RSS

MARI BEREHAT DENGAN SOLAT

09 Nov

Saudara dan sahabat-sahabatku… 

Semakin ramai yang mengajukan persoalan dan permasalahan sama ada di blog ini ataupun melalui FB saya. Saya simpati dan empati. Namun, disebabkan pelbagai hambatan, saya tidak mampu menjawab semuanya.

Apatah lagi, apabila saya amat-amati, dalam soalan itu sendiri pun telah ada jawapan. Ya, yang sukar adalah untuk mujahadah. Untuk sabar serta bijaksana untuk menghadapi dan menyelesaikannya sahaja.

Kebanyakannya hanya perlu ‘didengar’ untuk sekadar berkongsi rasa. Bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk dileraikan. Jangan terus terbuku dan terpendam di dalam jiwa. Hakikatnya, kita sama sahaja. Saya pun begitu juga… sangat memerlukan ‘pihak lain’ untuk menjadi pendengar, tempat kita meluahkan segala dan semua. Dengan berkongsi, kita berbagi derita. 

Kebanyakan jawapan pada permasalahan sudah ada saya tuliskan dalam buku-buku saya. Sama ada Di Mana DIA di hati ku, Tentang Cinta, Cinta Kerana Allah, Mukmin Profesional, Dua Hati Satu Rasa, Nota Fikir untuk Zikir dan sebagainya. Rajin-rajinlah membaca – cari kekuatan dalam diri. Juga hadirilah kuliah-kuliah ilmu, insya-Allah hati yang luka akan dapat diubati. Saya sendiri membaca berkali-kali buku-buku itu dan buku tulisan orang lain. Namun paling penting,  jagalah  solat dan zikir , kerana itulah terapi yang paling “meresap’  dan mujarab. 

 Kebanyakan tulisan-tulisan saya adalah gelombang rasa dan ombak mujahadah yang sedang atau telah saya lalui sendiri. Saya yakin itulah juga yang pembaca lalui. Jadi, saya hanya menukilkan sahaja rasa yang pernah dialami oleh kita bersama. Saya cuba mencari kekuatan dengan menulisnya dan kemudian cuba bermujahadah untuk mengamalkan. Kekadang (malam selalu) jatuh juga bergelimpangan.  Tetapi saya cuba bangun semula… Begitulah saya doakan untuk para pembaca. Agar tidak mengira berapa kali kita jatuh, tetapi sejauh mana dan sekuat mana kita bangun semula.

 Ingin saya tegaskan buat diri sendiri dan pembaca… ilmu itu walaupun utama, tetapi bukan segala-galanya. Paling utama, kita perlu mengamalkannya.  Bagaimana nak sabar? Bagaimana nak redha? Bagaimana nak memaafkan? Tidak ada jawapan kepada persoalan ‘bagaimana’ kecuali ditempuh sendiri oleh mereka yang mengalaminya. Sakit perit dalam mujahadah ada dalam realiti kehidupan bukan pada helaian buku dan catatan. Menulislah dalam kehidupan sendiri dengan peluh, air mata dan darah… barulah ketenangan dan kejayaan terserlah.

Tidak ada jalan pintas di lebuh raya kebenaran. Semua insan perlu melaluinya dengan menanggung kesusahan. Itulah jalan yang dipilih Allah untuk mendapat Jannah. Syurga dipagari oleh kesusahan dan penderitaan. Cinta-Nya menagih pengorbanan. Jika perlu menangis, menangislah kerana Allah. Jika perlu sakit, sakitlah kerana Allah. Jika gagal, gagallah juga kerana Allah. Yang hitam dan putih adalah milkNya, kita hanya hamba – pada kita hanya usaha. Kemudian tawakal. Kemudian pasrah dan menyerah – kita milik Allah, kepadaNyalah kita akan dikembalikan.

 Buat yang menghubungi, sama ada melalui FB, Blog mahupun sms… marilah kita bangun bersama untuk bermujahadah. Lawan segala tipu daya syaitan dan bujukan nafsu. Pinggirkan segala yang menghalang jalan kita menuju-Nya, sama ada dari insan terhampir bergelar suami, isteri, anak atau pemimpin atau insan jauh yang telah meminggir.  Sebagai sumbangan kecil dariku untuk semua terimalah:

MARI BEREHAT DENGAN SOLAT! 

Siapa yang tidak pernah ditimpa masalah dalam hidup? Bahkan hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai “tempat untuk menyelesaikan masalah”. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Bagaimana? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu!

Ketika itu, jangan hanya dilihat “sebab” tetapi lihatlah pada “penyebab” segala sebab. Insya-Allah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya.

Sama ada semua masalah kita akan diselesaikan-Nya ataupun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya!

Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)

Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud: “Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.” (Surah al-Baqarah 2: 45)

Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan Allah menerusi solat?

Marilah mencari kerehatan dengan solat. Mudah-mudahan:

i) Hati tenang menghadapi ujian

Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya: “Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha 20: 14)

Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)

Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.

ii) Mendapat jagaan Allah

Dalam solat juga, seseorang akan mendapat penjagaan Allah hasil daripada menjaga hukum Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu.” (Riwayat Ahmad)

Abdullah bin Salam pula pernah berkata: “Sekiranya keluarga Rasulullah s.a.w. ditimpa sebarang kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membacakan ayat Allah berikut (mafhumnya): ‘Dan perintahkan keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan sabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa.’” (Riwayat al-Tabarani)

Sekian lama kita menagih simpati dari ‘benda’ dan manusia. Ya, lumrah hidup, setiap manusia pasti menghadapi tekanan dalam hidupnya. Apa yang mereka biasa lakukan? Mengikut pendapat pakar psikologi, jika seseorang ditimpa masalah, dia perlu meluahkan masalah itu kepada pihak kedua dan jangan sekali-kali dipendamkan. Bagaimana?

  • Tulisan

Luahkan dan tumpahkan semua masalah itu dalam bentuk perkataan dan ayat. Dengan menulis, seseorang akan menjadi lebih rasional dan jelas tentang apa yang sedang dihadapinya. Secara beransur-ansur, emosi yang tertekan dan menggelegak akan menjadi reda apabila fikiran mencari kata dan fakta, kemudian menyusunnya membentuk ayat bagi menterjemahkan rasa hati.

  • Luahan

Cari orang yang paling dipercayai dan luahkan segala masalah itu kepadanya. Jangan diharapkan sebarang penyelesaian, tetapi cukup sekadar meluahkan. Dengan bercerita dan berkongsi segala yang terpendam di jiwa bersama orang yang dipercayai, kita merasakan tidak keseorangan dalam menghadapi masalah tersebut. Ini memberi kelegaan buat jiwa.

Mengikut kajian pakar psikologi, manusia memerlukan manusia lain untuk mendengar segala rintihan dan kesusahan hatinya, sama seperti mereka memerlukan makanan. Tanpa makanan, badan akan lemah. Begitulah, tanpa didengar masalahnya manusia akan tertekan dan lemah jiwanya.

  • Aktiviti Lain

Mengikut pakar perubatan, mereka yang memiliki binatang kesayangan seperti kucing, ikan dan burung dapat mengurangkan stres berbanding mereka yang tidak. Begitu juga seseorang yang memiliki hobi tertentu umpamanya, membaca buku, memanjat bukit, berkebun dan sebagainya. Dengan melihat, memegang dan mendengar sesuatu yang menyeronokkan melalui binatang kesayangan dan hobi yang diminati ini, tekanan yang dihadapi dapat diminimumkan.

Itulah tiga cara untuk mendapatkan kelegaan dan ketenangan jiwa. Namun, bagaimana hebat dan bijak sekalipun kaedah yang mampu difikirkan manusia, ia tidak dapat menandingi kaedah yang telah ditetapkan Allah. Ya, kaedah yang ditetapkan itu ialah solat!
Dalam solat, seluruh elemen dalaman dan pancaindera lahiriah diarahkan untuk berhubung dengan Allah. Sebab itulah, ada ulama yang menyatakan solat itu satu bentuk hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya.

Bayangkan, solat umpama “wayar” yang menyambungkan diri seorang hamba yang lemah, jahil, hina, miskin dan tidak berdaya dengan Allah; Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui, Maha Mulia, Maha Kaya dan Maha segala-galanya. Solat itu umpama “talian hayat” buat seorang hamba apabila berdepan dengan segala kekusutan, kekeliruan dan kesusahan dalam hidupnya.

Jika kita punya hajat, solatlah dua rakaat, solat hajat. Pintalah kepada Allah segala yang diingini. Yakinlah akan janji Allah ini: “Pintalah, nescaya akan Aku kabulkan.” (Surah al-Mu’min 40: 60)

Jika pada suatu masa dan keadaan, kita keliru untuk membuat keputusan dan melakukan pertimbangan, maka dirikan solat istikharah. Insya-Allah, Allah akan berikan ketenangan emosi dan kestabilan fikiran untuk membuat keputusan. Kita akan dipandu ketika memilih kebaikan di tengah-tengah ribuan kecelaruan.

Jika yang kita ingini rezeki, maka dirikan solat Duha, solat yang menjadi kunci pembuka rezeki dari langit dan bumi! Namun, paling utama dan pertama ialah solat fardu. Itulah tiang agama, tonggak jiwa untuk menghadapi segala.

Hati manusia umpama bateri telefon bimbit yang mesti dicas selalu untuk berfungsi. Jika bateri telefon perlu dicas dua atau tiga hari sekali, maka hati manusia perlu dicas dengan solat sebanyak lima kali sehari.

Hati manusia yang tidak solat umpama bateri yang kosong. Maka manusia yang tidak solat, umpama telefon yang sudah kehabisan bateri. Apabila hati “mati”, tidak berguna wajah yang tampan dan badan yang sasa pada seseorang manusia, seperti tidak ada gunanya telefon bimbit yang canggih dan cantik tanpa bateri!

Di manakah kita meluahkan segala rasa hati? Dengan siapa? Hakikatnya “pemberi” masalah dan “pemegang” hatilah yang berkuasa memberi ketenangan hati dan membantu menyelesaikan masalah. Siapa pilihan kita?

Allah : Pendengar Tanpa Jemu

Apabila seseorang sedang solat, dia sebenarnya sedang mengadu, merayu dan meminta bantuan Allah. Seorang ulama bernama al-Hakim berkata: “Jika kamu ingin mendengar kata-kata Allah kepadamu, bacalah al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata dengan Allah, dirikanlah solat.”

Dengan membaca al-Quran, kita mendengar ayat-ayat yang diturunkan kepada kita untuk mengurus dan mengatur kehidupan. Manakala dengan mendirikan solat pula, kita memuji Allah, merayu dengan menyebut apa-apa yang kita inginkan dan meluahkan segala kelemahan.

Bayangkan, sekiranya kita meluahkan masalah di atas kertas, kepada orang yang dipercayai, melihat rupa dan mendengar suara haiwan peliharaan, pun sudah mendapat ketenangan apatah lagi jika kita meluahkan segala-galanya kepada Allah. Ketenangan yang kita dapati hasil berhubung dengan Allah melalui solat ialah ketenangan yang hakiki. Kualitinya berganda-ganda daripada ketenangan yang didapati dengan cara yang lain.

Menulis masalah di dalam buku catatan, kadangkala meletihkan. Menceritakan masalah kepada seseorang ada kalanya dikecewakan. Manusia, walau bagaimana baik sekalipun, pasti bosan sekiranya diperdengarkan masalah secara berulang-ulang dan berterusan. Haiwan peliharaan, walau bagaimana comel, cantik dan merdu pun siulannya, lama-kelamaan akan membosankan hati. Begitu juga hobi, ada masanya tidak dapat menyelesaikan soal hati. Maka pada siapa lagi kita hendak mengadu?

Ya, mengadulah kepada Allah dalam solat. Allah tidak pernah jemu. Perdengarkan masalah kita berulang-ulang, hatta masalah yang sama, Allah sentiasa sudi mendengarnya. Tuhan tidak pernah kecewa dengan kerenah manusia kerana Tuhan mencipta manusia dan Dia menjaga ciptaan-Nya itu dengan penuh kasih sayang.

Allah sentiasa dekat dengan kita selagi kita tidak menjauhi-Nya. Jika kita bertanya tentang-Nya, Allah menjawab: “Jika manusia bertanya tentang-Ku, katakan Aku dekat, dan Aku memenuhi permintaan orang yang meminta.”

Jika kita berasa kecewa dan hampir putus asa, Allah memujuk: “Tidak ada yang putus asa melainkan orang kafir.”

Apabila kita berasa dihina dan dipinggirkan, Allah mengingatkan: “Jangan berasa hina dan takut, kamu adalah orang yang tinggi martabatnya jika kamu beriman.”

Dan apabila kita terasa keseorangan, kesepian dan mula gementar menghadapi segala ujian dan gelombang kehidupan, Allah memberi harapan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”

Ya, selagi kita bersama Allah, selagi kita menunaikan solat, kita akan kuat menghadapi apa-apa jua cabaran. Lalu, tunggu apalagi, marilah berehat  dengan solat!

 
66 Komen

Posted by di 9 November 2012 in Uncategorized

 

Label: , , , ,

66 responses to “MARI BEREHAT DENGAN SOLAT

  1. FTMZ

    9 November 2012 at 12:13 pm

    terima ustaz pahrol… penulisan ustaz banyak menyedarkan sy..:)

     
  2. huda_husna

    9 November 2012 at 12:46 pm

    Mari berehat dengan solat :) . Namun sedih apabila solat bukan dijadikan wadah untuk ‘rehat’ tapi ianya sekadar hentian ‘Touch ‘n Go’, malah lebih membimbangkan ada segelintir menjadikannya seperti SmartTAG. Solat hanya mematuk-matuk, sudah selesai. Mudah-mudahan kita semua diberi taufik dari ALLAH. Terima kasih ustaz atas artikel yang sangat menginsafkan.Barakallahufik.

     
  3. ijja

    9 November 2012 at 12:56 pm

    Mashallahh.semoga meresap ke hati

     
  4. iqbal

    9 November 2012 at 2:24 pm

    menulis itu adalah seni…Alhamdulillah,saya nampak keseniaan itu di blog ust..trima kasih bnyak2 pda penulisan ustaz…moga Allah sntiasa memberi ustaz kelapangan dalam kesempitan..amin

     
  5. Rita ZJ

    9 November 2012 at 2:54 pm

    Erti hidup pada memberi..Tulisan ustaz slalui menyentuh hati saya..;)

     
  6. R

    9 November 2012 at 3:12 pm

    terima kasih ustaz..memang betul..Allah SWT itu adalah Kekasih sejati kita.Hidup kita harus setia kepada NYA.

     
  7. mishaly

    9 November 2012 at 3:56 pm

    Reblogged this on Tentang Rasa.

     
  8. Umieqiss

    9 November 2012 at 4:22 pm

    As salam ustaz pahrol..

    Saya suka baca tulisan ustaz dan perkongsian ustaz di radio ikim..buku ustaz ” cinta kerana Allah” dan “dimana Dia dihatiku” banyak membantu saya utk terus tabah dan sabar dgn sikap suami..sampai bila nak sabar??? teringat ustaz kata..sabarlah sampai bila2..
    tapi ustaz..bagaimana jika sabar itu akan membuat kita menghantar diri kita atau pasangan kita ke neraka?..jika suami x menjalankan tanggungjawab sbg seorang ayah atau suami dgn baik..kita bersabar dgn sikapnya..walau telah ditegur..malah kita juga x dapat menunaikan tanggungjawab isteri dgn baik?apakah penceraian itu lebih baik?..

     
  9. Abdilah Ahmad Mudus

    9 November 2012 at 5:02 pm

    Semoga ALLAH terus mengizinkan dan menghendaki kita semua untuk terus mendirikan SOLAT 5 waktu sampailah ke saat KEMATIAN KITA. “Ya rabb yang telah menjadikan kami semua, IZINKANLAH dan KEHENDAKILAH agar Ustaz Pahrol Mohamad Joui engkau jadikan sebagai AGEN untuk membuka HATI kami semua untuk meneriman TAUFIK dan HIDAYAH MU” Aminnnn.

     
  10. sitiRahman

    9 November 2012 at 5:10 pm

    SitirRahman
    Terima kasih ustaz..

     
  11. Anys Ismael

    9 November 2012 at 7:56 pm

    SYUKRAN KASIRAN USTAZ…SETIAP TULISAN USTAZ BANYAK MEMBERI KEKUATAN UTK SAYA MENEMPUH HIDUP DLM KETAATAN PD PENCIPTA YG ESA..SETIAP APA YG ALLAH TETAPKAN UTK HAMBANYA ADALAH SEBAGAI PENGHUBUNG KITA PADANYA..JIKA KITA DIUJI PASTI KITA SENTIASA MENGINGATINYA…

     
  12. Afaf Rozan

    9 November 2012 at 8:01 pm

    Subhanallah…jazakallahukhairan

     
  13. ct

    9 November 2012 at 8:24 pm

    Jazakumullah…saya tenang dan mendapat kekuatan…

     
  14. Umieqiss

    9 November 2012 at 9:46 pm

    As salam ustaz..saya da baca buku ustaz “cinta kerana Allah” & “dimana Dia dihatiku”.. sangat membantu saya utk sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi masalah rmahtangga terutama skali dgn sikap suami yg kurang memainkan peranan sbg suami dan bapa..sampai bila nak sabar???..teringat kata2 ustaz ..sabarlah sampai bila2…tapi ustaz..bagaimana jika sabar itu akan membuatkan kita menghantar diri kita atau pasangan kita ke neraka?..kerana saya juga takut jika Allah tanya mengapa tidak laksanakan ranggungjawab sbg suami atau isteri seperti yg diamanahkan?..bagaimana ustax?..apakah penceraian itu lebih baik?

     
  15. muslim

    10 November 2012 at 2:53 am

    salam ustaz, terimakasih ustaz pahrol .. Alhamdulillah…saya banyak sekali belajar melalui catatn ini.. catatan yg sangat terkesan di hati , catatan yg memberi peringatan dan memberi semangat pada diri ini, bayak menyadarkan saya tentang hidup sebenar.. ” mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis ” sekali lagi terimakasih smoga Allah memberikan kesehatan pada ustaz dan keluarga selalu.. Aamiin.. :)

     
  16. ASAS

    10 November 2012 at 4:12 am

    terima kasih ustaz atas tulisan yg sangat3 osem ini… inshaALlah dari bacaan cuba diterjemah dalam amal jugak perbuatan.. aminn..^^

     
  17. fiz

    10 November 2012 at 9:33 am

    Saya merasainya…disaat kesedihan,walau meluah kepada rakan sekalipun tidak mampu memberi ketenangan kerana kita hanya mampu meluah je…tapi setelah melakukan solat, alhamdulillah saya merasa ketenangan itu…Terima kasih ustaz atas ilmu yg diberikan

     
  18. Kak Rose

    10 November 2012 at 12:01 pm

    SubhanaAllah….JazakaAllah..terima kasih ustaz.
    …seribu satu rasa yg sukar diterjemah..!

     
  19. ummu kamil

    10 November 2012 at 5:52 pm

    Jika ditimpa masaalah….buka genta rasa…baca berulangkali….InsyaAllah lapang dada…JazakAllah ya Ustaz…

     
  20. dhieya

    10 November 2012 at 5:58 pm

    Reblogged this on bicara seorang uNgu LaveNdeR and commented:
    Sometimes, when we reached our limit, we feel very tired and even don’t have anything to say anymore.. just.. speechless.. takpelah, kali ini perjuangan ini merupakan satu perjuangan yang terbesar dalam hidup ini.. revolusi.. Allahumma yassir wa laa tu’assir.. Allahumma aamiin~ semoga dipermudahkan segala-galanya untuk memperbaiki & menjadi lebih baik demi mencapai redha Ilahi.. aamiin~

     
  21. Atmarasa

    11 November 2012 at 10:29 am

    Alhamdulillah Ustaz, inilah yang sering saya tunggu-tunggu. Catatan yang sentiasa memperingatkan saya dalam mencari kekuatan untuk terus menempuh uijan hidup ini, Semoga Allah terus memberi kelapangan kepada Ustaz untuk terus menulis catatan di sini…..T. Kasih Ustaz.

     
  22. Perindu Ilmu

    11 November 2012 at 10:40 am

    Alhamdulilah, Subhanallah. Terima Kasih Ustaz! Tulisan Ustaz banyak membantu dan membuka minda saya. Saya lebih memahami tentang hakikat kehidupan di atas muka bumi ini. Tetapi saya amat sangat merindui tulisan sebegini! Mengapa jarak nya terlalu lama!Hari-hari saya layari web Ustaz malangnya lama sangat nak uptodate!

     
  23. Norleila Salleh

    11 November 2012 at 2:08 pm

    syukran ustaz..kerana ingat-mengingatkan tentang kebenaran, ingat-mengingatkan tentang kesabaran. sungguh manusia selalu lupa. moga sama-sama dirahmati Allah swt..amin…

     
  24. sekeping_hati

    11 November 2012 at 3:54 pm

    alhamdulillah…kekuatan hati yg kdgkala goyah dpt dibina dgn mbaca tulisan ustaz.semoga ALLAH mbalas ilmu yg ustaz curahkan

     
  25. MAH

    12 November 2012 at 8:58 am

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Allah SWT Maha Mengetahui apa yang baik untuk manusia dengan perintah mendirikan solat. Selagi orang Islam itu tidak gila (atau dalam koma) walaupun teruskan sisa-sisa kehidupan terlantar dengan makanan disuapkan ke dalam mulut solat itu wajib baginya (dilakukan dengan kaedah-kaedah tertentu).Mudah-mudahan kita yang dalam keadaan sihat dan segar-bugar dirikanlah solat dengan hati yang tenang.

     
  26. theufo

    12 November 2012 at 12:42 pm

    Terima kasih ustaz….semoga ustaz terus dirahmati oleh Allah SWT….semoga ustaz terus diberikan ilham & dilapangkan masa untuk terus menulis berkongsi ilmu dengan kami semua…
    segala puji – pujian hanya bagi Allah SWT…

     
  27. farhain

    12 November 2012 at 9:26 pm

    terima kasih ustaz..kadang2 saya letih menjalani kehidupan di dunia ini..penat..ujian datang bertalu talu,..
    tp bila membayangkan..apalah sgt khdupan di dunia ini berbanding di akhirat nnt..kita hidup di sini hnya 1 jam stgh berbanding akhirat yg selama lamanya..tiada penghujung!moga kita semua kuat untuk bermujahadah di jalanNya..

     
  28. Muhd Sabrie

    13 November 2012 at 4:03 am

    Saya pilih Allah :)

     
  29. genta-jiwa

    13 November 2012 at 4:43 am

    Alhmdulillah….akhirnya stlah mnnti skian lma dlm sbuah pnntian pnuh pnyksaan…hdir jga pnulisan yg mmpu mnggtar rsa ini…saya anggp pnlisan ustz kli ini sbgai jwpan kpa email yg sya rimkn kpd ustz yg saya tnggu2 blsannya…syukran…ustz ia bnar2 mmjuk hti dan jwa ini…..akn saya cuba bmjhdah untuk sntiasa mnjga solat dan mnjdiknnya ‘r n r’ dlm pjlanan di lbuh raya yang pnuh pncroba ini,,,
    mga sya dpt mngmalkan apa yang sya bca dri blog gnta rsa ini…
    Akhir skali,,syukran ya ustz pahrol,,my idole,,my ispiracy..uhibbu kifillah….
    -JOM BEREHAT DENGAN SOLAT,ustaz-:-)

     
  30. genta-jiwa

    13 November 2012 at 4:50 am

    Yang cantik itu budi,,,
    Yang indah itu bhasa,,
    Yang gundah itu hati,,
    Yang ubat itu ‘genta rasa’…..

     
  31. CBungaMawar

    13 November 2012 at 3:22 pm

    Dikala jiwa sedang resah, fikiran buntu, aku bertemu dgn bingkisan cinta kerana allah. Rupanya aku masih ada Dia utk mengadu, dikala dugaan dtg menerpa aku terkapai2. Syukur kubaca bingkisan itu berulang kali, rupanya aku lalai krn cinta pd manusia melebihi cinta pd allah n rasul. Ya allah berikanlah cintaMu kpdku, jdkanlah org yg men cintaiMu mencintaiku…kini br kusedar. Terima kasih tuan atas motivasi dlm cinta krn Allah.

     
  32. Perindu syahid

    13 November 2012 at 3:29 pm

    Menitik air mata saya bila baca tulisan ustaz.terima kasih,semoga Allah memberi sebaik2 ganjaran.Aminn

     
  33. malik

    13 November 2012 at 4:00 pm

    Terima kasih bnyk ustaz.. sy sgt berharap agar ustaz menukilkan setiap minggu.. smg dibantu Allah hingga ke syurga..

     
  34. norini ahmari

    13 November 2012 at 4:04 pm

    Salam ust..semua insan ingin yang terbaik dan cuba mencari kebaikan..cuma..godaan nafsu sering menyapa kita..mudah mudahan kita tidak tewas dalam pertempuran sehingga tamat peperangan. Moga Allah sentiasa memberi ruang dan peluang buat ustaz menulis dan menyampaikan ilmu.Saya amat kagum dengan slot mukmin profesional di IKIM. Walaupun isnin selalu diistilahkan sbgi black monday..tapi slot itu membuatkan saya tertunggu2 kedatangan isnin dengan penuh semangat…Maha Suci Allah menjadikan ust sebagai penyalur ilmuNYA…

     
  35. azura

    13 November 2012 at 11:28 pm

    salam ustaz,saya nak minta izan berkongsi ayat2 ust di fb saya,sekarang saya tgh menbaca buku ‘DI MANA DIA HATIKU’ mmg best ayat2 ustaz ;)

     
  36. aniza

    14 November 2012 at 9:59 am

    Terina kasih ustaz. Saya membaca berulangkali entri ustaz. Begitu berkesan di hati. Marilah berehat dengan bersolat. Betapa tenangnya jiwa, bebas dari segala tekanan dan kesedihan..terima kasih ustaz…

     
  37. damza

    14 November 2012 at 10:20 am

    salam…Semoga ustz dalam lindungan Allah..amin..Terima kasih ustz..Alhamdulillah sangat tenang sekarng..thanks to Allah..semoga kita semua dalam pelukan Dia..amin

     
  38. lia yusof

    14 November 2012 at 11:55 am

    alhamdulillah..terima kasih ustaz pahrol :)

     
  39. noraizzat binti shararuddin

    14 November 2012 at 5:28 pm

    terima ksh ustaz parol, sy mmg suka ikut blog ustaz..mohon share.:)

     
  40. isnaini

    15 November 2012 at 9:59 am

    Salam Maalhijrah,.semoga kita semua tabah dan tenang menghadapi ujian d dunia ini.Tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

     
  41. Azlima Omar

    15 November 2012 at 10:17 am

    terima kasih ustaz…. terasa lega hati bila baca hasil tulisan ustaz…. “ilmu itu walaupun utama, tetapi bukan segala-galanya. Paling utama, kita perlu mengamalkannya”…..

     
  42. zahra

    15 November 2012 at 5:38 pm

    terima kasih ustaz..

     
  43. gadis relax

    16 November 2012 at 4:40 pm

    ustaz! saya nak sebarkan cinta dan kasih sayang kepada dunia. Kuatkan hubungan dengan Allah dan saya akan bagitahu kepada dunia… dunia ini akan indah jika penuh dengan kasih sayang, orang yang tidak menyayangi tidak akan di sayang! doakan saya ustaz.. :)

    saya akan lalui ujian ini dengan solat Insyallah!

     
  44. Soufhwee

    17 November 2012 at 12:11 pm

    Salam Ustaz..Semoga Allah sentiasa mmberi jalan untuk kita semua mendekatiNya…Keikhlasan Ustaz hanya Allah sahaja dapat mmbalasnya.

     
  45. Adawiyah

    17 November 2012 at 10:31 pm

    SubhanaAllah. Penulisan yang cukup menyentuh hati.Moga Allah memberi kekuatan untuk membersihkan hati ini dan menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang bertakwa. Betapa payahnya perjuangan melawan nafsu ini. Bantulah hambamu ini Ya Allah

     
  46. Sakura Surina

    18 November 2012 at 7:36 am

    salam….i’m reading ur book mukmin profesional…org yg yakin pd dri adlah org yg menjangkakan yg terbaik….apakah sama ertinya menjangkakan yg terbaik dgn menginginkan yg terbaik? sy slalu menginkan yg terbaik, melakukan yg terbaik sehingga sy takut pd kegagalan..i’m in great confusing about myself…=(

     
  47. cikgu fazlan

    18 November 2012 at 9:26 am

    Assalamualaikum…Terima kasih kepada Allah swt diatas kurniaan seorang hambaMu yang petah berbicara dan lembut lenggok bermain tinta, Ustaz Pahrol. hati hamba tersentuh dan bergetar dikala mata menelurusi bait indah ustaz Pahrol…Terima Kasih Wahai Allah Tuhan sekalian makhluk….

     
  48. ummumuaz

    18 November 2012 at 7:38 pm

    Salam ustaz,
    terima kasih dgn entry.

     
  49. hanani

    18 November 2012 at 7:44 pm

    terima kasih ustaz

     
  50. Chandeliar

    19 November 2012 at 10:31 am

    Ustaz, tulislah satu artikel mengenai keperluan saudara Islam mendoakan keselamatan Umat Islam di Gaza.. Selamatkan Orang Islam di Gaza dengan mendoakan mereka..

     
  51. balqisjb

    19 November 2012 at 12:18 pm

    Alhamdulillah, terima kasih Ustaz. Jelas lagi nyata. Itulah kunci segala ibadah. Mudah-mudah kami berterusan membimbing ahli keluarga khususnya, juga rakan2 sekeliling kami amnya dgn sebaik mungkin. Huraian dan intipati tulisan Ustaz memberi manafaat & juga dpt memberi kefahaman buat kami agar terus istiqamah beribadat kepada Maha Pencipta. Insya Alllah.

     
  52. rumman

    20 November 2012 at 6:20 pm

    jzkk ya ustaz..tulisan ustaz sgt menyentuh hati sy..hampir2 saja saya menitiskan air mata..Allah..Allah..kdg2 dlm kehidupan ni ujian yg Allah beri kecil shj tetapi kita memandangnya sbg sesuatu bebanan besar yg terpaksa kita tanggung..betapa sempitnya pemikiran..termasukla sy..terima ya ustaz atas perkongsian yg sgt bermakna

     
  53. Jalaludin Ab Wahab

    22 November 2012 at 9:25 am

    Pabila kita melihat seseorang itu tidak solat, jangan sekali-kali kita menghinanya serta memandang rendah kepadanya kerana kita hanyalah hamba Allah, lemah dan mudah diperdaya dan belum tentu lagi akan istiqamah dengan apa yg kita kerjakan selama ini. Sebaliknya berdoalah agar saudara kita itu diberi hidayah oleh Allah agar dia juga akan bersolat satu hari nanti dan berkesudahan yang baik dalam kehidupannya…….insyaAllah.

     
  54. Hamba Allah

    22 November 2012 at 11:07 am

    Jazakallahu khairan tuan. :)

     
  55. joo 69

    26 November 2012 at 6:11 pm

    Alhamdulillah……Jazakallahu khairan

     
  56. Adawiyah

    28 November 2012 at 10:19 am

    Subhanallah..Ya Allah ampunkanlah hambamu yg selama ini terbawa-bawa dgn bisikan syaitan di kala ujianmu di dunia ini hingga sy lupa n alpa betapa besarNya ganjaran solat dalam memberi kekuatan serta pedoman utk teruskn hidup dengan redha akan segala ketentuanNya, syukur kehadrat Allah yg melorongkan insan yg mampu sedarkan sy betapa kerdilnya diri ini

     
  57. siti nahar

    30 November 2012 at 6:01 pm

    Betul tu ustaz…hnya dgn solat hati kita tenang dn kita dpt berihat spenuhnya…subhanallah bgitu Allah ksh dn syg kpd hambaNya…

     
  58. shaz

    5 Disember 2012 at 5:28 pm

    terima kasih ustaz..

     
  59. suezain sue

    9 Disember 2012 at 1:18 am

    Di keheningan malam ini..kutemui satu jwpan persoalan hidup manusia..melalui coretan ini.Terima kasih ustaz..menemukan aku jalan pulang..hampir lima tahun aku belajar mgenai tingkahlaku mnusia dan permasalahan hidup manusia melalui ilmu psikologi..aku menjalankan sesi kaunseling d beberapa penjara wanita..sekolah hendry gurney.sebulan yg lalu kematian suami yg amat kucintai bersama hujan lebat dan dentuman guruh membuat duniaku tiba2 gelap.bagaimana aku harus mneruskan hidup tanpa dia! Bgaimna nasib tiga org anakku dan 3 lgi anak tiriku..sda 30 hari aku menangisi
    pmrrgiannya. Pd hari yg ketujuh aku d msukkan ke hsptal krana pengsan akibt kkrangan air dan tdk stabil…cukuplah.
    Aku sda letih.aku mahu berehat dalam solatku.aku pasti inilah jalan ke arah ketenangan. Terima kasih ya Allah kerana mmberi ruang utk mmbaca coretan ini..

     
  60. pretty nadjah

    15 Disember 2012 at 6:39 pm

    Tenang membacanya tq ustaz

     
  61. mama kamil

    20 Disember 2012 at 1:55 am

    Setuju utk pdgn2 d atas.solat dhuha utk org yg bserah diri pd Allah tapi solat tahajud lebih mdamaikan…..bcerita masalah dgn kengkawan kadang2 tiada penyelesaian tapi mgadu pada Allah tak pernah mgecewakan….Sekadar bkongsi pgalaman……..sememangnya solat itu penawar dan kekuatan orang Islam……

     
  62. AMIRUL

    1 Januari 2013 at 11:12 pm

    syukran ya ustaz atas perkongsian article ini ,bila baca article terase bersemangat kmbali utk menjalankan tugas sbagai khalifah di atas muka bumi ini , saya takkan lupa yg Allah ada bersama2 dgn kita semua. Jazakallah khairullakum ,

     
  63. budakkeliru

    3 Januari 2013 at 10:14 pm

    terime kaseh ustaz ..kelegaan utk sye yg mderita sakit jiwa…walaupun keadaan mengeliriukan, namun tulisan ustaz ni sdikit sbanyak..hanya tuhan yg mmahami dan xjudge , manakala manusia selalunye cepat “assume”

     
  64. Hanim

    17 Januari 2013 at 6:04 pm

    syukran ust… kata2 yg amat menyentuh jiwa dan hati saya yg kdg2 lemah ini… mohon doakan saya ust agar kuat mujahadah..

     
  65. sue

    15 April 2013 at 12:59 pm

    sangat menyetuh hati…kadang2 bila kita penat bekerja lepas tue pg solat ikut waktu…rasanya sangat2 fresh mcm baru masuk kerja pg2…seolah olah dapat tenaga baru …semuanya daripadanya…amin…

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,219 other followers

%d bloggers like this: