RSS

SUNYI SEKEPING HATI

22 Nov

 

Sejak awal ketika memasuki masjid saya sudah melihatnya. Cuma kami berdua. Jadi, saya rasa kami saling menyedari kehadiran masing-masing. Selesai solat, dia solat lagi. Kemudian tafakur atau berzikir.

Tak lama kemudian, terus membaca Al Quran. Begitulah keadaannya. Saya tidak ingat berapa lama dia dalam keadaan begitu kerana saya juga sibuk dengan hal sendiri. Memang beginilah rutin pagi saya. Jika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, saya akan singgah di mana-mana  masjid untuk iktikaf sambil melaksanakan tugasan atau menulis seadanya.

Beberapa lama kemudian, tanpa saya sedari dia sudah berada di sebelah saya. Setelah saling bersalaman, menegur dan takruf, kami mula berbual.

“Apa yang ustaz tulis dalam blog baru-baru ini telah menimpa saya,” katanya dengan wajah suram. Rupa-rupanya dia mengikuti tulisan dalam buku, majalah, blog dan FB saya.

“Entri yang mana?” tanya saya pinta kepastian.

“Tajuknya, ujian cinta… Kebetulan cinta saya sedang diuji. Sakit.”

“Mengapa?”

“Isteri saya telah meninggalkan rumah kami kerana memburu cinta barunya!”

Saya benar-benar terkejut. Bayangkan, lelaki yang berada di hadapan saya sekarang bukan muda. Dia telah berusia. Malah lebih tua daripada saya. Sejak awal perbualan kami dia telah memaklumkan usianya… 65 tahun! Dalam hati saya sudah terbayang, ini mesti kes isteri muda meninggalkan suami tua.

“Berapa umur isteri tuan?” tanya saya untuk mendapat kepastian.

“53 tahun,” jawabnya. Saya tambah terkejut. Wah, ini luar biasa. Cinta baru ‘orang lama’.

“Dia terpaut dengan teman sepejabatnya. Dia menuntut fasakh daripada saya sejak setahun lalu.”

“Alasannya?”

“Penderaan mental!”

Saya terdiam. Bunyi kipas di dinding masjid itu sahaja yang menemani kami. Sepi. Sungguh sunyi… rumah Allah pada waktu-waktu begini. Mungkin, sesunyi hati seorang lelaki yang kehilangan cintanya.

“Tuan tidak melepaskannya?”

“Tidak akan. Saya akan terus bertahan. Walaupun sekarang menuntut cerai di mahkamah dan telah pun lari dari rumah.”

“Subhanallah!” saya terpaku kaku menghadapi realiti rumah tangga masa kini. Sangat ‘daring’ rupanya karenah manusia yang bercinta. Benarlah seperti yang pernah saya tuliskan dulu: Jika tepat pada masa, ketika dan siapa, cinta adalah satu kuasa luar biasa yang tidak ada tandingannya. Sayangnya, ‘kuasa luar biasa’ itu sering disalah gunakan. Kuasa yang luar biasa itu sering membawa kemusnahan. Media massa melaporkan betapa ramai remaja wanita Melayu paling ramai lari dari rumah mengikut kekasih hati, lahirnya ramai anak luar nikah angkara cinta zina, bayi dibuang merata-rata akibat cinta terlarang… dan kini, cinta telah meruntuhkan rumah tangga manusia yang telah bergelar datuk dan nenek.

“Apa yang boleh saya buat ustaz? Pujuk telah dipujuk. Marah sudah dimarah. Namun dia tidak mahu kembali…”

“Selalu ke masjid macam ni?” kilas saya untuk memberi ruang pada diri untuk merasa dan berfikir. Ini bukan soalan mudah. Tetapi ia  menagih empati tahap tinggi yang benar-benar terpantau dari dalam hati nurani yang paling suci. Sesungguhnya, saya tidak mampu.

“Sejak akhir-akhir ini, beginilah saya ustaz. Harta walaupun tidak lumayan tetapi sudah dikira lebih daripada cukup. Saya tak perlu bekerja lagi. Semua cukup. Segala-galanya berjalan dengan baik sekiranya tragedi ini tidak menimpa…” keluhnya.

“Mengapa tiba-tiba ini terjadi?” soalnya lagi.

“Allah takdirkan segala-galanya untuk kita kembali kepadaNya. Saya rasa inilah jawapannya pada soalan yang awak tanyakan. Ingat lagi cerita ‘Wak’ dalam entri itu? Dia kembali kepada cinta Allah. Jangan ada dendam. Jangan ada marah… walaupun kita rasa ditipu dan dikecewakan. Usahakan kembali untuk mendapat cintanya, tetapi jika sudah ditemui jalan buntu. Berfikirlah semula… solat Istikharah, apakah perlu perkahwinan ini diteruskan?”

“Ustaz rasa patut saya ceraikan dia?”

“Saya tidak mampu membuat keputusan bagi pihak awak. Awak lebih faham situasi yang sedang dihadapi. Lagipun saya tidak mendengar daripada pihak yang lagi satu. Mahkamah yang lebih berhak untuk memutuskannya. Kita sekarang di masjid, untuk mencari ketenangan bukan mencari keadilan. Ketenangan untuk menghadapi ujian hasil akrabnya perhubungan dengan Allah – Tuhan yang mengurniakan ujian itu untuk kita.”

“Apa pesan ustaz?”

“Pesan saya ialah pesan yang selalu saya bisikan pada diri saya sendiri… jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Allah lebih besar daripada masalah kita. Pintalah kepada Allah agar memutuskan sesuatu yang baik buat kita walaupun keputusan itu nanti mungkin berlawanan dengan apa yang kita inginkan!”

“Saya sepi ustaz…”

“Kita akan sepi bila hati kita sepi dengan Ilahi. Bila terpisah dengan Allah, kita akan sunyi  walaupun semua orang yang tersayang masih di sisi. Kita boleh kehilangan seorang isteri, tetapi kita tidak mampu ‘kehilangan’ Allah dengan melupakan-Nya.”

“Isteri saya akan kembali?”

“Itu tidak pasti. Hati orang… mana mungkin kita menentukannya. Tetapi yang pasti, tuan telah kembali. Kembali kepada Allah, kembali ke rumahNya ini… hati orang yang berada di rumah Allah tidak akan sunyi.”

Saya teringat bagaimana Rasulullah SAW sendiri mengasingkan diri di tingkat atas masjid Nabawi ketika baginda diuji oleh ragam isteri-isterinya. Begitulah tawaduknya baginda. Baginda pun kembali kepada Allah sewaktu diuji.  Lantaran itu, Allah telah  menurunkan surah Al Tahrim ayat 5, sebagai penghibur kepada jiwanya. Firman Allah itu bermaksud: “Jika nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.

Ya, kehilangan acap kali menemukan kita kepada sesuatu yang lebih berharga. Itulah ajaibnya cinta Allah dalam hati hamba-Nya. Hati suami yang mencintai Allah selamanya tidak akan sunyi. Sekiranya dia benar-benar mencintai Allah, dia akan tenang, sama ada ketika isteri masih di sisi atau sudah tiada lagi. Justeru, apabila diuji, kembalilah ke rumah Allah, dan jangan lupakan doa ini: ”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “

Waktu menghampiri jam 11 tengah hari. Saya terpaksa pergi. Ketika melangkah ke luar masjid, mata saya sempat melirik ke arah lelaki tersebut. Dia masih duduk bersimpuh di sana, dengan Al Quran yang terus terbuka di tangannya.  Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan buat hatinya yang sunyi. Berikanlah kepadanya cintaMU yang sejati! Agar, kami tidak menjadi lelaki-lelaki yang sunyi. Amin.

 
63 Komen

Posted by di 22 November 2012 in Uncategorized

 

Label: , , , ,

63 responses to “SUNYI SEKEPING HATI

  1. ijja

    22 November 2012 at 8:51 am

    Subhanallah.macam2

     
  2. Mirza

    22 November 2012 at 9:19 am

    Salam Ustaz,

    saya sangat bahagia dengan suami… entah bagaimana.. satu waktu baru-baru ini kami bertengkar teruk atas suatu perkara kecil.. kami jadi sangat berantakan.. saya tertekan.. Alhamdulillah.. dalam kejadian itu, saya berjumpa dengan jawapannya.. Allah ingatkan saya tentang cinta manusia saya yang melampau hingga terlupa cinta pada-Nya.. melebihi cinta-Nya.. ujian itu sudah berlalu… kebahagiaan dalam hubungan itu sudah seperti dulu tapi pengajarannya cukup berharga buat saya.. Alhamdulillah..

    terima kasih atas tulisan ustaz yang banyak memberi ilmu untuk saya..

    Salam penutup bicara..

     
  3. Aisyah

    22 November 2012 at 9:24 am

    Salam ustaz..sy terkedu bila membaca entri ini..dan ia amat menginsafkan..sy ingin berkongsi pengalaman saya.. cerita ini sama dgn cerita kehidupan sy..sy seorg isteri berumur 41 thn dgn 4 org anak dr umur 6 hingga 12 tahun..semasa sy berumur 38 thn sy mencari cinta baru dgn bekas kekasih lama..sy minta cerai dgn suami sbb sy hendak hidup dgn kekasih saya walaupun sbgai isteri kedua…walaupun pd mulanya suami tidak mahu bercerai, sy ugut mcm2 sehinggalah dia ceraikan sy talak satu…sy rasa bebas bila diceraikan (na’nguzubillah!!)..sy bebas dgn kekasih sy..sy lupa dosa walaupun masih kerjakan solat (solat yg stakat zahirnya saja tanpa ada penghayatan )…sehinggalah kekasih sy menarik diri dr mengahwini sy kerana isterinya tidak bersetuju utk berpoligami..terasa hidup saya gelap seketika…masa ini brlah saya ingat anak2..ingat bekas suami …dan yg paling berharga masa itulah saya ingat Tuhan…itulah hikmah ujian yg Tuhan berikan pada sy..terasa ujian itu untuk mendekatkan saya pd Tuhan…hari2 sy bangun malam..saya solat taubat…saya menangis dgn dosa2 saya…kesian kat anak2 sy..pelajaran mereka merosot dan perangai pun x boleh dikawal..asyik memberontak…saya akui kesilapan saya…sy hanya mementingkan diri sendiri ..tindakan sy telah menyebabkan ramai yg menderita..termasuk bekas suami yg sentiasa tidak sihat dan disahkan ada ketumbuhan di dalam perut…sy menyesali dan taubat nasuha…hari2 saya mengadu dgn Tuhan dan merasakan diri sy hina sgt..saya ingin menebus kambali dosa2 saya..keinsafan itu sehingga membawa sy ke Mekah untuk mengerjakan umrah..dihadapan Kaabah sy menangis dan brdoa utk semua org memaafkan saya…Alhamdulillah sy kini telah bersatu semula dgn bekas suami dan anak2…kami bahagia dan sentiasa bersyukur kpd Allah..dan yg penting sy lebih mencintai Allah melebihi segala2nya…dgn rapat dgn Allah semua org rapat dgn saya…Alhamdulillah..

     
  4. cikgu fazlan

    22 November 2012 at 9:45 am

    Hidup bertuhan….hidup bersama sang pencipta….hidup bertemankan Allah swt dan membuai rindu pada Rasulullah saw….ana masih jauh ketinggalan….

     
  5. CBungaMawar

    22 November 2012 at 9:49 am

    tergamam…hati ini juga sedang diuji melalui suami..mmg sepi, lonely, menangis, tertekan akhirnya yg ku pinta….’Ya Allah berikanlah cintaMu kpd ku…..’ bukan mudah tetapi kena tabah..suami adalah pinjaman Allah kpdku hanya utk 16thn shj..realiti walaupun pahit..kena telan spt ubat…Ya Allah bantulah aku mengurus hati n perasaan ini……

     
  6. siti ramzan

    22 November 2012 at 9:57 am

    Assalamualaikum ustaz pahrol, saya sudah lama mengikuti pesan-pesan ustaz dari radio ikim, dan sekarang melalui laman blog ini. apa bila sy ilang arah, selain dari berdoa kepada Allah, di sini saya mencari patah demi patah yang boleh menyuntik kekuatan dalam diri saya. kadang kala, sy bertanya apa salah sy Allah, kemudian beralih kepada rupanya banyak dosa-doa ku Ya Allah. saat remaja di uji, kehilangan ibu, hidup terumbang ambing dgn ayah yang tidak bertanggungjawab, ada bapa, tapi hidup lima beradik terbiar ke sana ke mari . org kata kami berlima ni akan jadi jahat, psl mak tak ada. tapi alhamdulillah, sejahat2 kami belum sampai conteng arang di muka keluarga. dugaan Allah beri memang bertubi-tubi, kerana saya lalai ustaz dlm ibadah. apabila berkahwin. dugaan dengan suami pula. kemudian saya bertanya, aku tolak dia Ya, Allah tapi bila aku pohon petunjuk pada mu, tetap dia yang engkau gambarkan untuk ku. tapi sekarang aku hidup penuh derita menahan perangai dia suami ku, dan masalah keluarga mertua ku. saya mula menyalahkan tuhan saya ustaz, kerana sy dalam keadaan sgt perit menahan sabar. tapi sy mencari-mencari dalam gelap, mula dengan kawan, mula mendengar nasihat dr rancangan ikim, bahan ilmiah, ayat tafsiran, ke masjid, saya cuba perbaiki diri saya ustaz. tapi suami saya tetap banyak sugutan, ada saja tak kena dengan saya. sehingga saya fikir, cerai itu lebih baik. tapi rupanya Allah beri saya yang lebih baik, saya di uji dengan kecurangan suami. tapi yang sy pelik, sy tidak marah2 seperti selalu, sy diam dan menangis. sy istikharah , cr ruang muhasabah diri, dan layan dia seperti biasa. apabila dia bertanya, jika jodoh dia kembali kepada bekas tunangan dia iaitu isteri org, mcm mana. waktu itu punah hati saya ustaz. tapi, inilah ujian untuk saya. saya cuma ckp, saya reda jika itu yg terbaik utk kamu, lepaskan sy cara baik itu juga yg terbaik tuk kamu, tapi ingat cepat atau lambat, allah akan balas apa yg kamu buat kepada sy, keluarga sy, keluarga kamu, keluarga perempuan itu, suaminya dan anak2nya. sebab kamu ambil hak yg salah. dan demi Allah sy yakin, Allah akan beri sy yang lebih baik dr ini. suami sy terdiam ustaz, kami menjalani hidup seperti biasa sekarang ini, dia layan saya baik selepas kejadian itu, sy mula berniaga sambil bekerja, penat jgn ckp ustaz. saya di uji lagi, suami sy makin jauh hanya kerana sy tak ada di rumah apabila dia balik. dalam keadaan penat dan balik lewat dia suruh uruskan rumah. selama 7 bulan begini, tubuh sy sudah tak tahan, otak juga, hati juga. selama seminggu setiap hari saya sy solat berjemaah di masjid pada waktu maghrib dan isyak ustaz. sy cuba mencari ruang ketenangan. berfikir di rumah Allah. sy berfikir, kenapa saya tidak lari dr masalah ini, kenapa sy lari ke sini, ke rumah Allah. jika org lain, di kendong anak2 ke rumah mahkamah. tapi terngiang-ngiang di telinga sy, ustaz mohd amin berkata, jika suami kamu beri nafkah walaupun tidak banyak, kamu tidak boleh minta cerai, kamu wajib taat. ustazah norhafizah pula berkata, taatlah kepada suami kamu kerana Allah yang suruh, bukan kerana suami kamu. jadilah peneguh iman suami kamu, walau sejahat mana dia pun. kini saya masih di sisinya ustaz. saya masih bersabar ustaz. kerana hikmah dari semua ini ustaz, hati saya sakit, saya menangis mengadu kepada Allah. Allah jadikan saya seorang yg sangat penyabar, rezeki untuk saya Alhamdulillah bertambah, malah usaha saya menjadi lebih baik, ada peratusan meningkat sedikit dari segi penjagaan aurat ustaz. sekarang saya mahu istiqomah menjaga lidah, akhlak dan ibadah saya. saya buat kerana Allah, kerana kesiankan suami saya. apa dia nak jawab nanti depan Allah. kadang-kadang apabila membaca masalah org lain, sy jd simpati. sememangnya tiada siapa yang tidak di uji. tapi bagaimana kita nak berhadapan dengan ujian itulah jalan keluar dari masalah. itu jugalah penentu arah masa depan kita. betul kan ustaz. jadi saya pilih, bersabar moga satu hari nanti Allah lembutkan hati suami saya dekat denganNya, menjaga kami lebih baik dari sebelumnya. saya selalu kata padanya, apa pun abang buat, saya maafkan. moga setiap hari juga abang maafkan salah saya juga, kerana jika saya mati, saya takut saya tak sempat minta maaf dan Allah tak redha kepada segala ibadah saya.

     
  7. Catatan Akhirat

    22 November 2012 at 11:13 am

    “tidak beriman seseorang itu sebelum diuji”
    Allahu..Allahu
    Semoga hamba yang bertuah itu,hatinya kembali cinta kepada yang satu.

     
  8. nur

    22 November 2012 at 11:15 am

    perkongsian yg memberi kesan di hati. saya selalu berdoa agar saya mecintaiNya dan rasulNya lebih agung dr cinta saya kepada manusia. bimbang bila perasaan yang tertinggi dalam jiwa manusia musnah di sebabkan kelalaian sendiri atau orang lain, cinta saya pada Allah akan tetap mekar sepanjang hayat.

     
  9. siti khadizah

    22 November 2012 at 11:35 am

    Assalammuualaikum w.b.t
    Terima kasih atas perkongsian topik ini ya Ustaz..

     
  10. hamimah

    22 November 2012 at 11:38 am

    cerita ustaz mengingatkan saya pada seorang yang telah tinggalkan saya.dia lelaki pertama yang membawa saya dekat dengan Allah,cuma saya tak tau mana silapnya bila kami berjumpa,hati dia mula berubah..saya selalu berpesan pada diri lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.bagi saya dia terlalu baik dari segi akidah dan akhlak berbanding saya.dengan sebab itu saya merasakan saya tidak layak untuk dia. selepas itu, saya sentiasa mencari seorang suami yang mampu membawa saya ingat kepada Allah seperti dia, tapi ustaz pun tau sekarang susah nk jumpa yang macam tu,saya redha, berusaha dan berdoa yang tebaik untuk diri dunia dan akhirat..amin

     
  11. slimutputis

    22 November 2012 at 11:52 am

    assalamualikum ustaz… sy ingin bertanyakan pndapat ustaz.. sy sudah lama tiada perasaan terhadap lelaki selepas bebrapa kali putus cinta … sy mnganaggap lelaki semua tidak ikhlas dlm perhubungan … sampailah suatu hari… sy mgenali seorang hamba Allah ini .. terus hati sy berubah dan tenang melihatnya.. sampai hari ini .. persaan itu hadir… tetapi sy sedar si dia tidak layak untuk sy yg jahil ini .. si dia mmpunyai pegangan agama yg kuat…walaubagaimanapun.. sy sentiasa berdoa supaya Allah swt dekatkan kami sehingga kadangkala menitis airmata ini ketika berdoa.. . mmg hati saya hanya untuk dia sahaja dan sy merahsiakan perkara ini dr dia kerana tidak manis seorang perempuan meluahkan isihatinya…sy hanya mampu memendam sja perasaan terhadapnya.. mohon pendapat ustaz…

     
  12. azwa

    22 November 2012 at 12:15 pm

    salam..
    pesan mu ” jagalah Allah, Allah akan jaga kita….
    Terima kasih ustaz,,,,

     
  13. SYEDHAFIZ

    22 November 2012 at 12:22 pm

    terima kasih ustaz.. pohon share..

     
  14. fatin

    22 November 2012 at 12:25 pm

    terharu saya membaca entri ustaz. terima kasih ustaz dgn entri ini. byk pengajaran utk kita semua. sesungguhnya dunia ini tempat persinggahan yg sementara.

    Kalau dulu saya ada ibu dan ayah yg sentiasa mingatkan diri saya jgn lupa Allah..

    Jgn kita lalai dgn dunia, sentiasa ingat Allah, jaga Allah…pesanan dr ustaz sentiasa saya ingati…

     
  15. umie syamimi

    22 November 2012 at 12:37 pm

    Rupa-rupanya ujian cinta tidak mengenal usia… semoga Allah mengurniakan insan tersebut, saya dan kita semua cinta yang sejati dan hakiki…cinta yang pertama dan utama…CINTA ALLAH. Dengan izinNya, DIA akan menggantikan cinta yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik

     
  16. mutiara

    22 November 2012 at 12:39 pm

    SubhanAllah… :( Saya pernah merasai ‘sakit’ itu…. Bezanya saya seorang isteri yg sunyi… Mcm yg ustaz selalu kongsikan, jaga Allah, Allah akan jaga kita :)
    Terima kasih byk2 ustaz

     
  17. Mazni Md Isa

    22 November 2012 at 12:51 pm

    Assalamualaikum ustaz, sekadar berkongsi di sini, sepanjang hidup saya, saya telah dan sedang menyaksikan seorang lelaki yang begitu tabah menghadapi kesepian selepas kematian isteri selepas 50 tahun hidup bersama, waktu sepanjang 5 tahun hingga sekarang hanya diisi dgn membaca kitab dan mengajar ilmu Allah..kdang-kadang terpaksa dipapah untuk menaiki tangga masjid, tapi sebaik bersila saja didepan pendengar, saya dengar suara nya terus bertenaga dalam menyampaikan ilmu Allah.saya kagum dalam diam melihat ketabahan lelaki yang berusia 83 tahun ini menangani kesepian duhujung usia.. benar apa yang ustaz katakan hanya kcintaaan terhadap Allah saja yang dapat memberikan kita kekuatan untuk menghadapi kesunyian hidup.. terima kasih ustaz.

     
  18. Izzati

    22 November 2012 at 1:22 pm

    mungkin itu hikmahnya..supaye lebih dekat dengan Illahi..

     
  19. lupekanje

    22 November 2012 at 1:24 pm

    Aaminn..moga hamba Allah itu diisikan hatinya dgn cinta Allah..dan mendapat ketenangan abadi.

     
  20. Hana

    22 November 2012 at 1:35 pm

    Assalam.. Ustaz yg sy hormati kerana Allah
    Sungguh.. Menitis air mata ini saat mmbc kisah diatas…
    Bilamana cnta manusia menguasai diri…
    Bila punah seluruh jasad rasa lemah…
    Moga Allah kurniakan kekuatan buat ayahanda soleh yg diuji ini…
    Moga Allah memberi ganti yg lbh baik…

     
  21. nurul hafizah

    22 November 2012 at 2:35 pm

    Syabas ustaz atas entri yg benar2 menyentuh perasaan saya. Byk pengajaran yg sy peroleh dr entri ini…syukaran ya ustaz.

     
  22. leeya

    22 November 2012 at 3:19 pm

    sungguh hati saya tersentuh dengan setiap apa yang Ustaz sampaikan…sungguh saya juga punya sekeping hati yang sunyi namun saya sedang beristiqamah dalam mencintai Allah dan menjaga hubungan padaNya

     
  23. siti zainab

    22 November 2012 at 3:34 pm

    Masya-Allah…. sayu baca entry Ustaz…. terima ustaz kerna share… In Shaa Allah….

     
  24. di hati

    22 November 2012 at 5:58 pm

    ya..hati tidak akan sunyi bila tuhan memenuhi hati

     
  25. emmadidie

    22 November 2012 at 6:36 pm

    Perkahwinan hanyalah satu wasilah utk meraih cinta Allah…jika kita cintakan manusia, ia akan pergi; dgn pelbagai cara…jika kita CINTA Allah, DIA kekal selama2nya….

     
  26. FAZITA IRMA BINTI TAJUL URUS

    22 November 2012 at 8:39 pm

    ustaz saya nak berkongsi yer.

     
  27. Abdilah Ahmad Mudus

    22 November 2012 at 9:14 pm

    ALLAH memberikan pengajaran dan pelajaran kepada kita melalui seribu satu macam ujian yang dikirimnya kepada kita. Segala sesuatu di sekeliling kita ini akan menjadi ‘penyebab’ untuk kita diuji. Ujian ini sebenarnya adalah untuk meningkatkan tahap keimanan kita. Semakin ALLAH meningkatkan tahap keimanan kita maka semakin besarlah ujian yang dikirimnya.

    Oleh itu kita WAJIB bergantung 100% hanya kepada ALLAH. Jangan sia-siakan umur yang dipinjamkannya ini dengan resah, gelisah dan gunda gelana dengan ujian yang datang. Ingatlah tiada sebesar zarah pun makhluk-makhluk ALLAH dimuka bumi ini yang boleh memudaratkan dan memberi manfaat kepada kita tanpa IZIN dan KEHENDAKNYA.

    Salah satu cara yang benar-benar telah terbukti sangat berkesan untuk menangani apa juga ujian yang datang ialah dengan SOLAT. Merayu, merintih dan menangislah kepadanya ketika kita sedang sujud padanya insyallah dijamin 100% ujian yang dikirmnya itu pasti MENGGEMBIRAKAN KITA!

     
  28. WAN ZAYUHISHAM

    23 November 2012 at 12:21 am

    Yang jelas NIKMAT juga UJIAN. Kita laluilah kehidupan kita dengan penuh ketenangan. Segala yang berlaku di bawah pengawasan-Nya. Doakan agar kita semua diberi HATI yang TABAH. Sabar dalam bersabar.

     
  29. farhanirozali

    23 November 2012 at 7:09 am

    Reblogged this on Ana Mujahidah and commented:
    Jom baca ni.. Alhamdulillah. Setuju dengan apa yang diperjelaskan Ustaz dalam entri kali ni ;’)

     
  30. ummu ammar

    23 November 2012 at 1:18 pm

    Subhanallah..semoga Allah beri kekuatan ke dalam hati kita semua menempuh semua ujian di dunia ini..Kata Saidina Ali, cukuplah ingatan terhadap Allah sebagai penghibur..MasyaAllah.. :) indahnya taman iman dalam hati pencinta Tuhan..Ya Allah, bahagiakanlah hati kami semua dengan cintaMu..amin :D

     
  31. Hazrin

    23 November 2012 at 4:02 pm

    Ustaz.. saya rasa elok suami itu selalu hadiahkan alfatihah kepada isterinya. semoga dibuka pintu hati isteri kembali ke pangkuan suami. Elok juga amal surah nabi yosuf dan nabi sulaiman untuk menjadi ayat pengasih..

     
  32. Lisa Amin

    24 November 2012 at 12:34 am

    Berat sungguh ujian Allah untuk hambanya………………..bersabarlah kerana semua ini rahsia Allah pasti ada hikmah yang lebih baik untuk beliau..

     
  33. Lisa Amin

    24 November 2012 at 12:36 am

    Berat sungguh ujian Allah kepada beliau di usia yang sebegini………….tapi sabarlah pasti ada hikmahnya……..

     
  34. R

    24 November 2012 at 3:28 pm

    Assalamualaikum ustaz…entri ini membuatkan saya terharu..semoga saudara kita ini diberi kekuatan untuk mengatasinya..

     
  35. Liza Musa

    24 November 2012 at 3:28 pm

    jagalah Allah, Allah akan jaga kita….IN SHAA ALLAH

     
  36. Honey Solehah

    24 November 2012 at 6:09 pm

    Bila CINTA Allah dijadikan matlamat hidup, hati akan lebih tabah…lebih kuat…Seperti yg Ustaz selalu pesan… jaga Allah, Allah pasti akan jaga kita…always be positive just like our dearly Rasulullah S.A.W :)

     
  37. gadis relax

    25 November 2012 at 3:17 pm

    Alhamdulilah… tiada siapa tahu ujian ini untuk apa melainkan kelak kita di sana tidak terfikir ujian yang sedikit inilah yang menyelamatkan kita.

     
  38. Ana Al-Hakir

    26 November 2012 at 12:56 am

    Assalamualaikum

    Manusia dan kehidupan… kehidupan dengan ujian… ujian dengan ketabahan… ketabahan dengan penerimaan. Unsur hidup yang sentiasa bersama-sama dan tidak akan terpisah. Meletakkan urusan manusia di atas urusan Tuhan akan melahirkan ketidakseimbangan erti berhamba dan bertuhan. Selagi meletakkan urusan manusia dan kehidupan dalam mengertikan beragama akan sentiasa menjuruskan hidup kepada kekecewaan. Tidak ada pilihan melainkan Urusan dan kehendak Tuhan perlu diletakkan di hadapan agar segala-gala yang dilakukan atas urusan manusia hanya memenuhi perintah-Nya.

    Terima kasih Ustaz.

     
  39. norhashimah

    26 November 2012 at 3:00 pm

    …saya juga punya sekeping hati yang sunyi namun saya sedang beristiqamah dalam mencintai Allah dan menjaga hubungan padaNya

     
  40. siti farah

    26 November 2012 at 3:33 pm

    subhananallah..hampir sebak saya membaca kisah ini..mungkin begini rasanya apa yg ibu sy alami bila dikhianati suami sendiri..

     
  41. Wan

    26 November 2012 at 5:08 pm

    Alhamdulillah,setuju sangat dengan jawapan ustaz,banyakkan meminta dan mengadu kepadaNYA,INSYAALLAH semua dimakbulkan olehNYA.

     
  42. Hamba Allah

    27 November 2012 at 10:42 am

    menangis saya sepanjang membaca entry ini, sbb saya teringat pada suami saya, dimana kadangkala saya rasa macam saya dah tak cinta pada dia walaupun dia adalah yg terbaik yg Allah beri pada saya . Hati ini selalu diuji sedemikian rupa. Hati saya pedih ustaz,berbaur2 dgn sayu airmata saya mencucur tanpa henti ketika ini . Tapi apa2 pun saya kembali pada Allah , saya belajar menjadi manusia yg bersyukur . Hati saya menjadi lebih tenang .
    `Suami ku aku berjanji akan mencintai mu kerna Allah’ segala2 nya kerna mu Ya Allah.
    Terima kasih Ustaz.

     
  43. Ainul Hamid.

    27 November 2012 at 12:19 pm

    Itu cerita dari si suami. Entah apa pula cerita yang ada di pihak isteri. Sesuatu kejadian mesti ada penyebab yang mencetuskan nya. Seperti kata Ustaz; kita tidak layak mengadili. Siapa yang berubah dan siapa yang merubah keadaan. Hanya Allah yang mengetahuinya.

    Jika kebenaran di pihak suami, saya doakan agar beliau tabah melalui ujian ini. Dan jika kebenaran di pihak isteri pula,, mencari cinta baru, lari dari rumah, bukanlah satu jalan penyelesaian bagi insan yang berakal.

     
  44. kirodean

    27 November 2012 at 1:40 pm

    sungguh, ujian cinta terlalu berat.. hati bila dicalar sangat perit terasa.. saya juga pernah.. namun, ingat pada hakikat kehidupan, untuk menjadi hamba kepada Allah.. kecintaan kepada dunia yang melampau pastinya akan menemukan kita kepada jalan yang bermasalah.. kembali kepada Allah, pastinya tenang akan bersama.. ingatlah, orang yang beriman apabila ditimpa masalah, bukan sekadar mengucapkan bahawa dirinya dari Allah dan akan kembali kepada Allah, malah benar-benar merasai dan menghayatinya :)

    sungguh, kita datang daripada Allah dan pasti akan pulang kepada-Nya :)

     
  45. isnaini

    27 November 2012 at 8:08 pm

    Kasihan,saya amat bersimpati kepada pakcik tersebut. Segala masalah dan ujian itu datangnya dari Allah. maka kepada Allah jualah kita berserah.Cintailah orang yang mencintai kita bukannya orang yang kita cintai. Doa saya moga2 pakcik sentiasa sihat.tabah dan tenang selalu.InsyaAllah pakcik akan beroleh cinta yang sejati di dunia mahupun di akhirat.Amin

     
  46. Weblog Mizz Dirah

    27 November 2012 at 11:13 pm

    Cinta itu ajaib…segalanya berubah kerana cinta tetapi cinta yang sejati adalah cinta Ilahi…Allahualam…

     
  47. amal

    29 November 2012 at 8:57 am

    subhanallah..subhanallah…subhanallah…mohon share ustaz..

     
  48. Cik Iman Mutiara

    29 November 2012 at 6:18 pm

    Allah lagi besar dari masalah kt..teruskan tersenyum..:)
    buya the best..

     
  49. aidah

    30 November 2012 at 5:52 pm

    Kembali ke jln Allah… sememangnya yg terbaik

     
  50. Intan

    1 Disember 2012 at 8:41 am

    X terucap dgn kata2 bila membaca tulisan ustaz, kerdilnya diri d buatnya. Sesungguhnya sy agongkn cinta manusia dr Allah. Akhirnya sya yg merana.

     
  51. rosnah bt haji hashim

    2 Disember 2012 at 9:44 pm

    Salam us. sya selalu membaca artikel us. amat menarik dan teruji dgnnya. sesungguhnya ianya menjadi ubat hati bagi saya. tkasih

     
  52. Kak Rose

    3 Disember 2012 at 5:10 pm

    Assalamualaikum ustaz,

    Syukran…perkongsian yg sangat menyentuh perasaan..Semoga suami ini cepat pulih & segera memperolehi “cinta baru”nya…cinta yg Maha Agong utk dan dari Sang Pencipta.
    Seringkali bila diuji dgn cinta sesama manusia ini, sy teringat kata-kata seorang ustaz..”Bila mati..kita pergi berjumpa Allah…bukan suami kita..jadi, kenapa nak susah hati dgn kerenah suami…lebih baik tumpukan perhatian pdNya utk mendapat perhatian & kasih sayangNya…”

    Kata-kata yg ringkas namun Alhamdulillah ia sgt membantu..In shaa Allah.

     
  53. AZLINDA BINTI GHAZALI

    4 Disember 2012 at 8:49 am

    Syukran atas perkongsian yg amat mentarbiahkan ini..

     
  54. norizan binti long

    4 Disember 2012 at 5:47 pm

    Assalam ustaz..berdosakan tinggalkan suami…tapi apa ditagih pada yang tidak sudi..bak kata ustaz telah kembali kepada cinta sejati..mengabdi diri kepada Ilahi.cinta sebenar…dan cinta abadi

     
  55. shaz

    6 Disember 2012 at 11:50 am

    semoga rasa sakit ini..menambahkan lagi cinta kepadaNya..

     
  56. lieya

    31 Januari 2013 at 6:52 pm

    ketika Allah menguji kehidupan saya dengan kekurangan rezeki, sampai tak dapat nak beri makan untuk anak-anak saya sabar, tak dapt pakai yang cantik-cantikpun sabar, suami sentiasa menengking dan menghina pun sabar terus membesarkan anak anak tanpa perhatian suami, tanpa layanan mesra dari suami seperti yang dianjurkan Rasulullah, hati terus berdoa moga suatu hari rezeki bertambah kasih sayang suami bertambah dan segala-galanya bertambah baik. Tapi setelah 30 tahun mengharungi duka dalam kehidupan begitu saya diuji lagi dengan suami kahwin lagi dengan janda kaya yang bukan sekadar menumpang kasih tapi meruntuhkan rumah tangga yang telah lama dibina. Kini saya tidak tau lagi apa yang harus saya pohon dengan Allah kerana semuanya tidak berpihak kepada saya tetapi segalanya berpihak kepada suami. Kini saya berusaha untuk melepaskan diri dari belenggu sebagai seorang isteri yang tidak diperlukan dan tidak disayangi walaupun suami berkeras tidak mahu melepaskan bukan atas rasa sayang tapi sekadar ego suami yang punya kuasa mutlak atas isteri.

     
  57. Azila96

    7 Mac 2013 at 12:00 pm

    Assalam…ujian Allah tak pernah habis…Tapi Percayalah setiap ujian letak dihati dan sanubari Allah sentiasa ADA selagi darah masih mgalir, nafas masih menghembus dan nyawa masih di halqum… USAH gentar dengan manusia..hatta suami sekalipun…Allah menjadikan kita Hamba yang bebas dan merdeka…kejadian kita terpilih menjadi wakil ke dunia…ALLAH JADIKAN KITA TERLALU ISTIMEWA. TAK PERLU cakap2 manusia.Selalu fikirkan Allah beri BANYAK kebaikan pada kita. Apa yang kita berikan pada pencipta kita? TANPA ALLAH UNTUK MENGANGKAT LIDAH PUN TAK MAMPU? Inikan pula nak menyalahkan Allah yg mencipta kita….DOAku Allah aku hanya ada ENGKAU walau apa keadaan sekalipun…..Ampunkan aku Ya Allah..w’alam.

     
  58. hilmy

    30 April 2013 at 4:25 pm

    Assamualaikum ustaz….

    Saya juga mengalami masalah seperti pak cik tadi……… kami masing2 ada buat kesilapan & kesalahan….. saya redha dengan Allah beri pada saya kerana saya tahu ini adalah ujian Allah….. walaupun kita kehilangan cinta manusia tapi saya telah memperoleh cintaku pada Mu Ya Allah.

     
  59. Nor Melati Ja'afar

    26 Jun 2013 at 3:12 pm

    Salaam pada semua.. Buah tangan ilmu yg saya bawa pulang di petang 17 Syaaban :
    1. “… jagalah Allah, Allah akan jaga kita..” dan
    2. “…Allah lebih besar daripada masalah kita..”
    Lebih banyak yg kita pelajari; Semakin banyak yg perlu dipelajari. Takbir!

     
  60. farah aini

    30 Jun 2013 at 9:49 pm

    Assalamualaikum ustaz..mohon pencerahan..saya seorang remaja yg keliru..baru2 ini saya telah berpisah dgn teman lelaki saya atas kerana saya tak mahu lg bercouple or berkasih2an dgn yg belum halal..dahulunya saya tidak bertudung dn alhamdulillah kini sya telah bertudung dn telah pn meninggalkan cara pemakaian yg menjolok mata..dan itu telah membuat kn hubungan kami menjadi semakin hambar bila saya mula berubah..saya tidak mahu lg berjalan sambil berpimpinan tgn, ataupun naik motor bersama2..akhirnya kami mengambil keputusan untuk berpisah dan saya merasakn cara ini adalah lebih baik untuk mengelakkan dari berlakunya perkara maksiat2 kecil diantara kami yg mungkin akan menjadi lebih teruk…namun begitu hati saya tetap rasa sunyi bila dia pergi dari hidup saya..bayangan dia tetap hadir setiap kali saya berseorangan melakukan tahajud sehingga buatkan hati saya rasa pedih..adalah saya silap meninggalkn dia kerana sepatutnya saya mengajak dia bersama2 utk berubah? Ataupun saya telah pn membuat keputusan yg tepat dan saya hanya perlu bersabar dn mengambil masa untuk melupakan dia? Tetapi sampai bila?Saya buntu…

     
  61. gentarasa

    17 Julai 2013 at 8:46 am

    Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Doakan dia. Kekal dengan perubahan anda. Jangan tergoda untuk mengulangi kesalhan lama. Jika anda jaga Allah, Allah akan jaga anda.

     
  62. Sirap Limau

    17 September 2013 at 12:02 pm

    betul tu.. saya setuju.. wanita yang baik untuk lelaki yang baik…

     
  63. Syazleen Aziz

    22 Oktober 2013 at 8:46 am

    Salam ustaz,

    Memang betul kata ustaz..
    “Allah takdirkan segala-galanya untuk kita kembali kepadaNya”

    Tunang saya telah kembali ke rahmatullah baru2 ni..
    Memang sedih, rasa kehilangan dan kesunyian.
    Sepi, kosong jiwa.

    Tapi kejadian ni ada hikmah yang besar disebaliknya.
    Kalau sebelum ni saya lalai,
    sibuk hal dunia,

    Nak berzikir pun xsempat,
    apatah lagi bc quran.

    Lepas kejadian ni,
    saya sedar, terus kembali kepadaNya..
    rasa tenang jiwa.

    ”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “

    Saya sangat bersyukur Allah mengurniakan ujian ni.

    dan dengan ujian ni jugak, saya jumpa ustaz punya blog ni.
    sy mula mengenali blog ni dengan post ANDAI DIA PERGI SEBELUM MU

    http://genta-rasa.com/2011/07/23/andai-dia-pergi-dulu-sebelum-mu/

    Post ni yang buat saya lebih kuat dan percaya dengan perancangan Allah.

    Terima kasih ustaz untuk perkongsian ilmu ini. Salam

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,203 other followers

%d bloggers like this: