RSS

Arkib-arkib Pengarang: gentarasa

‘FIRAUN’ KECIL MASIH ADA

Maafkan kerana memilih ruang ini untuk meluahkan rasa hati. Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menjemput saya berceramah. Ada yang jauh dan ada yang dekat. Sayangnya, tidak semuanya dapat saya penuhi. Ini kerana saya masih berkerja bersama sahabat-sahabat saya di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.

Jadual kerja telah ditentukan kekadang dua bulan lebih awal. Program latihan selalunya dijalankan di luar kawasan dan pada hujung minggu. Dan pada waktu itulah juga selalunya  ceramah-seramah diadakan.  

Sejak setahun lalu, dengan keizinan Fitrah Perkasa  saya bertugas di Telaga Biru Sdn. Bhd. Di sana saya diamanahkan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan. Tugas ini menyebabkan saya terikat dengan kerja-kerja yang mumpunyai ‘date line’ yang ketat. Sering berlaku pertembungan antara kerja-kerja penulisan dan pemikiran dengan keinginan untuk memberi kuliah. Tetapi saya terpaksa mengutamakan amanah yang asasi berbanding yang mendatang. Sekali lagi, ini menyebabkan banyak jemputan untuk berceramah terpaksa ditolak.   

Selain itu, bagi yang menjemput pada waktu malam, saya punya masalah untuk memandu kereta pada waktu malam, walaupun dalam jarak yang dekat. Saya masih berubat secara tradisional di samping sedang mengumpul dana untuk menjalani pembedahan yang dinamakan ‘lassik”. Insya-Allah, tolong doakan supaya saya mudah semula memandu pada waktu malam.

Ada juga pihak yang meminta derma untuk membiayai pelbagai aktiviti kebajikan dan pembelajaran. Setakat yang saya mampu saya cuba. Tetapi apabila jangkaan sesetengah pihak mengharap sumbangan yang agak tinggi, secara terus-terang saya katakan, “saya tidak mampu.”

Saya berharap dan berdoa, jangan adalah kiranya pihak-pihak yang berkecil hati dengan kelemahan dan kesalahan saya. Saya hanya insan kecil yang mempunyai kemampuan yang sangat terbatas. Justeru, saya hanya berdoa suatu ketika saya diizinkan Allah mendapat kekuatan Iman, ilmu,  fizikal dan meterial untuk ‘memberi’ dengan lebih banyak.

Sebagai penyelesaian, saya akan tumpu lebih banyak kepada bidang penulisan,  samada di dalam bentuk buku, majalah atau blog. Saya lebih senang dan cenderung begitu. Mudah-mudahan Allah akan memberi jalan keluar kepada persoalan ini hingga saya dapat memilih sesuatu yang lebih utama daripada yang utama. Insya-Allah, amin.

(Tolong doakan, saya yang daif ini.)

Terimalah seadanya daripada saya kali ini…  

   ’FIRAUN’ KECIL MASIH ADA…   

 “Bagaimana kita hendak mencari kebenaran?” tanya Prof itu tiba-tiba, seolah-olah berbisik.

Saya tersentak kerana tidak menyangka Profesor bukan Islam itu begitu berminat dengan apa yang saya sampaikan dalam kuliah ‘Mukmin Profesional’ yang baru berakhir sebentar tadi. Terus-terang dia kelihatan selamba dan bersahaja sahaja sepanjang kuliah itu. Saya difahamkan oleh pihak penganjur,  ada seorang sahaja peserta bukan Islam dalam program dianjurkan oleh badan kebajikan organisasi tersebut. Tujuannya? Sekadar ingin tahu, begitu yang diberitahu kepada saya.

“Mula-mula kita lihat dulu kaedah yang salah dalam mencari kebenaran,” jawab saya sambil tersenyum.

“Kaedah yang salah? Saya ingin tahu kaedah yang benar,” tegasnya.

Saya terus tersenyum, lalu meneruskan, “tidak mengapa. Apabila kita tahu kaedah yang salah, secara automatik nanti kita akan tahu kaedah yang betul dalam mencari kebenaran .”

Ini satu pendekatan Islam dalam menegaskan kepentingan sesuatu prinsip -  buang atau nafi  dahulu yang salah, kemudian barulah dipasak dengan masukan yang betul. Sama seperti ucapan kalimah syahadah.

“Adalah salah kalau kita mencari kebenaran mengikut orang ramai,” kata saya.

Melihat dia diam, saya menyambung, “ini kerana ramai orang yang berpihak kepada kebatilan. Penyokong kebatilan sentiasa melebihi bilangan penyokong kebenaran.”

“Maksud awak, kebenaran berada di pihak minoriti?”

Saya mengangguk. Saya terbayang maksud ayat Quran yang menegaskan bahawa jika kita mengikut orang ramai, nescaya mereka akan menyesatkan kita dari jalan Allah. Begitu juga Allah telah menyatakan bahawa sangat sedikit sekali dikalangan hambaNya yang bersyukur. Jadi, kalau kita mengikut pendirian majoriti, kita terdedah kepada kesesatan dan sikap tidak bersyukur.

“Dalam realitinya, Prof lihat bagaimana? Apakah ramai  orang yang  masih mengamalkan nilai-nilai murni seperti jujur, penyayang, pemaaf dan sebagainya?” tanya saya semula.

“Tidak ramai. Kalau adapun orang yang jujur, amanah dan baik… hanya kerana adanya penguatkuasaan undang-undang, bukan dengan kerelaan hati sendiri. Faktor ganjaran hukman, bukan kerana keikhlasan dan kerelaan.”

“Itulah maksud saya. Majoriti manusia tidak boleh dijadikan rujukan untuk mencari kebenaran.”   Read the rest of this entry »

 
3 Comments

Posted by di 14 Mei 2012 in Iktibar Kisah

 

Label: ,

MULAKAN DENGAN CERIA

Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .

Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.

Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada  tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.

Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita juga diukir oleh kegembiraan itu. Kata bijak pandai, “jika hati baik, wajah akan sentiasa cantik.” Salah satu ciri hati yang baik, adalah ceria!

Kata pakar-pakar psikologi dan motivasi, sepuluh minit terawal sebaik sahaja bangun daripada tidur akan menentukan kecemerlangan kita pada hari tersebut. Jangan hendaknya fikiran, perasaan dan hati kita dicemari oleh sesuatu yang buruk, jahat dan kotor. Saranan mereka, senyum, cakap yang baik-baik, rasa yang indah-indah, sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Sebagai seorang Islam, kita seharusnya tidak ada masalah untuk merasa ceria sebaik sahaja bangun daripada tidur. Caranya?  Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran. Islam hakikatnya sudah lama mendidik umatnya agar melihat sisi yang baik-baik, indah-indah dan cantik-cantik sebaik sahaja bangun daripada tidur. Justeru, kita dianjurkan untuk melafazkan doa kesyukuran ini sebaik sahaja bangun daripada tidur: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kematian kami dan kepadaNyalah kami akan dihimpunkan.”

Ya, pertama dan utama, kita mesti bersyukur atas nikmat hidup yang masih dikurniakan Allah.  Cuba kenangkan betapa ramai orang yang pada malam sebelumnya tidur, kemudian tidak bangun-bangun lagi pada hari esoknya kerana telah ‘dijemput’ kematian. Tidur disifatkan oleh para hukama sebagai separuh daripada kematian. Jadi apabila kita diizinkan untuk hidup pada pagi hari, ertinya ‘separuh daripada kematian’ telah diangkat kembali oleh Allah daripada diri kita… Lalu bersyukurlah kerana kita telah hidup semula dengan sepenuhnya! Read the rest of this entry »

 
32 Comments

Posted by di 4 Mei 2012 in Kemudi Hati

 

Label: ,

Pogram Mukmin Profesional Modul 1 (Kesedaran), 16 Jun 2012.(Sabtu) PENDAFTARAN DIBUKA

Pendaftaran Program Mukmin Profesional dibuka SEKARANG. MODUL 1 (KESEDARAN)

Tarikh 16 Jun 2012, Sabtu.

Borang Pendaftaran Online : KLIK DISINI

hubungi : 019-378 3100/03-6141 3872.

Senarai Batch 5

Lokasi program Klik disini

Jadual Program untuk 16 Jun 2012  Klik disini

 
6 Comments

Posted by di 1 Mei 2012 in Open Program, Pengumuman, Pentadbiran

 

PASCA PROGRAM LATIHAN MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1 DAN 2 DI TABUNG HAJI KELANA JAYA

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

PASCA PROGRAM LATIHAN MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1 DAN 2 DI TABUNG HAJI KELANA JAYA.

Sekalung tahniah dan setinggi perhargaan serta ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri dan menjayakan program latihan ini pada 21 dan 22 April 2012.

Pastikan anda membaca buku Mukmin Profesional yang diberikan.

Semoga anda mendapat manfaat selepas program ini dan berjumpa kita di Modul yang berikutnya.

Salam dari Kami di Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

 

ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM?

Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Pernah juga pada satu ketika yang lain seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?

Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit

Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu. Read the rest of this entry »

 
22 Comments

Posted by di 27 April 2012 in Politik / Siasah

 

Label: ,

Tonton Temubual LIVE & EKSKLUSIF, bedah buku “TENTANG CINTA” di TV9, Nasi Lemak Kopi O 8.30 pagi.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Tonton Temubual LIVE & EKSKLUSIF, bedah buku “TENTANG CINTA” di TV9, Nasi Lemak Kopi O 8.30 pagi bersama Aziz Desa, Jumaat 6 April 2012.

Tempahan Buku : Klik Disini

Senarai tempahan berjaya : Klik Disini

atau SMS/Hubungi : 019-378 3100

(ahli buku911 yg telah menempah Cinta Kerana Allah; dapatkan diskaun 20%(buku ini) dan tambahan pos RM2 seunit dihantar bersama buku Cinta Kerana Allah)

 
2 Comments

Posted by di 5 April 2012 in Buku, Pengumuman, Tentang Cinta

 

Buku terbaru, sedia untuk tempahan dan penghantaran sekarang.

Dapatkan disini. Setiap buku akan diturunkan autograf oleh Ust Pahrol.

Tempahan dibuka sekarang. Semua pesanan telah dihantar dan dijangka tiba paling awal pada Selasa 17/04/12, kecuali no 39, 47 dan 51. Sms saya kiranya pesanan telah tiba. Terima kasih. (019-3783100)

Sila klik disini: Tempahan dan Bayaran

Tempahan anda yang berjaya : Klik disini

Penghantaran Semula

 
10 Comments

Posted by di 29 Mac 2012 in Buku, Pengumuman

 

Pendaftaran DIBUKA SEKARANG: PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL: Kesedaran dan Pembentukan. 2 hari di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Petaling Jaya.

PENDAFTARAN PROGRAM MUKMIN PROFESIONAL  (KESEDARAN&PEMBENTUKAN) pada 21 dan 22April 2012(Sabtu dan Ahad)  di buka SEKARANG. Klik disini.

Speaker utama: Ust Pahrol Mohd Juoi dan Ust Nasib Zawawi

Read the rest of this entry »

 
6 Comments

Posted by di 28 Mac 2012 in Mukmin Profesional, Open Program

 

SECEBIS KISAH ORANG BERILMU…

Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!

Saya masih ingat analoginya, “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”

Dia menyambung, “maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat.”      Read the rest of this entry »

 
42 Comments

Posted by di 13 Mac 2012 in Zikir & Fikir

 

Label: ,

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH..

Benarlah, rumah tangga ummah ini sedang tergugah. Ertinya, kubu kita yang terakhir sudah ditembusi. Apabila dilaporkan setiap 15 minit berlaku satu perceraian, kita menjadi benar-benar bimbang. Betapa banyak ‘masjid’ yang roboh dalam masa sehari jika setiap 15 minit berlaku satu perceraian?

Akan tercapaikah perintah Allah agar “selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api neraka?”. Akan  adakah lelaki yang terbaik sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah, maksudnya”dia yang terbaik ialah yang terbaik dengan keluarganya?” Ramai isteri mahupun suami menghubungi saya, meminta pandangan, saranan dan nasihat… Terus-terang saya katakan saya juga tidak berdaya. Sumbangan saya hanya tulisan dan buku. carilah di situ, Itulah sumbangan kecil saya. Mudah-mudahan, adalah sedikit panduan. Kali ini saya paparkan satu tulisan sebagai peringatan buat diri dan semua pengunjung :

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH..

 Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal.

 Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila ‘warna sebenar’ pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang ‘reverse’ ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan.

 Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya ‘menggergaji abuk kayu’. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan dapat diperbetulkan lagi. Sebaiknya bersangka baiklah kepada Allah… dia suami atau isteri kita itu ialah takdir yang telah maktub untuk kita. Dia dan kita telah ditakdirkan Allah hidup bersama.

 Jangan ada di dalam hati kita rasa menyesal, rasa terlanjur, yang kita telah tersalah pilih. Tidak sekali-kali. Sekalipun pilihan kita tepat, tetapi kita tetap diuji. Maksudnya, istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. Istikarah kita tetap mengundang musibah… kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti. Hidup dan mati kita adalah untuk di uji. Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya.

 Pasrahlah dengan pilihan yang kita telah lakukan lewat istkharah. Kata bijak pandai, setiap perkahwinan dibina atas dasar niat, harapan dan impian yang baik namun setiap pasangan suami isteri bertanggung jawab memupuk, membajaai dan menjaga benih kebaikan itu agar tumbuh menjadi pohon yang rendang. Perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berlaku di syurga itupun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan.

 Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan…ya itu sekiranya pangkal jalan kita salah. Namun bagaimana jika pangkal jalan kita sudah benar tetapi kita menghadapi masalah di tengah perjalanan? Jawabnya, teruskan perjalanan. Jangan berpatah balik. Namun telitilah satu persatu apa yang kita telah tersalah, belajar daripadanya. Jangan ulangi kesalahan yang sama berulang kali… cukup hanya sekali kerana orang mukmin itu tidak akan terjerumus dalam lubang yang sama dua kali.

 Jangan salahkan istikharah kerana itu sama dengan menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan Allah. Apa yang penting, tanamkan di hati, bahawa Istikharah kita telah tepat, cuma setepat manapun pilihan kita hasil petunjuk Allah, kita tetap akan diuji. Ingat selalu, pilihan yang tepat hasil istikharah itu umpama benih yang baik. Ya, benih yang baik sekalipun memerlukan baja, cahaya, air dan dijaga dari gangguang serangga untuk bertunas, berdaun, berbunga dan akhirnya berbuah. Jadikanlah diri kita suami atau isteri yang umpama tukang kebun yang rajin bekerja di kebun cinta! Read the rest of this entry »

 
18 Comments

Posted by di 7 Mac 2012 in Tentang Cinta

 

Label: , , ,

DITUTUP/PENUH:Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum & Popular, Artikel. 31 MAC 2012

Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum & Popular, Artikel. Oleh Ust Pahrol Mohamad Juoi.

Tarikh: 31 Mac 2012 sabtu . DITUTUP/PENUH

Senarai Peserta Terkini: Klik Disini

Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Yuran : RM120 sahaja.

Umur : 17 tahun keatas.

Tempat terhad : 30 Orang sahaja.

Masa: 9 am – 1 pm.

Senarai peserta: Klik disini

  1. Pendaftaran dibuka sehingga 22 Mac 2012 atau 30 seat yang mana dahulu.

  2. Kepada pelajar IPT/IPTS yang berminat untuk menghadiri Bengkel ini, Bayaran untuk anda ialah RM90 sahaja. Sila sertakan No Pelajar, Nama/Alamat IPT/IPTS, Jurusan/Fakulti/Tahun.

  3. Salam pada pensyarah, anda boleh dapatkan Surat Kebenaran/ Surat Jaminan (GL) Majikan anda, dan bayaran dijelaskan oleh Majikan anda. Kakitangan kerajaan, boleh gunakan LO. Sila hubungi Pn Saadah 03-6141 3872. Jadikan Bengkel ini sebagai KPI tahunan anda.

Hubungi: 019-378 3100 Ahmad, 03-6150 3784.

 
10 Comments

Posted by di 22 Februari 2012 in Open Program, Pengumuman

 

KENANGAN BERSAMA PROGRAM IBUBAPA CEMERLANG SIRI 2, 18 FEB 2012.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Sejenak bersama peserta program Ibubapa Cemerlang di Dewan Latihan Fitrah Perkasa Damansara Damai pada 18 Feb 2012.

 
 

SEORANG SUAMI BERNAMA MUHAMMAD S.A.W

Begitu lama tidak meletakkan entri baru dalam gentarasa. Saya dalam cabaran untuk membahagikan masa natara menulis, menjalankan program latihan, berceramah dan menguruskan hal-hal peribadi serta keluarga. 

Banyak yang perlu dipertimbangkan. Bukan dengan akal dan pemikiran sahaja, tetapi joga dengan hati dan perasaan. Kekadang logik itu menyakitkan. Kekadang emosi itu lepas dari kendali realiti dan kenyataan. Pohon hidayah Allah juga untuk membuat keputusan yang tepat dan tindakan yang paling bermanfaat. 

Dilema antara tuntutan menulis dan memberi ceramah ini sudah lama. Telah ada pun keputusannya. Saya ingin menulis! Itulah kata-kata pengukuhan. Namun kekadang ada panggilan di hujung talian menusuk hati walaupun kekadang yang mengundang untuk berceramah di surau-surau kecil yang tidak berapa ramai ahlinya. Saya kekadang bimbang, mana tahu ada orang di situ yang benar-benar inginkan petunjuk, manalah tahu ceramah daif daripada saya boleh enjadi sebabnya (hidayah milik Allah).

Banyak juga pelawaaan untuk muncul di TV terpaksa saya tolak. Kekadang tajuknya sangat besar sehingga saya tidak mampu menanganinya. Saya tolak dengan baik2. Kekadang, tajuknya besar sedang wadah masanya terlalu keci, sehingga tidak mampu saya menyelaraskannya dengan misi dalam hati untuk berdakwah pada diri dan masyarakat. Ya, saya belajar melepaskan…

Banyak juga persoalan, masalah peribadi yang diajukan oleh pembaca, belum mampu saya jawabkan. Tetapi percayalah, sebaik sahaja saya membacanya saya akan berdoa untuk dri saya dan insan-insan yang dilanda ujian itu. Kita sama-sama diuji… 

Maka terbayanglah dalam ruangan fikiran saya, bagaimana ulama-ulama, ustaz-ustaz, para pendakwah yang jauh lebih tercabar dengan kerja dakwah ini. Tentu ujian mereka lebih hebat. Bukan setakat ulama-ulama silam, malah pendakwah-pendakwah kontemporari kini pun mungkin menhadapi cabaran yang getir… Saya yang bagaikan ‘akar’ di tengah-tengah rotan ini hanya mampu beristighfar dan berdoa, semoga semua itu dorongan untuk mendidik diri.

Maafkan saya, saudara-saudari jika lama tidak memasukkan entri baru, bukan bermakna saya ‘lari’ tetapi kononnya berundur seketika ke belakang, ambil lajak untuk melompat lebih tinggi dan jauh. Apapun seperti yang saya pesan selalu, kita tidak akan mengalah dalam mujahadah. Kerana jika tidak susah-susah dalam melalui jalan kebenaran, kita tetap akan disusah-susahkan juga tetapi di jalan kebatilan. Lebih baik kita susah di jalan Allah, daripada susah di jalan nafsu dan syaitan.

Pada bulan Rabiulawwal ini izinkan saya menukilkan : Seorang Suami Bernama Muhammad S.A.W...

Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.

Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!

Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan,  kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.

Oleh kerana itu tertib dalam usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira’ terpancar ke dalam diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah… bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.

Justeru, sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya, kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya belum menjadi suami yang baik. Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: ”Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.”

Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah. Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.

Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah  menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpn masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu. Read the rest of this entry »

 
44 Comments

Posted by di 15 Februari 2012 in Tarbiyah

 

Label: ,

BUKU: DI MANA DIA DI HATIKU? – Cetakan keenam

Terima kasih kepada peminat dan pembaca yang memberi sokongan terhadap hasil karya Ust Pahrol Mohd Juoi.

Tempahan Hubungi: Layari www.buku911.com atau KLIK disini untuk quotation harga buku atau sms

 
Leave a comment

Posted by di 14 Februari 2012 in Uncategorized

 

Pendaftaran di TUTUP/PENUH: Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum, Artikel & Am. Sabtu 24 Mac 2012

Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum & Popular, Artikel. Oleh Ust Pahrol Mohamad Juoi.

Tarikh: 24 Mac 2012 sabtu (DITUTUP/PENUH)

Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Yuran : RM120 sahaja.

Umur : 17 tahun keatas.

Tempat terhad : 30 Orang sahaja.

Masa: 9 am – 1 pm.

Senarai peserta: Klik disini

  1. Pendaftaran dibuka sehingga 22 Mac 2012 atau 30 seat yang mana dahulu.

  2. Kepada pelajar IPT/IPTS yang berminat untuk menghadiri Bengkel ini, Bayaran untuk anda ialah RM90 sahaja. Sila sertakan No Pelajar, Nama/Alamat IPT/IPTS, Jurusan/Fakulti/Tahun.

  3. Salam pada pensyarah, anda boleh dapatkan Surat Kebenaran/ Surat Jaminan (GL) Majikan anda, dan bayaran dijelaskan oleh Majikan anda. Kakitangan kerajaan, boleh gunakan LO. Sila hubungi Pn Saadah 03-6141 3872. Jadikan Bengkel ini sebagai KPI tahunan anda.

Hubungi: 019-378 3100 Ahmad, 03-6150 3784.

 
 

Program Motivasi Mukmin Profesional (IbuBapa Cemerlang) Sabtu, 18 Feb 2012. DITUTUP/PENUH

Makluman kepada pengunjung, Fitrah Perkasa Sdn Bhd akan menganjurkan PROGRAM MOTIVASI MUKMIN PROFESIONAL ( IBUBAPA CEMERLANG) pada 18 Februari2012 (Sabtu). (PENDAFTARAN DITUTUP)

Klik disini: Borang Online (Ditutup/Penuh)

Klik untuk tentatif program: Maklumat Lengkap

Senarai yang telah mendaftar  : Peserta Update

Kalendar Tahunan: Klik disini

Refreshment : Terhad 3 orang sahaja. (RM25 seorang) Untuk mereka yang telah menghadiri Program IBUBAPA CEMERLANG sebelum ini dan hanya perlu bayar RM25 sahaja seorang. Sila bawa Nota lepas).

Klik disini

Read the rest of this entry »

 
9 Comments

Posted by di 31 Januari 2012 in Open Program, Pengumuman, Pentadbiran

 

Jualan Buku Potongan Diskaun 20% bermula sekarang hingga 15 Feb 2012

Salam kepada pengunjung,

Sila isikan borang pertanyaan harga dahulu untuk dapatkan sebutharga.(Jangan lakukan sebarang pembayaran sebelum mendapat balasan sebutharga SMS dari 019-3783100).

Klik disini: Borang Sebutharga Buku

Sekiranya bersetuju dengan tawaran harga dan ingin melakukan pembayaran, sila klik dibawah:

Klik disini: Borang Maklumat Pembayaran

Hubungi atau SMS 019-378 3100 untuk bantuan dan pertanyaan.

*Tambahan:

1. Buku Duhai Tersayang telah ditamatkan penerbitan. Kami tiada stok. Beruntung pada sesiapa yang telah memilikinya. Tidak akan diulang cetak.

2. Harga tidak termasuk pos penghantaran. Kadar pos sangat murah dan pantas. Sila SMS saya.

3. Sebarang kerosakan atau kesilapan akan diganti dan ditanggung sepenuhnya oleh kami.

 
Leave a comment

Posted by di 28 Januari 2012 in Buku

 

SEIMBAS TENTANG POLIGAMI…

Saya pernah mendengar secara langsung bagaimana seorang isteri dianiaya oleh suaminya yang berpoligami. Sudahlah selama ini dia membantu suaminya menyara keperluan keluarga (gajinya lebih besar daripada suami), tiba-tiba suami bernikah lain tanpa pengetahuannya.

Dan sejak itu suami jarang pulang ke rumah. Jika pulang pun, hanya sekali-sekala, itupun kerana ‘mengecek’ wang isteri pertama. Isteri yang selama ini berkorban, terus terkorban… bertahan cuma untuk membesarkan anak-anak. Tidak ada kebahagiaan lagi.

Ada pula saya temui lelaki ‘handsome’ yang sihat, kaya, baik tetapi terhimpit oleh masalah ‘dalaman’ apabila isterinya tidak sudi melayaninya lagi. Sukarnya untuk memahamkan isteri akan cabaran-cabaran lelaki yang ingin menjadi muslim sejati dalam dunia yang penuh godaan dan cabaran ini. Isteri tidak pula sudi membantu untuk mengurangkan beban cabaran itu. Bersoleklah, berhiaslah dan jagalah penampilan diri… Berzina? Tidak terlintas sama sekali. Hendak berpoligami? Jangan harap. Alamat perang saudaralah nanti!  

Sekali-sekala saya terjumpa lelaki berpoligami yang begitu bijak dan sabar mengendalikan bahtera rumah tangga. Anak-anaknya ramai tetapi terdidik dengan baik. Isteri-isteri terurus dan terkendali dengan stabil. Perjalanan ‘rumah-rumah’ tangganya yang agak sempurna dan lancar, lebih baik daripada perkahwinan monogami oleh sesetengah lelaki yang lain. Jika demikian, dia layak memimpin beberapa orang wanita, detik hati saya.

Sering saya temui, lelaki yang hidupnya tunggang langgang. Anaknya hanya seorang, isterinya hanya satu… tetapi kendali hidupnya sungguh celaru. Hidup tanpa tanggung jawab. Dia masih tebal dengan budaya hedonisme dan berpeleseran dengan mengekalkan momentum zaman bujangnya. Hati saya tertanya-tanya, mengapa agaknya dia berkahwin? Apa tujuannya? Dia menyiksa dirinya dan orang di bawah tanggungannya. Usahkan berpoligami, bermonogami pun dia tidak layak!

Lalu hati saya berkata… semuanya bergantung kepada iman. Tidak kira poligami atau monogami, lelaki yang beriman dapat mengendalikannya dengan baik. Ada yang berbahagia dengan seorang isteri… ya itulah yang normal. Namun, sekali-sekala terjadi juga yang ‘kadang-kadang’, ‘jarang-jarang’, berbahagia pula dengan dua, tiga atau empat isteri. Allah Maha Mengetahui, di sebalik segala takdirnya, ada bahagia… sekiranya ada iman yang kukuh dan teguh di dada.    

Justeru, apabila ada kalangan pengunjung blog meminta saya menulis tentang poligami, saya persembahkan tulisan di bawah dengan rendah hati… Ya, Allah. Bantulah kami memahami tentang hukum poligami ini. Ya, saya akan menulis lebih panjang lagi tentang subjek ini. Namun buat sementara terimalah tulisan di bawah sebagai muqaddimahnya:  

MENYINGKAP MISTERI BERPOLIGAMI

Poligami, sering dianggap satu subjek yang ‘taboo’. Membincangkannya akan menyebabkan berlakunya pergeseran pendapat yang agak ‘sengit’ dikalangan umat Islam sendiri. Malah sering juga musuh Islam mengambil kesempatan mengecam Islam dan Nabi Muhammad kerana poligami.

Namun, realitinya poligami dalam Islam adalah satu praktik yang telah lama berlaku yakni sejak zaman Rasululullah s.a.w sehinggalah kini. Rasulullah s.a.w, Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan lain-lain para sahabat telah mengamalkannya. Ini menunjukan poligami memang boleh diamalkan.

Tindakan Nabi Muhammad saw melarang Sayidina Ali berpoligami tidak bermakna baginda melarang poligami.  Memang benar Rasulullah s.a.w melarang Sayidina Ali menduakan puterinya. Baginda amat marah mendengar ura-ura Sayidina Ali hendak berpoligami lalu masuk ke masjid dan menaiki mimbar sambil berseru: “Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Talib. Ketahuilah aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Talib menceraikan puteriku terleboih dahulu. Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku.”

Namun hadis ini  difahami dan diperjelaskan secara berbeza oleh para ulama. Berdasarkan Imam Nawawi, fokus utama hadis ini bukanlah berkaitan poligami secara umum tetapi ia berkaitan dengan hasrat Sayidina Ali memadukan isterinya Siti Fatimah binti Muhammad saw dengan puteri Abu Jahal.   Ini diperjelaskan lagi oleh sabdanya sebagai kesinambungan daripada hadis yang pertama: ”Dan sesungguhnya aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak  pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah jangan sekali-kali bersatu puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah.” Read the rest of this entry »

 
39 Comments

Posted by di 10 Januari 2012 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

Kalendar Program Mukmin Profesional Tahun 2012

 

Rakaman BICARA CINTA DI UMP

SINOPSIS
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Juoi, berkaitan bagaimana memupuk kecintaan kita terhadap baginda Rasullulah S.A.W. melalui penerangan dan analogi yang jelas serta mudah diikuti.

Penghargaan:
Terima kasih En. Shahdan 0136280499, atas rakaman ini.

Lokasi Rakaman: UMP

Rakaman One Ummah Studio

Email: oneummahstudio@gmail.com

Read the rest of this entry »

 
7 Comments

Posted by di 27 Disember 2011 in Pengumuman, Semasa, Tentang Cinta

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,367 other followers