RSS

Pendaftaran Di Tutup

16 Oct

SEMINAR KOMUNIKASI DARI HATI KE HATI

12 Nov 2016
ILSAS UNITEN Bangi.
8.30am-4.00pm

JOM sertai seminar ini.

Penyampai:

Ust Pahrol Mohd Juoi
Ust Syaari Abdul Rahman : https://goo.gl/gN5xDC
Ust Abdullah Bukhari Abd Rahim : https://goo.gl/Ow4T0u

Daftar Sekarang: Klik disini untuk mendaftar
Yuran Penyertaan:

Awam RM100 seorang. RM180 berdua.

Pelajar RM50 seorang. RM100 bertiga.

Admin: 019 378 3100 Ahmad.

KDHKD2016

MUQADIMAH

Komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia. Salah satu faktor kejayaan seseorang ditentukan oleh  kemampuannya berkomunikasi. Samada komunikasi terhadap dirinya sendiri atau  dengan orang lain. Dengan adanya komunikasi, lahirlah pengaruh yang kuat pada tindakan, samada yang berbentuk dalaman atau luaran. Inilah yang akan menentukan keberkesanan seseorang.

Jika seseorang mempunyai dan menguasai kepakaran dalam seni-seni komunikasi, dia akan dapat mempengaruhi dirinya sendiri dan juga mempengaruhi orang lain terhadap cita-cita dan matlamat hidupnya.Tanpa komunikasi yang baik, hidup akan bermasalah. Justeru, mengikut pakar psikologi, 80% masalah dalam perhubungan, perkahwinan dan  pengurusan adalah disebabkan gagalnya komunikasi.

Komunikasi terbahagi dua. Pertama, komunikasi luaran – ia adalah komunikasi yang berlaku melalui perantaraan perkataan, percakapan, ekspresi (mimik muka), bahasa badan (body language) dan kedudukan badan (body posture). Kedua, komunikasi dalaman – ia adalah komunikasi yang melibatkan gambaran (picture) di dalam kepala, imej, tafsiran, fikiran dan perasaan kita terhadap sesuatu perkara, peristiwa atau orang lain.

KONSEP

Komunikasi yang berjaya ialah komunikasi yang menepati syarat-syaratnya. Antara syarat utama dalam proses komunikasi ialah kepercayaan. Yang dimaksudkan dengan kepercayaan ialah rasa percaya seseorang terhadap orang lain, ataupun kepercayaan seseorang terhadap dirinya sendiri.

Kepercayaan adalah kunci kepada kelancaran komunikasi samada antara seseorang dengan dirinya sendiri atau dengan orang yang lain. Kalau kepercayaan seseorang itu tinggi samada terhadap dirinya sendiri atau terhadap orang lain, maka  mudahlah komunikasi berlaku. Sebaliknya, jika kepercayaan seseorang sudah terjejas, apalagi jika sudah pupus, maka sukarlah komunikasi berlaku samada secara dalaman atau luaran.

Komunikasi dalaman, sangat berkait dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Sedangkan komunikasi luaran berkait dengan kepercayaan terhadap orang lain. Kita akan gagal berkomunikasi dengan diri sendiri jika kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi lemah. Dan begitu juga, kita akan gagal berkomunikasi dengan orang lain jika kita tidak ada sifat saling percaya-mempercayai.

Namun, sikap tidak mempercayaai diri sendiri adalah lebih merosakkan kita daripada sikap tidak mempercayai orang lain. Orang yang tidak percaya akan kemampuan, kebolehan dan kelebihan dirinya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, kita mestilah selalu mempertingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri, untuk membolehkan kita melakukan ‘self motivated’. Dan salah satu cara untuk ‘self motivated’ ialah dengan melakukan komunikasi dalaman.

OBJEKTIF UMUM

Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu memperkatakan tentang bagaimana seseorang dapat  membantu seseorang yang lain melalui perantaraan komunikasi. Tetapi jarang kita mendengar seseorang membantu dirinya sendiri melalui perantaraan komunikasi. Apakah kita perlu bercakap-cakap dengan diri sendiri? Apakah ini gila namanya? Kalau boleh, bagaimana? Bagaimanakah yang dikatakan kita sedang berkomunikasi dengan diri sendiri?

Semua soalan ini menunjukkan betapa persoalan berkomunikasi dengan diri sendiri ini masih asing dan belum diteroka secara terperinci walaupun kadangkala tanpa disedari kita sebenarnya telah dan sedang berkomunikasi dengan diri sendiri, hampir  setiap masa dan ketika.

Jika seseorang dapat berkomunikasi secara luaran dengan baik, ia akan berjaya dari segi sosial, kewangan, personaliti, emosi dan lain-lain. Tetapi sebaliknya, jika seseorang berjaya berkomunikasi secara dalaman dengan baik, maka dia akan mendapat kebahagiaan, keriangan, cinta, kepuasan diri dan kasih-sayang. Kedua-duanya adalah penting, namun komunikasi dalaman adalah lebih penting daripada komunikasi luaran.

Seminar ini akan memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui dan berkomunikasi secara berkesan mengikut perspektif Islam. Di dalam Al Quran dan Al Hadis, kepentingan cara berkomunikasi yang berkesan telah ditunjukkan dengan jelas. Dan kita lihat bagaimana Allah mendidik para Rasul untuk berkomunikasi dengan baik dalam menjalankan tugas menyampaikan risalah Islam sekali gus mendidik ummah.

PELAKSANAAN

Seminar Komunikasi Dari Hati Ke hati ini akan menitikberatkan kaedah berkomunikasi dalam Islam berpandukan kepada nilai-nilai dalam Al Quran dan suri teladan yang ditunjukkan oleh para Rasul. Banyak faktor yang menentukan kemampuan atau tahap komunikasi dalaman. Antaranya yang paling utama ialah faktor keyakinan. Keyakinan mempunyai kesan yang sangat besar kepada pancaindera yang lima bila berdepan dengan respons. Siapa yang mempunyai keyakinan yang kuat, maka pancainderanya juga akan kuat untuk mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang positif terhadap respons yang dihadapinya. Dalam Islam soal keyakinan ini berkait terus kepada beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Seminar ini akan:

  1. Ilmu Al Quran yang menjurus bagaimana manusia seharusnya berbicara agar komunikasi yang ikhlas dan profesional dapat dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.
  2. Menunjukkan contoh yang memperincikan bagaimana kisah-kisah Para Rasul yang begitu kaya dengan input-input berkomunikasi ketika mereka berdepan dengan penyokong dan juga penentang tegar mereka.
  3. Menjelaskan bagaimana kemampuan mendengar dengan baik juga merupakan cabang daripada sistem komunikasi yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan.
  4. Memberi misi dan hala tuju sebenar komunikasi dalam Islam yang sangat berkait dengan soal habluminallah (hubungan dengan Allah) dan habluminnannas (hubungan sesama manusia).
            MASA EVENT
08.30  am Pendaftaran Peserta
09.00 -10.30 am Slot 1 : Komunikasi: Al-Quran Mendidik Manusia Berbicara

Ustaz Abdullah Bukhari Bin Abd Rahim

10.30 -11:00 am Rehat
11.00 – 12.30 pm Slot 2 : Seni Komunikasi Para  Nabi : Nabi Musa a.s vs Firaun

Ustaz Syaari Ab Rahman

12.30 – 2.00 pm Rehat
2.00 – 4.00 pm Slot 3 : Komunikasi Bukan Sekadar Berbicara Bahkan Mendengar

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

4.00 pm Bersurai

Daftar Sekarang. Klik disini untuk mendaftar

Ahmad: 019-378 3100

 
2 Comments

Posted by on 16 October 2016 in Open Program

 

2 responses to “Pendaftaran Di Tutup

  1. hamba Allah

    14 November 2016 at 3:43 pm

    Rasa ‘ralat’ kerana dah terlepas, baru tengok iklan hari ini.. adalah hikmah di sebaliknya tu..

     
  2. Kamarul Adib

    29 December 2016 at 11:17 pm

    1- Apa pandangan ustaz tentang maksud dakwah dalam masa kini?
    2- Bagaimana dakwah masa kini di lakukan atau menggunakan media social untuk berdakwah?
    3- Apa pandangan ustaz tentang da’ie yang menggunakan facebook untuk berdakwah?
    4- Ustaz sebagai da’ie, apa method atau cara yang di gunakan untuk berdakwah di media social?
    5- Apakah respon dari mad’u atau orang ramai tentang sesuatu hal yang ustaz bagi penerangan atau sebarkan?
    6- Cadangan atau kesimpulan dari ustaz tentang facebook sebagai platform untuk berdakwah?

     

Leave a Reply

 
%d bloggers like this: