RSS

KENALILAH TUHAN YANG MENGUJI MU!

25 Sep

Semalam (25 September 2012) , ketika berada di ruang udara IKIM.fm dalam slot Mukmin Profesional, seorang pemanggil bertanya saya akan ujian yang menimpanya. Dirasakannya ujian yang dihadapinya terlalu banyak, bertubi-tubi datang, lepas satu, satu. Suaranya membayangkan kesedihan. Saya turut merasainya kerana itu juga menjadi suara hati sesiapa yang diuji. Hakikatnya, saya yang ditanya tidaklah lebih baik daripadanya. Dia lebih baik… kerana sudi dan berani berterus-terang. Kebanyakkan kita hanya memendamkan rasa hati…

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Terimalah tuisan ini sekadarnya

KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…  

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).

Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

 

 
84 Komen

Posted by di 25 September 2012 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

84 responses to “KENALILAH TUHAN YANG MENGUJI MU!

  1. ShidahSu

    25 September 2012 at 7:46 am

    Assalam. Membaca buku “Bersyukur Saat diuji” Karya Prof Mohd Kamil Ibrahim mungkin boleh membantu memahami erti ujian di sisi yang lain. Seperti yang pernah yang dibincangkan dalam bengkel yang dihadiri…”Jangan tenggelam dengan masalah. Besarkan Allah maka setiap masalah akan dapat di atasi, insyaallah.”

     
  2. Hamisah Jaafar

    25 September 2012 at 8:36 am

    Allah Maha mengetahui apa yang paling baik untuk kita sebagai hambaNya. Kita sentiasa merancang kehidupan yang terbaik untuk diri kita TETAPI harus diingat selalu bahawa ada Perancang yang Maha Hebat iaitu ALLAH. INGAT jangan berburuk sangka dengan pekara yang buruk sebab apa yang paling penting dalam hidup adalah bukan keinginan hati yang tercapai tapi YANG PALING PENTING ADALAH MENJADIKAN DIRI DEKAT KEPADA ALLAH DAN MENCINTAI ALLAH SEPENUH HATI. Belajar menjadi REDHA dengan apa juga ujian yang mendatang. Yang paling disukai ALLAH ialah apabila kita tidak berupaya menyelesaikan masalah dan wujudkan dalam diri kita sifat penyerahan sepenuh hati hanya kepada ALLAH yang menciptakan kita..INSYA-ALLAH pasti ALLAH memberi pertolongan. Semoga kita semua menjadi Hamba ALLAH yang diredhai di dunia dan di akhirat. Ameen Ya Rabbil’almeen.

     
  3. Wan Suryani

    25 September 2012 at 8:54 am

    Subhanallah, ustaz. Terima kasih atas coretan yang penuh makna!

     
  4. gentarasa

    25 September 2012 at 10:53 am

    Salam, anda boleh dapatkan buku Bersyukur Saat Diuji Karya Prof Mohd Kamil Ibrahim. Klik sini untuk beli. Ahmad.

     
  5. Nadiah Misman

    25 September 2012 at 11:37 am

    Mohon izin berkongsi genta rasa ustaz.Syukran

     
  6. rha

    25 September 2012 at 12:19 pm

    Assalam ustaz, saya ada mendengar slot ustaz petang semalam dalam Ikim. Coretan Ustaz amat bermakna..

     
  7. hasnida

    25 September 2012 at 12:32 pm

    salam ustaz… ptg smlm sy ada mengikuti slot ust di radio…sy amat setuju saranan drpd ustz..

     
  8. Radhiatulhani Bt Kamaruddin

    25 September 2012 at 12:33 pm

    Subhanallah…terima kasih atas nukilan ini yg menyedarkan saya bahawasanya Allah layak menguji kita bila mana dan di mana jua kerana kita hambanya..Ya Allah tabahkan hatiku menempuh segala dugaan mu agar aku sedar akan nikmat di sebaliknya

     
  9. Sabrina Zakaria

    25 September 2012 at 12:54 pm

    Slm ustaz…terima kasih atas perkongsian ilmu pd pg ini.. Alhamdulillah… semoga kita semua terpilih sebagai ahli jannah. insyaAllah… Terima Kasih sekali lagi….

     
  10. Emma Didie

    25 September 2012 at 1:09 pm

    terbaeeek ustaz…insyaAllah dapat ‘kekuatan’ drp perkongsian ini…

     
  11. nola

    25 September 2012 at 1:26 pm

    Salam ustaz,segala puji bagi Allah,betapa kasihnya Allah pada saya.Sayalah pemanggil semalam itu.Saya tak rasa ustaz yg menulis utk saya,tapi saya rasa Allah yg menegur saya.Bercucuran airmata saya kerana serasa Allah bercakap terus pada saya.Ustaz hanyalah alatnya.Saya telah dapat semula kekuatan saya.Rasa kasih dan sayang Allah pada saya sudah cukup untuk saya menempuhi ujian hidup seterusnya.Teruskan berkarya ustaz,buat merawat penyakit hati seperti saya ini.Terimakasih

     
  12. Norliha

    25 September 2012 at 2:08 pm

    Salam,

    Syukur alhamdulillah saya menjumpai nukilan ustaz ni, sedang saya diuji oleh Allah… Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya.

     
  13. Aisyah Norbin

    25 September 2012 at 2:17 pm

    Saya mengikuti siaran Mukmin Profesional setiap minggu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat dan memastikan setiap sabtu saya mengikuti siaran ulangannya di rumah.Syukur kepada Allah kerana merezkikan saya mengikuti siaran tersebut dan mengilhamkan kepada Ustaz menuturkan kata-kata yang sungguh bermakna untuk makanan jiwa.Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha ustaz yang suci murni ini.

     
  14. Hanim

    25 September 2012 at 3:35 pm

    terima kasih ustaz….sgt membantu saya di kala ini….rasa ingin sekali bertemu dan berbicara dgn ustaz

     
  15. RUZIANA

    25 September 2012 at 4:05 pm

    SUBHANALLAH.. bila membacanya menitis air mata saya.. sebenarnya sy dan suami di uji macam2…satu2 .. stage by stage.. suami sy telah di sihir sekian lama… dari kami senang sehingga kami susah.. semua angkara sihir… puas berubat.. saya ingat ustaz pernah cakap… suami sebagai alat sahaj kerana ALLAH mahukan kita sentiasa dekat dengan DIA… semoga ALLAH bukakn pintu2 hidayah buat kami berdua… terima kasih ALLAH terima kasih ustaz

     
  16. zulkifli ab.razak

    25 September 2012 at 4:44 pm

    Saya sempat mendengar rintihan pemanggil tersebut yang bersiaran di radio ikim.fm semalam. Ketika itu saya sedang memandu. Rasa sayu yg menyucuk qalbu kerana ujian demi ujian ditimpa keatasnya serta keihlasannya utk share dgn pendengar. Saya terpaksa stop kereta sekejap kat tepi bahu jalan…..Anyhow tahniah atas jawapan ustaz tersebut. Saya rasa macam ada lagi yg ustaz nak perkatakan cuma mungkin masa tak mengizinkan Kita sama-sama berharap jawapan tersebut dapat memberikan semangat baru kpd beliau..

     
  17. Makbonda

    25 September 2012 at 6:16 pm

    Assalamualaikum

    Ada dua orang nelayan sedang berusaha mengail ikan. Yang seorang sentiasa dapat ikan dan yang seorang lagi langsung tidak ada habuan. Malaikat yang melihatnya menghadap Allah swt dan menanyakan mengapa begitu wal hal mereka mencari ikan di
    tempat yang sama. Allah berkata:
    Aku suka mendengari doanya setiap kali ia mencari rezeki. Indah sungguh kata-katanya memuji aku walau pun tidak aku kurnia ikan baginya. Sungguh ikhlas dan mulia hatinya. Wahai Malaikat, Engkau lihat kurniaan Ku di syurga tempat tinggalnya. MasyaAllah ! Malaikat kagum.
    Saya mengongsikan cerita ini dari http://ngasobahseliman.blogspot.com/2012/09/rezeki-tidak-dapat-pun-dapat.html. Semoga bermunafaat.

     
  18. zekiy

    25 September 2012 at 11:10 pm

    T Kasih di atas penulisan ilmiah yang baik untuk semua

     
  19. Umairah

    26 September 2012 at 1:49 am

    Assalamualaikum,

    Saya selalu mengikuti tulisan Ustaz di blog Genta rasa. Saya temui bahawa belajar mencintai Allah swt, Nabi Muhammad saw seterusnya baru insan yang kita sayangi. Lahir dlm keluarga yang bermasalh, membuatkan saya sentiasa mencari apa sebenarnya makna kehidupan, beribu persoalan, terjawab ,akhirnya saya temui Hidupku, matiku kerna Allah swt…itulah hakikat kehidupan.” Ustaz doakan saya biarlah dunia ini menjadi jambatan untuk saya menemui kebahagian sebenarnya di jannah ameen…Terima kasih, semoga Allah swt terus merahmati Ustaz sekeluarga dan Ustaz dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat . Wassalam.

     
  20. Afiqah Ariffin

    26 September 2012 at 3:10 am

    Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

     
  21. shaz

    26 September 2012 at 9:18 am

    Assalam..terima kasih ustaz..atas pengkongsian ilmu ini..

     
  22. NZ Ismail

    26 September 2012 at 9:55 am

    Salam Ustaz,
    Subhanallah….saperti selalu, analisa(analysis) Ustaz serta kupasan sesuatu yang dikemukakan itu, memberi pengajaran dan nasihat yang boleh dihayati oleh setiap manusia di dalam apa saja keadaan ataupun yang berhadapan dengan pelbagai ujian. Saya berkongsi pendapat dengan salah satu kiriman di atas, iaitu disihir. Sangat sedih dan sayu apabila difikirkan kita berusaha mencari rezeki yang halal dan semua dimusnahkan angkara sihir. Setelah sekian lama Allah juga yang telah menolong kami..(Lahaulawala…). Tak kira apa ujian itu dan bagaimana bentuknya. Ujian tetap ujian dan datangnya daripada Allah dan perginya juga dengan izin Allah. Tugas kita, menghadapinya dengan jiwa yang terbuka, bersabar, tapi harus berikhtiar, berdoa dan sentiasa mengambil iktibar disamping mencari hikmah-hikmahnya…InsyaAllah.

    Saya suka ayat Ustaz di atas yang bermaksud “Masalah kita mungkin besar tapi Allah lagi besar.” Masa belajar di Univ dulu, saya pernah mempunyai satu poster Bahasa Inggeris dengan susunan kata-kata yang maksudnya sama – “God is bigger than all my problems.”

    Alhamdulillah kerana adanya blog ini. Terima Kasih Ustaz…semoga selamat selalu.

     
  23. salwa

    26 September 2012 at 10:18 am

    Syukur alhamdulillah ustaz..tulisan ustaz byk mbuat sy bersyukur dan bersangka baik dgn ujian Allah.doakn sy tabah menghadapinya

     
  24. aya ameena

    26 September 2012 at 2:08 pm

    Saya ada mendengar slot ustaz ptg semalam dalam perjalanan pulang dari kerja. Alhamdulillah saya juga terkesan dengan jawapan dari ustaz. Situasi saya juga hampir sama dengan pemanggil tersebut diuji, satu persatu ujian tersebut datang. Memang ada waktunya keluhan terkeluar jua dari mulut ini tapi kemudian mulut dan hati ini berzikir memuji kuasa Allah kerana sedar Dia sedang menguji hambaNya yang lemah ini. Betul seperti saranan ustaz kita tidak boleh berhenti dari memikirkan yang baik dariNya. Sesaat kita tidak memikir dan mensyukuri nikmat serta kebaikan dariNya pelbagai hasutan jahat syaitan datang cuba untuk meracuni hati dan akal fikiran kita. terima kasih ustaz atas perkongsian ini.

     
  25. al zahra

    26 September 2012 at 4:14 pm

    Alhamdulillah…tiada kata2 yang dapat di ucapkan

     
  26. hisham AR

    26 September 2012 at 5:07 pm

    Kenal diri untuk kenal Allah
    Sedarkan diri itu hamba Allah
    Setiap kejadian bukan kebetulan
    Semuanya kehendak Allah.

     
  27. shareen M.A

    26 September 2012 at 5:21 pm

    Secara jujurnya hati saya amat tersentuh membaca coretan Ustaz dan juga comment pemanggil menyebabkan saya mengalir air mata. Mengenangkan kadang kala mmg kita x mampu menanggung ujianNya tapi kita kerap lupa bahawa itu lah Panggilan yg terindah kerna pada masa itu lah kita Memberi yang terbaik.. Kita menjadik lemah dan menyerah balik ujian itu pada Allah.Ya Allah aku x mampu menganggungnya.. ku serah segalanya pada Mu..

     
  28. hakimi

    26 September 2012 at 6:43 pm

    Assalamualaikum..Jazzakallah atas ilmu.mudahan dapat diamal dan disampaikan.
    Bagaimana kita nak bezakan antara ujian dengan kafarah?
    Terkadang bila diuji…terdetik..aku bukan orang yang hebat..kerana Allah menguji hambanya yg hebat.dan kalau ianya kafarah dosa..rasa ‘tak adalah jahat sgt”..Astafirullah..yg pasti bila diuji rasa berTUHAN..
    Apakah cara utk mengingatkan diri..bila diuji dengan kesenagan..Allah2 saya selalu rasa gagal.mudah2an saya tergolong dlm golongan yg istiqomah dlm bertaubat..wallahuaklam

     
  29. Muslim

    26 September 2012 at 10:21 pm

    Alhamdulillah…bersyukur sekali saya dapat slalu membaca coretan ustaz yg insya allah sangat bermanfaat untuk diri ini dan semua. syukron…

    mohon maaf sangat ya sya ustaz karna sebelumnya tanpa seizin ustaz sya tlah ambil dari kata2 ustaz untuk berbagi kpd teman di FB sy.

     
  30. ratu

    26 September 2012 at 10:32 pm

    terima kasih ustaz, coretan ini banyak membantu saya.

     
  31. qalamdaie

    27 September 2012 at 3:41 pm

    Bila saat kita diuji,ingatlah Allah sentiasa dekat.

     
  32. Faiqah

    27 September 2012 at 5:03 pm

    Assalam alaik,
    Acapkali air mata kesedihan dan keinsafan hadir setiap kali tersentak oleh tulisan ustaz. Semoga saya dan pembaca terus beroleh manfaat. Jazakallah.

     
  33. Mariati Mustapa

    27 September 2012 at 9:09 pm

    Assalamualaikum, ujian menyedarkan aku terkadang lalai dan merasa pandai,rupa-rupanya selemah-lemah insan yang perlukan bimbingan. Allah mengasihiku, menguatkan semangatku untuk bangun dan memandang ke hadapan biarlah yang berlalu menjadi sejarah. Nikmat pemberianya masih banyak, mengapa perlu berkira dengan nikmat yang ditarik olehNya.

     
  34. MAH

    28 September 2012 at 8:21 am

    Salam Sejahtera Prof,

    Sila tonton Motivasi Pagi di TV3 Jam 7.00 pagi Sabtu dan Ahad kerana Prof Dr Mohd Kamil Ibrahim bercakap tentang “Bersyukur Saat diuji”. Ahad lepas adalah siri permulaan.

    Untuk ujian Allah kepada kelompok yang besar , lihat sahaja apa yang jadi pada Aceh (tsunami dan gempabumi) namun sekarang ini MasyaAllah, Aceh begitu hebat dengan nikmat demi nikmat jelas kelihatan.

     
  35. nur

    28 September 2012 at 12:58 pm

    terbaekk.. kalau aditimpa musibah, perta
    ma minta tolong dari Allah, sebab Allah tuan punya musibah, kedua minta nasihat dari org sepatutnya…

     
  36. mutiara

    28 September 2012 at 7:57 pm

    SubhanAllah… Terima kasih atas tulisan ini. Sesungguhnya tulisan ustaz byk membimbing saya cinta pd Allah. Saya doakan ustaz dikurniakan kesihatan yg baik supaya terus berkarya utk saya :)
    * ustaz tetap ustaz bg saya….

     
  37. qalamdaie

    29 September 2012 at 4:08 am

    Dalam kita menempuhi ujian ingatlah Allah itu dekat.

     
  38. Honey Solehah

    29 September 2012 at 6:16 am

    Ustaz…nasihat2 ustaz sering menyentuh hati kami kerana kata-kata itu datang dari hati yg bersih….May Allah grants u His Jannah…aameen :)

     
  39. marliana

    29 September 2012 at 10:48 pm

    assalamualaikum. Terubat rasanya hati ini bila mbaca pkongsian ini. Hanya orang y dlm ujian dapat memahami perasaan orang lain y sedg d uji. Saya d uji dari segi kesihtn, tak mampu nak buat kerja rumah, tak mampu nak kerja, nak angkat secawan air ke mulut rasa tak mampu, sehingga tak mampu nak solat sempurna. Orang cakap mcm2, saya malas, saya jd begini sbb masalah psikologikal. Hanya Allah saja y tahu perasaan ni, tiada sokongan u hadapi ujian ini. Hanya mampu bdoa semoga Allah tunjukkan apa penyakit y saya hadapi. Bila makan ubat dr doktor, berlaku kesan samping y teruk, kata doktor ‘ kamu mkn ubat apapun, kamu takkan baik’. Tapi saya yakin, setiap penyakit ada ubatnya. Org cakap sy tak sembuh kerana saya tak yakin dgn Allah. Hanya Allah sebagai tempat mengadu. Saya yakin ada hikmah d sebalik sakit y tak kebah. Alhamdulillah, sekarang walaupun sy tak seperti org lain, sekurangnya saya blh bkerja semula dan dpt bsolat dgn lebih baik. Saya yakin Allah bg semua ini u jadikan kita lebih dekat dgnNya. Dia tahu apa y mampu u kita hadapi. Allah itu maha pengasih dan penyayang. Tiada diturunNya sesuatu penyakit melain ada ubatnya. Cuma lambat atau cepat Allah beri.Tiada ujian tanpa kasih sayang Allah. Gembiralah bila d uji, itu tanda Allah kasih pada kita walau sekadar d uji dgn demam.

     
  40. hayati dahalan

    30 September 2012 at 11:41 am

    terima kasih atas nasihat ustaz. saya juga sering menantikan slot ustaz di radio walau jarang dapat mendengar sepenuhnya kerana gangguan lain. saya rasa insaf akan diri ini sebagai hamba Allah apabila mendengarnya. Terasa kecilnya diri ini. Terima kasih ustaz kerana nasihat ustaz sering meresap di hati saya.

     
  41. Hamba Allah

    1 Oktober 2012 at 1:35 am

    Salam ustaz, Bagaikan terpanggil utk membaca nukilan ustaz di sini. Sudah 3 thn sy diuji dgn satu penyakit hemifacial spasm. pd mulanya hati sy memberontak why me?tatkala sy br mahu mula melangkah ke alam perkahwinan, diuji dgn kekurangan fizikal. Namun sejak itu sy sedar kecantikan luaran bkn kayu ukur, tetapi keluhuran hati. Terima kasih Allah krn mengurniakan seorang suami yg soleh utk saya.alhamdulillah sy bahagia. Sbg muhasabah, siapa kata senyuman itu tidak perlukan modal.. Mereka salah. Utk senyum sahaja..perlukan otot Dan saraf muka yang sihat. Hanya dgn itu sebuah senyuman manis dpt diukir. setiap Kali sy dpt senyum dengan baik, Allah shj yg tahu berapa gembira Dan bersyukurnya saya.

    Just my 2 cents
    Wassalam :)

     
  42. Hamidah Mohamad

    10 Oktober 2012 at 2:02 pm

    Ustaz,

    Di blog ustaz ada iklan tilik nasib melalui tangan palm-fortune.com.my

     
  43. tilmeezah

    12 Oktober 2012 at 6:06 am

    tulisan yang sgt brmakna~jazakallahhu khaeral jaza’~

     
  44. genta jiwa

    14 Oktober 2012 at 2:41 am

    assalamu’alaikum ustaz….
    ‘Tiada kata seindah bhasa…’
    Ya,,benar skali..krana kalam ustaz bnar2 mnyntuh rsa..mngubat jwa…mmbca cretan ustaz ia sdikit sbnyak bgai pjukan trus dri Allah buat sya ats ratapan2 krana pjlanan hdup yg slalu sja xmnyebelahi dri….ykin dan kcwa slih bgnti dlm ttap bsngka baik pda sang pncpta….nmun kta2 ustz pda kolum muhasbah dlm mjlah anis kluaran jlai 2009 bnar2 tksan dhti sya….
    ”In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning”…
    Syukran ustz ats sgla pkngsian ilmu mlalui pnulisan yg mmpu mnggtar rsa…mga uslub dkwah ustaz ini dtrima Allah dlm mngumpul sham akhirat…
    Untuk mklman ustz2 adlah idola sya utk mjdi seorang pnulis…sya bhrap sya dpt mcntohi ustz 1 hri nnti…mdah2an…mhon doa ustz:-)
    Scbis bcara,,slaut rsa,,sgunung mkna,
    -atiqahahmad-

     
  45. genta jiwa

    14 Oktober 2012 at 2:53 am

    Kdang2 Allah ambil mtahari dari kita….
    Kemudian Dia turunkan hujan dan ptir…
    kta mnangis,,mratap,,dan mraung,,
    Mencari2 dmna mthari…
    Rupa2nya Allah nk hdiahkan kta ‘pelangi’. . .

     
  46. kedahan92

    15 Oktober 2012 at 6:19 am

    assalamualaikum ustaz..sy nur,20 ..cuma nk tnya ustaz bagaimna ya nk berhubung dgn ustaz directly..myb no phone xbrapa nk sesuai kn sbb nnti hang pulak phne ustaz dek krna nonstop msj.. :) .. email mayb? sbb kdg2 ada persoalan yang masih xjmpa jwpn..mgkin sy yg xtaw nk cri jawapan atau harus start dimna pencarian..perlukan bimbingan ustaz tuk lebih baik dan istiqomah..sy xreti nk xplain mcm mna..cuma sy tnya ja ustaz..klu ustaz ada xbagi pun insyaAllah sy taw ustaz pasti da sbb yg kukuh sbb apa tak bagi (tp harap ustaz bagi lar ya ) (=:….

    tima ksih ustaz..wassalam.

     
  47. gentarasa

    15 Oktober 2012 at 12:08 pm

    aSSALAM,Ujian saya antaranya, belum dapat membahagikan waktu secara dil dan saksama. Maafkan. gunakanlah email saya pahrolmohdjuoi@yahoo.com

     
  48. kedahan92

    16 Oktober 2012 at 8:38 pm

    jazakallah ustaz~ :)

     
  49. balqisjb

    17 Oktober 2012 at 2:14 pm

    Assalamualaikum. Terima kasih Ustaz. Sangat memberi inspirasi. Sepanjang perjalanan menuju pulang ke rumah saya mendengar dari radio rancangan Mukmin Professional, topik kali ini sgt menarik minda saya. Tanpa sedar air mata mengalir perlahan. Bersyukur, alhamdulillah itu yg dpt saya ucapkan. Setidak2nya dpt juga saya printkan ulasan Ustaz ini kepada Ibu & bapa saya. Untuk memberi kefahaman kepada warga emas tidak semudah yg kita sangka. Bergantung juga pada tingkatan ilmu di dada mereka. Saya berdoa & berharap selalu semoga kami seisi keluarga di beri hidayah berterusan dan sentiasa dlm pengawasan yg Maha Esa.

     
  50. sekeping_hati

    18 Oktober 2012 at 3:59 pm

    alhamdulillah,syukur sya temui blog ini..amat bmakna moga Allah jua dpt mbalas pada ustaz

     
  51. cili padi

    21 Oktober 2012 at 5:24 am

    Menulis drp pengalaman dan disertakan dengan hati menyebabkan tulisan Protaz amat berkesan.Telah lama juga saya menjadikan tulisan2 Protaz rujukan dalam menguatkan hati hadapi ujian2.Sekarang saya lebih tenang dan bahagia walau di uji…malah takut pula kalau tak di uji…takut lupa lagi…Dah banyak kali ulangi lupa tapi Allah masih bagi peluang…alhamdulillah…Moga Allah beri saya hati yang istiqamah ingati Dia.Awal-awal dulu saya hilang peluang untuk pahala sebab lambat redha ngan ujian,entahkan berdosa kerana terlintas di hati sangka buruk pada Dia…Istighfar byk2…Itu yang saya sgt takut…dosa syirik dalam saya tidak sedar…Ingatan untuk saya dan kita semua:moga kita sentiasa dalam taubat akan dosa2 kita dan sentiasa sangka baik atau redha perancangan Allah.Ujian adalah teguran Allah pada saya kerana sayang…Pahit ditegur memanglah…mungkin saya susah terima teguran orang sbb itu Allah perlu tegur.Eloklah kita terima teguran/komen org sekeliling supaya tak perlu sampai p’kat Dia…Teguran Dia banyak yang pahit dan pedih,tak tertahan pulak nanti…Wallahualam…

     
  52. damza

    22 Oktober 2012 at 11:50 am

    Terima kasih ustaz..moga ustaz,saya..orang orang yang kita sayang sentiasa dalam lindungan Nya..coretan yang sanagt tersentuh hati saya…InsyaAllah akan sedaya yang termampu akan saya jadikan kekutan untuk meraih redha Allah..sangat suka dengan ayat “jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau” insyaAllah sentiasa berprasangka baik dgn Dia~

    thanks Allah T_T

     
  53. surirumah

    24 Oktober 2012 at 10:39 pm

    syukran….apabila diuji blog gentars sering mjd rujukan utk sy mmotivasikan diri…didoakn smoga allah sering mrahmati ustad…

     
  54. Luqmannul Hakim

    29 Oktober 2012 at 9:42 am

    Bila kita sebut kehidupan DUNIA, maka ia sinonim dengan UJIAN

     
  55. Mohdyan

    7 November 2012 at 2:26 am

    apabila saya membaca nukilan ust.saya rasa smua orang harus membacanya,memahaminya serta menghayatinya.sangtt berkesan untuk mendidik jiwa dan hati mnusia pada zmn kini..mohon share kata2 hikmat drpada ust..

     
  56. milakamilamila

    21 November 2012 at 4:12 pm

    Kadang tuh di uji dengan kesihatan yg baik, suami yg baik, gaji yang banyak adalah lebih besar cabarannya…. cabaran untuk bersyukur dan cabaran untuk membantu orang lain…

     
  57. Albaihaqie.Com

    23 November 2012 at 8:50 pm

    Terima kasih atas perkongsian ustaz.

    Sangat menyentuh.

    Hanya kepada Allah kita memohon dan kita kembali kepadaNya

     
  58. wardah insyirah

    25 November 2012 at 3:34 pm

    alhamdulillah , syukran

     
  59. aidah

    1 Disember 2012 at 3:54 pm

    Subhanallah…..aku sudah terpilih….

     
  60. kimhakim

    20 Disember 2012 at 11:10 pm

    assalamualaikum Ustad. Terimakasih kerana memberikan confidence dan insyaallah kekuatan dan semangat untuk beribadah! Saya sedang sudah terpilih dan tengah mengharungi kesulitan tetapi setelah mambaca coretan Ustad saya rasa lega. Insyaallah segala kesusahan yang kita harungi apabila di serahkah kepad Illahi moga moga hikmah dan rahmatNYA akan membawa ketenangan hati Amin Jazakhallah

     
  61. AAmin

    14 Januari 2013 at 9:41 pm

    Assalamualaikum Ustaz… Terima kasih krn berkongsi ilmu… Sesungguhnya saya jua telah terpilih olehNYA.. Saat menghadapi ujian ini saya redha dgn ketentuannya & percaya ujian ini adalah atas krn dosa2 lama saya dan Allah dgn sifatNYA yg maha pengasih & penyayang mengingatkan saya bahawa ujian ini adalah sebagai penghapus dosa…. Mengingati bahawa setiap ujian itu adalah rencanaNya saya yakin ada hikmah disebaliknya.. semoga beroleh rahmatNya… Insyaallah.. Ameen

     
  62. arlinn

    23 Januari 2013 at 4:03 pm

    sungguh aku hambamu yg lalai ya allah.. dan semoga engkau sempat memberiku kesempatan ut berbuat kebajikan amin.. kuatkan iman ini disaat engkau curahkan rasa sygmu kpdaku.. amin ya allah.. aku ykin engkau mnjanjikan hal yg baik bgiku.. amin amin amin

     
  63. Ihsan

    25 Januari 2013 at 5:53 pm

    Salam ustad,

    Apakah Tuhan kerjaNya menguji2 manusia. Kejap uji kejap tak diuji. Kalau begitu adakah Tuhan tidak tahu atau tidak punya pengetahuan sehingga mahu diuji2nya manusia itu?

    Mohon maksud pengertian sebenar yg dikatakan Tuhan itu menguji?

    Tidak bijaklah Tuhan jika perlu menguji baru tahu….

    Mohon pencerahan atas soalan saya.

    Jazakallah.

     
  64. Tepian pantai

    4 Februari 2013 at 12:06 am

    Ya Allah..melalui wasilahMU..seorg mursyid melorongkn jalan pd tiap lurah kalimah ‘UJIAN’..t.kasih ALLAH..t.kasih mursyid..genta rasa mengirim kembli kekuatan bt sy..

     
  65. lemah

    6 Mac 2013 at 11:46 am

    Sudah 7 thn saya lumpuh akibat kemalangan….isteri lari tglkan saya dgn anak……harap ada hikmahnya dr allah utk saya …..amin…..

     
  66. rudi yusanto

    3 April 2013 at 7:54 pm

    aku ingin mencari seorang istri yg mencintai ku setulus hati,dan bisa membantu masa depan.

     
  67. Siti Shara

    17 April 2013 at 3:54 pm

    Terima kasih atas perkongsian ilmu….saya redha atas ujian ini……memang betul kata Tuan….’aku sudah terpilih’

     
  68. Rin

    9 Mei 2013 at 4:29 pm

    Alhamdulillah tersentuh jiwa membaca artikel ustaz..
    Bagaimana kita hendak menjaga diri agar lebih tabah Dan redha menerima ujian Allah dengan sabar.

     
  69. Sebaik-Baik Peraturan

    20 Mei 2013 at 11:38 pm

    Pada jam dan saat ini, Allah pertemukan saya dengan artikel yang terbaik ini…..alhamdulillah…..subhanallah……Ya Allah, ini lah jawapan yang saya cari……(Surah Al Baqarah : 216)…..Ini lah jawapannya……dalam Al-Quran rupa2nya……..Trima kasih hamba Allah (penulis)…….anda berjaya menyelami hati “orang yang diuji”………..semoga anda dimurahkan rezeki….amin

     
  70. Siti Aishah Abu Bakar

    25 Jun 2013 at 12:18 pm

    Subhanallah….. Alhamdulillah…. Allahu akbar….. Terima kasih Allah kerana memberi ilmu mu kepada penulis untuk ruangan ini…. Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk menaip “GENTAR RASA” di dalam ruangan google tadi…. sesungguhnya Engkau maha mengetahui atas segala sesuatu. Engkau permudahkan urusan penulis ini untuk meneruskan usahanya dalam membantu hamba Mu yang lain agar sentiasa ingat kepada Mu dan berserah kepada Mu… terutama untuk aku, hamba Mu yang selalu zalim terhadap nikmat-nikmat mu…. sering terlupa untuk mencari Mu dalam waktu selesa…. tapi terus mencari Mu di kala sempit dan susah… Mohon Engkau ampunilah aku…. dan kasihanilah aku dalam mencari keredhaan Mu….

     
  71. Anne

    27 Jun 2013 at 6:13 pm

    Askum. Saya nak tanya, dalam Islam apekah ada katakan jika hidup kita susah bersama pasangan kita itu mungkin dia bukanlah yg baik untuk kita. Susah di sini dalam keadaan kita merasakan duit sentiasa tidak cukup, badan sentiasa letih. Lalu kita terfikir kenapa Tuhan uji kita begini? Adakah kita sedang berdampingan dengan pasangan yg salah? Bagaimana jika kita mengahwininya dan hidup kita terus dalam keadaan susah. Bolehkah kita mengatakan seseorang itu telah mendatangkan nasib malang kepada kita?

     
  72. Norhayati

    2 Julai 2013 at 3:00 pm

    Allahuakbar maha besar mu ya Allah kerana telah memilih aku sebagai hambamu untuk menerima ujian darimu.Memang benar bila kita ingat Allah lyang memberi ujian ebih besar dari segalanya pasti kita akan rasa ujian yang kita hadapi hanya sebesar hama sahaja.

     
  73. nurul wahida

    7 Julai 2013 at 11:07 pm

    Aku sedang diuji…. Dan aku akan lalui nya

     
  74. sky

    12 Julai 2013 at 3:20 pm

    Hari berganti minggu.minggu berganti bulan.bulan berganti tahun….sampai masa ku pergi gua….ya allah Engkau redhailah hdpku yg sementara ini..Engkau tempatkanlah hambamu ini bersama sama org yg terpilih utk memasuki syurgaMu…ya allah ampunkan dosa2ku ..ku redha dgn ujianMu….amiin

     
  75. usaha

    13 Julai 2013 at 10:23 pm

    segala sesuatu baik dari Allah, bagi kita yg menggunakan akal tuk berpikir dengan ilmuNya.

    Berpikir dengan akal pemberianNya, tuk menggunakan kemampuan yg telah Allah berikan pula.

    berdo’a lah memohon pertulungan hanya kepada Allah, memohon ampunan atas kekeliruan yg telah kita jalani.

    Serta memohon jalan kebahagiaan yg kita inginkan, dalam bimbingan Allah di jalan yg Allah ridhai pula.

    Dengan berusaha menghindari jalan susah yg telah kita jalani, berusaha dengan mencari jalan lapang yg telah lama menanti.

    Jangan di pendam & terbuka lah tuk dapat solusi, agar di temukan cara mudah tuk kita menjalani.

    Jikala itu baik halal kanlah, asalkan tak merugikan diri kita & diri saudara kita yg lain.

    Semoga Allah meridhai semua perbuatan kita, agar membahagiakan kita di dunia & akheratNya juga.

    Amin……….

     
  76. Eeiin

    18 Julai 2013 at 10:07 pm

    Assalamualaikum pa ustadj. Iin sneng bgt bsa bca blog pa ustadj ini skrng iin sdar pa ustad Allah udah baik bgt ma iin.. Apa yg trjadi ma iin skrng. in yakin yg terbaik buat in. Allah psti baik ma in kan yah pa ustadj

     
  77. NABILA FILZAH BINTI ARSHAD

    5 September 2013 at 7:24 pm

    asalamulaikum ustaz,terima kasih dengan kata2 semangat yng diberikan.. sesungguhnya saya dipilih oleh allah untuk menerima ujian kesihatan,walaubagaimana pun iman seseorang itu sentiasa naik dan turun… bukan senang untik mengekalkan dalam fikiran bahawa sakit adalah yang terbaik dari allah,sakit merupakan rahmat dari allah,allah sygkan hamba2nya… semoga saya tabah menghadapi ujian ini…

     
  78. Abdul Muhaimin

    20 September 2013 at 11:53 am

    Allahu Rabbi…. Semoga Allah bantu Ustaz Pahrol Mohd Juoi untuk terus menulis dan menulis dan menulis.

     
  79. ismayuzie

    21 September 2013 at 10:35 pm

    sala ustaz..saya sangat suka setiap entri ustaz..Alhamdulillah..Allah juga telah memilih saya.. betul ustaz kata, jika kita sentiasa diuji dengan mcm2 jenis ujian kita akan terfikir “apakah Tuhan masih sayangkan aku?..subhanallah..dan bila kita kenal Allah a/dulliah cepat2 kita buang jauh perasaan sedemikian..always think positive and high motivated..

     
  80. sitihabsah94

    1 Oktober 2013 at 12:27 pm

    Trima ksh ats prkongsian ini.. Alhamdullilh.. :)

     
  81. ziyan

    1 Oktober 2013 at 9:55 pm

    terima kasih ustaz…. tenang sikit hati saya bila membaca artikel ni…semmgnya saya sedang carik artikel2 yg boleh membantu saya meredakn sikit tekanan mental yg sedang saya hadapi ni… bila membaca benda2 mcm ni seolah-olah boleh saya “lepaskn” sikit tekanan tu…seolah-olah ada yg mendgr masalah saya….

    ayah saya sejak dr kecil mmg seorg yg garang dan panas baran, kami hidup susah… tapi ibu pernah ckp biarlaa ayah mcm tu asalkn dia masih dgn kita, masih menanggung kita… tapi semakin membesar bila ibu dh dapat kerja, ayah semakin mengabaikn kami 3 beranak… semua duit belanja sekolah, ibu yg bagi…. kami bersabar lagi…

    tapi bila lepas spm, ayah kawin lain tanpa kebenaran ibu di siam. dan semakin tidak bertanggungjwb…. terus mengabaikn nafkah zahir kami dan nafkah zahir batin ibu……. malah mengungut mcm2 sekiranya kami membuka “rahsia” kawin lain dia kpd atuk atau saudara-mara lain…dgn perangai dia yg tidak bertanggungjwb, dgn memaki hamun dan sepak terajang ayah hampir setiap hari, menghalau kami keluar dari rumah…. kacau-ganggu ugut melalui sms….bila saya menjadi pembela ibu (yg agak naif perangainya) ayah mengatakan saya yg merosakkn rumah tangga ibu & ayah…. malah konvokesyen saya pun dia gunkn kuasanya sbg suami dgn menghalang kehadiran ibu, akhirnya saya dan kakak shj meraikn konvokesyen tanpa ibu disisi…..

    sehingga kini, ayah masih menggunkn kuasa ‘veto’ nya sbg seorg suami & ayah….. ugut2 mcm2, malah menghasut saudara-mara sebelahnya supaya membenci saya dan kakak…. malah mengatakan saya yg menghasut ibu membencinya……

    beginilaa hidup kami 3 beranak sehingga ke hari ini…… sehingga kini saya tabah menghadapi ujian ini tanpa mengaibkn ayah kpd sesiapa pun seperti yg dia lakukan kpd saya dan kakak…. cuma kadang2 tu bertanya jugak, ujian dtg dari pelbagai sudut….namun ujian menghadapi perangai ayah ni, seolah-olah tiada kesudahanya……

     
  82. maizatul

    24 Januari 2014 at 11:19 pm

    Artikel yang begitu membina :).. mohon share ya ustaz

     
  83. nia

    27 Januari 2014 at 11:07 am

    Subhanallah..sesungguhnya saya amat terkesan dengan ayat2 ustaz. Terima kasih ya ustaz dengan perkongsian ini. Membuat diri ini terasa kerdil.

    Mohon kebenaran untuk dishare.

     
  84. Salam Ukhwah

    23 Mac 2014 at 12:34 am

    ASSALAAMU’ALAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH.
    ALHAMDULILLAAH..
    Walau jauh namun dekat dihati.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,204 other followers

%d bloggers like this: