Looking for Something?

BELUM TIBAKAH MASANYA UNTUK KAU MENANGIS?

Author:

menangis-kerana-dosaDetik waktu

kelahiran seorang bayi

dihiasi tangis

Nyaring berkumandang

menyapa telinga ibu

lalu melonjak hati ibu

penawar sakit dan lesu

Lalu bermulalah sebuah kehidupann

yang bakal mewarnai bumi

berdakwatkan air mata

Hidup dimulakan oleh sebuah tangisan

dicelahi oleh tangisan

diakhiri dengan tangisan

Air mata manusia sentiasa dalam dua

yang menguntungkan atau merugikan

sabda Rasulullah SAW:

“Dua titisan air yang Allah cint

Darah para syuhadak dan air mata kerana takutkan Allah.”

Ibnu Ataillah, seorang ahli sufi dan makrifah telah berkata:

“Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.”

Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan

di syurga mana kelak ia akan ditempatkan

Ahli-ahli sufi sering mengingatkan :

“Kejahatan yang  diiringi oleh rasa sedih,

lebih Allah sukai dari satu kebaikan

yang menimbulkan rasa takbur.”

Air mata ada kalanya penyubur hati, penawar duka

Ada kalanya buih kekecewaan

yang menyempit perasaan

menyesak kehidupan

Penghuni Syuga adalah mereka

yang paling banyak dukacitanya di dunia

Nabi bersabda:

“Barangsiapa gembira di dunia akan

berdukacita di akhirat

Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia,

akan gembira di akhirat.”

Nabi bersabda lagi:

“Jika kamu tahu apa yang akan aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang hukama pernah bersyair:

“Aku  hairan dan aku pelik,

melihat orang ketawa…

kerana perara-perkara yang akan menyusahkan,

lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal

takut-takut tidak diterima

sedangkan kita masih ketawa walaupun amalan tiada

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Siapa yang buat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan

menangis.”

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang

Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang

“Alangkah sempitnya kuburku,” ratap seorang abid.

“Alangkah sedikitnya hartaku,” keluh seorang hartawan.

Kita gembira yang kita idam-idamkan tercapai

Kita menangis kalau yang kita cita-citakan

terbarai

Nikmat disambut ria

Ujian menjemput duka

Namun Allah SWT telah berfirman:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,

Pada hal ia amat baik bagimu,

dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,

pada hal amat buruk bagimu.

Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah: 216

Menangislah wahai diri

agar senyummu banyak di kemudian hari

kerana nasibmu belum pasti

Di sana nanti

lembaran sejarahmu

dibuka satu persatu

Menangislah seperti Sayidina Umar

yang selalu memukul dirinya

dengan berkata:

“Kalau semua manusia masuk ke syurga kecuali

seorang, aku takut akulah orang itu,”

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila

ditanya:

Kenapakah engkau menangis?”

Jawabnya:

“Aku tidak mempunyai anak lagi

untuk dihantar ke medan perang.”

Menangislah sebagaimana Ghazwan

yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan

Lalu diharamkan matanya dari memandang

ke langit seumur hidupnya

Ibnu Masud r.a. berkata:

“Seorang yang mengerti Al-Quran

dikenal waktu malam ketika orang lain tidur,

dan waktu siangnya ketika orang lain tidak

berpuasa,

sedihnya ketika orang lain sedang gembira,

dan tangisnya di waktu orang lain tertawa,

diamnya di waktu orang lain bicara,

khusyuk di waktu orang lain berbangga.

Seharusnya orang yang mengerti Al-Quran itu tenang,

lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras,

kejam, lalai, bersuara keras dan marah.”

Tanyailah orang-orang soleh

mengapa mereka yang banyak menangis

Mereka akan menjawab:

“Bagaimana hendak gembira

Sedangkan mati itu di belakang kami,

kubur di hadapan, Qiamat itu janjian kami,

Neraka itu memburu kami dan

perhentian kami ialah Allah.”

Mereka menangis di sini

Sebelum menangis di sana

Dan kita bagaimana?

…..menangislah kerana kita tidak

menangis

seperti mereka menangis

Johor Bahru, Johor.

Feedback

13
  • aminah

    jzkkkk….sangat bermanfaat…

  • Nolida Ahmad

    Assalamualaikum ustaz…peringatan yg baik untuk dkami….syukran

  • syed hafiz

    terima kasih ustaz..

  • Azian

    Tq for sharing usraz..pengisiam rohani utk diri ini..

  • Alice Zuzartee @ Shafiqah

    Terima Kasih Ustaz…..

  • Abdilah Ahmad Mudus

    Begitulah jauhnya PERBEZAAN imannya para sahabat dan imannya kita pada hari ini…

  • Irfa Hani

    kekadang kita menangis..
    bkn kerana dosa yg menggunung tinggi
    tp kerana insan yg digelar manusia..

    tapi kita lupa..
    menangis kerana insan itu mulia
    kerana tanpa sedar memori dosa mula menggamit diri

    mungkin insan yg hadir itu sebenarnya satu rahmat
    yg Allah utuskan sebagai satu peringatan
    supaya kita mampu baiki diri untuk menjadi yg lebih baik lagi..

  • aniza

    Moga Allah membimbingku untuk istiqamah..

  • ankara açık lise kursu

    I usually do not leave a lot of comments, however after reading a lot of responses on this
    page BELUM TIBAKAH MASANYA UNTUK KAU MENANGIS? | Genta Rasa.
    I actually do have a couple of questions for you if you
    do not mind. Could it be only me or do some of these remarks appear like they are coming from brain dead individuals?
    😛 And, if you are posting on additional online social sites, I’d like to follow you.
    Could you list of every one of your shared sites like your twitter feed, Facebook page or linkedin
    profile?

  • hissamm

    terima kasih ustaz,,,

  • Fadilah

    Ya Allah jadikanlah kami dari golongan yang sedikit, ampunkan dosa-dosa kami, jadikanlah kami orang yang bersyukur dengan niqmatMu, kami mohon ilmu yang menafaat, rezki yang halal dan amalan yang diterima, aamiin Ya Robb

  • hamba miskin

    Insya Allah Fadhilah.

  • Norlida Abdul Qadir

    Sering menangis kerana mengenangkan nasib sesudah mati. Namun kelalaian sentiasa memburu sehingga hati melupai cinta sejati (Allah SWT). Sungguh inilah cabaran saya ustaz. Terima kasih atas perkongsian amat bermakna bagi diri yang kerdil ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: