RSS

YANG ‘KADANG-KADANG’ DAN ‘JARANG-JARANG’

19 Ogo

arifin-ilham-poligami1

 1.      Sekalipun selepas kematiannya…

“Saya tidak akan maafkannya,” tegasnya berkali-kali.

Saya tunduk simpati.

“Saya tidak akan maafkannya.”

Dia semacam tidak puas dengan penegasannya. Mengulangnya lagi.

“Apa untungnya puan tidak memaafkan?”

“Perbuatan dia menduakan saya sangat menyakitkan hati. Tidak sangka ada wanita lain di hatinya selain saya.”

“Puan… bukankah suami puan sudah meninggal dunia. Apa salahnya puan maafkan dia. Tidak ada apa-apa yang nak dicemburukan lagi. Terimalah hakikat dan susun semula kehidupan baru dengan anak-anak. Itu yang lebih utama. Semuanya sudah berlalu, hadapi yang sekarang.”

“Sayidatina Aisyah lagikan cemburu kepada Sayidatina Khadijah yang telah meninggal dunia, apatah lagi saya, seorang wanita biasa,” tekan wanita itu tanpa peduli kata-kata saya.

“Subhanallah, Sayidatina Aisyah cemburukan kebaikan Siti Khadijah yang selalu disebut-sebut oleh Rasulullah walaupun setelah kematiannya. Cemburu kepada kebaikan madu yang masih disebut suami walau setelah kematiannya berbeza dengan sikap tidak memaafkan suami yang telah mati kerana berpoligami secara sembunyi-sembunyi,” nasihat saya.

“Apa kurangnya saya? Bayangkan pada hari kematiannya baru saya dapat tahu dia telah menikah lagi. Sudah lama pula tu. Sudah 5 tahun. Bayangkan ustaz, depan saya nampak baik, solat, tutur kata lemah lembut,  bertanggung jawab, semua makan-minum, rumah dan nafkah kami sekeluarga dijaganya… tetapi tak sangka sezalim itu dia pada saya…”

“Suami yang berpoligami tidak zalim, tidak jahat. Jika semuanya terjaga baguslah tu. Suami yang tidak berpoligami pun ramai yang tidak macam tu. Isteri yang cuma satu itu pun tidak dilayan dengan baik, makan-minum terbarai!”

“Ustaz, salah kah saya?”

“Cemburu tidak salah. Itu fitrah di kalangan dua insan yang saling sayang menyayangi. Tetapi membenci, marah dan tidak memaafkan itu yang salah. Apatah lagi kepada suami sendiri, dan dia telah meninggal dunia. Adabnya, kita sebut yang baik-baik sahaja pada orang yang telah meninggal dunia.”

“Saya rasa tertipu…”

“Dia cuma tidak memberitahu,” ujar saya membetulkan.

“Mengapa?”

“Saya tidak dapat menjawabnya. Hanya Allah yang tahu. Bagaimana sikap dan kelakuan Allahyarham semasa hidupnya.”

“Alhamdulillah, semua baik. Dia suami yang baik. Saya sangat menyayanginya. Ustaz, orang yang paling kita sayanglah yang paling mampu menyakitkan kita. Dia yang paling saya sayang, dia yang menyakitkan. Cuma satu… poligami ini. Itulah yang meragut segala-galanya.”

“Puan, sayangilah dia setelah matinya seperti puan menyayangi dia semasa hidupnya. Jika begitulah akhlak dan keperibadiannya seperti yang puan ceritakan, saya pasti, insyaAllah dia punya sebab serta alasan yang syari’e untuk berpoligami…”

“Terfikir begitu juga ustaz. Saya dapat tahu madu saya tu err, err… seorang janda anak tiga. Dengan suami saya  dapat anak seorang lagi.”

Saya sedih, gembira, senyum dan suram berselang-seli. Perasaan bercampur-campur. Saya kenal dari jauh Allahyarham. Memang dia seorang yang baik akhlak dan ibadahnya. Mungkin dia juga ‘terperangkap’ antara keinginan yang kuat hendak membantu dengan menjaga kasih sayang terhadap isteri.

“Kenapa suami saya tidak berani berterus-terang?”

Saya diam…. diam yang panjang. Di dalam hati saya meneka-neka akan jawapannya. Kalau beginilah reaksi isterinya setelah dia mati, bayangkan betapa ‘hebatnya’ reaksi itu semasa dia hidup. Saya simpan jawapan itu. Saya juga seorang lelaki yang terus cuba memahami hati seorang wanita.

“Apa yang patut saya buat ustaz?”

“Puan sayang suami puan?” jawab saya dengan satu pertanyaan.

“Saya menyayanginya dengan seluruh jiwa saya ustaz…”

“Buktikan sayang itu dengan memaafkan. Sekiranya puan masih sukar memaafkan ertinya puan bukan menyayanginya tetapi menyayangi diri sendiri. Maafkanlah dia kerana Allah, jika benar puan cinta dia kerana Allah.”

Kali ini dia terdiam. Ada rintik-rintik air mata yang mengalir di pipinya. Itulah hati seorang isteri. Benci, marah, kecewanya… semuanya berbaur dan bergaul kerana terlalu cinta.

“InsyaAllah saya cuba ustaz. Selain itu?”

“Cuba berfikir bagaimana agaknya Allahyarham suami puan berfikir jika dia masih hidup. Apa yang akan dilakukannya?”

“Tentu dia akan melaksanakan tanggung jawabnya. Dia suami yang sangat bertanggung jawab.”

“Puan, cinta itu tanggungjawab. Tanggung jawablah yang menjaga cinta, apabila cinta diuji. Cinta dan tanggung jawab tidak akan terpisah oleh kematian salah seorang daripada dua orang yang bercinta. Puan tentu arif apa tanggung jawab suami puan bukan?”

Dia mengangguk perlahan. Saya tidak dapat menahan air mata…. Hakikatnya saya pun akan ditinggalkan isteri atau dia yang dahulu akan meninggalkan saya. Ya Allah, semoga semua cinta dan kasih sayang ini kerana Allah. Maha suci Allah, cinta orang beriman tidak akan dapat digugat oleh apa pun sekalipun poligami!

  1. 2.      Mengapa yang muda?

“Saya tidak faham kenapa suami saya pilih yang muda? Ini semua kahwin kerana nafsu. Cakap sahaja kerana pembelaan, sunah lah. Semua alasan…” kata wanita itu di hujung talian.

Sudah hampir sejam saya memberi laluan untuk dia bercakap. Saya masih banyak mendengar. Seperti yang selalu saya katakan, dalam banyak keadaan manusia bukan mencari penyelesaian tetapi hanya memerlukan didengar.

“Ustaz, semuanya kerana nafsu!”

“Benar. Orang yang tidak ada nafsu haram berkahwin,” kata saya perlahan.

“Jadi bolehlah ikut nafsu?”

“Ikut nafsu tak boleh, uruskan nafsu. Perkahwinan termasuk yang berpoligami adalah cara menguruskan nafsu.”

“Kahwin yang muda-muda ustaz…”

“Seseorang mendapat balasan atau ganjaran berdasarkan niatnya. Jika niatnya baik, tidak kira anak dara atau janda, semuanya dapat pahala. Tetapi jika niat tidak baik, berpoligami dengan siapa pun tidak berpahala.”

“Betul ke ustaz?”

“Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. wanita yang dinikahinya ada yang anak dara, ada yang janda, ada yang langsing dan ada yang berbadan besar…”

“Kenapa?”

“Pelbagai tujuan Rasulullah SAW. Ada yang bertujuan pembelaan. Ada yang merapatkan hubungan. Ada yang untuk meraikan pemberian atau hadiah. Ada pula yang bertujuan untuk menjadi simpanan ilmu. Lihat perkahwinan Rasulullah dengan Saudah. Lihat pula perkahwinan dengan Aisyah mahupun dengan Mariah Qibtiyah. Semua ada maksud dan tujuan berbeza… tetapi niatnya cuma satu, untuk mendaulatkan Islam.”

“Apakah benar suami-suami yang ada ini nak mencontohi nabi dalam berpoligami?”

“Sukar mengetahui niat dan hati seseorang. Cuma boleh lihat luarannya sahaja. Kalau dia komited dengan Islam, kemudian setelah poligami dia berlaku adil dan perjuangan Islamnya kita meningkat… insyaAllah moga-moga itu mencontohi nabi,” jelas saya.

“Saya geram mereka yang pilih muda-muda…”

“Saya kenal ramai mereka yang memilih janda dan wanita lanjut usia, “ balas saya.

“Saya dengar banyak cerita lelaki poligami tidak bertanggung jawab.”

“Saya juga banyak mendengar suami yang tidak berpoligami tidak bertanggungjawab.”

“Apa yang ustaz cuba sampaikan ni? Ustaz minta semua wanita terima poligami? Ustaz minta semua lelaki berpoligami?”

“Tidak begitu. Bagi saya  poligami persoalan kedua atau ketiga, persoalan pertama ialah mendidik lelaki agar bertaqwa dan adil, wanita yang sabar dan redha… serta masyarakat prihatin yang penyayang!”

“Eh, ke situ pula?”

“Kerana di situlah pangkal segala kebaikan. Didikan. Bila tidak terdidik, semua jadi masalah. Yang poligami ada masalah, yang monogami pun sama. Suami yang tidak bertanggung jawab, tetap tidak bertanggung walaupun isterinya seorang. Isteri yang derhaka tetap derhaka walaupun tidak dimadukan. Masyarakat yang tidak terdidik, akan memandang serong semua syariat Islam bukan hanya poligami.”

“Saya benci orang mengambil kesempatan dengan mengamalkan syariat dan sunah konon…”

“Jangan bimbang. Syariat Allah, Allah akan jaga daripada dinodai. Lelaki yang mengambil kesempatan akan terdera dengan sikapnya yang mengeksploitasi poligami. Perempuan yang tidak simpati kepada wanita lain yang ingin juga mendapat seorang suami dalam hidupnya juga akan diuji dengan masalah walaupun cuba lari daripada ujian poligami.”

“Ustaz tak memahami rasa hati seorang wanita…”

“Benar. Tetapi saya yakin wanita beriman tidak akan tercalar keimanan dan kesabarannya menghadapi seorang suami, sama yang berpoligami atau tidak berpoligami.”

“Semua dikaitkan iman…Kalau semua kuat iman ok lah. Sedangkan kita masih di peringkat mujahadah.”

“Bilangan lelaki dan wanita dekat-dekat sama sahaja. Malah ada statistik, lelaki lebih ramai daripada wanita. Poligami tak perlu!”

“ Ada kebenarannya. Tetapi ada statistik berapa ramai lelaki yang beriman yang benar-benar bertanggung jawab? Bagaimana pula jika dibandingkan dengan wanita yang benar-benar beriman yang mampu menjadi isteri yang baik?”

“Ustaz pro poligami sebab ustaz lelaki.”

“Ini bukan soal pro atau kontra. Bila sesuatu ada dalam syariat, pasti ada manfaatnya. Bagi saya poligami hanya soal ‘jarang-jarang’, dan ‘kadang-kadang’. Ia seumpama pintu kecemasan sahaja pada sebuah bas. Ramai orang yang masuk dan keluar ikut pintu biasa sahaja. Tetapi jangan nafikan kepentingan pintu kecemasan… ada masanya ia sangat perlu pada waktu khusus dan keadaan yang tertentu. Jadi, tidak bijak membuang pintu kecemasan itu!”

“Pilih yang cantik sahaja…”

“Baiklah, jika suami awak pilih janda atau wanita yang lanjut usia yang punya wajah biasa-biasa sahaja, awak setuju bermadu?”

Diam diam. Diam wanita yang berkahwin bukan tanda setuju!

Ah, poligami… sering tersepit dan terfitnah antara lelaki yang suka mengeksploitasi dan zalim dengan dan wanita yang tidak rela berkongsi dan punya kepentingan diri.

(Ikutilah lagi sambungan kisah-kisah yang lain akan datang. InsyaAllah)

 
49 Komen

Posted by di 19 Ogos 2013 in Kemudi Hati

 

Label: , ,

49 responses to “YANG ‘KADANG-KADANG’ DAN ‘JARANG-JARANG’

  1. Abdilah Ahmad Mudus

    19 Ogos 2013 at 11:41 am

    Alhamdulillah satu JAWAPAN yang benar-benar TUNTAS dan BERNAS setelah sekian lama tercari-cari jawapan bagi setiap persoalan yang ditimbulkan dalam hal POLIGAMI…

    IMAN dan TAKWA pasti melahirkan lelaki yang ADIL.

    IMAN dan TAKWA pasti melahirkan wanita yang SABAR dan REDHA!

     
  2. zali

    19 Ogos 2013 at 12:14 pm

    Wah.. Saya suka penulisan dan idea ustaz…

     
  3. ainhedzir

    19 Ogos 2013 at 12:15 pm

    Perspektif sedia ada yg di olah dgn lebih baik & berisi.. pintu kecemasan ‘jarang ‘ di guna, tp perlu.

    Cuma peliks, tak ada ‘kecemasan’ ..bus elok2 saja.. masih nk guna? Xdak alasan kukuh, keperluan, saja nk cuba mmg la marah driver…

     
  4. Zairul Nizam

    19 Ogos 2013 at 12:24 pm

    Alaa…ustaz. Tengah syok baca, bersambung pulak!

     
  5. Fazilah

    19 Ogos 2013 at 12:36 pm

    apa pun, biarlah bercinta kerana Allah, biarlah berkahwin kerana Allah, biarlah menyayangi kerana Allah dan biarlah juga membenci kerana Allah. Akan ada kemanisannya apabila diniatkan kerana Allah.

     
  6. Fadzil

    19 Ogos 2013 at 12:36 pm

    Kisah penuh beremosi dan memrlukan hikmah yang tinggi untuk menjawab setiap persoalan yang dilontarkan….. tahniah ustaz. moga kisah ini menjadi teladan buat semua.

     
  7. Zurin Zurina Atan

    19 Ogos 2013 at 12:36 pm

    Kami tidak menentang poligami tetapi kami mahu berasa selamat dengan poligami… kata-kata ini saya petik dari seorang penulis novel terkenal di Malaysia.

     
  8. Norbaiti Ridzuan

    19 Ogos 2013 at 12:45 pm

    Allah… kadang2 kita terleka dengan kesenangan yg Allah beri pada kita hinggalah ujian menyapa… hilang dan lupa semua nikmat yg kita terima… Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita… lembutlah duhai hati… belajarlah untuk saling meredhai….

     
  9. Nurul Amirah Abdul Rahim

    19 Ogos 2013 at 1:14 pm

    Tulisan yang hidup dengan segar ustaz. Barakallahufik ya ustaz.

     
  10. rozita

    19 Ogos 2013 at 1:52 pm

    setuju sangat dengan memaafkan tu ustaz.. tak kira apa salahnya pun.. memaafkan adalah jalan terindah…

     
  11. Nurulizzaishak

    19 Ogos 2013 at 1:55 pm

    Jika kita faham siapa kita.. (hamba ALLAH) kita akan lebih tenang menjalani hidup…
    Tidak semua ketetapan ALLAH itu selari dengan kehendak kita~

    Belajarlah untuk sabar dan redha~

    Semoga sang suami dan sang isteri setiap hari berusaha menjadi lebih baik dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

    Salam Bahagia untuk semua~

     
  12. nafqayyim

    19 Ogos 2013 at 2:04 pm

    setiap sesuatu berlaku dengan izinNya..jika benar seorang suami ingin berkahwin lain…rasanya eloklah di hormati isteri pertama…diberitahu niat itu danbukan cara sembunyi kerana ..sakit hati seorng isteri ..bukan kerana rasa diduakan tapi kerana dibelakangi dan ditipu.

     
  13. norlaila fazal elahi

    19 Ogos 2013 at 2:13 pm

    sya tidak menentang konsep poligami ,mcm mna mau menentang sesuatu yg d turunkan olah Allah.??
    dan sya boleh berbincang dng tenang and open mind dgn
    suami skiranya bab ni timbul..
    cuma sya melihat ramai kkwan,saudra even trjadi pd parents sya ..terlibatnya dlm poligami tidak mnunjkan result yg baik,kbiasaan pergaduhan mudah tercetus,perasaan marah dan benci sering terulang2..wlpun telah berpuluh tahun d madu..,ank2 ramai yg tidak mnjadi,suami kerap tidak adil ,salah satu pihak akn terabai,merasa d abai kn dan mnjadi kbiasaan ank2 merasa kurang kasih sayang , ank2 antra madu lain yg tidak shaluan,,maka bapanya adalah seorang…
    saya merasa kesal dan biasa tertanya2 knpa ulama2 besar tidak ramai yg berpoligami..sdgkan jika d lihat dr segi ilmu..mereka ni la yg layak..dan knpa llaki yg kurng ilmu (wlpun tidak pernah mgaku)pla ramai yg berpoligami…

    knpa kelihatan ramai org mgambil jln singkat dlm mgatasi masalh rumahtngga..wlpun tidak semua tp kelihatan para suami yg rela mncari yg lain dr mmperbaiki keretakan umahtangga yg sedia ada..

    Adakah poligami salah satu jaln dlm mntarbiyah istri kejalan yg baik..istilah ” payung emas” acap kali d utrakan..hakikatnya kita isteri dminta mnhan diri,mental dan emosi dr meledak dan meletup dlm keadaan yg tertekan..kita d minta bersabar dlm keadaan yg sakit..emosi dan mental..Sya tertanya2..apa kputusan yg sya dpt skirnay sya meminta org yg mminta sabar ni..menunaikan solat 5 waktu d masjid scra jemaah..tiap2 hari spanjg idupnya..?? menunaikan tahajud saban malam spanjg idupnya ? semua almn ni mnjanjikan pahala dan tidak d laksnakan dlm keadaan hati yg sakit dan jiwa yg tertekan…maafkan sya menulis pnjg sanagt..sya yakin jika para suami ingin berpoligami dng istri merasa redha adalah hanya dgn mmperbaiki akhlaknya,imanya..hingga istri tidk merasa was2,terabai,tertipu dan sakit jiwa…

     
  14. norhayati bt. mohd salleh

    19 Ogos 2013 at 2:15 pm

    maafkan saya, dugaan utk. kaum lelaki yg plg hebat ialah wanita…manakala wanita pula adalah kemiskinan…dlm kisah ini, adakah boleh dikatakan suami puan itu termasuk dalam kategori suami yg ‘gagal’, ustaz..? kerana dlm tempoh 5 tahun itu telah dipenuhi oleh pembohongan2 si suami?

     
  15. hafizah masbol

    19 Ogos 2013 at 2:23 pm

    berpoligami dengan janda/balu di kata, apatah lagi dengan anak dara….pelik tapi benar…. selagi si suami mampu menguruskan rumahtangganya dengan baik dan penuh tanggungjawab alangkah beruntungnya para isteri itu……

     
  16. emmateeya

    19 Ogos 2013 at 2:33 pm

    Isu poligami takkan pernah selesai selagi dunia masih berputar.. Syabas ustaz. Sgt suka idea dan penulisan ustaz.

     
  17. ifa

    19 Ogos 2013 at 4:08 pm

    Allah merencana cerita bagi kita melankonkan watak dan segalanya telah ditentukanNya, yg perlu hanya kekuatan iman dan kebergantungan hanya pd Allah..andai cinta kerana Allah, insyaAllah fahamlah rahsia di sebalik sebuah cerita hidup kita sendiri yg sedari awal telah ditulis olehNya~

     
  18. izza84

    19 Ogos 2013 at 4:44 pm

    Jika kita faham siapa diri kita …(hamba ALLAH) pasti kita akan menjalani kehidupan ini dengan lebih tenang.

    TIDAK semua ketetapan ALLAH itu SELARI dengan kehendak kita~
    Tetapi semua ketetapan ALLAH itu BAIK untuk kita ^_^

    Semoga semua sang suami dan sang isteri dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dan terus berusaha menambah baik nilai diri setiap masa~

     
  19. izza84

    19 Ogos 2013 at 4:47 pm

    Reblogged this on ~Muslimah Sejati~ and commented:
    Sesuatu untuk dikongsi.. semoga bermanfaat

     
  20. aisyah

    19 Ogos 2013 at 4:58 pm

    Alhamdulillah..entri yg amat baik utk para2 isteri..yg paling susah nak redha bila suami yg ingin berpoligami sbb nak cepat kaya..dpt janda kaya dan cantik…sedangkan isteri yg sedia ada bertungkus lumus dgn anak2…

     
  21. Jamaludin Mohd Yusof

    19 Ogos 2013 at 5:09 pm

    Cerita ini ada kena mengena dengan diri saya……Allah itu lebih mengetahui dan sejak dari azali lagi telah tertulis dan kita tidak tahu apa hikmahnya dan saya pasti tentu ada hikmah yang tersirat …Subhanallah, percayalah pada ketentuan ALLAH.

     
  22. umie syamimi

    19 Ogos 2013 at 6:36 pm

    Poligami hanya harus bukan digalakkan. Seumpama pintu kecemasan…digunakan apabila ada keperluan dan syarat-syaratnya amat ketat. Bukan ‘lorong kecemasan’ seperti di lebuhraya yang telah disalahgunakan oleh para pengguna

     
  23. pahit akan manis akhirnya

    19 Ogos 2013 at 6:53 pm

    Huraian yang penuh berhemah. Sungguh terkesan dihati. Bagi yang telah melaluinya dengan iman dan sabar pasti akan merasai manisnya madu. Walau luarannya tampak sungguh pahit tak ingin di jamah tetapi hakikatnya yang merasa amat manis. Ini lah kebesaran Allah Yang Maha Kuasa. DIA lah yang mencampakkan rasa tenang dan bahagia ke dalam jiwa-jiwa yang dikehendakiNYA. Syukur Ya Rabb..atas kasih sayangMU.

     
  24. ummu umair

    19 Ogos 2013 at 7:03 pm

    setiap perbuatan kita pasti kerana Allah…oleh itu,setiap apa yang berlaku ke atas kita akan merasa kemanisan tanpa keluh kesah dan sebagainya..letak Allah paling atas..pasti hidup penuh dengan ketenangan…

     
  25. langka suka

    19 Ogos 2013 at 7:03 pm

    Sebenarnya poligami disusahkan oleh masyarakat kita sendiri…….

     
  26. cilipadi

    19 Ogos 2013 at 7:23 pm

    Allah Maha Mengetahui samada kita layak berpoligami…Terutama sekali orang agama yang menggunakan justifikasi agama…Orang agama tak mesti beragama dan orang awam tak mesti tak beragama…Wanita yang sabar dan redha tak mesti sebab suaminya orang beragama,bertakwa dan adil…Kekadang dia jadi sabar dan redha kerana Allah telah meletakkan dia bersama suami yang tak beragama lalu dia kembali kepada Allah…Allah Maha Adil dan Maha Membalas…Moga di akhirnya semua mendapat husnulkhotimah…suami kembali kpd Allah…isteri-isteri kembali kepada Allah…anak-anak terdidik soleh dan solehah…Takutlah akan azab Allah…Takutlah kepada orang-orang yang tidak takut pada Allah…Mohon perlindungan dan pemeliharaan Allah sentiasa…

     
  27. suemaya

    19 Ogos 2013 at 11:40 pm

    Alhmdllah. Sy bersyulur dengan lete Allah
    Allah telah lapangkn hati seluasnya saat suami nyatakn hasrat utk berpoligami. Ssungguhnya segala kekuatan dan perasaan reda yg hadir dlm diri adalah dgn izin Allah jua
    Sy amat bersetuju dgn pendapat / ulasan ustaz tentg isu ini
    Prinsip kami sekiranya kita mahu poligami ini baik utk kami , kami sendiri mesti main peranan utk pasti kan ianya berjln lancar. Perlu ada ilmu , ksabaran yg tinggi, persefahaman dll amalan murni dlm rmhtgga . Buat isteri yg diuji dgn isu ini hadapi dhn tenang dan yakinlah ALlah lebih mgetahui apa yg terbaik utk kita.

     
  28. xxx

    20 Ogos 2013 at 1:04 am

    Cukuplah dgn Uzar. Meleret2 dh isu ni.

     
  29. Puan Waiz

    20 Ogos 2013 at 6:22 am

    Salam, Jawapan terbaik dari Ustaz. Saya suka. :) Pada saya, perempuan ini baru mengalami situasi ini. Perkara masih baru. Baguslah beliau mencari penasihat yang betul. Rasanya jika dia tahu, semasa suaminya hidup…minta cerai agaknya. Perang Dunia ke III
    Benda sudah lepas, sudah berlaku, titik. (Past Tense) terus pandang sahaja ke depan.
    Kita pun akan mati juga, bersedia untuk berjumpa tuhan lebih bagus, dari mengenang benda ini.

    Situasi lain, isteri tidak bermadu, sang suami siap berzina dengan isteri orang, dan berlagak tunjuk di HP, pada isteri dan anak-anak yang dia berzina.
    Suami puan ini, bukan buat dosa BESAR pun. Syukur puan pernah ada suami, dan jadikan madu puan itu sahabat baik, seperti adik-beradik.
    Saya pasti suami puan ini pilih isteri no. 2-nya yang baik dan serupa
    dengan tingkah-laku isteri no. 1.

    Allah Maha Penyayang. Tuhan uji kita semasa kita dekat dengan Tuhan.
    Lihat orang yang buat dosa, tuhan biarkan sahaja. Tuhan beri rezeki sebanyak-banyaknya.
    Saya akan baca entry Ustaz
    http://genta-rasa.com/2012/09/25/kenalilah-tuhan-yang-menguji-mu/
    setiap kali kami ada situasi yang di luar kawalan.

    Baru-baru ini pejabat tempat kami bisnes terbakar. Ujian demi ujian tuhan datangkan kepada kami, sebagai orang berniaga, hamba tuhan yang kerdil. Syukur… Sudah 15 tahun kami bisnes.
    Ya Allah, kepada mu kami kembali. Berikan kami pahala dengan musibah ini.
    Gantikan ia dengan yang lebih baik lagi. Amin.
    Terima kasih Ustaz Pahrol.

    Sekian.
    Puan Waiz Nazri
    Pengasas Bisnes dan Pengarah Pemasaran
    “Pakar Interaktif Multimedia Sejak 1999”
    Waiz (Malaysia) Sdn. Bhd. (494434-U)
    310-A, Lorong Kedah, Jalan Negara, Melawati Square, Taman Melawati, 53100
    Kuala Lumpur, MALAYSIA.

    Tel: 6.03.4107.9249 (WAIZ), 6.03.4108.0345, 6.03.2035.6868
    Fax: 6.03.2035.6867, 6.03.2772.0944
    E-mail: PuanWaiz@gmail.com, waiz@waizmalaysia.com
    Laman Web: http://www.waizmalaysia.com
    Peta Lokasi: http://www.peta.waizmalaysia.com
    Koordinat (GPS Coordinate): N 03 12.654, E 101 45.018

     
  30. syed hafiz

    20 Ogos 2013 at 8:45 am

    alhamdulilah ustaz, sedikit sebanyak dapat menerangkan pd wanita2 diluar sane tntg berpoligami..
    “bila sesuatu ada dlm syariat pasti ada menafaat”…

     
  31. Nik Eeyda Nik Mohamad

    20 Ogos 2013 at 9:31 am

    Saya bangga ustaz seorg lelaki yg terus cuba memahami hati seorg wanita…

     
  32. As syauqi

    20 Ogos 2013 at 10:21 am

    selamat dengan poligami? adakah poligami itu sebuah ancaman? seolah2 ianya sebuah ancaman sedangkan ujian poligami ini tidak akan mampu mgoyahkan keimanan dan ketaqwaan seorang wanita yang benar2 hatinya tulus dan cintakan Allah dan islam..jangan tertipu dengan cerita cinta indah dan dongeng dalam sebuah perkahwinan..sedangkan semuanya memerlukan pengorbanan dan dunia ini hanyalah sementara cuma..jika terasa sangat sakit dengan ujian dunia mahupun poligami, jadikan lah syurga itu dambaan dan impian hati kerana hanya di sanalah kita boleh berehat dari segala penderitaan dan kesakitan di dunia ini.. dan hanya hati yang benar2 mcintai Allah dan rasulnya, redha dengan segala takdirnya dan sentiasa bersangka baik pada Allah juga bermujahadah semata redha Allah akan mampu menghadapi semua ujian Nya tanpa imannya bergoyah sedikit pun malahan demakin cinta dan rindukan Yang Khaliq..Wallahahualam

     
  33. Wan Lokman Wan Daud

    20 Ogos 2013 at 10:59 am

    Poligami bukan utk seronok bagi lelaki dan perempuan ianya satu tanggungjawab bersama, Lelaki suka kahwin dua tiga tetapi apa yang perlu ialah kemampuan serta tanggungjawab dan didikan ugama, bagi perempuan pula satu bebanan kerana nafsu ingin mengawal yang satu, sedangkan kalau diteliti suami adalah hak bersama dengan wanita lain kerana hak itu milik suami tetapi persetujuan isteri juga perlu apapun satu ketentuan itu tidak pasti dan ianya adalah ujian Allah keatas setiap manusia yang harus meneruskan perjalanan kehidupan diatas mukabumi….maha suci Allah menentukan kehidupan manusia………..

     
  34. cilipadi

    20 Ogos 2013 at 10:26 pm

    Ujian untuk seorang lelaki yang engkar juga boleh berbentuk ‘nikmat poligami’…rasa diri dikurniai nikmat yang jarang2 lelaki lain dapat…membawa diri lebih jauh dari Allah…tanggungjawab yang tidak langsai x2…urusan agama yang peribadi pun tak tertunai apalagi kerja jemaah…rasa diri makin muda…tidak dimamah usia…Nauzubillah…Lebih mudah dapat ujian kesusahan daripada dapat ujian kesenangan/nikmat…mungkin orang perempuan boleh melihat dari sudut ini untuk kembali positif,in sha Allah…

     
  35. yati

    21 Ogos 2013 at 8:33 am

    Memang sebenarnya apa yang kita rasakan baik tak semestinya baik disisi Allah dan sebaliknya. Kehidupan kita ini telah direncanakan dengan sebaik mungkin oleh Allah.

     
  36. wani

    21 Ogos 2013 at 12:17 pm

    Sangat kagum dengan cara penulisan ustaz…..kalau saya jadi anknya saya x salahnya….mungkin bersebab…..apa yang terjadi ada hikmahnya….betul kata ustaz ramai diluar sana yg berpoligami masih tdk dpat membhagiakn isterinya atau x berlaku adil….bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan jgn bersedih dengan benda yg kita tak dapat sesungguhnya Allah lebih mengetahui semuanya……..

     
  37. MAH

    21 Ogos 2013 at 3:24 pm

    As Salam Ustaz,

    Ustazah : “Saya tidak pernah menolak hukum poligami.”

    Jemaah : “Wah, hebat ustazah!”

    Ustazah : “Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi.”

    Jemaah : “Wah, benar-benar kelas ustazah.”

    Ustazah : “Yang penting……..”

    Jemaah : “Yang penting…adil ye ustazah?”

    Ustazah : “Bukan…yang penting, bukan suami saya

    Jemaah : @%!^*

     
  38. suezain sue

    22 Ogos 2013 at 1:17 am

    Poligami adalah hukum Allah.Tidak ada sesiapa yg berhak menentangnya..jika ingin berpoligami kerana ingin menegakkan kebenaran..berdepanlah dgn kebenaran walau sepahit manapun..walau apa alasanya kerana Allah akan berpihak pada kebenaran..jadi kenapa takut untuk berlaku jujur klau ianya benar..dan sanggup berbohong sehingga ke akhir nafas terakhir..ingatlah kita tidak akan bangkit dari kubur untuk meminta maaf….

     
  39. Kiyai@Jr

    22 Ogos 2013 at 11:53 am

    Reblogged this on istighfar.

     
  40. Siti Hajar

    22 Ogos 2013 at 3:38 pm

    Tenanglah wahai hati… Yang membenarkan poligami itu adalah Allah, Tuhan yang maha segala… Siapalah kita untuk tidak bersetuju @ membantah… Kami dengar & kami taat.. Tunaikan semua tanggungjwb kita sebaik mungkin dan pintalah hak kita dari Allah…

     
  41. MyDay Yusof

    22 Ogos 2013 at 4:27 pm

    Isunya di sini kenapa si suami berbohong? Sy rasa lelaki yg benar-benar jujur dan berani untuk berpoligami tidak akan sama sekali berbohong .Maaf , sy bukan menolak poligami cuma bila dalam tempoh yg lama si suami berbohong,kesan nya bagaimana? Sy tak nampak kebaikan nya di situ . Mana mungkin isteri yg dibohongi dapat menerima keadaan itu . Wahai lelaki ,andai nak berpoligami,berterus terang la..apa yg susah sangat berlaku jujur dgn pasangan anda. Sebab kalau dia menghalang sekali pun , mmg dah hak anda kahwin lebih. Sekurang2nya anda telah berlaku jujur dengan pasangan anda. Fikir lah untuk anak-anak anda,takkan anda nak lihat anak-anak anda bertelingkah satu sama lain setelah kematian anda.

     
  42. yusoffnor

    22 Ogos 2013 at 7:39 pm

    Subhanallah…
    Alhamdulillah…
    Allahhuakbar…

     
  43. Nurshidah

    27 Ogos 2013 at 8:44 pm

    Alhamdulillah ilmu yg amat bermanfaat. Terima kasih ustaz

     
  44. khailiza bt johari

    30 Ogos 2013 at 3:41 pm

    kalau nak berpoligami hendaklah mengikut syariat yang telah digariskan….ikutilah cara bagaimana ustaz zaharuddin melakukannya…wallahu a’lam…

     
  45. puterirasu

    31 Ogos 2013 at 8:06 am

    Reblogged this on PUTERI RASUL….. and commented:
    Renungan bersama…

     
  46. Hazri

    7 September 2013 at 10:02 am

    As salam,
    Hakikatnya; bermadu atau sebaliknya waima andartu sekalipun, itu semua adalah ketentuan Ilahi.
    Beriman dengan qadha & qhadar Allah seringkali diabaikan.

     
  47. Anna

    13 September 2013 at 8:53 am

    Assalamualaikum.

    Jelas balu ini baru mengetahui berlakunya poligami dalam rumah tangganya. Seorang suami yang baik, tentu tak akan menyembunyikan hak isterinya, bukan? Suami yang baik tentu akan berlaku jujur pada isterinya, bukan? Suami yang baik, tentu dapat mengawal & mendidik isterinya untuk menjadi insan yang tahu nilai memaafkan, bukan?

    Jelas yg kita semua manusia biasa. Hati mana tak tidak hancur dengan penyembunyian sebegini? Sekiranya sang suami tidak meninggal dunia, tentulah sampai ke hari ini balu tersebut masih tidak mengetahui akan poligami ini?

    Tidak kah terfikir akan sang suami ini, bagaimana agaknya balunya berhadapan dengan keluarga, masyarakat apabila segalanya terbongkar? Akan malukah isteri pertamanya nanti?

    Suami yang baik akan menimbangkan perkara-perkara ini sebelum membuat tindakan.

    Pandangan saya, si mati adalah suami yang takut dengan isteri, tidak adil & telah menafikan hak isteri pertamanya.

    Cuba kalau perkara ini berlaku kepada anak perempuan Tuan2 sekalian, anak Ustaz2 sekalian, adakah boleh kalian jawab sebagaimana jawapan anda?

    Sebaiknya beri waktu, berdoa agar si balu dapat memaafkan suaminya satu hari nanti. Jangan adili & hakimi org lain.

    Untuk si mati & balunya, kita doakan keadilan Allah, yang Maha Adil, untuk keduanya.

    Poligami bukan sunnah, dan wanita ada hak untuk tidak dimadu. Hormati hak itu.

     
  48. Aira-san

    21 September 2013 at 10:30 am

    saya setuju seratus peratus. saya memang suka dengan setiap penulisan ustaz.

    saya wanita, tetapi tidak menghalang poligami jika si suami pandai menguruskan keluarga pertamanya dengan baik, bertanggungjawab, solat dan kewajipan agama lain dilaksanakan…dan mahu menyelamatkan wanita solehah di luar sana…tapi dengan syarat saya mestilah isteri pertama ^^ . nak jadi kakak. ada adik-adik madu baru best …

     
  49. Nor

    1 Februari 2014 at 11:28 am

    Saya pernah ditipu lelaki yang sudah bergelar suami orang. Saya tak berniat merampas. Malah saya minta dia berterus terang dengan isterinya. Tetapi dia tidak berani. Seolah-olah isterinya la yang ketua keluarga. Makin lama saya mengenali dia, saya rasa dipergunakan. Saya kesian kerana isterinya seorang yg baik (apa yg saya lihat dari segi luarannya) tetapi suaminya pula jahat. Suka menipu isterinya. Saya rasa kasihan dengan isterinya lalu saya ambil keputusan utk tinggalkan lelaki itu. Cuma apa yg saya kesali, lelaki tu cuma takutkan isterinya tetapi tidak takut akan dosa yang dilakukan. Memang hati saya sakit, dendam dengan perbuatannya. Tetapi saya sedar, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Hingga sekarang saya masih lagi bersedih. Sedih kerana dipertemukan dengan orang yang tidak sepatutnya.

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,165 other followers

%d bloggers like this: