RSS

IBADAH SANG KAPITALIS!

25 Jun

tamakTentu ada yang salah di mana-mana, jika ada orang yang rajin solat tetapi masih gemar mengumpat. Orang yang berpuasa tetapi masih tega menghina. Atau orang yang banyak berzikir dan berwirid tetapi sangat bakhil dan kedekut. Mengapa amal ibadah itu tidak membuahkan akhlak yang baik? Padahal ibadah itu umpama ‘pohon’ yang menghasilkan ‘buah’ akhlak.

Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi terkenal, Bisyr bin Harits untuk mengucapkan selamat berpisah kerana dia hendak mengerjakan ibadah haji buat kali kedua. Dia berkata, “Aku berniat pergi haji. Adakah sesuatu yang hendak engkau sampaikan kepada ku untuk aku lakukan?”

“Berapa banyak wang yang kau siapkan untuk bekalan?” tanya Bisyr.

“Dua ribu dirham.”

“Apa tujuan engkau mengerjakan haji kali ini? Apakah kerana zuhud terhadap dunia atau untuk melepaskan kerinduan kepada Baitullah atau untuk mencari keredaan Allah?”

“Demi mencari keredaan Allah,” jawab lelaki itu tegas.

“Sekiranya engkau dapat meraih keredaan Allah, sedangkan engkau tetap tinggal di rumah mu dengan menginfakkan dua ribu dirham  itu, apakah engkau bersedia untuk melakukannya?” tanya Bisyr.

“Ya.”

“Kalau begitu pergilah dan infakkan wang dua ribu dirham itu untuk menolong sepuluh golongan manusia; seorang yang terbeban oleh hutangnya, lalu engkau bayar hutangnya; seorang miskin, lalu engkau baiki tahap hidupnya; seorang mempunyai keluarga yang ramai anak; seorang penjaga anak yatim , lalu kau gembira anak yatim yang diasuhnya…”

Bisyr menyambung lagi, “Sekiranya hati engkau cukup kuat untuk memberi wang itu kepada seorang sahaja di kalangan mereka, maka berikanlah! Sesungguhnya, perbuatan engkau memberi kegembiraan di hati orang Muslim dengan menolongnya menghadapi penderitaan, membantunya keluar dari kesusahannya dan menolong orang yang lemah, adalah jauh lebih utama daripada ibadah haji seratus kali (setelah haji pertama yang diwajibkan seumur hidup.)”

Biyr bin Harits menambah lagi, “sekarang engkau pergilah dan infakkanlah wang dua ribu dirham itu sepertimana yang aku cadangkan. Atau jika tidak, luahkan sahaja isi hati mu sekarang…”

Lelaki itu termenung  sebentar lalu berkata, “Wahai Abu Nashr ( gelaran Bisyru Al Harit), niat untuk ku mengerjakan haji lebih kuat dalam hati daripada semua amalan yang kau ucapkan itu!”

Mendengar jawapan itu, Bisyr tersenyum dan berkata, “Memang, apabila harta diperoleh melalui perniagaan yang kotor atau syubhat, maka hati akan tertarik untuk memenuhi keinginan hawa nafsu dengan menampakkan dan menonjolkan amal-amal soleh (agar diketahui oleh orang ramai). Padahal Allah telah bersumpah demi dirinya sendiri, bahawa Dia tidak akan menerima selain amalan orang-orang yang bertakwa.”

Subhanallah, pengajaran daripada kisah ini sangat relevan sehingga kini. Kita lihat betapa ramai ahli ibadah tertipu dengan ‘menyembah’ kesenangan dan kepentingan dirinya atas nama agama. Mereka meminggirkan amalan yang menyuburkan kasih sayang sesama manusia kononnya untuk berbakti kepada Allah. Padahal kesan amal ibadah itu ialah akhlak dan akhlak itu terserlah melalui sifat kasih sayang kepada manusia lain. Tegasnya, kasih sesama manusia itu adalah kesan kasih kepada Allah. Firman Allah: ” Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang.” Maryam: 96

Ada orang yang riyak dengan rumah besar dan kereta mewahnya, tetapi ironinya ada juga orang riyak dengan amal ibadahnya. Cuba lihat betapa ramai orang yang pergi mengerjakan haji dan umrah sehingga berkali-kali. Setiap kali pulang ke Tanah Air, dia mula bercerita tentang tangisannya ketika mengucup Hajarul Aswad, hatinya yang tersentuh ketika berdoa penuh khusyuk di Pancur Emas,  atau rasa sayu dan sedih ketika tafakur di makam Rasulullah SAW.  Itulah yang jadi bahan ceritanya sekembali dari Makkah.

Seiring perkembangan teknologi terkini, segala apa yang telah dilaluinya akan jadi entri baru di  muka buku (FB). Terpampanglah gambarnya dengan pelbagai aksi syahdu di makam Ibrahim, di sisi Kaabah dan pelbagai lagi tempat suci… Sepatutnya, apabila berada di rumah Allah, yang kita besarkan adalah Allah, bukan diri kita yang berada di rumah Allah itu. Jika kita merintih, merintihlah dengan suara yang didengar oleh Allah, bukan yang kita tuliskan untuk tatapan orang lain.

Lebih malang lagi apabila dalam realitinya ada juga individu yang telah berkali-kali mengerjakan umrah atau haji ini tega  membiarkan saudara mara, anak yatim, orang miskin, janda terbiar,  bahkan sahabat terdekatnya dalam  keadaan yang melarat. Contohnya, ada majikan memburu pahala mengucup ‘hajarul aswad’ sedangkan dia punya peluang merebut pahala yang lebih besar dengan membela nasib pekerjanya yang sedang  hidup serba kekurangan. Atau orang kaya yang mengejar pahala berganda dengan bersolat di Masjid al Haram dan Nabawi, sedangkan jirannya meronta-ronta kelaparan. Ini ibadah Sang Kapitalis!

Para abid yang tertipu ini hanya  membina ‘ritual’ agama tetapi bukan roh atau ‘spiritual’ agama. Nilai amal itu bukan terletak kepada soal-soal lahiriah (walaupun itu juga dituntut) tetapi terletak pada tujuan dan roh amal ini.  Allah telah mengingatkan betapa perlunya kita menyantuni orang-orang yang melarat dalam masyarakat kerana itu tanda iman dan amal soleh.  Firman Allah:”Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Yakni mereka yang mengherdik anak-anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang-orang miskin.”

Sering diungkapkan oleh orang yang bijaksana, “Kita perlu akrab dengan manusia untuk mengetahui masalahnya dan kita perlu akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah tersebut.” Ertinya,  hubungan dengan Allah (‘habluminallah’) dan hubungan sesama manusia (‘habluminannas’) itu sangat erat keterkaitannya.  Seseorang tidak akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan Allah sekiranya tidak menjalinkan hubungan baik sesama manusia.

Sesungguhnya keredaan Allah bukan sahaja ada di masjid atau surau tetapi di rumah anak-anak yatim, rumah orang miskin, rumah sakit, dan rumah kebajikan orang-orang tua. Jika kita bijak menilai keutamaan, banyak yang kita boleh buat untuk mendapat kecintaan Allah dengan berbuat baik sesama manusia!

 
45 Komen

Posted by di 25 Jun 2013 in Iktibar Kisah

 

45 responses to “IBADAH SANG KAPITALIS!

  1. nik farah amalina (@LinaAsrar)

    25 Jun 2013 at 11:42 pm

    jazakallah khair kathir ustaz atas perkongsian yg sgt bermanfaat ^_^

     
  2. dilla

    25 Jun 2013 at 11:44 pm

    Assalamualaikum..sekadar menceriakan blog hebat ini..semangnya inilah realiti masa kini..adakah ini suatu tanda musibah dari Nya? Jika ia diteruskan tanpa kesedaran, bagaimana ye tarbiah untuk generasi akn datang..pelihara lah kami ya Allah..

     
  3. sue nordin

    26 Jun 2013 at 12:30 am

    AlhamdulilLah. Saya amat meminati tulisan tuan. Byk perkara yg dpt saya pelajari darinya.

     
  4. Abdilah Ahmad Mudus

    26 Jun 2013 at 12:52 am

    Mari kita semua berusaha dan berikthiar sehabis daya agar kita tidak termasuk ke dalam golongan ini…ingatlah ALLAH sentiasa melihat apa saja yang kita buat. ALLAH sentiasa mendengar apa juga terdetik di dalam hati kecil ini dan ALLAH sentiasa tahu apa juga yang kita buat…

     
  5. Nurul Syazwani

    26 Jun 2013 at 7:47 am

    syukran jazilan uztaz atas perkongsian yg benar2 membekas dlm diri di pagi hari..^_^..

     
  6. Omar Faruq Ab Aziz

    26 Jun 2013 at 8:05 am

    Termenung saya bila selesai membaca artikel ini. Betapa kita masih kurang bijak menilai keutamaan dalam beramal. Terima kasih Ustaz.

     
  7. Norbaiti Ridzuan

    26 Jun 2013 at 8:09 am

    Terima kasih ustaz atas jentikan kalbu ini… penulisan yang benar2 terkesan…

     
  8. nurulamyliana

    26 Jun 2013 at 8:12 am

    terima kasih ustaz :)

     
  9. yusoffnor

    26 Jun 2013 at 9:01 am

    Subhanallah…
    Astaghfirullahhal aziim…
    terima kasih ustaz, sentiasa mengingat kan kita akan matlamat hidup yang sebenarnya…

     
  10. Azlima Omar

    26 Jun 2013 at 10:04 am

    Terima kasih….. Memerlukan artikel sebegini untuk muhasabah diri… Terima kasih sekali lagi Ustaz…

     
  11. lina

    26 Jun 2013 at 10:11 am

    Salam..memang itu budayanya skrg.sy cikgu skola di subang jaya.ada cikgu2 yg mampu pergi umrah tiap tahun dan beli kereta 150k dan ke atas.sedangkan ramai pelajar kami dr golongan rendah pendapatan.(golongan setinggan,kampung dan keluarga pecah belah). sy slu sedih tengok mereka di’paksa’ belajar dlm keadaan ntah sarapan ntah tidak.waktu rehat ramai yg tidak mkn kerana ibu bapa tak bg duit belanja. kami cikgu2 yg sederhana yg sibuk nak bg bdk2 ni mkn n minum kalau ada hari sukan dsb.xsmpai hati tengok pljar buat aktiviti berjam2 dengan lapar n dahaga..sy yg sederhana ni slu berangan..”kalau aku kaya mcm cikgu tu..aku x pegi umrah tiap tahun dan xkan beli keta2 mewah mcm tu..baik aku bg bdk2 ni mkn”.. tapi kaya nanti xtau la.mnta2 niat x berubah…

     
  12. MR

    26 Jun 2013 at 11:04 am

    sangat bermakna entry ni…

    Saya selalu merasakan orang yang suka nak pergi haji banyak kali tuh sangat pentingkan diri sendiri, sedangkan ramai lagi yang in Q untuk menunaikan ibdah haji for first time..

     
  13. Mahani Ibrahim

    26 Jun 2013 at 12:19 pm

    Jom sahabat sekalian,,, mulai sekarang dan pada masa akan datang, infakkan sebahagian rezeki kita kepada mereka yang memerlukan..jom.

     
  14. Alice Zuzartee @ Shafiqah

    26 Jun 2013 at 1:57 pm

    Terima Kasih….terasa jugak saya…..a good reminder.

     
  15. rosmizar

    26 Jun 2013 at 3:40 pm

    “akrab dengan manusia untuk tahu masalahnya dan akrab dengan Allah untuk tolong menyelesaikan pula masalah tersebut.”
    Masya Allah…..indahnya ISLAM itu…..
    Jazakallah ustaz…..Alhamdulillah…

     
  16. siti hajjar sharif

    26 Jun 2013 at 3:54 pm

    Salam ustaz..boleh ke sy share kn beberapa kata2 dlm blog ustaz di FB sy?

     
  17. wang

    26 Jun 2013 at 10:14 pm

    Kepala ku spt ditunjal-tunjal hu..hu…

     
  18. ibtisammohamad

    27 Jun 2013 at 6:25 am

    Subhanallah…terima kasih untuk pencerahan…Rahmat Allah buat Ustaz dan famili didoakan…

     
  19. MAH

    27 Jun 2013 at 9:23 am

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Iblis telah berjanji untuk “kantoikan” manusia dengan tipu muslihatnya…

     
  20. damza

    27 Jun 2013 at 10:04 am

    terima kasih ustaz~ ilmu yang sangat berguna..Alhamdulillah terpanggil untuk membaca entri ustaz yang sangat berguna

     
  21. Siti Aishah Abu Bakar

    27 Jun 2013 at 12:05 pm

    Subhanallah… Alhamdulillah… Allahu Akbar…. Terima kasih ustaz atas peringatan yang sgt terang lagi bersulu….. Jom selawat…..

     
  22. Zoraida Mustafa

    27 Jun 2013 at 1:01 pm

    subhanallah…sebuah perkongsian minda yg besar buat diri yg kerdil spt saya…terima kasih. semoga ALLAH terus merahmati usaha ustaz berkongsi buah fikiran dgn kami.

     
  23. sun.

    27 Jun 2013 at 1:56 pm

    Allah yusahhil

     
  24. Ruziah bt Ripin

    27 Jun 2013 at 5:05 pm

    Mohon izin untuk dikongsikan

     
  25. alia

    28 Jun 2013 at 12:24 pm

    tulisan Ustaz Pahroi banyak menyedarkan saya dari terus terlena.

     
  26. nazirah

    28 Jun 2013 at 5:45 pm

    sye konfius dengan dunia hari ini..terlalu material..xterkejar saya melihat gelagat manusia sekeliling….lagi satu sye terkilan dgn dunia pendidikan awal kanak-kanak..banyak francais yg islamik tapi yuran nya mahal sgt..hanya org kaya yang mampu hantar anak-anak ke tadika sedemikian..bukan ke islam untuk semua org?ibubapa yg xmampu xblehh hantar anak belajar mengenai islam?…islam dijadikan strategi pelaris perniagaan..

     
  27. Yusnita yusuf

    29 Jun 2013 at 9:14 pm

    Terima kasih ustaz di atas perkongsian idea dan ilmu…

     
  28. zie

    29 Jun 2013 at 10:46 pm

    Subhanallah. Ada insan yang sudi memberi peringatan. Mohon ampun ya Allah. Memang terkena batang hidung sendiri.

     
  29. asmaniza

    30 Jun 2013 at 12:47 pm

    amat bermakna sekali..mohon izin utk dikongsi dgn rakan2 ya ustaz..syukron jazilan.

     
  30. baharudin

    1 Julai 2013 at 7:06 pm

    Semoga ustaz Iberian ilham yang berpanjangan

     
  31. A.M

    2 Julai 2013 at 11:59 am

    terima kasih ustaz, atas peringatan ini…

     
  32. maisarah mohd

    3 Julai 2013 at 6:04 pm

    assalamualaikum, ustaz, mohon pandangan, bagaimana kita nak menghadapi pujian daripada orang lain? terima kasih atas kerjasama ustaz.

     
  33. rozie

    5 Julai 2013 at 12:28 pm

    Alhamdulillah dapat ilmu melalui perkongsian Ustaz..terima kasih menyedarkan saya.

     
  34. manman

    5 Julai 2013 at 2:03 pm

    Aslm
    Mohon halalkan saya kongsi dgn rakan lain artikel ini.
    Peringatan tasauf yang sgt relevan dengan org Islam malaysia pre -2020 sekarang.

     
  35. sabarbyk@gmail.com

    6 Julai 2013 at 1:38 pm

    dengan mengenal diri, beramal memperhambakan diri kpd Allah…baru la kita akan kenal Allah Taala. Tak kenal diri, tak kenal Allah Taala. Kenal mengenal, cinta mencintai dgn Allah Taala, akan membantu membentuk roh jadi lebih baik…tingkatan nafsu akan naik..tidak hanya dibawah bernafsu amarah shj. Hati akan jadu tambah baik. Maka dgn itu, roh dan nafsu yg baik, maka tidak akan terjadi la sifat2 pentingkan diri shj, tanpa mempedulikan persekitaran, jiran2, atau kawan2..

     
  36. cilipadi

    7 Julai 2013 at 5:37 am

    Ibadah yang tidak membuahkan akhlak…Sebelum itu,ada juga ilmu tidak membuahkan ibadah…Yang patut diikuti ialah ilmu membuahkan iman,iman membuahkan ibadah dan ibadah membuahkan akhlak…baru cantik…benarlah syaitan itu licik,hawa nafsu itu liar…Wallahualam.

     
  37. hamba Allah

    7 Julai 2013 at 9:15 pm

    Salam ustaz..tkasih dgn entri yg bakk…Bagaimana jika seseorang sibuk dgn ilmu tasawuf tetapi hubungan dgn manusia tdk baik?solat tdkberjemaah walaupun masjid dkt dgn runah…

     
  38. farah

    9 Julai 2013 at 10:40 pm

    subhanallah…terdiam slps membaca artikel ini,..

     
  39. Jarena Hamzah

    10 Julai 2013 at 10:49 am

    Perhaps we could muraqabah the reality of habluminnallah and habluminnas

     
  40. yg mencari redho Allah

    12 Julai 2013 at 4:22 pm

    bila saya pergi ke Ho Chi Minh masa balik, 1 flight penuh dengan orang M’sia sahaja.terdetik di hati saya apakah mereka2 ini termasuk saya telah menginfakkan harta kepada yg hak?ssya rasakan kamilah org2 yg berada dalam fitnah akhir zaman yg dikatakan Nabi SAW .Org berlumba2 untuk pergi melancong tapi lupa untuk menginfakkan harta kpd yg hak.Begitu juga org tua yg masih sibuk me renovate rumah walhal umur mereka sudah tidak memerlukan lagi pada pengubahsuaian rumah.Untuk siapa rumah itu dibesarkan sedangkan umur sudah tidak memerlukan lagi pd hal2 keduniaan.Banyak sekolah tahfiz yg daif yg memerlukan karpet,kipas,dsbnya.marilah kita muhasabah diri kita.

     
  41. kak chik

    22 Ogos 2013 at 11:03 am

    Subhanallh..entry yang mbka mt hati, suka sgt bc tulisan2 ust, smg sntiasa d beri ilham utk trs mnls..

     
  42. Fairus Mohd Long

    29 September 2013 at 12:05 pm

    Syukur, entry yang membuat kita menilai semula dimana diri kita. Terima kasih ustaz.

     
  43. aniza

    14 November 2013 at 8:59 pm

    Ya Allah bukalah pintu2 kebajikan dan tutuplah semua pintu dosa dan neraka dariku dan keluargaku serta seluruh umat islam.

     
  44. sharifah

    21 Januari 2014 at 12:57 pm

    Saya setuju dengan tulisan ustaz. Tapi maaflah , saya rasa kita perlu baik sangka dengan mereka yg berulang kali pergi buat umrah dan haji, dengan mereka yg menulis pengalaman mereka dalam blog, buku atau bercerita pada kawan-kawan. Allah yang Maha Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat.

     
  45. tebuan

    30 Januari 2014 at 5:24 pm

    kita hidup dialam reality..
    perlu tau keadaan sekeliling bantu membantu
    perlu juga mencari wang utk kehidupan kini
    tidak lah pula hanya leka beribadat mencari pahala..
    kerana pahala tidak boleh di guna utk membayar bil api air atau beli beras..
    kita hidup berkait rapat dgn yg lain…umpama pokok dan air
    guna lah wang buat pahala
    bukan bermegah-megah dgn alasan mencari pahala utk diri sendiri..
    sudahnya hanyut di lautan riak…..
    maka pahala pun bertukar dosa.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,198 other followers

%d bloggers like this: