RSS

HANYA DENGAN BISMILLAH…

24 Jun

Aku mesti menulis tentang Aurangzeb. Namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam harus dibersihkan. Sejak kecil aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar di sekolah rendah.

Kata mereka dia adalah seorang tokoh kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Malah pada waktu itu aku menjadi seorang antara  ribuan orang Islam yang menyanjung Akbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.

Akbar tidak patut disanjung seperti yang ditonjolkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat bertimbang rasa, lembut dan pemaafnya sangat tidak kena pada tempatnya. Malah ia adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan menyediakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.

Dan kemungkaran terbesar yang dibuat oleh Akbar ialah mencipta agama Din Ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Ia juga terlalu memberi muka kepada penentang-penentang Islam dengan menarik semula pembayaran jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.

Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau ialah seorang mujahid yag tidak teragak-agak menggunakan senjata apabila keadaan memerlukannya. Sembahyang dan puasanya begitu banyak. Beliau mengharamkan arak, nyanyian-nyanyian, tari-tarian, gundik-gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul sebelumnya. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah membuktikan dengan beberapa peristiwa.

Satu ketika peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan kaum pemberontak  di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah ‘bertukar’ kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh.

Ternyata, tentera Islam tidak dapat menentang sihir yang dilakukan oleh tentera musuh. Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu membahayakan semua penganut Islam di India. Tetapi bagaimanakah caranya? Bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan untuk menghadapi tentera-tentera musuh yang menggunakan sihir ini?

Aurangzeb adah yang sangat soleh. Beliau adalah seorang putera sufi yang yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa jua keadaan. Dikumpulkannya semua tentera Islam dan pada setiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tidak siapa yang dibenarkan membuka kain yang terlipat itu sebelum tamat peperangan. Aurangzeb mengingatkan tenteranya supaya bertaqwa kepada Allah dan yakinlah selalu dengan bantuan Allah. Beliau juga berpesan supaya jangan gentar menghadapi sihir tentera musuh kerana kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendinding.

Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Bila tamat peperangan, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada senjata, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan pada kain yang diikat itu yang ada pada kain itu hanya perkataan: Bismillah!

Satu tindakan berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik yang melalaikan. Sebarang bentuk hiburan selain zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Tentunya itu menimbulkan kejutan yang amat sangat dalam kalangan ahli-ahli muzik di negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati para pemerintah sebelumnya.

Namun, bagi Aurangzeb yang tegas berpegang kepada syariat, segala bentuk perkara yang haram tetap haram walaupun disukai ramai. Padanya, muzik yang melalaikan membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta asyik maksyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk(manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik(Allah).”

Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dalam kalangan para pemuzik dan mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.

Akhirnya mereka bersepakat melakukan demonstrasi secara besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sebuah keranda yang besar untuk dibawa semasa perarakan. Dalam keranda itu mereka telah isikan semua alat-alat muzik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan para pemuzik di dalam negara India itu sangat banyak.

Pada hari yang ditetapkan, beraraklah beramai-ramai. Sambil berarak mereka menangis tersedu-sedu. Tangisan itu bergema di seluruh negara menghasilkan suasana yang pilu dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik. Keranda besar itu turut diusung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui rumah Aurangzeb. Mendengar tangisan yang mendayu-dayu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?”

Orang pun menjelaskan bahawa itulah perarakan para pemuzik. Aurangzeb pun keluar melihat perarakan itu dan terus nampak keranda besar yang diusung.

“Apakah yang diisikan dalam keranda besar itu?”

Orang menjawab, “Itulah muzik yang tuanku bunuh. Ia sudah menuju tempat pengebumiannya.”

Mendengar itu, Aurangzeb pun berkata, “katakan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah kebumikannya kerana aku dan rakyat ku tidak tahan lagi bau bangkainya!”

Jawapan ini sangat tegas dan tepat. Ahli-ahli muzik yang mengharapkan simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb yang sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja soleh itu, puas kerana telah menyelamatkan rakyatnya daripada kelalaian dunia hedonisme. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti terhadap apa yang dilakukannya pada rakyat-rakyatnya. Biarlah pahit, kerana itu selalunya ubat.

Dalam hidupnya dia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat-nasihat alim-ulama. Beliau sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasauf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. Walaupun istana Mogul cantik dan mewah, Aurangzeb akan berada di situ sewaktu ada tugasan-tugasan rasmi sahaja. Rumahnya yang sebenar berada di tepi istana iaitu sebuah rumah kecil yang sangat sederhana.

Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Semasa menegakkan satu kerajaan yang kukuh, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya. Baginya pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah siapa sahaja yang kuat berpegang kepada hukum Allah.

Dalam masa pemerintahan juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Dengan tegas, beliau menukarkan nama kota Banares, kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai kubah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahannya apabila hasil pendapatan meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintaha Akbar.

Inilah antara usaha kecil ku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni sejarah hasil tulisan orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mencuaikan tanggungjawab sebagai khalifah Islam. Sedangkan Aurangzeb yang soleh itu dituduh kejam dan namanya ditenggelamkan dalam sejarah Islam.

Memang dia keras tetapi adakalanya kita memerlukan orang-orang yang keras untuk menjaga kesucian Islam. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al Farouk yang terkenal ketegasannya itu. Dan mereka berdua inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati sanggup dibenci kerana menjaga kesucian agama.

Sebagai manusia biasa, Aurangzeb tentunya mempunyai kesalahan dan kelemahan. Semoga, baginda diampunkan Allah. Mungkin menyedari kelemahannya itu, baginda telah berkata, “Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta ku kepada Islam mata!”

 
14 Komen

Posted by di 24 Jun 2012 in Iktibar Kisah

 

Label: , ,

14 responses to “HANYA DENGAN BISMILLAH…

  1. MAH

    25 Jun 2012 at 9:12 am

    Salam Sejahtera Prof,

    N3 kali ini mengingati saya kepada Sahabat Rasulullah SAW ini:

    Abu Zar Al-Ghifari – seorang Alim yang Tidak Layak Memimpin

    Dalam sejarah Islam Abu Zar Al-Ghifari dikenali sebagai sahabat yang paling bersikap terbuka dan berterus terang. Beliau sangat tegas dalam menyatakan kebenaran, tanpa ragu-ragu kepada sesiapa saja tanpa mengira mereka adalah kawan atau sebaliknya. Jiwanya suci, bersih dan kehidupannya amat mudah.

    Abu Zar tidak suka kepada kehidupan yang bermewah-mewah. Semasa pemerintahan Khalifah Othman, masyarakat Islam mula suka mengumpul harta dan menjalani kehidupan yang mewah dan bermegah-megah. Keadaan ini sangat meresahkan Abu Zar kerana ianya bertentangan dengan prinsip kehidupannya yang sangat sederhana. Ini menyebabkan beliau banyak mengkritik cara pemerintahan Khalifah Othman, dan seterusnya mewujudkan suasana tegang antara beliau dan pemerintah. Akhirnya beliau diminta oleh Khalifah Othman untuk tinggal di kawasan terpencil bernama Rubza di luar kota Madinah bagi mengelak gangguan berterusan daripadanya.

    Pernah suatu ketika Abu Zar meminta jawatan dalam kerajaan daripada Rasulullah SAW, tetapi telah ditolak. Mengapa?

    Ini jawapan Rasulullah SAW:

    “Aku lihat kamu adalah seorang yang lemah (tidak berupaya) melaksanakan tugas dengan baik, aku menyayangimu seperti aku sayangi diriku sendiri.” (Riwayat Abu Daud)

     
  2. hamba Allah, umat Muhammad S.A.W

    25 Jun 2012 at 11:12 am

    Allah hu akbar…memori Umar Al Farouk dan sebelum itu sudah wujud Salahudin Al-Ayubi.
    Sememangnya Umar bukanlah sekadar nostalgia, tetapi InsyaAllah akan wujud lagi.
    Islam yang telah mencemerlangkan mereka. Al-Quran dan sunnah digigit rapat.
    InsyaAllah sinar islam akan kembali lagi. Ya Allah kuatkanlah hati-hati kami sepertimana Engkau telah kuatkan hati-hati hambaMu yang solleh.Ameen.

     
  3. nasrieya

    25 Jun 2012 at 8:26 pm

    allahuakbar..kita telah banyak dimomok oleh sikap orientalis yang banyak memanipulasi fakta yang sebenar!seseungguhnya orang-orang kafir yahudi dan nasrani tidak akan puas untuk melakukan fitnah kepada pejuang islam..terima kasih ustaz atas pencerahan ini…semoga Alah menmbahkan lagi ilmu buat ustaz berkongsi bersama kami…

     
  4. Semerah

    26 Jun 2012 at 8:29 pm

    Saya mohon izin untuk sebarkan..=)
    insyaAllah dengan perkongsian ini, kita dapat menghalang fitnah dan celaan orang-orang kafir yahudi dan nasrani terhadap pejuang Islam.

     
  5. zulkifli ab.razak

    27 Jun 2012 at 8:36 am

    JazakaLlahu khairan….

     
  6. pretty nadjah

    27 Jun 2012 at 1:28 pm

    Aman dunia..alangkah bahagia hidup ini sekiranya pemerintah yang menegakkan syiar Islam. Pasti kemaksiatan tidak berleluasa di akhir zaman ini. Bukan itu sahaja, negara bukan Islam akan tertarik dan menjadi contoh ikutan

     
  7. wmafendiendi

    30 Jun 2012 at 3:06 pm

    ustaz saya mohon utk sebarkan . moga mendapat manfaat utk semua

     
  8. wan mazuan

    4 Julai 2012 at 7:03 pm

    kalaupun dia kejam,itu semua untuk Allah.kalaupun sebegitu usahanya,sekurang-kurangnya dia ada bukti di depan Allah nanti,dia ada jawapan untuk soalan Allah nanti.kita,bagaimana?

     
  9. She

    20 Julai 2012 at 1:04 am

    Salam, ustaz boleh x bagi rujukan-rujukan untuk artikel ni…terima kasih.

     
  10. Ana Al-Hakir

    20 Julai 2012 at 4:16 pm

    Assalam

    Terima kasih Ustaz kerana menonjolkan semula tokoh Islam yang telah dihitamkan. Bukan seorang, malah hampir semua tokoh yang menjulang Islam dihitamkan sehitam-hitamnya agar generasi muda Islam kehilanagn model diri yang dapat dibanggakan. Lantaran itu dewasa ini model diri kepunyaan ‘mereka’ yang jadi banggaan dan ikutan generasi muda. Sejarawan kita sendiripun gagal mengfungsikan semula kerja-kerja ini melainkan atas kepentingan tertentu.

    Ceritalah lagi ustaz.

     
  11. Intan SRM

    5 Ogos 2012 at 4:28 pm

    Assalamualaikum
    subhanallah terkesan dengan pencerahan ustaz
    terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

     
  12. Hendrawati MS

    11 Ogos 2012 at 4:15 am

    Reblogged this on The Druggist and commented:
    Satu pencerahan yang menarik.. Kita tak kenal pejuang-pejuang islam kita sendiri dan tersalah pilih tokoh dek kerana membaca fakta yang salah. Semoga kita menjadi pembaca yang kritis…

     
  13. farah

    15 Ogos 2012 at 12:23 pm

    Assalamualaikum ustaz. Boleh kongsikn tajuk2 buku berkait aurangzeb dan saidina umar al-farouk. thanks.

     
  14. Azhari Ab Rahman

    30 Oktober 2012 at 8:18 am

    Assalamualaikum. Ya ustaz, semoga Allah memberkati hidup ustaz, izinkan Ana copy utk fb untuk share dengan sahabah yang lain.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,100 other followers

%d bloggers like this: