Looking for Something?
Navigation

KESAN NIKMAT ITU PERLIHATKANLAH!

Author:

Apa yang ada di dalam hati dan fikiran akan terserlah melalui lisan, penampilan dan perbuatan. Jika hati dan fikiran baik, maka baiklah segala-galanya, dan begitulah juga jika sebaliknya.

Justeru, Sayidina Uthman Ibn Affan, seorang sahabat yang utama telah menegaskan,”Tidaklah seseorang merahsiakan sesuatu, kecuali Allah akan mengungkapnya melalui raut wajah dan lisannya.”

Maksudnya, air muka dan perkataan kita adalah cerminan apa yang ada di dalam hati kita.

Jika iman yang tersemat di dalam dada kukuh, maka indahlah wajah. Jika ilmu yang terpasak di dalam minda mantap, maka lancar dan sopan jualah pertuturan. Imam Ibnul Jauzi berkata,”Para salafussoleh menilai seorang hamba yang soleh itu dari penampilan dan sikapnya, bukan kerana ilmunya. Ini kerana buah daripada ilmu yang benar ialah penampilan dan sikap yang baik.”

Islam sangat mementingkan nilai estetika. Kamal (sempurna), Jalal (keagungan) dan Jamal (keindahan) adalah antara sifat-sifat kebesaran Allah. Kita sebagai hambaNya, mesti berusaha agar sifat-sifat kebesaran itu diyakini bukan sahaja oleh diri sendiri tetapi juga oleh orang lain. Bagaimanakah caranya?

Paparkanlah kesan nikmat dari Allah yang Maha Agung itu melalui diri kita. Tampilkanlah karakter atau keperibadian yang cantik, indah dan kemas menggunakan seluruh nikmat Allah yang telah diberikannya kepada diri kita. Jadikanlah diri kita sebagai bukti keindahan ciptaan Allah. Semoga dengan itu diri kita dan manusia lain akan merasai betapa Pencipta itu jauh lebih indah daripada segala ciptaan-Nya.   

Langkah inilah yang selalu diingatkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Auf bin Malik menceritakan, “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW dengan berpakaian yang sudah lama dan lusuh.” Rasulullah SAW bertanya, “Adakah kamu mempunyai harta?” Aku menjawab, “Ya”. Rasulullah SAW kemudian bertanya lagi,”Dari mana sumber harta yang kau miliki itu?” Aku menjawab,”Allah memberikan pada ku melalui unta, kambing, keldai dan tepung.” Lantas Rasulullah SAW berkata, “ Jika engkau telah diberi harta oleh Allah, perlihatkanlah kesan nikmat Allah dan kemuliaan yang telah Allah berikan itu kepada mu.”

Dalam konteks yang sama pernah Rasulullah SAW melihat seorang pemuda yang kusut dan rambutnya pun tidak terurus, lalu baginda bersabda,”Apakah orang ini tidak mempunyai sesuatu yang membolehkannya merapikan rambutnya?” Rasulullah SAW juga pernah melihat seorang sahabatnya mengenakan pakaian yang kotor, lantas baginda menegur,”Apakah orang ini tidak memiliki air untuk mencuci pakaiannya?”

Ternyata Rasulullah SAW adalah orang yang paling menjaga penampilannya. Bersih, kemas dan cantik adalah citra diri yang sentiasa sinonim dengan Rasulullah SAW. Baginda adalah “Al Quran hidup” yang begitu indah bila dilihat, apalagi bagi yang bergaul bersamanya. Dari Jabir bin Samrah  RA, diriwayatkan,”Aku melihat SAW pada suatu malam terang bulan, aku melihat antara Rasulullah SAW dan bulan.” Jabir menyambung.” Ternyata Rasulullah SAW bagi ku lebih indah daripada rembulan.”

Untuk tampil indah tidak semestinya dengan kekayaan tetapi cukup dengan kebersihan dan kekemasan. Ertinya, sikaya dan simiskin mampu untuk tampil indah, kemas dan memikat. Bukan untuk berbangga tetapi sebagai kaedah untuk membuktikan betapa besarnya kesan nikmat Allah kepada kita. Juga sebagai manifestasi keindahan Islam yang kita anuti dan perjuangkan. Bukan diri kita yang hendak dibesarkan, tetapi kebesaran Alah dan keindahan Islam.

Itulah juga tradisi dan ‘life style’ para Salafus soleh. Imam Ahmad Ibnu Hanbal rhm misalnya, terkenal dengan penampilannya yang kemas dan indah walaupun beliau bukan seorang yang kaya. Beliau adalah seorang anak yatim dan berasal daripada keluarga yang miskin. Bukan sahaja ketinggian ilmu dan keindahannya yang memikat, bahkan penampilan fizikalnya turut menyejukkan hati.

Tentang penampilan Imam Ahmad bin Hanbal itu, seorang sahabat karibnya Al Maimuni telah berkata,”Aku tidak pernah melihat ada seseorang yang memakai pakaian lebih bersih dari Imam Ahmad rhm. Belum pernah aku melihat ada orang yang merapikan janggut dan rambutnya hingga kacak badannya melebihi Imam Ahmad rhm. Bahkan aku belum pernah melihat baju yang lebih putih seperti  yang dipakai oleh Imam Ahmad.”

Inilah jalan yang ditempuh oleh para Salafus soleh untuk meneladani jalan Rasulullah saw dan inilah juga jalan kita. Hiasilah diri kita agar sentiasa tampil anggun dan menawan. Ingat, wajah, lisan, pakaian dan luaran kita adalah terjemahan apa yang ada di dalam hati kita!

 

Feedback

29
  • Indah

    Baru sahaja tercari-cari bagaimana utk mengawal riak muka yg keruh akibat rasa senak dgn masalah yg melanda..alhamdulillah, inilah jawapannya..bersihkan hati, tenangkan hati, mohon kelapangan hati drpd-Nya, insya-Allah akan terpancar di wajah..t.kasih ustaz..sesungguhnya benar, jika hati rasa penuh masalah, raut wajah hilang serinya, senyuman juga tidak semanis biasa, mata juga tiada ketulusan tika bertentang mata dgn org sekeliling..insya-Allah, selepas membaca tulisan ustaz ini saya akan lebih bijak mengawal luaran dan dalaman agar segala nikmat yg Allah beri dapat saya pancarkan melalui ketrampilan diri..t.kasih sekali lagi, ustaz..alhamdulillah =)

  • Wan Zayuhisham Wan Yusoff

    Alhamdulillah. Sama-sama kita amalkan ILMU kali ini.

  • farhanirozali

    Syukran Jazilan Ustaz Pahrol for the great article. ^_^
    InsyaAllah.

  • farhanirozali

    Reblogged this on Ana Mujahidah and commented:
    Jom lihat apa kata Ustaz Pahrol mengenai perlihatkan kesan nikmat Allah :)

  • Ghazali Arbain

    Terima Kasih, Ustaz.

  • zulkifli ab.razak

    Si kaya pakai pakaian “tak branded” dikatakan kededkut. Si miskin pakai “cantik” sikit dikatakan berlagak. Keterampilan dan penyerlahan fizikal dan spiritual itu adalah natijah dari penghayatan ilmu dan amal seseorang. Allah sendiri yang akan menterampilkannya. Bukan boleh dilakon2kan. Redha dan syukur atas nikmatNya. Allahu aklam.

  • mohd razali

    Waa totally.. awesome.. thank you ustaz,…

  • Anna Haroun

    Thx fr sharing Ustaz…Jazakallahkhayran!

  • Anna Haroun

    Assalamualaikum Ustaz, nice seeing u here! I saw u on Malaysian TV many years ago!

  • Azila96

    Assalam.Memang banyak benarnya indah itu tidak perlu pada kekayaan. Cerminan akhlaq,penampilan cantik dan kemas cukup menggambarkan suatu keindahan.T.kasih ustaz, entri ustaz mendidik saya nikmat yang Allah berikan pada hambanya sesuatu yang indah yang perlu dihargai dan disyukuri hambanya.W’alam.

  • SYEDHAFIZ

    trimaksh ust..

  • MAH

    Salam Sejahtera Ustaz

    Entahlah di Mekah sekalipun ada para jemaah dari negara-negara tertentu abaikan hal-hal kebersihan, agaknya mereka sudah biasa…………………….

  • zlaa

    Always love your writing. Moga diberi Allah kesihatan yang baik utk terus berkarya..

  • NABIL PATARANANTAKUL

    salam sejah terara Ustaz,moga allah panjangkan umur supaya kita dapat mempelajari dari Ustaz berbagai-bagai ilmu pengetahuan. dari Thailand

  • HalalSurf.Com

    Salam semua dari Halalsurf.Com social network FREE.Tq

  • Syamsul Amri A Razak

    Asmwbt. Tk Ustaz atas buah fikir tinta Ust. Spt ust pernah ungkapkan, “Dunia itu jambatan akhirat an manusia tidak membina rumah diatas jambatan”…

  • siti nahar

    Assalam.Syukran ustaz,saya mmg suka mbaca artikal atau tulisan ustaz yg menarik.mendidik jiwa…truskn menulis ustaz..moga Allah sentiasa mbri kekuatan kpd ustaz…

  • azura

    terima kasih ustaz saya tersgt2 suka baca artikal2 ustaz

  • siti nadrah

    sy nk tnya soklan yg private. bole sy dptkn email ustaz?

  • Nora Aznur

    ”Apa yang ada di dalam hati dan fikiran akan terserlah melalui lisan, penampilan dan perbuatan. Jika hati dan fikiran baik, maka baiklah segala-galanya, dan begitulah juga jika sebaliknya.”tulisan pertama ustaz yang membuat saya berfikir dan bersyukur..terima kasih ustaz

  • Suzie Suhaimi

    Masya-Allah.. Terima kasih atas kupasan yang menarik ini, Ustaz..

  • Ana Al-Hakir

    Assalamualaikum

    Alhamdulillah kerana pembicaraan tentang penampilan diri mendapat perhatian ustaz. Mengikut pemahaman saya, apa-apa yang terpancar secara fizikal diakarkan dari pancaran rohani. Diumpamakan projektor dengan filem… apa-apa yang terdapat dalam filem, itulah yang dipancarkan oleh projektor berkenaan. Tidak yang lain sama sekali.

    Melihat pada persekitaran yakni berdasarkan penampilan yang mewarnai umat Islam, merupakan gambaran Islam yang ada dalam diri. Jika pakaian yang membalut aurat, jika telinga bersubang, jika gincu yang merah terang, jika tutur kasar dan keras menunjukkan hati dan imannya seperti itu. Persoalannya selama-lama kita digemburkan ( dipropagandakan ) dengan keasyikan dan keindahan akhir tetapi tidak ditunjukkan nikmatnya proses. Akhirnya proses menjadi terkesamping dan penamatnya dijulang ceriakan. Moleklah kiranya di mana-mana ruang yang ada ustaz terus membicarakan proses berkenaan seperti dalam buku Mukmin Profesional… agar umat Islam dapat memahami Islam itu perlu luar dan dalam, peritah llah itu perlu didahulu berbanding perintah yang lain.

    Terima kasih… dan teruslah Ustaz membimbing kami.

  • anamuna

    Ilham yang datang dari Allah, sama2 kita manfaatkan. wallahua’lam. trima kasih ustaz atas perkongsian ilham ini!

  • anamuna

    Ilham yang datangnya dari Allah, sama2 kita manfaatkan. terima kasih ustaz atas perkongsian ilhamnya.
    -wallahua’lam

  • terrarosa

    insyaallah sama – sama kita cuba ubah dalaman kita untuk kesan luaran yang boleh memberi impak positif kepada orang lain .
    p.s Saya juga sedang mencari diri saya yang dulu …. yang pernah mengembirakan orang lain.

  • Fazid Zac

    Waah! Indahnya~

  • mardhiah

    mohon share ust…

  • Aslin Aris

    mohon share ustaz

Leave a Reply

%d bloggers like this: