RSS

“ALL IS WELL” – SEMUANYA BAIK BELAKA…

31 Dis

200236712-001

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pernah saya katakan, kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang selalu kita katakan. Inilah hakikat yang saya alami semasa cuba berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang lain. Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…

Namun, suara hati juga mengingatkan, supaya terus melakukan kebaikan (berdakwah)… bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara kita hendak menjadi orang yang baik. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kebimbangan hati ini… kerana ujian di jalan dakwah ini kekadang dirasakan terlalu berat berbanding iman yang begitu tipis. Hati sering dipujuk untuk mengakui satu hakikat: Allah tidak akan menguji di luar kemampuan seorang hamba untuk menghadapinya.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku, aku sedang diuji. Begitu juga dengan kamu, dan kita semua. Lalu untuk memujuk hati ketika menerima tarbiah Ilahi ini saya nukilkan tulisan ini untuk saya dan kita semuanya… Tajuknya: ALL IS WELL – semuanya baik belaka.      

“Ustaz kata kecemerlangan dunia itu bayangan kecemerlangan akhirat?”

“Ya, “akui saya pendek.

“Atas dasar apa?”

“Berdasarkan kata Imam Syafei, dunia itu adalah tanaman untuk akhirat.”

“Maksudnya?”

“Dunia tempat kita menyemai, akhirat tempat kita menuai. Jika kita hendak merasai buah yang manis dan banyak , sudah sewajarnya pokok yang kita tanam baik dan subur.”

“Saya belum faham…”

Saya merenung wajah pelajar yang sebaya dengan anak saya itu. Dia benar-benar inginkan penjelasan. Terasa masih jauh pendekatan dakwah saya berbanding ulama-ulama silam – yang bercakap dengan jelas, tepat dan lemah lembut.

“Begini nak… jika kita hendak menikmati buah yang manis di akhirat, mestilah pohon yang kita tanam di dunia subur. Maksudnya, di dunia lagi hidup kita mesti cemerlang, itulah petanda di akhirat nanti kita akan cemerlang.”

“Kalau begitu malanglah kalau kita jadi orang miskin, pekerjaan kita buruh, pangkat kita rendah dan kita jadi orang yang biasa-biasa sahaja di dunia.”

“Mengapa begitu?” saya bertanya kehairanan.

“Ya, bukankah orang miskin, marhein dan orang yang biasa-biasa itu dianggap tidak cemerlang di dunia?”

Saya mengurut dada. Mujur dia bertanya.

“Perspektif Islam mengenai kejayaan berbeza dengan takrifan majoriti masyarakat hari ini. Menjadi miskin, seorang buruh dan marhein setelah berusaha bersungguh-sungguh,  bukan bererti gagal. Itu hanya ujian dalam kehidupan.”

Di dalam hati saya bertekad ingin menjelaskan konsep hidup di dunia sebagai ujian terlebih dahulu. Setelah itu baru saya ingin menerangkan erti kejayaan dalam Islam. Ya, lulus ujian baru berjaya.

“Apa maksud dengan ujian kehidupan?” tanyanya lagi. Alhamdulillah, dia membuka ruang untuk saya memberi penjelasan.  Memang benar seperti yang selalu dikatakan, pertanyaan itu kunci kepada ilmu.

“Bila Allah beri kita kaya, belum bererti Allah memuliakan kita… Allah baru menguji kita. Begitu juga apabila Allah berikan kemiskinan buat kita… itu bukan menunjukkan Allah sedang menghina kita tetapi sebaliknya Allah sedang menguji kita. Bukan itu sahaja, apabila Allah kurniakan kuasa, menarik kuasa, rupa yang cantik, rupa yang buruk, ternama atau biasa-biasa sahaja, semuanya ujian untuk kita.”

“Ujian untuk apa ustaz?”

“Ujian sama ada kita mengingati-Nya atau tidak, mentaatinya atau tidak, “ jawab saya.

Melihat dia terdiam, saya menyambung penjelasan, “ orang miskin boleh berjaya jika dalam miskinnya dia mengingati Allah dengan kesabarannya. Orang kaya, mengingati Allah dengan kesyukurannya. Yang berkuasa, menegakkan keadilan kerana Allah. Yang marhein, patuh dan setia kerana Allah juga. Situasi dan kondisi yang kita hadapi dan alami  bukan penentu kejayaan kita tetapi respons kita terhadap kondidi itu yang lebih penting. Apakah kita bertindak balas dengan apa yang kita hadapi seperti selayaknya seorang hamba Allah? Seorang hamba Allah sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan, positif mahupun positif…”

“Maksudnya, yang negatif pun jadi positif?”

“Ya, semuanya baik, bergantung pada tindak-balas diri kita. ‘All is well’ – semuanya baik. Ya, semua yang datang dari Allah adalah baik belaka kerana semua itu hanya ujian buat kita. Jika kita menghadapinya dengan hati yang sabar, syukur atau redha… ya kita berjaya!”

“Jadi ada orang kaya, berkuasa dan ternama di dunia ini boleh dianggap gagal?”

“Bukan boleh dianggap gagal tetapi  mereka memang gagal. Sekiranya dengan ujian kesenangan, kekuasaan, kenamaan dan kecantikan itu mereka tidak bersuyukur, zalim, kufur,  malah takbur kepada Allah dan sesama manusia.  Sebaliknya orang miskin, marhein dan melarat itu hakikatnya berjaya sekiranya mereka mengingati Allah dalam kesabarannya.”

“Tetapi kalau mereka miskin kerana malas… tidak gigih mencari ilmu, menambah kemahiran  dan ilmu, lalu mereka sabar, apakah itu juga boleh dikatakan berjaya?”

Kritikal betul cara berfikir pelajar ni, bisik hati saya.

“Orang malas bukan orang yang ingat Allah. Sabar itu bukan pasif dan tidak produktif. Sabar itu aktif dan produktif.  Orang yang ingat Allah, akan ingat akhirat. Orang yang ingat akhirat akan sentiasa sibuk di dunia…”

“Orang yang ingat akhirat akan sibuk di dunia?”

“Ya, sebab dia sedar dia hendak menuai di akhirat, jadi sibuklah dia menanam di dunia. Dunia ini jadi kebunnya… Lihat orang berkebun, dia akan  sibuk menebas, menggempur, menyemai benih, memberi baja, mengairi, menjaga tanamannya dari serangga dan macam-macam lagi… Begitulah orang yang hendak menuai di akhirat, akan sibuk di dunia.”

“ Agaknya inilah yang dimaksudkan orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya…”

“Benar. Benar sekali. Sebaliknya, sipemalas ialah orang yang dungu, bukan orang yang sabar. Dia tidak akan dapat pahala sabar… sebaliknya mendapat dosa kerana kemalasannya.”

“Malas itu satu dosa?”

“Ya, malas itu satu dosa. Cara bertaubat dari dosa malas ialah dengan gigih bekerja. Kita adalah khalifah di muka bumi. Seorang khalifah wajib memberi kebaikan kepada diri, orang di sekelilingnya dan alam seketiranya. Untuk itu dia mesti rajin. Bagaimana seorang pemalas boleh melaksanakan tugasnya sebagai khalifah?”

Saya teringat khutbah yang baru saya dengar bulan lalu. Yang boleh saya simpulkan daripada kata khatib itu ialah, keadaan yang kita hadapi atau apa yang kita miliki, bukan pengukur kejayaan kita. Sebaliknya, kejayaan kita terletak kepada sejauh mana diri kita mengingati Allah ketika memiliki sesuatu atau semasa kita menghadapi suatu situasi.

Akan saya sampaikan semula apa yang saya terima kepada pelajar itu, insyaAllah. Ya, saya masih ingat ketika khatib itu menegaskan:” Kejayaan Nabi Ibrahim AS bukan kerana baginda tidak terjejas oleh api yang dinyalakan oleh Namrud tetapi kerana ketika di dalam nyalaan api itu Nabi Ibrahim mengingati Allah, kerana kalau kejayaan itu diukur pada tidak terjejas jasad baginda oleh api, apakah kita mengatakan bahawa ‘ashabul ukhdud’ yang terbakar kerana mempertahankan tauhid itu tidak berjaya? Apakah Masyitah dan anaknya yang terkorban apabila dihumban ke dalam api oleh Firaun itu tidak berjaya? “

Khatib itu menambah lagi:” Jika kita katakan, kejayaan itu kepada keadaan Nabi Ismail yang tidak jadi disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim AS dengan digantikan dengan seekor kibyas… apakah  Nabi Zakaria AS yang syahid dan terbelah dua kerana digergaji oleh musuh Allah itu tidak berjaya? Apakah Sumayyah yang mati ditusuk lembing oleh kafir Quraisy itu tidak berjaya?”

Tanpa disedari air mata mengalir apabila Khatib itu berkata, “tuan-tuan, Nabi Ibrahim, Nabi Zakaria, Sumayyah dan Asyhabul Ukhdud semuanya berjaya… walaupun situasi ujian yang mereka hadapi berbeza. Justeru, yang menentukan suatu kejayaan  bukan situasi tetapi respons hati mereka ketika menghadapi  situasi itu. Respons hati mereka tetap sama, walaupun situasi yang mereka hadapi berbeza.”

“Respons hati mereka hanya mengingati Allah,” ujar pelajar itu.

“Ujian tidak akan menghina atau memuliakan kita tetapi reaksi atau respons kita terhadap ujian itulah yang memuliakan atau menghinakan kita. Yang sabar dan syukur, jadi mulia… lalu mereka berjaya. Yang putus asa dan takbur, jadi hina… lalu mereka gagal. Sering diungkapkan oleh bijak-pandai, jika dapat limau manis, bersyukurlah. Sebaliknya jika dapat limau masam, jangan kecewa… buatlah air limau!”

“Jadi berjaya di dunia itu letaknya pada hati?” rumus pelajar yang bijak itu.

“Ya. Terletak pada ‘qalbun salim’ – hati yang sejahtera. Hati yang boleh dimiliki oleh sikaya, simiskin, ternama, marhein, sicantik, yang hodoh, pemerintah mahupun rakyat. Hati itulah yang dinilai oleh Allah di Padang Mahsyar kelak ketika semua anak-pinak dan harta-benda tidak berguna lagi…”

Saya menambah lagi,“ Hati yang ingat Allah pada setiap masa, ketika dan keadaan apa pun jua. Itulah kejayaan! Allah Maha adil tidak meletakkan kejayaan kepada yang lain kerana ujian hidup manusia yang ditakdirkan berbeza-beza. Namun berbeza-beza ujian itu matlamatnya sama… sejauh mana kita merasakan kita hamba Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan!”

“Bukankah itu makna ucapan istirja’ –  innalillah wa in na ilaihi rajiun? – kami milik Allah, kepadaNya kami akan kembali,” balas pelajar itu.

Saya mengangguk perlahan, seraya berkata, “hati itulah anakku… yang perlu kita miliki sebelum kembali. Itulah ‘syurga’ di hati kita. Itulah kecemerlangan di dunia yang menjadi petanda kecemerlangan akhirat. Jika di hati kita belum ada syurga itu ketika hidup di dunia… maka sukarlah kita mendapat syurga yang kekal abadi di akhirat nanti!”

“Apa yang perlu kita lakukan ustaz?”

Saya terdiam. Di dalam hati terlalu sebak. Masih jauh hati ini dengan ‘syurga’ dunia. Dan alangkah jauhnya dengan syurga  akhirat.

“Anakku, kita akan terus diuji. Beruntunglah kerana ujian ini masih ada. Allah masih sudi menguji kita. Hidup masih berbaki. Kalau gagal, kita masih berpeluang untuk mengulang. Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia… kerana ada ‘syurga’ di sini, yang wajib kita miliki sebelum layak menikmati syurga di sana.”

“Syurga di hati kita…”

“Yang ditempa oleh setiap hamba Allah yang sejati… dengan keringat, dengan air mata dan sesetengahnya dengan darah. “

“Hidup di dunia untuk menderita?”

“Tidak anakku… hidup di dunia untuk diuji. Kita akan tenang, berjaya dan bahagia selagi Allah ada di hati kita. Ingat, ‘all is well’, kerana semuanya dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Bila diuji, jangan katakan.” ya Allah, ujian-Mu sangat besar. Tetapi katakan, wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besar.”

‘Allah is bigger than your problems… insyaAllah, all is well!’ . Tetap adalah lautan kasihNya di sebalik ujianNya yang setitis.

 
61 Komen

Posted by di 31 Disember 2012 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

61 responses to ““ALL IS WELL” – SEMUANYA BAIK BELAKA…

  1. mzrin

    31 Disember 2012 at 12:08 pm

    Subhanallah..perkongsian yg ckp terkesan..trm ksh ustaz:-)

     
  2. muhammad

    31 Disember 2012 at 12:12 pm

    salam wbt…mengalir airmata tatkala membaca posting ini…subhanallah, maha suci engkau ya Allah yang selalu menyentuh hati ini tatkala ia leka…

    saya doakan agar apa jua ujian yang ustaz tempuhi diiringi dengan kekuatan drpd Allah…benrlah apa kata ustaz…”Allah is bigger than your problems”.

    terima kasih atas segalanya…

    salam wbt…

     
  3. منى محمد فواد

    31 Disember 2012 at 12:16 pm

    Alhamdulillah..kita masih punya Allah..(-_-)||

     
  4. Abdul Hadi

    31 Disember 2012 at 12:51 pm

    Artikel yang menyentuh lubuk hati…Terima kasih ustaz..Semoga Allah memaniskan lagi jalan dakwah ustaz…

     
  5. yusoffnor

    31 Disember 2012 at 12:57 pm

    Allahuakbar…astaghfirullaahhal aziim…moga 2 hati kita sentiasa ada ALLAH sampai bila bila pun..

     
  6. azni

    31 Disember 2012 at 1:00 pm

    Phrase All is well mengingatkan saya filem hindustan 3 idiots.. kalau digarap citer itu dari perspective islam, mmg byk positive nyer. semoga Allah sahaja bertahta dihati kita. amiin.

     
  7. Eiy Ismail

    31 Disember 2012 at 1:24 pm

    Beratnya beban yang ustaz tanggung..hati yang di uji..saya, malah pembaca yang lain turut di uji dengan ujian yang berbeza..Rahmannya Allah..ujian untuk hambanya pun berbeza2..walhal hanya satu..mengingatiNYA sahaja..

    Sebesar mana pun ujian ia tetap dari Allah..Dia yang memiliki langit dan bumi..berdoa lah..sesungguhnya doa itu senjata mukminin..

    Janganlah letak rasa ujian itu di hati atau di dada..tetapi letaklah rasa kasih dan sayang Allah pada hati dan dada dengan ujian yang diberinya..walaupun ujian itu merupakan senang atau susah atau apa sahaja..Allah MAha Mengetahui untuk hambaNYA..setiap kesusahan ada kesenangan..bersangka baik lah selalu pada Allah..wahuallahu Alam

     
  8. -Naja-

    31 Disember 2012 at 1:51 pm

    Assalamualaikum..

    Syukran ya UStaZ…. sebenarnya-benarnya yang bernama Insan itu PERLU SESANGAT MENCARI ” QALBUN SALIM”…. Buta mata kerna silau DUNIA, Buta hati kerana x nak cari ILMU…takut majlis Ilmu… x nak baca ALQuran…takut miskin dengan sedeqah … ALLAH HU AKBAR..!…

    Kejernihan Jiwa kekadang depan MATA ja… tetapi selalu di kelabui kehendak dunia yang melampau…” YA Allah campaklah dalam hati hamba-hambamu ini hidayah, kembali pada kalammu..” Jawapanmu sentiasa ada disitu…..Cari..Gali..Fahami..Amal… Ikhlas KERNAMU dan akan PASTI dtemui “QALBUN SALIM”..tu…

     
  9. Huda

    31 Disember 2012 at 2:49 pm

    Salam. Jazakallah Ustaz. Macammana kita nak terus rasa bersyukur dalam setiap keadaan, sama ada semasa kita ada dan tiada, saat kita dapat dan tak dapat apa yang dihajati.

     
  10. Norzawani Kamarauzaman

    31 Disember 2012 at 3:06 pm

    Ya Allah… Ya Rabb.. yg kucintai.. sentiasalah berada dekat dengan ku kerana aku mencintaiMu. Berikan diriku kekuatan agar tenang & redha menerima “cubitan sayang” dari Mu agar aku sedar DiriMu sentiasa memerhatikanku.. Ameen….

     
  11. Hasmiza MS

    31 Disember 2012 at 3:09 pm

    Semoga saya dapat membina ‘syurga’ di hati ini kekal hingga bertemu Ilahi yang dirindui… Amin ya rabbal alamin.

     
  12. titihati

    1 Januari 2013 at 12:04 am

    hanya yang bisa merasai kemanisan surga di hati yang dapat memasuki surga di akhirat nanti.
    Surga di hati dengan mujahadah meraih hati yang sejahtera, menuntut waktu yang panjang kerana setan tak kan rela kita memilikinya. Hanya yang ikhlas dalam mujahadah mendekat pada
    Allah sahaja yang akan berjaya. terima kasih ustaz

     
  13. Abdilah Ahmad Mudus

    1 Januari 2013 at 6:28 am

    Memang begitulah ‘hakikatnya’. ‘Apa’ saja yang ALLAH berikan kepada kita semuanya BAIK BELAKA. Cara kita ‘menerimanya’ bergantung kepada TAHAP IMAN masing-masing. Bagi mereka yang benar-benar beriman seperti para Rasul dan para sahabat ‘apa’ saja yang ALLAH berikan adalah ‘nikmat’. Sekalipun ALLAH ‘mengambil’ semula orang-orang yang mereka sayangi!

    Bagaimana pula dengan kita pada hari ini? Jawapannya telah ALLAH nyatakan di dalam AL-QURAN “Terlalu sedikit hamba-hamba Ku yang bersyukur”

     
  14. Syira

    1 Januari 2013 at 9:06 am

    Terima kasih ustaz… Artikle ni benar2 membantu saya untuk lebih tabah dalam menghadapi ujian yg sedang saya lalui… “Wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besar.”..

     
  15. dhieya

    1 Januari 2013 at 10:21 am

    Reblogged this on bicara seorang uNgu LaveNdeR and commented:
    Entri terakhir Ustaz untuk tahun 2012 sebagai sumber inspirasi untuk membuat lonjakan yang lebih tinggi pada tahun 2013. Alhamdulillah.. terima kasih Ustaz di atas perkongsian ini.. benar, setiap hamba itu akan diuji dan terpulang kepada kita samaada nak berjaya atau gagal dalam ujian tersebut. Ukuran kejayaan dalam menghadapi ujian adalah sejauhmana kita mengingati & mendekati-Nya. Segala yang negatif mahupun positif tetap akan menjadi positif kepada hamba yang benar-benar mahu mengerti hikmah di sebalik ujian-Nya.. semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang mengerti apabila Dia berbicara.. aamiin~

     
  16. Mohd Bazly Said

    1 Januari 2013 at 11:54 am

    Alhamdulillah….sungguh menyentuh rasa hati…subhanallah…..

     
  17. Fadzilah

    1 Januari 2013 at 12:12 pm

    Assalamualaikum
    Terhibur…terisi hati…acapkali bila diri diuji, cepatnya hati bereaksi seakan protes…walhal Allah memilih diri utk mencari hikmah disebaliknya..
    Terimakasih ustaz, Allah jua yg pastinya menganjari segala kebaikan ilmu yg dikongsi..semoga Allah memberi jln keluar pd segala ujian yg ustaz lalui..

     
  18. azlina

    1 Januari 2013 at 2:01 pm

    Alhamdulillah, wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besar..

     
  19. Norhaliza Solehah

    1 Januari 2013 at 5:26 pm

    Alhamdullillah..bersyukur hati ini…dipertemukan dengan tblog ustaz…mengubat
    jiwa yang tandus dan dahagakan peringatan dan nasihat…sesungguhnya saya
    benar mengharapkan agar Allah sentiasa memberi kekuatan untuk ustaz terus diberi
    kesihatan dan kekuatan untuk berdakwah dimedan ini…tahniah ustaz dan terima kasih banyak-banyak

     
  20. aminah hj mat adam

    1 Januari 2013 at 10:04 pm

    Assalamualaikum wrt..
    Alhamdulillah
    Terima kasih byk2 ustaz dgn perkongsian ilmu ini
    Moga Allah merahmati segala usaha dakwah ustaz

    Mmg sgt terharu dan sgt berharap hati sentiasa mengingati ALLAH

    *Org yg ingat akhirat akan sentiasa sibuk di dunia *

    wassalam

     
  21. mardhiyyah shaffie

    1 Januari 2013 at 10:04 pm

    Salam.
    semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan dakwah ustaz.
    Amin ya Rabbal ‘Alamin

     
  22. ummieiman

    2 Januari 2013 at 1:08 am

    assalamualaikum ust… terima kasih untuk pengisian kali ini.. sangat meruntun jiwa… semoga Allah memimpin hati saya, suami dan anak2 utk sentiasa dkat dgn Nya… semoga 2013 dan tahun2 akan datang semuanya baik… In Sha Allah

     
  23. SYEDHAFIZ

    2 Januari 2013 at 11:45 am

    trimakasih ustaz..

     
  24. akram afifi

    2 Januari 2013 at 3:11 pm

    terima kasih ustaz atas perkongsian yang bermanfaat ini.
    ~hamba

     
  25. zalikha

    2 Januari 2013 at 3:43 pm

    terimakasih ustaz atas pengisian ini..

     
  26. Ummu Aimin

    2 Januari 2013 at 9:47 pm

    Terima kasih ustaz. Semoga ustaz sentiasa dalam rahmat dan keredaan Allah.

     
  27. HasimahHashim

    3 Januari 2013 at 1:00 pm

    terima kasih ustaz, air mata mengalir bila baca perkongsian ustaz ini, sedih pun ada gembira pun ada…Hanya Allah Yang Maha Mengetahui…

     
  28. adri wildan

    3 Januari 2013 at 7:00 pm

    alhamdulillah. entry ustaz kali ni memang jawapan bagi saya sekeluarga yang sedang diuji.. membuka mata dan ruang dada untuk lihat dan rasa ujian itu tanda allah masih sudi memandang saya sekeluarga. alhamdulillah ustaz.. Allah gerakkan tenaga dan usaha ustaz untuk membantu hamba2Nya yang lain.. teruskan usaha ustaz,, jihad ustaz meluaskan pencerahan orang lain.. syukur. mabruk alaik. :)

     
  29. linz

    4 Januari 2013 at 12:04 am

    Terima kasih wa jazakallahu khairan kathiran. Benar, Allah is bigger than the problem & wahai ujian, aku ada Allah…

     
  30. kurnia

    4 Januari 2013 at 7:30 pm

    Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah atas hikmah ini..

     
  31. Musa bin Muhamad Ali

    5 Januari 2013 at 10:27 am

    Cantik….cantik…cantik…satu kata2 yang cantik diterangkan dari hati. Saya amat tersentuh, Itulah hakikat bahawa dunia ini hanyalah jambatan ke akhirat yang kekal abadi.

     
  32. Eira Salamun

    5 Januari 2013 at 1:16 pm

    salam ‘alaika..
    bagaimana kita ingin mengekalkan rasa dakwah itu tatkala berdampingan dengan seseorang yang memberikan rasa takut kita pada Allah berkurangan, ustaz.. ??
    ana masih kurang pendekatan dalam hal ini..
    ana takut tatkala mengingatinya..
    apakah ana masih masih ada kesempatan tuk menyedarkan mereka tanpa sahabat2 yang sefikrah dengan ana??

     
  33. Dayang Nursyamillah

    5 Januari 2013 at 9:16 pm

    All is well.
    Hari-hari, perlu jaga hati,
    Kadang hati terlajak benci,
    Namun kemudian mula membersih hati,
    Hati-hati jaga hati.
    Menuju kepada hati yang sejahtera (^_^)

     
  34. Aisyah Ab Gani

    5 Januari 2013 at 11:18 pm

    SyUkrAn ustAz…
    Mg tErus KuaT sErtA tabAh dAlAm JihAd fI IsLaM~
    PeRkongsian + pengisian yG MeResAp dAN mAnt0op…

    yA ALLAH,
    kurniakanlah kami… hatI yG sUbuR dGn cIntA Mu…amin..
    >> HaTi yG hIdUp, AdAlAh hAtI yG sEntIasA meninGaTi MaTi <<

     
  35. .hanis asyikin.

    6 Januari 2013 at 3:46 pm

    Assalmualaikum. Terima kasih ustaz atas perkongsian yang sungguh bermakna ini. In shaa Allah, hidup dalam iman, mati dalam iman. Amin Ya Rabbal Alamin.

     
  36. zulk

    6 Januari 2013 at 11:07 pm

    Terima kasih ustaz. Saya solat. Baca quran. Baca hadis. Puasa. Berzikir. Baca kitab kitab. Tetapi akhirnya baru saya faham kita perlu sentiasa mengingati Allah dan bersyukur dgn segala ujian hidup. Susah atau senang. Miskin atau kaya. Dsbnya. Terima kasih ustaz.

     
  37. Norzi

    7 Januari 2013 at 12:56 am

    jazakallah ustaz….atas pengongsian yg brmanfaat ini, yang sering sy ulang baca setiap kali rasa teruji utk meningkatkan kesabaran dihati,mengingatkan diri sbg hambaNya yg ptut brsyukur dgn nikmat yg dberi dn diampunkn dosanya walau silap brulangkali….moga Allah merahmati ustaz sllu

     
  38. othman hj mohd

    7 Januari 2013 at 1:01 am

    SubhanAllah pencerahan yg sangat berguna…syukran ya ust

     
  39. gentarasa

    7 Januari 2013 at 10:44 am

    Begitulah soal hati…
    satu perjuangan tanpa henti
    …justeru ilham dan godaan
    …kerna petunjuk dan kesesatan
    menerjah datang tiada berkesudahan
    sehingga Ilahi memanggil pergi!

     
  40. mazuan

    14 Januari 2013 at 6:10 pm

    menangis saya baca entry kali ini.terima kasih Allah dan terima kasih ustz

     
  41. siti hajar binti abd jalil

    15 Januari 2013 at 12:37 am

    All is well ustaz.. semoga Allah memberi ketenangan pada hati ustaz, dapat rasa syurga dalam hati, dikuatkan kesihatan rohani n jasmani dalam bermujahadah, dan dipermudahkan dalam menjadi anak yg berbakti kpd org tua, suami n ayah yg memimpin keluarga.. Allah akan bantu Ustaz… bantu kita semua.. amin…

     
  42. noor

    15 Januari 2013 at 7:55 am

    Aslm ustaz. Mohon halalkn saya copy dn forward artikel pd rakan saya. Maaf dan terima kasih.

     
  43. mohd ridzuan

    15 Januari 2013 at 9:42 am

    pencerahan yang sangat baik…..syukran jazilan ustaz

     
  44. Honey Solehah

    16 Januari 2013 at 8:34 am

    Syukurlah kerana kita ada Allah :) Alhamdulillah….

     
  45. shaz

    16 Januari 2013 at 6:01 pm

    terima kasih ustaz untuk artikel yg membantu diri ini ketika lemah…
    alhamdulillah..dengan setiap ujian yg Allah berikan..

     
  46. shida

    17 Januari 2013 at 12:47 pm

    it brought me tears…hasil penulisan yg sangat baik ustaz….:))

     
  47. Shahidda Ibrahim

    17 Januari 2013 at 12:50 pm

    it brought me tears…hasil penulisan yg sangat baik ustaz….:))

     
  48. Mila@Rimbun

    17 Januari 2013 at 4:06 pm

    terima kasih….
    banyak ilmu saya dapat dari penulisan ustaz

     
  49. mohd.ridza

    28 Januari 2013 at 2:13 am

    Assalamualaikum,ujian dan cubaan tidak lah asing dan baru untuk orang yang berjalan di jalan Allah,semakin meningkat kecintaan hatinya pada Allah semakin kuat lah ujian Allah untuk seseorang itu,ini lah yang di alami oleh para2 anbiya, auliya,ulama,syuhada,siddiqin dan solihin. Tujuan Allah adalah untuk mengangkat darjat diantara orang yang diuji itu,kerana bukan semua yang diuji itu kan berjaya melepasi ujian Allah. Yang berjaya menahan ujian pasti lah kan berjaya disisi Allah dan dihampirkan di hadratnya.
    Teringat saya tentang kisah tentera Talut dalam perjalanan untuk pergi berperang dengan Jalut,yang juga disertai oleh Nabi Daud a.s. Allah telah menguji mereka dengan melalui sebatang sungai dengan larangan jangan minum airnya walaupun dahaga,jika minum pun dengan hanya satu cekupan tapak tangan,tetapi ada di antara anggota tentera Talut yang meminum semahu2nya,akhirnya mereka tidak dapat meneruskan perjalanan bersama Talut lagi.
    Begitulah cara Allah memisahkan diantara yang layak dan tidak layak untuk diangkat darjat diantara manusia,darjat kerohanian di sisi Allah,bukan darjat berdasarkan kebendaan dan keturunan darah

     
  50. lieya

    31 Januari 2013 at 6:28 pm

    ustaz apakah semua yang berlaku adalah ujian Allah. Dan kita sebagai umatnya tidak perlu mengatasi segala masalah.contohnya suami yang tidak sihat ,pendapatan yang tak seberapa dan usia pun dan 57 tahun , isteri masih lagi sihat , cucu sudah ada tapi akhirnya kahwin lagi dengan janda yang hampir sebaya dengan isteri pertama tapi punya harta yang banyak. Adakah ini takdir Allah atau sekadar ego seorang lelaki nak tunjuk dia mampu kawin 2 tanpa memikirkan akibat dari itu membuatkan rumahtanganya yang selama ini aman bergoyang dan hampir runtuh. Perlukan si isteri pertahankan lagi rumah tangga ini sedangkan hati sudah hancor dan kalau diteruskan juga bukan pahala yang dapat tapi dosa kerana tidak dapat sabar dengan segala kejadian dipenghujung usia.

     
  51. sanha

    10 Februari 2013 at 12:42 am

    الله اكبر…….

     
  52. aziyana satiman

    9 Mac 2013 at 5:10 am

    salam, tq ustaz….:-)

     
  53. farahayu

    4 April 2013 at 11:04 pm

    Salam alaik..syukran ustaz..setiap dr karya ustaz akan membuatkan hati tersentuh bila membacanya..

     
  54. Fairuz Fashreem

    15 Ogos 2013 at 5:40 pm

    Assalamualaikum ustaz, mahrein tu apa? saya tak tahu la. :)

     
  55. Faridah Yusof

    15 November 2013 at 3:34 pm

    Assalamu’alaikum ustaz..
    Alangkah indah dan beruntung memiliki hati yang sentiasa mengingatiNya di saat susah dan senang. Bolehkah ustaz kongsikan tips untuk kekalkan rasa hati sentiasa mengingatiNya samada di saat susah atau senang?

     
  56. ros klcc

    24 November 2013 at 5:18 pm

    Subhanallah,alhamdulillah.terima kasih Allah atas nikmat islam,nikmat ilmu bermanfaat ,rezekiMu.terima kasih ustaz atas dakwah & penulisan yg begitu berharga.semoga usha ustaz dpt dteruskan selamanya & mdpt redha Allah.aamin.insyaallah.

     
  57. Komen Unik

    14 Mac 2014 at 4:52 pm

    Sesungguhnya islam itu bersifat paksaan, bila saya kata begini, ramai orang akan terkejut dan tidak setuju dengan kata2 saya. Kenapa islam adalah bersifat paksaan? Jawapannya ialah kerana Islam datang dalam bentuk perintah(order) apabila ia adalah perintah, maka sudah tentu ia adalah paksaan, mana ada perintah tapi bukan paksaan, SEMUA perintah adalah PAKSAAN. Tiada perintah yang bukan paksaan. Apa itu paksaan? Paksaan adalah situasi dimana kita hanya mempunyai satu pilihan/jalan sahaja, dan jika tidak melaksanakan satu-satunya pilahan/jalan tersebut maka seseorang itu akan menerima akibat buruk daripadanya. Oleh sebab itu islam adalah bersifat paksaan kerana Islam adalah satunya- satunya jalan untuk manusia selamat dari api neraka Allah swt, jadi mahu atau tidak mahu, suka atau tidak suka, manusia mesti melalui jalan tersebut, untuk selamat, jikalau tak, dia akan dihukum masuk neraka. Tahukah anda, apabila Allah berfirman kepada hambanya, tuhan berfirman dalam bentuk ‘ Kata Perintah ‘. Sebenarnya Allah tidak pernah mengesyorkan(recommend) yang ada hanya perintah(command) sebab Dia adalah tuhan, tidak perlu susah payah mengesyorkan sesuatu, terus perintah sahajalah. Saya kata begini kerana ramai orang berkata ‘ Islam bukan paksaan ‘ …Emm..betulkah begitu? Is that TRUE?? Habis jika Islam bukan bersifat paksaan kenapa kalau menolak masuk Islam, dihukum masuk neraka, kalau tak solat dihukum masuk neraka, tak bayar zakat dihukum masuk neraka, perempuan tak pakai hijab masuk neraka… bukankah itu semua ciri-ciri suatu paksaan. Mungkin ada yang akan kata itu adalah undang-undang Allah, ya, benar tapi tahukah anda, undang-undang adalah paksaan. Contohnya, cukai, adalah sebahagian dari undang2, adakah cukai itu paksaan? Sudah tentu cukai adalah paksaan, sebab kalau tak bayar akan dihukum masuk penjara. Setiap perintah, undang2, kewajipan, adalah paksaan…kerana paksaan bukan sejenis PERBUATAN, ia adalah sejenis SITUASI seperti yang saya sebutkan diatas tadi. Satu lagi perkara yang saya kurang setuju, apabila orang mengatakan ‘ TIADA paksaan memeluk ISLAM’ Tahukah anda, apabila kita kata begitu pada orang kafir, ia bermaksud TIADA kewajiban atau TIDAK salah jika tidak memeluk ISLAM, mereka akan salah faham dengan kenyataan tersebut. Di akhirat kelak, mereka akan tertanya-tanya kenapa mereka dimasukkan dalam neraka sedangkan orang islam tu cakap ‘ tiada paksaan memeluk islam’ Tahukah anda, sebenarnya Tuhan memerintahkan/memaksa semua manusia masuk islam, buktinya adalah NERAKA itu sendiri adalah ancaman bagi sesiapa yang menolak islam. Sebenarnya ayat al quran ‘ tiada paksaan memeluk islam’ bermaksud secara ‘approach’ umat islam tidak boleh mengugut orang bukan islam masuk islam secara ‘duniawi ‘ . Contohnya , kita tidak boleh ugut bunuh orang kafir jika mereka tidak mahu masuk islam. Tetapi secara hakikinya, semua manusia wajib masuk islam, kalau tak masuk neraka. MANUSIA TIADA PILIHAN…..Wallahua’lam…..

     
  58. gentarasa

    17 April 2014 at 3:05 pm

    Ilmu manusia terbatas. Ilmu Allah Maha luas. Semasa kita kecil kita banyak dipaksa oleh ibu kita. Dipaksa mandi, makan, tidur. Di sekolah kita dpaksa untuk belajar, mematuhi jadual. Di jalan raya juga ada paksa untuk mematuhi undang2. Cuba tunjukkan di mana yang tidak ada paksaan. Peraturan ujud bukan sebagai sekatan, tetapi kawalan demi kebaikan. Apa lagi peraturan Allah. Kita adalah milik Allah. Kita hambaNya. Manusia punya pilihan… nak beriman, masuk syurga. Tidak beriman, masuk neraka. Itu pilihan kita. Masuk neraka, kerana kita memilih… untuk jadi jahat dengan melakukan kejahatan. Carilah negara tanpa undang-undang, pasti negara itu kacau bilau. Lebih-lebih lagi dunia tanpa peraturan, hancur! Bila ada peraturan tentu ada ‘paksaan’ untuk mengikutnya. Ibu memaksa anak yang sakit makan ubat walaupun pahit… Allah memaksa manusia untuk patuh peraturanNya demi kebaikan. Jika tidak mahu tidak mengapa… tetapi terima penderitaan.

     
  59. athifahazammudin

    19 April 2014 at 11:53 am

    Allah, aku mengerti sekarang. Terima kasih. Penyampaianmu ringkas.

     
  60. athifahazammudin

    19 April 2014 at 11:55 am

    Reblogged this on Azammudinians and commented:
    Aku mengerti kini, moga kalian juga.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,164 other followers

%d bloggers like this: