RSS

CUKUP HANYA SEKALI!

15 Ogo

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya. “Apabila saya meletakkan kata-kata ini dalam FB saya, ada yang bertanya samada secara terus atau melalui sms, bagaimana jika kita sudah dianiaya oleh orang yang sama berulangkali. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya?

Soalan yang sukar dijawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Maklum sahaja, akal dan rasa hati kita masih tidak kebal daripada bujukan nafsu dan tipu daya syaitan. Kita manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, kekurangan dan kelemahan itu pun hakikatnya suatu kelebihan dan kekuatan jika kita mahu belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

Tidak ada jalan keluar, melainkan kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah selalu. Agar Allah pandu dan pacu hati kita ke arah kebenaran. Dan jika tersalah juga, mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita untuk bertaubat. Kita mesti bergaul dengan manusia yang berbagai ragamnya ini. Kita mesti sabar dengan karenah mereka sepertimana mereka pun bersabar dengan karenah kita.

Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya.

Pegang prinsip ini  selalu…  jangan cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah pada ‘Penggeraknya’. InsyaAllah, jika itu yang tersemat di hati, akan redalah sedikit kemarahan, akan teduh sementara  jiwa yang bergoncang. Jika kita sudah sayang kepada Pencipta, tentu kita akan sayang segala ciptaanNya. Majnun akan terasa indah, sekalipun hanya dengan melihat bumbung rumah Laila. Dia tahu, Laila kekasihnya sedang berada di bawah bumbung itu…

Salam buat semua yang berada di akhir Ramadan ini. Semoga kita terus bersama Roh Ramadan yang sentiasa  menyala di hati kita buat menyuluh seluruh dan sepenuh kehidupan dunia yang penuh ujian ini. Dalam kegelapan fitnah akhir zaman kita mengharapkan akan sentiasa ada ‘Lailatul Qadar’ yang membawa sinar iman dan taqwa di hati kita. Biarlah zaman gelap, jangan digelapkan lagi oleh dosa-dosa kita. Biarlah malam-malam kita… sentiasa ditemani oleh iman kepada ‘Pencipta Lailatul Qadar’ itu. Jika demikian, ya Allah… setiap malam adalah Malam Al Qadar!

Untuk mereka yang bertanya, ku gagahi jua menulis, cuma sekadarnya...

CUKUP HANYA SEKALI!    

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!”  Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita. InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat.

Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri. Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik-baik. InsyaAllah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa AS melalui seekor bangkai kambing bersama-sama para pengikutnya. Ketika para pengikutnya, memalingkan muka dan menutup hidup kerana jijik dan terhidu bau busuk, Nabi Isa sebaliknya berkata, “aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih.”

Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup? Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian.  Dan bagaimana kita melihat akan sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya. Ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris, “ what you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat.”

Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang, bermulalah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat apa yang baik-baik daripada jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukum’nya awal-awal lagi. Itulah préjudis. Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin. Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas.

Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang yang bijak pandai. Kekadang, belum pun mula berkenalan, apalagi bercakap-cakap… baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum orang lain dengan ‘fail’ lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yang kita telah kita perbaiki berkali-kali?

Ya Allah, jahatnya hati kita. Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan? Dengan ilmu dan maklumat yang sangat terbatas kita berani melampaui batas seorang hamba Allah, yang kaya dengan kelemahan dan kejahilan. Tuhan yang Maha Sempurna itupun pun tidak kejam. Allah Maha Adil, Maha Sayang… sentiasa membuka ruang untuk hambaNya memperbaiki diri dan membuka ‘fail’ baru. Bukankah selepas Ramadan yang Mubarak, Haji yang Mabrur… seseorang dijanjikan bersih dari segala dosanya yang lampau lalu menjadikannya seperti seorang  bayi yang baru dilahirkan?

Justeru, Allah SWT dengan tegas melarang kita bersangka buruk sesama manusia.  Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

Ada orang yang sering mengeluh, malah mengutuk nasib dirinya yang malang, “mengapa yang buruk-buruk, sedih, gagal dan malang sering menimpa hidupku?” Lalu sibuklah dia menyalahkan sipolan dan sipolan, itu dan ini… semuanya tidak kena. Padahal, yang tidak kena itu acap kali dirinya sendiri. Dia yang memandang gelap, buruk dan busuk dalam hidup… lalu dia terpaksa menuai apa yang disemai!

Saya teringat satu cerita lucu bagaimana seorang perompak yang telah merompak  sebuah rumah. Kejadian itu disedari oleh tuan punya rumah yang tidur di tingkat atas. Walaupun begitu dia tidak berani melawan kerana perompak itu bersenjata. Cuma sebelum perompak itu keluar dengan barang-barang rompakannya, tuan rumah berkata, “ sebelum kamu pergi jenguklah isteri saya yang berada di tingkat  atas… dia telah menunggu kamu selama 15 Tahun.”

Apa maksudnya lelaki itu? Maksud lelaki itu, selama 15 tahun isterinya dalam keadaan bimbang, takut dan sentiasa bersangka buruk yang rumah mereka akan dirompak. Dan kali ini apa yang disangkanya itu telah benar-benar telah terjadi. Ya, walaupun itu sekadar sebuah cerita… tetapi realitinya memang berlaku dalam hidup ini.

Allah mengingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi: “Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).”

Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan. Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil, ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.

Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.

Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang  sama dua kali atau berkali-kali. Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”

About these ads
 
28 Komen

Posted by di 15 Ogos 2012 in Tarbiyah

 

Label: , , ,

28 responses to “CUKUP HANYA SEKALI!

  1. aishah

    15 Ogos 2012 at 8:47 am

    Alhamdullillah, ingatan buat saya di akhir ramadhan ini. Betullah, kita akan mendapat peringatan dari alam-sekeliling, dan saya rasa amat bersyukur diberi peringatan ini di kala diri ini sedang menghadapi situasi ini di saat ini. Cuba & sedang berusaha utk membuang sikap ini dalam diri yg kerdil ini. Semuga Allah akan sentiasa memberi petunjuk sebegini utk terus memperbaiki diri menjadi insan yg terlebih baik dari semalam & hari2 sebelumnya. Alhamdullillah.

     
  2. aishah

    15 Ogos 2012 at 8:49 am

    Saya minta kebenaran utk dicopy-paste kan ke blog saya, supaya senang utk saya mengingatkan diri sini. Terima kasih.

     
  3. Norhaniza

    15 Ogos 2012 at 9:13 am

    Salam ustaz,
    saya mohon untuk dikongsi di blog dan fb.
    Terima kasih.

     
  4. fafa_haha

    15 Ogos 2012 at 9:18 am

    terbaik!! TQ for sharing. I am really mad at someone. Then I realize that I shouldn’t. :)

    ” jangan cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah pada ‘Penggeraknya’ “

     
  5. SYEDHAFIZ

    15 Ogos 2012 at 10:28 am

    ”berhati-hati menjaga hati”..

     
  6. nani

    15 Ogos 2012 at 12:35 pm

    Assalamualaikum Ustaz, saya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kesempatan masa untuk mendengar majlis ilmu ustaz setiap hari Isnin petang di radio IKIM dan pembacaan ilmu rohaniah di laman web ini. Kadangkala, pengalaman dapat mematangkan fikiran dan mengajar kita apakah nilai hidup yang patut diikuti supaya selari dengan asas pergaulan islam yang menekankan sifat kasih sayang, hormat menghormati dan amar makruf nahi mungkar. Jika pilihan kita yang baik, maka terhasilah yang baik-baik juga. Jika tersalah pilih nilai hidup akibat terlalu berhati-hati kerana mungkin gusar dianiaya, dimalukan, dibebankan dengan kerja yang banyak, kita akan menjadi seorang yang defensive dan mementingkan diri yang akhirnya menghapuskan nilai-nilai positif yang ada. Betul kata ustaz, kita perlu seimbangkan sangka baik itu dengan sikap berhati-hati namun harus sentiasa memohon kepada Allah agar ditetapkan hati agar tidak dikotori dengan sifat-sifat mazmumah sepanjang percakapan dan pergaulan kita sehari-hari.. :)

     
  7. Ita..

    15 Ogos 2012 at 12:47 pm

    ita
    minta izin saya share pada yang lain ye ustaz..tq

     
  8. wawa

    15 Ogos 2012 at 1:50 pm

    Terima kasih.saya betul2 didalam dilema ini..alhamdulillah saya dah jumpa ape y perlu saya lakukan. :-)

     
  9. Syamsul Amri A Razak

    15 Ogos 2012 at 6:58 pm

    JazakaAllah ustaz atas perkongsian. Spt yg ust pernah sarankan agar Selalu Lihat Sesuatu Dgn Pandangan Ilahi Nescaya Tiada Yg Tidak Sempurna.

     
  10. cili padi

    16 Ogos 2012 at 4:24 am

    Asm,seperti kebiasaan seolah-olah ada pertalian saya dgn blog Protaz ini,dalam pada saya tercari ‘islamic perspectives’ tentang isu yang mengganggu saya Ramadhan ini,Protaz poskan penulisan ini…benar2 tepat.Melarang prasangka tetapi tetap berhati-hati dengan insan di sekeliling…hablumminannas…Saya lawan prasangka buruk dengan anggapan bahawa apa2 yg buruk itu datangnya dr insan yang ‘tidak tahu’ atau ‘tidak sihat’…jadi mereka perlu dibantu untuk dapatkan ilmu atau rawatan mengikut keperluan masing2.Berhati-hati pula dengan insan yang tidak ada salah satu alasan ini…Terima kasih Protaz…lebih teruja nak balik kg beraya bila ada pencerahan begini.

     
  11. gentarasa

    16 Ogos 2012 at 7:14 am

    Assalam,
    InsyaAllah, dalam perjalanan… jaga iman dan jaga keselamatan. Semoga diberkati Allah. Amin.

     
  12. adzhamizan

    16 Ogos 2012 at 10:26 am

    Alhamdulillah, terima kasih ustaz. Semoga saya tabah menghadapi ragam org yg sama berulangkali.

     
  13. msyukor

    16 Ogos 2012 at 2:02 pm

    Allah! Seperti biasa Ustaz Pahrol selalu menyampaikan yang terbaik. Semoga Allah merahmatinya. : )

     
  14. MAH

    17 Ogos 2012 at 4:17 pm

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Contoh saya bersangka baik terhadap perempuan yang tidak bertudung:

    1. Jika sudah berkahwin, tidak mendapat keizinan suami. Sebab satu lagi sama untuk anak
    dara iaitu tempat kerja tidak benarkan (biasanya swasta).

    2. Tergolong dalam mereka yang gatal-gatal kepala jika bertudung

    3. Barangkali ada anak dara yang tidak bertudung tak mahu hati ibunya yang tidak bertudung
    terdetik

    4. Di dalam negara bertudung tapi pergi luar negara buka tudung sebab nak elak dari dipinggirkan
    barangkali ( atau rasa malu, contoh di pejabat saya bila tengok gambar dia ketika berkursus)

     
  15. siti nahar

    17 Ogos 2012 at 10:01 pm

    Alhamdulillah….
    Best ustaz,trima ksh tazkirah ini…salam aidilfitri…maaf zahir dn batin..

     
  16. maisilu

    18 Ogos 2012 at 2:31 am

    Salam ustaz. terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna di kala hati ini sukar untuk memaafkan orang lain. terima kasih sekali lagi atas kesedaran…

     
  17. terasa

    18 Ogos 2012 at 6:05 am

    Terima kasih ustaz.

     
  18. IQhalifah

    26 Ogos 2012 at 11:52 pm

    Terima kasih ustaz atas Ilmu yang Di kongsi… Akan menjadi Pedoman semoga kita menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik Dari hari semalam …. Terima kasih ustaz

     
  19. damza

    28 Ogos 2012 at 10:24 am

    salm ustz..sungguh indah tiap kata kata ustz..Alhamdulillah sedikit sbnyk nasihat kata kata akan jadi perangsang untuk saya tempuhi dalm kehidupan yang sangat mencabar…berusha untuk jadi yang terbaik untuk diri saya dengan redho Allah swt~ mudah mudahan diri saya,ustaz dan seluruh umat islam sentiasa dalam pelukan Allah~amin..tolang doakan sy ustaz~

     
  20. fasha

    28 Ogos 2012 at 11:10 am

    Saya minta kebenaran utk dicopy-paste kan ke blog saya, supaya senang utk saya mengingatkan diri sini. Terima kasih.

     
  21. Azila96

    28 Ogos 2012 at 1:12 pm

    Assalam.t.ksh ustaz atas penulisan ini.Hati kadang kala berkira2 membuat kebaikan pada manusia yang membuat kejahatan pada kita.Meskipun diri ini selalu memujuk hati.Buatlah kebaikan kerana Allah.Sesungguhnya Allah tahu menakluki hati manusia, setiap kebaikan itu ada nilai disisi Allah dan setiap kebaikan adalah penawar pada hati yg disakiti. Lakukan dan terus melakukan kebaikan, selagi ada nafas, selagi darah masih mengalir dan selagi ada kehidupan kerna kita ada Allah dalam setiap detik hembusan nafas, setiap titisan darah. w’alam

     
  22. Ayu

    28 Ogos 2012 at 9:16 pm

    Mohon perkongsian, ustaz…. tersangat-sangat terima kasih …………

     
  23. mazmy

    3 September 2012 at 4:19 pm

    Salam,

    Pengalaman juga mendidik jiwa agar lebih berhati-hati dengan manusia lain. Hanya satu saja yang saya pegang. Hanya manusia yang pelihara solat dan imannya sahaja senentiasa berkata baik dan jujur.

     
  24. nurazmin yahya

    21 September 2012 at 2:40 pm

    Adakala sangkaan baik pada seseorang itu tergelincir ustaz bila berlaku kejadian yg tdk dsangka…bagaimana utk kita tetapkan hati ini ustaz…terima kasih ustaz atas segala tulisan yg mmg sntiasa mmberi kesan baik pd diri ini

     
  25. yuichan

    12 Oktober 2012 at 3:48 pm

    mohon copy dlm fb….time kasih…=)

     
  26. Honey Solehah

    8 November 2012 at 3:33 am

    May Allah grant u His Jannatul Firdaus….aameen :)

     
  27. aidah

    2 Disember 2012 at 5:40 am

    Aku cuma berhati-hati…supaya tidak masuk lubang yang sama utk kedua kali atau berkali-kali

     
  28. nurainsyahirah

    14 Disember 2012 at 9:40 pm

    Reblogged this on Pengembaraan Musafirah .

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,256 other followers

%d bloggers like this: