RSS

JENTIKAN KASIH…

28 Mei

Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan.

Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?

Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.

Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?

Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”  Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi  ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.

Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!

Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’

Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya.  Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.

Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!

 
54 Komen

Posted by di 28 Mei 2012 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

54 responses to “JENTIKAN KASIH…

  1. nortazeli

    28 Mei 2012 at 9:12 pm

    Salam..Ustaz.

    Terima kasih atas perkongsian artikel yang menyentuh hati. Saya membesar bersama seorang ibu tunggal. Ibu seorang yang rajin membaca Al-Quran tetapi tak faham isinya kerana tidak membaca terjemahan.Dulu saya sangat jahil tentang agama.Saya solat, baca Quran tetapi tidak memahaminya.Alhamdulillah Allah telah campakkan hidayahNya ke dalam hati saya. Kadangkala ada percakapan ibu yang kurang baik didengar sebagai contoh.., apabila berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga ibu, ibu mengeluarkan kata-kata kasar. Saya pernah menegur ibu dengan cara baik..kadangkala ibu terima dengan hati terbuka namun kadangkala ibu marah. Mula terdetik di hati saya, derhaka kah saya apabila menegur ibu hingga menimbulkan kemarahannya??? Niat saya hanya satu, mahu ibu sedar yang percakapan ibu adakalanya tidak manis didengar. Ibu kadangkala lebih mementingkan hal-hal dunia hingga membuatkan saya membuka mulut untuk menegur lagi. Saya rasa takut pada balasan Allah..samada pada ibu atau pada diri saya sendiri. Apapun saya selalu tanya pada ibu, “Ada terasa hati dengan kata-kata saya tak?” Jawapan ibu memang tak..cuma di dalam hatinya saya tak tau. Saya mohon pandangan daripada ustaz dalam hal ni, mudah2an dapat saya jadikan panduan.

    Terima Kasih Ustaz.

     
  2. missbackspace

    28 Mei 2012 at 10:29 pm

    alhamdullillah.. semakin hari semakin nampak hikmah Allah berikan selepas dugaan hidup yg datang :)

     
  3. zahraAmalin

    28 Mei 2012 at 10:31 pm

    terima kasih ustaz atas titipan dan didikan ustaz pd kami melalui blog ini…semoga medan ini mampu memberi manafaat kpd insan2 spt saya yg sentiasa dahagakan bimbingan ustaz…dan pohon kebaikan yg ditanam ustaz ini akan dpt dituai hasilnya diakhirat nanti..AMin

     
  4. masyitah

    28 Mei 2012 at 10:45 pm

    jazakallah, pengisian yang bermakna. muhasabah buat diri ini yg sentiasa alpa..

     
  5. makbonda

    29 Mei 2012 at 1:34 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    “Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!”

    Saya suka,minta izin kongsi ye!

     
  6. fuad ansari

    29 Mei 2012 at 4:01 am

    bacaan yg membangun jiwa..

    syukran ya ustaz…

     
  7. cahaya hidupku

    29 Mei 2012 at 5:07 am

    Saya suka…MasyaAllah :)…
    Saya masih mencari koleksi buku tuan duhai yang tersayang..almost 6 months saya pergi kedai buku tak jumpa :)
    Yatie doakan Tuan pahrol dalam keadaaan sihat, diberi ilham selalu supaya dapat menghasilkan kasih sayang menulis dan menghasilkan tulisan-tulisan yang dapat mengingatkan, menyedarkan dan memberi motivasi yang berlipat ganda kepada pembaca yang membaca tulisan tuan pahrol macam hamka juga.InsyaAllah

     
  8. jiba

    29 Mei 2012 at 7:15 am

    salam ustaz…mcm mn kita lupakan org yg banyak berbuat baik pada kita, buat kita tersenyum selepas mak bapak dan keluarga kita…sedangkan kini dia tidak lagi baik dan buat kita senyum…dgn sedih yg dia buat kita tanpa rasa kesal, sy mesti lupakan dia, tapi kenapa sgt sukar..ada saja yg di fikiran, kwn2 semua cakap jgn fikrkan sgt, tp mcm mn tuk tidak fikir ttg dia dan kehidupan dia..hati ini rasa sentiasa sedih dgn apa yg berlaku, sdg kan dia hidup gembira dgn buat sy sedih….

     
  9. hidayah

    29 Mei 2012 at 8:43 am

    T.kasih ust atas entri ini..sgt bmakna bt saya..saya juga sntiasa mgikuti stp entri yg ust post kn..di sini saya ingin btanya mengenai ayat al-quran yang ust sebutkn iaitu “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

    Bagaimana jika seseorang itu ingin mbuat sesuatu kebaikan tetapi terhalang disebabkan oleh org lain??mnta ust jelaskn….Jazakallah.

     
  10. norhayati

    29 Mei 2012 at 9:25 am

    bila baca artikel nie..teringat arwah ibu saya. betul apa yg ustaz tulis. terima kasih atas perkongsian ini.

     
  11. Cik Puan Tipah

    29 Mei 2012 at 10:27 am

    Assalam Ustaz…
    mohon share artikel ustaz.

     
  12. sumayyah

    29 Mei 2012 at 12:58 pm

    menerima ujian dengan lapang hati kerana pcaya kpd Allah bahawa setiap yg tjadi pasti ada kebaikannya. moga Allah memudahkan setiap urusan. terima kasih ustaz atas nasihat ini.

     
  13. nur hana abdullah

    29 Mei 2012 at 1:19 pm

    Assalamualaikum. Saya baru sahaja mengetahui keputusan peperiksaan saya. Walaupun semakin meningkat, tetapi masih di bawah yang saya inginkan.Saya berasa amat sedih.tetapi saya rasa Allah maha pengasih dang penyayang.Jadi, sebab itu saya diuji..terima kasih saya ucapkan kerana coretan ini telah sedikit sebanyak menaikkan semula semangat saya..Semangat saya semakin berkobar-berkobar untuk meneruskan perjalanan saya di universiti nanti..tahun ini dalam bulan sept. saya akan melangkah ke alam universiti buat kali pertama..saya harap perjalanan saya sentiasa diiringi rahmat Allah s.w.t…amin..

     
  14. yourfan

    29 Mei 2012 at 1:35 pm

    Sesungguhnya saya amat tersentuh dgn tulisan ustaz. Saya seorg ibu yg ditakdirkan kematian ibu pada usia saya yg tersangat muda iaitu 4 tahun. saya tidak pernah mendapat kasih sayang seorg ibu. Tapi saya mendapt kasih sayang dari Allah teramat la sangat. Saya mempunyai empat org cahaya mata. Seperti apa yang ustaz tulis di atas, Saya ingin kan segalanya yg terbaik untuk anak2 saya . Kemarahan saya paling memuncak apabila mereka main2 dengan solat . Itu lah kemuncak kemarahan saya. Saya cuba menerangkan kepada mereka tiada guna hidup didunia jika kita tak tahu bersyukur kpd Nya . Saya terapkan ke jiwa anak2 saya jika tidak sembahyang kita adalah manusia paling tidak berguna didunia ini sbb Allah sudah bagi perbagai kenikmatan tapi kita tak reti nak membalas balik iaitu dgn bersolat dan Allah tidak meminta banyak hanya meminta kita membuat apa yg disuruh dan menjauhi dgn apa yg dilarang.Dia sudah beri bermacam2 tak tahu malu kah kita? Apa nak jawab bila Allah tanya kelak Insya Allah setakat ini anak2 memahami nya. Mereka tahu saya kemarahan saya tiada apa2 dibandingkan kemarahan Allah .

     
  15. izzati

    29 Mei 2012 at 3:12 pm

    Assalamualaikum ustaz
    artikel ini telah menjentik hati saya. terima kasih ustaz atas perkongsian ini =)

     
  16. Sue

    29 Mei 2012 at 3:38 pm

    Terima kasih Ustaz :)

     
  17. Muhammad Radzi bin Bin A Rashid

    29 Mei 2012 at 3:59 pm

    Assalamualaikum…
    Banyak manfaat yg dapat diambil drpd cerita ustaz…amat rugi orang yg lalai dan alpa..nak lagi cerita drpd ustaz yg boleh membangunkan jiwa saya…Maha Hebat Allah Taal

     
  18. mujahidah.alqudsz

    29 Mei 2012 at 9:09 pm

    Assalamualaikum..
    perkongsian yang begitu bermakna,terasa begitu menyentuh hati..
    terima kasih ustaz…

     
  19. MAH

    30 Mei 2012 at 12:05 am

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Terima kasih di atas artikel yang menarik bagi mereka yang sedang dan telah merasai kurniaan seorang ibu untuk kita. Bagi insan-insan yang tidak pernah merasai kurniaan seorang ibu (penjaga sebagai ganti) ada hikmah di sebalik ketentuan Allah itu.

    Mudah-mudahan ujian mentaati Allah, ujian nikmat, ujian maksiat, ujian musibah, ujian hubungan dengan manusia dan haiwan yang kita perlu hadapi, kita berjaya tempuhinya dengan berserah kepada Allah dan ganjarannya adalah Jannatul Firdaus

     
  20. Rita

    30 Mei 2012 at 9:10 am

    Ustaz.. Ujian mmbuatkan kami semakin dekat denganNYA..bkn meminggir dariMU..

     
  21. Fadzlina

    30 Mei 2012 at 2:20 pm

    Terima kasih ustaz.

     
  22. Anas

    30 Mei 2012 at 5:14 pm

    Allahu Rabbi..

     
  23. reen

    30 Mei 2012 at 6:41 pm

    As salam ustaz,
    artikel yg menarik, moga ustaz diberi kesihatan yg baik utk meneruskan dakwah ini.
    Mohon advise dr ustaz. Bagaimana utk memberi teguran yg membina kpd mereka yg sering lalai akan solat. Bila ada masalah yg bertimpa mula lupakan Allah…hanya memikirkan urusan duniawi.

    Secondly, nasihat kpd bapa/ibu yg sakit strok. Pergerakan terhad. Bila diberitahu byk alasan (diri tak bersihdll kerana buang air d tempat tidur…) tapi bila anak anak ingin ambilkan wuduk dimarahi pula…bagaimana ye ustaz?Sy sentiasa mendoakan moga Allah jentikkan hidayahNya kpd org yg sy syg.
    Syukran.

     
  24. Madiha

    30 Mei 2012 at 7:56 pm

    ye ustaz, terima kasih..sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu saya..cuma sy ingin bertanya, walaupun akal kita terima semua musibah yg berlaku merupakan ketentuanNya, kadangkala hati kita tetap sedih, murung..terasa pelangi yg bakal tiba itu begitu lambt sementara hujan skrg x prnh beransur surut..mohon jasa baik ustaz untuk mengupas/ beri tips utk terus dan sentiasa sabr dlm menghadapi musibah..sekian.

     
  25. nikahituindah

    30 Mei 2012 at 11:01 pm

    Jadilah kita orang yang mempunyai akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir agar dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.

     
  26. siha amli

    31 Mei 2012 at 12:03 am

    Assallammualaikum ustaz,
    terima kasih dengan peringatan yang benar2 menjentik hati. Saya masih punya ibu dan bapa..syukur alhamdulillah..saya juga ibu..alhamdulillah. Smoga perkongsian ilmu ini menjadikan muslimah sbg ibu dan bakal ibu mithali..insyaAllah..

     
  27. Wan Zayuhisham Wan Yusoff

    31 Mei 2012 at 1:25 am

    Kita ubah minda kita dan ahli keluarga, “Cita-cita menjadi ahli syurga.”

     
  28. gentarasa

    31 Mei 2012 at 6:55 am

    Assalam,
    Kebetulan saya sekeluarga pun sedang menjaga ibu mertua yg hanya boleh baring dan angkat badan sedikit. Semuanya kami uruskan di tempat tidur. Yang penting disiplinkan waktu yg tetap untuknya kita mandi dan bersihkan badannya, waktu makannya, solatnya dan mesti layan berbual2. Tak pa, sda masanya dia sedih, memanglah..dia cepat merajuk dsb. Yg penting, sentiasa berdoa untuknya, terus ingatkan dia solat, bukalah cd atau radio ikim dekat2 dengannya sehingga boleh didengarnya. Dalam hati jangan anggap dia liabiliti atau beban tetapi dia adalah aset kita dunia dan akhirat. Betulkan hati kita dengannya selalu… InsyaAllah dia akan mudah diatur. Kami telah menjaganya 3 tahun…masyaAllah banyak sungguh keberkatanya..

     
  29. SYEDHAFIZ

    31 Mei 2012 at 12:12 pm

    ujian juga penghapus dosa.. baru hati tenteram ibadah.. tq ust..

     
  30. Bellabelle Creation

    31 Mei 2012 at 3:35 pm

    Suatu masa saya pernah diujiNya dengan kasih manusia. terasa pedih ujiannya. Lalu Allah temukan saya dengan sabda RasulNya: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan kasih sayang, Dia menciptakan 100 bahagian. DisimpanNya 99 bahagian di sisiNya, dan Dia berikan untuk seluruh makhlukNya satu bahagian” -riwayat Thabrani.

    Saya kurang faham, lalu saya mencari dan menemuinya! Kini saya masih belajar dan akan terus belajar mencintaiNya lebih dari segala. Moga ’99’ kasihNya bisa kita kenali!

     
  31. Araceae

    31 Mei 2012 at 5:09 pm

    bait kata ini telah memuhasabahkan diri saya..

     
  32. rohaila

    2 Jun 2012 at 8:36 pm

    Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik..
    Mohon simpan artikel2 ustaz ya untuk dijadikan bhn bacaan untuk muhasabah dan motivasi diri saya dan sekeliling..terima kasih ustaz..:)

     
  33. bungaTanjung

    3 Jun 2012 at 4:03 pm

    terima kasih uztaz Pahrol atas perkongsian ini..
    saya minta izin untuk dicopy dan di share ya..(mohon izin untuk artikel yang lain juga)
    mudah mudahan memberi manfaat kepada yang lain :)

     
  34. Rieza Shazmira

    4 Jun 2012 at 9:42 pm

    Assalammualaikum ustaz dan terima kasih di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna. Memang benar kata ustaz, kita bukan hanya perlu bersangka baik pada manusia sahaja tetapi kepada Allah swt juga. Dengan mensyukuri nikmat Allah dan sentiasa bersifat redha menjadikan hati kita akan lebih tenang.

     
  35. Cahaya Pecinta

    5 Jun 2012 at 11:02 am

    Assalamualaikum wbt Ustaz,
    Saya amat mengkagumi penulisan ustaz. Mohon share di blog saya. Terima kasih.

     
  36. ismida

    5 Jun 2012 at 2:58 pm

    alhamdulillah,, seronok bile ade penulisn yg sgt bermanfaat,, syukur dan syukran ya ustaz,,

     
  37. mujahidah bumi al-maududi

    7 Jun 2012 at 6:44 pm

    Alhamdulillah..ternanti-nanti entry baru dari ustaz..suka membaca setiap tulisan ustaz..bahasa yang indah dan bermanfaat buat diri..moga Allah memberi kekuatan untuk ustaz menulis untuk menggerakkan jiwa-jiwa jazakallah khair ^_^

    nk share video yang sy jumpa di you tube :)

     
  38. anna

    7 Jun 2012 at 10:02 pm

    Assalamualaikum ustaz..
    sy suka sgt setiap artikel ustaz.
    Menyentuh jiwa, menginsafkan, menenangkan, memberi dorongan..membuka minda dan fikiran.
    Yg lebih penting mendorong sy muhasabah diri.

     
  39. ummi sofia

    9 Jun 2012 at 7:31 am

    kalamun tayyibatun sadaqah ….. artikel yg menjentik hati saya di pagi hari. terubat rasa terlepas ke kuliah subuh pagi ni. syukran tn pahrol

     
  40. gentarasa

    9 Jun 2012 at 7:23 pm

    Subhanallah… Hiba hati ana membcanya. Sebak. Syukran anakku. Syukran. Barakallahufik

     
  41. Farizah Ismail

    10 Jun 2012 at 6:57 pm

    Assalamualikum ustaz,
    Saya mohon cadangan ustaz mengenai sesuatu hal. B/mana saya dapat hubungi secara personal. Boleh email ke? Syukran.

     
  42. Mujahidah Kerdil

    11 Jun 2012 at 7:09 am

    Assalamualaikjum Ustaz….entri yg sgt bmakna…
    Adakah dikira menzalimi diri jk kita bharap tidak disembuhkan dr penyakit krn bimbang gagal mingatiNYA sebagaimana kita mingatiNYA ktk kita sakit?

     
  43. SulamKaseh

    11 Jun 2012 at 2:53 pm

     
  44. syafia syahirah

    14 Jun 2012 at 8:43 pm

    Assalam ustaz, mohon share ya.. saya suka baca entri ustaz..:)
    Terima kasih..

     
  45. madrasah cinta khadijah

    16 Jun 2012 at 4:09 pm

    assalam mujahidah bumi al maududi & ustz pahrol

    terima kasih berkongsi video itu. sy juga sdg bermujahadah utk menempatkan DIA di hati ini…..!
    Salam israk mikraj utk semua dan selamat berpuasa!

     
  46. Mohd Soufhwee Rahman

    21 Jun 2012 at 12:18 pm

    Salam. Ustaz sy minta izin share artikel yg menarik ini.TQ

     
  47. norrahila rahila

    27 Jun 2012 at 10:12 pm

    Syukran n Jazakallah ustaz! Meski agak ketinggalan..^_^ Mohon share untuk diri, sahabat anak2 didik saya…

     
  48. cili padi

    8 Julai 2012 at 6:52 pm

    Benar kata-kata Protaz.Terus saya muhasabah diri saya dan adik2 selama ini.Jawapan kepada misteri tentang ibu kami terungkai.Kami mengingati ibu sebagai seorang yang garang n ‘moody’ semasa kami kecil.Susah betul mengaitkan watak itu dengan ibu kami sekarang,sangat penyayang,prihatin dan sanggup berkorban.Kekadang konflik pula dengan saya yang garang terhadap anak-anak saya.Rupanya jawapan ada dalam artikel Protaz.Alhamdulillah kami murah rezeki dan dapat bersama-sama ibu mengecapi hasil kejayaan usaha ibu mendidik kami di samping dapat melihat dan merasa sisi ibu kami yang berbeza .Setinggi kesyukuran kepada Allah.Moga mereka yang kurang bernasib baik yakni ibu mereka telah tiada , bukan sahaja mengingati teguran2 ibu malah melihat lebih dalam kepada ‘niat ‘sebenar ibu2 mereka dan mendoakan kesejahteraan mereka di sana.Jangan dibenci…

     
  49. SabrinaZakaria

    1 Ogos 2012 at 1:10 pm

    Assalamualaikum..
    terima kasih atas titipan.. alhamdulillah….semoga kita semua lindungan dan rahmatNya sentiasa..Amin..

     
  50. hidayah

    12 Oktober 2012 at 12:51 pm

    Assalamualaikum..Ustaz
    saya minta izin untuk berkongsi titipan ini..
    sungguh sangat terkesan dihati saya..harap dapat menyentuh hati mereka jua..

     
  51. mohd fadzly bin kamaruzaman

    28 November 2012 at 1:08 am

    aslmkum ustaz.pertama sekali saya nak ucapkan terimakasih banyak pada ustaz.banyak tulisan ustaz yang menaikkan semangat saya untuk bangkit kembali meneruskan hidup.saya hampir hilang pedoman tapi mujurlah adik perempuan saya mencadangkan saya membaca tentang penulisan ustaz.alhamdulillah saya boleh menerima kenyataan.saya telah kehilangan isteri dan anak-anak.hidup terasa kosong.tetapi bila saya banyak membaca tentang penulisan ustaz,saya sedar saya tidak perlu membuang masa meratap dan bersedih.apa yang perlu saya fokuskan ialah bagaimana nak mendapatkan cinta allah.cinta yang kekal buat selamanya.terimakasih ustaz.allah jualah yang membalas jasa dan budi ustaz.moga allah akan lebih melimpahkan keberkatan pada ustaz untuk terus menulis dan semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan darinya.amin ya rabal alamin.

     
  52. RAHIMAH BINTI CHE RAMLI

    22 Januari 2013 at 5:24 pm

    Assalamualaikum…
    Alhamdulillah…..Tersentuh hati bila membaca setiap coretan yang ustaz tulis…banyak pengajaran dan pembelajaran yang dapat saya ambil sebagai iktibar daripada setiap perkataan yang ustaz lontarkan..Moga terus menjadi semangat kepada saya dan semua yang membaca…ALLAH telah berikan jalan yang terbaik kepada ustaz untuk setiap insan memperbaiki jati diri mereka.Agar lebih banyak coretan yang dapat ustaz paparkan dalam kehidupan kita sebagai manusia.

     
  53. anep

    11 April 2013 at 3:49 pm

    subhanallah..mohon utk share ya ustaz

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,164 other followers

%d bloggers like this: