RSS

CERITA BENAR BUAT IKTIBAR

07 Mei
  1. 936398_196859210461661_1971519674_n1.    WALAU SESUDAH KEMATIANNYA…

Kami berbual tidak panjang. Hanya seketika dia menghabiskan catatan dalam buku harian kerjanya, mungkin. Dan saya menunggu giliran untuk masuk melawat ahli keluarga yang sakit.

“Alhamdulillah, sekarang majoriti  jururawat beragama Islam menutup aurat,” kata saya kepada seorang jururawat senior yang duduk berdepan dengan tempat saya menunggu.

“Satu perjalanan panjang. Proses yang berliku-liku, akhirnya Allah izinkan jua kami menutup aurat,” balasnya dengan senyuman.

“Tentu ada kenangan yang manis, “ jolok  saya untuk menghidupkan perbualan.

“Memang ada…. sampai sekarang masih menjadi ingatan, aspirasi dan pembakar semangat saya. Maklumlah, ujian pasti datang bertali arus. Tetapi saya dapat kekuatan setiap kali mengenangkan peristiwa itu.”

Dia pun mula bercerita. Cerita lama. Telah berlaku lebih kurang  30 tahun yang lalu.

“Ketika itu saya masih bertugas di sebuah hospital besar di sebuah bandar. Masa tu saya sendiri masih ‘free hair’.  Pada waktu itu menutup aurat pada wanita yang berkarier masih menjadi larangan. Masyarakat masih memandang serong hukum menutup aurat….” Dia mula bercerita.

“Satu hari seorang wanita awal akhir 20’an, seingat saya, dimasukkan ke dalam wad yang saya menjadi antara petugasnya yang menjaganya. Sakitnya agak kronik. Wanita ini sangat baik, tutur katanya lembut dan berakhlak. Dia paling menjaga waktu solat dan sentiasa dalam keadaan menutup aurat. Maklumlah ada juga petugas dan doktor lelaki yang bertugas di dalam wad tersebut…”

Saya menanti di mana ‘istimewanya’ kisah wanita menutup aurat itu.

“Acap kali dia pengsan. Sebaik tersedar, pertanyaan pertamanya  ialah, apakah sudah masuk waktu solat? Kemudian dengan cepat dia akan membetulkan kain tudung yang menutup auratnya.  Dia sangat cakna dan prihatin betul dengan solat dan auratnya.”

“Lama dia di dalam wad. Perihal sikapnya yang sangat menjaga waktu solat dan penutupan aurat itu sudah menjadi ‘trade mark’nya dan telah dimaklumi oleh petugas hospital dan pesakit di wad berkenaan. Bukan sahaja yang muslim, malah doktor dan petugas bukan Islam pun menghormati prinsip wanita tersebut. Mereka akan berhati-hati apabila berdepan dengannya. “

“Bagaimana dengan sikapnya yang lain?” tanya saya.

“Sikapnya yang lain?”

“Maksud saya dengan keperibadiannya selain solat dan menutup aurat?”

“Dia baik dan hormat dengan semua orang, tidak kira Islam atau bukan Islam. Walaupun menutup aurat, penampilannya sangat dijaga. Sangat menjaga kebersihan dan  masa. Tapi itulah… sakit barahnya sudah sangat parah. Tahap kritikal. Kira-kira 2 bulan kemudian dia meninggal dunia. Hari kematiannya itu yang paling mengesankan…”

Saya diam.  Saya melihat suaranya mula tersekat-sekat. Air matanya mula mengalir…

“Tak sangka lepas solat Subuh pagi itu dia meninggal dunia. Ketika meninggal dunia kain tudung yang menutup wajahnya terbuka sedikit kerana mukanya sudah jatuh di sebelah. Beberapa helai rambutnya terjuntai keluar. Bayangkan… seorang doktor bukan Islam segera berkata pada saya dan rakan jururawat yang lain, cepat-cepat tutup semula, rambutnya sudah terkeluar! ….

Saya terkejut. MasyaAllah.

“Tuan bayangkan, orang bukan Islam pun sangat menghormati prinsipnya. Seperti mana dia menjaga auratnya semasa hidup begitulah Allah jaga auratnya setelah meninggal dunia sehingga orang bukan Islam Allah gerakkan hatinya membantu menutup auratnya.”

“Sejak itu?”

“Sejak itu saya dan beberapa orang kawan lagi tekad menutup aurat. Mula-mula tu dengan berskaf sahaja. Lama-kelamaan meningkat sedikit demi sedikit sampailah semacam ni. Kami sangat tersentuh dengan sikapnya.”

Saya senyum. Begitulah hebatnya berdakwah melalui akhlak dan sikap. Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat, orang beriman ketika sakit pun masih mampu berdakwah.  Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya. Dakwah itu umpama air, tidak dapat disekat… akan tekad mencari arah untuk terus mengalir.

  1. penipuan-popular2.      MUSLIHAT DENGAN SELAWAT

Tiba-tiba bum, kereta saya dilanggar dari belakang. Saya terpaksa berhenti di persimpangan sebuah bulatan. Seorang lelaki Melayu keluar dari sebuah kereta mewah. Saya kira dia hanya seorang pemandu… ada tuannya yang duduk di sebelah kiri bahagian belakang. Juga seorang Melayu.

“Assalamualaikum. Allah humma salli ala Muhammad…” ujar pemandu itu berkali-kali sambil menghulurkan tangan buat bersalam.

Saya menjawab salam dan kemudian terus berjabat tangan.

“Selesai cara mudah sahaja. Kita orang Islam.”

“Ya. Ya, “jawab saya sambil memerhati kerosakan kereta. Kereta mewah yang dipandunya tidak rosak apa-apa tetapi kereta saya memang teruk. Congak saya jika dihantar ke kedai anggapannya tidak kurang rm 500.

“Ya kita buat cara mudah. Kita saling bermaafan sahajalah. Lupa-lupakan sahaja. Lagipun saya tidak sengaja.”

“Tapi tuan melanggar dari belakang. Ini satu kecuaian. Lagipun saya perlu kos untuk membaiki kereta saya ni.”

“Alllhahumma salli ala Muhammad…  kita bermaafanlah.”

“Ya. Tetapi kita mesti bertanggung jawab…”

Dia pergi menemui tuannya yang tidak pun keluar dari kereta sejak tadi. Asyik membaca akhbar. Ya, dia orang besar.

“Beginilah encik, ambil kad ini dan talifon kita berurusan kemudian. Kami yang salah, insyaAllah kita ‘settle’ nannti. Jangan lupa call nombor ini ya,” sambil memberi kertas yang ada catatan no talefon.

Oleh sebab percaya dan tidak mahu menyusahkan kereta-kereta yang sudah berbaris di belakang saya menerima kertas itu dan berlalu segera.

Satu hari, dua hari, tiga hari dan sehingga seminggu… saya menalipon nombor yang diberikan. Namun tidak ada jawapan. Cuma sekali ada bunyi diangkat dan saya disergah oleh suara kasar dengan bahasa asing.  Tidak ada selawat lagi!

  1. jujur3.      HARGA SEBUAH KEJUJURAN

“Betul ke ni?” tanya saya.

“Betul ayah. Dia berjanji menunggu di kedai inilah,” jawab anak saya.

“Kalau betul memang nyonya tu hebat. Berlanggar dua hari lalu, hari ini janji nak bertemu baiki kereta kita yang rosak, “ kata saya.

Dua hari yang lalu kereta anak saya dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang nyonya tua. Nyanya itu yang salah, buat ‘reverse’ ke belakang tanpa toleh. Begitu menurut anak saya. Akibatnya, dua buah lampu depan kereta anak saya pecah. Nyonya itu berjanji untuk menggantinya di sebuah kedai yang ditentukannya sendiri. Dia sudah biasa di kedai itu. Anak saya baru sahaja mendapat lesen, sangat naif dengan insiden seperti itu. Main percaya sahaja.

Harapan saya 50-50.

“Kalau nyonya Cina tu tak sampai lagi cuba call,” cadang saya kepada anak.

Sedang anak mendail tiba-tiba, seorang nyonya tua berwajah bersih datang dari arah belakang lantas berkata, “Selamat pagi. Maaf, saya lambat sikit. Jalan ada jam sikit. Oh, ni bapak you ka? Semalam saya kata you jangan takut nanti saya terangkan sama bapak you saya yang salah.”

Saya tertawa. Terhibur dengan keramahannya. Kami segera berurusan. Lampu diganti dan kemik kereta di bahagian hadapan pun dibaiki. Semua perbelanjaannya ditanggung oleh nyonya Cina itu. Ternyata dia menepati janji. Bayangkan, bukan mudah tanpa ada apa-apa ‘gerentor’, hanya berbekalkan kepercayaan… dia benar-benar menepati janji. Terus terang dalam hati saya terdetik, alangkah baiknya jika dia seorang Islam. Dalam diam saya berdoa, semoga dia menerima hidayah!

P/s Pada pandangan saya yang kerdil ini, bukan isu perkauman… tetapi isu kejujuran yang telah diragukan! Wallahua’lam.

 
32 Komen

Posted by di 7 Mei 2013 in Iktibar Kisah

 

Label: , , ,

32 responses to “CERITA BENAR BUAT IKTIBAR

  1. Monaliza Binti Sulaiman

    7 Mei 2013 at 10:56 pm

    AllahuAkbar. Assalam. Tersentuh membaca entri ini. Benar kata tuan tidak perlu bercakap banyak hanya tunjukkan akhlak yg baik menyebabkan yg melihatnya tertawan. Saya merasakan itulah yg dilakukan oleh Tok Guru kita TGNA terhadap siapa yg bertemu dgnnya. Mohon dikongsikan di FB entri sebegini kerana berbekas dihati yg membacanya. JazakaulLahu khaira.

     
  2. Julia Rosman

    7 Mei 2013 at 11:08 pm

    salam ustaz..sbnrnya sy amat menggemari semua tulisan ustaz..kisah sesudah kematiannya cukup menginsafkn sy. teringat pengalaman bersalin 6 bln yg lalu..Allah membri rezeki kpd sy utk menjags aurat dr mula menjlni pemeriksaan bulanan hinggalah bersalin. bayi sy lahir disambut jururawat di hospital daerah w/pun sy bermasalah dan perlu di rujuk ke hosp besar di jb. kini sy tekad utk menyusukan bayi sy sehingga 2 thn kerana sy terlalu terkesan menonton rancangan hereafter di tb

     
  3. AZLIZA BINTI AWANG

    7 Mei 2013 at 11:39 pm

    Thanks ustaz kerana saya byk muhasabah n belajar mengubah diri dari ilmu yg ustaz curahkan. walau agak sukar melawan nafsu ttp bila selalu dengar majlis ilmu inshaa Allah ianya hati yg keras akan menjadi cair..moga ustaz tidak jemu menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

     
  4. zeera

    8 Mei 2013 at 12:04 am

    Assalamu’alaikum ustaz, sebagai orang yang dah banyak kali masuk wad saya sangat terkesan dengan entri ustaz ini. Sesungguhnya menjaga aurat dan solat semasa duduk dalam wad adalah sesuatu yang memerlukan kekuatan iman dan taqwa. Lebih-lebih lagi apabila di tangan ada drip, baru lepas dibedah dsb. Sepatutnya semasa diuji dengan sakit itulah kita mesti lebih kuat berusaha mendekatkan diri dengan Allah, bergantung kepadaNya, mohon keampunan dan rahmatNya, berdoa agar dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga entri ustaz ini(dan entri2 yang lain juga) akan menjadi perangsang serta memberi kekuatan kepada mereka yang ingin berubah menjadi hambaNya yang taat dan diredhai..Ameen..

     
  5. nordiana

    8 Mei 2013 at 12:43 am

    Assalammualaikum..syukur krn hdp bersama para ilmuan islam yg tdk jemu berkongsi ilmu..sngt dihargai..sngt menarik..patut dicontohi..teruskan perjuangan murshid..kerana kalianlah pewaris dakwah Nabi..

     
  6. nur

    8 Mei 2013 at 6:07 am

    cerita yg menyebabkan kira berfikir n menilai. terima kasih ustaz. manusia d sekeliling kita adalah pelajaran dlm kehidupan ini.

     
  7. nadia

    8 Mei 2013 at 7:49 am

    slm ustaz..
    sgt terkesan dgn kisah2 ini..
    moga Allah sentiasa melindungi kita semuA..

     
  8. Brightnur

    8 Mei 2013 at 9:36 am

    Maaf Ustaz.. saya tak perasan tajuk die ‘kisah benar untuk iktibar’. Ustaz boleh remove comment saya sebelum ni. =)

     
  9. nurazmin yahya

    8 Mei 2013 at 9:45 am

    Beginilah manusia di akhir-akhir zaman ini. Bagaimana kita sebagai hambaNya perlu berhadapan dengan situasi begini dan menguji akal dan iman. Moga menjadi pedoman dan pengajaran bagi kita. Tidak kira siapa kita dan bangsa, kejujuran dan keikhlasan mengatasi segalanya.

     
  10. Fatihah

    8 Mei 2013 at 9:49 am

    Saya setuju dengan ustaz perihal isu kejujuran yang telah diragukan bukannya perkauman. Moga kita semua bersifat terbuka dan mudah menerima dan menilai pendapat orang lain dengan baik. Moga Allah merahmati kesemua umat Nabi Muhammad saw.

     
  11. Ummu Rifqi Hadif Aisyah

    8 Mei 2013 at 10:02 am

    Kisah yg amat memberi kesan. Berubahlah sebelum terlambat…mg kita semua akan jd muslim yg lebih baik dr hari ke hari…amiin..

     
  12. Larna

    8 Mei 2013 at 10:08 am

    Nyonya tu baba nyonya kut..Islam lah tu.. hehehe

     
  13. Syamsul Amri A Razak

    8 Mei 2013 at 12:23 pm

    JazakAllah atas perkongsian.

     
  14. zurarizal

    8 Mei 2013 at 2:34 pm

    terkedu bila membaca kisah yg pertama..sy sedang berusaha ke arah itu..
    moga allah mudahkan segala urusan sy..amin

     
  15. HambaMU

    8 Mei 2013 at 2:55 pm

    Reblogged this on October@21.

     
  16. Nur Intan Haryani

    8 Mei 2013 at 6:54 pm

    alhamdulillah..dalam kesannya, terima kasih ustaz..moga terus diberi kekuatan dan dlm rahmat Allah sentiasa..aminn

     
  17. syed hafiz

    9 Mei 2013 at 9:59 am

    syukran ustaz..

     
  18. Rafidah Husain

    9 Mei 2013 at 10:44 am

    terima kasih untuk cerita yang boleh diambil iktibar ustaz

     
  19. syuhana ab ghani

    9 Mei 2013 at 2:47 pm

    Tuan, kenapa tuan tiada lagi di IKIM.FM?Dimana saya blh download lagi ilmu2 tuan tu?

     
  20. Cik Iman

    9 Mei 2013 at 3:21 pm

    terbaik..:)

     
  21. naguib

    9 Mei 2013 at 9:37 pm

    Sarat dan mendalam.. Lagi2 cerita tentang no2 tu.. 5tahun lagi baru suara itu akan berselawat kembali..

     
  22. MAH

    10 Mei 2013 at 4:29 pm

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Saya ada seorang jiran apek yang baik hati. Setiap malam Jumaat saya doakan beliau serta seisi keluarga dapat taufik hidayah dan cahaya petunjuk. Saya juga telah minta adik saya tolong doakan ketika beliau pergi umrah baru-baru ini

     
  23. Aneeqa

    11 Mei 2013 at 10:59 pm

    Assalam,
    Semuga dalam limpah rahmat Allah.
    Sebak dengan kisah no.1. Semuga Kira semuga dalam peliharaan Allah. Amin
    AJ

     
  24. Aneeqa

    11 Mei 2013 at 11:00 pm

    Typo error: semuga kita semua dalam peliharaan Allah. Amin

     
  25. Hana

    20 Mei 2013 at 11:18 am

    AsSalam,
    Syukur atas sajian bahan bacaan ilmiah yg hebat untuk memupuk iman & takwa kita bersama…

     
  26. Saidatul Faiqah

    20 Mei 2013 at 2:35 pm

    Allahu, hebatnya penangan kepercayaan ini. Yang menarik dalam cerita ini terlalu banyak. Tapi paling terkesan pada saya ialah pada dua inti: Pertama, pentingnya aurat itu dijaga sentiasa. Insyaallah jika semasa hidup kita jaga aurat, Allah jaga aurat kita semasa mati. Semoga Allah ampunkan saya dan saudara-saudara lain yang dulu jahil. Semoga Allah kurniakan rahmat buat yang belum menutup aurat agar kembali pada fitrah.

    Kedua, kisah kepercayaan. Lumrah kejadian begini dalam kehidupan kita. Membina kepercayaan sesama manusia juga tanggungjawab. Pada diri, selalu saya pesan, hubungan kita dengan manusia adalah tanggungjawab kita dengan Allah. Hubungan orang lain dengan kita adalah tanggungjawab dia dengan Allah. Jadi, muhasabah sama, mari!

     
  27. aida

    24 Mei 2013 at 7:24 am

    maafkan saya ustaz…mohon share cerita yg benar2 menggegar hati ini…

     
  28. samsiah

    12 Jun 2013 at 1:14 pm

    tk ustaz. bila lagi ye nak join program ustaz.

     
  29. Basliza

    26 Jun 2013 at 3:40 pm

    mohon share ustaz..

     
  30. Ira ari

    14 Disember 2013 at 12:05 am

    Subhanallah, tanpa saya sedar mengalir air mata membaca kisah pertama.

    Temu Janji Anda Dengan Vitamin Shaklee

     
  31. Iffah Muhsin

    10 Mac 2014 at 1:33 pm

    Crita ni pendek,,, tp x tau knpa air mata sy mengalir… sdih dan terharu…

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,219 other followers

%d bloggers like this: