RSS

ANDAINYA HARTAWAN ITU TAHU…

30 Nov

Untuk memberi, kita mesti memiliki dan untuk memiliki kita mesti mencari. Mencari, memiliki dan memberi – adalah tiga jalan untuk mendapat kecintaan Allah dengan memberikan kasih sayang sesama manusia.

Namun, itu mudah dari segi ilmunya… apabila tiba pada tahap melaksanakannya, kita pasti teruji. Kerana mencari, memiliki dan memberi sering terusik ketertibannya.

Sering kita dituntut untuk memberi sebelum memiliki. Adakalanya, baru berusaha… sudah ditagih oleh yang meminta. 

Tahun 1434 H dan menjelang 2013, akan saya usahakan untuk mencari sebanyak-banyaknya supaya dapat memberi sebanyak-banyaknya juga. Saya menjadi serba-salah, untuk ‘tawar-menawar’ apabila diminta untuk memberi kuliah atau ceramah… Niat hati untuk menyampaikan secara percuma belum kesampaian. Bayangkan, dengan cabaran dan hambatan mengurus keluarga dengan keterbatasan masa dan tenaga, kekadang memberi kepada masyarakat terdesak oleh keutamaan memberi kepada keluarga. Bukan untuk bermewah-mewah, cuma ditahap memenuhi keperluan dan kemudahan.

InsyaAllah, mudah-mudahan saya dapat menulis sebanyak-banyaknya dan hasil daripadanya saya tidak payah lagi mengenakan sebarang ‘imbuhan’ untuk berceramah dan berkuliah. Kerana pada saya apa yang paling kita cari dalam hidup ini ialah HATI EMAS… itulah hati yang ikhlas. Hati yang merasakan hidayah Allah itu lebih berharga dari segalanya. Hidayah milik Allah, namun alangkah indahnya jika hidayah itu dilalukan Allah melalui diri kita sebelum sampai kepada orang lain. Seperti yang sering diungkapkan oleh Prof Muhaya, bahagia itu apabila kita membahagiakan!

Namun, ajal maut di tangan Tuhan. Jangan tunggu berharta untuk berjasa. Jangan nanti sampai benar-benar memiliki baru hendak memberi. Bahagia itu pada ketenangan, kejayaan itu pada kebenaran. Sampaikanlah kebenaran untuk mendapat kebahagiaan. Yang sedikit, akan membukit apabila diberi dengan keikhlasan. Yang seraut akan melaut apabila dicari dengan niat untuk memberi. Ya Allah, tidak akan berkurangan orang yang memberi keranaMU. Apa yang aku dan kita semua alami sekarang hanyalah ujian dalam memberi… apakah kita mampu memberi semasa sedang mencari, sebelum benar-benar memiliki!

Jangan tunggu berkuasa untuk berjasa. Jangan tunggu berharta untuk berbakti kepada yang derita. Pada pagi Jumaat ini terimalah bingkisan ini seadanya. Bukan emas gemerlapan… dariku cuma peringatan:

Andainya hartawan itu tahu…. 

Pernah diungkapkan, tidak mengapa jika kaki mu yang sakit, asalkan hati mu sihat. Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi dengan hati yang sakit kita akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai, orang yang punyai fizikal yang sihat, tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan. Hidup derita walaupun di kelilingi keseronokan.

Allah yang Maha adil tidak meletakkan kebahagiaan kepada rupa, harta, kuasa dan nama. Jika demikian, si miskin, si hodoh, si marhaen dan “kelana tanpa nama” akan terpinggir dalam mencari kebahagiaan. Setiap hambaNya tidak akan terasa dipinggirkan. Allah tidak zalim. Dia meletakkan kebahagiaan pada ketenangan ‘hati emas’ – hati yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita, hamba atau raja.

Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan ‘disesah’ oleh mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan kepanasan ganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang bermujahadah di jalanNya.

Juseru, apabila tiba saat diuji – detik perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja), jangan lari, tetapi hadapi. Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak ke dasar yang paling bawah, jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka. Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat!

Bila sudah tiba di dasar paling bawah, kepala yang di julang sudah menjunam ke dalam jurang… tentu sudah tidak ada lagi tempat untuk jatuh. Maka pada ketika itulah peribadi akan naik semula ke atas kerana kita sudah membayar “yuran” pada kejayaan. Kita sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan.

Saat diuji itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil hati, kecut, penakut sudah “dibakar” dalam relau mehnah Allah. Dan saat itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada “universiti mujahadah”. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan… hadiahnya hanya: Hati emas!

Memburu selainnya hanya akan mengecewakan. Pergilah setinggi puncak karier, rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau hanya akan meninggikan tempat jatuh. “Berjaya” tanpa keperibadian yang kukuh hanya mendedahkan diri kepada lebih banyak stres, tekanan dan kebosanan. Betapa ramai jutawan, hartawan, rupawan, bangsawan dan kenamaan dimusnahkan oleh rasa bongkak, obsesi diri, kemurungan dan zina. Naik ke puncak untuk terjun ke dasar yang paling bawah.

Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuh solat lima waktu dengan segala rawatibnya. Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca Al Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan kurangkan perkataan. Bercakap hanya yang baik atau diam. Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redhalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan, tipu-daya dan kezaliman. Hayatilah sebuah sabda, jika kita enjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan… kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu!  

Itulah yang sering diungkapkan oleh para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah), “andainya para hartawan tahu betapa lapang dan tenangnya hati apabila bangun malam, nescaya mereka akan meninggalkan seluruh kekayaan mereka untuk mendapat ketenangan itu!

(Adaptasi  bicaraku dalam buku DI MANA DIA DI HATIKU?)

 
40 Komen

Posted by di 30 November 2012 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

40 responses to “ANDAINYA HARTAWAN ITU TAHU…

  1. Nurul

    30 November 2012 at 12:09 pm

    Ya Allah, gambaran Ustaz mengenai ‘hati emas’ pun sudah boleh menggetar jiwa, apatah lagi memilikinya..

    Sungguh memberi inspirasi kepada saya, Alhamdulillah

     
  2. abbysyidah

    30 November 2012 at 12:24 pm

    Alhamdulillah..tenang hati saya tika membacanya..terimakasih atas perkongsian..terasa diri ini masih disayangi Allah..

     
  3. yani

    30 November 2012 at 12:50 pm

    alhamdulilah… tq ALLAH… kau datangkan hambamu spt ustaz ni… yg sentiasa dpt membri ubat pd penyakit hati… terasa tenang sekali…

     
  4. Ummu Aimin

    30 November 2012 at 12:59 pm

    Terima kasih ustaz di atas perkongsian dan peringatan yang begitu menyentuh nurani. Semoga akan menjadi cermin diri dalam meniti perjalan hidup ini.

     
  5. Ummu Aimin

    30 November 2012 at 1:05 pm

    Terima kasih ustaz di atas perkongsian dan peringatan yang begitu menyentuh nurani. Semoga akan menjadi cermin diri dalam meniti perjalanan hidup ini.

     
  6. Melati-di-Laman

    30 November 2012 at 1:20 pm

    Memang benar apa yang Ustaz ungkapkan, InsyaAllah. Carilah Allah, untuk mencari ketenangan & kebahagiaan.

     
  7. surirumah

    30 November 2012 at 2:43 pm

    berasa saya sudah mjunamkan ke paling dasar…namun saya masih gagal mimiliki hati emas itu…masih meletakkan pengharapan pd manusia, menanti cinta manusia…walau tahu smua dr allah pergantungan pd manusia masih sukar dikikis…

     
  8. siti nahar

    30 November 2012 at 5:40 pm

    Seronok sngt mmiliki hati emas…salam jumaat ustaz…moga kita sentiasa danugrhkn hidayah drpNya…

     
  9. Huda

    30 November 2012 at 9:49 pm

    Jazakallah ustaz :-)

     
  10. yusoffnor

    30 November 2012 at 10:07 pm

    Allahhuakbar..Astaghfirullaahhal aziim…bantulah kami ya ALLAH untuk menyintai MU

     
  11. hamba allah

    1 Disember 2012 at 12:43 am

    asalamualaikum ustaz.terimakasih atas nasihat dan panduan yang banyak dalam penulisan ustaz.untuk pengetahuan ustaz saya telah kehilangan anak dan isteri.yang ada cumalah keadaan yang sunyi dan sepi yang menjadi peneman.hidup terasa kosong malah saya hampir hilang pedoman.tapi allah itu masih sayangkan saya.rupanaya dalam kesempitan ada kelapangan.saya telah di suruh oleh adik perempuan saya untuk membaca artikel yang ditulis oleh ustaz yang ada di blog ustaz.alhamdulillah saya mampu bangun kembali.jasa dan budi baik ustaz tak kan saya lupakan.moga allah melimpahkan rahmatnya pada ustaz untuk terus menulis.dan saya juga doakan semoga kita semua mendapat rahmat dari allah saw.amin

     
  12. MohonCinta

    1 Disember 2012 at 4:57 am

    “andainya para hartawan tahu betapa lapang dan tenangnya hati apabila bangun malam, nescaya mereka akan meninggalkan seluruh kekayaan mereka untuk mendapat ketenangan itu!”- :(
    Sungguh menyentuh hati dan menjerit jiwa bila terasa sya juga sukar untuk laksakn nya…
    Terimakasih ustaz, smoga ustaz skluarga sll di berkati dan disayangiNya dgn kemurahan hati ustaz yg tk putus2 berkongsi ilmu….

     
  13. mohd fadzly bin kamaruzaman

    1 Disember 2012 at 6:54 am

    alhamdulilah dan tahniah buat ustaz phrol di atas entri entri yang berkualitas.mohon izin dari ustaz untuk saya kongsi dengan rakan-rakan.syukran ustaz

     
  14. Nor

    1 Disember 2012 at 8:45 am

    Subhanallah, alangkah indahnya jika kita dapat memiliki ‘hati emas’ itu,,,krn hati emas itu begitu berharga maka untuk mendapatkannya pun perlu dgn mujahdah dan usaha yg betul-betul ikhlas kerana Allah. InsyaAllah sama-sama kita semua berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya…amin

     
  15. umie syamimi

    1 Disember 2012 at 11:39 am

    Bahagia itu apabila membahagiakan
    Cinta itu apabila memberikan

    Jangan tunggu berkuasa untuk berjasa
    Jangan tunggu berharta untuk berbakti kepada yang derita

    Jagalah ALLAH
    Pasti ALLAH menjaga kita

     
  16. Cik Mahaya

    2 Disember 2012 at 12:40 am

    Assalamualaikum ustaz!
    Membaca entri ustaz shj sudah cukup membuatkan air mata saya berguguran…..inginkan ‘hati emas’…memberi walaupun x mencukupi,,,,mencari bukan untuk memiliki tetapi untuk terus memberi!

     
  17. ummu aisyah

    2 Disember 2012 at 1:22 am

    Alhamdulillah… Tuhan berikn kesabaran kpdku.. Bantulah aku.. Perbaiki akhlakku. Aku lemah, hina, bangga dgn apa yg ada… Kini hilang kasih syg itu, hilang tahta itu, hilang jiwa itu. Tersungkur aku.

     
  18. genta-jiwa

    2 Disember 2012 at 6:59 am

    Tq ustaz….

     
  19. datin azizah aziz

    2 Disember 2012 at 7:32 am

    Assalamu’alaikum Wbt…. Buat Ustaz & Klrga..

    Jutn T/Ksh Uztaz atas sgl Tazkirah yg dsampaikn dlm blog Uztaz. Ianya sgt bermanafaat buat kmi pmbc setia. Semoga kmi, juga Kesemua Kaum Muslim ( atau Non Muslim yg turut mmbcnya mgkin krn brminat … dDoakn agar Hidup dn Meninggalnya mrk Sbgai Islam dn Insan Beriman… ) yg mengikuti dn MengAmalkn setiap apa yg tlh dsampaikn olh Uztaz mllui cr ini mndpt KeBerktn Dunia Akhirat bukn utk kmi shj Malah utk Seluruh Keturunan kmi Juga kpd Uztaz Sklrga/Besan dn Keturunn juga Setiap Keturunn Uztaz….. Amin Ya Rabbal’alamin….

     
  20. Abdilah Ahmad Mudus

    2 Disember 2012 at 1:54 pm

    Begitulah kehidupan kita pada hari ini. Semakin kita mendekatkan diri kepada ALLAH maka akan semakin besarlah UJIAN yang disediakannya untuk kita HADAPI.

    UJIAN ini datang bukan dari ‘luar’ tetapi dari dalam diri kita sendiri dan keluarga terdekat kita. NAFSU adalah sebahagian dari diri kita dan inilah musuh utama yang perlu kita tundukkan terlebih dahulu barulah kita boleh menundukkan SYAITAN yang mengalir bersama dengan darah kita.

    Rasulullah s.a.w telah dimusuhi oleh bapa saudaranya sendiri. Jadi kita pun tidak terlepas daripada dimusuhi oleh suami, isteri, ibu, bapa dan mentua dalam perjalanan meraih CINTA ALLAH.

    Oleh itu sesiapa yang benar-benar ingin MENCINTAI dan DICINTAI ALLAH maka kuatkan semangat, teguhkan kesabaran dan terus MEMINTA-MINTA KEPADA ALLAH DENGAN SOLAT!

    Jadikanlah SOLAT 5 WAKTU sebagai perkara yang PALING-PALING UTAMA SEKALI DALAM HIDUP ini dan jadikanlah ‘kerjaya’ di dunia ini sebagai perkara yang utama sahaja. AMBILLAH IA SEKADARNYA SAHAJA.

    Yang paling penting sekali kita TIDAK BERHUTANG, sentiasa ada ‘bekalan’ untuk memenuhi keperluan seharian dan kecemasan yang pasti menjenguk. Dengan cara ini kita PASTI BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT!

     
  21. gadis relax

    2 Disember 2012 at 2:46 pm

    ya Allah menitis air mata saya membaca saya nak beli sebuah buku ustas untuk di hadiahkan buat teman saya.

     
  22. isnaini

    2 Disember 2012 at 4:19 pm

    Alhamdulillah.membaca artikel ini tepat pada masanya. kala ini hati dilanda kesedihan..kepedihan.murung,menerima sahaja hakikat itulah sj jln terbaik.jatuh terhenyak ke dasar paling bawah.ingin bangun masih belum terlalu kuat. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan ketenangan

     
  23. Maizatul

    2 Disember 2012 at 5:00 pm

    menitis air mata membaca tulisan ini..sungguh mendalam dan memukau hati untuk bangkit menjadi lebih baik..insyaAllah..terima kasih..

     
  24. SYEDHAFIZ

    3 Disember 2012 at 10:09 am

    masyaallah.. hebat tulisan ustaz..

     
  25. Ija

    3 Disember 2012 at 10:21 am

    Seperti puan-puan yang lain…hati ini sedang dilanda kesedihan…masaalah biasa yang dihadapi oleh wanita bergelar isteri…bagaimana ya ustaz..dalam proses mencari ‘HATI EMAS’…apa perlu dibuat bila berhadapan dengan pasangan yang tidak menyempurnakan hak Allah, hak-hak orang disekelilingnya tetapi dalam masa yang sama mencari cinta baru…

     
  26. zt

    3 Disember 2012 at 3:35 pm

    Assalammualaikum..
    Tersetruh jiwa dan menitik air mata saya..terima kasih atas perkongsian indah ini..terima kasih ustaz..

     
  27. nur

    3 Disember 2012 at 3:38 pm

    suker.. terbaekkk

     
  28. hairul

    3 Disember 2012 at 10:39 pm

    Ilmu yang Ustaz berikan dengan setulus hati telah jatuh jua ke hati ini. Berbanyak terima kasih Ustaz.

     
  29. masz

    3 Disember 2012 at 10:47 pm

    Saya pernah merasa bagaimana keseorangan saat kita memerlukan. Mulai dari peristiwa itu, saya mula mendekatkan diri dan meminta hanya kpd Allah. Tidak mahu terlalu mengharap pd orang lain atau saudara sendiri. Yakin dan percaya Allah tetap bersama kita walaupun orang lain meminggirkan kita.

     
  30. Harsad

    3 Disember 2012 at 11:01 pm

    Trima ksih ustaz trsntuh hati sya bila membca tulisn ustaz

     
  31. cahaya kelembutan

    4 Disember 2012 at 11:47 am

    Masih mencari hati emas…

     
  32. Honey Solehah

    4 Disember 2012 at 12:35 pm

    Ustaz…semoga Allah mengurniakanmu His Jannatul Firdaus atas ilmu yg disampaikan…aameen YA Rabb!! :)

     
  33. ju

    5 Disember 2012 at 12:16 pm

    tulisan ustaz dekat dhati saya…insyalah dgn izin allah sy sekeluarga dpt memiliki hati emas.tkasih ustaz

     
  34. Hamba Allah ingin bermujahadah

    6 Disember 2012 at 9:31 am

    Assalammualikum Ya Ustaz…
    Sesungguhnya saya menangis membaca entri ini…….setiap hari berusaha untuk memiliki hati yang bersih……saya melalui jalan hidup yang tidak terduga ujiannnya…sesungguhnya Allah lagi tahu ujian dan hikmah disebalik ujian yang diberikan untuk hamba-hambanya…..beberapa bulan yang lepas saya melalui episod kehidupan yang begitu menguji kesabaran saya…..apa yang selalu saya ingatkan melalui kedukaan hidup ini iaitu Allah Ya Rahman Ya Rahim…..

     
  35. izal

    14 Disember 2012 at 10:43 pm

    Bagus artikel ni..sama2 kte brmujahadah shga mmliki hati emas yg mmpu mmbgiakan org len..usaha n brdoalah..

     
  36. pretty nadjah

    15 Disember 2012 at 10:10 am

    Alhmadullilah semoga hati emas itu milik kita..amin

     
  37. abdul mutalib

    16 Disember 2012 at 11:09 am

    Salaam,ustaz.terimakasih. Saya banyak dapat belajar dari tulisan.semoga sentiasa ingat dan terus gagah menghadapu cabaran hidup yg singkat ini

     
  38. Norzita

    19 Disember 2012 at 3:24 am

    Sungguh rasa terkesan membacanya….amat suka dengan gaya penulisan ustaz…

     
  39. saniah baharudin

    19 Disember 2012 at 6:25 pm

    Firstly, thanks to Yam. She makes me read,She asked me to read this blog. Alhamdulillah bicara ustaz sangat bermakna.Really.

     
  40. aminah hj mat adam

    30 Disember 2012 at 1:12 am

    alhamdulillah sgt berterima kasih dgn perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat utk semua
    Insyaallah kita semua tingkatkan usaha utk memiliki HATI EMAS dgn izinNYA

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,219 other followers

%d bloggers like this: