RSS

UJIAN CINTA…

29 Ogo

Urutannya tidak seperti biasa. Kali ini agak perlahan dan kurang bermaya. Sambil mengurut, dia bercerita. Cerita sedih yang dialaminya menjelang Hari Raya. “Wak” begitulah panggilan mesra saya kepadanya. Dia seorang pendatang dari negara seberang yang bekerja sebagai buruh binaan di projek perumahan berhampiran dengan rumah saya.

“Saya tidak sangka ustaz, isteri saya buat begini…” katanya sambil mengurut tangan kanan saya. Saya mula mengenali Wak sejak anak lelaki saya tergeliat kakinya dan kami sama-sama mencari tukang urut. Kami temui Wak melalui perbualan dengan seorang kawan tentang adanya seorang tukang urut yang ‘handal’ di pinggir taman tempat kami tinggal. Sejak hari itu, dia akan datang mengurut secara tetap sebulan sekali di rumah saya. Kadangkala bukan kerana sakit, tetapi hanya untuk mengekalkan hubungan saudara seagama.

“Hampir sepuluh tahun saya bekerja di sini, hampir semua hasil pendapatan saya kirimkan kepadanya. Ustaz pun lihat betapa saya begitu berjimat kerana hendak menyenangkan hidup isteri di kampung.”

“Wak memang suami yang setia…” balas saya.

“Malangnya, isteri saya tidak ustaz. Saya dikhianati!”

Setelah sepuluh tahun bekerja di Malaysia, Wak tekad untuk membawa isterinya hidup bersama diperantauan. Biar susah senang, hidup bersama. Begitu azam Wak. Lalu dia bekerja lebih keras lagi, mengumpul wang untuk mendapat visa, tambang dan segala prasarana buat isteri tinggal bersama di Malaysia. Disediakannya bilik dan segala peralatan yang perlu di celah-celah rumah kongsi di tepi tapak projek perumahan dia bekerja. Wak impikan isteri menjadi ‘ratu’ penghias istana hatinya!

Akhirnya Wak berjaya membawa isterinya ke Malaysia. Betapa gembiranya dia saat itu dapat saya rasakan semasa dia mengurut saya sebaik sahaja pulang daripada ‘mengambil’ isterinya.

“Isteri saya sudah di rumah sekarang. Bulan hadapan dia akan mula bekerja.”

“Tahniah Wak,” kata saya sambil merenung matanya yang bersinar. Bayangkan selama sepuluh tahun berjauhan (pulang hanya sekali setahun), kini Wak tinggal bersama isteri. Biarlah bilik di rumah kongsi itu sempit, tetapi bagi Wak, dapat bersama isteri itupun sudah satu kelapangan.

Namun sayang, hanya 6 bulan kemudian… Menjelang Hari raya…

“Dia lari ikut lelaki lain ustaz. Saya ditinggalkan. Saya dapat tahu juga semua harta yang saya belikan untuknya di kampung halaman kami pun turut dijualnya. Saya kosong ustaz. Hati saya kosong, harta saya kosong,” luah Wak hampir menangis.

Spontan tangan saya memegang tangannya. Saya pegang dan genggam erat tangannya. Saya terlupa bahawa saya masih diurut.

“Wak… Allah ada, akhirat ada.”

Itu sahaja yang dapat saya katakan. Saya juga kehilangan kata-kata.

“Ustaz, saya tak layak bersamanya… Saya tak segak. Saya tak kaya. Saya hanya buruh.”

“Tidak Wak. Bukan Wak yang tidak layak dengannya tetapi dia yang tidak layak untuk Wak!” jawab saya tegas. Mata Wak yang redup saya renung. Kulit tangannya yang kasar dan lengannya yang calar balar kerana bekerja keras itu saya pegang. Terasa dia seperti adik sendiri. Ya Allah, berikan ketabahan buat hamba-Mu yang satu ini.

Bukan sehari dua saya mengenal Wak. Dia kuat berpegang kepada agama. Dia tidak merokok, berjudi, minum arak jauh sekali. Solat dan puasanya dijaga. Walaupun dia tinggal bersama kawan-kawan yang berbagai-bagai ragam, di tempat yang terdedah dengan pelbagai kejahatan dan maksiat… tetapi Wak ada ‘class’ tersendiri. Dia umpama permata di celahan kaca. Jangkamasa sejam, kadangkala sampai mencecah dua jam, sepanjang mengurut saya sering dipenuhi oleh ‘diskusi’ agama. Saya dapat banyak maklumat dan ilmu tentang Islam di kampung halamannya.

Wak juga sebenarnya pelajar ‘separuh jalan’ pesantren (semaam pondok agama) di kampungnya. Kesempitan hidup ditambah kedua orang tuanya yang tidak mampu bekerja lagi menyebabkan Wak merantau ke Malaysia. Dia ‘talian hayat’ untuk membantu keluarganya yang melarat.  Bayangkan, dengan rezeki hasil membanting tulang empat keratnya, akhirnya dia bukan sahaja dapat membina rumah untuk orang tuanya tetapi dapat menghantar ayahnya mengerjakan haji.

“Wak ingat cita-cita Wak yang pernah Wak ceritakan pada saya?” kata saya memecah kesunyian akibat melayan fikiran dan lamunan maing-masing.

“Ingat ustaz, saya ingin menunaikan haji!”

“Ya, inilah masanya. Sekarang Wak hanya ada satu cita-cita sahaja… pergi haji. Pergi menuju Allah,” giat saya bersemangat.

“Wak, Allah sedang uji Wak… Uji cinta namanya,” tambah saya lagi.

“Ah, ustaz… saya sudah tua. Cinta bukan untuk saya lagi,” kata Wak tersenyum. Gembira hati saya melihat dia senyum, walaupun saya percaya itu susah sungguh. Tetapi bagi saya itulah senyum yang paling mahal… senyum ketika diasak kesedihan. Kulit pipi Wak yang kering kerana sentiasa dipanah sinar matahari sewaktu bekerja itu nampak berseri.

“Allah putuskan cinta Wak dengan isteri untuk Wak menyambung cinta dengan Allah.”

“Ustaz, saya tak pernah salahkan Tuhan atas apa yang menimpa saya ini. Saya sabar ustaz. Mesti ada yang baik-baik, yang belum saya ketahui di sebalik yang pahit-pahit ini.”

“InsyaAllah, Wak. Kita yakin Tuhan tidak menzalimi kita. Tetapi Tuhan sedang dan sentiasa mendidik kita. Kita usaha jadi orang baik Wak, insyaAllah orang yang baik-baik akan menjadi pendamping kita. Nak jadi baik, susah… nak dapat yang baik pun susah…perlu diuji.”

“Itulah ustaz, ada kawan-kawan saya datang mengapi-apikan saya…”

“Apa mereka kata Wak?”

“Mereka cadangkan saya bertindak. Cari lelaki dan isteri saya dan hukum atas kecurangan itu.”

“Apa kata Wak?”

“Bukan mudah mencari mereka. Malaysia luas. Masa dan pergerakan saya terbatas. Kerja saya banyak. Lagipun, ibu saya di kampung sakit… perlu biaya. Saya perlu terus bekerja. Kalau saya caripun, jika dapat, tapi kalau hati dia sudah tidak suka pada saya, apa gunanya? Saya sudah banyak kehilangan masa, harta disebabkan dia. Biarlah ustaz.”

“Wak, dia tidak layak buat Wak. Sekarang tekad, pertama cinta Allah. Kedua, cinta ibu-bapa. Kumpul duit untuk dua perkara itu saaja. Satu, untuk pergi haji. Kedua, untuk biaya berbakti buat orang tua. Jaga Allah Wak, nanti Allah jaga kita…” kata saya memberi semangat. Jauh di lubuk hati saya, saya berharap akan ada orang yang akan berkata begitu apabila saat saya diuji. Saat itu pasti tiba, kerana hidup memang untuk diuji.

“Apa doa atau bacaan untuk tenangkan hati ustaz?”

“Wak jaga solat. Kemudian, kuatkan doa. Doa pertama, minta supaya Allah beri kecintaanNya. Kedua, minta Allah berikan cinta orang yang menyintaiNYa. Dan ketiga, minta diberi segala jalan dan perbuatan yang boleh membawa kepada kecintaanNya. Pokok pangkalnya ini semua doa cintalah Wak!”

Wak termenung. Diam. Tetapi wajahnya tidak semuram sebelumnya.

“Wak, luka hati ini mengambil masa sedikit… tetapi saya yakin Wak akan sembuh dengan cepat.  Bila susah, datang rumah ni. Saya nak urut lagi. Kerja pun satu cara penyembuhan. Bila sibuk kerja, tak sempat rasa sedih.”

“Betul ustaz. Saya urut badan, ustaz urut hati saya…”

Saya senyum. Tetapi di dalam hati diterjah satu pertanyaan. Saya? Siapa pula yang urut hati saya apabila diuji? Justeru, bukan sahaja Wak yang telah diuji. Kita semua pasti diuji… ujian cinta!

 

 

 

About these ads
 
76 Komen

Posted by di 29 Ogos 2012 in Uncategorized

 

Label: , , , ,

76 responses to “UJIAN CINTA…

  1. nizza

    29 Ogos 2012 at 10:11 pm

    Alhamdulillah…cinta saya juga sedang diuji….dan yang pastinya memang kita hidup untuk diuji….terima dan pasrah dengan ketentuan yang Maha Esa ini…semoga Allah memberi jalan yang terbaik untuk saya….terima kasih ustaz untuk post yg istimewa ini…

     
  2. Hafizul Faiz

    29 Ogos 2012 at 10:15 pm

    Subhanallah ustaz. Saya benar-benar terkesan dengan kisah ini. Semoga Wak mendapat sinar kebahagiaan semula. Nasihat saya kepada Wak, apabila si ulat berfikir bahawa dia sudah malang dan tidak mahu hidup lagi, dia sudah pun menjadi rama-rama. Begitulah… apabila kita fikir kita sudah kecewa dan seolah-olah tidak mahu hidup lagi, kita sebenarnya sudah bahagia.

    Kita semua diuji dengan ujian cinta bukan?

     
  3. Aishah

    30 Ogos 2012 at 5:07 am

    orang yang bercinta sering diuji. Hatta untuk mencintai Allah juga, penuh onak dan duri…kekuatan dan kesungguhan untuk mencapai cinta itu yang perlu ada…semoga Wak itu kan mendapat cinta yang Hakiki….terima kasih ustaz, atas perkongsian kisah sadis ini.

     
  4. akuhamba

    30 Ogos 2012 at 7:24 am

    Salam ustaz..jazakallah kerana disaat saya diuji dngan ujian cinta manusia artikel ini hadir untuk mgurut hati saya yang terluka..semoga Allah menghadirkan saya seorang hamba yang mncintaiNYA untuk menyayangi saya kerana menyayangiNYA..

     
  5. maryam

    30 Ogos 2012 at 7:34 am

    Salam ustaz..jazakallah ustaz kerana disaat saya diuji dengan ujian cinta manusia,artikel ustaz hadir mengurut luka hati saya.semoga ALLAH terus mmberi kekuatan untuk saya terus berdamping denganNYA dan semga ALLAH menghadirkan untuk saya hamba yang mencintaiNYA untuk menyaysngi saya

     
  6. Mohd Bazly Said

    30 Ogos 2012 at 7:34 am

    Alhamdulillah…

     
  7. NM

    30 Ogos 2012 at 8:08 am

    Maaf Ustaz, cinta pertama untuk Allah….cinta kedua untuk Rasulullah….cinta ketiga untk ibubapa bagi lelaki….untuk suami bagi perempaun….

     
  8. Norbaiti Ridzuan

    30 Ogos 2012 at 8:10 am

    Assallammualaikum ustaz, saya juga sedang diuji. Pemergian ayah, adik-adik yang sakit dan kini berhadapan dgn masalah suami dan ipar duai.. Hanya Allah yang saya ada skrg. Alhamdulillah… Disini, saya dah jumpa ubat untuk hati saya… Terima Kasih ustaz.. Moga Allah merahmati ustaz sekeluarga. (P/S : Seronok melihat perubahan ibu skrg setelah menghadiri kursus Solat OK, Solat Tak OK, Puasa OK, Puasa Tak OK. Hidupnya kembali tenang.. Terima kasih lagi sekali Ustaz.)

     
  9. Nurul

    30 Ogos 2012 at 8:59 am

    Melalui ujian cinta memat berat buat saya, bacaan2 ilamiah seperti ini saya perlukan bagi mengisi ruang masa dan santapan hati saya….Terima kasih ustaz…

     
  10. abufathi83

    30 Ogos 2012 at 9:13 am

    Salam Ustaz, syukran di atas perkongsiannya. Amat terkesan di hati ini. Sesungguhnya setiap insan pasti diuji oleh Allah. Semoga kita semua mendapat ketetapan di hati & keredhaan dari Allah. Amin Ya Rabb!

     
  11. sally

    30 Ogos 2012 at 9:15 am

    Assalamualaikum Ustaz, Artikel ini dapat merawat kelukaan hati saya yang sedang diuji Nya. Benar kata ustaz, mungkin dia bukan sesuai menjadi cinta kita…Allah akan menggantikan yang lebih baik nnt, InsyaAllah

     
  12. Ummu Ammar

    30 Ogos 2012 at 9:19 am

    Terima kasih ustaz.. :) mencintai, apatah lagi apabila bertekad kerana Allah akan didatangkan ujian yang banyak..Kerana cinta Allah itu mahal harganya, perlu pengorbanan yang bukan sedikit..Hati akan diuji berkali-kali, sehingga beroleh imunisasi menghadapinya…Sehingga cinta Allah memenuhi ruang hati, tiada lagi yang dapat menggugat kebahagiaan hati kita..
    InsyaAllah, saya masih lagi bermujahadah..Dunia dan nafsu banyak mengganggu, tapi pertolongan dan kekuatan dari Allah selalu saya pinta…
    Ustaz orang baik2, selalu dikelilingi mereka yang baik2..saya doakan ustaz perolehi taman syurga dalam hati :D

     
  13. muhamadsyarif@royritchel

    30 Ogos 2012 at 9:37 am

    cinta adalah anugerah…dari Allah S.W.T,..

     
  14. Noorasyikin bt. Othman

    30 Ogos 2012 at 9:44 am

    Assalammualaikum..ustaz.
    Subhanallah..Alhamdulillah..semoga Wak mendapat sinar baru dlm menjalani kehidupan. Semoga kita sama2 tabah menghadapi ujian dari Allah S.W.T. Terima kasih ustaz untuk post ini.

     
  15. Yusoff Nor

    30 Ogos 2012 at 10:08 am

    ya ALLAH teguhkanlah keimanan wak dan kami semua dalam menghadapi ujian dari MU…kami hamba yang lemah tak terdaya hadapi semua melainkan dengan rahmat MU.. ya ALLAH..

     
  16. solehah

    30 Ogos 2012 at 10:12 am

    terima kasih atas perkongsian. akan ku cuba menjadi insan tabah pabila diuji. insyaallah

     
  17. nur islam

    30 Ogos 2012 at 10:33 am

    hanya cinta kepada Allah sahaja yang kekal abadi..Semoga rasa cinta kepada Allah ini senantiasa kekal mekar abadi di dalam sanubari kita..i love Allah..

     
  18. muhamadsyarif

    30 Ogos 2012 at 11:11 am

    ustaz KURSUS MUKMIN PROFESIONAL bila nak melawat orang sabah,..

     
  19. Eiy Ismail

    30 Ogos 2012 at 12:12 pm

    apa pun yang berlaku dalam kehidupan ini..kembali la kepada Allah..dan yang sepatutnya hendaklah sentiasa mengingatiNYA..duduk mahupun berdiri hatta terbaring..bila tiba saatnya..kita semua tetap akan kembali pada Allah ..wa ilahi turjaunn..teringat saya peristiwa di gua hira’..
    Rasululluh pernah berkata kepada sahabatnya Abu Bakar Assiddiq..jangan bersedih..Allah bersama dengan kita..dan kata2 ini telah dirakam dan tercatat di dalam AlQuran..

    Ya, hidup sentiasa diuji setiap detik dan setiap nafas..kerana Allah mahu kita sentiasa mengingatinya..yang penting kita mesti tahu dan ingat..Allah cipta kita untuk apa..untuk DIRINYA..
    setiap makhluk dilangit dan di bumi sentiasa bertasbih memuji Allah tanpa henti..

    bezanya kita dengan makhluk lain diberi AKAL..dan amanah sebagai KHALIFAH bumi..apa pun..hiduplah kerana Allah..wahullah hu Alam..

    p.s:maaf, saya hanya insan kerdil..menaip apa yg terlintas di hati..dan fikiran..niat hanya sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman

     
  20. harith

    30 Ogos 2012 at 12:17 pm

    ..takut dengan ujian yang Allah …

     
  21. khal

    30 Ogos 2012 at 12:45 pm

    Alhamdulillah

     
  22. shaz

    30 Ogos 2012 at 2:19 pm

    terima kasih ustaz atas perkongsian artikel ini…sesungguhnya artikel ini memberikan saya kekuatan saat diuji ketika ini..

     
  23. Syamsul Amri A Razak

    30 Ogos 2012 at 4:00 pm

    JazakaALLAH ust atas tulisan dan perkongsian. Mampu melihat sesuatu dgn pandangan Pencipta (dan bukan pandangan yg dicipta/makhluk) merupakan satu nikmat..

     
  24. Izz

    30 Ogos 2012 at 4:03 pm

    Assalamualaikum Ustaz, pernah berada ditempat yang sama dengan wak, benar hanya masa bisa mengubati luka ini.sebenarnya disaat kita dikhianati, Allah telah “flush out” mereka dari hidup kita…saya sangat-sangat bersetuju dengan ustaz..hanya cinta ALLAH kekal abadi…Tulisan-tulisan ustaz juga telah banyak memberi semangat untuk saya bangun dan terus berlari tanpa menoleh lagi kebelakang…Semoga Wak terus tabah dan semoga tuhan merahmati ustaz dan keluarga.

     
  25. Aneeqa

    30 Ogos 2012 at 7:37 pm

    Assalam,

    Semuga dalam limpahan rahmat Allah.

    Jazakaullah atas pengkongsian ini.

     
  26. mohammad thohir

    31 Ogos 2012 at 8:04 am

    subhanallah! ini dia kisah iman…luar biasa. iman yg sedang di uji..sebelum d uji semua orang merasa telah beriman..tapi kisah ‘wak’ ini sungguh mengharukan..tq uztaz!

     
  27. adawiahhosni

    31 Ogos 2012 at 12:51 pm

    Reblogged this on bersamadakwah.

     
  28. Wan Zayuhisham

    31 Ogos 2012 at 5:06 pm

    HIDUP UNTUK SELESAIKAN MASALAH YANG BERUPA UJIAN KETAATAN KITA PADA-NYA.

     
  29. wanzafalis

    31 Ogos 2012 at 5:39 pm

    Terima kasih ustaz..membaca pos ini menjadikan hati ini semakin kuat dalam menempuh segala dugaan, insyaAllah…

     
  30. Atmarasa

    31 Ogos 2012 at 6:21 pm

    Terima kasih Ustaz, saya juga berharap agar saya dapat mengingati bait-bait ini saat diuji. Akhir-akhir ini apabila berdepan dengan karenah manusia, saya selalu teringat kata-kata Ustaz, ‘jangan cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah pada ‘Penggeraknya’ kerana bila kita mencintai Penciptanya kita akan sayang dengan apa jua ciptaanNya. Saya cuba benar-benar sematkan kata-kata ini di hati, agar ianya sebati di dalam diri dan menjadi azimat dalam saya mengharungi hidup ini.Terima kasih Ustaz, blog ini banyak membantu dalam memandu diri saya kepadaNya Yang Maha Esa.

     
  31. ismalina

    31 Ogos 2012 at 10:07 pm

    syukran atas pengisian jiwa yang bermakna

     
  32. hidayah

    1 September 2012 at 8:30 am

    “Allah putuskan cinta Wak dengan isteri untuk Wak menyambung cinta dengan Allah.”… sgt terkesan ayatnye.. Subhanalallah.. marilah kite semua “PERGI MENUJU ALLAH”.. Ameen.. We’re nothing without Allah

     
  33. Puan J

    1 September 2012 at 10:07 am

    Terurut hari saya yang sedang diuji sekarang dengan artikel ini, semuga akan hilang bengkak mata dan bengkak hati ini…

    Terima kasih ustaz dan wak…

     
  34. Hairul

    1 September 2012 at 10:50 am

    Ustaz menulis dari hati. Kerna itulah, ianya jatuh dan masuk ke lubuk hati saya. Berbanyak terima kasih ustaz…

     
  35. Norfatihah binti Yahya

    1 September 2012 at 11:06 am

    rasa sebak sangat bila baca cerita Wak..sesungguhnya ujian yang diberikan mempuntai hikmahnya yang tersendiri..tahniah kepada Wak sebab mampu menghadapinya dengan tabah..semoga kita juga kuat seperti Wak..thanks to Allah because of the love that He gives to us..

     
  36. layyinul harir

    2 September 2012 at 1:45 am

    Kisah wak menyentuh hati saya, kerana saya juga diuji dgn cinta. Memang pahit bila dikecewakan, sukar sungguh menelan kepahitan itu meskipun diasak dgn airmata yg disangka mampu melenyapkannya. Bila terjumpa cinta baru hati kembali menaruh harapan, agar mimpi ngeri semlm tidak berulang lagi namun sekali lagi diri terasa tidak dihargai…..jiwa kosong dan mnderita. Mengapa masih perlu mengharap? Kadang tertanya jauh disudut hati mengapa wujudnya perasaan mahu dibelai dan ingin disayangi, kan bagus kalau ia bisa dibunuh. Kerana dia yg dicintai tidak pernah mahu mengerti. Akhirnya stlh bertungkus lumus berperang….penyerahan kembali kpd allah, lantaran Dia lebih tahu yg
    terbaik utk kita. Naluri keimanan sering membisikkan bhw cinta Allah adalah
    segalanya….disitulah sumber ketenangan hakiki. Semoga allah tingkatkn kekuatan menghadapi ujian ini. Sentiasa bersangka baik pd allah…bhw allah uji kita kerana Dia sayangkan kita.

     
  37. IbnTramiji

    2 September 2012 at 8:17 am

    Kita hanyalah milik Allah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

     
  38. Nur Adilah

    2 September 2012 at 2:06 pm

    saya tersentuh hati dan menitiskan air mata tatkala membaca coretan ustaz ini..ujian cinta..
    sesungguhnya hati saya dalam kelukaan setelah kehilangan kekasih yang mempunyai ciri saya cari selama ni..dia pergi menghadap sang pencipta ALLAH swt pada Jumaat 24ogos2012 besamaan 6syawal 1433H di subuh hari. pemergiannya begitu meninggalkan kesan buat diri saya sbb saya susah menerima lelaki.setelah saya yakin dia lah ADAMKU rupanya saya hanya bermimpi disiang hari. mcm ribut sekelipan allah ambil smula apa yng dipinjamkan kpd saya.. sminggu saya demam panas terkejut dan tidak mampu untuk meneruskan hidup tanpa dia.. tapi berkat doa ibu bapa dan kawan-kawan saya bangkit semula.. setiap kali selepas solat saya tak lupa sedekah alfatihah dan yassin untuk arwah.. sedalam mana syg dn cinta arwah pada saya dan sebaliknya saya kpd arwah DALAM LAGI CINTA dn KASIH ALLAH pada arwah sebab itu diambil nyawanya pada hari tu.. tp allah swt juga sayang sy…sbb tu die duga dn uji saya sebegini hebat..sbb allah swt tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hamba2hnya. dan dia akan menggantikan sesuatu yang baik seperti arwah atau yang lebih baik untuk saya sbg bakal suami saya.. segala mungkin dengan kehendak allah swt..

     
  39. Nor Narissa

    2 September 2012 at 10:09 pm

    sangat bermakna dan meninggalkan kesan yg positif di hati saya, terima kasih ustaz.

     
  40. MAH

    3 September 2012 at 9:10 am

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Mudah-mudahan kita dapat bezakan apa itu cinta, meminati/memuja, suka dan syok

     
  41. RayyanZilfi

    3 September 2012 at 9:25 am

    Syabas Ustaz dan Wak! InsyaAllah, ramai saudara seagama juga mendoakan yang baik-baik untuk kalian berdua.Saat usia semakin bertambah, kehidupan semakin singkat,mata mudah berkaca dan air mata mudah bergenang!Terkesan.

     
  42. manja

    3 September 2012 at 10:27 am

    mmg rasa sakit bila diuji dgn ujian cinta, tapi bila kita berkata bahawa Allah hadirkan orang yg salah pada mulanya dan dia akan jodoh yang sesuai pada pengakhirnya..percayalah janji Allah itu pasti … Kerana DIA sayang kita , janganlah sesekali kita menjauhi DIA.

     
  43. Sue

    3 September 2012 at 11:08 am

    Assalamualaikum Ustz. Terima kasih di atas perkongsian. Buat Wak, saya pernah diberi tahu, hilang isteri boleh diganti, tetapi setia ibu bapa bawa sampai ke mati.. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa utk anak2, tetapi anak2 belum tentu nak jaga ibuayah yg satu..Ustz. apakah rahsia Allah menjadikan Nabi kesayangan kita yatim piatu sejak kecil lagi.. Nabi Muhammad S.A.W. boleh tunjukkan semua ibadah dan taat kepada Allah secara praktikal sehinggakan Saidatina Aisyah mengatakan Nabi kesayangan kita adalah Al-Quran, tetapi satu-satunya yg Nabi tak dapat tunjukkan secara praktikal ialah dgn mentaati ibuayah setelah dewasa dan terutama sekali setelah berkeluarga…Nabi hanya bersabda di dlm beberapa hadith agar kita mentaati ibu bapa… Permintaan mrk(ibu bapa) x bnyk pun hanya satu dua sj, malah tak menyalahi hukum Allah pun..tetapi satu dua itulah yg susah utk ditunaikan…adakah itu dikira berdosa ustz….

     
  44. farhain

    3 September 2012 at 9:56 pm

    Ohh,sungguh hidup ini pasti diuji..trima ksh ustaz..saya slalu tanamkn dlm hati..jgn mnx hdp yg mudah,tp mnxlah hati yg tabah utk mnghdpinya!

     
  45. MUHAMADSYARIF

    12 September 2012 at 3:40 pm

    ASSALLAMUALLAIKUM ustaz ..lama dah tak ustaz tulis blog,..

     
  46. Haslina Binti Musa

    14 September 2012 at 10:40 am

    memuatkan saya berfikir sejenak..mohon share..

     
  47. ayda

    14 September 2012 at 7:29 pm

    UJIAN CINTA…sungguh perit rasanya walaupun telah 2 tahun berlalu….namun kutemui cinta yg sungguh manis melebihi cintaku buat si dia….ALLAH telah menghulurkan CINTANya saat2 aku sedih,pedih dan perit…sungguh indah perasaan itu, melebihi indahnya jatuh cinta kali pertama bersama si dia…walaupun masih bersama, aku bertekad menjaga hubungan CINTA buat YANG ESA melebihi cintaku buat dia…YA ALLAH…cintailah aku sebagaimana Engkau mencintai hambaMu yang soleh

     
  48. CheArep

    16 September 2012 at 5:49 pm

    alhamdulillah…. setiap orang diuji, kan ustaz?

     
  49. Nazifah Awi

    17 September 2012 at 7:22 am

    Assalamualaikum ustaz..terima kasih yg tidak terhingga utk satu lagi kisah yang boleh membuatkan diri ini lebih dekat dengan cinta Allah.Sesungguhnya cinta manusia itu tidak kekal.Yang kekal hanyalah cinta Allah.Semoga bukan sahaja Wak,tetapi kita semua sentiasa tabah dalam menempuh hidup di bumi Allah ini.Ujian Allah tanda cintaNya kepada kita..Tidak sabar untuk membaca coretan ustaz seterusnya..^.^

     
  50. Yatt Yann

    17 September 2012 at 10:08 am

    saya copy paste ya ustaz . buat perkongsian bersama :)

     
  51. Mohdyan

    17 September 2012 at 1:36 pm

    ujian adalah tarbiyah daripada Allah.adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya.

     
  52. Atajul

    19 September 2012 at 10:23 am

    Setiap pengalaman yang diperolehi oleh orang lain merupakan ilmu yang berharga kepada kita. Alhamdulillah kisah ini dapat menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yaang kita perolehi sekarang…Terima kasih..

     
  53. faridah kamaruddin

    19 September 2012 at 3:31 pm

    …” kata saya memberi semangat. Jauh di lubuk hati saya, saya berharap akan ada orang yang akan berkata begitu apabila saat saya diuji. Saat itu pasti tiba, kerana hidup memang untuk diuji…saya sgt terkesan dengan ayat ini..ya kita selalu memberi penawar pada orang n alangkah tenangnya bila saat kita diuji..orang akan memberi ayat2 yang sama pada kita..ya hidup adalah ujian…

     
  54. Honey Solehah

    19 September 2012 at 4:14 pm

    tiba-tiba air mata ini bergenang….

     
  55. aemy21

    20 September 2012 at 12:32 am

    Assalamualaikum Ust.
    Terima kasih dengan perkongsian ini. Hati saya benar2 terharu dengan penulisan ustaz. Memang benar hidup kita ini hanya untuk diuji. Bila diuji itulah tanda kasih Allah pada kita. Semoga kita terus berusaha menjadi hambaNya yg lebih baik.=)

     
  56. afaf

    20 September 2012 at 2:12 pm

    Bukti cinta kepada Allah s.w.t.

    Surah 3. Ali ‘Imran, ayat 31. Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

     
  57. zu740106

    20 September 2012 at 2:27 pm

    mintak copy artikal ini ya ustaz.. minta halalkan..
    tq

     
  58. Cik Iman Mutiara

    22 September 2012 at 3:36 pm

    buya terbaik!!!sentiansa..I.ALLAH

     
  59. rina

    23 September 2012 at 11:20 am

    assalamua’laikum daei dan admin gentarasa..ujian itu CINTA ALLAH..KASIH ALLAH..
    dan masih ramai di luar sana yang LALAI dan LEKA…tanpa ujian dari NYA….
    cerita ini akan membantu diri ini untuk terus MUJAHADAH…ujian itu pahit..dan pahit itulah ubat paling mujarab…insyaallah…mohon copy n share..

     
  60. jambumanis

    24 September 2012 at 12:52 pm

    As salam ustaz…ujian cinta sentiasa datang dalam berbagai bentuk dan cara..hidup kita untuk diuji..saya suka dengan ayat ustaz ini.

     
  61. shima

    25 September 2012 at 11:26 am

    salam. terima kasih diatas perkongisian dan pengisian diatas. kata ustaz siapa akan urut hati saya..
    insya allah. ALLAH akan urut hati ustaz.

     
  62. Emma Didie

    28 September 2012 at 4:01 pm

    Asalamualaikum Ustaz…ujian cinta yang gagal perlu diulang kelas menjana cinta…justeru cinta apakah yg harus dicari?? manusia tidak mampu memberi cinta tanpa syarat..jika tersasar pendapat, jika terkedu hati, jika keinginan tak dipenuhi, cinta biasanya lama2 akan pudar sinarnya…tapi cinta Allah, masyaAllah…peluang cinta Nya diberi segenap penjuru sepanjang masa hingga sejurus sebelum pintu taubat ditutup…lantas, wajarkah kita hanya mencari cinta ILLahi tanpa dambaan cinta lain drpnya….?? subhanalLah..

     
  63. hamba Allah

    11 Oktober 2012 at 9:38 am

    salam..terima kasih atas entry ustaz ni. betul tu ustaz. kekadang Allah menguji kita dgn cinta sbb mahu kita bercinta denganNya.

     
  64. Nurul Asyikin Binti Mohd Rashid

    11 Oktober 2012 at 5:20 pm

    assalamualaikum…
    terima kasih ustaz sharing yg diberikan…
    mohon share boleh ustaz..??

     
  65. fatin

    17 Oktober 2012 at 10:02 am

    ustaz…. saya akan ingat kata2 ini…kita jaga Allah ….Allah akan jaga kita….kpdNYA kita dtg dan kpdNYA kita pergi….

     
  66. nurrauni

    17 Oktober 2012 at 9:32 pm

    Terima kasih di atas perkongsian UJIAN CINTA..Sebenarnya agak lama saya tidak mengunjungi blog ustaz…cerita yang saya alami serupa dgn Wak tapi tak sama. ..Betapa pedihnya bila dikhianati….tapi Alhamdullillah , saat saya diuji …saya munggunakan talian hayat yg tlh didaftarkan sepertimana ustaz nyatakan di ikim fm Bicara mukmin profesional.Memang terkesan …Allah putuskan cinta isteri wak untuk menyambung cinta Allah.

    Disaat kita diuji dgn ujian cinta, Jangan takut kehilangan kasih sayang orang yg dikasihi….tetapi takutlah akan kehilangan kasih sayang Allah

    SesungguhNya MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

     
  67. iklil irdina

    18 Oktober 2012 at 9:16 am

    Assalammualaikum…terima kasih ustaz dan sahabat2 di sini atas perkongsian ilmu dan peringatan…di saat ini saya sedang mengumpul kekuatan untuk menghadapi kehancuran rumahtangga…di saat ini cinta saya pada suami sudah tidak lagi dihargai…Ya Allah jadikanlah hambaMu ini redha dengan ketentuanMU…semoga hambaMu ini berpegang teguh dan dapat melangkah mencari dan menggapai kasih dan cintaMu…kalau sudah ketentuanMu aku sendiri tanpa cinta manusia..apalah dayaku..namun Ya Allah..jangan Kau biarkan aku tersesat dari jalanMU..peganglah dan pimpinlah aku Ya Allah….

     
  68. nami san

    22 Oktober 2012 at 3:47 pm

    subhanallah…….setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah….sesungguhnya allah lebih mengetahui…..la tahzan..

     
  69. yan

    24 Oktober 2012 at 5:02 pm

    sedih =( .. Semoga kita semua sentiasa kuat dgn ujian Allah..

     
  70. isnaini

    25 Oktober 2012 at 5:34 pm

    Salam ustaz,syukran saya rasa sgt brsyukur dpt membaca artikel2 dalam blog ustaz,saya dilanda ujian cinta.mengharapkan kebahagiaan cinta.berusaha.berdoa,namun bahagia cinta itu semakin jauh dan berakhir jua,sedih.kecewa.menangis,namun hikmahnya cinta yang paling sejati semakin dekat dan bertakhta d hati.Allah menguji saya dgn kegagalan cinta utk lebih mendekatiNya.SubhanAllah

     
  71. yureen

    8 November 2012 at 10:25 am

    As Salam Ustaz. Nak minta pendapat ustaz. cinta saya pun sdg diuji bilamana suami telah disihirkan oleh seorang perempuan berusia 20 thn. kami tlh berubat tetapi suami msh x dpt nk lupakan bdk itu walaupun dh tahu perangai sebenar bdk itu. perasaan cemburu saya meluap2 bila suami msh melayan bdk tu.apakah yg perlu saya buat? tlg bantu ustaz.

     
  72. qasehalia

    15 November 2012 at 11:39 pm

    sy seorg yg susah menitis air mata..tp malam ni sy tetiba search bloq ustaz d google..tertarik dgn tajuk ungkapan ‘ujian cinta” sy terus membaca..hingga habis..menitis air mata saya..perkongsian yang menarik..sy takut dgn ujian Allah..))tp sebagai hambanya dia Maha Agung..berhak menguji setiap hamba2nya..

     
  73. Rara

    27 November 2012 at 12:15 pm

    terima kasih ustaz.cinta saya sedang diuji.Moga Allah terus mndidik jiwa saya.Agar cinta saya pada Allah melebihi cinta saya pada manusia.Ada yang suruh saya berubat tapi saya yakin..Allah adalah Penawar terbaik saya.

     
  74. al qarni

    9 Julai 2013 at 3:29 pm

    dalam berbicara tentang cinta…. allah mencipta detik… lalu hati berbisik… mulut terus berbicara… Allah maha mengetahui.. cinta adalah nikmat…justeru itu ada paksi yang perlu dipegang.. cinta agung hanya untuk allah….. nukilan penulisan penceritaan ustaz… begitu indah.. membawa hati terbuai melalui sama rasa itu. syukur allah membuka sekalu lagi hati ini untuk sabar menerima, walau sering kali lupa Allah mahu menguji. Menguji bermakna Allah sayang….
    salam … ukhwah

     
  75. Azlinda

    10 Julai 2013 at 11:07 pm

    As salam ustaz….. Tika sy diuji dgn ujian cinta saya mencari cari kekuatan dgn pembacaan, lalu sy bertemu dgn blog ini…. Maha suci Allah inilah hikmah disebalik ujian ini… Cinta Allah melebihi cinta manusia,.. Menyintai makhluk kita akan terluka… Cintai Dia untuk mendapat cinta manusia yg menyintai Allah… Andai kata jodoh sy masih panjang sy bertekad akan menyintai suami kerana Allah dan menyintai suami untuk ke jalan Allah… Amin.

     
  76. hanan

    20 September 2013 at 3:17 pm

    ustaZ..saya juga sedang diuji.sy minta emel ustaz utk sy kongsikan luahan hati sy.ataupun contact number

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,254 other followers

%d bloggers like this: