RSS

SECEBIS KISAH ORANG BERILMU…

13 Mac

Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!

Saya masih ingat analoginya, “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”

Dia menyambung, “maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat.”     

Benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Lihatlah imam-imam besar bertahap mujtahid yang berterusan belajar tepat seperti yang sering diungkapkan, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.

Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!

Bergaullah dengan ahli ilmu yang sebenar, kita akan terasa tenang dengan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi penghormatan yang diberikan oleh manusia kepadanya, semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Ketangkasannya dalam berfikir disepadukan dengan kelembutan hatinya dalam berzikir.

Kini semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-katanya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian.

Betapa Tok guru dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang sanggup mati kerananya. Kata-katanya diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People dont care how much you know, untill they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli!

Ya, ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi ‘hati’ para nabi. Sifat-sifat mahmudahnya begitu ketara. Jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Jatuh pena di tangan, tidak akan diletakannya di atas kitab atau Al Quran. Jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada Al Quran dan Al Hadis… Bukan sahaja di dalam hati, bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.

Sering kali mereka menjawab ‘wallahuaklam’ pada soalan-soalan yang diajukan. Mereka tidak berlagak seperti manusia serba tahu. Mereka boleh bertukar posisi, bertindak sebagai murid yang banyak mendengar apabila dirasakan orang yang dihadapinya lebih mengetahui. Bukan mudah menjadi ‘pendengar’ ketika selalu berperanan sebagai ‘penutur’ tetapi kerana sifat tawaduk mereka, para ulama silam sanggup kelihatan bodoh daripada terus berlagak pandai dan memandai-mandai.

Sesungguhnya, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Biarpun mungkin tidak punya peminat, tetapi pengikut yang setia tetap ada. Jiwa sufi yang tersemat di dalam diri menyebabkan mereka kaya di dalam kesederhanaannya. Mereka itulah murabbi sejati, sekalipun bukan seorang selebriti.

Guru yang mengajar kitab kuning, yang saya ceritakan pada awal tulisan ini hanya menaiki motosikal… tetapi sungguh, saya jarang memandang wajahnya melainkan di situ ada senyuman!

About these ads
 
46 Komen

Posted by di 13 Mac 2012 in Zikir & Fikir

 

Label: ,

46 responses to “SECEBIS KISAH ORANG BERILMU…

  1. cikbeah

    13 Mac 2012 at 9:59 pm

    teringinnya hendak jumpa tuan guru semacam itu.
    bertuah tuan sebab dapat jumpa ya.

     
  2. Indah

    13 Mac 2012 at 11:39 pm

    Terima kasih, Ustaz,,
    Membaca bait-bait tulisan Ustaz, saya ketemukan ketenangan. Alhamdulillah, semoga kisah ini dijadikan garis panduan buat mencari garis tawadhuk dlm diri. Benar, manusia ini mudah teruji dgn sikap ‘keterujaan’ memiliki ilmu walhal sudah terang lagi bersuluh Allah lah pemilik ilmu segenap alam.

     
  3. Puteri Cahaya

    13 Mac 2012 at 11:46 pm

    MasyaAllah..

     
  4. bunga

    14 Mac 2012 at 12:13 am

    salam ya Ustaz..

    Alhamdulillah…syukran ya ustaz atas apa yg telah di kongsikan..baru hari ini, saya faham knp zaman sekarang ramai yg jadi pendengar / peminat pd para ilmuwan dan bukan pengikut / mengamalkan seperti yg sepatutnya. hakikatnya, kebanyakan nya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran..

    wallahuaklam…

    .

     
  5. cik as

    14 Mac 2012 at 2:39 am

    salam En.pahrol, Alhamdulillah hati terasa tenang tiap kali membaca tulisan ustaz.:) seMoga ustaz sentiasa dalam rahmat dan lindungan allah.:) maaf sy xtau nak panggil apa, hanya ini yg mampu tertulis.:)

    Semoga tulisan ustaz terus bermanfaat dan segarkan jiwa2 insan yg dahagakan ilmu(tazkirah dan tarbiyah) .. salam mahabbah fillah:)

     
  6. hirs

    14 Mac 2012 at 4:07 am

    subhanal malik…ilmu adab sgt pntg di praktikkan..=)

     
  7. Kak Long

    14 Mac 2012 at 5:50 am

    Terima kasih atas kata-kata nasihat ini. Semoga dengan sentiasa memberi kebaikkan kepada orang lain, kebaikkan juga datang kepada ustaz. Saya sentiasa mendoakan agar ustaz dipermudahkan segala urusan. ameen.

     
  8. MAH

    14 Mac 2012 at 8:44 am

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Terima kasih di atas artikel ini mengenai ciri-ciri ilmuwan dalam bidang ugama Islam yang sejati.
    Mudah-mudahan suatu hari nanti akan ada para ilmuwan Islam dalam bidang sains dan teknologi dan bidang-bidang lain yang tertentu yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang boleh membantu pemimpin dan rakyat dalam kita berhadapan dengan perancangan dan tipu muslihat musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi Zionist.

     
  9. ch3m-p

    14 Mac 2012 at 12:31 pm

    tq ustz..

     
  10. syamsul amri a razak

    14 Mac 2012 at 1:15 pm

    Asmwbt. Saya merupakan antara pembaca tulisan ust. Tk dan tahniah; ianya memang berkesan.
    Memang benar dikalangan pendakwah;rasmi mahupun tidak rasmi peperlu mampu dan upaya utk turun ke bawah khasnya dlm menyentuh kalangan pendengar/pembaca agar mengamalkan apa yg dipelajari. “Akhlaq buah ibadah”. JazakaAllah.

     
  11. serojalaw

    14 Mac 2012 at 1:20 pm

    Subahanallah…terima kasih atas artikel dan kiasan yg penuh menyentuh hati-hati…

     
  12. Wan Zayuhisham Wan Yusoff

    14 Mac 2012 at 4:36 pm

    Kita sama-sama mulakan sekarang. Hidup dengan keredaan-Nya. Sesungguhnya jalan ke syurga itu penuh onak dan duri.

     
  13. kenari

    14 Mac 2012 at 9:02 pm

    Terbaik

     
  14. ananabilah

    14 Mac 2012 at 10:12 pm

    Assalamu’alaikum Ustaz

    Terima kasih. Tenang dan lega membaca artikel kali ini, seperti selalu. Penat dan letih kadang bercakap dan bersembang dengan orang bijak pandai tapi kurang hikmahnya. Semoga Allah pelihara ustaz dan kita semua. Teruskan menulis ustaz demi kerana Allah.

    Izinkan saya berkongsi artikel ustaz dan apa sahaja ilmu dari ustaz.

     
  15. Sazlin Hamran

    14 Mac 2012 at 10:44 pm

    salam ustaz…ciri y ustaz sebut td tu..mmg sye akui murabbi mmg x tekenal tp kalau knl psti tersentuh stiap tutur kata nya..murabbi mendidik hati..guru mendidik akal…

     
  16. Selimutsura

    15 Mac 2012 at 12:49 pm

    =) Subahanallah
    “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”

     
  17. Norbaiti Ridzuan

    15 Mac 2012 at 3:16 pm

    Semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga.. Ameen..

     
  18. Madurezequeen Throne

    15 Mac 2012 at 10:16 pm

    Begitu mahal harga yg saya perolehi dri membaca setiap artikerl yg dikirimkan…semoga ustaz teros dengan perjuangan murni ini..saya berdoa semoga ustaz diberi kekuatan dlm bidang penulisan dmi untuk memberi ilmu pada yg kurang dlm pengertian sama seperti saya..dan Allah swt akan sentiasa merahmati ustaz dn seisi kuaga…amin3

     
  19. tam

    16 Mac 2012 at 1:07 am

    saya sentiasa tak puas membaca dengan hasil tulisan ustad…

     
  20. Zarita Hashim

    16 Mac 2012 at 3:33 pm

    aslmkm ustz. saya berbangga dengan hasil penulisan ustaz, ianya telah membuka minda saya tentang apa yg saya tidak pasti. saya telah mencari buku2 tulisan ustaz di sekitar jb tapi jawapan menghampakan saya..”tiada stok”. saya dh xsabar utk membacanya..

     
  21. Alwaie Bakar

    16 Mac 2012 at 4:33 pm

    People dont care how much you know, untill they know how much you care..true!

     
  22. Aneeqa

    16 Mac 2012 at 8:46 pm

    Assalam Ustaz,

    semuga dalam kasih sayang Allah hendaknya.

    Maha suci Allah! Semuga makin ramai lagi yang lain mencontohi ustaz ini yang menjalankan tugas semata semata kerana Allah seperti guru guru kita dulu.

    Terima kasih kerana selepas sekian lama, akhirnya saya mempunyai buku “Dimana Dia Dihati Ku?” yang ustaz autographed.

    Semuga ustaz dan keluarga dirahmati Allah

    Jazakaullah

     
  23. Inspector Saahab

    17 Mac 2012 at 6:54 am

    menarik. jemout ke laman saya untuk beri tunjuk ajar :)

     
  24. Madurezequeen Throne

    17 Mac 2012 at 5:31 pm

    Assalamualaikum ustaz…setiap butiran ayat2 yg tercatat, membuka lembaran baru didalm diri saya…saya memperolih azimat yg tidak ternilai harganya…terima kasih ustaz dengan tidak secara langsung saya telah berguru dgn ustaz. Saya akan jadikan ia sebagai penyuloh pada kegelapan. Semoga Allah sentiasa memberi kebahgiaan dunia dan akhirat pada ustaz dan seisi keluarga..amin3

     
  25. mohd iqbal

    18 Mac 2012 at 2:22 am

    mohon share ya ustaz…

     
  26. Syahrial Al

    18 Mac 2012 at 10:22 am

    good

     
  27. cilipadi

    18 Mac 2012 at 12:29 pm

    Terima kasih Protaz…your writings reflect the caring in your heart.Your humility comes through even though you are writing about somebody else…I feel you have also reached his level…praise be to Allah.Saya secara jujurnya juga susah untuk menerima dan mengamalkan ilmu2 apabila saya melihat yang mengajarpun tidak mengamalkan…cakap tak serupa bikin…menegur berpilih2.Kelemahan saya sebagai manusia tetap bersarang…Kawan-kawan juga memberi komen yang sama…bila kita dilihat sebagai idola atau contoh,segala-gala diperhatikan…Contoh paling mudah ialah peranan sebagai ibubapa/suami-isteri…mana mungkin kita efektif kalau cuma bercakap…

     
  28. Ghazali Arbain

    18 Mac 2012 at 1:18 pm

    Mohon share juga ye ustaz..

     
  29. hani

    18 Mac 2012 at 10:18 pm

    terima kasih atas perkongsian ilmu..
    mohon share ye usaz..

     
  30. ainul

    19 Mac 2012 at 8:02 am

    Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanyakan 1 soaln pada ustaz, sekarang sya seorang plajar disalah satu IPTA, saya mengambl jurusan engneering..dilema yang saya sedang hadap sekarang ialah, saya teringin untuk menyambung pelajaran, tetap saya kurang ada hati untuk menyambung pelajran dalm bdang yang sedia ada..ntahlah, semasa under grad ni saya merasakan kadang2 saya jauh dr tuhan..semakn saya sibuk dengan tugasan2 dalm bdang ni samkin saya rasa saya kurang masa untuk mendalami ilmu agama..mugkin kerana bidang ni saya banyk bekerja denagn orang bukan islam..contohnya buat projek, task atau assigmnt..memandangkn kalgan melyu islam tu agak dominant..dan saya pula bukan seorang yang aktif..banyak lagi yang saya rasa kekurangn untuk terus berada dalam bidang ni..tetapi saya rasa perlu juga untuk berada dalam bidang ini..untuk meletakkn islam d tempat itu..tetapi memandangkn saya seorang perempuan, saya bertambah gusar bagaimina saya akan berkerja diluar nati..bukan satu bnda ynag mudah..pancapaian akademik saya juga bukn yang cemerlang..tapi masih layak untuk meymbung pelajran, niat sya menyambung plajaran adalh untuk mendalam ilmu..dan sekarang sya lebih minat untuk mendalam ilmu agama berbanding ilmu yang sedia ada..adakh keputusan sya ingin meyabung peljaran dlam bidang agama ini dan tinggalkn bidang yng sedia ada ini suatu yang tidak patut, minta ustaz tolong bntu sya dalm membuat keputusan..wallahu’alam..terima kasih ustaz.

     
  31. mutiara

    19 Mac 2012 at 10:25 pm

    assalamualaikum ustaz….. membaca tulisan ustaz cukup membuatkan saya tenang. saya amat bersyukur kerana dgn kata2 ustaz selama ini saya akhirnya sedang berhijrah menjadi yg lebih baik… insyaAllah ustaz, berkat kesabaran yg ustaz terapkan dlm hati saya pd nasihat yg lalu, akhirnya saya telah temui apa yg saya cari…. Allah telah memakbulkan doa saya selama ini. SubhanAllah….Jasa baik ustaz akan saya kenang dan saya doakan ustaz sentiasa dirahmati Allah di dunia dan di akhirat. Saya mohon maaf jika ada kata2 saya selama ini menyinggung hati ustaz….. alhamdulillah, cintai Allah lebih manis dan nikmat. Saya akan terus mendekatkan diri dgn Allah kerana Allah sentiasa menyayangi hambanya…Wassalam….. wallahuallam…..

     
  32. Habib Ahmad

    21 Mac 2012 at 9:58 am

    Majlis2 Ilmu :

    Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/419611_10150700057071999_295419981998_11671486_441838937_n.jpg

    Seminar ‘MANHAJ NABAWI’ -UNIVERSITI AS-SOFA : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/p1-1.jpg

    Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2012/03/428994_2853139007931_1243224936_32310278_1731500179_n.jpg

    Sertailah Facebook kami : http://www.facebook.com/pondokhabib

    Sertailah Forum ASWJ di : http://fahamislam.com/forum/

     
  33. Zainab

    21 Mac 2012 at 11:55 am

    Sangat bermanfaat untuk ‘HATI’…mudahan dapat difahami hati seorang pendidik seperti aku yang terlalu daif dlm kehidupan…Mudahan Allah sentiasa pimpin kita je jln yang diredhaiNYa…Amin.

     
  34. nurul nabilah

    21 Mac 2012 at 7:25 pm

    saya suka entri ini..terima kasih kerana berkongsi..kadang2..sbgai manusia,kita terleka..semoga mnjadi contoh dan peringatan..

     
  35. Ijah

    22 Mac 2012 at 5:08 pm

    Sy sgt suke artikel ni.. Syukran ya ust

     
  36. pring bin apul

    23 Mac 2012 at 7:46 am

    Semoga terus menulis

     
  37. nur

    26 Mac 2012 at 12:44 pm

    Assalamualaikum ustaz…skrg sy buntu…sy merupakan seorang pelajar…sy perlukan bimbingan dari ustaz,,,sy memang amat menggemari semua hasil tulisan ustaz,kat sini sy nak mintak pandangan ustaz mengenai isu couple dlam islam…sy tau couple tu haram…sbb umumnya bnyak perkara2 negatif di situ…tapi mcm mane ea ustaz…kalau kita nak perbaiki diri kita…kalau boleh nak jauh dari kemaksiatan atau perkara2 yang melalaikan…sy ad seorg teman lelaki…yg menjadi masalah pada sy ialah…bla sy nak tinggalkan dia…dia akan ugut nak berhenti blajar dan menangis…bila dah diugut macam tu sy akan rasa bersalah sy tak nak dia berhenti belajar sbb sy…tapi ustaz…kalau sy terus dgan dia…byak perkara2 yang tak sepatutnya di lakukan (menghampiri zina atau dgn kata lain ringan2) walaupun belom pernah telanjur…macam mana ustaz…dgan masalah ni…sy tak nak taggungjawab dan amanah yang da diberikan oleh keluarga tergadai…dan sy juga tak sanggup maruah diri saya di rendahkan,,,,ugutan yg dia buat memang myiksa perasaan sy…sy tak nak tggung rasa bersalah sekiranya dia berhenti belajar…maaf ustaz sbb meniggalkan soalan yang kurang berkaitan dgan pnulisan ustaz di atas…sy amat2 memerlukan pandangan ustaz…sekian

     
  38. nadia

    26 Mac 2012 at 6:15 pm

    salam ya ustaz,’ INDAH’ only the word that i can describe from your writing…Syukran

     
  39. gentarasa

    27 Mac 2012 at 2:40 pm

    Salam Nur,
    Tidak ada ketaatan kepada makhluk dengan bermaksiat kepada Allah. Jika diturutkan juga hasrat teman lelaki anda, anda akan terjerumus lebih jauh. Mungkin di samping nilai agama kita terbarai, maruah juga akan terbarai. Selamatkanlah diri anda dahulu, baru fikir soal orang lain. Ugutan itu hakikatnya tipu daya syaitan.Keluarga dia, tanggung jawab dia. Anda ada tanggung jawab lebih besar kepada Allah dan agama serta diri anda sendiri. Ugutan terbesar ialah dari Allah… yang melanggar perintahNya dijanjikan NERAKA! Nauzubillah.
    Selamatkan diri kita dan keluarga kita daripada neraka. Peganglah pesan ini baik2, sebelum terlambat.

     
  40. JED

    28 Mac 2012 at 11:10 am

    salam,jazakallah ust,tringat ketika saya belajar di pondok darul ulum ihya ulumuddin, Maulana Muhammad bin Abdul Kadir An-Nadwi di Langgar Alor Star dahulu,salah seorang ustaz yg mengajar disitu nama dia ustaz omar dari kampung pisang pendang,memang rendah diri orngnye tapi ilmu tauhid nya cukup tinggi,waktu mengajar mata dia terlelap mulut dia tak berenti sebut butir2 dalm kitab tuh…kitorang plak duk tergelak je..

     
  41. zahraa amalin

    30 Mac 2012 at 10:27 pm

    terima kasih ustaz

     
  42. Adillah

    25 April 2012 at 8:14 am

    Ustaz, terima kasih. Setiap nasihat menjadikan saya lebih kuat. Saya tidak punya masa yang banyak kerana anak-anak masih kecil dan saya juga bekerja. Sangat bercita-cita untuk belajar, semoga Allah lapangkan kehidupan saya untuk berguru. Buat masa ini, saya akan membaca di blog ustaz sebagai menambah ilmu dan peringatan buat diri yang sering lupa.

     
  43. ismida

    26 Mei 2012 at 12:03 am

    salam,, wah!! bagus sungguh cerita ney,, smga menjadi pengajaran dan manfaat kepda saya dan org len juga,, insyaAllah,, amin,,

     
  44. siti nahar

    30 Mei 2012 at 5:45 am

    Salam.best….yg pasti sentiasa mnyentuh hati saya…terima kasih ustaz…moga Allah sentiasa memberkati usaha ustaz…

     
  45. anna

    4 Jun 2012 at 8:32 pm

    Assalamualaikum ustaz..

    Suka benar sy akan setiap artikel ustaz. Amat byk yg boleh sy pelajari untuk terus memperbaiki kelemahan diri. Semoga ustaz terus menulis dan sentiasa dirahmati Allah…wassalam.

     
  46. Azhari Ab Rahman

    31 Oktober 2012 at 7:37 am

    Assalamualaikum, ya ustaz, terima kasih diatas tulisan yang menyentoh hati.memang betul untuk membetulkan hati manusia, kita mesti betul kan hati kita, baru tegu ran Dan nasihat kita Akan Masuk kedalam hati, jika tidak ia sekadar menjadi halwa telinga sahaja. Maaf kan Ana ya ustaz. Wallahualam.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,254 other followers

%d bloggers like this: