Looking for Something?

BUAT BAIK SELAMA-LAMANYA

Author:

images“Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak? “

Saya diam.

“Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik.”

Saya masih diam. Ibu  separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam.

“Sampai bila saya nak buat baik?” asaknya lagi.

“Sampai bila-bila,” jawab saya pendek.

“Berapa lama?” tusuknya dengan soalan yang seakan sama.

“Selama-lamanya, “ jawab saya dengan nada yang sama.

“Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang.”

“Oleh siapa?” tanya saya.

“Suami dan anak-anak, “katanya terus terang.

“Setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan,” tegas saya perlahan.

“Ya kah?”

“Ya. Pasti. Allah pasti membalas kebaikan sekalipun sebesar zarah. Itu janji Allah dalam Al Quran. Walaupun sekiranya anak-anak dan suami puan tidak membalasnya, Allah pasti membalasnya. Tidak di akhirat, pasti di dunia. Atau kedua-duanya sekali.”

“Payahlah ustaz kalau semuanya dibalas di akhirat… “

“Itulah iman puan. Percayalah pada Allah. Percayalah pada Hari Akhirat. Allah pasti membalas kebaikan yang kita buat di akhirat nanti.”

“Berbaloikah jika semua kebaikan hanya dibalas di akhirat?”

“Sangat berbaloi. Di akhirat balasan Allah terhadap setiap kebaikan yang kita lakukan adalah lebih baik dan lebih kekal. Malah, menurut para ulama, kalaulah kita nampak ganjaran berganda yang bakal kita nikmati di akhirat nanti nescaya kita akan meminta agar semua kebaikan yang dibuat dibalas hanya di akhirat sahaja… di dunia tidak dibalas pun tak mengapa.”

“Saya letih ustaz, “katanya terus terang.

“Membuat kebaikan memang meletihkan tetapi ganjarannya memang besar.”

“Bagaimana hendak buat kebaikan tanpa merasa letih? Maksud saya, bukan letih badan sahaja tetapi letih jiwa ustaz?”

“Buatlah kerana cinta, buatlah kerana cintakan Allah,” ulang saya.

“Jadi saya letih membuat kebaikan selama ini kerana mengharapkan kasih-sayang suami? Kerana harapkan kasih sayang anak-anak.”

Saya mengangguk perlahan. Jika kita berbuat kerana manusia, pasti ada manusia yang akan mengecewakan kita. Jangan memburu cinta manusia. Tetapi burulah cinta Allah, nescaya cinta manusia akan mengekor.  Itulah bisik hati saya. Pada ketika itu juga saya segera teringat sebuah hadis yang saya temui sejak lama dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.”

“Tapi ustaz, saya bukan orang baik…”

“Puan, kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang baik… tetapi itulah usaha kita untuk menjadi baik.”

“Jadi ustaz?”

“Berterusanlah kita buat baik untuk menjadi orang yang baik…” jawab saya.

“Mengapa suami kita mengecewakan?”

“Itu soalan yang sukar dijawab. Hati orang tidak dapat diduga. Kadangkala kita buat baik, dibalas baik. Ada masanya kita buat baik dibalas sebaliknya. Madu yang kita beri dibalas tuba. Jangan bergantung pada manusia kita akan kecewa.”

“Tapi hati isteri ustaz, tetap mengharap…”

“Tidak salah mengharap. Bahkan kita disuruh untuk berdoa bagi mendapat suami yang baik. Tetapi jangan bergantung semata-mata kepada suami untuk bahagia. Bergantunglah kepada Allah. Jika suami berpaling, Allah tidak. Allah sentiasa setia menunggu cinta hambaNya.”

Saya pernah menulis tentang ‘hierarki’ cinta. Jangan tersalah meletakkan keutamaan cinta. Pada seorang isteri cinta utamanya Allah, kedua Rasulullah SAW, ketiga barulah suaminya. Namun sekarang kebanyakan wanita meletakan suami sebagai cinta nombor satu, dua dan tiganya. Akibatnya, apabila suami berubah cinta, seluruh hidupnya dianggap musnah. Padahal dia sebenarnya masih mempunyai harapan. Cinta nombor satu dan duanya sentiasa ada… sentiasa, selama-lamanya!

Isteri separuh umur itu termenung. Saya pasti akalnya mula berfikir, hati dan perasaannya mula bermuhasabah dan merenung.

“Tidak ada manusia yang menyayangi puan?” suntik saya untuk ‘mengusik’ diamnya yang agak panjang.

“Er, ramai. Ibu-bapa saya sangat menyayangi saya. Begitu juga adik-beradik. Mereka sentiasa ada di sisi dalam senang dan susah.”

“Itu juga menunjukkan kebaikan yang puan lakukan telah dibalas di dunia lagi. Puan… hilang cinta suami, tetapi cinta ibu-bapa tetap ada.  Cuma kadangkala kita lupa. Akibatnya, nikmat yang ada jarang disyukuri, nikmat yang tiada sering dirisaukan. Cinta yang telah ada, kita lupakan. Cinta yang tidak ada… itu yang kita buru habis-habisan.

“Oh, saya terlupa. Saya  terlupa kelebihan yang ada pada diri ustaz. Saya hanya fokus kepada apa yang tidak ada.  Sebab itu saya jarang bersyukur. “

“Malah, apa yang puan miliki sebenarnya lebih baik. Katalah, puan tidak dapat ganjaran di dunia, insyaAllah semoga puan dapat ganjaran di akhirat.  Akhirat itu lebih baik dan kekal. Puan tidak mendapat cinta suami tetapi puan mendapat cinta Allah. Bukankah itu lebih berharga?”

“Kalau dapat…”

“Jangan pesimis. Bersangka baiklah puan. Allah mengikut sangka hambaNya. Jika kita sangka baik, Allah akan bagi baik.”

“Saya tak layak mengatakan diri ini sudah ikhlas ustaz.”

“Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas? Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!”

“Orang yang sedang berusaha untuk ikhlas tidak gembira ustaz?”

“Di jalan ikhlas, kegembiraan ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan,” kata saya.

“Jadi kalau saya belum gembira ustaz?”

“Mungkin kerana puan sudah berhenti berjalan!”

Saya tersenyum. Teringat satu ungkapan yang pernah memberi aspirasi ketika diri sendiri pernah mengalami perasaan yang sama: Sekalipun sudah berada di jalan yang benar, tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang. Ya, hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh. Berbuat baik itu adalah tugas selama-lamanya, sampai bila-bila.

Feedback

85
  • azam

    Tq ustaz. Inspired!

  • rozita

    terima kasih ustaz…

  • umie syamimi

    “Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas? Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!”

    Sama juga dengan redha…. apakah saya redha menerima ujian yang amat hebat ini? Maka saya akan cuba untuk menjawab….saya sedang sedaya upaya berusaha untuk redha.

  • nm kl

    tamam…

  • abid

    salam..syukran jazilan ustaz utk entri di atas..entri ustaz menyelesaikan lara yg bertamu di hati saya tuk sekian lama..umpama tersedar dari lamunan panjang..moga Allah redha..syukran :)

  • hatta kain kapan

    Alhamdulillah… lupa itu terkadang nikmat… terkadang mudarat…

  • nurulamyliana

    terima kasih ustaz :’)

  • ضون دامسكا

    very inspiring.. 😀

  • khadijah binti othman

    Kita sebenarnya selalu lupa byk nikmat lain yg Allah berikan kpd kita berbanding ujian yg sedikit utk membuktikan samada kita bersyukur kpdNya.

  • Aishah Abu Bakar

    Syukran…tk Ustaz…

  • faridatul akma

    Jika memberi janganlah mengharapkan balasan..kerana meminta balasan dari manusia amat memenatkan..minta dan mohonlah daripada Allah..kerana Allah tidak pernah jemu mendengar dan memberi setiap permintaan kita..

  • Norbaiti Ridzuan

    Ya ustaz…. kita hanya ada Allah….. hanya Allah….

  • sally

    Assalamualaikum wbt. Ustaz.
    Saya dapat rasakan apa yg Puan tersebut rasakan…. In shaa Allah kebahagian yg kekal menanti disana. Terima kasih ustaz.

  • Norkamisah Abdullah

    Entri Ustaz membuatkan saya bmuhasabah diri balik. Sentiasa bersangka baik kepada Allah.
    Terima kasih Ustaz=)

  • faridah

    Terima kasih ustaz kerana sentiasa memberi motivasi utk hati utk terus melakukan kebaikan kerana Allah. Kadang2 hati cepat tertipu dengan sangkaan yang pelbagai dan pengharapan kpd manusia.
    Mohon bertanya; apakah strategi terbaik utk memberi didikan dan kefahaman agama pd suami. Pastinya ada ego sebagai seorg ketua keluarga.
    Dilema seorang isteri yg bekerjaya, antara keluarga dan perjuangan menyebarkn dakwah kpd pesakit dn masyarakat.

  • Saadatul Abadiyyah

    perkongsian yang baik untuk direnungkan. Moga memberi kekuatan pada jiwa yang kadang kala berbolak balik

  • Orchid garden

    Reblogged this on Myblog's Blog and commented:
    Ingin ku jadi seperti ini namun mampukah aku?

  • MAH

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik. (di dunia ini) merupakan satu ujian Allah SWT juga. Ujian ini datang dalam berbagai rupa dan bentuk

  • nik

    Terima kasih ustaz.

  • Fairul Nazifa

    terima kasih…….perkongsian yang sangat bermanfaat & bermakna.

  • nur

    pesanan yg sangat bermanfaat untuk dihayati sepanjang masa. terima kasih ustaz kerana telah menyedarkan dan mengingatkan hati yg kadang kala resah. Allah sentiasa ada.

  • nur eyqa

    alhamdulillah, Allah mmbuka ruang kpd sy untk mmbce entry ini..sgt menyejukkn ati yg kering ini..moga Allah sntiasa mberi ilham kpd tuan untk menabur benih pahala..

  • hasnita yunus

    terkadang dapat melihat diri sendiri melalui Genta Rasa,….sangat2 berterima kasih <3

  • Rita ZJ

    Terbaik la ustaz..

  • nur fatihah

    Assalamualaikum..terima kasih,ustaz :)
    saya ‘terinspirasi’ lepas baca entry ni.. :)
    sentiasa bersangka baik pada Allah..

  • ima

    Assalamualaikum ustaz pahrol.

    Sangat inspirasi. membuat saya bersemangat. terima kasih atas penulisan ini. :)

  • Zul

    Ustaz, saya mohon izin utk share….t/kasih

  • rosmizar

    ‘Ya Allah…..bantulah kami untuk merasai nikmat ikhlas, istiqamah, syukur dan sabar……(2I2S)….amin’….Jazakallah Ustaz…..alhamdulillah…

  • fasha

    salam..syukran jazilan ustaz utk entri di atas..entri ustaz menyelesaikan lara yg bertamu di hati saya tuk sekian lama..umpama tersedar dari lamunan panjang..moga Allah redha..syukran . Izinkan saya berkongsi di blog dan FB saya buat kawan2 yg telah ‘letih’…

  • yusoffnor

    Allahhuakbar …terima kasih ustaz, mengingat kan diri kita, akan perjalanan menuju kepada NYA..
    semoga Allah membantu kita menjadi hambaNYA yang ikhlas dalam berhubung dengan NYA juga dengan makhluk NYA…amiiin… ..

  • Sambal Sotong Ikan Singgan

    Subhanallah…Alhamdulillah…Allahhuakbar….

  • rozar

    Subhanallah..smg Allah beri kekuatan..laa haula wala quwwata illa billah

  • rozar

    Syukraan ya ustaz..

  • cilipadi

    Korbankan cinta kecil untuk cinta agong…Moga Allah cinta dan redha…kita sedang usaha sedaya-upaya…

  • Abdilah Ahmad Mudus

    Alhamdulillah…satu pencerahan tentang bagaimana rasanya apabila kita SALAH TEMPAT BERGANTUNG…oleh itu mulai sekarang pastikan kita BERGANTUNG 100% hanya kepada ALLAH! dalam semua perkara dan keadaan

  • suria

    Salam. Betapa berat mata memandang berat lg bahu yg memikul. Ya Allah kuatkan lah hati ini menghadapi ujian mu ini, agr dpt ku tempuhi sisa-sisa hidup ku ini dgn berkah dan rahmat mu ya Allah……Hanya pd Mu ku brserah dan hanya pd Mu ku mohon agr aku ditmpatkn di jannah mu ya Allah. Amiin..

  • nurindah

    Salam ustaz,
    Tertarik dgn catatan harus teruskan berkayuh, spy tak kena gilis. Jangan berhenti buat kebaikan.
    Saya ada baca dulu, seseorang telah melalui perjalanan jauh dgn hujan lebat ,tempat yg sukar dan sunyi. Si ayah meminta anaknya yg drive teruskan memandu, jangan berhenti teduh di mana-mana. Sedangkan dgn hujan lebat, jalan pun susah nak nampak. Tetapi ayahnya meminta dia terus memandu. Masuk kawasan lain, hujan sudah tiada. Kemudian ayahnya suruh berhenti. Dia meminta anaknya melihat di belakang. Nun jauh di sana, kelihatan awan gelap dan kereta lain yg bersesakan. Anaknya faham kenapa ayahnya suruh teruskan memandu, jangan menoleh ke belakang. Agaknya begitulah perjalanan hidup, harus teruskan jua, mengharung susah dan derita, kerana mungkin ada baik pada penghujungnya. Jangan berhenti (berputus asa dan harap).

  • @Kiyai Jr

    Reblogged this on jiwarasa.

  • norzi

    SubhanAllah….! I’m speechless bla mmbca entry ustaz kali ini. ..itulh yg sya rasa tika dan saat trhadap suami dn ank2 yg bkn sdkt bilangnnya….apath lg saat bgun mengadu pda Dia akn rawan dia hati diprtikaii….pd siapa lg utk sya mengadu dn mohon bntuan klu bkn Dia tp itulh……entry ustz mmberi kekuatan baru pd sya , insyaaAllah mudah mudahan keyakinan dn kebergantungan sya pada Dia tidak akn pernah sirna….doakan sya

  • mastura

    Terima kasih ustaz..baru tersedar

  • ummu ammar

    Subhanallah..terima kasih ustaz :)

  • Syahana Kamaruddin

    Terima kasih Ustaz Pahrol, saya sehingga hari ini tidak pernah jemu membaca coretan ustaz. Perlunya entry sebegini sebagai makanan jiwa dan seperti alarm mengetuk minda untuk sentiasa berfikir dan mengingati diri.

  • Sesuci Embunan Pagi

    subhanallah..

  • Sesuci Embunan Pagi

    Subhanallah..bru sedar,betapa selama ini kta lebih m’hrp redha manusia dri redha allah…rsa malu dgn khilafnya diri..

  • Mae

    Walaupun saya belum berkahwin…tp entry Ustaz tetap memberi inspirasi…

  • miss fai

    terima kasih ustaz…!! sangat2 memberi inspirasi untuk terus berusaha buat kebaikan.. moga ustaz sentiasa dirahmati Allah dunia hingga akhirat

  • amatul faqoor

    Sentiasa berbuat baik..

  • isnaini

    Berbuat baiklah kpd org lain laksana sebotol minyak wangi. mengharumi diri anda sendiri.org lain di sekitarnya dan ia melapangkan dada. Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih drp org lain.haraplah hanya redha Allah semata-mata teruskanlah berbuat kebaikan moga-moga kita akan sentiasa dilindungi dan diredhai Allah.InsyaAllah

  • mzrin

    Alhamdulillah…terima kasih ustaz untuk perkongsian..sgt terkesan..

  • yat

    Shukran ustaz! very inspiring:-)

  • Hasmiza MS

    Assalamualaikum..
    Ya sifat BAIK & IKHLAS itu terserlah pada tindakan dan perbuatan BUKAN pada percakapan mahupun tulisan…

  • hissammudin mohamad sabidin

    terima kasih ustaz…………

  • Norhayati Ishak

    Terima kasih Utz…entry utz tidak pernah mengecewakan saya. Moga Allah memberikan keberkatan setiap apa yg utz usahakan walau pun melalui tulisan..nampak kecil tapi besar di yg membacanya…alhamdulillah..

  • cahayaterindah

    salam ustaz…
    sy amat meminati dan tenang membaca pnulisan ustaz..saat ini,saya sangat memerlukan penasihat yang memberi kata2 semangat kpd saya supaya saya tidak jatuh dan menghampakan kedua ibu bapa saya…mungkin ujian hidup kita berbeza2..tuhan menyentuh perasaan kita juga dengan cara yang berbeza….sy sangat mengagumi setiap patah kata dalam penulisan ustaz…kata2 itu telah dibuktikan apabila saya tersentuh melihat perwatakan anak ustaz iaitu iman…saya ingin menjadi seperti dia..ingin dididik seperti dia…tapi keadaan hidup saya sangat berbeza..saya bersyukur dengan kurniaan ini.Namun ustaz,saya juga menjadi lemah apabila keadaan sekeliling saya seolah2 mengatakan saya tidak layak untuk menjadi seperti itu..pernah sehari saya dilanda masalah..terasa hilang tempat saya nak tuju,saya terbaring di dalam masjid UTEM dan berpura2 tidur…sedang saya melayan perasaan…saya mendegar suara seseorang sedang membaca Al-Quran.saya melihat iman sedang membaca Al-quran di hujung kepala saya.saya terus bangun dan sampai sekarang saya masih memikirkan mesej dr Allah itu..saya ingin menjadi seperti dia…saya ingin sentiasa dekat dengan Allah…

  • ummu

    jazakallahu khairon khatira atas perkongsian ini.

  • Gman

    Terima kasih ustaz, akan saya jadikan sebagai pandang diri…InsyaAllah…..

  • Insan biasa

    Terima kasih ustaz…

  • marshita idris

    terima kasih ustaz, ada kata2 ustaz yang saya copy dan paste…semoga pahalanya berterusan…terima kasih ustaz….

  • Before Igo

    memang kadang-kadang saya rasa hidup ini sangat memenatkan. memang juga rasa sangat bersalah dan berdosa sebab berkata dan berfikir begitu ( Astaghfirullah) sebab terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada saya dan kita semua, Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur di atas pemberianNya dan takut kalau sudah tiada, di mana saya di sisiNya? Memang kita semua hidup hanya atas RahmatNya.

  • mutiara

    Subhanallah ustaz… Setiap kali hati diguris saya sentiasa membaca artikel ustaz utk mendapatkan kekuatan utk terus berjalan… Selama2nya…

  • HasimahHashim

    Terima kasih ustaz.

  • azran aziz

    alhamdulillah…..gembira membacanya….tq ustaz…..marilah kita terus berjuang sentiasa baiki diri dan ahli kita…..

  • Khairul Zaire Bin Zainuddin

    hati saya cukup tersentuh ustaz. terima kasih. entri ustaz cukup bermakna.

  • balqisjb

    Alhamdulillah, saya refresh. Terima kasih & insya Allah tulisan Ustaz ini turut membantu membuka mata & minda, utk terus bersemangat meneruskan perjalanan hidup.

  • Najjah

    terima kasih ustaz..truskan mnulis

  • Hmz

    Di pagi jumaat ini hati, fikiran dan iman berperang… Iman kata serahkan segalanya pd Allah. Hati kata dah penat nk berlwn dgn kamu smua. Fikiran kata cuba bersabar. Airmata menitis.
    Ambil wuduk, baca alquran, baca entri ni.
    Tenang belum digapai namun hati sedikit tenang. AllahuAkbar… Aku x layak utk marah serahkan segalanya pd Allah yg Maha Tahu.

  • era

    tq ustaz..sy ingin konsikan kata2 ustaz ni utk semua rakan2…

  • liza

    terima kasih ustaz…..sangat terkesan di hati…

  • Insan Biasa

    Semoga kita terus tabah untuk berbuat baik semata-mata mengharapkan cinta Allah…..Terima kasih ustaz….

  • seven_eleven658

    terima kasih ustaz

  • Basliza

    mohon share ustaz..tqs.

  • Hasmah

    Terima kasih ustaz…

  • rodziah haron

    Kadang2 setiap yg kita lakukan tu dh diniat krn ALLAH..tetapi syaitan tu masih berbisik utk pesongkan hati..wahai hati kau tetaplah pd kebaikan ini..sangkaan kita bersamaan dgn sangkaan ALLAH…betulke ustaz???

  • Nor Hayati bt Muhamad

    tk ustaz yang oasti segala kebaikan kita dinilai oleh allah miski sebesar zarah sekalipun

  • ummu aisyah humaira

    Marilah kita sama2 rebut peluang untuk baiki diri jadi lebih baik.
    Moga besar ganjaran di akhirat kelak.

  • mufidah

    saya sebenarnya menghadapi masalah yang sama…Alhamdulullah allah bukakan petunjuk melalui artikel ustaz…semoga Allah mengampuniku,,…

  • aziesizhuka

    Assalamualaikum ustad.. mohon share..

  • fida

    menarik..teruskan buat baik …pandg depan

  • Nine

    Subhanallah ,…. terima kasih ustaz.

  • Noor hasisah bt Rajak

    Allahuakbar…..sungguh terkesan!

  • Yun

    yer ustaz sye berusaha & akn trus berusaha dgn ptolonganNye tuk mlakukan kbaikan dgn pnuh keikhlasan….yup jgn bhenti tuk trus bjalan

  • Abd Manaf Ainon

    Rasa penat hingga tak mampu nak berjalan lagi, ya Allah sesungguhnya Engkau Maha segala-galanya, inilah sebesar-besar RAHMAT Mu, ampuni kami. … Semoga IMAN ku kembali muda

  • Abdilah Ahmad Mudus

    Buat baik berpadah-padah dan buat jahat jangan sekali…
    Kita tidak akan kerugian apa-apa jika kita habiskan NYAWA yang ada sekarang ini dengan membuat kebaikan sekalipun tiada seorang manusia pun yang mengucapkan terimah kasih, sebab ganjaran yang ALLAH sediakan lebih bernilai dari dunia ini dan segala isinya.

  • Syuhada

    Alhamdulillah ustaz, terima kasih atas artikel ini…amat berkesan.mohon share ye..

  • shuhaida safat

    Alhamdulilah,amat bermakna penulisan ini,segalanya akan menjadi bahagia apabila rezeki yang ada dikongsi bersama mak dengan ayah..subhanallah hidup kita berkat hati ita jadi tenang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: