Genta Rasa » Belajar Dari Alam

ALAM ITU SATU SEKOLAH
Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.

Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.

Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.

Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraan, maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai-bagai kemudahan dan bekalan.

Untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi ini – itulah dwifungsi utama manusia di dunia ini. Seluruh kelengkapan yang diberikan kepadanya harus menjurus dan fokus ke arah pelaksanaan misi itu.

Jangan disalah gunakan, kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan. Akan datang detiknya, manusia akan dipanggil bersemuka dengan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan-Nya itu. Alam ini bukan hanya membekalkan makanan, ubat-ubatan, perlindungan dan pakaian, tetapi alam ini juga membekalkan suatu yang sangat bermanfaat dalam menjayakan misi kedatangan manusia. Alam sebenarnya membekalkan ilmu untuk manusia yang menghuninya. Alam adalah sekolah yang mana manusia harus belajar pada setiap masa, keadaan dan suasana.

Alam adalah layar yang memancarkan kebesaran Allah untuk manusia mengenali dan mencintai Penciptanya. Bulan, matahari, bintang, tumbuhan, haiwan adalah tanda-tanda (‘sign’) yang boleh membuka fikiran, jiwa dan perasaan manusia untuk dekat kepada Allah. Dan dekat kepada Allah itulah sumber kekuatan, ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dalam menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah.

Dua misi besar itu sangat berat dan sukar. Ia adalah amanah yang pernah ditawarkan pada langit, gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menolaknya. Firman Allah:

“Sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.” Al Ahzab 33:72

Gunung, langit dan bumi tidak sanggup menanggung misi besar itu, mereka hanya sanggup menjadi ‘pembantu’ manusia untuk melaksanakannya. Justeru, mereka lebih rela dikuasai daripada mengusai manusia. Mereka hanya ingin  menjadi sekolah, manakala manusia menjadi pelajar-pelajarnya. Allah yang menjadi ‘Guru’ dalam sekolah besar (jagat raya) ini sentiasa mendidik manusia agar layak menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaan-Nya dan syurga. Sedarkah kita?

Justeru, marilah sama-sama kita mengingatkan: Alam itu sekolah insan. Jadilah pelajar yang baik. Belajarlah dari alam!

BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM…
Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza.  Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak  pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat  sementara. Apabila usia meningkat,  kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran  kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu  mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan  yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

Belajar tawakal dari semut
Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan blog dengan segera. Terlalu banyak urusan lain yang terpakasa didahulukan justeru janji dan peneguhan kata lebih awal. Insya-Allah, terlalu rindu rasanya untuk menyambung catatan Umrah Kembara Mata Hati musim lalu. Bahan-bahannya masih membayangi rasa dan berlegar di ruang mata. Saya akan sambung nanti… Namun, untuk mengisi luang waktu yang ada, saya susuli dengan tulisan ini, mudah-mudahan ada kebaikan buat pengunjung yang sudi singgah seperti biasa:

Kesempatan yang jarang saya temui itu tidak saya lepaskan. Kuliah Maghrib di mesjid kariah saya itu, saya ikuti dengan teliti. Kaedah dan bahasa yang digunakan oleh  pengajarnya sangat ’simple’ dan bersahaja – orangnya sederhana, agak tua, berjubah dan berserban putih. Tubunhya pendek tapi menarik, beliau menceritakan perihal komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan nabi Sulaiman. Begini ceritanya…

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

Sampai di situ penceramah tua itu pun memberi ’moral’ pada ceritanya. Begini ucapnya:

”Inilah sifat tawakakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezki. Bergantunglah kepada Allah. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun… jangan terlalu yakin. Sebaliknya, bertawakkallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu.”

Saya termenung panjang dalam fikir yang dalam. Walaupun pengajar kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi pengajarannya sangat luar biasa. Bersahaja, tetapi penuh hikmah dan ibrah. Berapa kerat manusia yang benar-benar mengambil panduan daripada ajaran Islam ketika berdepan dengan krisis dan kemelesetan ekonomi.

Ada seruan yang menganjurkan hidup berjimat ketika ekonomi meleset padahal Islam menganjurkan jimat cermat tanpa mengira situasi dan kondisi. Orang yang membazir adalah ’saudara’ syaitan  tidak kira samada semasa ekonomi meleset atau stabil, samada dalam keadaan harga minyak naik atau sebaliknya. Ada pula yang meuar-uarkan agar dilakukan perubahan gaya hidup dalam keadaan sekarang… Sinisnya, bukankah cara hidup orang Islam ialah cara hidup Islam, apa lagi yang hendak diubah-ubahnya?

Jarang benar kita mendengar tafsiran yang lebih tersirat tentang apa yang berlaku kini. Maksudnya, tafsiran yang merujuk kepada ‘musabbabil asbab’ (faktor penyebab) bukan hanya ‘asbab’ (sebab). Hakikatnya, apa yang berlaku ialah dengan izin Allah jua. Dan tentu ada maksud Allah izinkan semua ini berlaku. Apakah pengajaran untuk sikaya, simiskin, peniaga, pengguna, rakyat dan penguasa di tengah kemelesetan ekonomi ini?

Bukankah kita telah diberitahu oleh Al Quran dan Al Hadis bahawa ujian daripada Allah adalah untuk meningkatkan keimanan kita? Dan ujian juga boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan, kesabaran dan kekreatifan kita untuk menyelesaikan masalah. Pokok pangkalnya, apakah musibah ini menggugat keyakinan kita kepada Allah yang bersifat Al Wahhab (Maha Pemberi), Al Ghani (Maha Kaya) dan Ar Razzak (Maha Pemberi Rezki) misalnya?

Bagaimana pula kita kembali kepada Allah (raja’na ilallah) dalam menghadapi ujian ini? Apakah kita mula mendidik hati kita dengan sifat-sifat mahmudah bersumberkan akidah Islamiah? Apakah kita mula bermuhasabah tentang sistem ekonomi semasa, apakah telah benar-benar disusun mengikut syariah? Apakah orang kaya dan pengusaha mula tergerak untuk mengamalkan akhlak yang pemurah dan zuhud? Manakala orang miskin pula dengan sifat sabar dan qanaah?

Saya tidak pandai mentafsir lebih mendalam, tetapi itulah yang ’mengganggu’ pemikiran dan rasa hati bila mendengar cerita semut dan nabi Sulaiman oleh penceramah tua itu. Pada saya, pasti ada ’mesej’ dan ’signal’ daripada Allah untuk semua golongan masyarakat di sebalik ujian ini. Mustahil Allah lakukan semua ini dengan sia-sia. Pasti ada sesuatu yang perlu diambil peringatan oleh para hamba-Nya.

Sayangnya, kuliah beliau yang begitu tajam dan menyentuh didengar secara yang hambar sekali. Sidang hadirin yang kebanyaknya golongan ’veteran’ duduk jauh-jauh dan ramai juga yang mendengarkannya sambil lewa. Pada hal, majlis ilmu yang sebegitu mulia (yang disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai taman syurga di dunia) sangat diperlukan oleh semua – daripada pemerintah hingga kepada rakyat jelata. Hakikatnya, tidak kira samada sultan, menteri, mufti, majikan, buruh dan sesiapa sahaja dapat belajar kejituan tawakkal dan kegigihan ikhtiar… daripada seekor semut!

CATATAN 2 : UMRAH KEMBARA MATA HATI. (Belajar dari Firaun)
(Maaf, catatan ke-2 lambat menyusul. Ini disebabkan saya kembali bertugas di luar kawasan. Kali ini di Seri Pengantin Resort, Janda Baik mengendali kursus untuk 40 orang warga Takaful Ikhlas. Alhamdulillah, 3 hari 2 malam di sana menghadiahkan saya satu pengajaran yang sangat baik dan indah. Mereka semua memberi kerjasama yang sangat baik… Syukran. Untuk anda para pengunjung blog dan untuk mereka (warga Takaful Ikhlas), saya hulurkan tulisan yang tidak sepertinya ini untuk ditatapi.)

Alhamdulillah selepas solat berjemaah Jamak Qasar Maghrib dan Isyak di Concorde Hotel serta sembahyang sunat musafir, semua anggota rombongan Umrah Kembara Mata Hati akhirnya di bawa ke KLIA dengan menaiki bas. Semua wajah menyerlahkan keghairahan, semangat dan keceriaan. Alhamdulillah, saya dapat rasakan kursus setengah hari yang telah dijalani oleh semua anggota rombongan telah mencapai sasarannya.

Sudah ada pengisian ilmu, jiwa dan perasaan di samping persiapan fizikal dan harta untuk misi umrah kali ini. Insya-Allah.  Dalam kursus pendek itu, peserta tidak sahaja didedahkan soal teknikal dan mekanikal umrah – rukun, syarat dan sunat-sunatnya, tetapi yang penting ialah penitipan roh umrah itu sebagai mekanisme (proses) membentuk akhlak dan peribadi. Sekarang, saya kira sudah ada” mind set” yang betul untuk menjalani umrah yang bukan sekadar sah tetapi mabrur (makbul) yakni berkesan untuk mengubah perilaku. Amin.

Bayangkan, selama dua minggu akan datang kami akan “melihat” banyak perkara. Kami mesti melihat dengan tepat dan betul (tentunya mengikut pandangan mata hati – rujuk tulisan saya tentang pandangan Mata Hati, insya-Allah… sedikit masa lagi). Ini penting kerana “what you see is what you get” – ibrah, hikmah dan pengajaran yang bakal diraih dalam musafir ini bergantung pada bagaimana kami “melihat” objek, situasi, manusia, keadaan dan apa sahaja insiden sepanjang perjalanan ini. Sekiranya, silap cara melihat, maka “silap” jugalah apa yang kami dapat.

Semua itu bermula dengan meletakkan posisi diri kita dengan betul di sisi Ilahi. Siapa diri kita yang sebenar – who you are? Ini kerana “who you are determines how you see” – siapa diri kita menentukan bagaimana kita melihat sesuatu. Bila kita letakkan diri kita sebagai hamba (bukan tuan apalagi “Tuhan” dalam hidup ini), maka itulah nanti yang menentukan apa yang bakal kami lihat dan dapat dalam umrah ini. Justeru, umrah ini dinamakan Umrah Kembara Mata Hati – mengembara dengan pandangan mata hati, melihat yang tersirat daripada yang tersurat.

Perjalanan dua puluh minit itu juga terisi dengan tarbiah melalui pengertian doa musafir yang disampaikan oleh ustaz Mohd Nasib. Doa bukan sekadar “memberitahu” atau memohon apa yang kita inginkan kepada Tuhan, tetapi doa hakikatnya mempamerkan sifat kehambaan (miskin, jahil, lemah serta tidak berdayanya) kita di hadapan Allah.  Siapa yang tidak berdoa sebenarnya telah sombong dengan Allah. Semoga dengan mengaku lemah di sisi Allah, kita akan diperkuatkan oleh Allah SWT.

Saya duduk di belakang sekali, maklumlah “orang bujang”. Pergi secara solo, tanpa anak dan isteri. Isteri terpaksa menguruskan cucu pertama kami dan minta benar-benar agar saya menjadi pendahulu dalam memandu dan memimpinnya ke sana nanti, Insya-Allah.

Kami akan berlepas ke Cairo dengan singgah di Mumbai (kapal terbang mengisi minyak dan penumpang), sebelum ke Kaherah. Dalam hati masih tertanya-tanya apa hikmahnya singgah di Kaherah? Pada hal hati ingin terus sahaja ke Makkah atau Madinah… Jam 11.45 malam, kapal terbang jenis Airbus itu pun berlepas. Dalam dengus enjin bersama bisikan doa perjalanan, ayat manzil dan 4 Qul serta bacaan ayat-ayat suci yang lain… ia membelah awan membawa bersama segala harapan dan impian. Ya, Allah, berkatilah musafir ini dengan tercapai maksud-maksud baik yang diniatkan di dalam hati.

Ditakdirkan duduk di sebelah saya ialah Dato’ Mokhtaruddin (Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Melaka) – salah seorang anggota rombongan kami. (Insya-Allah, nanti akan saya perkenalkan semua anggota rombongan Umrah Kembara Mata hati ini). Sebenarnya saya “terlepas” majlis ta’ruf yang telah dijalankan pada pagi tadi. Jadi, saya belum mengenali sesiapapun anggota rombongan yang lain secara terperinci.

Apa pun  Dato’ nampak “cool”, mesra… tetapi sudah sedia melelapkan mata. Keletihan mungkin. Tetapi saya sebaliknya. Memang sukar untuk tidur (dan lebih sukar kalau “buat-buat” tidur).  Kesukaran untuk tidur itu (memang jadi kebiasaan saya) cuba saya manfaatkan mengikut pesan mutawwif kami – banyakkan solat hajat, taubat dan istikharah sepanjang penerbangan. Berterusan saya doakan ibu-bapa yang tercinta, sahabat-sahabat dan keluarga. Semoga mereka semua bahagia dunia dan akhirat. Sengaja saya tidak mahu sesiapapun menghantar ke Lapangan Terbang… tidak mahu diusik sebarang kenangan. Terus bergerak, jangan pandang belakang!

Alhamdulillah, selepas solat Subuh dan setelah beberapa jam meninggalkan Mumbai, pengumuman dibuat yang kapal terbang akan mendarat tidak berapa lama lagi. Semua terjaga. Keadaan gelap sudah cerah. Sudah siang. Ya, “Kaherah” sudah kelihatan. Tetapi saya berasa sedikit aneh mengapa Kaherah begitu gondol, gersang, hampir tidak ada sebarang pokok atau tumbuhan… terlalu polos. Mungkin, keadaan sudah berubah sejak 15 tahun yang lalu ketika pertama kali menjejak kaki ke sini. Begitu fikir saya.

Terkejut! Rupanya kami bukan mendarat di Kaherah tetapi di Riyad! Bagaimana boleh jadi begitu? Rupa-rupanya kapal terbang terpaksa berpatah ke belakang dan terpaksa mendarat di Riyad kerana seorang penumpang jatuh sakit. Dengan khabarnya terlalu serius dan doktor (dari Malaysia) yang kebetulan berada dalam penerbangan itu dibawa berunding oleh pilot dan akhirnya keputusan dibuat, mendarat segera.

Perjalanan terpaksa ditambah 3 jam lagi. Begitulah aturan Allah, tentu ada hikmah. Lebih 15 jam di perut kapal terbang. Semua sudah keletihan. Walaupun kelihatan, saya bersyukur, “aerophobia” saya hampir tidak terasa. Kami mendapat “layanan istimewa” di Airport Kaherah sebaik mendarat jam 10.45 pagi. Oleh sebab kebimbangan jangkitan H1N1, lebih-lebih lagi oleh kes pesakit yang terpaksa ditinggalkan di Riyad, kami mendapat laluan khas dengan disertai pemeriksaan khusus oleh alat pengimbas demam. Seorang demi seorang “discan”. Bimbang juga kalau-kalau ada yang sangkut dan kami terpaksa “dikuarintin”.  Jika terjadi begitu, tentu cita-cita tergendala.

Namun, alhamdulilah. Kami selamat. Dan akhirnya dapat menghirup udara Mesir, negara yang disebut-sebut dalam Al Quran. Bumi tempat gelanggang perjuangan Rasul, nabi, ulama, auliya’ dan mujahid. Sebut sahaja Mesir terbayang kegigihan dan keberanian insan mulia dan perkasa,  nabi Musa AS, kebijaksanaan dan kecantikan nabi Yusuf AS, ketabahan Ya’kub, keilmuan Imam Safie rhm, kewalian Sayidah Nafisah, Ibn Ataillah dan mujahid seperti Hasan Al Banna, Syed Qutb  dan lain-lain. Namun terbayang juga para penzalim seperti Firaun, Haman, King Farouk, Jamal Abdul Nasir dan lain-lain.

Mesir, negara – musibah (mim), sabar (shad) dan redha (ro’) – hidup dengan satu kurniaan Allah, yakni sungai Nil. Pelajar Malaysia, ustaz Fadhil – kelahiran Pahang, yang menjadi pemandu pelancong kami bercerita dan berkisah dengan sungguh ghairah. Anak muda berbakat itu boleh “pergi jauh” kalau dilatih dan dipertajamkan skill komunikasi dan penyampaiannya – raut wajahnya yang mesra dan manis membuatkan kami senang bersamanya. Dia “masak” sungguh tentang Kaherah dan kerenah masyarakatnya.

Ketika itu di Kaherah, suasana meriah sekali. Di samping musim panas, Presiden US, Barack Obama dijadual melawat Kaherah dalam waktu terdekat. Semua jalan dijaga dengan ketat. Menurutnya, anggota keselamatan yang beruniform atau tidak, berkawal lebih ramai daripada biasa. Mesir memang negara “tentera”. Selain presidennya (Mubarak) seorang bekas tentera, belanjawan negaranya juga banyak difokuskan kepada alat kelengkapan ketenteraan. Ustaz Fadil sempat menceritakan kehebatan tentera Islam Mesir dalam perang Oktober 1974 (yang jika tidak diancam Amerika) Mesir boleh menerobos hingga ke Israel.

Ini mengimbau bacaan saya tentang sejarah lampau bagaimana keruntuhan kubu terkuat israel di terusan Suez – Kubu Bar Lev. Bagaimana pejuang Islam sejati, berjaya meruntuhkannya dengan idea biasa tetapi sangat luar bisa – menggunakan aliran air. Setelah  “sarapan tengahari” di Rumah Malaysia  kami terus dibawa melawat Giza – tempat Piramid dan Spinx.

Saya melihat sahaja piramid dari jauh. Apa yang boleh saya pelajari daripadanya? Tekonologi? Senibina? Itu biasa diperkatakan. Sudah menjadi kajian ribuan sarjana dalam arkeologi dan psikologi kemanusiaan. Terlalu banyak yang telah ditulis. Ya, saya teringat kata-kata yang telah saya nukilkan dalam buku Nota Hati seorang Lelaki. Jika kita merendah diri kita boleh belajar bukan sahaja daripada orang yang bijak dan baik, tetapi juga daripada orang yang bodoh dan jahat! Apatah lagi nama Firaun kerap disebut dalam Al Quran. Tentu banyak yang kita mesti pelajari darinya, masakan Allah meletakkan sesuatu yang titik bengik dalam kitab-Nya yang begitu mulia.

Apa yang saya boleh pelajari daripada Firaun dan piramidnya? Ya, sejahat-jahat Firaun pun dia tetap ada “Sense of the End” ( percaya kepada Hari Akhirat). Dia yakin akan adanya kehidupan selepas mati. Bukan sahaja percaya, bahkan dia membuat persediaan untuk menghadapi Hari Akhirat. Justeru, dia menyimpan harta, pakaian, binatang dan lain-lain alat keperluannya, yang turut ditanam bersama jasadnya di dalam piramid. Itulah persediaan Firaun menghadapi kehidupan selepas matinya.

Kata orang, siapa yang tidak buat “persediaan (preparetion)” untuk melaksanakan satu tugasan, maka dia terpaksa buat banyak “pembetulan (correction)” kemudiannya. Firaun tidak mahu ini berlaku. Dia tidak mahu membuat pembetulan di alam SANA. Namun, tanpa panduan wahyu, ditambah sikap takburnya… segala harta dan persediaannya tidak berguna sedikit pun. Ironinya, Firaun yang membina piramid sekeras waja, mati dek air yang selembut sutera. “Teknologi” sihir akhirnya tersembam di telapak kebersihan hati nurani.

Belum pun sampai hari akhirat sebahagian besar harta simpanannya telah dirompak dan sebahagian yang lain telah dipamerkan dalam muzium. Tidak ada lagi “pembetulan” lagi yang mampu dilakukan oleh Firaun di alam Barzakh. Dia melepaskan peluang untuk membuat pembetulan apabila menolak dakwah Nabi Musa AS dan adiknya Nabi Harun AS.

Walau bagaimana pun sejahat-jahat Firaun, kita masih boleh belajar daripadanya. Tentang keyakinannya terhadap hidup selepas mati dan  persediaan menghadapinya (walaupun tersalah). Kita yang “kononnya” lebih baik daripadanya, mana bukti keyakinan kita? Apa persediaan kita?

Yakin sungguh Firaun tentang adanya kehidupan selepas mati. Betapa banyak “pelaburannya” untuk membina piramid? Mengapa tidak dihabiskan sahaja segala harta untuk “enjoy” semasa hidup? Mengapa Firaun juga memikirkan kematian? Hari akhirat? Itulah iktibar kecil daripada Firaun dan piramidnya – insan jahat yang masih yakinkan akhirat.

Kita? Mana solat, puasa, amal jariah, jihad, akhlak dan ibadah kita untuk persediaan hari akhirat? Begitu saya ditumbuk oleh satu tempelakan di kepanasan mentari tengah hari itu. Ketika pelancong Barat datang berbondong-bondong untuk menikmati nilai “estatik”, malah saintis mereka datang mengutip data dan fakta saintifik, kita (umat Islam) datang untuk mengutip apa? Apa yang kita lihat secara terirat di sebalik yang tersurat ini? Tentu, Allah ada tujuan “menghantar” saya (dan umat Islam yang lain) datang ke tepi piramid ini. Dan tujuan itu tentulah tidak sia-sia atau “saja-saja”.

Saya tidak akan mengulangi penulisan tentang kebesaran dan keanehan piramid, semuanya sedia maklum. Namun kekadang kita terlupa, ketika kita kagum dengan piramid yang dibina oleh berjuta-juta tan batu itu dengan hanya satu tiang, kita terlupa kehebatan penciptaan langit yang jauh lebih hebat dan besar tanpa sebatang tiang pun! Subhanallah. Langit dibina oleh Allah penuh kasih sayang, memayungi, meliputi dan menitiskan air hujan sebagai sumber kehidupan tetapi piramid sebaliknya… dibina oleh Firaun dengan air mata, darah dan penindasan sesama manusia! (Insya-Allah akan menyusul tulisan saya nanti – Piramid vs Kaabah).

Terlalu letih dan mengantuk, bayangkan daripada KLIA tadi terus menerus berjaga merentasi waktu hingga terdampar di tepi piramid ini. Alhamdulillah setelah menukar sedikit mata wang dari dollar US ke Junaih (sebagai bekalan jika ada apa-apa kecemasan), kami semua tiba di hotel menjelang waktu Asar. Jamak Qasar takhir dan berehat sebentar di lobi hotel Cairo Khan . Urusan penetapan bilik agak mengambil masa. Bayangkan jumlah beg yang dibawa oleh 48 anggota rombongan dan kapasiti lif yang begitu sempit. Namun, alhamdulillah itu pun sudah dikira sangat baik.

Malam kami dibawa keluar menikmati makanan “nasi mandi” ala Yaman – Nasi berwarna kuning berkilat yang seakan-akan Nasi Briyani dengan ayam bakar. Terlalu banyak dihidangkan dalam pinggan besar untuk seorang – semuanya ikut kapasiti orang Arab. Ramai juga yang makan dalam keadaan mengantuk kepada jam menjelang pukul 9 malam (yakni kira-kira jam 2 pagi waktu Malaysia).

Balik terus tidur dan terjaga kemudiannya pada jam 4 pagi dan terus bersiap ke masjid berdekatan dengan berjalan kaki, menyelinap di celah-celah bangunan. Musim panas di Kaherah menghadiahkan saat yang paling santai untuk warganya aktif sepanjang malam hingga ke Subuh. Kedai-kedai membeli belah, kebab, syisa (menghisap paip dengan bantuan pam air) terus dibuka dan orang-orang dewasa, kanak-kanak masih sibuk ke hulu ke hilir.

Sayu sekali sembahyang di masjid yang terlalu sederhana – hanya tersepit dicelah-celah bangunan. Namun jelas yang datang berjemaah penuh kesungguhan – membaca Quran dan berwirid. Suara imam serak-serak basah pagi itu, merdu dan menyentuh. Entah mengapa air mata mengalir lagi pagi itu… Ya, Allah inilah saudara-saudara Islamku yang tidak pernah aku ziarahi. Iman dalam dada mereka dan aku serupa… kita bersaudara!

Subuh itu saya merintih lagi (Insya-Allah semoga saya tidak letih untuk terus merintih)… saya nukilkan di atas buku catatan bersama linangan air mata:

Ya Allah, aku mencari hati yang indah

Untuk ku serahkan kepada Mu

Tapi apakan daya

Hati yang  ada…

Hati  yang ini, masih tercela

Ya Allah, ajar aku untuk meminta yang terbaik dari Mu

Ilmu ku terbatas,

ilmu Mu Maha luas

Dalam batas itulah aku meminta..

Mungkin aku terbabas

Tanamkan ke dalam hati ku hakikat kewujudan MU,

Keperkasaan Mu…

Jauhilah aku riyak dan ujub

Yang menjauhkan aku dari terdekat

Dan memutuskan aku dari yang jauh

Amin..

Ya Allah,

Ajarkan aku bagaimana untuk mengasihi manusia!

Seusai solat, sempat saya menemui imam yang masih tafakur di mihrab yang serba sederhana. Bersalaman, tanpa bicara kata. Hanya senyuman penghantar rasa. Dia bertanya dalam bahawa Arab, (entah apa) tetapi saya hanya mengagak dan menjawab (mudah-mudahan tepat), “…ana min Malaysia, umrah, umrah. Imam doa…” Alhamdulillah dia faham. Dia berdoa, saya mengaminkan lantas berkata, “insya-Allah makbul!” Kami bersalaman dan bermuannaqah (berpelukan). Teringat Imam Masjid Manjalara yang saya temui seusai solat Subuh sehari sebelum memulakan perjalanan temph hari. Kebetulan, doa mereka berdua sama!

Keluar dari masjid, kami bertujuh singgah di kedai Teh. Syai Nak-nak (teh berdaun pudina) itu sungguh segar di hidup di kedinginan Subuh itu. Di warung tepi jalan itu, hakim, peguam, ahli perniagaan, pekerja biasa, peladang, penulis mahupun ustaz begitu mesra menikmati teh diserikan oleh keharuman ukhwah! Kami makin akrab, insya-Allah tujuan yang satu akan menyatukan kami. Insya-Allah.

Di warung Teh, di celah jalan-jalan berdebu di kota Kaherah kami begitu ceria bersama. Di sini tidak ada gelar hartawan dan jawatan lagi, siapa sahaja layak menjadi tetamu Allah dan Rasul-Nya, tidak kira dia seorang raja atau hamba sahaya!

Ya, mudah-mudahan   setiap kami mampu mengikis hati warisan Firaun yang angkuh dan sombong, sebelum memulakan langkah ke Makkah dan Madinah, tempat leluhurnya solehin dan bermukimnya insan-insan yang mencari kemuliaan… hanya sebagai hamba… hamba  Allah! Amin.

MEDIA KELAWAR
Sementara malam masih gelap, kelawar akan terus bebas bertebangan. Namun bila matahari mula bersinar, kelawar tidak akan berani menjenguk muka. Begitulah perumpamaannya dalam masyarakat kita, sementara kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan orang ramai masih rendah, bermaharajalelalah ‘media kelawar’ merosakkan masyarakat dengan idea-idea karat dorongan nafsu.

Media ini akan terus berusaha membunuh nilai-nilai akhlak dan roh Islamiah dengan menyiarkan berita, rencana, kartun dan apa jua tulisan yang putus daripada petunjuk agama benar.  Walaupun ada kalanya, media ini masih menyiarkan tulisan-tulisan yang kononnya berunsur Islam – tetapi semuanya diolah dan telah diubahsuaikan mengikut selera nafsu.

Neraca keadilan, ketepatan dan kebenaran yang sepatutnya menjadi etika dan pegangan sewenang-wenangnya dicemari. Unsur-unsur fitnah, mengadu-domba dan kepincangan akhlak, menjadi sajian untuk tatapan umum setiap hari. Mereka tidak lagi menjadi juru damai dalam sesuatu krisis, sebaliknya telah menjadi batu api yang menghangatkan lagi pertelingkahan yang sedia ada.

Kekadang menyokong tanpa bersikap adil. Ada kalanya menghentam secara kasar dengan membelakangkan nilai akhlak. Tidak keterlaluan jika dikatakan, media kadangkala menjadi punca keruntuhan akhlak, perpecahan ummah dan kejadian maksiat yang semakin menjadi-jadi. Kisah hidup para pendosa yang tidak senonoh dieksploitasi. Kisah misteri, seks, gosip menjadi bahan sensasi..

Tersebar dan meluas-nya sesuatu krisis biasanya hasil campur tangan akhbar. Aktivis media sepatutnya menghayati sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Damaikanlah dua saudara kamu yang bergaduh.”

Namun, apa yang berlaku adalah sebalik-nya. Berita-berita yang menghangatkan lagi krisis muncul satu demi satu, hari demi hari. Semacam tidak suka pula jika pihak yang berkrisis itu berdamai.

Lebih besar dan hebat sesuatu krisis yang berlaku, lebih besar ‘nilai’ beritanya. Lebih banyak pergaduhan dan krisis yang berlaku, lebih banyak keuntungan yang diraih. Ironinya, perdamaian pula yang dianggap merugikan.

Namun, tunggulah… media kelawar akan mula tertekan dengan penghayatan masyarakat tentang ayat Quran ini:

“Wahai orang-orang beriman, apabila datang orang-orang fasik membawa berita maka hendaklah kamu periksa.”

Masyarakat kini telah kian terbuka kepada sumber berita yang sudah pelbagai. Kita tidak boleh menipu semua orang, pada semua masa dan di semua keadaan.

Penentang kebangkitan Islam pasti musnah. Zaman cerah pasti datang bersama naiknya Islam dengan kemajuan dan pembangunan yang dibina sendiri. Tanpa bersandar kepada timur dan barat. Ketika itu tempat sandar akhbar-akhbar kelawar pasti roboh untuk diganti oleh akhbar dan media-masa Islam yang membawa berita baik kepada seluruh isi dunia!

BELAJAR DARI YANG ‘GHAIB’
© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Anak-anak, sesuatu yang tidak kelihatan dengan mata kasar, jangan disangka tidak ada. Malah, kekadang, sesuatu yang tidak kelihatan itulah yang lebih kuat, betenaga dan berkuasa. Misalnya, arus eletrik. Kita tidak nampak bagaimana ia mengalir. Tetapi setelah ia berfungsi barulah kelihatan kuasanya. Kita nampak bagaimana arus eletrik memutarkan kipas angin, memberi kesejukan kepada peti ais dan memberikan cahaya kepada mentol lampu bahkan menggerakkan janakuasa. Jadi, jangan disangkal adanya kuasa eletrik. Ia ada, dan ia berkuasa.

Sering juga sesuatu itu tidak kelihatan bukan kerana tidak ada, tetapi kerana kita tidak mampu melihatnya. Dengan penglihatan mata kasar virus dan bakteria seolah-olah hidupan yang ghaib. Kita tidak dapat melihat dan merasai kehadirannya. Tetapi sebaik sahaja kita gunakan mikroskop, virus dan bakteria dapat kita lihat. Malah kita tahu nama khususnya, dan apakah peranan virus dan bakteria itu. Kita terkejut, sehalus-halus makhluk ciptaan Allah itu tetapi kesan dan pengaruhnya kepada kesihatan manusia sangat besar.

Cuba anak-anak fikirkan, berapa ramai orang menjadi korban harimau setahun? Bandingkan berapa pula yang menjadi korban virus dan bakteria dalam setahun? Tentu, lebih ramai yang menjadi korban bakteria dan virus berbanding yang menjadi korban harimau dan singa. Jadi, siapa yang lebih bahaya? Harimau yang besar atau virus yang halus dan tidak kelihatan itu?

Ada juga perkara atau benda yang tidak kelihatan tetapi Cuma dapat dirasai. Angin misalnya, begitu mudah kita rasakan tetapi ia juga tidak kelihatan. Jangan dipertikaikan kuasa angin. Angin kecil, yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sangat mengasyikkan. Kita boleh terlena dibelainya. Tetapi awas, angin ribut… kuasanya boleh meranapkan bangunan, menumbangkan pokok-pokok. Lebih-lebih lagi kalau angin bertukar taufan, kuasanya sangat hebat dan dahsyat. Rupanya, tidak kelihatan tetapi kuasanya tidak boleh dinafikan.

Sekarang, mari kita tanyakan sesuatu yang sangat dekat dengan diri kita sendiri. Ia juga tidak kelihatan. Apa ya anak-anak? Mari kita tanyakan, bolehkah kita melihat nyawa kita? Wah, macam mana rupa bentuknya ya? Tidak ada siapa yang tahu. Tetapi yang pasti nyawa itu ada dan ia sangat berharga. Tidak ada gunanya kaki yang kuat jika nyawa tidak ada. Tidak ada gunanya otak yang cerdas, wajah yang cantik dan lain-lain kelebihan jika kita telah tidak bernyawa. Nyawa itu letaknya di mana? Sekali lagi kita termenung… tidak tahu dimana? Nyawa ada, tetapi tidak kita ketahui letak nyawa itu di mana?

Jadi, anak-anak… apa yang kita boleh pelajari daripada semua benda dan perkara yang tidak kelihatan ini? Ya, jangan dinafikan adanya atau wujudnya sesuatu hanya kerana ia tidak kelihatan pada .mata kasar kita. Banyak makhluk Allah yang tidak kelihatan tetapi sangat besar pengaruh dan kesannya dalam kehidupan kita. Jadi apa yang cuba Pah Ngah sampaikan melalui semua perkara di atas? Ya, pandai. Pandai anak-anak menekanya. Siapa lagi yang Pak Ngah ingin kenalkan kalau tidak Allah?

Begini anak-anak…kalau dengan makhluk Allah yang tidak ‘kelihatan’ seperti angin, arus eletrik, virus dan nyawa itupun manusia tidak dapat melihatnya apalagi Allah Pencipta segala-galanya itu. Allah tentulah tidak sama dengan sebarang ciptaan-Nya. Tentulah Allah itu lebih hebat, berkuasa dan perkasa. Dan Allah itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Tidak kelihatan tetapi Allah itu ada dan berkuasa. Kuasa Allah tidak dapat ditandingi oleh makhluknya samada angin, vrus, arus eletrik dan juga manusia. Kehebatan Allah tidak dapat dijangkau oleh pancaindera manusia… Apalagi Allah, yang Maha Berkuasa itu, sedangkan makhluk-makhluk-Nya pun sesetengahnya tidak dapat dijangkau oleh pancaindera manusia. Begitu hebatnya Allah, tidak kelihatan tetapi amat luas kuasa dan kekuatannya!

BELAJAR DARI UNTA
© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Aneh, Allah meminta kita melihat unta. Dalam Al Quran, ada dorongan yang begitu jelas tentang itu. Firman Allah:

“Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan?” – Al Gashiyyah: 17

Jika sudah ada dorongan sedemikian daripada Allah, sudah pasti itu adalah sesuatu yang sangat penting. Maha suci Allah, yang tidak akan meletakkan sesuatu yang remeh-temeh dalam Al Quran yang begitu agung dan mulia. Dan sudah pasti juga tentu ada kebaikan, pengajaran dan manfaat hasil dorongan itu.

Di negara kita sukar untuk melihat unta. Kecuali di zoo atau sekali-sekala bila musim Hari Raya Korban, mungkin anak-anak berpeluang melihat unta dari dekat. Tapi rasanya itu bukan halangan untuk ita memenuhi dorongan Allah itu. Anak-anak boleh mendapat maklumat tentang keajaiban unta menerusi buku-buku, laman web ataupun majalah-majalah. Baiklah, sekarang mari Pak Cik ceritakan beberapa ‘keajaiban’ untuk untuk menjadi pengajaran bagi kita.

1.      Bulu badan unta yang tebal bukan sahaja melindunginya daripada suhu panas dan sejuk, tetapi juga mencegah tubuhnya kehilangan air.

2.      Ia dapat menghalang badannya daripada berpeluh dengan cara meningkatkan suhu badan sehingga 41 darjah celcius.

3.      Bulu yang panjang pada hidung dan telinganya sebagai perisai daripada pasir dan debu padang pasir.

4.      Mampu menghabiskan 30 – 50 kg makanan sehari jika ada makanan, sebaliknya mampu bertahan hanya makan 2 kg rumput sebulan bila kekurangan makanan.

5.      Dapat hidup tanpa makanan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50 darjah celcius.

6.      Ia dapat meneguk air sebanyak 130 liter dalam jangkamasa 10 minit (yakni kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan berat badannya).

Wah, begitu hebat keajaiban unta itu ya? Tentu Penciptanya jauh lebih hebat. Siapa lagi, kalau bukan Allah. Dengan persekitaran padang pasir yang begitu panas dan sumber air yang begitu terhad, namun Allah maha Bijaksana untuk mencipta segala keunikan dan kelengkapan pada unta untuk berdepan dengan segala kesukaran itu. Mustahil kejadian unta ini secara kebetulan – melainkan terlebih dahulu dirancang dan dilaksanakan penuh teliti dan terperinci.

Jika anak-anak masuk ke dalam sebuah bilik dan melihat kerusi, meja dan lain-lain perabot begitu kemas tersusun rapi logikkah anak-anak mendakwa semuanya berlaku dengan sendirinya? Mustahil, semuanya teratur, jika tidak ada yang mengatur. Unta yang begitu rumit kejadiannya itu pasti juga ada yang mengaturnya.

Jadi, pengajarannya buat kita ialah Allah itu Maha Pencipta. Jangan diragui dan disangsikan lagi. Penciptaan Allah itu bukan sahaja yang melibatkan soal-soal yang dapat dilihat oleh matakasar bahkan juga perkara-perkara yang ghaib. Lihatlah unta, haiwan-haiwan dan seluruh kejadian alam ini… Bukankah semuanya tercipta dengan sistematik. Jadi, jangan diragui ciptaan yang belum kita lihat lagi – syurga, neraka, Padang Mahsyar dan sebagainya – kerana kita telah melihat ‘keajaiban’ ciptaan yang sedia ada pada hari ini. Mungkin inilah pengajaran di sebalik dorongan Allah, lihatlah unta… bagaimana ia diciptakan!

BELAJAR DARI LAUT
© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Mari kita lihat laut. Mungkin sesetengah kita merasakan bahawa laut merupakan ciptaan yang biasa. Tetapi tidak, laut sebenarnya adalah ciptaan Allah yang luar biasa. Laut sangat luas. Ia merangkumi hampir tiga perempat muka bumi. Cuma kerana sudah terbiasa kekadang kita tidak merasa bahawa laut sangat luar biasa. Baiklah, sekarang Pak Cik hendak datangkan satu perbandingan…

Dalam hari yang berharAnak-anak pernah mendengar cerita kapal yang sangat besar bernamaTitanic? Semua orang kagum waktu kapal yang sangat besar itu dibina. Kapal yang tidak mungkin tenggelam, begitu dakwa jurutera dan arkitek yang membinanya. Setelah Titanic siap dibina, ia pun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk belayar dari England menuju Amerika. Itu merupakan satu perjalanan yang jauh merentasi laut Atlantik. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada peristiwa yang sangat bersejarah itu. Tidak kurang yang rasa angkuh dan megah dengan kehebatan teknologi terkini pada waktu itu.

Malang. Titanic ditimpa malapetaka dalam perjalanan. Ia tenggelam setelah terlanggar dengan… cuba teka. Dengan batu karang? Akibat ju  ribut atau taufan? Tidak. Titanic tenggelam hanya disebabkan berlanggar dengan air… air yang beku – ‘iceberg’. Pada waktu itu dunia terkejut. Kapal yang sebesar dan sehebat itu akhirnya tenggelam juga. Begitu hebat Titanic yang dibina manusia, tetapi hanya sekelumit bila dibandingkan dengan lautan yang dicipta Allah.

Setelah lama tenggelam, saintis mengambil masa yang lama untuk menentukan lokasi di mana tragedi itu berlaku. Tempat Titanic tenggelam terlalu sukar dikesan justeru kapal yang besar itu hanya umpama sebilah jarum sahaja sahaja dibandingkan dengan lautan Atlantik yang sangat luas itu. Begitu kerdil ciptaan manusia, sedangkan Atlantik bukanlah lautan yang terluas… Lautan Pasifik lebih luas lagi. Begitulah anak, luar biasanya keluasan laut.

Air laut sangat masin. Itu juga sangat luar biasa. Allah tidak ciptakan sia-sia. Kemasinan laut itulah yang menyerap bau seluruh sampah yang dialirkan kepadanya. Bayangkan, seluruh kotoran di dunia dialirkan ke laut oleh sungai. Sampah sarap, bangkai, najis dan lain-lain dialirkan ke laut. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, laut adalah ‘tong sampah’ yang paling besar di dunia. Sejenak fikirkan… apa akan jadi kalau air laut seperti air sungai yakni rasanya tawar? Tentu ia akan dicemari dengan bau yang sangat busuk.

Kalau itulah yang berlaku, seluruh dunia akan dicemari oleh bau yang sangat busuk. Kesihatan akan terjejas. Hidup tidak akan tenteram. Mujurlah air laut tidak tawar. Dengan kadar kemasinannya yang sangat tinggi itu, ia mampu menyerap bau dan ‘mengawet’ kekotoran yang banyak. Anak-anak akan faham proses saintifik ini jika bertanya kepada guru-guru di sekolah. Secara mudah, Pak cik boleh katakan itu samalah seperti peranan garam yang boleh mengawet isi ikan dalam proses membuat ikan masin.

Diharap sekarang anak-anak akan faham betapa hebatnya laut ciptaan Allah bukan? Keluasan dan kemasinannya punya rahsia yang tersirat. Jadi apabila anak-anak melihat laut, jangan lihat begitu sahaja… sebaliknya renungkanlah kehebatannya, dan kemudian rasailah kehebatan Penciptanya… Allah.

LIHAT LANGIT INGAT ALLAH
© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.

Untuk menjelaskan hal ini, mari Pak Ngah terangkan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung. Apa penciptaan Allah yang secara langsung? Apa pula ciptaan secara tidak langsung?

Mari kita lihat ciptaan langsung daripada Allah terlebih dahulu. Antaranya, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, awan gemawan, sungai, laut dan lain-lain termasuklah langit. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur-tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah ‘alam semulajadi’. Tetapi hati-hati yang anak-anak, alam ini bukan terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya. Semula jadi itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi, Ada antaranya sebelum penciptaan manusia.

Manakala ciptaan secara tidak langsung pula ialah seperti bangunan, kenderaan, perabot, talipon dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imiginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi. Tetapi ingat, manusia itu dicipta Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian daripada Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung dari Allah.

Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan bagaimana rasa hati kita bila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik  dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang mana hati kita lebih tenang. Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit bukan? Sebab itu selalunya orang beriadah atau berkelah di tepi-tepi tasik, sungai atau bukit. Begitu juga kalau anak-anak bercuti, selalunya memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.

Jadi pak Ngah hendak ingatkan, kalau hati kita tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu ‘dekat’ dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang bila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah. Kalau begitupun hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.”

Anak-anak tentu pernah mendengar bahawa alam ini sentiasa bertambah luas dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Inilah yang disebut oleh ahli Sains – ‘universe is expanding’ – maksudnya dunia sentiasa berkembang dari segi keluasannya. Ia umpama belon yang terus ditiup setiap hari. Keluasan jagat raya ini tidak statik dan terhenti tetapi sentiasa dinamik dan berkembang.

Begitulah kuasa Allah yang Al Wasi’ (ertinya melapangkan atau meluaskan).  Allah bukan sahaja Maha meluaskan rezki, pengampunan dan rahmat-Nya tetapi Allah juga Maha meluaskan alam ciptaan-Nya. Jadi, apa kata selepas atau semasa membaca tulisan ini anak-anak jengukkan kepala ke luar tingkap. Pandanglah langit. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al Wasi’ (Maha Meluaskan). Insya-Allah hati anak-anak akan menjadi lebih tenang, malah ilmu, rezki dan lain-lain lagi pun akan menjadi bertambah luas! Amin.

BELAJAR DARI CICAK
© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang  bagi memburu mangsanya? Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.

Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!

Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:

“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”