligami Rasulullah SAW terhadap Saidatina Aisyah. Tapi yang PASTI kedua2nya akan bertemu dan bersama hidup BERMADU di Syurga kelak bersama Rasulullah SAW. MasyaALLAH. :) Begitu juga Saidatina Fatimah bersama hidup BERMADU dengan isteri-isteri Saidina Ali kelak. :) Lihat, WANITA-WANITA ISLAM terunggul tetap juga hidup BERMADU. Subhanallah. :)

     
  28. Nur Adibah

    15 Januari 2012 at 10:21 pm

    Salam..
    Satu artikel yang menarik untuk dikongsi dan dibicarakan. Bercakap soal poligami, Saya nak berkongsi cerita tentang poligami. Pertanyaan seorang lelaki kepada seorang wanita yang ingin di pinang.
    soalan:
    L: Sanggup tak hidup susah dan senang bersama?
    P : Ya
    L: Bila dah berkahwin terpaksa ikut suami. Boleh ke?
    P: Bila seorang wanita berkahwin suami adalah yang paling utama berbanding org lain.
    L: Andai satu hari nanti tiba-tiba saya (si suami) nak berkahwin lagi. Sanggup tak berpoligami?
    P: Jika saya (si wanita) berkata Ya dan sanggup berpoligami, bermakna saya menipu.

    Maaf ustaz, saya sekadar nak berkongsi. Sesetengah wanita boleh menerima tetapi segelintirnya tidak dapat menerima poligami dalam hidup. Tetapi segelintir wanita tak dapat nak berkongsi hati, perasaan dan segalanya dalam hidup apatah lagi berkongsi suami. Bukan bermakna menolak hukum dan sunnah tetapi naluri seorang wanita yang cemburu.

    Salam..

     
  29. m.azam

    15 Januari 2012 at 11:47 pm

    Salam Ustaz & semua.Sepanjang hidup saya yang sentiasa berkelana ni.Macam-macam perihal manusia yang saya jumpa.Satu kesimpulan tentang wanita dan keimanan mereka yang saya pasti.Jika mahu cubakan keimanan mereka.Cubakan dengan poligami.Namun jika mahu cuba kasih sayang mereka.Cubakan ia dengan kasih sayang mereka pada anak.Jika mahu cubakan kesetian mereka.Cubakan ia dengan kesetian mereka pada suami.Waulahua’lam…

     
  30. akak

    17 Januari 2012 at 12:40 am

    Assalamualikum Ustaz,
    Saya bayangkan diri seorang lelaki, suami… sanggup ke menduakan cinta seorang insan yang telah terlebih dahulu sanggup berkorban nyawa untuk saya (beranak dan melahirkan zuriat untuk saya) sedangkan saya tahu dia tidak akan gembira dibalaskan dengan ‘competitor’.. saya ingat kata-kata “don’t do to other people what you don’t want other people do unto you” kalaulah… isteri boleh menduakan suami, sanggupkah suami terima?
    Rasulullah saw insan paling mulia, tidak menduakan Siti Khatijah yang telah banyak berjasa… Poligami pada isteri-isteri selepasnya yang semuanya (kecuali Mariah) tidak melahirkan zuriat (dengan kuasa Allah swt), dan Mariah pula seorang hamba yang sudah tentu terbayar kegembiraan menjadi salah seorang isteri insan teragung…Rasulullah saw.
    Janganlah kaum lelaki terfikir-fikir untuk berpoligami kerana itu seruan nafsu, tetapi jika ‘harus’ dan layak disebabkan untuk menyelamatkan ugama Allah setelah ditarbiahkan isteri pertama secukupnya dan keinginan mendapat zuriat… maka itu bolehlah dibawa berbincang…cuma pendapat saya.

     
  31. Muslimah

    17 Januari 2012 at 5:40 pm

    JODOH ajal maut semua ditangan ALLAH. Kalau ditakdir ada wanita lain BERJODOH dengan suamimu redhalah dengan ketentuanNYA. Dan jangan disalahkan suami semata-mata. KERANA JODOH TU SUDAH DITENTUKAN ALLAH sejak azali lg. Mari kita sama2 beriman dengan Qada’ dan Qadar ALLAH.

     
  32. ummu haura

    9 Februari 2012 at 11:17 pm

    Manusia biasa termasuk diri saya tidak terlepas daripada bias. para ulama pewaris nabi paling kurang risiko biasnya kerana mereka paling takut kepada Allah. mari kita sama2 rujuk apa kata ketua ulama sedunia, prof. syeikh dr. yusuf al-qaradhawi berkaitan soal ini. ada di pasaran buku beliau bertajuk ciri-ciri unggul masyarakat islam yang kita idamkan.

     
  33. Dora

    10 Februari 2012 at 5:18 pm

    Assalamulaikum……
    Bagi lelaki zaman cyber ni = POLIGAMI mereka kerana NAFSU semata-mata…..walahualam…..

     
  34. sms

    14 Februari 2012 at 2:04 pm

    ‘Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan bagi dirinya maka dia akan diuji’ HR Albukhari

    …moga redha Allah sentiasa bersama kita..

     
  35. asliza

    24 Februari 2012 at 11:39 pm

    Assalam…ingin saya berkongsi pengalaman bermadu…perkawinan yg pertama..saya bermadu dgn seorg lelaki yg panas baran serta madu sy yg sgt emosional..sepjg perkawinan kami..sy sering dipukul,ditipu dan bole dikatakan duit sy abis utk suami saja…setelah 3 tahun bertahan.sy nekad meminta fasakh…pertama tidak tahan dipukul..ditipu dan selalu diserang oelh isteri pertama. padahal..sepjg bergelar isteri kedua.saya yg byk membantu suami berkaitan dgn duit.. tahun 2008…sy bercerai.. perkawinan kedua sy juga poligami..suami sy mmg seorg yg baik namuun dia tidak pernah berusaha utk berlaku adil atas alasan sebelum berkawin saya pernah berjanji yg sy cuma perlukan seorg suami bukannya duit suami..mmg sy sendri mempunyai pendapatan yg bole sy gunakan utk menanggung saya dan anak2 dr perkawinan pertama saya tapi suami sy ni mmg agak ketara ketidakadilnanya. Bayangkan sy hanya mendapat rm100 sebulan drnya sedangkan utk isterinya yg sana hampir 100% perbelanjaan dia yg tanggung. Sy pernah suarakan hal ini tapi perkataan cerai yg dia ugut pada saya. Akhirnya saya redha kerana anugerah menjadi seorg isteri lagi rahmat buat saya. setiap ari saya berdoa semoga rezeki suami saya murah agar dia bole berlaku adil pd saya..walaupun bkn 50 -50,cukuplah 70-30. tapi akhirnya pembahagiaan itu makin ketara menjadi 90-10… Suami pernah mengadu mempunyai masalah kewangan..dia yg sy kenali mmg seorg yg agak cermat dlm berbelanja mustahil mempunyai masalah ekonomi. Akhirnya sy dgn rela hati membantunya,menyerahkan wang pdnya utk meringankan beban familynya. Apa yg sy dapat? rupanya saya ditipu…duit yg sy beri itu digunakan utk membeli kete baru utk isteri pertamanya. Bila saya bertanya…jawapannya ” sbb sy amik suami pada isterinya,…saya kena terima hakikat yg isemua kehendak isterinya perlu ditunaikan. Ya Alllah…hancur luluh hati saya ketika itu..namun sy sabar….sbb sy tau Allah sdg menguji saya. namun kuasa Allah ini tidak mampu kita halang…isterinya tetap meneruskan niat utk bercerai…sbb katanya x sanggup berkongsi suami. Setelah suami berkorban ape saja dan sy sbg isteri kedua sanggup berkorban hak giliran asalkan isteri pertama senang hati…dia menambah tekanan pada suami dgn membawa kes ini ke mahkamah. Apa yg sy bole katakan di sini….segala masalah yg timbul satu sbbnya adalah kurangnya keimanan di hati isteri dan suami saya. Jika dia ingin Allah merahmati kedua2 pernikahan ini…dia perlu berusaha utk adil..tapi bila nafkah utk saya..dia kata dia x mampu bg byk,hanyalah sekadar rm100 sebulan saja sedangkan dalam masa yg sama…dia bole belikan kete baru pada isterinya yg bayaran sebulan mencecah rm800+. Jadi bagi saya…..dia menganiaya hidup saya…..giliran hanya 1 kali sebulan dan semua perbelanjaan utk giliran,saya yg tanggung wpun sy tau suami saya mampu…( sy di kelate,suamai di melaka) Saya menyewa rumah di melaka agar senang utk sy bercuti apabila musim sek ( sy bertugas sbg guru) dan perbelanjaan sewa rumah,sy yg tanggung..mmg gajinya tak terusik byk//yg jelas cuma kiriman rm100 sebulan itu jer…..tapi sy sesekali tidak akn minta cerai kerana saya takut pada Allah…setiap masa sy berdoa semoga Allah lembutkan hati suami utk cuba berlaku adil pd saya…..dan jika jodoh kami tidak pjg…saya tau ade hikmah di sebalik semua ini…Wallahualam….

     
  36. Ina

    26 Mac 2012 at 11:28 pm

    Salam ustaz,
    Saya ingin berkongsi kisah & meminta pandangan,
    Saya berkahwin dgn suami saya sekarang sudah lebih 10 tahun dan dikurniakan 3 org anak.Tahun lepas bulan Jun dia kemalangan jatuh tangga semasa memasang signboard. Semasa di hospital dia sering ditemani pekerjanya.Saya mulai rasa ada yang tidak kena.Selepas keluar hospital , bila saya desak barulah dia mengaku telah bercinta selama lebih kurang setahun & sedar kemalangan tersebut katanya “Allah balas cash”. Dia minta izin untuk kawin lagi.
    Saya katakan padanya kalau mahu kawin dua , pergilah belajar ilmu agama dahulu , belajar apa itu adil , apa itu t/jawab.Belajarlah paling tidak 3 bulan.Selepas itu barulah saya akan buat keputusan.Suami jawab , tidak mengapa , kawin dulu lepas tu belajarlah.
    Selepas suami semakin sihat ,dia masih pergi ke sana sini dengan perempuan tersebut walaupun sesudah saya menasihatinya, kerana mereka masih
    Belum suami isteri , haram berdua2an begitu.Tetapi nasihat saya tidak diendahkan.
    Sehinggalah pada bulan Aug , bulan puasa , perempuan tersebut menelefon saya mengatakan tetap akan mengahwini suami saya.Padahal ,sehari sebelum itu ayah mertua saya telah menelefonnya & menasihati dia agar melupakan suami saya.Malah dia sudah mengaku untuk memutuskan perhubungan dengan suami saya.
    Saya begitu sedih & meminta izin suami untuk pulang ke kampong saya.Saya beritahu pukul berapa saya akan bertolak.Jarak antara rumah saya & tempat kerja suami saya hanya 5 minit.Bagaimanapun suami tidak pulang menjengok kami.Rupanya , pada hari yang sama dia telah membawa perempuan tersebut untuk nikah di Siam.
    Beberapa hari kemudian saya mendapat panggilan dari hospital mengatakan kemungkinan saya ada barah pangkal rahim.Untuk mempastikan saya dimasukkan ke hospital untuk dibedah.Keputusannya saya tiada apa2 penyakit yang membahayakan.Beberapa hari selepas itu , suatu hujung minggu suami saya pergi ke pejabatnya.Saya katakan hari minggu banyak kedai yang tutup , saya nasihatkan kalau dia dengan pekerjanya sahaja , tolong buka pintu luas-luas untuk mengelak fitnah.Tambahan waktu itu bulan puasa.Hari itu saya keluar rumah & dalam perjalanan saya singgah ke pejabatnya.Terkejut saya kerana pintu pejabat hampir tertutup , lalu saya menelefonnya.Saya terus diherdik dikhalayak , dan dia mengaku sudah kawin dengan pekerjanya itu.
    Setelah saya tahu dia sudah berkawin , saya telah pergi ke mahkamah & memohon nafkah sebanyak RM1900.Sebelum ini dia ada memberi nafkah RM700 sebulan.Walaupun tidak cukup saya akan menampung perbelanjaan kerana saya juga bekerja.Namun setelah saya mengetahui dia sudah berkahwin lagi , pada saya sudah pasti dia mampu member nafkah lebih dari sekarang.Ketika di depan hakim dia mengaku untuk memberi RM1100 nafkah anak2 , manakala keperluan rumah & bil2 dia akan sediakan.Ketetapan mahkamah dibuat pada bulan Sep & bayaran bermula bulan Oct.Bulan Oct ~Nov dia beri nafkah.Bulan Dec, katanya belum dapat payment (dia berniaga) dari pelanggan & minta tempoh hingga Feb’12.Sehingga akhir bukan Feb , dia masih meminta tempoh.
    Jadi saya telah ke mahkamah (Bahagian Sokongan keluarga).Kami dipanggil untuk sesi perbincangan.Malangnya suami tidak mahu hadir.Bermakna sudah lebih 4 bulan tunggakan.Saya selalu mengingatkannya tentang tanggungjawabnya.Alasannya , saya tidak sepatutnya ke mahkamah menuntut sebegitu.Dia mengaku untuk membayar di hadapan hakim kerana tidak mahu turun naik mahkamah.
    Beberapa bulan yang lalu , dia pergi ke Kelantan (perempuan tersebut asal dari sana) untuk menguruskan pendaftaran nikahnya.Pulang dari sana , dia meminta copy IC saya untuk proses pendaftaran.Saya katakan padanya , jika mahu itu , tolong pergi belajar agama dahulu selama 6 bulan.Banyak surau atau masjid yang mengadakan tazkirah , yang penting belajar tidak kira di mana.Sehinggalah ke hari ini dia tidak mahu pergi , malah menyoal saya apa pentingnya belajar semua itu.Saya katakan padanya setiap ketika dia sebagai ketua keluarga akan membuat keputusan.Jika tiada ilmu , maka keputusan yang dibuat kemungkinan hanya berdasarkan nafsu atau perasaan.Salah keputusan/perhitungan akan membuatkan rumah tangga porak peranda.
    Saya ingin bertanya , apakah salah tindakan saya ini? Dia sering mengatakan saya isteri yang tidak taat pada perintah suami, buat apa solat , zikir , baca Quran kalau tak dengar cakap suami.

     
  37. gentarasa

    27 Mac 2012 at 2:35 pm

    Assalam puan,
    Perbuatan puan tidak salah. Nafkah adalah tanggungjawab asasi suami. Itu wajib. Keadilan dalam poligami juga diukur dari segi nafkah lahir. Soal cinta dan kasih sayang, yang mana lebih, yang mana kurang… tidak boleh jadi ukuran keadilan. Apa yang puan lakukan selaras dengan kehendak syariat dan undang2. Namun elok juga diminta nasihat dan pandangan daripada pejabat atau badan agama yang rasmi.
    Puan diuji oleh Allah dengan keadaan ini. Disamping berusaha secara lahiriah, pintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. InsyaAllah orang yang benar Allah akan beri pembelaan di dunia dan akhirat. Amin.

     
  38. Pedoman

    3 Mei 2012 at 7:49 am

    Howdy! I simply would like to give you a big thumbs up for the excellent information you have here on this post. I will be coming back to your site for more soon.

     
  39. Hamba Allah

    8 Mei 2012 at 4:02 pm

    Assalamualaikum..
    Pendapat saya, sekiranya suami dan isteri2 tidak menjaga hubungan dengan Allah s.w.t, maka takkan mungkin hubungan sesama manusia walaupun dengan suami/isteri akan berjalan dengan baik. Selagi tidak redha dengan takdir Allah, selagi suka nak mempertikaikan ketentuan Allah, maka selagi itulah jiwa akan terus hanyut..
    Wallahualam..

     
  40. Hamba Allah

    29 Mei 2012 at 10:15 am

    Assalamualaikum Ustaz.
    Terima kasih ustaz kerana memberikan penerangan ringkas berkaitan poligami. Saya ada salah seorang suami yang terbabit dalam poligami.Saya bersetuju denagn tulisan ustaz berkaitan kita perlu punyai iman.

    Memang perkataan poligami dizaman ini adalah suatu perkataan yang menjadi ‘musuh’ kepada ramai wanita dan juga lelaki. Kalau wanita kita maklumlah kenapa, tetapi lelaki tak tau lah kenapa. Pada peringkat awal perkahwinan saya dulu dan daripada bujang dulu memang tidak termasuk dalam kamus saya untuk mempunyai lebih dari seorang isteri. Buruk baik isteri pertama saya akan hadapi sendiri kerana itu prinsip saya. Namun sebenarnya kehidupan esok dan seterusnya rupanya bukanlah boleh kita tentukan apa yang bakal terjadi tanpa mendapat keizinan Allah terlebih dahulu.

    Kita sebagai manusia yang berakal boleh meletakkan pelbagai syarat itu dan ini untuk dikaitkan dengan poligami sedangkan Al Quran ada memberi panduan dan ada syariatnya. Kadangkala manusia tak sedar menghampiri kekufuran kerana mempertikaikan perkara yang disyariatkan Allah kerana tak setuju dihati berkaitan poligami saja. Macam selalu orang cakap..”aku mulut saja jahat tapi hati baik..” sedangkan dalam tasauf kata apa dihati itu yang yang lahir dimulut..begitu juga dengan syariat, bab solat, puasa,..terima tapi bab poligami tolak…(..kita tipu tuhan ke..?)..maaf le, ini kata-kata mengusik aja..Banyak bab agama kita perlu perhatikan..

    Tapi seperkara yang saya fahami dari kehidupan saya (bukan kehidupan orang lain), berkaitan dengan dari sebelum dan selepas kedua-dua perkahwinan,
    i. Saya tak tahu apa yang akan jadi esok. Saya hanya mampu merancang itu dan ini tapi ketentuan nya terjadi hanya dengan keizinan Allah.
    ii Manusia boleh rancang macam-macam tapi kalau Allah nak kan perkara itu terjadi, siapakah kita yang kerdil ni nak halang perancangan Allah swt.
    iii. Kekalutan dalam rumahtangga berpoligami ini, hampir 80-90 peratus datangnya dari manusia lain yang ingin memberikan ‘pandangan’, ‘idea’, ‘peringatan’ mereka.
    iv. Hampirkan diri dengan Allah, kerana jika kita hampirkan diri kita dengan Pencipta, kita akan sedar kita ni tak ada apa-apa, Ramai orang bercakap bab poligami ni yang ‘popular’nya, nafkah, adil, intepretasi sendiri hadis dan macam-macam lagi. Tapi bila Allah bagi sesuatu bak kata ‘sedebak’ kata muka dan batang hidung kita…lepas tu nak buat apa.., nak nganga ke? nak mengamok ke sebab rasa tak layak terima, atau macam-macam lagi ..sesuap makanan yang dihantar ke mulut kita tu pun Allah yang izinkan..

    Ampunkan daku Ya Allah, dan terima kasih ustaz kerana ada sedikit ruang untuk saya menulis secebis dari cebisan kecil. Perbetulkan saya kalau saya tersilap.

     
  41. Mariah

    25 Julai 2012 at 9:23 pm

    Kalau saya katakan yang, “Poligami itu hanyalah dibenarkan bilamana isteri yang ada tidak boleh diceraikan” –
    Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
    (An-Nisaa’ 4:3)

    Keyword disini ialah ‘perempuan-perempuan yatim”.
    Kalau isteri yang ada adalah perempuan-perempuan yatim, barulah poligami diharuskan.

    Saya rasa ramai orang mengambil ringan akan perkataan “yatim” dalam ayat tersebut.

    Kenapa pentingnya perkataan “yatim”? Kerana setiap perempuan akan menjadi yatim-piatu pada satu ketika. Selalunya ketika mereka sudah tidak berupaya dari segi fizikal. Ketika itu, seharusnya perempuan tersebut tidak boleh diceraikan.

    Sedangkan jika seorang perempuan masih mempunyai ‘wali’ (bapa dll), haruslah diserahkan kembali kepada wali jika seorang suami tidak dapat memelihara (bertanggungjawab) terhadap isterinya. Dengan lain kata, perceraian. [Dari perbicangan di atas, Syaidina Ali dilarang memadukan Fatimah, dengan jelas kerana Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup. “Wali” masih hidup.]

    Lebih lanjut pengertian tentang nikah-kahwin bagi Nabi Muhmmad adalah khas untuk beliau sebagai pengajaran tentang hukum, dan bukan untuk orang lain. (Al-Ahzaab 33:50)

    Wallahualam.

     
  42. kiemiftah

    29 Julai 2012 at 11:26 pm

    Jawapan berkenaan hadis Ali R.A dan Fatimah R.A oleh Kapten Hafiz Firdaus:
    Kali ini saya ingin menyentuh tentang poligami. Bukan hukumnya mahupun suka-duka poligami, akan tetapi tentang sebuah hadis yang kerap digunakan sebagai hujah untuk menolak poligami. Hadis yang saya maksudkan merujuk kepada tindakan Ali bin Abi Thalib – semoga Allah meredahinya – yang melamar puteri Abu Jahal sebagai isteri keduanya, dengan memadukan Fathimah binti Muhammad, semoga Allah meredhainya juga.

    Apabila hajat Ali untuk berpoligami ini sampai kepada Rasulullah, baginda melarangnya. Ini boleh dilihat dalam hadis berikut:

    al-Miswar bin Makhramah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Thalib pernah meminang puteri Abu Jahal dengan memadukan Fatimah. Lalu aku mendengar Rasulullah berkhutbah di atas mimbar ini mengenai hal itu, yang pada waktu itu aku sudah baligh. Baginda bersabda: “Sesungguhnya Fatimah adalah bahagian daripadaku. Sesungguhnya aku takut terjadi fitnah pada agamanya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3110 (Kitab Fard al-Khumus, Bab berkenaan baju besi Nabi, tongkat, pedang…)]

    Hadis ini diriwayatkan juga dalam beberapa lafaz yang lain, semuanya memberi pengertian bahawa Rasulullah melarang Ali bin Abi Thalib daripada berpoligami.

    Hujah Menolak Poligami
    Hadis di atas menjadi hujah yang masyhur di kalangan mereka yang menolak poligami dari syari’at Islam. Antaranya, memandangkan peristiwa yang dirujuk dalam hadis tersebut berlaku pada penghujung hayat Rasulullah, maka mereka berhujah bahawa poligami hanya dibolehkan pada zaman awal Islam. Lebih lanjut, mereka berhujah bahawa poligami adalah sesuatu yang berlaku secara bebas pada zaman sebelum Islam. Lalu Islam datang untuk membataskannya kepada empat isteri dan mensyaratkan keadilan. Kemudian berdasarkan hadis di atas, Islam melarang poligami. Justeru poligami dilarang secara bertahap-tahap dan hukumnya yang muktamad ialah ia dilarang.

    Hujah lain, mereka mengatakan kebolehan suami berpoligami bergantung kepada kesediaan isteri pertama untuk dimadu. Mereka berdalilkan hadis di atas, konon Fathimah menghadapi kecemburuan amat berat sehingga boleh menjadi fitnah ke atas agamanya. Lalu Rasulullah melarang Ali dari berpoligami.

    Kisah Yang Sebenar.
    Mereka yang berhujah seumpama di atas, tidak ubah seperti orang yang enggan solat yang apabila ditanya: “Kenapa enggan solat?”, mereka berhujah: “Dalil saya ialah ayat al-Qur’an – ‘Maka celakalah orang-orang yang solat’ [al-Maun 107:04]” Mereka berhujah dengan sebahagian ayat dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Mereka berhujah dengan sebahagian hadis dan menyembunyikan sebahagian yang lain.

    Kembali kepada hadis di atas, jika dirujuk kepada keseluruhan hadis akan ditemui pada penghujungnya bahawa Rasulullah bersabda:

    Dan sesungguhnya aku bukan ingin mengharamkan sesuatu yang halal, bukan pula menghalalkan sesuatu yang haram. Akan tetapi Demi Allah, selamanya tidak akan berkumpul puteri Rasulullah dengan puteri musuh Allah di satu tempat selama-lamanya. [Shahih al-Bukhari, no: 3110 (Kitab Fard al-Khumus, Bab berkenaan baju besi Nabi, tongkat, pedang…)]

    Berdasarkan penghujung hadis ini dapat dirumuskan tiga hujah penting:

    Pertama, larangan Rasulullah ke atas Ali bin Abi Thalib tidak bererti mengharamkan poligami. Ini berdasarkan sabda baginda: Dan sesungguhnya aku bukan ingin mengharamkan sesuatu yang halal, bukan pula menghalalkan sesuatu yang haram. Justeru hukum poligami yang muktamad ialah ia tetap halal bagi mereka yang layak dan hukum ini kekal berterusan sehingga Hari Kiamat.

    Kedua, larangan Rasulullah tidak ada kaitan dengan kecemburuan Fathimah. Kecemburuan ialah naluri fitrah seorang isteri dan ini sudah sedia diambil kira oleh Allah yang mencipta wanita dan yang mensyari’atkan poligami. Tidak ada bukti kukuh bahawa Fathimah – penghulu segala wanita – cemburu sebegitu berat sampai-sampai terfitnah agamanya jika dimadu.

    Selain itu, Rasulullah sendiri berpoligami dan wujud kecemburuan di antara isteri-isteri baginda. Namun baginda tidak menjadikannya hujah untuk tidak berpoligami. Maka merupakan satu double standard yang buruk apabila dianggap Rasulullah melarang anaknya berpoligami kerana kecemburuan sementara baginda sendiri berpoligami dan membiarkan kecemburuan di antara isteri-isterinya. Melainkan, kecemburuan bukanlah hujah untuk melarang poligami.

    Ketiga, larangan Rasulullah tidak ada kaitan dengan poligami, tetapi berkaitan dengan puteri Rasul Allah bersatu dengan puteri musuh Allah. Ini jelas berdasarkan sumpah baginda: Akan tetapi Demi Allah, selamanya tidak akan berkumpul puteri Rasulullah dengan puteri musuh Allah di satu tempat selama-lamanya.

    Jangan Mengubah Hukum Agama
    Bagi mereka yang sujud kepada pemikiran Liberal, hendaklah kalian beralih dan sujud kepada Allah yang mencipta manusia dan yang mensyari’atkan apa yang terbaik bagi manusia. Bagi mereka yang berat untuk dimadu, katakan saja “Saya belum mampu menerima poligami”. Usah mengubah hukum Allah dan mencari-cari dalil yang kelihatan selari dengan kehendak diri sendiri.

    Link asal:

    http://hafizfirdaus.com/content/view/605/96/

     
  43. eeeikaz

    16 Ogos 2012 at 2:56 am

    Salam ustaz.. Saya nak mintak pendapat.. Saya masih lagi awal 20an.. Saya berkenalan dgn seorang suami orang yg mempunyai masalah dgn isterinya. Tidak perlu la kot sy aib kan masalah rumahtangga org lain. Cukup sy sahaje yg tahu.. Kebetulan berkenalan dgn sy.. Secara x langsung timbul pula perasaan di antara satu sama lain.. Dia ada aju kan hasrat utk menikahi saya.. Isteri dan keluarga lelaki ni sudah tahu akan hubungan kami.. Begitu juga dgn keluarga saya.. Apakah yg patut saya lakukan ustaz?? Saya yakin lelaki ini boleh menjalankan tanggungjawabnya.. Selain itu lelaki ini sudah byk membentuk saya ke jalan yg solehah.. Saya ada buat istikarah. Tdk ada mimpi apa cuma hubungan saya dgn dia makin rapat.. Cuba elak kan berjauhan tp ada je halangan utk berjauhan itu.. Apakah yg patut sy lakukan?? Jikalau ustaz bersekempatan, tlg balas komen ini ke email sy eeeikaz@gmail.com.. Terima kasih.. P/s: kpd users2 yg baca komen ni yg ingin berkongsi pendapat sila email ok..

     
  44. Puan J

    1 September 2012 at 10:46 am

    ;-)

    Setiap kali saya ulang baca artikel ini saya akan tersenyum…

     
  45. nura-taharim

    13 Disember 2012 at 2:46 pm

    Salam, saya pada yg tersurat tidak bermadu tapi yg tersiratnya bermadu tapi bukan dgn kaum sejenis tetapi dengan anak2nya. Tinggal berasingan tapi berkerja di tempat yg sama pelik tapi benar. Saya sudah tidak tahu apa erti “suami&prkahwinan” dan tak tahu hendak berdoa menyelamatkannya atau menamatkannya…walahhualam..

     
  46. Puan Sarah

    16 Disember 2012 at 9:57 am

    Assalamualaikum Ustaz..
    Segala artikel/penulisan Ustaz memg mengagumkan & menarik minat saya utk membacanya.. Topik ini memg merupakan perkara yg sentiasa menghantui fikiran saya.. spt pendpt di atas.. saya ingin nyatakan bahawa ” saya memg tidak bersedia untuk berpoligami”.. Namun bolehkah Ustaz sarankan buku bacaan yg sesuai supaya saya boleh mempersiapkan diri saya sekiranya saya ditakdirkan utk berpoligami… kerana suami sy ada menunjukkn tanda2 yg dia berminat utk berpoligami. Seblm ni saya pernah membaca artikel Ustaz dlm majalah solusi. Namun saya yakin Allah memberikan ujian setimpal dgn apa yg terdaya ditanggung oleh hambanya. Selain memperkukuhkan IMAN di dada, saya perlu Ilmu sekiranya perlu menghadapinya. Terima Kasih.

     
  47. Salina

    4 Mac 2013 at 2:47 pm

    Assalamualaikum ustaz, Bagaimana jika seorang anak perempuan berumur lingkungan 28-30 tahun redha akan takdir jodohnya untuk bermadu. Tak kisah untuk berkongsi asalkan ade tempat untuk meluah perasaan & berkongsi kasih sayang.Tetapi ibubapa menghalang keras dengan menyatakan “TIDAK, DIA BUKAN JODOH KAMU. DIA DAH BERISTERI. DAN KAMU TIDAK TAHU APA ERTI PERKAHWINAN”. Sedangkan mereka tahu lelaki itu baik dan bertanggungjawab, hanya kerana sudah berkahwin lalu menghalang anak perempuan itu untuk bernikah. Apa pandangan ustaz.

     
  48. muliadi

    13 Julai 2013 at 1:49 am

    Assalamualaikum…
    Hanya sekadar luahan hati saya. Tidak terniat di hati saya untuk memadukan isteri pertama saya. Saya didatangi oleh seorang perempuan yang sangat bermasalah. Telah dinodai oleh bekas boyfriendnya sehinggakan beliau telah menggugurkan kandungan sebanyak 2 kali. Beliau tidak mengerjakan sholat dan banyak perkara yang dilarang telah dilakukan oleh beliau. Beliau sangat berterus terang kepada saya tentang masa silam beliau supaya saya faham akan masa silam beliau..
    Alhamdulillah sepanjang pengenalan saya bersama beliau, beliau telah sedikit sebanyak telah berubah. Yang menjadi pelik walaupun saya mengetahui latarbelakang beliau yang sangat buruk tetapi hati saya tetap untuk berkahwin dengannya sebagai isteri ke 2. Seolah2 saya yakin boleh membawanya ke jalan yang benar. Amat sukar saya untuk melupakanya kerana semakin hari saya semakin sayang.

    Masalah saya adalah saya amat takut untuk memberitahu isteri saya kerana isteri saya juga merupakan seorang mualaf dan terlalu banyak pengorbanan beliau terhadap saya. Saya takut beliau akan membuat sesuatu yang tidak baik setelah mengetahui hasrat saya.
    Adakah ini ujian yg harus saya tempuh? Adakah Allah mengirimkan saya untuk membawanya ke jalan yang benar?

    Saya bersembahyang hajat dan merayu kepada Allah semoga saya dipercepatkan jodoh kami tanpa masalah yang besar
    Ustaz tolonglah berikan saya panduan untuk saya menyelesaikan masalah ini..

     
  49. gentarasa

    17 Julai 2013 at 8:38 am

    Istiqarah… istiqarah wahai saudaraku. Pinta jauhi beban yang kita tidak mampu. Amin.

     
  50. ima

    22 Julai 2013 at 1:14 pm

    salam salina,

    untuk pengetahuan salina.. saya pernah di beri dugaan oleh Allah dengan jodoh. pernah putus tunang lagi 2 minggu sebelum nikah. saya memang kecewa. pernah jumpa bomoh dan akhirnya saya menyerah diri pada Allah dan bertaubat atas kesalahan dan dosa lampau saya. dan saya berjumpa ramai lelaki dan macam2 ragam saya alami. pernah beberapa kali di uji dengan ‘poligami’ di mana suami2 datang mencari saya. tapi saya pernah ada pengalaman dengan suami org. jadi saya elakkan diri dari mendekati mereka. jika mereka tanya, saya akan kata.. hantaran saya mahal.. kena ada rumah besar.. memang kedengaran agak demand kan? ada yang beragama datang selama 2 taon dia test saya dan kata atas alasan agama. dan ada pula lamaran datang saat mereka di mekah dan melamar saya di sini. tapi saya terus tidak melayan dan saya banyak berdoa pada Allah. jika dia adalah utk saya, dekatkan dia pd saya jika tidak jauhkanlah. tak sangka dalam mencari2 dan kebetulan saya berbunga dengan seorang lelaki bujang, datang si dia yang pada mulanya mengacau saya di BBM. pun saya tak layan, dengan alasan budak mentah (jarak usia saya dan dia 5taon). untuk tak hampakan dia, sebab memang jenis saya tak suka kecikkan ati orang.. saya keluar dengan dia di bulan ramadhan, dengan syarat.. hanya ke bazaar dan balik rumah masing2..padahal ati saya da kata.. 1st n last saya jumpa dia. di jadikan cerita kereta ayah saya rosak, kereta abg saya masih di bengkel dan dia pergi tolong ayah saya dan selepas terawih saya tengok dia ada di rumah saya. di situlah bermulalah pengenalan kami kerana redha dab restu ibu ayah saya. 2 bulan kawan, kami selamat menjadi suami isteri dan saya masih tak sangka.. jodoh saya. saya mohon pada Allah, saya taknak menyakiti org lain.. Allah jauhkan saya dari ‘poligami’ walaupun jodoh saya lambat.. tapi Allah tentukan jodoh saya bukan suami org. yakin la dengan restu ibu ayah. setiap kali berjumpa lelaki.. mohon dan berdoalah pada Allah.. kerana kita tak tau.. bila, di mana dan siapa jodoh kita. mohon Allah dekatkan jodoh kita dan betul2 yang di takdirkan utk kita.. insyaallah..

     
  51. ari

    13 September 2013 at 6:29 pm

    aku seorang suami…memg diakui ak antara lelaki yg mudah jatuh cinta.ak bkerja disebuah kolej islam. sblum kerja disini ak sudah brkahwin dan dikurniakan seorg cahaya mata perempuan. bila ak ak dan isteri telah couple semnjak dr ting 2 dan dia 1. skrg sudah 12 tahun brsama. kononnya cinta pertama dan terakhir. ak akui…antara kami ada kelebihan dan kekuranganya..mcm2 dugaan. tp Alhamdulillah ak masih mampu setia. sehinggalah ak mula bekerja di kolej islam ni. aku xpasti…siang malam ak teringatkan gadis yg juga bekerja 1 pejabat ak..memg gadis itu adalah pilihan hatiku..smpaikan dia dah trmasuk dalam doa selepas solatku..astafirullah….kenapa hati mcm nih…ada juga bbrapa kali tiba2 isteriku kata dia rela ak brkawin lain.sbbnya dia xmampu nak tanggung siksa beri anak lagi. kerana skrg due date dia bulan oktober utk anak ke 2. apa ak nak lakukan sekarang….ak xsanggup lukakan hati isteri ak…tp ak benar2 ingin jdkan gadis itu peneman hidupku dan jd sbahagian dr keluargaku…

     
  52. ida

    12 Jun 2014 at 1:06 am

    Salam ustaz sy isteri ke2,suami sy memngbtruk semua ckp isteri pertama…giliran memng xad untuk sy,dia cuma dtg 2 3 jam je tuk jmpa sy dan anak,ank dmm sy x siht pun dia ttp tinggl,isteri pertama dia ckp suami sy xboleh buat giliran sbb nafkah suami sy xbg dgn btl dan skrng dia yang menanggung suami,mcm2 dia caci sy,dia fitnah sy,skrng ank sy dia nk ambik bwak blik,ap yg perlu sy buat skrng ni,alasan suami nak jga hati isteri pertama…adakah silap sy?

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,255 other followers

%d bloggers like this: