Looking for Something?

MENJADI SEORANG SUFI…

Author:

 

Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.

Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.

 

Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.

 

Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.

 

Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.

 

Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi  amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.

 

Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.

 

Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya.  Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”

 

Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.

 

Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.

 

Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa  pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”

 

Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.

 

Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa  A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.

 

Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.

 

Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua  suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.

 

Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.

 

Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.

 

Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!

 

Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.

 

Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya

 

Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.

 

Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.

 

Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.

 

Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.

Feedback

45
  • saliza bt ahmad salam

    salam…sy mmg kagum dgn encik..setiap perkataan dan hujah2 serta idea2 yg ditulis oleh encik mmg bernas dan mendatangkan impak dlm dri sy…sy mulai kenal encik sejak membaca majalah solusi…sy berharap agar encik truskan perjuangan dlm penulisan utk memberi semangat kpd org2 islam xkira bangsa utk dijadikan panduan dlm hdup..amin

  • SYEDHAFIZ

    terima kasih ustaz..

  • ummu ammar

    Saya mahu.. :) Terima kasih ya ustaz atas pencerahan ini. Saya mohon share bersama sahabat-sahabat saya ye..

  • Azniza Azrai

    saya baru sahaja post mengenai Rabiatul Adawiyah di blog. tengok-tengok ustaz pun membicarakan mengenai sufi. terima kasih, ustaz. baru saya faham maksud sufi dalam erti kata yang sebenar

  • hamba Allah, umat Muhammad S.A.W

    dunia di jadikan alat bagi mencapai kebahagian di akhirat…InsyaAllah sinar islam akan kembali….

  • hambaygsdgmncr

    assalamualaikum ustaz…hati saya berasa lapang setelah membaca article ustaz ini…sebelum ini hati saya sentiasa rasa kosong dan sunyi…saya sering tertanya-tanya, mengapa harus begitu??? kadang-kala saya hairan dengan keadaan hati saya ini, mungkinkah dalam hidup saya ini tiada keikhlasan??? saya sedang cuba berusaha untuk memahami hati saya ini dan sedang cuba mencari pengisian yang terbaik untuk hati saya…saya ada terbaca dalam sebuah blog penulis, katanya ‘…Imam Al-Ghazali pernah berpesan ” Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak engkau temui juga, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati….. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”….’ benarkah begitu ustaz???

  • harith abd rahman

    terima kasih ustaz…

  • ceriterahamba

    subhanaAllah ustaz…
    benar sungguh ustaz….

    hati saya dihiris apabila sering kali ilmuan melayu kita di Malaysia menghina dan memperlekehkan tokoh-tokoh ulamak sufi keseluruhannya… menghina-hina mereka secara semberono..

    moga ustaz sentiasa dibawah lembayung rahmat-NYA

  • Uskap Gnawa

    Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.JazakALLAH hukhairan kasiiraa.

  • Norhayati Ismail

    Sukar mengemudi hati di zaman serba serbi ‘mudah’ ini. Tapi dengan adanya bantuan dan bimbingan orang-orang seperti ustaz, dengan izin Allah kita umat Islam mampu mendidik hati seperti ahli-ahli sufi yang disebutkan di atas tadi

  • Syamsul Amri A Razak

    JazkaAllah ustaz atas perkongsian. Moga peringatan demi peringatan akan terus menjadikan kita hambaNya yang berfikir ameen. Spt kursus ustaz yg saya baru hadiri, ‘mohonlah hati yg tabah dan bukan sekadar hidup yg mudah’.

  • husam arsalan

    alhamdulillah…….inshaallah boley jdi pnduan buwat peljar2 yng giat brdakwah dtengah2 kmungkaran ktika di skola mnengah lgi..

  • Cikguwan

    Terima kasih Ustaz..

  • MAH

    Salam Sejahtera Ustaz

    Ustaz adalah seorang sufi dan bagi saya ustaz adalah seorang sifu dalam penulisan .

  • zakiah ishak

    Pertahankan peribadi sufi, insyallah akan cuba saya praktikan, semoga Allah berikan kekuatan

  • Suhailiwati Abdul Hamid

    Trima kasih ust. Sgt tersentuh hati bila saya baca. Crita parasufi yg mmg panjang dpt diuraikan dgn ringkas dn bahasa yg mudah difahami. Mudah utk bercerita dgn anak2.

  • نور حفيظه

    Assalam, ustaz. MasyaAllah Tabarakallah.

    Sufi. Saya sekarang mengerti akan maksudnya. Saya baru menghabiskan 2 buah buku yang benar-benar memberi kesan di hati. Pertama, saya membaca buku tulisan ustaz iaitu Dimana Dia Di Hatiku….
    dan..helaian demi helaian dengan izin Allah, benar-benar buat saya tersentuh. Kekadang, kita tidak tahu mengapa hati seperti resah dan kerapkali kekosongan.Bila membaca tulisan2 yang menyentuh yang saling tidak terpisah dengan Al-Quran dan As-Sunnah, rasa nak menangis.
    Kekadang, kita tak sedar, yang tangisan akan melembutkan hati. Kita mengaku lemah di hadapan Allah..seorang sufi itu bagi saya adalah pejuang agama yang hebat tapi bersifat tawadhuk
    . Sebuah lagi buku adalah, sebuah novel Islami iaitu Cinta Sufi-Ramlee Awang Murshid. sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir betapa relevan artikel ini yang ditulis ustaz.
    Ilmu Tassawuf itu adalah untuk memperbaiki akhlak, dan saya perasan Ustaz banyak memberikan pencerahan dan solusi dalam ilmu tassawuf. Moga kita semua sentiasa mempertahankan Hidayah kurniaan Allah. Amin.

  • Wan

    subhanallah..Allah Taala bagi ustaz kelebihan dalam menyentuh hati-hati manusia..ustaz, teruslah jadi sufi utk kami dgn izin Allah..amin.

  • siti nahar

    Terima ksh ustaz…bnyk manfaat drp penulisan ustaz ini…teruskn usaha mndidik jiwa manusia yg kosong…syukran…

  • noor amilia

    Ya..Ikut Gerak hati dan muhasabah diri. ..because saya tak sempurna. .banyaknya selawat. .

  • wan mazuan

    salam.saya dpt tahu encik akan dtg upm hari pertama ramadhan nanti.stiap mlm tidak tidur sya sebelum stiap penulisan encik saya x menelaahnya dahulu.saya kagum dgn mutiara ini.kalam Allah dibentangkan dgn cara yg begitu terasa di hati.insyaAllah,saya sentiasa akan mempraktikannya.

  • Latifah Haron

    Salam ustaz,

    Boleh tak letak link share it in fb agar mudah kami klik terus artikel2 ustaz utk dikongsi di fb? Hehe…. Nak mudah sj kami ni…

    Terima kasih dan moga ALLAH terus kurniakan kelebihan buat ustaz untuk terus terusan menulis dan membimbing kami yg banyak dosa ini… Amin….

  • mohd razali

    Alhamdulillah… Penulisan yang sungguh menarik….

  • Amir

    Sufi adalah perjalanan ditunjangi oleh Syariat Dan Hakikat. Paling baik jika ditemukan seorang Guru sebagai Penunjuk Jalan, pada Jalan Tarikat adalah amat baik.

  • Amir

    Untuk memahami lebih lagi.. pergertian Sufi/ Tasauf saya cadangkan agar membaca buku : Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi.

  • cili padi

    Bacalah buku ‘Ahlullah’ Khalid Mohamad Khalid…versi Malaysia atau Indonesia ada…Saya tak sengaja terjumpa dan terbaca buku itu.Ia telah mengubah tanggapan saya tentang ahli sufi dan juga bawa impak besar kepada minda saya dan kehidupan personal saya.Artikel ini pula reinforces the knowledge i got from that book.Subhanallah n Alhamdulillah…Moga-moga berguna untuk ramai lagi orang yang berminat untuk berubah kearah kebaikan.Wallahualam.

  • Paridah bte Azad Din

    Marilah kita mencari akhirat dengan jalan sufi. Dunia hanyalah perhiasan jangan terleka

  • rizuan, Megat (dani cradle)

    As-salam Ustaz…. saya mengerti apa yang ustaz katakan, memanglah itu sufi yang sebenar. Tetapi bab fahaman orang sekarang (tentang sufi yang cuma memegang tasbih di masjid atau di pertapaan), saya minta ustaz komen tentang ahlus suffah (sahabat yang tinggal di anjung rumah/masjid Nabi semasa di Madinah). Ramai yang mencontohi (kononnya) kehidupan ahlus suffah sebagai ahli sufi. Atau apakah kita yang salah faham terhadap ahlus suffah?

  • Jaish Al-Ayubiy

    Inilah jalan yang sebenar [sirat al-mustaqim] iaitu mengikutijalan anbia’,siddiqin,syuhada’ dan solihin.Marilah sama-sama kita mengikuti jalan ini.

  • alifzal

    Ahli sufi tu org yg dah putus kajian syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Mereka dah sampai kpd makrifat sirr. Menjadi ahli sufi adalah lantikkan dpd Allah bukan self proclaimed atau self elected. Semuanya berlaku bukan di alam zahir. Ahli sufi yg pertama ialah Nabi Adam A.S. Iaitu Adam Saufiullah. Itu adalah precedence. Proses awal ialah makrifat kalbun, bila dah lulus baru naik ke makrifat rohani, kalau itu pun lulus baru bikin makrifat sirr samaada secara makrifat hulul atau makrifat itihad. Dizaman Rasulullah selain dari sahabat 4, ialah Abu Zarr, Abu Huzaifah dan Abu Hurairah.

  • alifzal

    Seorang ahli sufi tu adalah ahli Rabbani, Khawas Ul Khawas, ahli laduni. Mereka adalah golongan para rijal iaitu wali wali Allah dan khutubullah. Ketuanya ialah Khutubul Saufi….. Itu saja sikit yg den tau. Sekadar nak kasi panas forum. Pandangan ni adalah peribadi hasil dari pengajian saya…pengajian lain mungkin berbeza pandangan pulak.

  • mohd.ridza

    Seorang sufi itu terbagi 2 fasa,pertama dlm.perjalanan menuju Allah,dia adalah salik,selepas itu dia sudah tiada lagi walaupun orang lain nampak dia berjalan,bernafas,makan minum,atau berjual beli.,atau mencantas dgn.pedang ketika berperang. Fasa kedua ini adalah fasa dimana Tajalli Allah mengambil alih akan si salik tadi. Al-Quran menegaskan dalam ayat 17 surah Al-Anfal,’ Bukan kamu yang bunuh mereka,tapi Allah lah yang bunuh mereka,kerana bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar,Allah lah yang melempar. Dalam fasa salik,kemurnian dan ketulinan iqtiqad adalah keutamaan,para syeikh atau guru mursyid bertanggungjawab membasmi segala noda dan seredak2 syirik samaada jali atau khafi dari rohani murid dan berserta tugas itu ialah memperindahkan akhlak muhamadiyah murid2nya agar menjadi kesayangan Allah ,sentiasa dalam tilikan Allah dan dimatikan sebelum mati, untuk mana bila Allah mengasihi seseorang itu jadilah tangannya tangan Allah yg.memegang,jadilah telinga itu telinga Allah yang mendengar,jadilah mata itu mata Allah yang melihat,jadilah kaki itu kaki Allah yang berjalan, seperti maklumat daripada hadis Qudsi.
    Jadi pengajian tauhid adalah prioriti agar murid tidak tergelincir ke lembah syirik,kerana syirik adalah najis,walaupun khafi yang tidak memungkinkan Allah memilih sisalik untuk menjadi hamba yang dihampirkan di hadratnya

  • Ibrahim Firdaus

    Apakah sufism seseorang itu boleh dinilai pada kacamata manusia? Contoh: Ada orang bertanya..”Engkau ni nampak je sufi atau nak jadi sufi.. tetapi takdelah sesufi mana pun?” dan bukankah kesufian itu terbit dari dalam hati? atau perlukah ia ditonjolkan kepada orang ramai agar orang tahu tahap kesufian seseorang itu?
    Mohon pencerahan…

  • shah mokhtarr

    kesimpulannya..kenal diri kenal hati sendiri,maka kenal tuhan Nya..

  • khairul

    mendalami ilmu-ilmu kesufian dengan melayari http://www.kesufian.com

  • aziz

    Assalam… Ustaz… saya mohon share artikal ini…

  • ghafar

    Teruskan perjuangan untuk mermertabatkan golongan ahli sufi..

  • adib

    Assalamualaikum ustaz, saya suka baca penulisan ustaz…setakat ni buku-buku penulisan ustaz memang saya beli…rugi rasanya kalau tak beli…sgt terkesan kat hati….terima kasih ustaz….

  • Nik 58

    Salam: Membicarakan kaum sufi seperti umat manusia islam malaysia tiada penyakit sosial.Padahal umat islam malaysia berjuta orang penagih dadah dan pro maksiat lain lagi.Bukannya semua penuntut sekolah pondok dan tahfiz akan jadi kaum sufi tatapi mereka akan lebih condong kepada kemahiran bidang agama islam dengan lebih baik berbanding islam liar lain.Sesungguhnya Allah takdirkan setiap orang maqam akhlak dan agamanya.Terpulang kepada Allah nak jadikan sesiapa peniru sufi atau sufi sejati.Namun percayalah bahawa ular itu mencari makan cara yang sama dan bergerak dalam patern yang sama.Maka manusia aliran apapun ditakdirkan cintai dunia kerana dunia tempat ia lahir dan mati.Maka kalau perompak cintai dunia ,maka bukan nya imam dan ustaz menolak dunia.Maka sesungguhnya jarang ada sufi klasik lagi.Sufi moden kurang hikmah.namun lebih baik dari tioada langsung. Maka yang pentingnya dalam jahat atau baik itu lebih baik jadi golongan baik.Dalam golongan baik itu yang terbaik adalah golongan yang tidak syirik tersembuinyi perkataan atau perbuatannya.Tidak kira ia minat sufi atau tidak.Sebab menjadi sufi itu adalah tidak mudah tercapai tetapi menjadi manusia tanpa syirik tersembunyi itu mudah sedikit dilaksanakan dengan mendapat ilmu serta petua dari guru.Inilah menyelamatkan kerana selamat dari syirik tersembunyi.Sebab selaian dari iumat islam berkhianat kepada diri sendiri ,ia juga berkhianat terhadap orang lain.Selain itu yang baik itu juga masih syirik tersembunyi walaupun sudah mengaji sampai ke Arab dan Eropah.Ini adalah disebabkan keegoan dan emosi sifat takbur seperti ada pada iblis.Apa-apa yang dipelajari dipusat persekolahan umum itu adalah perkara awam jua.Janganlah ilmu awam itu hendak disamakan dengan ilmu jalan khas kaum hakikat dan sufi. Ikutilah jalan pelajaran mereka jika hendak jadi sufi atau apa pun.Namun yang penting dapat ilmu teori dan amali bebas dari syirik tersembunyi.Jikalau umat islam berbodong-bodong tunai haji dan umarah itu hebat.Maka ada ke tidak seribu orang dari 2 juta itu orang yang bebas dari syirik halus itu.Bukan zaman ini saja mereka sedemikian tapi 700 tahun lalu pun ilmu ini sama dan masyarakat menolak dan menerima dalam keadaan ilmu yang sama.Sufi-sufi.ikutlah jalan sufi kerana sufi itu bukan kuasa manusia dan dibawah kawalan manusia.Selagi ilmu dibawah kawalan manusia,maka ia bukan ilmu laduni dan bukan ilmu dan insan khasul khas.Cubalah tabur bunga dan pewangi dalam tong sampah.Eloklah tabur bunga dan pewangi pada tempatnya yang sesaui.Menyeru baik itu baik namun lebih baik masa yang ada tumpu kepada orang yang ingin belajar dengan sebenar-benarnya.Agar ada juga tandanya untuk diperhatikan .Kumpulah telatah kata-kata kaum sufi dana apapun tetapi ia sudah mati semuanya.Maka tirulah nabi kerana lebihabanyak hadis menaparkan perkataan dan kelakuannya berbanding kaum sufi lain.Kalau ikut cara nabi sufinya lebih mudah diikuti berbanding sufi-sufi kelasik semasa dan selepas zaman nabi.Sufi seperti nabi tidak terlalu ekstrem.wajar dan sesuai dizaman ini.Sufi ekstrem juga sesuai tetapi sukar dipraktikan.Kalau kita ikut sufi cara nabi,maka apa faedahnya germbang gembur sufi lain. Tak cukupkah cara nabi?.kita peningkan dengan cara tokoh-tokoh lain yang sukar dan aneh itu.Kita zaman tengelamnya guru-guru marifat,maka janganlah cenderung kepada sesuatu aliran yang sudah putus gurunya.Sebab aliran tersebut wajib ada gurunya dan tak berkesan dan rosak tanpa guru sejati.

  • Nik 58

    Salam: Siapakah kata orang sufi memakai ilmu tasauf dan fekah awam?.Orang sufi jati maqamnya fana.Sedangkan nabi maqamnya kembali bakabillah.Orang sufi itu zuhud dunia dan cintai hanya Allah dan rindukan Allah setiap detik.Nabi Muhammad terpaksa kembali kepada bakabillah kerana ia bertugas untuk umatnya.

    Orang sufi pakai ilmu usul muhabbah Allah Taala.Di dalam ilmu tersebut cukup buat mereka beribadat kepada Allah.Ilmu tasauf awam boleh dipelajari oleh awam termasuk mereka yang bukan islam dimana-mana universiti.Cubalah belajar jadi orang sufin itu mahupun di U atau sekolah pondok kalau dapat.Jadi umat islam patut belajar ilmu tasauf di sekolah menengah agama dan U atau tasauf yang mana?untuk jadi kaum sufi seperti zaman Baghdad.?

    Tolong kaji ilmu-ilmu itu baik-baik.Jalan lain itu akan memakai ilmu dengan nama yang lain dan hakikatnya lain.Ilmu tasauf adalah ilmu yang dikatakan digubal selepas zaman kaum sufi berlalu.Ia boleh jadi ilmu yang baik tapi tidak sama.Samalah juga kalau kita belajar agama islam dari nabi Muhammad dan menjadi sahabatnya dizaman dulu.Tidak akan sama kita belajar agama islam dengan profesor zaman sekarang.Sedangkan isi ilmu islam itu dijangkakan sama pada pendapat kita.

    Ilmu tasauf itu dipakai oleh golongan jalan tarekat (jalan ke2 cuci hati dan dosa)) zaman dulukala itu.Kaum sufi atau sahabat nabi itu sedang berada di jalan ke 6 iaitu di jalan sufi (zuhud dunia cinta hanya Allah),maka ilmunya digelar usul muhabbah bukannya ilmu tasauf.Bertindih sedikit ilmu itu dan ini, apa salahnya.Maka penghurai ilmu-ilmu itu tolonglah buat kajian dulu.Jangan ikut orang rumuskan sahaja dengan lebel ulama.Kadang-kadang mereka salah juga.Jangan kaum aqam samada mufti atau profesor dan ustaz dan guna akal fikiran meneroka ilmu ghaib Allah Taala.Cukuplah bincang hal ilmu islam yang mana zahiran sahaja.Segala buitiran kaum sufi dulu itu cuma peribadi mereka yang cuba digambarkan olh penulis sahaja.Ungkapan slogan kata sufi itu hanyalah untuk direnungi.Mana ilmu mereka sebenar yang orang zaman ini dapat jadikan ilmu sufi?.Apa yang dibentangan dalam buku-buku berkaitan jalan wali,tarekat,,sufi,hakikat adalah cuma ilmu pengantar sahaja.Tujuan ke lain isi bukunya ke lain.Malah ada buku-buku yang dibubah dan ditulis oleh yang tidak pernah fanabillah tetapi kerana kreatif mengutip maklumat dari bukku dan sumber ilmu kalam.Saya baca buku-buku tersebut saya dapati penulisnya tidak marifat diri dan marifatullah.Bagaimana ia menulis?.Ia memakai akalnya.Sebenarnya kod perkataan dalam jalan hakikat ke atas adalah kod yang dirahsiakan dizaman dulu oleh kaum tarkat dan sufi. Namun kini ia terbuka dan digunakan oleh awam. Sekiranya orang awam mengunakan kod perkataan sufi dan hakikat makrifat ini dengan lancar,Mereka belum lagi ahli marifat itu.Tak usahlah dustai dan lapar nak jadi guru ketuhanan kalau tak pernah fanabillah dan tak pernah lihat diri-diri-diri.Ilmu putar alam itu menginiayai umat islam. Cukuplah ilmu fekah biasa dan tasauf biasa sahaja.Cuba lihat bangsa kita dan agama kita .Didapati pincang disegenap level.hanya sedkit yang benar-benar berhajat dan berusaha untuk mendapat keredhaan Allah Taala. Manakala kebanyakannya laiai hampir sepenuhnya.Kaji lah perkara yang tersenbunyi: Kaji apakah syirik tersembunyi dalam perkataan dan perbuatan.Itu ada hadisnya. Rungkai dan dapatkan ilmunya .Tidak perlulah mengarut mengatakan ilmu tausauf sebagai tunjang ilmu kaum sufi dan ilmu para sahabat.Tidak usahlah individu bukan fanabilah dan marifatullah berkarya sebagai guru ketuhanan.Kalau ustaz fardhu ain maka jadilah ustaz ,kalau pesyarah U jadilah pensyarah U dalam bidangannya.Kalau ingin jadi guru ketuhanan,maka lepaskan kerja sekarang dan pergilah belajar lagi seperti 11 tahun yang pernah imam ghazali lakukandulu. Adakah ilmu antara kita ini lebih tinggi dari Imam Al Ghazali sehingga tidak perlu ikuti jalan sufi untuk mengajar ilmu ketuhanan yang mendalam?.Saya amat tidak percaya.Itulah ular lidi,ular sawa tikus tetap ular.Yang kita geruni dan takut adalar uilar tedung selar dan ular berbisa lain.Jadi kalau nak bisa carilah ular bisa. Ular pucuk atau ular sawa tikus jangan nak jadi ular tedung.

    Itu lah saja saya suka ingatkan.mana-mana ahli profesional dan berkelulusan tinggi dan berjawatan tinggi dalam sejarahnya atau mereka yang kelulusan darjah 3 jangan berebut nak jadi guru dan mengajar ilmu ketuhanan ini. Allah akan ajar sendiri ilmu mengenai haqnya.Tak payah tunjuklah nak dakwa dakwi anak siapa dan datoknya anak murid guru wali agung mana.Tak payahlah nak tunjuk buku lama dari siapa-siapa.Semuanya buku ituckulit kepada ilmu jalan marifat sahaja.Isinya hanya ada pada jari guru itu sendiri.Kemudian Allah jua adalah guru untuk mengenal diriNya. Siapa kah guru Syeikh ID ,kanak-kanak kenya yang hebat itu. Adakah guru tarekat mana-mana? atau Sheikh Qardhawi?.Cuma fikir. Adakah ada manusia mengajar ilmu mengenal Allah dengan lengkanya.Hanya Allah sendiri boleh mengajar muradnya dengan ilmu mengenal Allah dengan kehendak Allah itu sendiri.Kita ini ajarkan ilmu-ilmu tafsir,bahasa,fekah awam ,tasauf awam.akhlak,dan lain-lain ilmu islam lain sajalah kalau memang bukan berada di maqam marifat hakiki.Orang berada dimarifat hakiki dibolehkan mengajar seorang dua muridnya.Itupun yang Allah kirimkan kepadanya untuk dibimbing.Kita berebut-rebut but kumpulan tarekat modeng beratus murid itu untuk apa?.Bukankah jalan tarekat itu masih dijalan awam dan tempatnya amalan batin?.Ia batin kepada jalan syariat.Maka ia perlukan amal ibadat dengan sempurna peringkat syariat dan buat tambahan ibadat sunnah dan zikir pada masa malam dan lapang.Bukankah tarekat itu masih syariat?.Maka mananya aa jalan marifat dan hakikat di jalan tarekat itu?,Ia adalah jalan zahir dan batin jua.Tunggulah Allah tunjukkan jalan roh dan sir barulah dapat jalan hakikat dan marifat.Ramai guru bodoh di jalan ini mengaku tahu.Janganlah guru yang bodoh ini mengajarkan ilmunya kepada umat islam.Nanti umat islam jadi bodoh seperti gurunya,malah jadi seperti lembu suruh bajak tanah..Wassalm

  • nik mohamad

    Aslkum. Maaf sedikit drp saya. Tak perlu untk menjadi sufi atau wali. Yang perlunya cari guru yg munasabah dan dalami ilmu sebaik mungkin. Kalau ilmu fekah cari guru fekah. Kalau usul cari guru usul. Kalau hakikat cari guru hakikat. Kakau nak makrifat amalkan ilmu dgn sebenar2nya. Jaga Tauhid, itu saja. Sentiasa didalam memuja dan memuji ALlah. Iman, Islam,Tauhid dan Maarifat bukan duduk diatas mana2 nama dan pangilan. Ia adalah suatu pegangan dan amalan didalam kehidupan kita seharian. Ini adalah sedikit renongan dari saya yg tidak sebeberapa. Maknusia yg sempurna adalah maknusia yg dpt menerima apa sahaja dari TuanNya. Bukanlah maknusia yg nenerima segala2nya dari kehendak dan kemahuanya.Dua perkara yg amat berbeza.
    Saya percaya segala usaha yg baik sama ada untuk orang lain atau untuk diri sendiri adalah baik. Teruskanlah mencari kebenaran diri semoga dgn kesunguhan mencari akan dapat petunjuk dari yg Maha Kuasa. Jangan takut dan berputus asa. Sesungguhnya Tuan kita sentiasa melihat kita dan tidak akan menyesatkan kita tetapi jgn sekali kali terkeluar daripada berpandukan AlQuran dan Hadith. Itulah pusaka Junjungan Nabi Kita Muhammad s.a.w. Percayalah sekira kita hendak pergi menuju ke rumah Tuan kita Dia tidak akan nenunjukan kearah lain selain rumahNya. Sentiasa duduk didalam fikiran terbuka dan berpandukan dua pusaka tersebut. InsyaALlah Tuhan makbulkanya. InsyALlah. InsyALlah. InsyALlah.

  • seri

    Terima kasih atas perkongsian.
    Saya mohon ustaz untuk berkongsi artikel ini kepada orang lain.
    :)

Leave a Reply

%d bloggers like this: