RSS

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

15 Okt

Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu.

Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya! 

Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.   

Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikat ini, hidup kita akan menjadi semakin tenang. Jika tidak, kita akan sentiasa rasa arah, kecewa, dipersenda dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan. Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dunia memang tidak adil, maka hidup kita kan menjadi lebih tenang dan harmoni.

Mengapa di dunia ini tidak ada kedailan yang mutlak? Yang baik, tidak semestinya mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Manakala yang jahat, acap kali terlepas dan bebas? Ya, inilah kaedah Allah menguji manusia, agar terserlah siapa yang benar-benar ikhlas berbuat kepadaNya dan siapa pula yang benar-benar meninggalkan kejahatan kerana-Nya jua. Inilah ujian iman.

Menerusi pengajian tauhid, yakni dalam mengenal sifat-sifat Allah, memang kita telah sedia maklum bahawa Allah swt akan memberi dan menunjukkan sifat keadilan-Nya secara mutlak dan tuntas di akhirat nanti. Manakala, di dunia ini Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara sepenuh dan menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman kepadaNya.

Lihat bagaimana nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan beberapa nabi yang lain telah dibunuh oleh musuh-musuh kebenaran. Sekiranya kita sebagai suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, pemimpin, pengikut… menerima layanan atau balasan yang tidak adil, biasalah. Inilah hakikat dan lumrah hidup yang mesti ditempuh. Jangan mencari yang ‘serba kena’ kerana hidup dipenuhi oleh resam yang ‘serba tidak kena’.

 Sekiranya kita berbuat baik kerana mengharapkan ganjaran, pembalasan dan ucapan terima kasih daripada manusia, tentu kita akan keewa kerana umumnya manusia memang tidak pandai berterima kasih apalagi untuk membalas budi. Memang, buat baik dibalas baik, tetapi bukan seua kebaikan dibalas di sini (dunia), ada yang Allah simpan di sana (akhirat).

Justeru, apabila Allah menyuruh manusia melakuan kebaikan atau meninggalkan kejahatan, Allah akan menyeru kepada manusia yang beriman dengan lafaz “Ya ayyuhal lazi na amanu – wahai orang yang beriman.” Begitu juga apabila Rasulullah saw menyeru untuk umatnya melakukan kebaikan, baginda sering memulakanya dengan berkata, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah…”

Banyak hikmahnya mengapa Allah dan RasulNya berbuat demikian, salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dengan ikhlas, sabar dan istqamah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yakni, mereka yang yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau seksa yang setimpal.

Allah memujuk, Nabi Muhammad dan orang-orang beriman dengan firmanNya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”

Impak daripada itu, manusia yang beriman akan menghadapi hidup ini dengan lebih tenang. Tidak banyak merungut, merengus dan marah-marah. Jika madu dibalas tuba, mereka mampu sabar dan redha. Apabila mendapat ‘limau masam’, mereka akan segera membuat ‘air limau’. Makna, sekiranya apa yang mereka terima sebagai balasan, tidak seperti yang diharapkan dan dijangkakan, mereka tidak ‘memberontak’, sebaliknya mereka mengubah hati, fikiran dan perasaan mereka untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan baik.

Apabila inginkan kejayaan, tetapi sebaliknya kegagalan yang berlaku… mereka akan berkata, “Tidak mengapa, kegagalan adalah yuran kepada kejayaan, kegagalan adalah ‘kejayaan’ yang ditangguhkan. Orang berjaya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.”

Mereka tidak mengutuk orang lain, keadaan, diri mereka sendiri apalagi mempersalahan Tuhan. Mereka tidak akan menyesal dan kesal terhadap apa yang berlaku sebaliknya mencari tapak dan semangat baru untuk berusaha dengan lebih baik. Lalu dalam kamus orang berjaya sering tertera pengukuhan kata-kata ini: Kegagalan adalah peluang untuk memulakan semua dengan lebih baik!”

Oang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain.

Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata.

Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.

Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!”

Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat:  Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat!

Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”

 
82 Komen

Posted by di 15 Oktober 2012 in Tarbiyah

 

Label: , , , , ,

82 responses to “DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

  1. syada iltizam

    15 Oktober 2012 at 12:13 pm

    syukran ustaz.. artikel yg sgt mmbantu bg seorg pelajar dlm mnjalani hidupny yg banyak turun dan naik.. Alhamdulillah.. ^_^

     
  2. siti zainab

    15 Oktober 2012 at 12:40 pm

    Masya-Allah artikel yg baik, bagus buat renungan diri, orang lain…

     
  3. IS Othman (@othman_ida)

    15 Oktober 2012 at 12:52 pm

    Jazakallah

     
  4. Nurul Asyikin Binti Mohd Rashid

    15 Oktober 2012 at 1:10 pm

    alhmdulilah..terima kasih ustaz…n_n

     
  5. Aishah

    16 Oktober 2012 at 1:38 pm

    syukran…panduan hidup buat smua.

     
  6. Intan Bahiya Talhah

    16 Oktober 2012 at 4:12 pm

    jazakallahu khair..

     
  7. Nailah bt Abd Rahim

    16 Oktober 2012 at 5:33 pm

    terima kasih di ats prkongsian dari ustaz..keadilan yang sebenarnya hnyalah pd Yg Maha Adil..tiada y lbh adil melainkn Dia..k’adilan y sbnrnya adlh swktu Hari Pengadilan semua umt mnusia iatu Hari Akhirat.

     
  8. azfar

    16 Oktober 2012 at 6:31 pm

    Terima kasih ustaz, Saya sedang bertatih mencari erti sabar,redha dan syukur. Dalam bertatih saya jatuh, tersungkur..peritnya melepaskan apa yang telah Allah pinjamkan. Membaca entri2 ustaz memberi suntikan semangat untuk terus mencari keredhaanNya..

     
  9. mutiara

    16 Oktober 2012 at 9:13 pm

    Alhamdulillah… Terima kasih ustaz :)

     
  10. Nor Ab Manaf

    16 Oktober 2012 at 9:52 pm

    syukur kerana membaca artikel ini. Semoga Allah memelihara tuan dan teruskan perjuangan.

     
  11. Farahindiana

    17 Oktober 2012 at 2:36 am

    Assalamualaikum.saya sudah baca buku Dimana Dia Di Hatiku tulisan ustaz.sungguh sayu di hati saya,ditamah dgn artikel2 yg sgt terkesan.semoga Allah memberkati kita semua,Aminn :)

     
  12. laila

    17 Oktober 2012 at 9:00 am

    dilahirkan sebagai Melayu, susah betul utk faham bahawa ilmu agama juga perlukan kemahiran untuk faham apa itu agama. tidak faham benar kenapa diuji, kenapa itu ini terjadi pada kita, tetapi artikel ini mungkin lebih memahamkan hidup ini adalah servis, jawapan kenapa kita diuji.

     
  13. Mohd Fauzi

    17 Oktober 2012 at 11:25 am

    Syukran…artikel yang membantu dan menyentuh kalbu….pohaon kebenaran untuk copy pada blog ana ustaz….

     
  14. azrai

    17 Oktober 2012 at 11:32 am

    Syukran ustaz. Menarik…sbb itulah org yang jitu imannya tidak takut mati….krn mati itu rehat bg mereka… Justeru sekrg bkn masa berehat utk kita drp beriman dan beramal….

     
  15. Mohd Hisham Mohd Kamal

    17 Oktober 2012 at 11:35 am

    Dunia ini tidak adil, kerana Allah ingin mengganjari kita atas kesabaran kita, juga atas jihad kita.
    Allah Maha Mengetahui. Terima kasih, Ustaz.

     
  16. qasumma

    17 Oktober 2012 at 11:45 am

    Pay Now Play Later…. seperti artikel sebelum ni…sgt bermanfaat

     
  17. izan moraz

    17 Oktober 2012 at 10:56 pm

    Kita hanya boleh mentadbir, tapi Allahlah yang mentakdir segalanya

     
  18. zura

    18 Oktober 2012 at 8:28 am

    terimakasih Ustaz..moga Allah swt sentiasa merahmatimu..
    tapi sy nmpk ada ads tilik nasib tapak tangan kat bwh article ni…mcm tak sesuai la pulak..
    maaf sy cuma beri pandangan jer..

     
  19. SYEDHAFIZ

    18 Oktober 2012 at 9:51 am

    terimakasih ustaz..

     
  20. ummumuaz

    18 Oktober 2012 at 4:09 pm

    Salam saudara pahrol,
    Saya sentiasa nantikan entri terbaru saudara. Pun membaca berkali entri2 terdahulu. Semuanya meredakan hati yang rawan dan menyuntik semangat. Ada entri yang terkait dgn diri sendiri. Lalu hati menjadi sebak. Hanya Allah tempat mengadu. Salam

     
  21. riduan

    18 Oktober 2012 at 5:57 pm

    Artikel yg sgt menarik ustaz… terima kasih ustaz, semoga kita sama2 tidak jemu melakukan kebaikan kerana InsyaAllah, pasti akan ada ganjaran daripada Allah SWT dalam keadaan cepat ataupun lambat, dalam kita sedar ataupun tidak.. semoga ustaz terus diberi kekuatan intuk menulis…

     
  22. ct_sue

    18 Oktober 2012 at 8:41 pm

    Terima kasih ustaz..
    Artikel yg sesuai dgn situasi sy..
    ^_^

     
  23. tungkaran hati

    19 Oktober 2012 at 7:43 am

    terima kaseh diatas kesudian tuan mengikuti blog hamba…

     
  24. fadzil

    19 Oktober 2012 at 9:45 am

    Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: KEREHATAN atau DIREHATKAN DARIPADANYA. Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

     
  25. Fisha

    19 Oktober 2012 at 11:00 am

    Salam Ustaz,
    Saya baca artikel ini berkali-kali kerana saya ingin benar-benar memahaminya dan saya ingin agar ianya meresap dalam jiwa saya. Saya teraniaya dan orang itu terus menerus memfitnah saya. Semoga dia menyedari kesalahannya serta mendapat hikmah dan hidayah.
    Terima kasih ustaz.

     
  26. MAZNIAH BINTI MD ZAIN

    19 Oktober 2012 at 6:15 pm

    Terima kasih ya ustaz, artikal yang boleh dijadikan panduan hidup untuk dunia dan akhirat. terima kasih daun keladi.

     
  27. NURUL AKMA BINTI RAMLI

    20 Oktober 2012 at 12:00 am

    terima kasih ustaz…menyedarkan diri yang lalai ini…

     
  28. sarah

    20 Oktober 2012 at 10:26 am

    As-salam Ustaz…
    Terima kasih atas tulisan ini..hidup ini memang memenatkan. Bila2 ustaz kupaslah denga lebih detail mengenai “kebersihan itu separuh dari iman”, mencabar betul membersihkan rumah. repeat the same thing thousand times.. saya membujuk hati.. “kebersihan itu kan, separuh dari iman”,

     
  29. El Fata

    20 Oktober 2012 at 10:28 am

    Subhanallah…syukran ustz atas artikel yg sgt menyedarkan..baru semalam diuji alhmdulillah rontaan perasaan dh kembali tenang selepas mengetahui hakikat keadilan dunia ini. insyaAllah bertambah rasanya keyakinan terhadap hari akhirat..syurga yg lebih pasti..keadilan mutlak Maha Pencipta!

    Sy ingin bertanya pd ustaz..sy masih belajar, antara dakwah, keluarga, study mana satu yg patut sy dahulukan sekiranya ketiga2nya dtg dlm satu masa? sekian ustaz..jzkk

     
  30. zaleha

    20 Oktober 2012 at 10:39 am

    terima kasih ustaz ..menyedarkan saya tentang hakikat kehidupan ini..izin post dalam fb kata2 ustaz..
    “Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.”

    sekadar mengingatkan diri dan teman2..

     
  31. yusoffnor

    20 Oktober 2012 at 3:20 pm

    Allahhuakbar…ya ALLAH berikan lah kami kekuatan menjalani ujian MU dgn sabar dan redha.. terima kasih ustaz memberikan kami dengan penawar untuk kejernihan qalbu kami….

     
  32. yasmin

    20 Oktober 2012 at 11:22 pm

    setiap artikel yg ditulis oleh ustaz mempunyai maksud yg mendalam dan sangat mendatangkan kesan pada saya.Teruskan usaha berdakwah kerana tanpa mesej-mesej sebegini kadangkala membuatkan jiwa alpa dan leka dengan dunia yg sementara ini

     
  33. maisilu

    21 Oktober 2012 at 7:04 pm

    sangat bermanfaat. tq.

     
  34. NurolFadhilah

    21 Oktober 2012 at 9:53 pm

    Alhamdulillah,…Terima kasih Allah kerana mengurniakan idea kepada insan ini untuk menyentuh hati-hati kami dengan penulisannya tentang kehidupan yang abadi dan diberkati…. untuk kami meniti kembali jalan keredhaanMU. Amin……

     
  35. Din

    22 Oktober 2012 at 8:02 am

    Alhamdulillah…satu lagi ustaz, janganlah kita menolak kebenaran dengan memilih orang yang zalim, fasik menjadi pemimpin kita. Di akhirat kelak, dengan kita semua sekali beratur masuk untuk dihumban ke dalam neraka. Na’uzubillah…

     
  36. damza

    22 Oktober 2012 at 9:34 am

    Terima kasih ustaz…moga diri saya, ustaz dan orang orang yang kita sayang sentiasa dalam redha Allah..cuba yang terbaik untuk kita..moga kita sentiasa malu padaNya untuk melakukan perkara yang dmurkaNya..amin..

     
  37. Hamba Allah

    22 Oktober 2012 at 3:20 pm

    Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz… Dengan bersangka dunia ini tiada keadilan yang mutlak menjadikan hati menjadi tenang dengan segala ujian yang mendatang…Saya doakan agar ustaz sentiasa sihat dan selalu berkarya bagi renungan kita bersama…

     
  38. wan nora wan ahmad

    22 Oktober 2012 at 3:59 pm

    alhamdulilah…syukur atas tulisan yang tawaduk ini…insaf bacanya

     
  39. hamba yang mencari2

    22 Oktober 2012 at 4:20 pm

    Assalamualaikum ustaz..terima kasih kerana menyampaikan ilmu secara penulisan yang benar2 dapat mengubat hati yang sentiasa tercari2…

    Ustaz, saya nak bertanya..kenapa dalam membuat sesuatu keputusan di antara 2 jalan, selepas istiqarah..tapi hati masih lagi ada was2 lg….

    Saya harap ustaz sudi melapangkan masa untuk menjawab persoalan yang terpendam ini melalui email saya.

    Terima kasih ustaz.

     
  40. Honey Solehah

    23 Oktober 2012 at 8:38 am

    Ustaz, may Allah grant u Jannatul Firdaus…dan kita semua Insya-Allah…aaameen…lega rasanya hati & diri tatkala teringatkan Allah :)

     
  41. MAH

    23 Oktober 2012 at 8:49 am

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Mudah-mudahan ada di kalangan mereka di pihak kerajaan dan pembangkang terbaca artikel yang begitu komprehensif ini dan mereka akan insaf untuk menjadi manusia yang lebih baik demi agama, bangsa dan negara yang tercinta ini.

     
  42. hasnida

    23 Oktober 2012 at 1:29 pm

    salam aiduladha…perkongsian yang amat baik…berkesan …smg Allah memberkati….

     
  43. Eiza Greenappleku

    24 Oktober 2012 at 1:55 pm

    Artikel pengubat jiwa yang sedang mencari peringatan. :)

     
  44. nur

    27 Oktober 2012 at 5:06 am

    terbaekk… insaf rasa hati. Tq ustaz, semoga Allah kurniakan kebahagiaan kepada ustaz sekeluarga atas sgala usaha dakwah ustaz

     
  45. aliza

    27 Oktober 2012 at 7:47 pm

    Memang sebenar- benarnya akhiratlah tempat serehat – rehatnya. Jika tidak pepatah dahulu kala pon ada menyebut bersusah – susah dahulu bersenang- senang kemudian. Buatlah amalan sehingga kamu merasa jemu sesungguhnya allah tidak pernah merasa jemu. Benarlah kata- kata ustaz. Jazaakallah khairan.

     
  46. Luqman

    28 Oktober 2012 at 8:10 pm

    Jazakallah ustaz
    perkongsian yang amat bermakna dalam memanifestasikan kehidupan seorang hamba

     
  47. muslim

    29 Oktober 2012 at 1:34 pm

    Assalamu’alaikum ustaz. sy mohon sangat izin share dari kata2 ustaz dg kawan sya di fb.. syukran… :)

     
  48. faha

    29 Oktober 2012 at 4:42 pm

    Salam,

    Saya sedang menjalankan survey mengenai masjid bagi tujuan kajian penyelidikan master saya. Harap dapat meluangkan sedikit masa menjawab soalan yang di berikan.
    Klik link di bawah untuk terus ke soalan. Kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ

     
  49. aniza

    30 Oktober 2012 at 2:04 pm

    Salam ustaz, terasa ada ketenangan sebaik membaca dan menghayati baris-baris tulisan ustaz. Sangat memberi kesan kepada hati ini yang sentiasa tertanya-tanya kenapakah kebaikan yang kita buat seolah tidak nampak langsung, tetapi sedikit saja kesilapan terus dihukum seolah-olah kesalahan yang amat besar.
    Terima kasih ustaz.

     
  50. wan mazuan

    31 Oktober 2012 at 7:03 pm

    terima kasih saudara pahrol,hanya Allah yg tahu anda tlah mmbantu saya meraungi hidup kali ini.

     
  51. wam

    1 November 2012 at 11:02 am

    tulisan-tulisan ustaz xpernah mengecewakan….saya suka…..

     
  52. Hamisah Jaafar

    1 November 2012 at 9:05 pm

    Alhamdulillah..satu perkongsian yang amat bermakna dan tarbiah diri setiap insan yang membaca. Semoga ianya dapat menjadi ilmu yang menguatkan jiwa2 yang ada masanya kuat dan ada masanya lemah.. Ya Allah jadilah kami semua hamba Mu yang sentiasa bersyukur dengan apa jua yang Engkau anugerahkan..

     
  53. Mazni Md Isa

    2 November 2012 at 11:34 am

    apa yang ustaz coretkan disini lebih kurang sama dgn apa yang selalu diingatkan oleh guru saya melalui pengajian kitab Hikam Abi Madyan dan Ibnu Atha’illah…terima kasih banyak ustaz…teruslah berkarya kerana tulisan ustaz banyak memberi peringatan dalam menempuh liku2 kehidupan sebelum berangkat pulang kepada Allah…

     
  54. rohana

    3 November 2012 at 2:35 pm

    Assalamualaikum Tuan..

    Alhamdulillah…. syukur kepada ALLAH SWT kerana akhirnya saya ditemukan (walaupun secara maya) dengan Tuan yang begitu banyak memberi panduan yang bersesuaian dengan saya… selamanya saya sentiasa mencari sesorang yg dapat memberi panduan kepada saya dalam menjalani kehidupan ini dengan cara yang berhemah dan tidak keterlaluan..

    Semoga Tuan terus direzekikan ALLAHSWT dengan kesihatan yang baik dan dapat terus menasihati saya.
    Terima kasih Tuan.

     
  55. edogawa conan

    4 November 2012 at 1:26 am

    salam..

    terima kasih ustaz..

    malam ni hati saya tak keruan. setelah sekian lama berhempas pulas mengajar hati untuk redha dengan takdir Ilahi, hati saya masih menangis menangisi apa yang berlaku.

    hmm..alhamdulillah, rasa sedikit tenang selepas membaca artikel ni.
    ya..ketenangan itu dari Allah.

    moga Allah redha dengan usaha ustaz. ameen.

     
  56. cili padi

    4 November 2012 at 7:20 am

    Salam sejahtera Protaz…macam biasa tepat pada waktu artikel ni,cuma saya yang lambat bertandang.Orang yang beriman sahaja yang sanggup bersusah dan sabar dalam susah kerana faham keadilan dan hakikat ujian.Selama ini saya sanggup susah dan rasanya dah faham hakikat ujian…yang masih tak ada ialah sifat sabar tu.Payah betul nak dapat…baran saya tak hilang2…Kini saya baran bila berada bersama2 orang2 yang pamerkan wajah ‘islamic’ tetapi hakikatnya akhlak tak gitu.Bila ditegur,sampai ke sudah tak ngaku.Bab halal-haram duit tak diendah,ada aje justifikasinya…Islam tak larang orang Islam jadi kaya,kekayaan orang Islam mesti ditunjuk supaya nonmuslim hormat kat kita,zuhud ada tempatnya,bila lagi nak tolong orang Islam kerana kita sekarang ada kuasa kat tangan,hak kita napa pulak nak halang,etc…Bab layak/tak layak ambil,membazir,kroni tak layak,etc tak kisah pulak…Semua ujian Allah,ujian bagi yang berbuat tak islamic tapi rasa islamic dan juga ujian buat saya yang tahu,lihat dan tertekan dalam usaha menegur…Terima kasih Protaz…usaha kat kita,keadilan hak Allah…doakan saya beroleh kesabaran seperti TGNA dan DSAI…Sabar betul mereka berdua…

     
  57. nuralia

    4 November 2012 at 12:27 pm

    mampukah kita untuk bahagia dengan derita ustaz..adakala ujian datang melanda tidak henti2..tidak nampak di mana kebahagiaannya lagi..adakala hati berkata-kata adakah hidup ini hanya untuk menanggung sengsara..mohon mereka yang diharapkan dapat memahami..langsung tidak pernah faham…mohon keampunanMu ya Allah..

    terima kasih atas perkongsian ini..

     
  58. Catwumen

    4 November 2012 at 1:38 pm

    Moga Allah merahmatimu selalu ya ustaz… Dari tulisan dan ucapanmu diri ini sentiasa merasa DIA mendidikku… Melaluimu… Alhamdulillah Ya Allah…. mode:syahdu….

     
  59. aida S

    5 November 2012 at 12:07 pm

    terima kasih byk2 ustaz…artikal ni sedikit sebanyak dapat memujuk hati saya yg tengah sedih ini..memang betul kata ustaz..dunia ini tidak adil..insyaAllah saya cuba untuk tidak terlalu mengharapkan balasan dr orang yg kita sayang…

     
  60. chandeliar

    6 November 2012 at 2:45 pm

    Kata-kata yang sangat lembut membuatkan hati berbisik-bisik mengiyakan kebenarannya…..

     
  61. Mohd Najyasyraf Hussin

    6 November 2012 at 4:57 pm

    Artikel yang sangat bermanfaat.

     
  62. haya

    7 November 2012 at 8:16 am

    terima kasih ustaz… Semoga kita semua terus tabah dalam menjalani ujian hidup di dunia ini.. amin..

     
  63. Jamain

    7 November 2012 at 9:18 am

    benar2 menyentuh jiwa dan banyak manfaatnya…

     
  64. maza

    7 November 2012 at 1:21 pm

    Salam ustaz,
    Alhamdulillah, penulisan ustaz dapat menenangkan hati, mensyukuri apa yang diberi dan berusaha memperbaiki diri untuk mendapat redha Illahi. Mohon dikongsi. Terima kasih.

     
  65. Muhammad Zahid

    7 November 2012 at 9:29 pm

    Assalammualaikum w.b.t

    TAWARAN MENARIK.

    JUALAN PROMOSI BUKU ”Mutiara Ihya’ Ulumuddin” yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dari kitab asal karangan Imam Al-Ghazali.

    Kitab Ihya Ulumuddin adalah karya seorang ulama besar, Hujjatul Islam, Al Imam Abu Hamid Ghazali atau Imam Al-Ghazali adalah kitab besar yang sangat berpengaruh di kalangan umat Islam.

    Kitab ini berisi ajaran tentang Adab, ibadah, tauhid, akidah dan tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil perenungan yang mendalam dari Imam Ghozali tentang berbagai hal, khususnya tentang pensucian hati.

    Terjemahan ini terbahagi menjadi 5 buku atau 5 jilid

    Antara Kandungan Menarik mengenai kitab ini:-

    1. ILMU PENGETAHUAN.
    2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
    3. RAHSIA-RAHSIA THAHARAH (BERSUCI).
    4. RAHSIA-RAHSIA SOLAT DAN KEUTAMAANNYA.
    5. PENERANGAN SYARAT-SYARAT BATIN DARI PERBUATAN HATI.
    6. RAHSIA ZAKAT.
    7. RAHSIA BERPUASA.
    8. RAHSIA HAJI.
    9. ADAB MEMBACA AL-QURAN.
    10. ZIKIR DAN DOA.
    11. ADAB-ADAB MAKAN, UNDANGAN MAJLIS MAKAN DAN MENGHORMATI TETAMU.
    12. ADAB-ADAB PERKAHWINAN.
    13. ADAB-ADAB PEKERJAAN DAN SARA HIDUP.
    14. HALAL DAN HARAM.
    15. ADAB-ADAB BERGAUL DAN BERMASYARAKAT.
    16. ‘UZLAH (BERSENDIRIAN) DAN MUKHALATHAH (BERGAUL).
    17. ADAT BERMUSAFIR.
    18. AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.
    19. ADAB KENABIAN DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W.
    20. LATIHAN MENTAL, PENDIDIKAN AKHLAK DAN RAWATAN PENYAKIT HATI.
    21. KEBURUKAN MARAH, DENDAM DAN HASAD (DENGKI).
    22. KEBURUKAN DUNIA.
    23. KEBURUKAN BAKHIL DAN HARTA.
    24. BAHAYA PANGKAT DAN RIAK (MENUNJUK-NUNJUK).
    25. BAHAYA TAKBUR DAN BANGGA DIRI26. BAHAYA GHURUR (TERTIPU)
    27. TAUBAT.
    28. SABAR DAN SYUKUR
    29. HARAP DAN TAKUT.
    30. FAKIR DAN ZUHUD
    31. NIAT, IKHLAS DAN BENAR.
    32. PERHITUNGAN (MUHASABAH) DAN PENELITIAN (MURAQABAH).
    33. BERFIKIR.
    34. MENGINGATI MATI DAN PERKARA YANG TERJADI SESUDAH ITU.
    35. PENUTUP KITAB.

    Siapa yang berminat boleh PM di inbox saya.
    mrbohie@gmail.com
    <http://mrbohie.blogspot.com/2012/10/jualan-promosi-buku-mutiara-ihya.html

     
  66. peacedeal

    8 November 2012 at 9:56 am

    Syukran ustaz, peringatan untuk diri yang selalui alpa.

     
  67. zarina

    11 November 2012 at 4:18 pm

    Assalam ust, saya sedang membaca dan sedang belajar untuk terima seadanya, moga Allah beri hati yg tabah..dan redha..

     
  68. bapim

    14 November 2012 at 6:30 am

     
  69. jaevynamnah

    29 November 2012 at 6:18 pm

    Terima kasih ustaz atas nasihat yg menusuk ke kalbu. Hati jadi tenang membaca tulisan ustaz yg baik.

     
  70. aidah

    1 Disember 2012 at 3:32 pm

    Alhamdullillah….bertambah yakin dengan janji Allah….pasti kebahagian akan menjengah satu hari nanti….

     
  71. masz

    1 Disember 2012 at 10:49 pm

    Mmg penat krn org sekeliling slalu tidak adil dgn kita. Artikel ini menyejukkan hati dan sbg ingatan kpd kita semua spy bersangka baik dgn setiap duka yg dialami. terima kasih ustaz.

     
  72. Iza SuhailaI

    9 Disember 2012 at 12:24 am

    Jazakallah

     
  73. farhain

    18 Disember 2012 at 11:20 pm

    Ya Allah kuatkanlah hati hambaMu ini

     
  74. Norzita

    19 Disember 2012 at 3:35 am

    Terapi minda…bagus untuk muhasabah diri yang sering lupa dan alpa…syukran jazilan ya ustaz….boleh membantu para pendidik untuk membangunkan jiwa para pelajarnya….

     
  75. Fatimah AzZahra

    30 Disember 2012 at 12:42 pm

    Artikel pengubat jiwa yang sedang mencari peringataN..

     
  76. noraini

    5 Mac 2013 at 1:24 am

    Betul….manusia memang sukar berterima kasih…dulu saya pernah kecewa dengan sikap manusia…akhirnya saya pasrah..manusia sukar memahami.

     
  77. RIZAL RAMLI

    11 April 2013 at 10:00 am

    Salam mahabbah…
    TAHNIAH! Artikel ini sangat bagus…saya amat2 menyukai penulisan ini…

     
  78. firdaus

    26 April 2013 at 2:08 am

    assalamualaikum ustaz…terima kasih di atas perkongsian artikel yg sangat2 bernas n bermanfaat…moga Allah merahmatimu…. mohon share to fb TQ.

     
  79. salina

    24 Jun 2013 at 10:05 pm

    Semoga kita selamat dunia dan akhirat

     
  80. Rosman Rais

    17 Julai 2013 at 6:38 pm

    Assalammualaikum Ustaz.. saya mohon share..

     
  81. Mr Y

    21 September 2013 at 4:46 am

    salam..artikel ni sgt bagus..kena tepat batang hidung..terima kasih ustaz..semoga memberkati ustaz..dunia ni mmg xadil ustaz..kdang kala sgt kcewa dgn hidup ni..xtau bila penderitaan ni akan berakhir..

     
  82. mimie

    29 November 2013 at 1:37 pm

    terima kasih ustaz. alhamdulillah tenang hati ni.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,254 other followers

%d bloggers like this: