RSS

ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM?

27 Apr

Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Pernah juga pada satu ketika yang lain seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?

Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit

Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.

Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.

Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi…

Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.

Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.

Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.

Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.

Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu)

Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?

Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.

“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.

Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama.

Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunya dan hasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?

Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.

Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.

Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.

Jadi musuh kita yang sebenar bukaniah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!

Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.

Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.

Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggeris akibat k morosotan pegangan mereka terhadap Islam.

Sepatutnya tidak wujud konflik langsun antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.

Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum, senibina, keintelektualan,  kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.

Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boteh ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya denga tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.

Cubalah kita kaji dan selidik sedalam dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.

Selain akidah dan beberapa amalan jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?

Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar atau tidak dalam perangkap,  “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa?

About these ads
 
27 Komen

Posted by di 27 April 2012 in Politik / Siasah

 

Label: ,

27 responses to “ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM?

  1. Faris Adli

    28 April 2012 at 1:33 am

    Kalau tak silap saya post ini dipetik dari buku tuan yang bertajuk dilema melayu Islam. Betulkan?

     
  2. Ani

    28 April 2012 at 11:07 am

    Assalamualaikum ustaz,
    Mesti seronak jika bercakap terus dengan ustaz berbincang tentang perbezaan ini. Tapi biarlah saya buat perumpamaan yang berbeza sedikit.

    Bagaimana jika seorang wanita yang leih mementing akhirat diberi pilihan antara Tuan guru(lebih glamour) dan Tok Guru(di pondok sahaja). Tuan guru itu lebih mudah berhubung dan hatinya lebih dekat dengan dia tetapi tok guru itu selalu dia nampak walaupun tak pernah berbual mesra. Pada saya suatu ketika nanti, pasti hati wanita ini sedikit demi sedikit akan berubah kerana matlamatnya akhirat bukan mengikut hati dan perasaannya. Jadi samalah juga antara agama dan bangsa mana sepatut didahulukan jika kita bermatlamatkan akhirat. Jangan marah ye ustaz kerana pertentanggan pendapat ini…. :).

     
  3. cilipadi

    29 April 2012 at 8:03 am

    sifat mazmumah yang kena dibuang kut Ustaz…pada mana2 golongan pun apalagi golongan ‘perutists’ …perasaan hasad dengki,perbuatan melaga-lagakan,etc.Lawannya mungkin sifat mahmudah(istilah golongan agama) atau nilai-nilai murni(istilah nasionalis)…Perjuangan setiap manusia sepanjang perjalanan kembali kepada Tuhannya (if we consciously think of the purpose of our life).

     
  4. Haneen

    29 April 2012 at 9:21 am

    Salam….

    Ustaz,

    Hanya sekadar berkongsi rasa dengan suasana politik terkini dan paling terkini perhimpunan BERSIH 3.0. Sedih dengan ‘pertempuran’ yang berlaku…yang majoritinya Muslim tidak kiralah daripada pihak penyokong atau pembangkang.

    Tidak sama2 berhimpun utk BERSIH tidak bermakna saya menghalalkan apa yang pemerintah kini lakukan. Walau dihina kerana tidak sama2 berhimpun saya yakin ini bukanlah satu2nya cara penyelesaiannya.

    Di saat ini saya amat merindui Rasulullah. S.A.W. Akhlak dan adab baginda sentiasa mendahului dalam semua keadaan apatah lagi dalam keadaan yang amat kritikal.

    Ya ALLAH, kuatkan kami zahir dan batin dalam jalan yang Engkau redhai. Bantulah kami utk terus menghadapi sebuah kehidupan yang telah Engkau takdirkan denga penuh keimanan dan redha MU sehingga tiba saat dijemput Mu. Ameen.

     
  5. Siti

    29 April 2012 at 9:44 am

    Rosaknya kebanyakan umat Islam dari dulu hingga kini disebabkan mereka tidak bersatu dan suka menyalahkan umat Islam yang lain dengan menganggap diri mereka sentiasa betul dan mereka juga lebih rela mengambil orang kafir sebagai sahabat atau ikutan bebanding dengan orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka. Runtuhnya empayar sesebuah kerajaan itu disebabkan kecurangan bangsanya sendiri.

     
  6. Nor Aziman bin Mait

    29 April 2012 at 5:08 pm

    Assalamualaikum ustaz,
    Maafkan saya kerena menghantar komen yang tak sepatutnya. Saya bukanya hendak menjawab komen yang ustaz ini, tapi sudilah kiranya ustaz memberi sedikit cadangan atau pun buah fikiran iaitu bagaimanakah caranya mengawal sifat marah dalam diri, ini kerana sifat marah ini sudah dua kali menyebapkan isteri saya berkecil hati terhadap saya padalah saya tidak sedikit pun berniat untuk berbuat demikian. Bila marah saya timbul saya akan mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya. Isteri saya sudah dua kali berkecil hati dan adakalanya sampai isteri tidak ada hati terhadap saya. Tolonglah ustaz sudilah kiranya ustaz memberi sedikit jalan penyelesaian agar marah yang ada didalam hati ini boleh diatasai. Saya sayangkan keluar saya, isteri serta tiga orang anak2 dan seorang lagi yang bakal melihat dunia pada Jun ini.

     
  7. Sya

    29 April 2012 at 9:42 pm

    Assalamualaikum,

    Kalau suami isteri yang asyik bergaduh dan sentiasa menyalahkan pihak yg satu lagi, boleh juga kita bawakan ke dua2nya ke depan kadhi atau ustaz2 utk diberi nasihat dan cari jalan menjernihkan rumahtangga mereka, tapi dlm golongan ahli2 politik kita ni yg masing2 tak boleh terima pendapat pihak lawan, sapa kita nak cari utk jadi org tengah bagi menyelesaikan konflik ummah kat malaysia ni ustaz? Tak ada kah pihak yg sudi terutama dari kalangan ulama dan cerdik pandai Islam yg tak bias ke mana2 pihak yg boleh ke depan dan mengusahakan sesuatu agar dua2 pihak pemerintah dan pembangkang yg sama2 Islam kembali pd perjuangan dantugas sebenar mereka dlm membawa Islam dan keamanan di mukabumi malaysia ni?

    Wallahua’lam

     
  8. ch3m-p

    30 April 2012 at 9:48 am

    kembali kpd alquran n sunnah, pasti jumpa jwpnnya, tp siapakh pmimpin yg ikut ajaran quran n sunah itu??? mata banyakkan melihat, otak banyakkan berfikir, kurangkan brcakap tp banyakkan bertanya pda alim ulamak yg ikut quran n sunnah..

     
  9. cahaya hidupku

    30 April 2012 at 6:34 pm

    matlamat kita semua sama…dah menjadi fitrah…antara kita semua sukakan kebaikan… :)

    Semoga sihat sokmo deh

     
  10. musafir sabah

    30 April 2012 at 8:44 pm

    setuju.kenapa dua-dua pihak tidak mhu mencari titik temu?

     
  11. mudim

    30 April 2012 at 8:51 pm

    Bila Islam dan Melayu bersatu, barulah Melayu bertambah mutu. Jika Melayu jauh dari Islam, Melayu akan terus tenggelam.Lihatlah apa terjadi kepada bangsa Arab kini.

     
  12. selembut sutera

    1 Mei 2012 at 8:48 am

    inilah pandangan apabila kita memikirkan penyelesaian dan berusaha mencari solusi, bukan terus menyalahkan pihak lain mahupun menjadikan situasi di sekeliling sebagai alasan untuk terus bertelagah…subahanallah. bukankah bagus jika kedua-dua pihak (termasuk diri kita) saling memaafkan dan berkolaborasi utk sama2 mencapai matlamat…subahanallah2..

     
  13. zahraAmalin

    1 Mei 2012 at 4:03 pm

    Assalamualaikum ustaz…
    Bernas sekali tulisan ustaz…dan saya amat bersetuju..benarlah terkadang
    begitu sukar untuk membezakan antara yang benar dan salah..lantaran manusia
    suka bertopeng dan pandai bermain kata…seolah pembohongan bukan lagi dosa..
    andainya sifat al amin yang dimiliki oleh Rasulullah diikuti…alangkah indahnya hidup ini..

     
  14. Ana Al-Hakir

    2 Mei 2012 at 2:15 pm

    Assalam

    Membuat pilihan merupakan satu-satunya kerja yang memenatkan. Samalah memilih bangsa dan agama, yang mana perlu lebih diutamakan. Berdasarkan pengamatan sejarah bangsa yang meletakkan agama di tempat yang sepatutnya sering muncul sebagai pencipta tamadun yang hebat. Contoh yang paling hampir ialah kerajaan Melayu Melaka yang meletakkan agama sebagai teras kehidupan telah berjaya membina tamadun yag begitu dicemburui musuh-musush Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun apabila peraturan agama itu diabaikan, sedikit demi sedikit empayar yang hebat itu runtuh menyembah bumi. Sejarah keagungan Islam juga menunjukkan perkara yang sama. Penyatuan berdasarkan agama lebih memberi kekuatan berbanding penyatuan berdasarkan bangsa. Inilah yag menyebabkan lahirnya negara-negara yang bersandarkan ideologi yangmeletakkan kepentingan bangsa di puncak tama. Lantaran itu kita mendapati sehingga kini kuasa Islam sebagai penyatuan itu digemburkan sebagai tidak relevan lagi kerana kebimbangan wujud semula kekuatan yang tiada tara bandingnya. Meletakkan Islam mendahului kepentingan bangsa akan menyebabkan hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi menjadi utama apabila kekayaan harta menjadi ukuran gahnya sesuatu bangsa. Ini juga membawa kepada peminggiran kekuatan rohani yang akhirnya membawa kepada kelemahan bangsa itu itu. Bangsa itu tidak dilemahkan dengan menyingkirkan agama malah menjadikan matlamat bangsa itu terlalu singkat dan akhirnya memusnahkan bangsa itu akhirnya. Sewajarnya agama diperkasa kerana agama itu menjamin keperkasaan jiwa dan fizikal sesuatu bangsa.

    Terima kasih

     
  15. Muhammad

    3 Mei 2012 at 3:07 pm

    Bangkitkan Islam dalam diri umat Melayu.. kembalikan fitrah Islamiyyah dalam cara hidup bangsa Melayu.. semarakkan rasa berTuhan dalam jiwa setiap anak melayu.. Percayalah.. Melayu akan bangkit, maju dan cemerlang di Dunia dan Akhirat Insya ALLAH..

    Bukankah kaum Arab itu telah rosak di zaman Jahiliyyah nya.. namun Nabi Kesayangan kita telah membawa kaum itu kembali kepada fitrah yang sebenar, fitrah yang hakiki, Islam yang Syumul. Maka kaum Arab telah berjaya, telah meneroka keseluruh pelusuk dunia, telah menawan 2/3 dunia. Lahirlah para cendiakawan2 Islam, yang bukan sahaja hebat dalam ilmu dunia (kedoktoran, engineer, math, sastera dsb.) malah mereka juga ulama’ yang masyhur dalam mengembangkan Islam..

     
  16. Dzul

    3 Mei 2012 at 8:22 pm

    Sangat setuju dan sehaluan dengan pandangan ustaz. Terima kasih atas pendapat yang sangat bernas ini!

     
  17. gentarasa

    3 Mei 2012 at 10:03 pm

    Assalam,
    Marah bukan untuk ditiadakan, tetapi untuk dikawal. Bila marah ubah kedudukan fizikal kita – duduk, baring atau lari daripada kawasan yang kita marah. Ambil wuduk, tarik nafas dan selawat. Itu teknikal kawal maarah. Namun pada prinsipnya, kita hamba Allah, kita penuh dengan kekurangan dan kesalahan… maafkanlah atau setidak-tidaknya terimalah hakikat kita bukan duduk dalam kelompok malaikat. Perlu sabar dengan kerenah orang lain kerana orang lain pun sebenarnya sedang sabar dengan karenah kita. Ingat sama-sama, kita hanya hamba, bukan tuan, lebih-lebih lagi bukan Tuhan dalam kehidupan ini.

     
  18. kadetpolisbtho

    4 Mei 2012 at 6:09 pm

    Reblogged this on Blog Pertama Saya.

     
  19. LoLa

    4 Mei 2012 at 7:35 pm

    Perasaan yg terbuku di hati saya sama seperti yang dikatakan oleh saudara Ana Al-Hakir..

    jika kita belajar daripada sejarah,kita sendiri akan menemui jawapan kepada permasalahan ini. Masalah begini sudah berlaku,dan telah diselesaikan umat terdahulu. Terserah kepada kita untuk mengkaji semula sejarah dalam melihat solusi pada masalah ini. Wallahua’lam~

     
  20. MAH

    8 Mei 2012 at 9:13 pm

    Salam Sejahtera Ustaz

    Walau apa pun ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM , orang-orang Islam tidak akan bersatu kerana Allah tidak kabulkan doa Rasullulah SAW menurut sebuah hadis

     
  21. finas

    14 Mei 2012 at 8:55 am

    salam ustaz.
    bagaimana kita mahu menyelamatkan belia muda sekarang yg ingin berkahwin tetapi tiada duit dan takut akan tomahan masyarakat sekiranya majlis dibuat secara kecil-kecilan(takot dikatakan bernikah setelah ditgkp khalwat)?

     
  22. Orang Lama

    24 Mei 2012 at 5:35 pm

    Melayu itu Islam mungkin benar, Tetapi mengatakan Islam itu Melayu adalah tidak tepat kerana kita ada rakyat Malaysia yang terdiri dari orang China, India, Orang Asli ,Dayak, Iban, Kadazan dll yang berugama Islam.

     
  23. alex zender qorni

    4 September 2012 at 12:11 am

    slm..apabila bertembung perjuangan bangsa dan agama saya lebih suka memilih perjuangan agama..betul kata ustat melayu dan islam begitu sinonim namun kita perlu sedar bahawasanya perjuangn bangsa melayu(UMNO) di negara kita hakikatnya warisan penjajah yang hendak memecah belahkan orang melayu, penjajah sudah mengkaji secara halusi apa yang ustat sebut tadi. Al-quran telah memberi panduan apabila ummat islam berbalah maka pilihlah yg paling hampir dngn quran dan sunnah..kita hukum pd yg zahir terpulanglah samaada perjuangn itu nk mmperalatkn bangsa atau agama dia jawab dgn Allah nnti..yang zahir banyk pmmpin kebangsaan memntingkn duniawi dri ukhrowi,,kita mesti pilih satu saja perjuangn..jngn nk pening2 quran dah bg pnduan syukran.

     
  24. Keramat KL

    4 Disember 2012 at 2:18 am

    Membaca tulisan tuan bertajuk ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM menyebabkan minda menjadi lebih terbuka. Tahniah kerana tuan dapat mengupaskan satu isu kemelut yang sudah lama berlaku di kalangan orang melayu. Sedikit sebanyak Kekusutan dapat dirungkaikan. Banyak persoalan sudah terjawap. Panduan sudah diberikan.Jalan sudah dibentangkan,Penyelesaian juga dicadangkan.Marilah semua , wahai bangsaku. marilah kita bersatu ke arah kebaikan dan kejayaan. Buang yang keruh ambil yang jernih.
    Sewajarnya bila kita membaca sesuatu tulisan itu, kita bacalah dengan niat untuk mendapat ilmu,kemudian untuk mengamalkan dan sampaikan terutamanya kepada keluarga,kemudian sanak saudara,rakan taulan kemudian masyarakat dan umat seluruhnya.Disamping itu niatkan juga segala yang kita buat untuk mencari reda Allah dan sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa mendapat pimpinan dari Allah.
    Saya bersyukur telah diberi peluang oleh Allah dapat juga pergi kebeberapa negara. Betapa saya dapat saksikan negara kita sangat aman dan makmur.Walaupun kita menghadapi masalah sosial tetapi adalah perlakuan penduduknya tatapi tetang keamanan dan kemakmuran negara ini tidak boleh dinafikan. Seumpama universiti mengeluarkan pelajar yang berjaya.tetapi kalau pelajar gagal diuniversiti takkan lah kita nak napikan tentang kebaikan Universiti Disamping itu banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.Perkhidmatan kerajaan juga bersistematik contohnya buat pastpot dalam tempoh sehari dan banyak lagi contoh-contoh yang boleh dilihat. Ini kerana kerana dapat mewujudkan satu sistem yang baik. Ini amat berbeza kerana salah negara yang berada di Timur Tengah, keadaan jalan rayanya yang tidak bersistem dan keadaan yang kelam kabut. Ini menunjukan kerajaan nya tidak bersistem. Ini baru satu contoh.Di negara tersebut,Hati saya juga tersentuh melihat banyak pengemis.Mereka mengemis bukan kerana mereka malas, tetapi peluang pekerjaan tiada.Bila bangun pagi mereka fikir nak makan apa (tiada makanan) tetapi kita di Malaysia bangun pagi fikir nak makan dimana (sebab duit ada dan tempat makan banyak).

     
  25. Abdilah Ahmad Mudus

    4 Disember 2012 at 7:53 am

    Kesiimpulannya pada persoalan ini ialah SETIAP INDIVIDU yang beragama Islam mesti MENGAMALKAN AJARAN ISLAM 100% dalam dirinya terlebih dahulu. Insyallah bangsany

     
  26. Abdilah Ahmad Mudus

    4 Disember 2012 at 8:09 am

    Jalan penyelesaian kepada persoalan ini bermula dari DIRI KITA SENDIRI. Jika kita semua benar-benar MENGAMALKAN AJARAN ISLAM 100% sudah tentu bangsa kita juga akan meningkat kualitinya.

    Rasulullah s.a.w telah ‘menunjukkan’ caranya kepada kita semua, malangnya kita sendiri yang TIDAK MAHU MENGIKUTINYA. Ini semua disebabkan oleh penyakit CINTA DUNIA dan TAKUT MATI yang sedang kita ‘hidapi’ sekarang ini.

    Kajian menunjukkan bahawa 80% orang ISLAM sudah tidak lagi MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU dan 20% yang mendirikan solat ini pun masih ‘bermusuh-musuhan’ sesama sendiri. Mana mungkin kedamaian dan persatuan bisa terjadi.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,255 other followers

%d bloggers like this: