Looking for Something?

I need You because I love You

Author:

imagesAmat besar bezanya antara ungkapan, “aku cinta kamu kerana memerlukan mu” dengan “aku perlukan kamu kerana aku mencintai mu.” Ungkapan kedua lebih murni dan suci sifatnya. Itulah cinta yang ikhlas.

Begitulah sewajarnya cinta kita kepada Allah. Kita mesti memerlukan Allah kerana kita memang mencintaiNya. Jangan kita mencintaiNya hanya pada ketika-ketika kita memerlukanNya.  Itu cinta yang palsu. Cinta yang berfokus pada kepentingan diri bukan kepada Allah,  zat yang mesti kita cintai.

Berapa ramai manusia yang ketika dilanda masalah, susah, gagal, terhimpit, sakit dan miskin, merayu dan merintih kepada Allah. Ketika susah dia memperkemaskan ibadah dan akhlaknya. Panjang doa dan solatnya. Namun sebaik sahaja masalahnya selesai, apa yang dihajati telah tercapai,  dia kembali lalai, kufur dan derhaka. Tuhan diperlukan hanya pada waktu-waktu terdesak sahaja. Apabila senang Tuhan kembali dipinggirkan dan dilupakan. Apakah ini yang dikatakan cinta?

Ibadah orang yang mencintai Allah hanya ketika sedang terdesak sangat rapuh. Apabila Allah memberi apa yang dipohonnya,  dia alpa. Sebaiknya, jika yang dimintanya tidak kunjung tiba dia jadi kecewa, marah dan putus asa. Mengapa Tuhan tidak memperkenankan doa ku? Mengapa setelah lama aku berbuat baik keadaan ku masih begini? Dia seakan mendesak, bahkan memaksa  dan mengugut Tuhan dalam ibadat dan munajatnya.  Luntur dan gugur segala sifat kehambaannya semasa meminta. Hakikatnya dia adalah peminta yang ego.

Allah berfirman: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (Al Ma’arij: 19-21). Jangan, jangan begitu. Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini sewaktu senang, “Barang siapa yang ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyakanlah berdoa di saat lapang (senang).” (HR Tirmidzi) . Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini ketika susah, “”Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat.” (Abu Daud) ” Justeru, jika benar cintakan Allah, ingatlah Dia dalam senang dan susah.

Jangan samakan keperluan kita kepada Tuhan dengan ‘lampu Aladin’. Digosok dan didakap hanya apabila diperlukan.  Kita beribadah, bukan kerana-kerana yang lain tetapi semata-mata kerana mengharap wajah Allah. Kita mencinta Allah kerana kita memang mencintaiNya, bukan kerana mencintai diri kita. Lalu Allah akan sentiasa di hati kita, sewaktu senang dan susah, sewaktu sempit dan lapang, sewaktu di atas atau di bawah. Inilah cinta tanpa syarat.

Itulah cinta sejati. Cinta yang menafikan kepentingan dan keperluan diri demi yang dicintai. Mereka tidak sekali-kali tega untuk ‘menduakan’ cinta dengan selainnya. Tidak ada syirik dalam akidah dan ibadah, kerana  dalam hati mereka yang satu hanya ada cinta yang satu (Allah). Cinta orang mukmin hanya untuk Allah. Itu bukan cinta biasa, tetapi cinta luar biasa kerana terlalu cinta. Firman Allah:” Dan orang mukmin itu tersangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah 165).

Dalam hati itu mana mungkin ada riyak dan suma’ah? Puji dan keji manusia tidak menjejaskan hati.  Mereka bebas daripada kongkongan dunia luaran. Mereka bebas daripada belenggu ‘tuhan-tuhan kecil’ (kepentingan duniawi dan penghargaan manusia) untuk mengabdikan diri sepenuh dan seluruhnya kepada Allah.

Masalah manusia dari dahulu sehingga sekarang bukan kerana tidak ada Tuhan tetapi kerana terlalu banyak ‘Tuhan’. Terlalu banyak ‘Tuhan’  menyebabkan kita keliru dan buntu dalam hidup. Kita sukar membuat pilihan dan keputusan yang tepat dan cepat kerana terlalu banyak yang kita pertimbangkan. Sebaliknya, ikhlas itu bebas. Jika hati tulus, jalan hidup akan lurus. Hati tidak akan mudah terganggu oleh kerenah manusia. Itulah hati yang bahagia. Dalam hati itu sentiasa ada bisikan, “Ya Allah, aku memerlukan mu kerana aku mencintai mu!”

Feedback

30
  • imran

    “Barang siapa yang ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyakanlah berdoa di saat lapang (senang).” (HR Tirmidzi) .

    Alhamdulillah, perkongsian yang amat baik kali ini.
    Paling tertarik dengam perumpamaan ‘lampu aladin’, yang hakikatnya ramai antara kita bertindak sedemikian tanpa sedar yang menggambarkan betapa ‘palsu’nya cinta kepada Allah yang dimilikinya.

    Semoga kita bertemu cintaNya…

  • Hanizar

    Ya Allah, bantulah aku mengingatimu, mensyukuri nikmat mu dan beribadah yang terbaik untuk mu..Aminn

  • Hamba miskin

    Saya belum membacanya,terhidu sudah gembira . Teruskan usaha. Jazakallahu ya ustazi.

  • sally

    Assalamualaikum wrbt.
    Terima kasih ustaz

  • Azua Wani

    salam. ustaz ada pasang iklan ke kat blog? ada keluar gambar perempuan berbikini tadi saya ternampak..jadi rasa macam x elok.

  • Nolida Ahmad

    Sungguh terharu…syukran ya ustaz

  • Ummu Aimin

    Jzkk ustaz. Peringatan yang sangat baik.

  • asnan7418

    Reblogged this on asnan7418 and commented:
    :-).. alhamdullillah

  • Malik

    Alhamdulillaah… tq Ustaz!

  • Tieka

    Assalamualaikum ustad, teguran yang sangat halus buat diri ini yg sering alpa. benar apa kata ustaz tu..terkesan di hati . walaupun ibadah kta tak seberapa, Allah masih nak bantu kta..Allah…Allah…Allah.. kadang kala, rasa teruknya diri ini.

  • Aidil Idham

    Assalamualaykum, ke hadapan Ustaz Pahrol yang dikasihi kerana Allah.

    Saya cuma ingin cadangkan agar blog ustaz ditambah elemen ‘share button’ secara terus dari blog ke ‘Facebook, Twitter, atau apa apa media social yang lain (juga button like FB di blog). ianya lebih mudah agar segala ilmu ini tidak terhad malah senang untuk disebar luaskan kepada pengguna laman sosial yang lain.

    ada masa kita jumpa lagi di Cafe Cinta Ipoh ya ustaz 🙂

    waallahualam.

  • zahra amalin

    Sangat terkesan ustaz.Terima kasih atas perkongsian.

  • gentarasa

    Syukran atas teguran. Saya pun tak tahu. Mungkin ini WordPress induk yang saya gunakan.

  • murshidah mustafa

    slm ust pahrol…jazakilah di atas perkongsian rasa dan cinta yg mendalam. cuma ada iklan yg menjolok mata lps posting. sgt x sesuai…..macamna nak remove.

  • murshidah123

    jazakillah…..diatas perkongsian rasa dan cinta yg sungguh mendalam

  • izza84

    Reblogged this on ~Muslimah Sejati~ and commented:
    ::{Memerlukan Kerana Cinta itu lebih mulia daripada Cinta Kerana Memerlukan}::
    Jom, muhasabah diri..
    Semoga semakin menebal Kecintaan kita Kepada ALLAH
    InsyaALLAH.
    Memerlukan kerana Cinta itu memang sangat indah. ^_^’
    Akan terbit keikhlasan, kepatuhan yang sangat luhur dan hati yang sangat gembira. InsyaALLAH.

  • kamalinmastura

    Assalamualaikum wbt.
    Ustaz dan insan yang terpilih di sini.. semoga dirahmati Ilahi..ini kali pertam saya ke sini..Alhamdulillah Allah telah temukan saya dengan jawapan yang begitu banyak untuk kecelaruan hati yang saya alami..terima kasih yang tidak terhingga..

  • Zareen

    Salam…Ustaz, thanks a million. Mutiara kata, kebenaran dan hakikat yg ditulis.

  • SuHaiL

    Ringkas, tepat dan padat. Sasaran tepat menusuk kalbu. Moga lahir ramai generasi genius macam ustaz. Ameeen.

  • gentarasa

    Assalam. Syukran atas teguran. Rupa2nya itu iklan dalam wordpress bagi blog yang tertentu. Saya sudah minta sahabat saya remove kan. Syukran sekali lagi.

  • MAH

    As Salam Ustaz,

    Dengan Allah SWT ini pelik bunyinya..semakin takut kita kepadaNya, semakin perlu kita dekatiNya dan semakin kita mencintainya

  • ali uraidhy alhabsye

    mohon share..syukran

  • solehah myra (@Drmyrasharif)

    bila kita dekat dengan Allah ,perasaan nya lain berbanding dgn dekat dgn manusia…
    allah always in myheart.

  • ninjahaveprada

    Reblogged this on NINJA HAVE PRADA and commented:
    Ianya berbeza.

  • Azliena Md Nor

    Ya Allah, rupanya banyak cinta palsu yang ku beri padaMu. Ampunkan dosaku ya Allah. Berikan hidayahMu buatku agar dapatku mencintaiMu dengan sepenuh hatiku ini. Bantulah hambaMu ini ya Allah… Aku insan yang sangat lemah, kuatkan imanMu, teguhkan cintku padaMu ya Allah!

  • Dora

    Allahurabbi..

Leave a Reply

%d bloggers like this: