RSS

PAMIT SEORANG DAIE

02 Apr

 

kuburan1Dia seorang pendakwah yang versatil. Kuliah dan tazkirahnya bersepadu antara ilmu, kisah, madah dan gurauan yang berhikmah. Mendengar kata-katanya membuat kita berfikir, ketawa dan menangis.

Paling saya ingat, kuliahnya tentang mati. Saya tidak pernah  jemu walaupun telah  mendengarnya berkali-kali. Peristiwa yang paling saya ingati ialah apabila kami sama-sama mengendalikan satu program latihan di Janda Baik, Pahang.

 

“Ustaz, tolong sambung ceramah saya. Tangan saya menggeletar, fikiran saya melayang, hati berdebar-debar,” ujarnya sebaik memberi salam dan menerpa ke bilik penginapan saya yang hanya bersebelahan dewan kuliah.

 

Saya yang sedang tidur terjaga dan terus menyambung kuliahnya. Seingat saya tentang ‘Bahaya Dosa’. Sejak itu dia sering uzur. Ajakan saya untuk dia dan keluarga menetap di KL ditolak dengan baik. Dia memilih untuk tinggal di kampung halamannya, satu daerah terpencil di negeri Pahang. Saya memahami tindakannya. Sebagai anak yang sangat taat, dia memilih untuk tinggal berdekatan dengan ibu-bapanya.

 

Sejak itu dia sekali-skala sahaja bersama saya menjalankan program latihan. Kebanyakan masanya dihabiskan berdakwah di Pahang. Paling saya terhibur apabila mendengar kuliahnya dalam radio Malaysia Pahang. Intonasi suara, lenggang lenggok bahasanya serta butiran fakta ceramah semakin meningkat. Dalam hati, saya bangga punya sahabat sepertinya.

 

Namun, suatu yang saya tidak pernah lupa, dia akan mengirim ikan patin masak tempoyak setiap kali berkesempatan. Sungguh lazat ditambah dengan sambal kering hitam belimbing. Semua masakan cara kampung. Bukan sedikit, kadangkala sampai penuh bekaS besar yang dikirimnya.

 

“Ustaz Rujhan, buat susah-susah sahaja, “ begitu kata saya apabila menelefonnya semula sebaik kirimannya sampai.

 

“Ana tahu, ustaz dan isteri ustaz tentu suka…” jawabnya pendek.

 

Beberapa bulan berlalu… kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tugas kami menyebabkan jarang-jarang kami berada di rumah. Apatah lagi sahabat, isteri dan anak-anak sendiri pun sering berenggang. Dia sering bergerak sendirian. Secara solo dia berdakwah ke sana ke mari. Pergi sebelum Subuh, pulang jauh-jauh malam.

 

Paling saya inginkan dia menjadi seorang penulis. Dia punya bakat yang besar. Hafalannya mantap. Cuma, mungkin kerana kekangan masa dan tenaga, dia terpaksa memilih untuk berceramah berbanding menulis.

 

“Dah ada rangkanya. Banyak sudah poin-poin penting, “katanya.

 

“Apa lagi… tulislah. Jangan tunggu masa lapang ustaz, lapangkan masa,” nasihat saya sebagai seorang abang.

 

Tiba-tiba saya mendengar dia diserang ‘serangan jantung’ kali pertama. Saya terkejut. Rupa-rupanya rasa gementar, tangan yang menggeletar tahun-tahun yang lalu itu mungkin simptom awal pada serangan jantung.  Ah, sayang sungguh, saya tidak sempat meluang masa untuk kembara menziarahinya kerana saya sendiri mengalami sakit akibat koyaknya otok dua belah  bahu, kiri dan kanan. Saya tidak dapat memandu kerana otot leher selalu diserang ‘frozen shoulder’. Ayah pula sakit-sakit ditambah kerja menulis dan mengendalikan latihan.

 

“Dia diserang strok kali pertama di bulan Ramadan ketika membaca Al Quran,” begitu yang saya dengar daripada rakan-rakan yang berulang menziarahi. Saya terkilan. Terasa ‘berhutang’ kepadanya. Saya tidak mahu menelefonnya, saya ingin menziarahnya. Bila? Nantilah… bisik hati memberi alasan. Kali kedua dia diserang strok, waktu itu saya sedang bersedia untuk membuat pembedahan (ditangguhkan sementara hingga kini atas sebab-sebab teknikal). Namun kali ini saya bertuah…

 

“Ustaz, apa khabar… rindu sangat dengan ustaz,” ujarnya beberapa lama selepas ‘kebah’ daripada serangan strok yang kedua.

 

“Ya Allah, ana pun rindu,” ujar saya. Mudah-mudahan rindu kami kerana Allah.

 

“Ana nak bersama ustaz semula. Sudah rindu untuk ikut modul dan berkongsi ilmu serta pengalaman,” katanya.

 

“Ustaz datanglah. Ana sering uzur,” balas saya.

 

Kami berbual agak lama. Terlalu lama, ulas isteri saya. Kami sama-sama keberatan untuk menamatkan panggilan. Dia bertanya pelbagai perkara. Berkongsi bermacam-macam rasa.

 

“Bagaimana ustaz membahagikan masa?”

 

Itulah antara soalan yang masih saya ingat. Walaupun dia selalu bertanya, tetapi diam-diam saya akui bahawa sayalah hakikatnya banyak belajar daripadanya. Belajar bersantai dalam memberi kuliah. Belajar mengadun antara fakta, cerita dan gurauan dalam batas dakwah dan tarbiah.

 

Tengah Jumaat itu, saya di utara. Selepas memberi kuliah secara ‘maraton’ seawal jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari, saya kembali ke dalam kereta dengan kepala yang berdenyut-denyut. Bagi meredakannya saya bawa berselawat setelah menelan ubat.

 

“Ustaz, tahu tentang strok?” kata sahabat di sebelah yang membantu saya memandu kereta.

 

“Tahu kenapa?” saya menjawab biasa-biasa.

 

“Ustaz Rujhan, sahabat ustaz telah meninggal sebentar tadi akibat serangan strok,” katanya perlahan.

 

Innalillah wa inna ilaihi rajiun… saya terkejut. Saya terdiam seketika. Setelah membaca surah Al-Fatehah saya buka kembali SMS terakhir yang dikirimnya 3 minggu yang lalu. Menerusi SMS itu memohon maaf dan menyatakan keuzuran kerana belum dapat bertemu. Jika tidak jadual kuliah dan kursus yang telah siap diatur, mahu sahaja saya memecut ke Pahang untuk menziarahi jenazahnya. Namun apakan daya, masih dua program yang perlu diisi di utara dan tiga program lagi menanti di bahagian tengah dan selatan.

 

Akhirnya, setelah kira-kira dua minggu selepas dikebumikan saya di sini… di bawah pohon rendang di sisi pusaranya yang masih merah dan basah. Bersama-sama beberapa orang sahabat terapat, saya bertahlil. Walaupun bumi berbahang dipanah mentari, namun hati menjadi dingin dibelai kenangan-kenangan indah yang mengiringi pemergiannya.

 

“Detik pemergiannya pada penghulu segala hari, hari Jumaat.”

 

“Jemaah masjid penuh berganda ketika solat jenazahnya.”

 

“Allahyarham masih memberi kuliah Subuh di masjid berhampiran pada hari diserang strok.”

 

“Ketika pusaranya digali, tercium bau yang wangi.”

 

“Sebaik jenazah dikebumikan, hujan turun dengan lebatnya!”

 

“Dia sangat suka bersedekah walaupun ketika susah.”

 

“Di akhir-akhir hayatnya dia banyak berzikir, bertahajud dan duha.”

 

Begitulah yang saya dengar berita-berita dan kisah yang melingkari detik kematiannya. Orang yang telah mati akan disebut namanya mengikut  amalannya ketika hidup. Sungguh penceramah yang hebat apabila menyentuh tentang kematian itu pun telah mati… Terbayang anak isteri yang menangis kesedihan dengan pemergian suami seperti yang sering dibayangkannya… Terbayang detik-detik dahsyat ‘Sakaratul Maut’ yang sentiasa diperingatkannya. Kini segala-galanya telah dialaminya sendiri.

 

“Ustaz semua, makanlah… sengaja saya masak ikan patin gulai tempoyak pada tengah hari ini. Ustaz Rujhan dulu selalu menghidangkan ustaz-ustaz masakan ini. Sekarang saya sebagai isteri nak menyambung amalan arwah suami saya…” kata isterinya menjemput kami makan. Selepas makan, kami kumpulkan semua anak Allahyarham. Tazkirah, kata semangat dan kisah-kisah kebaikan ayah mereka kami imbau satu persatu. Mudah-mudahan anak-anak yatim ini menjadi ‘orang besar’ mengikut jejak anak-anak yatim yang hebat seperti Rasulullah SAW, Imam Safie, Imam Bukhari, Imam Hanbali dan lain-lain.

 

Sungguh saya benar-benar terharu. Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik kesedihan ini. Dia yang jarang ada di rumah itu akhirnya telah tiada buat selama-lamanya.

 

“Ustaz, tunjuk ajar saya untuk menulis…”

 

Masih terngiang-ngiang permintaan terakhirnya. Begitu tawaduknya, pada hal dia telah pun menulis dengan begitu baik dalam sebuah majalah yang semakin meningkat edarannya. Apalah ertinya keindahan sebuah tulisan dibandingkan dengan keindahan sebuah kematian? Saya cemburu, terlalu cemburu… mengenangkan bagaimana dia melakarkan sebuah kehidupan yang penuh perjuangan. Dia berdakwah, sehingga Subuh yang terakhir.

 

Benarlah seperti yang sering diungkapkan… cara mati seseorang akan ditentukan bagaimana cara hidupnya. Semoga Allahyarham Ustaz Rujhan bin Hj Razali, anak kepada seorang Tok Imam, adik kepada seorang murabbi, suami kepada seorang isteri yang tabah itu… di tempatkan di kalangan para solehin, diampunkan, dikasihani dan diredai Allah! Amin.

 

Pergilah dulu sahabat ku, aku dan kami semua, pasti menyusul mu nanti.

 

Al Fatehah…

 

 

 

 

 
37 Komen

Posted by di 2 April 2013 in Iktibar Kisah

 

Label: , ,

37 responses to “PAMIT SEORANG DAIE

  1. FTMZ

    2 April 2013 at 5:08 pm

    alfatihah..semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang soleh..

     
  2. ShakirahRosli

    2 April 2013 at 6:54 pm

    subhanallah..terharu + sedih pule

     
  3. Zulina Desa

    2 April 2013 at 11:03 pm

    Al fatihah buat insan yang hebat, Ustaz Rujhan

     
  4. Makbonda

    2 April 2013 at 11:33 pm

    اَلْفَاتِحَةْ

     
  5. din

    3 April 2013 at 11:04 am

    menyentuh hati.. betul kata ustaz… semoga kita semua mati dalam keadaan di redhai Allah s.w.t… amin

     
  6. Sal سالينا صفر

    3 April 2013 at 12:19 pm

    innalillahiwainnailaihirojiun….alfatihah semoga beliau ditempat dikalangan mereka org soleh

     
  7. nurul

    3 April 2013 at 12:53 pm

    Innalillahiwa inna ilaihi roji’un.. Allah.. bergetar seluruh badan saat membaca post ni..

     
  8. izieamin

    3 April 2013 at 1:09 pm

    alfatihah…kematian peringatan untuk kita yang tinggal

     
  9. syed hafiz

    3 April 2013 at 2:23 pm

    al fatihah…

     
  10. Syamsul Amri A Razak

    3 April 2013 at 4:24 pm

    Pulang seketika dari kepenatan dunia..ameen.

     
  11. sot

    3 April 2013 at 4:25 pm

    Ya Allah tempatkan arwah di kelompok manusia yang mendapat redha Mu. Amiin.

     
  12. Azian

    3 April 2013 at 11:26 pm

    Al-fayehah buat allahyarham.moga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2yg soleh.Amin.

     
  13. nurulamyliana

    4 April 2013 at 8:54 am

    al-fatehah..kematian adalah sebuah permulaan kehidupan yang kekal selamanya..

     
  14. 561700

    4 April 2013 at 12:20 pm

    al-fatihah…pasti kia juga akan menyusul seperti mereka. Moga ALLAH redha diatas kehidupan dan kematian kita semua.

     
  15. Janah Ahmad

    4 April 2013 at 2:12 pm

    al fatihah

     
  16. hawa

    4 April 2013 at 9:39 pm

    Sedih:( Teringat kata2 ustaz Rujhan menusuk kalbu..

     
  17. Mahani Ibrahim

    5 April 2013 at 12:57 am

    Allahurobbi…….Kami meyayangi Ustaz Rujhan dan Ustaz Pahrol kerana Allah. Semoga Allah memberikan selurh kebaikan kepada kita semua ..Aminn.

     
  18. Nana Yusoff

    5 April 2013 at 11:28 am

    Al fatehah ..

     
  19. accik

    5 April 2013 at 3:58 pm

    Mga beliau dimasukkan dalam Jannatul Firdaus dan digolongkan bersama orang-orang yg beriman. Terima berita pemergiannya tika tersangkut dlm perjalanan di Bukit Tujuh .. alfatihah

     
  20. Wafiqa

    5 April 2013 at 9:26 pm

    Subhanallah..mengalir air mata baca. Sesungguhnya mati itu lazat bg org yang sentiasa dkt dgn ALlah..al fatihah

     
  21. latifah

    5 April 2013 at 10:19 pm

    innalillahi wainna ilaihi rajiun… tumpang tanya ustaz… arwah ustaz Rujhan ni adik beradek dgn ustaz zulramli ke? sebab kelihatan nama ayah sama dan rupa mereka pun iras2… trima kasih… Al Fatehah…

     
  22. su

    6 April 2013 at 12:34 pm

    orang kg saya ni ustaz.. AlFatihah.. saya ada beli buku Ustaz, Siapa DIA Dihatiku..seronok sangat membacanya..nak beli lagi dan lagi.. terima kasih atas penulisan ustaz yg sangat bermakna dan menusup ke jiwa..syukran..

     
  23. husna

    6 April 2013 at 5:34 pm

    kami warga pahang sangat merasai pemergian arwah terutama makcik2 dan pakcik2 di kampung..nama beliau meniti dimulut mereka..tiada lagi ceramah disamping gurauan bahasa kampung,,,alfatihah

     
  24. Faiez Nasir

    6 April 2013 at 10:18 pm

    manyentuh hati..

     
  25. ismida

    7 April 2013 at 5:47 pm

    subhanallah,,, sunguh bertuah teman2 arwah yang pernah bersama-sama dengan arwah,, hurm,, al fatehah,,

     
  26. junamidin

    7 April 2013 at 10:50 pm

    Alfatihah..semoga allahyarham ditempatkan bersama mereka yg beriman dan bertaqwa padaNya.aamiinn..sgt terkesan dgn tulisan ini..smga mmberikan hidayah buat hati…aamiin

     
  27. suhailiwati abdul hamid

    8 April 2013 at 7:45 am

    Assalammualaikum ust. Tersentuh hati bila baca kisah ustz ni. Besar sungguh erti sahabat kerana Allah. Roh sentiasa terasa rindu dn trkenang walau berjauhan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 solehin..Al-Fatehah.

     
  28. MAH

    8 April 2013 at 8:52 am

    Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu,

     
  29. Amaluddin Mohd Napiah

    11 April 2013 at 12:15 am

    Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu……

     
  30. Saadatul Abadiyyah

    11 April 2013 at 10:02 am

    al-Fatihah.Semoga roh arwah berada dalam kalangan hamba-Nya yang Siddiqin dan Muqarrabin.

     
  31. ayie

    11 April 2013 at 9:14 pm

    Tersentuh hati..moga arwah tenang di sana..

     
  32. duan

    13 April 2013 at 6:14 pm

    Ustaz Rujhan juga selalu ceramah di kg saya.. memang seorg ustaz yg pandai menarik hati org ramai dan berkaliber… pandai berjenaka dan byk pengisian2 yg baik, seronok dengar dia ceramah… semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan org yg beriman… kematian itu pasti, yg hidup ini byk2kanlah ingat mati…

     
  33. Abdilah Ahmad Mudus

    17 April 2013 at 3:04 pm

    Kita semua pasti MATI pada bila-bila masa. Oleh itu PASTIKAN kita bersiap sedia setiap saat dan ketika untuk meneriman ke datangannya. Bagaimana caranya? SANGKA BAIK. FIKIR YANG BAIK DAN YANG PALING UTAMA BUAT YANG TERBAIK….SEKARANG!

     
  34. wan mazuan

    18 April 2013 at 3:57 pm

    al fatihah.Semoga ditempatkan dalam hamba yang dicintainya.

     
  35. atfi ibrahim

    25 April 2013 at 11:30 am

    assalamualaikum,wbr
    al fatihah…..moga arwah ditempatkan bersama org2 beriman…amen

     
  36. hakim

    22 September 2013 at 7:21 pm

    Al Fatihah

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,104 other followers

%d bloggers like this: