RSS

SEPANJANG JALAN TAWAKAL

03 Jun

road_and_path05Tawakal adalah sifat terpuji yang tertinggi. Ia adalah ibadah hati. Tawakal itu dirasai. Zahirnya tidak kelihatan tetapi kesannya sangat besar dalam kehidupan. Mengapa? Ini kerana hanya dengan bertawakal kita boleh menjadi hamba Allah yang sebenar. Jika tidak kita akan sentiasa terhalang, malah terhijab terus daripada menjadi akrab dengan Allah. Halangan terbesar seseorang menuju Allah ialah kekhuatiran, kebimbangan, kesibukan kesukarannya mencari rezeki. Hati dan fizikal menjadi letih dalam mencari, menjaga dan menambah rezeki. Namun dengan tawakal, segala keletihan itu akan dapat diatasi.

Apabila kita bertawakal ertinya kita mewakilkan atau menyerahkan urusan kepada pihak yang lain. Dalam konteks ini, ‘pihak lain’ itu ialah Allah. Insya-Allah, apabila kita menyerah urusan kepada Allah hati kita akan teguh dan kukuh, tidak goncang dan goyah lagi.  Ini kerana kita yakin ‘wakil’ kita itu ialah zat yang Maha Gagah, Maha kaya, dan Maha sempurna.  Keyakinan itulah yang membuahkan ketenangan.

Justeru, menurut Abu Zakaria Ansari, tawakal itu ialah “Keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain.” Bayangkan apabila seseorang Muslim dengan sepenuh hati berserah diri kepada Keagungan dan Kekuasaan Allah dalam berusaha sambil menunggu hasilnya dengan penuh sangka baik kepada Tuhannya.

Insya-Allah, seorang yang bertawakal akan mendapat sekurang-kurangan manfaat-manfaat berikut:

1)                  Ketenangan hati.

Orang yang bertawakal akan merasakan ketenangan memenuhi hatinya, yakin, mantap, optimis dan reda. Ketenangan inilah yang dirasakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berada dalam gua. Ketika Sayidina Abu Bakar khuatir dengan keselamatan baginda, Nabi Muhammad SAW telah bersabda kepadanya “janganlah bersedih, kerana sesungguhnya Allah berserta kita. ”

Ketenangan inilah juga yang dirasai oleh Nabi Ibrahim ketika dilemparkan ke dalam api yang menyala-nyala. Baginda tidak endahkan pertanyaan manusia mahupun malaikat apabila berkata, “ Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung. ”

2) Kekuatan jiwa.

Bukan sahaja tenang, orang yang bertawakal juga akan mendapat kekuatan jiwa. Fitrah manusia, akan merasa kuat apabila ada sandaran atau ‘back up’  daripada pihak yang kuat. Orang yang  bertawakal merasa kuat berdepan dengan musuh yang ramai kerana merasakan Allah akan membantu mereka.

Inilah rahsia dalam medan Badar, apabila 313 tentera Badar mampu mengalahkan musuh yang lebih ramai. Firman Allah:  Ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabb (Tuhan)-mu, lalu dikabulkan-Nya bagimu, “Sesungguhnya Aku (Allah SWT) akan mendatangkan bantuan kepadamu seribu malaikat yang datang bersambungan.” Dan tidaklah hal itu dijadikan oleh Allah untukmu kecuali sebagai berita gembira dan untuk menenteramkan hatimu. Dan tiada lain kemenangan itu kecuali datang dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana. (Al Anfal: 9-10)

4) Diri yang reda
Apabila bertawakal, hati akan reda, pasrah dan menyerah atas segala ketentuan Allah sekalipun apa yang berlaku bertentangan dengan apa yang kita inginkan.  Jiwa merasakan apa yang berlaku semuanya baik-baik belaka. Tidak ada ruang untuk kecewa, marah dan putus asa. Semua ini impak daripada sangka baik kepada Allah yang tidak akan menyusahkan apalagi menzalimi hambanya.

Orang bertawakal akan terpujuk oleh firman Allah ini: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” (Al-Baqarah: 216). Justeru, ada ulama berkata, ”Selagi aku reda Kepada Allah sebagai pelindung, maka aku akan sentiasa mendapat jalan untuk setiap kebaikan. ”.

5) Harapan yang segar.
Orang yang bertawakal tidak akan putus harapan. Harapannya sentiasa segar dan tinggi sekalipun ketika dihenyak oleh ujian yang paling menggentarkan. Allah tidak akan mengecewakan ku, begitulah detik hati orang yang berserah nasibnya kepada Allah. Sentiasa ada ‘talian hayat’ dalam bentuk doa, solat dan sabar ketika diuji. Sekalipun, seluruh manusia telah berpaling, namun mereka yakin Allah tetap tidak berpaling kepada hambaNya yang bertawakal.

Bahkan semakin cemas dan beratnya ujian yang melanda, semakin dekat mereka rasakan bantuan Allah akan tiba. Firman Allah: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (ketahuilah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” ( Al Baqarah: 186)

 
26 Komen

Posted by di 3 Jun 2013 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

26 responses to “SEPANJANG JALAN TAWAKAL

  1. Khairul

    3 Jun 2013 at 6:19 pm

    Tq

     
  2. Hasmiza MS

    3 Jun 2013 at 6:59 pm

    Assalamualaikum. Terima kasih ustaz memberi pencerahan menarik tentang erti tawakal. Tawakal hadiah istimewa Allah kepada mereka yg diberi ujian bersifat sakit dan dukacita di mana sifat tawakal itu menambah kekuatan diri menempuh apa jua cabaran yang datang mengikut jalan yg disukai Allah..

     
  3. Mohd Firdaus Mohamed

    3 Jun 2013 at 11:15 pm

    Yeay…ada post baru

     
  4. ramsiah

    4 Jun 2013 at 6:53 am

    minta share tuan.

     
  5. umie syamimi

    4 Jun 2013 at 10:45 am

    Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata-mata kerana ALLAH TA’ALA. Aku pasrah pada-Mu Ya ALLAH kerana Kaulah yang mentadbir dan mentaqdir keseluruhan hidupku. Aku yakin pertolongan-Mu akan sampai..Kau tidak akan membiarkan hamba-Mu dianiaya, dizalimi…Amin

     
  6. wan mazuan

    4 Jun 2013 at 2:18 pm

    terima kasih,saya tenang sekarang..

     
  7. MAH

    4 Jun 2013 at 3:31 pm

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Terima kasih di atas artikel yang komprehensif.

    Dalam konteks pasca PRU13, Ayat di bawah perlu direnungi:

    ““Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

     
  8. syuhana ab ghani

    5 Jun 2013 at 7:55 am

    amat setuju…siapa yang sudah merasainya, barulah dia tahu…syukran ustaz atas ilmu…

     
  9. Norbaiti Ridzuan

    5 Jun 2013 at 8:57 am

    Alhamdulillah….. Terima kasih ustaz…. moga kita semua dikurnia roh tawakal yang kuat dalam perjalanan menuju redha Allah. Aameen..

     
  10. rosmizar

    5 Jun 2013 at 9:39 am

    Allahu Akbar….betapa sayangnya Allah pada hambaNYA….setiap yang diuji….Allah akan bantu dengan ‘skema’ dari NYA…Maha Suci Allah…
    Jazakallah Ustaz….semoga Allah terus memandu Ustaz dalam berkarya…Amin…

     
  11. Hana Qarirah

    5 Jun 2013 at 2:18 pm

    Assalamu’alaikum.

    Ustaz, apakah beza antara redha dan pasrah?

     
  12. Abdilah Ahmad Mudus

    5 Jun 2013 at 9:10 pm

    Alhamdulillah…pencerahan tentang sifat TAWAKKAL yang hanya ‘ada’ pada mereka yang benar-benar BERIMAN…

     
  13. Nurasyikin Abu Bakar

    5 Jun 2013 at 9:24 pm

    terima kasih ustaz atas inspirasi supaya sentiasa ingat kpdNYA….semoga ALLAH membalasnya..

     
  14. hmskeen...

    7 Jun 2013 at 12:38 am

    semoga dipermudahkan didalam segala urusan………tq ustaz

     
  15. Insan biasa

    8 Jun 2013 at 12:06 am

    Alhamdulillah ustaz InsyaAllah akan ku jadikan sebagai pembimbing hati

     
  16. Lalida Maenoh

    8 Jun 2013 at 4:11 pm

    Alhamdulillahh….smg Allah mengurniakan saya hati yg tawakkal…Aamiinn.

     
  17. hayati

    10 Jun 2013 at 10:54 am

    alhamdulillah…

     
  18. Azman

    11 Jun 2013 at 6:59 am

    Mashaallah………terima kasih Ustaz,sejuk rasa hati pepagi ni……….

     
  19. HasimahHashim

    11 Jun 2013 at 12:41 pm

    Alhamdulillah. Semoga Allah mengurniakan kepada saya dan anak-anak kefahaman yang mendalam mengenai setiap kejadian yang menimpa….dan sentiasa bertawakkal kepadaNya. Amin.

     
  20. sekeping hati

    12 Jun 2013 at 10:33 pm

    Alhamdulillah. .blog yg amt bguna..semoga Allah jua yg mberkati kita semua

     
  21. sabarbyk@gmail.com

    6 Julai 2013 at 2:07 pm

    sesungguhnya tiada daya dan upaya kita selaku hambaNya yang lemah..yang sentiasa lalai dan sentiasa berdosa..kepada Allah lah tempat kita memohon keampunan, keredhoan dan Rahmatnya.. Sesungguhnya segala2 nya mudah bagi Allah..

     
  22. Siti Aishah bt Omar

    22 November 2013 at 7:33 pm

    Assalamualaikum wbt..ustaz saya memang selalu mengikuti tulisan ustaz dan juga buku2 yg ustaz tulis amat bermenafaat dan banyak pengajarannya..terima kasih ustaz..saya mohon copy semua yg ustaz tulis untk sebarkan kepada sahabat2 kita..

     
  23. yani triastuti

    16 Disember 2013 at 11:39 am

    Alhamdulillah, semoga ini bisa menjadikan saya lebih ikhlas lagi dalam menghadapi semua ujian dan cobaan hidup dalam keluarga kami.

     
  24. nafqayyim

    18 Mac 2014 at 12:21 pm

    alhhamdulillah…insyaALLAH ..

     
  25. Siti Nurhajar

    18 Mac 2014 at 1:19 pm

    Alhamdulillah dengan penulisan ustaz, dapat saya muhasabah diri.

     
  26. nafqayyim

    18 Mac 2014 at 3:05 pm

    100000% setuju ustaz…betul tak ustz..tawakkal itu terdiddik apbila kita terbiasa dengan situasi tidak mendapat apa yang diingini…bila sudah terbiasa..jiwa akan semakin redho dan pasrah serta tidak memberi harapan yang berlebihan pada sesuatu..

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,100 other followers

%d bloggers like this: