RSS

MULAKAN DENGAN CERIA

04 Mei

Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .

Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.

Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada  tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.

Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita juga diukir oleh kegembiraan itu. Kata bijak pandai, “jika hati baik, wajah akan sentiasa cantik.” Salah satu ciri hati yang baik, adalah ceria!

Kata pakar-pakar psikologi dan motivasi, sepuluh minit terawal sebaik sahaja bangun daripada tidur akan menentukan kecemerlangan kita pada hari tersebut. Jangan hendaknya fikiran, perasaan dan hati kita dicemari oleh sesuatu yang buruk, jahat dan kotor. Saranan mereka, senyum, cakap yang baik-baik, rasa yang indah-indah, sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Sebagai seorang Islam, kita seharusnya tidak ada masalah untuk merasa ceria sebaik sahaja bangun daripada tidur. Caranya?  Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran. Islam hakikatnya sudah lama mendidik umatnya agar melihat sisi yang baik-baik, indah-indah dan cantik-cantik sebaik sahaja bangun daripada tidur. Justeru, kita dianjurkan untuk melafazkan doa kesyukuran ini sebaik sahaja bangun daripada tidur: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kematian kami dan kepadaNyalah kami akan dihimpunkan.”

Ya, pertama dan utama, kita mesti bersyukur atas nikmat hidup yang masih dikurniakan Allah.  Cuba kenangkan betapa ramai orang yang pada malam sebelumnya tidur, kemudian tidak bangun-bangun lagi pada hari esoknya kerana telah ‘dijemput’ kematian. Tidur disifatkan oleh para hukama sebagai separuh daripada kematian. Jadi apabila kita diizinkan untuk hidup pada pagi hari, ertinya ‘separuh daripada kematian’ telah diangkat kembali oleh Allah daripada diri kita… Lalu bersyukurlah kerana kita telah hidup semula dengan sepenuhnya!

Ukirlah senyuman dan berilah salam kepada orang yang pertama anda temui pada awal setiap pagi. Mungkin orang itu ialah ibu, bapa, suami, isteri atau anak-anak kita. Juga fikirkan yang baik-baik dan bayangkan yang cantik-cantik. Mintalah perlindungan daripada rasa dukacita, takut, malas dan pengecut seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini: “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

Untuk itu lihat apa yang ada, jangan dikenang apa yang tiada. Hitung satu persatu ‘kelebihan’ yang sedang kita miliki dan nikmati, insya-Allah kita akan tersentak kerana pasti tidak dapat menghitungnya. Firman Allah: “Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitungnya.”

Ya, tidak dinafikan kita punya masalah, kesedihan, kesakitan, kegagalan… namun itu tidak menghalang kita untuk terus bersyukur. Kelebihan pastinya mengatasi kekurangan. Kesenangan tentunya melebihi kesukaran. Malah di dalam kesukaran itu pun masih ada kesenangan. Itu sudah sunahtullah (peraturan Allah). Itulah yang dijanjikan Allah. Firman Allah:”Sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”

Namun, mengapa dalam realitinya, dirasakan berbeza? Semua ini gara-gara tersalah memandang hidup. Ingat selalu, yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandangnya.  Apa yang berlaku di dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita.   Pemikiran dan perasaan kita yang negatif menyebabkan kita hanya fokus kepada negatif sekalipun yang negatif itu cuma sekelumit.

Jangan jadi lalat yang mencari dan hinggap hanya pada tempat-tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi. Tetapi jadilah lebah yang mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum. Jadi pandanglah hidup dengan penuh rahmat, nikmat dan indah sejak awal pagi lagi… Insya-Allah, apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat!

 
46 Komen

Posted by di 4 Mei 2012 in Kemudi Hati

 

Label: ,

46 responses to “MULAKAN DENGAN CERIA

  1. Shahrol

    4 Mei 2012 at 12:46 pm

    Assalamualaikum ustaz yang sangat2 saya sayangi,

    Entahlah, sejak saya berhubung dengan ustaz memang hati saya tak tenang, mesti ada sesuatu yang tak kena. Itu tanda tak baik tu, ceria dalam duka. Rasa sayang yang sangat menebal tetapi ada rasa amat2 berdosa kepada Allah. Jadi ustaz tentu tahu apa yang patut diutamakan.

    Kalau yang tulis panjang2 pun saya takkan menang, inilah sahaja yang dapat saya katakan. Jadi saya akan terus bersolat istikharah sehingga hujung bulan ini… :).

    Semoga keputusannya berpihak kepada ustaz.

     
  2. annur

    4 Mei 2012 at 12:46 pm

    salam ustaz..semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH. terima kasih di atas perkongsian ilmu ini..sangat memberi manfaat pada kami yang membacanya..terima kasih, semoga ustaz dapat terus memberi ilmu kepada kami para pembaca ini…
    (ps: boleh saya dapatkan email ustaz, ade perkara saya ingin tanya, jzklh)…=)

     
  3. zahraAmalin

    4 Mei 2012 at 1:22 pm

    terima kasih ustaz atas motivasi ini….

     
  4. Ana Al-Hakir

    4 Mei 2012 at 3:03 pm

    Assalam

    Terima kasih atas bimbingan yang diberikan. Kemungkinan keceriaan itu bermula dari dalam diri kita sendiri. Hati tang tulus dan ikhlas dengan semua tugasan yang dilakukan adalah sumber utama keceriaan. Hasilnya akan menambah kepuasan. Jika sesuatu kerja itu dilakukan kerana terpaksa… nikmatnya hilang entah di mana. Jadi untuk ceria selalu pastikan hati kita sentiasa positif dengan semua perkara. Letakkan semua keputusan dan hasilan pada takdir yang telah ditentukan. Apa-apa pun solatlah sumber latihan dan keberhasilan tekal untuk ceria selalu. Lantas bersolatlah…

     
  5. Dzul

    4 Mei 2012 at 6:57 pm

    Sangat setuju “Ingat selalu, yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandangnya.” You think positive, it will be positive! Terima kasih ustaz, teruskan menulis, saya acapkali tertunggu-tunggu buah tangan dari ustaz.

     
  6. ummu ammar

    4 Mei 2012 at 7:19 pm

    Terima kasih ustaz..

    Hari ini, saya kurang sihat tetapi sangat banyak kerja yang menanti..Cuba buat sedaya upaya biarpun kepala berdenyut-denyut..Tapi saya mudah sangat rasa marah dan tertekan bila ada yang menekan, tanpa ada sifat empati..Tapi marah itu tidaklah saya luahkan, cuma dalam hati..Mungkin kerana saya juga pernah berperangai buruk seperti itu,kan, tidak mempeduli keadaan orang lain..Astaghfirullah, moga Allah ampunkan dosa saya dan menuntun langkah saya menuju redha-Nya…

    Tapi jika dihitung pula kebaikan yang Allah beri pada hari ini…memang tak terhitung :) saya punya sahabat bilik yang baik dan menghiburkan, kakak2 ofis yang prihatin etc etc etc… :D Alhamdulillah..Memang benar pada kesulitan ada kelapangan..

     
  7. Muhammad Hafifi

    4 Mei 2012 at 7:58 pm

    Alhamdullillah.. sangat terkesan dengan tulisan ustaz kali ini..

    Hitung kesyukuran bukan kesukaran.. ramai manusia yang gagal dalam menghadapi kesedihan..Tahap kesedaran terhadap sesuatu itu tidak lagi menjadi topik utama. Hanya perasaan yang memainkan peranan utama. Itulah kesalahan dalam menilai sesuatu. Apabila kadar kebergantungan kita bila menghadapi sesuatu ujian itu tidak kepada yang mencipta ujian, maka kita tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya..

    Terima Kasih Ustaz atas tulisan kali ini.. Barakallah.. Saya doakan semoga ustaz terus sukses dalam siri kehidupan sebagai seorang pendakwah.. samada melalui penulisan atau pengucapan..

     
  8. Abu Iemaan

    4 Mei 2012 at 8:38 pm

    Alhamdulillah.Subhanallah.Allahu Akbar.
    Artikel yang indah dan praktikal.Didoakan kita semua sentiasa menjadi mukmin positif, di mana sahaj kita berada ;-)

     
  9. Abu Iemaan

    4 Mei 2012 at 8:39 pm

    Alhamdulillah.Subhanallah.Allahu Akbar.
    Artikel yang indah dan praktikal.Didoakan kita semua sentiasa menjadi mukmin positif, di mana sahaja kita berada ;-)

     
  10. gentarasa

    4 Mei 2012 at 9:30 pm

    assalam,
    email saya pahrolmohdjuoi@yahoo.com. Syukran kerana sudi ziarah blog ini.

     
  11. norahmie

    6 Mei 2012 at 11:07 pm

    Assalamualaikum ustaz n bloggers..
    Terima kasih ustaz…saya suka mengikuti blog ini…banyak manfaat yang dapat diambil dan dikongsi.. Ustaz camner ya, keceriaan yang hadir di wajah dan hati kita mendatangkan rasa kurang senang di kalangan segelintir rakan sekerja…selalu menyukarkan urusan bila berhubung dengannya…

     
  12. kemboja putih N

    7 Mei 2012 at 1:16 am

    senantiasa mengikuti entri2 di sini …..Horass

     
  13. Ajiana Ismail

    7 Mei 2012 at 7:43 am

    subhanallah…

     
  14. ruhil

    7 Mei 2012 at 8:14 am

    Saya bru shj kehilangan insan yg teramat saya kasihi iaitu ayah saya 3 hari lepas, alhamdulillah stlh mmbca artikel ust ini….hati saya sdkt tenang,slalunya bila bngun dr tidur pd awal pagi sy akn terus mnangis teringatkn arwah..

     
  15. Ili

    7 Mei 2012 at 9:54 am

    “Hitung kesyukuran, jangan hitung kesikaran” … indah, sungguh indah. Terima kasih, ustaz =)

     
  16. ch3m-p

    7 Mei 2012 at 12:29 pm

    tima ksih ustaz dgn perkongsian ini..
    nsyallah saya akan terus bermujahadah dgn nasihat2 ustaz..

     
  17. Azila96

    7 Mei 2012 at 2:12 pm

    Salam.Terima kasih ustaz.saya mencari jawapan pada masalah yang saya hadapi. Agak sukar menjadi ceria dan tenang, bila dilanda kesukaran.Apapun insan perlu ceria dan mendidik hati, agar apa yang dilalui sepanjang kesukaran itu, byak rentetan kebahagiaan yang menanti.
    w’alam.

     
  18. zaleha abdollah

    7 Mei 2012 at 7:36 pm

    Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya soalan yang agak keluar topik, saya seorang yang sentiasa suka berfikir baik walaupun kadang2 ada orang yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan saya, saya sentiasa suka maafkan orang tapi kadang2 ada manusia yang tak boleh melihat saya baik dengan orang lain, saya usaha untuk berbaik dengan orang seperti ini tapi dia sentiasa berfikiran negatif terhadap saya, apa komen ustaz tentang masalah saya ini, ustaz…lagi satu hati saya sebenarnya sangat sedih dengan diri saya sendiri, dahulu saya boleh dikatakan solat dengan baik, rajin mengaji tetapi sejak kebelakangan ini saya rasa diri saya makin jauh, lalai dan leka dari mengingati Allah, saya susah nak khusyu’ solat, jarang mengaji, apa patut saya buat ye ustaz, saya dah tak rajin buat solat sunat macam dulu2..saya sedih sangat…mohon pendapat dan pandangan ustaz ye..terima kasih ^_^

     
  19. din

    8 Mei 2012 at 1:14 am

    alhamdulilah

     
  20. Hafizul Faiz

    8 Mei 2012 at 8:41 am

    Assalam alaik ya ustaz. Alhamdulillah, saya dilahirkan dalam keadaan ceria oleh ibu dan bapa tercinta. Lalu menjadi seorang yang ceria, yang asyik berseronok pada zaman kanak-kanak dahulu. Lebih ceria sekarang apabila kita melakukan sesuatu yang kita cukup cintai, love to do pengukur kualiti. Ustaz menceriakan lagi…. terima kasih ustaz. sudi-sudilah menatap manuskrip yang saya hantarkan kepada ustaz ya, sudi-sudilah memberi nasihat dan menegur kesilapan di dalamnya. :)

     
  21. SulamKaseh

    8 Mei 2012 at 11:13 am

    Moga saya akan menjadi seorang yang lebih bersyukur.. terima kasih ust atas nasihat yang sangat bagus. Saya mohon kongsikan di http://islampelitahidup.blogspot.com/2012/05/mulakan-dengan-ceria.html

     
  22. Zuraina binti Ithnin

    8 Mei 2012 at 1:31 pm

    Assalamualaikum..
    Terima kasih… banyak2 atas ingatan ini.. semoga Allah sahaja yg membalas… terima kasih

     
  23. sumayyah

    8 Mei 2012 at 2:09 pm

    assalam..ustaz, saya bsyukur adanya blog seperti ini.sebelum ini saya sendiri mencari-cari bahan islamik di kedai buku, drpd majalah dan daripada nasihat ibu. syukur ada bahan bacaan yg sgt2 menguatkan lg akidah saya spt blog ustaz ini kerana sy suka membaca.ustaz, hidup saya mmg dipenuhi dgn ujian. tetapi kwn2 sekeliling saya lihat saya sentiasa senyum dan mereka mgelarkan saya seorg yg ceria.saya mmg bgtu, tetapi dlm hati saya tak siapa yg tahu.mujur saya ada keluarga yg kuat pegangan agama.setelah ketiadaan ayah (meninggal dunia), ibulah yg byk mendidik saya mnjadi anak yg solehah.Alhamdulillah saya ada ibu spt ibu saya.saya akui, pnh idup saya tgelincir, namun saya cpt ‘kembali’.ujian demi ujian yg mdatang, saya tempuhi sendiri dengan mdekatkan diri pd Allah. semakin berat ujian saya makin kuat saya bgantung pd Allah sbb saya tak pnya siapa utk mengadu. ibu saya jauh di kampung membesarkan adik2 sendirian, kpd kwn2 saya tak pcaya dan mereka tak mampu pun berbuat apa2. dahulu, saya cemburu dgn kwn2 yg spt tiada masalah hidup. gelak ketawa sntiasa, gembira,berkahwin, mempunyai anak dan bkeluarga bahagia..saya pula gadis 29 tahun yg masih bujang..tetapi saya renung kembali dalam2, jikalau saya terlalu gembira, terlalu bahagia, mungkin saya jauh dr Allah, lupakan Allah.lalu, saya kembali bsyukur menjadi org yg sentiasa diuji Allah kerana dgn cara itu Allah menghapuskan dosa2 saya dan saya pula berpeluang mendekatkan diri padaNya, berdoa dan bgantung padaNya. Alhamdulillah..

     
  24. MAH

    8 Mei 2012 at 9:20 pm

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Mudah-mudahan kita bangun dari tidur dengan diri kita sentiasa ceria dengan sifat-sifat mahmudah (yang terpuji) dan membentengkan diri dari sifat-sifat mazmumah (yang tercela)

     
  25. mutiara

    9 Mei 2012 at 12:00 am

    Assalam ustaz yg sy hormati,
    Saya bersyukur pd Allah kerana sy masih ceria dan bahagia di samping keluarga… Terlalu byk yg sy dpt dr tulisan ustaz walau di mana jua. Ia sungguh memberi inspirasi dan menenangkan jiwa saya… Syukran Ya Rabb

     
  26. Shima

    9 Mei 2012 at 8:59 am

    Coretan yang bersahaja tapi penuh dengan ilmu dan amat bermanafaat kepada pembacanya. Tahniah Ustaz

     
  27. Sue

    9 Mei 2012 at 11:33 am

    Assalamualaikum w.b.t…Terima kasih banyak Ustaz….Masih teringat kata Ustaz dlm radio,jadilah macam BMW, walau tempuh berbagai lopak namun tak kan rasa apa2..iman di dlm hati yang utuh,akan bersyukur dgn setiap apa yg brlaku..(walaupun tak mampu nak beli BMW..harap2 boleh jadi BMW..he..he…)

     
  28. adah

    9 Mei 2012 at 12:32 pm

    salam ustaz,
    minta izin utker sebarkan kepada teman2.

     
  29. Wan

    14 Mei 2012 at 9:03 am

    Alhamdulillah. Tulisan yang sangat baik ustaz. Moga Allah sentiasa merahmati dan memudahkan urusan ustaz supaya terbangun Islam dalam jiwa-jiwa dengan izin Allah melalui ustaz. Amin.

     
  30. Maryam

    14 Mei 2012 at 9:57 am

    salam..t.kasih ust atas pkongsian ilmu..sy sgt suka membaca penulisan ust, semoga ia menjadi motivasi buat saya..

     
  31. gentarasa

    14 Mei 2012 at 11:47 am

    Assalam ruhill,
    Innalillah. Semoga Allah tempatnya di sisi orang soleh. Amin. Allah uji, tanda Allah sayang. Pegang itu!

     
  32. UMRAH BTE MAHMUD

    17 Mei 2012 at 8:31 pm

    Assalamualaikum, ustaz saya minta izin untuk kongsi artikel ustaz dalam Risalah Mingguan sekolah kami.

     
  33. pn cahaya

    21 Mei 2012 at 2:28 pm

    salam..ada dengar tazkirah ustaz di ikim fm (kalau xsilap) bahagia itu dari dalam ke luar..bukannya dr luar ke dalam… bahagiakan hati dengan zikir….

     
  34. khadijah mustafa

    21 Mei 2012 at 8:56 pm

    Reblogged this on nahwah li jannah.

     
  35. Asmah Al-Falak

    25 Mei 2012 at 1:51 am

    Assalamualaikum ustaz…saya suka baca artikel ustaz sewaktu menjadi kolumnis majalah anis dahulu. kini saya juga suka baca artikel ustaz dlm majalah solusi…Artikel yang ustaz tulis menyentuh hati saya dan ade antara artikel yang kena dengan situasi saya ketika membacanya.. banyak memujuk, merendahkan hati dan mengingatkan saya tentang sesuatu yang haq. Mudah-mudahan Allah swt kurniakan rahmat pd ustaz…Ameen~

     
  36. ismida

    25 Mei 2012 at 10:46 pm

    alhamdulillah,, mulakan hdp dgn ceria!! melihat kpd tajuk je da menarik petah lagi isinye.. hehe,,
    amat bermanfaat,,, insyaAllah, akan saya cube tok beramal dgn ilmu yang sudah difhmi dan didapati.. insyaAllah,,

     
  37. zira

    27 Mei 2012 at 11:13 pm

    Salam Ustaz…pemergiaan suami tersayang menghadap Illahi 5 bulan lalu benar2 menyentak hati ..ditinggalkan bersama 3 zuriat yang masih kecil di saat mereka masih tidak memahami erti hidup..amat menyesakkan perasaan. Bergelut dengan pengajian sarjana di semester akhir menambah kekusutan….Syukur alhamdulillah.. mendengar mutiara dari Ustaz melalui Mukmin Profesional … memberi kekuatan yang bukan sedikit…saya belajar menilai kebahagiaan dari sudut yang berbeza..melihat takdir Illahi sebagai rahmat…belajar berlari di atas runtuhan hati…. dan kini pengajian telah tamat…terima kasih Ustaz..semoga ketajaman mata pena..kehalusan budi pekerti menjadi bekalan di ‘sana’ nanti

     
  38. ismida

    28 Mei 2012 at 12:53 am

    btol3,, sme cam ana,, kbykn perkare yg ditulis dlm artikel ustaz pahrol jge kne dngn diri ana,,
    alhamdulillah memberi pengjrn dan tauladan pd saya,, syukur,,

     
  39. siti nahar

    28 Mei 2012 at 9:17 pm

    Terima kasih dan tahniah ustaz,hasil tulisan ini sangat menarik dan mendidik jiwa…moga usaha ini berterusan dan mendapat keberkatan daripadaNya….

     
  40. Zue Reena

    22 Jun 2012 at 6:58 am

    Tiap kali rasa down, sntiasa sggah di blog ni utk tmbah ilmu ttg kemudi khidupan

     
  41. budakkeliru

    23 Julai 2012 at 12:09 pm

    assalammuailakum ustaz bile sye keliru selalu dtg melawat blog ustaz…. saya nak bertanya untuk mendapatkan nasihat yang saya rasa boleh diharapkan…sempena bulan puasa semua orang nak menjadi lebih baik…tapi saya tak rasa apa-apa sangat , saya tak rasa bersemangat seperti kawan yang saya kenali untuk menambah amal ibadah…… namun saya tetap menyimpan atau mebuat matlamat yang saya nak mencukupkan solat dan menjadi positif ..namun saya seringkali geli dengan hasrat saya atau ragu-ragu dengan ikhlas saya kerana mungkin saya ada hasrat ini kerana melihat orang sekeliling saya yang bersemangat…saya nak bertanya ustaz skg saya yang berusaha solat wajib dengan cukup jadi saya tak nak bertarawih selagi solat saya tak cukup..dan sya juga membaca quran satu page sehari, sikitkan….tapi adakah saya tgh membuat perkara yg betul skg ebrubah sikit2x tapi saya masih xpasti saya ini betul-betul ikhlas kerana tuhan atau kerana ramadhan atau kerana apa yang kita lihat pada housemates saya….

     
  42. Sabrina Zakaria

    26 Ogos 2012 at 5:08 pm

    Salam.. syukur saya ke hadrat Ilahi kerana ditemukan blog yang cukup menggamit hati ini.. Alhamdulillah…terima kasih ustaz atas ilmu yang cukup brharga..saya sentiasa menanti entry terbaru ustaz..

     
  43. Azan lee

    30 Oktober 2012 at 11:40 pm

    nice artikel =)

     
  44. itanawi

    14 Disember 2012 at 2:55 pm

    saya ingingkan kabahagiaan dan keceriaan…. insyaAllah.Amin

     
  45. farahayu

    26 Mei 2013 at 10:05 am

    Allahu Rabbi…syukran ustz.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,222 other followers

%d bloggers like this: