RSS

SEORANG ISTERI YANG DIUJI

06 Ogo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”

Saudara/i, pembaca… maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.

Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman… 

SEORANG ISTERI YANG DIUJI

Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat juga tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.

“Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami,” luahnya perlahan.

“Sudah lama?”

“Baru sahaja… Sejak dua bulan yang lalu,” katanya.

“Puan rasa kecewa, marah?”

“Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik.”

“Jadi apa masalahnya?” tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.

“Masalahnya ialah ibu-bapa saya dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak.”

“Puan bertindak?”

“Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah.”

“Alhamdulillah, kalau begitu… Jadi, apa masalahnya lagi?”

“Bila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersyubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu lagi. Saya sedih diperlakukan begini.”

Saya diam. InsyaAllah itu akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah… kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin ‘didengari’. Teringat apa yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, manusia peru didengar luahan dan rintihannya sama seperti mereka perlukan makanan.

“Puan, kunci keharmonian dalam poligami ini, insya-Allah, terletak di tangan puan dan suami, bukan di tangan ibu-bapa puan, ibu-bapa suami, apalagi oleh ipar-duai puan,” akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.

Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan,”Jika puan tabah, tenang dan kelihatan ‘steady’, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan ‘bising’ seketika sahaja. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa rasa puan berpoligami?”

“Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya,” ujarnya.

Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah ‘rezeki’. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.

“Apa yang mendorong puan bertindak begitu?” tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.

“Ustaz, suami saya baik. Bertanggung jawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggung jawab dengan baik terhadap dua orang wanita.”

Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar… Ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.

“Sejak awal lagi rumah tangga kami dibena atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istiharah dia. Sebelas tahun berlalu, telah bermacam-macam-macam ujian kami lalui. Istikharah itu pun diujikan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu pun perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang… ujian poligami.”

“Puan tidak rasa dieksploitasi?”

“Oh, tidak, “jawabnya dengan tegas, “ tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri…”

“Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama dengan suaminya,” pintas saya.

“Mengapa ibu-bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?” Dia kembali kepada permasalahan asalnya.

“Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami itu adalah satu perkongsian dan pembelaan.”

“Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini,” balasnya.

“Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi… apakah penyebabnya poligami?”

“Masyarakat kita hanya mengikut sentimen. Bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz.”

“Saya tidak nafikan, ada juga yang lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba,  dan sebab-sebab lain yang tidak syar’ie. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka  tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!”

“Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu-bapa, mertua dan ipar-duai saya?”

“Selagi puan tabah, selagi suami puan berlaku adil dan bijak mengemudikan rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya.”

“Sunyi juga. Terasa kehilangan.”

“Inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan untuk akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”

“Saya akan kehilangan cinta suami?”

“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”

“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah!”

Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita!

“Kekadang datang juga rasa cemburu… bagaimana?” kembali suara itu mengocak lamunan saya.

“Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?”

“Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat, membaca Quran,  dan buku-buku yang tangguhkan membacanya sejak dulu.”

“Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri,” dorong saya.

“Seperti mana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji,” ujar saya perlahan.

“InsyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz pesankan… jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?

About these ads
 
117 Komen

Posted by di 6 Ogos 2012 in Tentang Cinta

 

Label: , , , , ,

117 responses to “SEORANG ISTERI YANG DIUJI

  1. fsyazana

    6 Ogos 2012 at 7:54 am

    Subhanallah..tabahnya wanita tersebut.Boleh jadi ujian tersebut adalah sebab utama untuk dia masuk jannah!

     
  2. ija

    6 Ogos 2012 at 8:09 am

    sedih pula baca..:'(
    Jika kita rasa bahagia, mungkin pasangan kita sedang berkorban.
    Bila kita sedang berkorban, kita bahagiakanlah diri kita.InsyaAllah kita sedang membahagiakan pasangan :)

     
  3. Muhammad

    6 Ogos 2012 at 8:33 am

    Subhanallah.. perkongsian yang menarik Ustaz.. Barakallah alaik..
    Ameen..

    Ramadhan Kareem..

    (P/s: Ustaz, teringin satu perkongsian berkenaan Ramadhan dan Aidil Fitri dari Ustaz)..
    Wassalam

     
  4. Ainul Fadzilah Harun

    6 Ogos 2012 at 10:32 am

    Sentiasa memohon kepada Allah hati yang tabah dan bersih. =)

     
  5. yusoff nor

    6 Ogos 2012 at 10:53 am

    Allahhuakbar…Astaghfirullahhalazzim…itulah dianya…kalbunya InsyaALLAH berisi dengan kebesaran ALLAH.majulah kita menuju kepada redhaNYA

     
  6. Yusoff Nor

    6 Ogos 2012 at 10:59 am

    Allahhuakbar…Astaghfirullahhalazzim

     
  7. Fiz

    6 Ogos 2012 at 11:31 am

    Hari2 saya check blog Ustaz, tiada update ke? Dan hari ini update topic yg ustaz tulis amat bermakna bagi saya.

     
  8. puanwaiz

    6 Ogos 2012 at 11:52 am

    MasyaAllah,
    Situasi ini dipandang dari sudut yang berbeza. Yang tidak pernah saya pikirkan ada masalah seperti ini wujud. Sekali pandang tiada masalahnya. Seperti yang Ustaz nasihatkan kepada Puan ini. Beliau mempunyai masa yang lebih untuk pencen kuburnya.
    Cuma, jangan dilayan perasaan cemburu & negatif itu. Untuk ubat rasa sunyi, cari kawan perempuan (Saya offer untuk jadi kawan) dari kalangan yang baik-baik dan berfikiran positif. Jihad diri dengan pelbagai cara. Jihad bisnes pun boleh. Boleh sedekah pada orang dan negara Islam yang miskin.
    **Ustaz, saya sentiasa dengar & download semua ilmu Ustaz di IKIM.

    Terima kasih :)
    http://www.facebook.com/puanwaiz
    puanwaiz@gmail.com

     
  9. siti nahar

    6 Ogos 2012 at 12:06 pm

    Sedih dn menyentuh hati membacanya dn seronok,sya merasakn mmg kita sentiasa diuji…dn sya mmg suka ayat ustaz tu jgn pinta hidup yg mudah tp pintalah hati yg tabah mghadapi segalanya…subhanallah….syukran ustaz atas perkongsian ini….sya suka sngt2….

     
  10. zareq

    6 Ogos 2012 at 12:13 pm

    Alhamdulilah… kisah wanita tabah ini banyak meningglakan kesan di hati ini… tuhan sahaja mengetahui isi hatimu… semoga kamu dirahmati wahai hawa

     
  11. ummieiman

    6 Ogos 2012 at 12:20 pm

    Assalamualaikum….. seorang isteri yang diuji…. sakitnya tidak terperi…. hanya Allah tempat berharap…..apakah bolh memilih penyelesaian lain ust…. bolehkn seorang isteri mghalang suami dr berpoligami…. dan berusaha memperbaiki diri….

     
  12. Iman Asrar

    6 Ogos 2012 at 12:33 pm

    ~ Subhanallah~ Sentiasa bersyukur bila diberi nikmat dan ujian..walaupun pahit pada permulaannya, Kemanisan dan hikmah pasti ada..wallahu’alam..

     
  13. Aisyah Norbin

    6 Ogos 2012 at 1:21 pm

    Segalanya mudah bila kita bersandar kepada kuasaNya…

     
  14. sri murni

    6 Ogos 2012 at 1:25 pm

    Kesabaran itu amat pahit rasanya. Hanya Allah yg kekal abadi cintaNya..

     
  15. Rita

    6 Ogos 2012 at 3:30 pm

    Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”

     
  16. Sakinah Dolah

    6 Ogos 2012 at 4:30 pm

    Ya Allah.. besar nikmat utk hamba Allah nih.. Moga Bahagia itu bahagia, “Derita” itu Bahagia… Bila Allah di hati…segalanya akan dihadapi dengan tenang walau ribut melanda dipersekitaran….

     
  17. ummu

    6 Ogos 2012 at 6:23 pm

    Teori semua orang boleh tahu iaitu bersabar. Bukan mudah utk bersabar…Ujian Allah bukan semestinya poligami sahaja. Macam2 yg datang…sikap anak2 dan pasangan pun merupakan masalah dalaman yg boleh buat hidup stress. Bila ada iman,bolehlah nak pujuk hati. Redha sahaja lah apa yg berlaku dan kena byk2 sabar….mungkin kita benci akan sstu itu tapi ianya baik utk diri…tersirat hikmah di sebalik ujian.

     
  18. Wan Zayuhisham

    6 Ogos 2012 at 8:18 pm

    Jika meletakkan CINTA pada Allah yang paling atas. Insya-Allah, kita akan tenang hadapi setiap ujian hidup.

     
  19. halina

    7 Ogos 2012 at 12:28 am

    org yg diuji hati dan derita perasaan, jiwanya jadi perkasa

     
  20. mariam

    7 Ogos 2012 at 7:32 am

    Salam..walaupun msh blum bkluarga sya rasa ini adalah salah satu contoh wanita yg tabah n kuat.kekuatsn jiwa dan mujahadahnya mnjadi inspirasi untuk saya trus mmbina n mnjalinkan cinta saya dgn pmilik cinta yg sebenarnya

     
  21. Anis

    7 Ogos 2012 at 8:47 am

    Assalamualaikum ustaz,

    Alhamdulillah. Takdir Allah adalah yang terbaik untuk kita. Jika kita cuba melawan dan menafikan ia akan merosakkan diri kita dan pasangan kita. Dari pengalaman saya, yang seorang terlalu berterus terang dan yang seorang lagi egonya berpanjangan, cuba mencari salah, berbalah dan akhirnya keburukkan yang terserlah. Padahal kami memerlukan antara satu sama lain. Saya dapat rasakan, walaupun perjalanan hidup kami berbeza tetapi mempunyai masalah yang sama. Jadi Allah temukan kami supaya boleh saling bantu membantu, ingat mengingatkan dan bahagia membahagiakan. Apatah lagi kami mempunyai matlamat yang sama, selamat diakhirat.

    Saya berdoa dan berharap sangat supaya ego itu dapat dilentur dan dileburkan supaya memudahkan perjalanan hidup kami. Doakan kami ye ustaz… :). ameen…

     
  22. ujie

    7 Ogos 2012 at 9:18 am

    sungguh menyentuh hati. dia bkn wanita biasa-biasa.

     
  23. lina

    7 Ogos 2012 at 9:30 am

    thank you ustaz for sharing such inspiring words.

     
  24. abu akmal

    7 Ogos 2012 at 10:14 am

    jika anda tabah,sabar dan mujahaddah insyaAllah “payung emas” itu milik anda dikala manusia lain sedang dibaham terik masyhar… amiin

     
  25. Zakiah

    7 Ogos 2012 at 11:09 am

    ” jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
    “jangan pinta Allah ringan kan ujiannya, pohonlah Allah beratkan iman kita”

     
  26. MAH

    7 Ogos 2012 at 11:19 am

    Salam sejahtera Ustaz,

    Dengan ketentuan Allah, dua orang wanita yang Rasullulah SAW paling sayangi iaitu Khadijah ra dan Fatimah ra tidak diuji dengan hidup berpoligami.

     
  27. Wani

    7 Ogos 2012 at 2:25 pm

    Assalamualaikum Ustaz.. Ya Allah..sayu hati saya membaca kisah ini, saya rasa bangga dengan wanita ini. Wanita tersebut perlu dijadikan contoh untuk masyarakat di luar sana.

     
  28. SYEDHAFIZ

    7 Ogos 2012 at 4:00 pm

    izinkan saya share dgn kwn2..

     
  29. hasnida

    7 Ogos 2012 at 7:05 pm

    salam….wanita yang cukup tabah..hebat..di zaman yang penuh mencabar…

     
  30. mutiara

    7 Ogos 2012 at 8:48 pm

    Assalamualaikum ustaz, saya harap ustaz sihat sentiasa. Sedih hati saya mbaca kisah ini. Tabahnya wanita ini…. Semoga Allah memelihara hatinya.

     
  31. solehah

    8 Ogos 2012 at 9:05 am

    subhanallah…satu dalam berjuta. ketabahan yang amat-amat laur biasa.Allahu Akbar

     
  32. Azila96

    8 Ogos 2012 at 10:08 am

    Tersentuh hati ini, tidak dapat digambarkan dengan kata2.moga ketabahan insan ini dan kita semua dinilai dgn nilaian yang tinggi di sisi Allah s.w.t. w’alam.mohon dikongsi dengan insan-insan lain. Terima kasih

     
  33. ulfa alisa

    8 Ogos 2012 at 2:23 pm

    Terima kasih atas perkongsian ini ustaz…ianya benar2 terkesan dihati…

     
  34. Aneeqa

    8 Ogos 2012 at 11:05 pm

    Assalam ustaz,

    Semuga dalam rahmat Allah.

    Sebak membaca catatan ustaz.

    Semuga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada puan yang tabah ini.

    Terima kasih ustaz berkongsi dengan kita.

     
  35. Jee

    9 Ogos 2012 at 10:47 am

    Terimakasih ustaz…rasa terlalu kerdilnya diri ini berbanding wanita itu.ketabahannya mengundang rasa keinsafan di hati.mampukah saya setabah wanita itu andai di uji sedemikian rupa.setiap wanita mempunyai perasaan yg sama,berkongsi kasih terlalu perit rasanya..terpulang kpd diri untuk menghadapinya..redha @ sebaliknya…

     
  36. Nornikman

    9 Ogos 2012 at 1:46 pm

    Semoga puan kuat hadapi segalanya dan saya kagum dengan peribadi puan yang amat tabah itu..

     
  37. uzah arshad

    9 Ogos 2012 at 4:05 pm

    puan asliza, saya ingin berkenalan dengan puan. boleh saya dapatkan email address puan? terimakasih

     
  38. normala

    9 Ogos 2012 at 5:06 pm

    sedunya…

     
  39. mediusshoppe

    10 Ogos 2012 at 3:04 pm

    tersentuh hati…wanita itu sangat tabah… tema kasih kerana memberi pengajaran

     
  40. cili padi

    12 Ogos 2012 at 8:03 am

    Alhamdulillah…isteri yang redha dan diredhai…Suaminya muslim terpilih.Cuma satu kekurangan yang dirasai…ahli-ahli keluarga yang tidak redha…kenapa jadi begini?Mungkin kita boleh lihat dr segi tarbiah ahli-ahli keluarga ini telah jauh ketinggalan berbanding mereka suami-isteri.Peranan seorang lelaki muslim menjangkau melebihi isteri dan anak2nya.Ibu,kakak,adik2 perempuan adalah termasuk tanggungjawab mereka…bukan sahaja dr segi zahir tetapi dr segi spiritual.Mereka boleh juga menarik seorang lelaki muslim ke neraka…nauzubillah…Betul kan Protaz?

     
  41. gee

    13 Ogos 2012 at 2:57 pm

    Slm puan, tahniah di atas ketabahan puan.. sy juga mengalami nasib yg sama spt puan.. bezanya suami blum berkahwin dgn wanita tersebut tp berkelakuan x ubah spt suami isteri.. setelah terbongkar semuanya barulah suami nk bartangujgjwb pd sy .n anak2.. dgn harapan sy dtp terima wanita tersebut.. itu pn setelah 6 thn sy di tipu… dugaan demi dugaan sy lalui.. tp sy x kuat n tabah spt puan.. kini sy dlm proses tuntut fasakh…

     
  42. Rita Oktavia

    15 Ogos 2012 at 7:04 am

    Pencerahan ustaz..terima kasih.

     
  43. zurarizal

    15 Ogos 2012 at 9:30 am

    terharu bila bc kisah ni..tersentuh hati sy..moga allah permudah kan segala urusan wanita ini..amin

     
  44. nur fitrah

    16 Ogos 2012 at 8:58 pm

    Allahhuakbar….jazakallah ustaz ats perkongsian di atas….
    cerita yg menjadi santapan rohani utk terus redha dan tabah pada setiap hidangan bernama ujian…

     
  45. Nur Qasih

    25 Ogos 2012 at 1:16 pm

    Dari mula membacanya air mata terus berjurai keluar tanpa henti…hebat dia…mcm sy mendaki gua hira sy merasa hebatnya siti Khatijah yg mampu mengahntar makanan pd Rasullulah..sy doakan dia lebih tabah dan mendapat membina kebahagian dlam suasana yg baru sbb bermadu sesuatu yg baru baginya…ada byk lg maslah di hadapan…jgn Risau Alllah ada, Kasih Allah tidak pernah kurang…Allah tak pernah tingalkan kita….berdoa dan berharaplah pd Allah…Allahlah segala2 yang kekal Abadi…

     
  46. nur

    27 Ogos 2012 at 11:31 am

    suami saya sekarang asek nak poligami, sedang berusaha mengorat pempuan2, dan memang ramai pempuan tergoda, saya diberi pilihan, berpisah atau poligami, ntahlah, saya mohon ketabahan dari Allah, tapi airmata tak henti2 mengalir, saya tau, buat apa bersedih atas sesuatu yang pasti pergi (manusia pasti mati), saya tau tak perlu bergantung dengan makhluk, sebab bayang2 sendiri pun akan meninggalkan kita di dalam gelap, saya juga tau tdk mengapa ditinggalkan manusia, asalkan jangan ditinggalkan Allah, tapi saya sedih sangat, baru lepas pantang anak ke2, ya Allah.. hebatnya isteri kat atas, saya tak mampu menyekat air mata!

     
  47. fasha

    28 Ogos 2012 at 9:36 am

    mohon share ya ustaz dlm blog sy…

     
  48. umairah

    28 Ogos 2012 at 9:45 pm

    hati seorg yg diuji dan ianya kembali bermujahadah pd jalan Allah diikuti pegangan Al-Quran dan Sunnah adalah hadiah yg terbaik utk mengumpul erti ketabahan dan redha serta cukuplah baginya hanya Allah..

     
  49. nora

    29 Ogos 2012 at 5:55 pm

    Allah, sungguh tabah wanita itu. sy juga diuji sebegitu.smoga Allah memberi ketabahan buat diri ini

     
  50. harith

    30 Ogos 2012 at 1:22 pm

    ” jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”…saya suka…

     
  51. Layyinul Harir

    31 Ogos 2012 at 10:50 am

    Salam. saya blm memiliki buku ini, tp amat berhrp akan dpt mmbelinya. Tulisan2 ustaz sungguh menyentuh hati saya. Buku pertama ustaz yg sy teliti setiap barisnya satu persatu ialh dimana dia dihatiku. Bagai sesejuk air mengalir mmbasahi ketandusan hati yg kering menderita ketika menatap setiap ayat. begitu jugalh derasnya airmata mengalir. sy pernah dimadukan, pernah melalui kehidupn monogami, malah kini menjadi ibu tunggal utk kali kedua. hidup ini sungguh menduga…mmbesarkn anak2 tanpa kasih seorg bapa menagih kekuatan luarbiasa…mengerah seluruh kudrat

     
  52. Layyinul Harir

    31 Ogos 2012 at 11:11 am

    Ustaz, sy mohon keizinan ustaz utk berkongsi sbhgn mutiara kata ust yg sy petik dr tulisan2 ust di fb sy. saya x pandai menulis tp sy ada byk pengalaman hidup berumahtangga yg ingin sy kongsikan dgn yg lain khususnya para isteri. Ayat 2 ust byk mmbntu sy meluahkn rasa hati sy supaya lbh tepat difahami sekaligus sy belajar menulis drpd ust secara x langsung. sy amat perlukn bimbingn meskipun sy tergolong sbg pendakwah kerana dikategorikn dlm kalangn berilmu. namun..begitulh kehidupan, semakin tinggi ilmu semakin kuat badai ujian menimpa…disinilah kita memerlukn bantuan saudara seangkatan di bwh naungan ukhuwwah fillah supaya x tersasar di arena dakwah.

     
  53. Puan J

    1 September 2012 at 10:13 am

    MasyaAllah. Puan, saya amat menghormati reaksi Puan terhadap dugaan Puan. Semuga Allah swt akan menganugerahkan saya kebijkasanaan dan ketenangan yang ada pada Puan.

    Ustaz, terima kasih…

     
  54. naniismail

    1 September 2012 at 10:02 pm

    semoga puan tersebut diberi hati yang tabah dan cekal utk menghadapi ujian ini.. mohon share ustaz

     
  55. Mencari Cinta Allah

    3 September 2012 at 12:34 pm

    Assalamualaikum ustaz… hampir setiap hari saya membaca coretan ini.. alhamdulillah…. sekarang saya mampu tabah dengan apa yang terjadi pada saya.. mungkin jalan cerita saya agak berbeza.. namun ketabahan mengajar saya mengenal Cinta Allah… mungkin Allah tarik cinta saya pada arwah ayah saya.. dan bakal sura dalam hidup saya pada masa yang sama… tapi Allah tetapkan hati saya mengenal Cintanya.. Semoga saya tabah menhadapi hari-hari mendatang…

     
  56. Haslina Binti Musa

    14 September 2012 at 10:38 am

    kisah pengalaman yang boleh di jadikan panduan..mohon share..

     
  57. faridah kamaruddin

    19 September 2012 at 4:14 pm

    Bukankah selalu ustaz pesankan… jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”…sgt indah kata2 ini..hargailah wahai hati…

     
  58. Honey Solehah

    19 September 2012 at 4:26 pm

    Kata-kata nasihat yg datang dari hati…sentiasa buat air mata ini bergenang…May Allah grant u His Firdaus…aameen!

     
  59. Jambumanis

    23 September 2012 at 10:07 pm

    As salam ustaz..telah sekian lama saya tidak mengunjungi blog ustaz..hari ini tiba-tiba rasa rindu utk mengunjungi laman ini..Alhamdulillah..saya ditemukan dgn artikel ini..kata2 nasihat ustaz amat menyentuh hati saya, sebak, sayu dan sendu..terasa seolah2 saya berbicara secara lansung dgn ustaz..Ayat-ayat yg ustaz gunakan penuh dengan makna yg mendalam, meresap ke jiwa..walaupun permasalahan ini bukan dilalui oleh saya..secara tidak langsung jiwa menjadi sangat tenang..Teruskanlah perjuangan ustaz ini kerana ramai yang memerlukan kata2 nasihat, semangat dan motivasi daripada tulisan ustaz.

     
  60. ilham mekar

    25 September 2012 at 11:47 am

    salam ustaz.. minta berkongsi

     
  61. RUZIANA

    26 September 2012 at 5:54 pm

    subhanallah.. menarik sekali… setiap orang ujiannya masing2… ALLAH ALLAH ALLAH

     
  62. Sarah binti Salleh

    27 September 2012 at 3:08 pm

    Salam ustaz…saya baru kenal ustaz tahun ini….dah baca buku ustaz yg diberi percuma sebagai hadiah tadarus Al-Quran 2012. Alhamdulillah Allah mengurniakan ustaz kebolehan berbahasa yang cukup halus bermakna. Saya penakut…takut sakit, takut derita , takut ditinggalkan…

     
  63. huda_husna

    19 Oktober 2012 at 11:46 am

    setiap post ustaz membuat saya lihat kehidupan dari sudut yg lebih ‘relaks’ dan ‘santai’ kerana setiap ujian ada hikmah, kasih sayang Allah kpd kita.. lantas hati sy yg sering gusar dgn turun naik putaran hidup kembali tenang :)

     
  64. yusrima

    19 Oktober 2012 at 10:57 pm

    sedihnya hati ini..membacanya di kala hati di landa keresahan,,membuatkan jiwa terasa kecil dan sayu.berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.tabahnya hatimu wahai wanita……….tahniah dan berbahagialah..moga ati ini juga dapat menjadi setabah hatimu…..

     
  65. surirumah

    20 Oktober 2012 at 12:19 am

    baca utk kesekian kalinye…mbaca bait2 dr ustaz mberikan saya ketenangan n kkuatan ketika dlanda badai…saya sering mohon agar allah benar2 mberikan saya meletakkan suka/duka/idup mati hanye padaNye…tidak pd insan…

     
  66. norhashimah

    21 Oktober 2012 at 10:04 pm

    Masyaallah….tabahnya wanita ini…saya berharap saya akan setabah beliau kerana saya akan mengalami nasib yang sama sepertinya……subhanallah……

     
  67. Badrul Amin Badrin

    27 Oktober 2012 at 7:56 am

    Sedihnya……………TAbahnya dia…

     
  68. nadia

    3 November 2012 at 2:37 pm

    moga kita semua tabah menghadapi ujian dari Nya.. Aamiin..

     
  69. ayu

    7 November 2012 at 12:41 pm

    mohon share ustaz..

     
  70. wan

    8 November 2012 at 1:26 pm

    As-salam..saya mengalami situasi yang lebih kurang sama. Suami kini asyik bercinta. Pada mulanya saya percaya bila suami kata wanita itu adalah petunjuk dari Allah utknya..dan saya kan lebih bahagia bila menerimanya..disaat saya cuba menerimanya..suami memberitahu dia tidak dapat membahagiakan kedua2nya..takut tidak dpt berlaku adil..Saya kini ditinggal2kan..Apa yang harus saya lakukan ustaz??

     
  71. umie syamimi

    15 November 2012 at 5:39 am

    Alhamdulillah…di saat-saat saya diuji dengan ujian yang sama, saya temui motivasi yang benar-benar mendidik hati dan jiwa. Semoga hati saya dan hati hamba-hamba Allah yang diberi ujian yang sama akan tabah dan tenang..

     
  72. CBungaMawar

    20 November 2012 at 11:38 am

    suami kahwin lain tanpa pengetahuan sejak 2 bulan lalu dgn wanita warga asing diluar negara..peritnya hati bila dpt tahu..setia n jujurnya sy selama 16thn perkhwinan ini dan kepercayaan sy menjaga anak2 dikala suami uruskan bisnis disia2kan..bila ditanya apa kekurangan sy katanya sebab nafsu…bg sy suami bertuhankan nafsu..suami mmg jrg@tidak solat n rumahtangga kami tidak dihidupkan dgn syariat Allah..walaupun suami limpahkan saya dgn kasihsyg n kemewahan…sy sendirian dlm mendidik anak2 3org ke jalan Allah….sy percaya hubungan kami sedang diuji…suami diuji dgn nikmat dunia sy pula diuji dgn derita ini….sy minta dilepaskan namun suami tidak mahu..kini kami umpama retak menanti belah..silapnya saya kerana terlalu menyayangi suami…jika ada jodoh sy mohon lembutkan hati suami untuk kembali mencintai sy kerana mencintai Allah n jika tiada permudahkan bagi saya melupakannya..kini saya ubat duka dihati ini dgn membaca buku2 ustz supaya dpt mendekatkan cinta sy kepada Allah n Rasul melebihi cinta sesama manusia..dan jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiKu…

     
  73. umie syamimi

    22 November 2012 at 12:18 pm

    alangkah baiknya kalau kita ditemukan.. agar kita dapat saling mengenali kerana insan yang melalui ujian yang sama sahaja yang amat memahami. betapa berat mata memandang… berat lagi bahu yang memikul… hanya keyakinan bahawa kita hamba ALLAH, ALLAH pasti tidak akan mengecewakan kita

     
  74. umie syamimi

    22 November 2012 at 4:55 pm

    buat CBungaMawar…
    sama-sama lah kita mencari Cinta Hakiki, kita tinggalkan cinta suami kerana semakin kita kejar…ia semakin lari. Cinta Hakiki milik ALLAH, ia abadi, semakin dikejar IA semakin menghampiri. Cinta suami tidak boleh di bawa ke mati, malah semakin sakit, perit dan seakan mahu menjerit apabila diingati. Kita cari cinta ALLAH kerana IA jaminan kita untuk masuk ke syurga yang kekal dan abadi. Ya ALLAH, Kau berilah kami cintaMU dan berilah kami kasih sayangMU

     
  75. CBungaMawar

    22 November 2012 at 7:00 pm

    Buat umie syamimi,ye hanya yg lalui shj tau btapa pahitnya ujian ini, boleh kita berhubung di noore7372@yahoo.com.

     
  76. nijad

    24 November 2012 at 9:57 pm

    Subhanallah…indahnya derita yang dipapar kan.Namun tak semua isteri dapat melihat dan merasa keindahan itu.. termasuk saya sendiri.

     
  77. natashaizzat

    23 Januari 2013 at 11:55 am

    Mulianya sekeping hati seorang isteri

     
  78. liinsyirah

    26 Januari 2013 at 12:56 pm

    tabahnya wanita ini.apa yg puan ini lalui sama dengan apa yang saya pernah lalui tp apa yg sy lalui lebih dasyat lg.rasanya sukar bagi seorang yg bergelar isteri utk menerimanya.suami puan ni mgkin tidak pernah berzina yg myebabkan dia terpaaksa berkahwin.lain pulak dgn suami sy.kalau nak dikongsikan di sini memanglah tak muat.insyaallah suatu hari nanti sy akan berkongsi apa yg telah sy lalui dlm ruangan ini.setiap ujian yg telah ditimpakan pd kita memanglah kita kena tabah dan kuat sb kita sayang suami kita,anak2 dan rumahtangga yg dibina dengan penuh kasih sayang.betul hanya wanita yg mengalami nasib yg sama aje yg tahu betapa pedih dan pilunya hati bila suami menduakan kita.lebih2 lagi jika kita pernah berkorban utk myelamatkan maruah seseorang.

     
  79. Furnama Sari

    1 Februari 2013 at 12:35 am

    semoga Ar-Rahman Ar-Rahim melimpahkan rahmatNya..

     
  80. Puan Yatie

    3 Februari 2013 at 4:11 pm

    AllahhuAkbar..mohon share Uataz..Terima Kasih..

     
  81. iim

    7 Mac 2013 at 9:13 am

    Assalamualaikum wr,wb. gimana ya caranya kalau mau ngobrol sm ustaz ? sy ingin berkongsi masalah saya .

     
  82. ani

    7 Mac 2013 at 7:32 pm

    Ya…. ALLAH!!… sya sedang diuji… sedang membiasakan diri menyebut bakal isteri suami… REZEKI…

     
  83. Pn Abid

    13 Mac 2013 at 2:57 pm

    Subhanallah…..alhamdulillah…bukan senang utk jd seorg isteri yg begitu memahami dan tabah menghadapi ujian yg in shaa allah…akan menaikkan lagi ketaqwaan dia. Syabas saya ucapkan dan saya doakan yg terbaik utk puan serta keluarga baru puan.Semua yg terjadi ada hikmah..dan bersyukur kerna puan masih punya suami dan saya yakin kasih sayang suami puan akan lbh bertambah. Senyum dan jgn toleh ke belakang dan ucapkan alhamdulillah….in shaa allah…Allah akan berikan hidayah kepada ahli keluarga puan yg lain utk “melihat” dan muhasabah diri sendiri…hidup dan diri kita ini sebenarnya utk siapa dan kepada siapa kita akan dikembalikan…wallahualam..

     
  84. shazlyda

    16 Mac 2013 at 10:52 pm

    Di mana perlu hendak saya mulakan…sy ingin minta pendapat ustaz..walaupun ini kali pertama sy meletakkan diri di laman web ini..belum pun cerita bermula,air mate ini mengalir krn desakan hati untuk mengetahui hakikat kehidupan sy yg sebenar…

     
  85. wan zamnilaila

    2 Mei 2013 at 5:19 pm

    kisah di atas sama dgn saya.usia perkahwinan serta jumlah anak sama.beza suami kahwin tanpa izin.dan saya bekerja.lima hari dia berkahwin baru suami beritahu saya.tiga bulan saya berperang dgn perasaan marah benci ingin berpisah dan macam macam lagi.skrg saya ok sikit sbb dari hati pertama saya terus ingat Allah dgn solat zikir berfikir brmunajat mencari ilmu dan macam2 lagi yg membawa kearah positif.saya masih lagi beramal.betul janji Allah .ingat Allah,Allah ingat hambanya.

     
  86. زاريث صوفيا

    10 Mei 2013 at 4:05 am

    salam ustaz…setiap kali baca tulisan ustaz, saya mesti mengalir air mata..

     
  87. kak yon

    22 Mei 2013 at 12:48 pm

    derita bersuamikan gay…satu dugaan yang tak pernah disangkakan..

     
  88. DERITA DALAM SEPI

    30 Mei 2013 at 2:10 am

    “Bahagia setelah menempuh derita”, kebahagian itu dengan hadirnya allah bersama…tahniah kepada sekeping hati wanita yang tabah dengan ujian..namanya manusia pasti adanya ujian..saya pun sedang di uji..kekadang tenang kekadang melatah juga..ya allah kuatkan iman kami semua…

     
  89. khadijah binti othman

    5 Jun 2013 at 12:25 pm

    Perkongsian rasa dan solusi buat yg lain . apa-apa tindakan atau kpts yg dibuat hdklah dgn redha Allah

     
  90. Basliza

    26 Jun 2013 at 3:50 pm

    tersentuh hati..

     
  91. noni

    2 Julai 2013 at 2:48 pm

    ustaz, malunya saya bila baca tulisan2 ustaz.. malu dgn ujian yg diberiNYA sedikit sj tapi kesedihannya berlarutan.. tak kuatnya saya ini..malu dgn ALLAH..

     
  92. suzi fauzi

    16 Julai 2013 at 8:06 am

    Bg yang berpoligami, jika tiada shoulder to cry, email sy atbsurianimuhammad2004@yahoo.com utk kita berkongsi rasa, insyaAllah

     
  93. suzi fauzi

    16 Julai 2013 at 8:07 am

     
  94. villiah perdes nelson

    17 Julai 2013 at 1:03 pm

    saya nak tempah buku seorang isteri yang diuji.. macam mana cara pembayaran

     
  95. ain

    22 Julai 2013 at 10:49 am

    mohon share ustaz buat panduan hidup sy dl ruangan fb

     
  96. siti

    22 Julai 2013 at 5:26 pm

    Salam…mcmn sy hendak berkongsi masalah sy?

     
  97. norriati aliomar

    26 Julai 2013 at 12:43 am

    sedih pula bc.. tabahnya hat wanita tu, insyaallah semoga Allah sentiasa menggenggam hatinya agar tabah hadapi ujian yg dilalui.. aamiin..

     
  98. Noraini Osman

    26 Julai 2013 at 2:34 pm

    Doa yang terbaik buat wanita itu…semoga di limpahkan kebahagiaan dunia dan akhirat…

     
  99. wani

    31 Julai 2013 at 12:06 pm

    Alhamdullillah……masih ada perempuan yg begitu mulia…….mampukah kita menjadi sepertinya…….benar kata ustaz jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapi semua masalah. Tapi kadang manusia mudah putus asa…..bekalannya dengan membaca quran dan solat mungkin boleh membantu….semoga saya menjadi sepertinya reda dengan segala ketentuan yang Allah berikan…….setiap dugaan pasti ada hikmahnya……amin……

     
  100. wieda

    14 Ogos 2013 at 10:09 am

    ustaz,sy bru shja khilangan bayi kembar 30 hr yg lalu..mreka menggal sebaik sj lahir..sy amat bersedih sebabnya 2tahun yg lalu bru sj saya kehilangan bayi lelaki..dia menggal 13hr selps lahir. .setahun sy hilang arah dan bersedih..apa yg plu sy lakukan..adakh ini balasan ats sebb dosa atau sebaliknya..mohon pnjlsn dr ustaz..

     
  101. saleha

    27 Ogos 2013 at 11:23 pm

    Allah lebin tahu macamana mendidik kita.. ada yg dgn berkongsi kasih akan dapat menemukan cinta Allah… ada yang terpaksa kehilangan cinta makhluk untuk menemukan cinta Ilahi… cinta Allah itu cinta hakiki cinta sejati dan sempurna, cinta yg mendamaikan serta mengasyikkan… Allahu Allah !!!

     
  102. asnimar

    4 September 2013 at 10:31 pm

    assalamualaikum ustaz….saya dari bengkalis, indonesia…. kisah yang ustaz share ini sungguh inspiratif…sebagai
    pencerahan rohani dan semoga dapat kita ambil ibrahnya.

     
  103. sumayyah

    18 September 2013 at 2:29 pm

    MasyaAllah.. sangat tabah wanita ini menempuh kehidupannya. semoga menjadi asbab kepada kebaikan buat kita semua.

     
  104. eila

    28 September 2013 at 11:16 pm

    Alhamdulillah…. sy trut mghadapi suami curang….sy xbrdaya…..siang mlm pg ptg idupnya dgn fb….sy jd dndam dia buat sy cm tggul di rumah.sy di larang bkja,pyh tuk sy dpt kn kperluan sy sndri…..plg truk bl ada pselisihan fhm dia sepak terajang sy….smp ank sy y usia sthun mnjd tkt..mang perit tuk sy hdpi…dia juga slalu mghina sy….

     
  105. Aidah bt Mohmad Talib

    7 Oktober 2013 at 12:54 am

    Assalamualaikum ustaz…saya mohon share penulisan ustaz bagi membangkit semangat wanita di luar sana

     
  106. Rina

    9 Oktober 2013 at 12:43 pm

    Alhamdulillah.. Saya juga sedang diuji.. diuji untuk menerima cinta seorang lelaki yang telah beristeri..

     
  107. syakila

    11 Disember 2013 at 1:23 pm

    setelah gagal dgn perkahwinan pertama dan ujian itu telah berjaya saya lalui dgn rahmat dan kasih sayang Allah…kini saya diuji lagi sekali…saya dah jadi ibu tunggal ..sdg mnjalin cinta dgn seseorg yg bergelar Datuk..datuk tu seorg Duda kematian isteri dan mmpunyai 3 org anak….tp baru2 ni saya dpt tahu dia pun sdg mnjalin cinta dgn wanita lain dan juga ibu tunggal… Ya Allah…nak pecah rasa dada ni…tp dia berjanji akan mengahwini saya…dgn wanita itu dia mmgaku mmpunyai rasa syg juga tp tidak pasti adakah dia akan berkahwin dgn wanita itu…cuma yg pasti dia mmg mahu berkahwin dgn saya…..ape yg perlu sya buat skrg?…sya buntu..kerana sya terlalu sygkannnya…jk sya teruskan hubungan..mungkin sya akan hadapi masalah2 sprti ini…tp bila saya fikir2 balik..mmg lah hidup kita sentiasa di uji…ganjaran dan kebahagiannya adalah di akhirat kelak…

     
  108. mas

    18 Januari 2014 at 10:40 pm

    Coretan ini sangat memberi motivasi dan membantu saya.terima kasih ustaz.dan terima kasih juga kepada wanita ini kerana sudi berkongsi cerita…masyaAllah….sangat kagum dengan ketabahan wanita ini.dan kagum atas keyakinan wanita ini kepada Allah Yang Maha Esa…

     
  109. banun

    1 Februari 2014 at 12:14 am

    Ujian itu hanyalah sementara, namun kemenangan jua akan muncul tiba…

     
  110. nnyana

    9 April 2014 at 2:41 pm

    saya dalam proses untuk melalui ujian yang sama. Sesungguhnya Redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka saya percaya bahawa Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

     
  111. bunga sakura

    18 April 2014 at 12:34 am

    wah, menarik artical nie…,jawapan pada kepastian dan sedikit ketenangan untk diri saya melayari bahtera rumah tangga yang sedang dihimpit sebuah anak kapal untuk berkongsi pada seorang nahoda…,yang agak kurang berkemampuan. Adakah saya perlu memberi keizinan sedang kan dia masih bergantung tali dgn tiang nya…?(tidak berkemampuan dari segi kewangan dan kasih sayang..?)
    Sebab sekarang ini pun dia sudah tidak adil dgn perasaan dan kasih sayangnya pada saya…dia abaikan saya…dan melayan saya seperti musuhnya..sedang kan masih belum bernikah lagi.
    Dan saya tertanya2x apa yg beliau cara. …sedang umur saya baru27tahun…dan 8tahun sudah menikah, mempunyai 3org ank perempuan.
    Dan saya kurang senang bila dia bersuara hendak menikah dgn anak dara berumur 22thn..

    Disini persoalan nya…perlukah saya berikan keizinan tersebut ustaz

     
  112. redha suami

    29 Mei 2014 at 4:23 pm

    salam..ustaz boleh x tinggalkan no telefon kerana sy perlukan khidmat nasihat dari ustaz…

    sekian wassalam…..sy dlm keadaan buntu sekarang niee..

     
  113. mencari redha Allah melalui redha suami

    7 Oktober 2014 at 6:51 pm

    Assalamualaikum
    Sy isteri yg sedang diuji…stiap hari sy akan bc article ni utk mencari kekuatan jiwa..
    Syukur sgt2 sy ke arah menerima bakal madu dgn redha..
    Sy teringin nk jadi setabah isteri dlm article ustaz
    Terima kasih atas segala perkongsian ilmu ustaz
    Islam itu indah

     
  114. ainulsalsabila

    20 Oktober 2014 at 9:49 pm

    Assalam ustaz….
    Syukran di atas coretan yg begitu memberikan saya motivasi dalam mengharungi ujian dr Allah buat saya… Sesungguhnya saya merasakan diri intan terpilih kerana diuji sebegini… Rasa diri tidak mampu untuk mengharungi ujian ini tetapi siapa kita hendak menyangkal ketetapan Allah… Dia Maha Mengetahui segalanya… Sedang menuju kearh redho dengan taqdir yang ditentukan ini selepas 7 bulan menangis… Terlalu memikirkan masa depan saya dan anak2 sehingga alpa bahawa jodoh,ajal,maut dan rezeki telah ditetapkan Allah… Cuba menerima ini semua sebagai tanda kasih dan sayang Allah pada saya.. Syukur alhamdulillah kerana allah menegur saya dlm bentuk ini… Ingatlah bahawa semua ini hanya pinjaman semata2…

     
  115. JAWATAN KOSONG TERBARU

    2 November 2014 at 2:44 pm

    Kalau akulah yang jadi mcm kau wahai ISTERI SOLEHAH…aku akan berdiam diri kerana apa yang dilakukan adalah dengan kerelaan kita…mereka ipar ruai dan selain kita takde hak untuk menentukan hak kita…InsyaAllah semoga syurga sentiasa menantimu…

     
  116. shareena

    4 November 2014 at 4:52 am

    terima kasih ustaz.. terkesan…suka dengar dan baca perkongsian ustaz

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,255 other followers

%d bloggers like this: