Kaabah dibina oleh insan yang paling baik (Nabi Ibrahim AS), manakala piramid dibina oleh insan yang paling jahat (Firaun laknatullah). Bagaimana dengan kita yang melihatnya?
Bagaimana kita boleh mendapat kebaikan ketika melihat Kabah atau piramid? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. What you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang kita akan dapat.
Jika Kaabah dilihat dengan mengambil ibrah dan barakah insyaAllah, kita akan mendapat kebaikan. Sebaliknya, jika Kaabah dilihat dengan rasa untuk menunjuk-nunjuk (kerana kita berbangga berada di situ), maka kita akan mendapat keburukan dan kerugian.
Sekalipun melihat piramid yang dibina oleh insan terjahat, kita boleh mendapat kebaikan hasil mengambil iktibar. Namun, sekiranya dilihat dengan penuh kebanggaan atau sekadar ‘melihat-lihat’, maka pandangan itu menjadi sia-sia walaupun mungkin tidak jatuh kepada dosa. Ya, bukan apa yang dilhat itu yang penting tetapi bagaimana kita melihatnya!
Apa yang menentukan bagaimana kita melihat sesuatu? Kata bijak pandai, “who you are dictates what you see” – siapa kita menentukan bagaimana kita melihat. Jika kita melihat segala-galnya sebagai hamba Allah, maka kita akan dapat melihat segalanya daripada persepektif Islam. Ketika itu apa kita akan dapat melihat kebaikan sekalipun pada benda atau perkara yang buruk. Ketika melihat seekor bangkai kambing misalnya, Rasulullah SAW telah mengalih perhatian para sahabat untuk melihat gigi kambing itu yang masih putih.
Justeru, tidak kira di mana atau ke mana kita pergi… cubalah menjadi orang yang baik, insyaAllah kita akan dapat melihat kebaikan. Bukan hanya Kaabah mampu mengingatkan kita kepada Allah, tetapi piramid juga boleh mengingatkan kita kepada Allah. Kita akan ingat betapa akibatnya manusia paling angkuh (Firaun), namun akhirnya mati terhina walaupun bangunan yang dibinanya masih tersegam kukuh.
Ketika melihat piramid satu ketika itu, saya telah menulis sebuah artikel. Berikut adalah artikel tersebut:
KENANG AKHIRAT, TENANG DI DUNIA
Siapa manusia yang paling jahat? Jika soalan ini ditujukan kepada kita, mungkin ramai yang menjawab, “Firaun!”. Benar, tidak ada siapa yang dapat menandingi kejahatan Firaun. Dia bukan sahaja derhaka kepada Tuhan, bahkan mengaku sebagai Tuhan. Itulah puncak segala kejahatan. Ya, secara sinis kita boleh berkata, “sesiapa yang tidak menganggap Firaun jahat, dia juga adalah seorang yang jahat.” Read the rest of this entry »

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.
Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan blog dengan segera. Terlalu banyak urusan lain yang terpakasa didahulukan justeru janji dan peneguhan kata lebih awal. Insya-Allah, terlalu rindu rasanya untuk menyambung catatan Umrah Kembara Mata Hati musim lalu. Bahan-bahannya masih membayangi rasa dan berlegar di ruang mata. Saya akan sambung nanti… Namun, untuk mengisi luang waktu yang ada, saya susuli dengan tulisan ini, mudah-mudahan ada kebaikan buat pengunjung yang sudi singgah seperti biasa:
(Maaf, catatan ke-2 lambat menyusul. Ini disebabkan saya kembali bertugas di luar kawasan. Kali ini di Seri Pengantin Resort, Janda Baik mengendali kursus untuk 40 orang warga Takaful Ikhlas. Alhamdulillah, 3 hari 2 malam di sana menghadiahkan saya satu pengajaran yang sangat baik dan indah. Mereka semua memberi kerjasama yang sangat baik… Syukran. Untuk anda para pengunjung blog dan untuk mereka (warga Takaful Ikhlas), saya hulurkan tulisan yang tidak sepertinya ini untuk ditatapi.)
Sementara malam masih gelap, kelawar akan terus bebas bertebangan. Namun bila matahari mula bersinar, kelawar tidak akan berani menjenguk muka. Begitulah perumpamaannya dalam masyarakat kita, sementara kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan orang ramai masih rendah, bermaharajalelalah ‘media kelawar’ merosakkan masyarakat dengan idea-idea karat dorongan nafsu. 

















