Looking for Something?

Raja tanpa baju

Author:

emperors-new-clothes-ilene-richard

Apabila kita mula terasa terlalu ingin dipuji. Apabila yang kita mahu dengar hanyalah kata yang sedap-sedap sahaja, lebih-lebih lagi atas kedudukan kita sebagai pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi atau masyarakat, dan ditambah pula kehadiran pembantu yang kaki ampu, maka ambillah iktibar daripada kisah raja tanpa baju.

Cerita pendek turun-temurun ini telah kita dengar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Memang sudah lama, namun iktibarnya tetap relevan dan signifikan sepanjang masa. Pengajaran daripada cerita ini sangat penting buat para pemimpin. Menurut Rasulullah s.a.w. setiap kita ialah pemimpin, justeru cerita ini sangat perlu diambil iktibarnya oleh setiap individu.

Selalunya pemimpin yang gila puji akan dikelilingi oleh pembantu yang kaki ampu. Dia terkeliru antara ampu dengan setia. Kaki ampu menipu. Sedangkan orang setia berpegang kepada prinsip yang benar. Setia pada kebenaran itulah setia yang sebenar. Manakala kaki ampu hanya dahagakan pangkat dan kedudukan.

Jika setiap teguran dan kritikan terus dicap sebagai ‘menderhaka’ maka para pemimpin akan kehilangan orang setia yang tidak suka bermuka-muka. Sedangkan sejarah kepimpinan yang berjaya dalam kalangan para rasul dan Khulafa’ al-Rasyidin semuanya mengamalkan sikap terbuka kepada teguran.

Apabila orang yang jujur mula meninggalkan pemimpin maka yang tinggal hanyalah pengampu yang bukan membantu tetapi ‘membuntu’. Nasihat dan pandangan pengampu bukan berdasarkan realiti sebenar tetapi lebih didorong untuk menjaga kepentingan peribadi. Akibatnya, berlakulah seperti yang dikatakan pepatah ‘harap sokong, sokong yang membawa rebah’ atau ‘harapkan pegar, pegar makan padi.” 

Ya, yang pastinya dunia kepimpinan menagih kejujuran persis kanak-kanak jujur dalam cerita Raja Tidak Berbaju ini untuk dimurnikan semula. Mereka yang tidak bergantung hidup kepada pemimpin sahaja yang dapat menyuarakan kebenaran tanpa takut dan segan silu. Menegur bukan kerana benci, tetapi kerana sayang.

Harga kejujuran sangat mahal. Namun itu sangat perlu untuk menjaga kehormatan ‘raja’ agar tidak muncul di hadapan pengikut dengan tidak berbaju. Juga, agar orang bawahan tidak berterusan menderita akibat penindasan para pembantu yang terus mengampu!

Feedback

7
  • Rodzi

    Mencari pemimpin yang amanah dan jujur…wujudkah dlm negara kita? Hanya mampu berdoa….moga yang amanah dan jujur ini menampilkan diri bg mnyelmtkn negara tercinta.

  • Zalina

    Semoga pemimpin kita tidak sebodoh raja yang tanpa baju itu. Terima kasih ustaz cubitan yang sangat berbisa, jika kita punya rasa..

  • Jun

    Hanya pemimpin yang TAKUTKAN ALLAH sahaja tidak akan bertindak seperti raja tanpa baju…

  • Pengedar Shaklee Cheras

    Assalam ustaz

    saya pernah terbaca satu sharing di FB

    saya tak ingat ia hadis ke atau kata2 hukama’

    tentang barangsiapa yang menyokong pemimpin yang zalim adalah berdosa dan tak dianggap umat Nabi Muhammad saw

    maaf kalau saya silap cakap

    saya nak cari semula nas tu tapi tak tau ia hadis atau apa

    bila baca tulisan ustaz ni teringat semula pada apa yang saya baca tu

    jazakALLAH khayral jazaa’ ya ustaz

  • Khaulah AlAzwar

    Alangkah rindunya..pemerintah dan rakyat yang cintakan agama cintakan tuhan. mudah-mudahan.

  • QinHartini

    Alhamdulillah, terjawab juga persoalan di hati. 🙂

  • ellynjamal

    Macam mana nak terus istiqamah dalam menanti doa dimakbulkan? Sy manusia biasa tapi dalam usaha utk istiqamah. Cuma saya takut saya ‘merajuk’ dengan doa tak dimakbul, tapi saya sedang lawan.. Saya pun xtahu nak explain rasa saya ni.. Saya nak terus istiqamah..saya nak tetus mara..cuma saya takut saya akhirnya kalah dan merajuk..

Leave a Reply

%d bloggers like this: