RSS

TANDA LAILATUL QADR PADA DIRI…

06 Jul

gambar-bintang-jatuh-yang-indah-555x416Kata sesetengah riwayat pada malam itu, tidak sejuk, tidak panas. Pada keesokannya, mentari seolah-olah malu untuk bersinar. Teduh sahaja kelihatannya.  Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa.

Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam-malam tertentu. Lengkap dengan dakwa dan dalilnya. Pada tahun lalu pernah saya menerima SMS, betapa ada sahabat-sahabat yang merasa kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!”

Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya.

Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar,  yang kesungguhan ibadah hanya tertumpu pada malam itu sahaja.”

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan?

Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”. Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Begitulah penjejak dan penemu Malam Al Qadr yang utama dan pertama – Rasulullah SAW. Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira’.

Baginda nekad. Tidak mahu “kotoran” jahiliyah hinggap pada hati dan dirinya. Hatinya meronta-meronta inginkan kebaikan buat kaumnya, tetapi apa kan daya, baginda tidak punya “senjata” dan “penawar” untuk menghadapi dan mengubatinya.

Sejak berbulan-bulan baginda di situ. Menyendiri, terasing seketika, untuk tidak terjebak dalam kejahilan dan kemusyrikan. Bukan mengalah, tetapi berundur seketika mengatur langkah. Walaupun belum nampak cara tetapi kemahuan sudah ada. Hatinya sebagai wadah itu sentiasa menganga untuk mendapat pimpinan dan bimbingan.

Dan tiba-tiba pada satu malam yang penuh barakah, cahaya dan petunjuk, turunlah malaikat Jibrail membawa wahyu yang pertama. Saat itulah, baginda mula mendapat kekuatan, tenaga dan dorongan yang sangat luar biasa. Segala yang dinanti telah tiba. Segala yang “kosong” telah terisi.

Baginda menjadi Rasul sejak itu… mula dibebankan misi yang amat besar yakni berdakwah, mendidik dan memimpin kaumnya menuju Allah. Kembali ke fitrah. Malam yang bersejarah itu dikenali sebagai malam Al Qadar!

Mulai saat itu, selamat tinggal Hira’. Tidak ada pengasingan diri lagi selepas itu. “Rahib” sudah bertukar menjadi mujahid. Cahaya yang bermula dari dalam gua itu terlalu hebat, terlalu terang… bukan itu gelanggangnya, tetapi semesta alam.

Roh iqra’ yang hebat itu disusuli kemudiannya oleh gerak Al Mudathir, lalu baginda pun menguak “selimut” uzlahnya lalu dibesarkan Tuhannya dengan sinar akidah di relung samar Jahiliah.

Apakah malam Al Qadar 1436 H ini akan ditunggu oleh hati seputih Rasulullah saw? Atau hanya diintai dan diramal oleh kebanyakan umat dengan hati yang kotor dan nafsu liar. Apakah al Qadar akan sudi bertamu di wadah hati yang begitu? Padahal hati Rasululah ketika menantinya sudah dikosongkan demi bertamu sebuah hidayah? Berapa lamakah kita telah membenci kemungkaran seperti Rasul membencinya hingga tiba saatnya baginda layak menemui malam yang agung dan hebat itu?

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

 
33 Comments

Posted by on 6 July 2015 in Tarbiyah

 

Tags: ,

33 responses to “TANDA LAILATUL QADR PADA DIRI…

  1. yusoffnor

    6 July 2015 at 2:05 pm

    Alhamdulillah…aamiin ya robbal ‘ alamiin

     
  2. Zalina

    6 July 2015 at 4:02 pm

    Pencerahan yg padat dan sarat

     
  3. huda

    6 July 2015 at 4:28 pm

    Syukran Ustaz… Tulisan Ustaz sering menjadi penaik semangat sy… Moga direzekikan kita bertemu dengan malam seribu bulan yg indah ini…I’Allah, Amin..

     
  4. b

    7 July 2015 at 3:40 am

    Assalaam wbt.

    MasyaAllah, menarik sekali kupasan Tuan berhubung soal yang sangat diburu ramai menantikan kehadiran malam alqadr.. siapa yang tidak mahu ketinggalan dikurniai 1 malam yang bersamaan lebih 1000 bulan dalam kebaikan amalannya?

    Saya sangat setuju saranan Tuan mengenalpasti kehadiran lailatul qadr dalam diri sendiri terdahulu (tilik hati) itulah antara tanda sebenarnya jika madrasah Ramadhan dapat benar-benar merubah kita ke arah yang terlebih baik dari sebelumnya lagi beristiqamah hingga ke nafas terakhir!

    wallahu’alam…

    jom review,

    https://p2sttj.wordpress.com/2013/07/09/menghidupkan-ramadhan-kareem-ikut-wasiat-khutbah-rasulullah-saw/

    https://p2sttj.wordpress.com/2010/08/24/prakira-bagaimana-kita-sesudah-ramadhan-kali-ini/

     
  5. Yat Yati

    7 July 2015 at 9:01 am

    Assalamua’laikum.

    SubhanALLAHwalhamdulillah.

    Terima kasih ALLAH mengILHAMkan titipan rasa ini melalui hamba-MU Pahrol.

    Sebuah persepsi yang diJELASkan dengan mudah…untuk mengetuk pintu hati yang hidup dalam mencari REDHA-MU.

    Tiada kata terluah bagi menggambarkan rasa yang terkesan. Hanya pengharapan kepada-MU agar rasa berubah tindakan. In Shaa ALLAH…Allahumma aaminnn.

    Alhamdulillah…terima kasih Ya ALLAH…ampuni kami Ya ALLAH.

     
  6. Dora

    7 July 2015 at 9:45 am

    salam ustaz, betul tulisan ustaz.Alhamdulillah..berkesempatan untuk terus membaca. In sha allah moga malam LailatuQadar milik kita. Moga hati terus istiqomah dalam mencari redha Allah. saya xnk jadi hamba malam LailatuQadar tapi mahu sekali ingin jadi hamba sejati untuk mendapat perhatian Allah taala. Amin Amin Amin..Izinkan aku,YA RAbb..

    Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

     
  7. Noraini

    7 July 2015 at 4:49 pm

    Terimakasih di atas tulisan dan penerang ustaz tentang malam Lailatul qadar.

     
  8. Adzim Shaari

    7 July 2015 at 8:26 pm

    Jazakumullahu khoir atas pencerahan buat kami ‘penkejar Al Qadr’.

    Tulisan yg padat dengan peringatan utk kita sendiri menilai diri ini dalam mencari hidayah-Nya dalam Ramadhan barakah ini.

    Semoga kita terus thabat sebagai ‘pemburu redha-Nya’.

     
  9. Abd Halim

    7 July 2015 at 10:18 pm

    Alhamdulillah…
    Tulisan yang sangat bermakna. Menyemai rasa hamba dalam hati.

     
  10. siti

    8 July 2015 at 12:58 pm

    Terima kasih ustaz

     
  11. Ingin Tahu

    8 July 2015 at 1:48 pm

    Adakah jatuhnya malam lailatul qadar itu berbeza bagi setiap manusia dalam lingkungan 10 malam terakhir itu?

     
  12. safiyyah yusoff

    8 July 2015 at 3:18 pm

    Alhamdulillah. . mhn share syukran

     
  13. rina

    8 July 2015 at 4:32 pm

    Alhamdulillah…ingatan buat diri ini dan semua.

     
  14. Atira

    8 July 2015 at 5:03 pm

    Im always amazed by your writing 🙂

     
  15. hawa

    8 July 2015 at 10:24 pm

    kena lawan diri sendiri..terima kasih ustaz

     
  16. junaidahshaari

    9 July 2015 at 1:36 am

    mudah2an pertemuan mlm itu utk kita semua

     
  17. Zaliha Ogah

    9 July 2015 at 5:16 am

    Assalamualaikum,bismillah hirrahman nirrahim.. Semoga kita mnjadi insan yg muhasabah diri dn bristiqamah dlm mncari lailatul qadar d sepanjang usia kita menuju redha Allah s.w.t.. Alhamdulillah dn syukran dengan perkongsian yg sungguh brmanfaat ini,amin ya’robbal alamin.

     
  18. Ainn Hashim

    9 July 2015 at 8:15 am

    Assalamualaikum ustaz, memang saya bersetuju dengan saranan penulisan ustaz mengenai kehadiran lalilatulqadar ini. Penulisan ustaz tidak pernah tidak menyentuh hati saya malah sentiasa memberi saya inspirasi, motivasi kepada saya untuk sentiasa berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, terima kasih ustaz. Semoga ustaz diberkati selalu. Salam ramadhan.

     
  19. Fauziyah Yusof

    9 July 2015 at 8:31 am

    Syukur alhamdulillah saya diketemukan dengan penulisan Ustaz yang sarat dengan tunjuk ajar dan peringatan pada saya dikala motivasi diri terasa sangat rendah dan lemah terima kasih tak terhingga pada tuan Ustaz Pahrol.

     
  20. hk1975

    10 July 2015 at 2:20 am

    Saya suka… Moga kita semua diberkatiNya. Jalan mujahadah kita mg terbantu dan terpimpin ke arahNya. Amien ya rabb…

     
  21. Balkis

    10 July 2015 at 11:49 am

    Benar dan indahnya tulisan ini. Menginsafkan.
    Terima kasih ustaz, ia memberi motivasi pada diri yang sedang diuji ini.

     
  22. KKM

    10 July 2015 at 12:03 pm

    MasyaAllah syukran Uztaz..penjelasan justeru peringatan yang amat menyentuh jiwa..moga kita didalam golongan hamba2 pilihan NYA… Aamiiin Allahumma Aamiin

     
  23. Audra

    10 July 2015 at 12:28 pm

    Assalamualaikum… Ustaz,

    Saat saya membaca tajuk entry ini, terasa terpanggil2 untuk menghayati setiap ayat disampaikan.. Sungguh menyentuh hati diri. Semoga apa yang telah kita pratickan dan laksanakan segala amal ibadah di bulan yang penuh barakah ini akan berterusan sehingga ramadhan yang setereusnya jika Allah izinkan kita bertemu dgn ramadhan yang seterusnya. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan istiqomah dalam melakukannya hanya kerana ALLAH. Amin..

    Syukran ustaz atas pengkongsinnya.

     
  24. Hissamm

    10 July 2015 at 11:15 pm

    Alhamdulillah..ustaz..terima kasih
    ……kena bermuhasabah diri sendiri…..

     
  25. norzarina zakaria

    11 July 2015 at 6:00 am

    Alhamdulillah… Aamiin ya Allah

     
  26. mnoe

    15 July 2015 at 1:50 am

    segalanya darimu,keranamu,untukmu…kita apalah sngat.JENIS DOK ROK.

     
  27. olie

    21 July 2015 at 12:40 pm

    Subahanallah… Allahuakbar.. Kebsaran allah dan kita manusia adalah hambanya. Terima kasih kerana mengingat kan

     
  28. Zuraina Ithnin

    26 July 2015 at 12:36 pm

    Assalamualaikum ustaz…

    Baru kesempatan ke blog ustaz… sepertimana biasa.. setiap tulisan ustaz bisa menjentik jiwa kami… terima kasih ustaz.. semoga Allah sentiasa memberi keberkatan kepada ustaz sekeluarga.. keberkatan penuh limpahan kasih sayang….terima kasih bnyak2…. alhamdulillah

     
  29. naa

    28 July 2015 at 6:53 pm

    emmm…bagus dan suka entry ini. Bahkan memberi inout bermanfaat. Namun sedih sgt bila lihat fb, whatsapp sekarang ni heboh memperkata rombakan kabinet. Tak kira siapa pun nak komen. Haji, hajjah bakal hj/hjh semua dok pakat komen. Bukankah dgn menyebut nama2 yg berkenaan dan memperkatakan sesuatu yg x pasti itu berdosa, fitnah dan menyedihkan. Tak sayang kah anda bangkit malam dan berpuasa sblm ini. Istighfar lah wahai sahabat

     
  30. Nur

    31 July 2015 at 11:01 pm

    Mcm mana nak ajukan soalan kepada ustaz?

     
  31. Nadia

    4 August 2015 at 3:35 pm

    Assalammualaikum, ustaz,
    pengisian yang sangat bagus.
    Mohon share walaupun Ramadhan sdh berlalu.

     
  32. ZALINA

    6 August 2015 at 1:06 pm

    Allahuakbar…terima kasih ustaz..banyak kesedaran sy dapat.

     
  33. hukumPuasa

    15 June 2016 at 6:11 pm

    terima kasih infonya
    tentang keutamaan malam yang penuh hikmah ini
    sangat bermanfaat

     

Leave a Reply

 
%d bloggers like this: