Looking for Something?

MENCARI KECANTIKAN ISTERI BUKAN ISTERI YANG MASIH CANTIK…

Author:

64557_427581307328153_1730802048_n”Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?”  keluh seorang sahabat rapat kepada saya.

”Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.

”Mengapa? Teruji sangatkah?”

”Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”

“Kau menjaga pandangan?”

“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”

”Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seaakan-akan menumpang keluhannya.

 

”Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”

”Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.

”Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”

Saya senyum. ’Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.

 

”Kau yang mesti mulakan dulu, insy-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.

”Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ’signal’ tu…”

”Amin.”

Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias. ”Apa guna, kita dah tua.” ”Alah, awak ni tumpu ibadat lah.” ”Dah tua buat cara tua.” Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri.

 

Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik… (eh, seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.

”Tak berani poligami?”

Dia menggeleng kepala.

”Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.

”Ramai…”

Memang saya lihat pada usia awal 40’an dia tambah segak dan bergaya.

“Habis kenapa?”

Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.

 

“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia… Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”

” Kau sudah berterus terang dengannya?”

“Tentang apa tentang poligami?”

“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”

“Aku takut melukakannya.”

“Tak palah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.

Dia faham maksud saya.

”Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya.

 

”Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”

”Lagi?”

”Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk… dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum. Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ’ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa… Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka – berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?.

”Kita para suamipun banyak juga salahnya,” kata saya.

”Kita tak berhias?”

”Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.

”Salah bagaimana?”

”Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!”

”Dalam makna kata-kata kau tu…”

”Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri… Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”

”Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”

 

”Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”

”Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi… aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”

”Kasih ke kasihan?” saya menguji.

”Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”

”Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”

”Maksud kau?”

”Bila kita sedar kita telah tua… kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”

” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”

Saya diam.

”Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50’an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai.

“Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.

”Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”

”Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”

Ironinya, ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat ini. Di tahap begini tidak salah mengharap isteri yang masih cantik, tetapi yang lebih utama carilah di mana kecantikan isteri kita, yang selama ini telah puluhan tahun hidup senang dan susah bersama kita. Perjalanan kita semakin dekat ke alam akhirat. Sepatutnya, kita semakin menjadi pencari kecantikan yang sejati.  Seperti imam Safie … pada usianya mencapai 40 tahun sudah memakai tongkat. Ketika ditanya mengapa? Dia menyatakan bahawa telah nekad untuk melajukan lagi langkahnyamenuju akhirat. Malangnya, pada usia-usia begini ramai suami yang mula juga mencari tongkat… sayangnya, bukan ’tongkat muhasabah diri’ tetapi tongkat Ali!

 

 

 

 

Feedback

24
  • Norizan binti Long

    Saya setuju pandangan ustaz, sama-sama mencari kecantikan menuju akhirat.Moga saya Dan suami mampu melakukanya dan salah satu punca penceraian di usia tua bila suami tidak lagi pandai memandang isteri dengan kecantikan yang sedia ada sibuk mencari kecantikan di luar!.

  • khairanibtjalaludin

    Assalamualaikum ustaz. Jika salah perbetulkan saya. Sebaiknya kita ikut sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Nabi kita mengamalkan poligami ttp tidak berpoligami ketika beristerikan Khadijah..Hanya selepas kematian Khadijah dan ketika beristerikan Aisyah, nabi berpoligami masa umur yang dah lanjut. Pasti ini bukti Nabi sentiasa mencari kecantikan dlm isteri-isteri beliau dan bukan mengejar kecantikan isteri. Nabi berkahwin dengan janda yang dah berumur untuk memberi tempat perlindungan dan sara hidup mereka. Ada juga Nabi kahwin yang muda untuk memberi tauladan kepada umatnya…..Nabi sentiasa berakhlak dan berbuat baik menyebabkan hidup poligaminya diterima baik oleh isteri-isteri beliau.

  • Mommylina

    Tak semua perempuan tak suka berhias..tapi kalu da suami jarang bawa keluar bersiar2 dan luahkan perasan bersama..bagaimana isteri nak tahu..

  • nozy

    Assalamualaikum ustaz…. saya salah seorg isteri yg teruji. Kini saya dan suami sdg dlm proses d mhkamah krn saya x benarkan dia berpoligami. Alasan saya krn dr segi kemampuan suami.. suami mmg agak byk tp ckup skdar utk tmpung kmi sekuarga. Saya bkerja dan hmpir semua gaji saya guna utk bntu suami.. shggakn seolah2 mnjd tggngjwb saya mnyara ank2.. duit blnja dpur dia x bg. Yg dia bg cuma blnja sk ank2.. duit utk mkn hnya skdar utk mkn tghari sja. Tambhan pula prempuan yg dia nk kwen tu ada mggunakan sihir kpd saya.. puas juga berubat dgn ustaz. Suami saya jdkn ank oku sbg alasan utk brkhwen lain. Sya ada 4 org ank..2 prmpuan n dua lelaki. Yg no 3 itu lelaki dan oku. Tp bukanlah oku yg teruk. Msih boleh brdikari n brrsekolah aliran perdana. Saya buntu dgn suami saya.. adakah salah jika sya minta suami tinggalkan saya krn saya x sggup brmadu dgn prempuan begitu? Saya bmbng bila brkhwen nnt dia akn lebih memudaratkn saya dan ank2.. mohon ustaz bantu saya.

  • Norlida Abd Rashid

    itulah lumrah hidup… hati tidak akan puas dengan apa yang kita ada… kononnya mencari bahagia.. sebenarnya bahagia atau tidak kita itu.. setakat mana kita mengenal Allah.. mencari keredaan Allah… dan itulah yang juga kita cari2 sebenarnya..

  • Rahiman Amuar

    لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
    Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

    ولا مداحا لتكون محبوبا
    Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

    ولا غنيا لتكون سعيدا
    Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

    يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
    Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu,pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia,
    disukai dan disenangi oleh semua,
    serta hidup bahagia

    لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
    Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

    لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
    Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

    هؤلاء هم البشر !
    Itulah hakikat manusia!

    و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
    Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

    لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
    Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

    ذاك هو ربي
    Itulah Dia Tuhanku!

    Petikan Bicara
    Almarhum Shaykh al-Tantawi,rahimahullah

  • khairanibtjalaludin

    Hidup ni ujian. Allah s.w.t cipta kaum lelaki dan wanita berbeza. Allah s.w.t membenarkan lelaki poligami sbb nak menguji wanita dan mendekatkan kaum wanita diusia tua denganNya. Saya lihat ibu saya diusia 80tahun mengejar cinta Allah s.w.t melebihi cinta pada suami dan anak2nya.

  • khairanibtjalaludin

    Sebaiknya wanita elok juga ada aktiviti sendiri yang mengikut syariat islam dan jangan mengharapkan suami sahaja. Hidupkan suasana yang tak boring untuk diri sendiri terutamanya dan utk suami dan anak2 dari segi pakaian, makanan dan perbualan. Hidup akan ceria. Jadikan hidup seperti buku yang menarik minat suami dan anak mendengar cerita2 (ketampilan diri) dari kita.

  • khairanibtjalaludin

    Hidup memang selalu diuji. Puan bersabar dengan solat dan doa sehingga capai ketenangan untuk buat keputusan. Buat keputusan berlandaskan islam dan kemampuan diri. Jika puan masih mampu hidup dengan suami tetapkan syarat2 dengan suami dan madunya. Anak masih memerlukan sokongan ayah jika tidak dari segi kewangan ttp kewujudan seorg ayah itu. Suami dan anak akhirnya akan pandai menilai puan mengaturkan hidup ni. Saya bersyukur ibu saya memilih tidak bercerai dan dpt melihat kemenangannya dan takdir Allah yang baik utknya dipenhujung..

  • azimtyping

    Reblogged this on azimtyping and commented:
    Tulisan Ustaz Pahrol ini sangat menarik kerana beliau menggunakan naratif melalui dialog ringkas untuk menggambarkan beberapa realiti, kemudian menyampaikan mesej beliau juga melalui dialog tersebut. Pembaca berasa seolah-olah dekat dengan apa yang berlaku, dan dihidangkan juga dengan cara praktikal bagaimanakah caranya untuk teguran diberikan kepada orang lain. Ustaz Pahrol berjaya menterjemahkan ‘prinsip’ dan ‘nasihat agama’ dalam bentuk ‘praktikal dakwah’ melalui perbualan dalam tulisannya.

    Sudah lama rasanya tidak melanggan majalah Solusi dan membaca segmen ‘Beduk Diketuk’.

  • Pn. Iman

    Buya…sgt2 terbaik…Inilah jwpan yg Iman rasa stiap psangan perlu tahu.. (y)

  • erina

    Suami dan isteri masing2 perlu memainkn peranan utk mngelakn berlakunya ‘memendam perasaan’

  • yeoproy

    Salam, knp tiada pautan ke Fb? Maaf klu soalan lapuk?

  • dhiya kl

    peringatan yang baik kaum wanita

    tapi

    wahai suami engatlah kalu nak istri cantik jgan lokek untuk keluarkan duit unyuk belanja “kecantikan” itu

  • Balin Maria

    Syahdunya saya ustaz..Alhamdulillah entri ini membuatkan sy kuat sebagai istrimutk memikul tgjwb yg diamanahkan…

  • ahlifikir keramat

    Saya seorang lelaki yg sudah melewati usia 47 tahun. Telahpun berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Dalam usia begini , kerap kali saya tidak perasan yg saya telahpun berusia 47 tahun. Saya rasa masih macam orang muda dan suka juga melihat wanita wanita yang cantik. Saya teringat kata prof muhaya bahawa tentang manusia ini mempunyai satu roh. Roh ini tidak akan merasai tua.sebab itu kita lihat walaupunpun lelaki itu sudah tua tetapi masih suka lihat wanita cantik.saya telah bertanya kepada ratusan lelaki yang telah lanjut usia, adakah mereka sedar mereka sudah tua . Ramai yang beri jawapan mereka tak sedar yang mereka dah tua. Mereka masih gemar lihat wanita .

  • umie

    Lelaki bila nak berpoligami itu adalah sunah nabi tapi perjalanan hidup seharian bersama anak dan isteri tidak pula mengikut sunah nabi. Alangkah bertuahnya isteri kepada lelaki ini yang masih memikirkan perasaan isterinya agar tidak terluka,tahniah buat suami begini mudahan balasan syurga buat beliau.
    Saya salah seorang isteri yang menerima nasib yang tidak baik, segala pengorbanan dan khidmat disepanjang perkhawinan 30 tahun dalam menjaga dia dan anak2 juga rumahtanga dan penampilan yang sentiasa dijaga dan kesabaran dengan segala kemiskinan,apalagi diuji dengan suami yang terlalu ghairah mencari wang lebihan walaupun berpendapatan tetap…kakitangan kerajaan. Tapi amat kedekut untuk keluarga. Anak anak membesar tanpa perhatiannya kerana sibuk mencari harta tambahan.Saya banyak membantunya dari segi kewangan, kerana sepanjang perkhidmatanya dia selalu membuat hutang demi hutang untuk tujuan perniagaanya tapi perniagaanya tak pernah berjaya, sekarang baru saya faham kenapa perniagaanya tak pernah berjaya ini kerana setiap wang keuntungan yang ia dapat ia tak gunakan untuk keluarga dia tapi ia lebih rela dipinjam oleh kawan kawan kerana ia dipandang orang yang ada wang dan wang itu tidak habis kerana akan dibayar semula kelak.
    Hanya 6 tahun ia berehat tidak menjalankan kerja sampingan, dan kerja wajibnya dilakukan dengan sempurna. Tapi bila gajinya bertambah akibat potongan2 dari bank dan koperasi habis, ia mengila semula,buat pinjaman semula dan mula berniaga ,kali ini rezekinya murah tapi masih kedekut seperti dulu tapi sekurangya dia tidak lagi marah marah kalau saya meminta wang dari dia. tapi lama-lama ia jadi tidak sedar diri, umur 53 tahun mula mengila dengan janda kaya yang kematian suami….angkuhnya dia bercakap katanya dia mampu kahwin 2 dan apa yang ia buat bukan haram ia sunah , saya Tanya dia apa silap saya tapi ia tidak beritahunya. saya seorang isteri yang tidak banyak kerenah dan tak pernah bercakap kasar pun akhirnya menangis kerana terluka dan terhina. Nak kata saya sudah tidak cantik ,saya selalu ditegur kerana wajah saya lebih muda dari usia sebenar dan juga selalu menjaga penampilan diri.
    akhirnya dalam usia 55 tahun dan perkahwinan dah masuk 30 tahun akhirnya ia kahwin lagi dan janda itupun dah masuk usia emas juga 51 tahun. Apa yang dicari oleh suami saya pun saya tak tau beza usia janda itu dengan saya hanya sedikit saja, yang pastinya harta dan kegalakan janda itu. Ia kahwin juga walaupun saya menghalang,anak2 menghalang dan anak2 janda itu juga menghalang. akibat perkahwinan itu saya meraung menangis dan dari lembut saya menjadi isteri yang kasar dan akhirnya pukulan demi pukulan saya terima dari setiap kekasaran saya yang sebelum ini ia tidak pernah naikan tangan kepada saya. Dimana sunah nabi yang diwarwarkanya.
    Saya pohon ia tinggalkan saya tapi ia berkeras tak mahu tinggalkan. Atas nasihat kawan2, sanak saudara dan juga adik ipar semua akhirnya saya berserah dan tidak lagi memohon cerai. Setelah 5 bulan perkahwinanya saya sering sakit dan ia tak hiraukan ia malah marah kalau saya ke perawatan islam atau ustaz atau bomoh syirik katanya saya dibawa berubat secara sembunyi oleh saudara,kawan atau anak-anak. Walaupun begitu saya juga ke hospital, akhirnya doktor pakar mengesahkan tiada apa2 sakit dan tiada ubat untuk saya. Bila saya kata saya disihir ia kata itu adalah balasan dari Allah jangan kata orang yang sihir, tapi begitulah sekejap sembuh dan kemudian sakit lagi. dah masuk 2 tahun saya sakit kini dah pulih walaupun tidak sepenuhnya tapi dah ok sangat. Baru saya sedar janda itu bukan nak menumpang kasih sebagaimana yang selalu dikatakan suami tapi ia mahu menjadi hak dia seorang saja sebab itu bila dah 5 bulan berlalu suami masih tak tinggalkan saya ia lakukan cara yang paling halus mudahan suami akan tinggalkan saya. Kadang2 terfikir juga saya kenapa suami2 yang berpoligami ini tidak pernah takut pada dosa2 dan balasan yang akan diterimanya nanti, semasa seorang isteri pun ia tidak mampu berlaku sebagaimana rasullullah apalagi bila dah kahwin dipukul dan disumpah dan diperlakukan seperti tidak berharga tapi tak mahu ditinggalkan. Tidak berdosa ke para suami yang begini? Saya ada dengar suami yang tak berlaku adil datang ke padang masyar dengan berjalan senget….terasa seperti ringan sangat, tak perlu nak rasa takut. rezeki yang dulu melimpah sedikit demi sedikit mula berkurangan dan kini perniagaanya dah tidak mendatangkan keuntungan lagi hanya mengharapkan wang gajinya saja, nak uruskan 2 isteri dan anak2 yang masih belajar saya juga tidak lagi mahu gunakan wang gaji saya untuk perbelanjaan keluarga sebagaimana sebelum ini. Apakah ini berdosa?

  • umie

    tulisan ustaz begitu baik…..

  • Soleh

    Dunia ini Ujian menuju keputusan nyer diAkhirat… setiap yang berlaku harus lah dijadikan Ibadah seluruh nyer,,, bukan separuh atau setengah,,, Redho Allah adalah segala gala nyer,,, setelah meninggalkan dunia ini,,, semua nyer pergi.. kecuali, Amal yang Soleh, Sedekah Jariah, Doa Anak yang Soleh Solehah… Renung-renungkan lah… setiap perkerjaan didunia ini hendak mencapai Redho Allah,,, kira tersasar,,, bertaubahlah… jangan pernah jauh dari Allah

  • zaleha

    simple tetapi padat ^_^

  • serikandi cintaku

    Hidup ini tidak seindah impian……saya seorang guru….brkahwin atas pilihan sndiri….ahh malas nk kenang saat2 itu, sgguh mnyakitkan hati, bahagia yg saya alami hanya seketika cuma…bila branak dua perangai sbenar suami terserlah, dia kaki prmpuan, sy jmpa sms cinta suami dgn bnyk prmpuan…sy jmpa kondom dn pil perancang yg bkn milik sy. Suami penipu dn pndai brmain kata. Dpn ibu bapanya dan saudara mara dia pijak smut pun tk mati…dia bnci sgt2 kpd sy, pndang muka sy pn dia tk mahu….suami berzina, main judi no ekor, main msj lucah, suka tngok gmbar2 lucah….sy hidup mnderita dn trtekan sgt2…..sy truskn jga hidup brsama suami smuanya demi anak2…..kini sdh 17 thn sy hidup dgnnya, berkat doa, zikir dn solat hajat stiap hr…..suami berubah 300 drjah….dia sdh ke masjid stiap waktu solat, suami bljr mngaji alquran, selalu prgi kuliah agama….dan dia sdh taubat dr segala dosa2 lalu…..kini usianya 50 thn dan sy 43….ank2 sramai 7 org mmbesar dgn bijak, cerdik, mndengar kata, dn smua ank2 sy brsekolah arab…..10 thn yg lalu sering amalkn bacaan ayat 1000 dinar 17 x pg dn 17 x ptg….sy dgr di radio seorg ustaz brceramah sekiranya ada apa2 mslh amalkan ayat trsebut…..alhamdulillah trima kasih Allah, sy brsyukur sgt2 suami sdh kmbali ke pgkal jalan dn rmh tgga kmi amn harmoni….mudah2an akn kekal hingga jannah

Leave a Reply

%d bloggers like this: