RSS

BISU YANG BERSUARA…

04 Feb

535955996_8c791085b0

Kata orang, komunikasi tahap tinggi ialah kemampuan kita mendengar sesuatu yang tidak diperdengarkan. Komunikasi tanpa suara, begitulah istilah yang mungkin paling tepat untuk menamakan komunikasi jenis ini. Mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan mata dan hati. Berikan hubungan mata, jalinankan rasa hati. Itulah maksud mendengar yang hakiki. Jika tidak, kita masih dikira ‘tuli’ dalam perhubungan sesama suami-isteri.

“Dah berapa kali saya nyatakan… tetapi awak macam tak faham. Tak faham atau tak mahu faham?”

Begitu selalu kita dengar kemarahan seorang suami.

“Dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mahu dengar. Terpaksalah saya jerit macam ni. Kalau abang tak faham juga tak tahulah… saya bosan!”

Begitu pula luapan kekecewaan seorang isteri.

Semua kata-kata diatas menunjukkan betapa manusia sering gagal ‘mendengar’ kata-kata pasangannya.

 Termenung saya memikirkan. Sebagai suami, saya selalu mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang saya luahkan tanpa suara. Namun, saya sedar, mana mungkin saya menerima tanpa terlebih dahulu memberi? Ertinya, setelah saya benar-benar ‘mendengar’, barulah saya didengari.

“Awak sedar tak banyak kemahuan saya yang awak gagal penuhi?” kata suami yang berang.

“Eh, awak kira kemahuan awak saja. Kemahuan saya? Dah berapa banyak awak penuhi? Saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini!” balas isteri.   

Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harap-harap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun diperdengarkan akhirnya, tetapi semua telah terlewat. Sudah jadi jeritan, bukan bisikan.

Beringat-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru, marilah kita dengar dahulu apa suara hati isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut, kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi, tumpang isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya. Jadi…

 Dengarlah bila isteri berbisik, “bang, dengarlah suara hati saya… sampai bila hubungan kita akan renggang begini?”

Jika tidak kita akan mendengar jeritan:“Bang, muktamad ceraikan saya!”

Mungkin ini yang dimaksudkan dengan kata-kata: Kalau cinta luahkan, kalau benci berterus-terang. Ah, tidak semudah itu. Lebih-lebih lagi dalam hubungan suami isteri, justeru sering terjadi, orang yang paling berpotensi untuk kita benci ialah orang yang pernah paling kita sayangi. Nauzubillah! Ah, agaknya kerana itulah kekadang ada yang jadi terlalu pesimis dengan perkahwinan sehingga sanggup mengatakan, perkahwinan itu adalah kuburan percintaan!

Suatu hari saya pernah saya bertanya, apakah yang diperlukan oleh isteri saya. Dia senyum. Diam. Saya jadi buntu. Niat hati, kalau dia berani menyuarakan, nanti saya tak segan-segan menyuarakan isi hati saya pula. Ini konsep, “ first seek to understand than to be understood”. Tapi sukarnya memahami hati wanita… Berbicara bukan melalui kata dan suara tetapi lebih pada lirikan mata dan lenggokan gaya. Bahasa tubuh, kata orang sekarang.

Lama saya tunggu, hari-demi hari, minggu demi minggu. Isteri masih tidak bersauara.

“Kenapa?”

“Tak kan tak tahu…”

Jawapan ‘tak kan tak tahu’ itu menyebabkan saya semakin tidak tahu.

‘Tak kan tak tahu’ menunjukkan jawapan itu ada. Dan jawapan itu terlalu dekat dan nyata. Tapi biasalah, sesuatu yang terlalu dekat biasanya sukar dilihat. Cuba kita rapatkan kedua-dua belah tangan ke mata, rapat dan lebih rapat lagi… akhirnya pandangan kita terhadapnya akan menjadi terlalu samar. Kita tidak akan nampak lagi. Ya, mungkin suara hati isteri terlalu dekat, maka kita menjadi semakin tuli untuk mendengarnya.

“Kita membina hidup atau kehidupan?”

Saya kaget sebenar. Beza antara ‘life’ dan ‘living’ terlalu besar.

“Kedua-duanya,” jawab saya.

“Tapi mana yang lebih penting?”

“Kehidupan,” jawab saya pendek.

“Apa bezanya hidup dan kehidupan?” soalnya lagi.

“Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih-sayang, cinta dan kemesraan.”

“Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?”

Saya panik. Terasa diperangkap.

“Err… teman hidup dalam kehidupan,” saya membetulkan.

“Tahu pun!” bidasnya pantas.

“Apa mahu isterimu?” Dia bertanya lagi.

“Kasih sayang, kemesraan, pembelaan, kemaafan, keadilan…”jawab saya.

“Itulah kehidupannya. Sebaliknya apa yang kamu berikan selama ini?”

Saya jadi serba-salah.

“Hanya makanan, pakaian, kenderaan, rumah, wang… Itu semua untuk hidup, bukan untuk kehidupan,” tingkahnya sinis.

“Tapi saya juga inginkan itu semua darinya. Saya juga inginkan kehidupan bukan semata-mata hidup.”

“Ingat prinsip ini baik-baik: Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.”

“Maksudnya saya perlu memberi sebelum menerima?”

“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Itu hukum kasih-sayang. Untuk orang mencintai kita, kita dahulu mesti menyintai orang. Itu hukum kasih-sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan.”

(Begitu dialog diri saya dengan diri sendiri – monolog)

Saya terus bermonolog…

Ah, sukarnya memenuhi kegala kemahuan kerana kita sentiasa dibatasi kemampuan. Mungkin kita mahu, tapi tidak mampu. Mungkin kita mampu, tetapi tidak mahu. Ini lebih sukar. Ya, apabila difikir-fikirkan, masalah tidak mahu lebih sukar diatasi daripada tidak mampu. Ramai isteri yang tidak mahu memenuhi kemahuan suami dan begitu juga ramai suami yang tidak mahu memenuhi kemahuan isteri. Mahu bukan soal fizikal dan material tetapi soal fikiran, hati dan perasaan.

“Senyum bila berdepan dengan suami…” pesan para ulama untuk isteri.

Mampu? Siapa yang tidak mampu kalau sekadar tersenyum. Tetapi berapa ramai isteri yang mampu tersenyum di depan suami.

“Peluk isteri sekurang-kurangnya 5 kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya, semata-mata melahirkan kasih sayang,” kata pakar motivasi untuk suami.

Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai para suami? Tak banyak, tetapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya.

Al hasil, semuanya kembali kepada Allah. Barangsiapa yang memenuhi keperluan-Nya akan ada kemahuan dan kemampuan untuk memenuhi keperluan sesama manusia. Jadi, jangan kemahuan kita yang didahulukan… dahulukan perintah Allah. Allah tetapkan ketaatan seorang isteri hanya untuk suaminya. Allah mahukan pembelaan seorang suami hanya untuk isteri. Itulah hakikatnya ‘kemahuan’ Allah yang sebenarnya Dia tidak mahu… kerana segala ‘kemahuan-Nya’ hanya untuk manfaat hamba-Nya. Dia Maha Kaya!

 
35 Komen

Posted by di 4 Februari 2013 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

35 responses to “BISU YANG BERSUARA…

  1. Wajah Polos

    4 Februari 2013 at 5:29 pm

    Benar. Saya banyak kelemahan, saya kurang memberi. Merenung diri yang masih bujang hingga kini, saya tersedar bahawa banyak lagi keperluan Allah yang perlu saya penuhi, harap saya tiada lain, keredhaanNya dan doa saya agar keperluan dan hajat saya dipenuhi olehNya yang Maha Kaya.. Amin

     
  2. ibrahim

    4 Februari 2013 at 8:29 pm

    salam ustaz. sila la sambung bersiaran d ikim! professional mukmin mmg telah menawan akal dan minda. sgt merindui dan masih trtggu2 utk ustaz bt comeback..

     
  3. zulfa87

    4 Februari 2013 at 9:05 pm

    terharuuu..:(

     
  4. JIWA HAMBA

    5 Februari 2013 at 2:17 am

    Reblogged this on jiwa_hamba.

     
  5. Srikandi Jiwa

    5 Februari 2013 at 8:25 am

    menyuntik rasa meransang minda perkasa cinta dalam jiwa…:)

     
  6. Sohana Ahmad

    5 Februari 2013 at 9:18 am

    Sangat menarik….

     
  7. aNNa

    5 Februari 2013 at 4:43 pm

    (◕‿◕✿)~

     
  8. Hasmiza MS

    5 Februari 2013 at 6:27 pm

    Assalamualaikum, ustaz. Insha Allah saya cuba amalkan sifat memberi seikhlas hati agar terserlah makna kehidupan yg hakiki di dalam dunia yang pasti di uji semoga sabar dan tabah menghias diri mengharap pahala dari Ilahi. Syukur alhamdulilah dan terima kasih ustaz, cikgu ilmu kehidupan saya.

     
  9. Syahmi anuar

    5 Februari 2013 at 7:49 pm

    MasyaAllah..hebat ustaz..

     
  10. mazuan

    5 Februari 2013 at 11:20 pm

    subhanaAllah.saya amat suka karya hamka dan habiburrahman.mereka di standart penulisan tersendiri tp satu yg saya sedar penulisan ustaz lain.buat kami sentiasa mengangguk tanda setuju,buat hati tersentak tanda sedar,buat mata berkaca tanda air mata mahu tumpah.Yg paling penting kita daie sebelum segalanya,dan Allah segalanya bg seorg daie.ustaz begitulah..disebabkan itu penulisan ini Allah lah di hadapan ustaz dan ,ustaz ikut di belakang ,dan kami dengan nama Allah yg maha kaya,kami juga akan ikut.sama-sama kita mujhadah ustaz.

     
  11. mala

    6 Februari 2013 at 12:57 pm

    mengapa mutakhir ini terlalu ramai para ISTERI yg mengadu perihal SUAMI? Adakah SUAMI yang mengalami masalah atau para ISTERI yg seringkali bergelodak jiwanya?

     
  12. indahnya rahmat ilahi

    6 Februari 2013 at 10:35 pm

    Artikel yang ckup padu untuk kembaikan kemesraan suami isteri..

     
  13. qaseh

    6 Februari 2013 at 10:43 pm

    Tepuk dada tanya iman.cermin dr, jgn asyik fikr kekurangan pasangan.

     
  14. dhieya

    7 Februari 2013 at 12:07 pm

    Reblogged this on bicara seorang uNgu LaveNdeR.

     
  15. dianajamri

    7 Februari 2013 at 5:15 pm

    suke sgt…kelakar!

     
  16. yusoffnor

    7 Februari 2013 at 8:48 pm

    menginsafi kelemahan dan kesalahan sendiri…merendah diri perbaiki peribadi,moga bahgia terus di kecapi…bantulah lah kami ya ALLAH… terima kasih ustaz…mengingatkan sang suami

     
  17. mek

    7 Februari 2013 at 11:36 pm

    kalaulah dia membaca entri ini, mungkin dia akan lebih mengerti…

     
  18. MAH

    8 Februari 2013 at 3:33 pm

    Salam Sejahtera Ustaz

    Rasullulah SAW pun hadapi masalah dengan isteri-isteri baginda.

     
  19. Abdilah Ahmad Mudus

    8 Februari 2013 at 9:16 pm

    Sama ada kita ‘sedar’ atau ‘tidak’ begitulah yang kita buat setiap saat dan ketika. Kita hanya memikirkan ‘apa yang kita mahu sahaja’ dan tidak pernah berfikir ‘apa yang pasangan kita mahukan’.

     
  20. dahlia

    9 Februari 2013 at 7:30 pm

    assalamualaikum,hidup dan kehidupan…banyak bezanya…saya kita hanya ada hidup tapi tiada kehidupan…namun saya sentiasa belajar untuk reda menerima apa yang ditakdir….saya terus mujahadah mengisi keperluan saya sebagai hamba pada penciptanya Allah s.w.t semoga satu hari nanti saya mampu mempunyai kehidupan..

     
  21. Melati-di-laman

    10 Februari 2013 at 9:56 am

    Terima Kasih Ustaz.

     
  22. Jamaliah

    10 Februari 2013 at 4:51 pm

    Assalamualaikum Ustaz., Alhamdulillah Sgt menarik Monolog Ustaz.. penuh makna tersurat dan tersirat (^_^)

     
  23. shariman

    10 Februari 2013 at 5:22 pm

    Bukti kehidupan adalah dari hidup yang ada. Jika seorang suami tidak ada kasih sayang pada isteri, rata2 wang, harta dan sebagainya tidak diberikannya. Memberikan sesuatu untuk hidup adalah cara bagaimana si suami mengzahirkan rasa kasih sayang yang ada.

     
  24. nur

    1 Mac 2013 at 10:03 am

    last paragh tu yg best, semuanya berbalik kepada Allah…

     
  25. ummu aisyah

    11 Mac 2013 at 8:55 pm

    Assalam. Lebih mudah melakarkan dari merungkaikan. Lebih mudah memindakan dari membuat tindakan. Memang setiap belenggu yang melibatkan dua pihak menjadi amat sukar dan komplikated. Kesan amat mendalam dan berpanjangan.. hingga boleh dibawa ke ujung usia. Dayung harus ditangan.. Perahu harus di air. Arus dan halangan harus diterjah. Barulah daya dan usaha membuahkan hasil. Persoalannnya MAMPUKAH AKU?

     
  26. ummu aisyah

    11 Mac 2013 at 9:07 pm

    Assalam. Lebih mudah melakarkan dari merungkaikan. Lebih mudah memindakan dari dizahirkan. Lebih tenang memendamkan dari meluahkan. Allah swt Maha Mengetahui. Memang sukar bila melibatkan dua pihak yang teramat rapat. Dayung harus ditangan.. Perahu harus di air. Arus dan halangan harus diterjah. Barulah daya dan usaha membuahkan hasil… Persoalannya MAMPUKAH AKU? Wsalam.

     
  27. Nurul Asihqah Amri

    12 Mac 2013 at 10:34 am

    Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat :)

     
  28. ummieiman

    13 Mac 2013 at 9:36 am

    blog yg sentiasa buatku sedar akn mknanya hubungan….sgt terkesan… tq Ust…. terima kasih semoga dipnjngkn umur utk sntiasa mnasihati kami yg sering lupa rukun kehidupan

     
  29. ana

    15 Mac 2013 at 10:56 am

    betapa besar kasih sayang & Rahmat Allah kpd kita hambaNya. tidak dapat dibayangkan. manusia tidak mengetahui, walaupun sudah diberitahu.. Ampunkan daku wahai Tuhan

     
  30. Norhashimah

    19 Mac 2013 at 5:47 pm

    Assalamualaikum ustaz, terima kasih diatas perkongsian yang sangat bermanfaat untuk kaum adam dan hawa.

     
  31. shahrin

    31 Mac 2013 at 12:31 am

    mantoop

     
  32. Ayu

    13 April 2013 at 7:19 pm

    Bagaimana nak galakkan si suami supaya membaca segala ungkapan atau huraian seperti di atas.. Katanya tidak suka membaca

     
  33. maza

    23 Mei 2013 at 4:21 pm

    Salam ustaz, mohon copy. terima kasih

     
  34. Lia

    24 September 2013 at 1:18 pm

    salam uztaz..

    you are genius…
    mohon copy…

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,097 other followers

%d bloggers like this: