Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Pernah juga pada satu ketika yang lain seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?
Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.
Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit
Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu. Read the rest of this entry »




Ramai sahabat yang menggiat agar saya mengulas isu-isu politik kontemporari. Tetapi saya belum tergerak untuk itu. Sikap tidak berpihak kepada mana-mana parti politik bukan ertinya saya tidak berpendirian. Tetapi itulah pendirian saya.
Bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat? Ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik-tolakkan sistem keyakinan (tauhid), pandangan hidup (“mind-set”) dan asas nilai yang kukuh. Langkah “back to basic” (kembali kepada fitrah) ini mestilah bermula dengan membina sifat ikhlas dalam diri ahli-ahli politik.
Ungkapan hukama itu menerjah hati saya sepanjang perjalanan KL-IPOH. Sebuk memang sebuk, tapi apakah kesebukan ini jadi ibadah? Ya, saya berharap sangat mudah-mudahan keletihan ini kerana ibadah, doa saya dalam dengus nafas yang perlahan. Ya, hari-hari yang berlalu terlalu laju. Pulang dari Sri Pengantin Resort di Janda Baik, saya terus berkejar ke Ipoh. Dan akan terus ke Lembah Azween di Hulu Langat, mengendalikan program penghayatan nilai rakyat melalui solat.
Soal ‘pergeseran’ di kalangan ahli-ahli politik adalah perkara biasa. Namun ia seharusnya terkawal di tahap persaingan sihat dalam amalan demokrasi. Bagi ahli politik yang beragama Islam pula, pergeseran itu tidak boleh sama sekali melanggar prinsip akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Malangnya kini pergeseran itu sudah sampai ke tahap ‘terlampau’ sehingga kestabilan negara dan nilai agama mula tercemar. Wajah politik negara sudah tidak harmoni lagi.
Semua orang benci rasuah. Tetapi kenapa terlalu susah untuk menghapuskannya? Nanti saya akan cuba menyentuh persoalan ini. Tetapi kali ini saya hanya akan menyentuh punca-puncanya sahaja. Ini kerana saya lihat, seolah-olah orang kelihatan hilang punca dalam menangani rasuah – hanya fokus pada sistem, akta dan undang-undang, bukan pada ”manusia”nya. Dan lebih malang lagi, kekadang Tuhan dipinggirkan. Neraka dan akhirat tidak dikaitkan. Mari kita cuba melihat rasuah dari sisi yang saya akan paparkan ini:
Sayidina Umar RA pernah mempertikaikan isi perjanjian Hudaibiyah yang menurutnya “berat sebelah”. Beliau tidak bersetuju jika pengikut Islam yang sudah hijrah ke Madinah kemudian ingin berpatah balik dan mahu “melompat” semula ke Makkah dibenarkan berbuat demikian. Manakala, jika ada penduduk Makkah yang ingin memeluk Islam dan mahu hijrah ke Madinah tidak dibenarkan berbuat demikian. Ini tidak adil, menurut Sayidina Umar RA.
Gaya dan pola politik Melayu masakini begitu celaru dan tidak menun¬juk¬kan satu kematangan selaras dengan usia demokrasi di Malaysia. Ini kerana orang Melayu yang telah ter¬pecah ke¬pada dua ke¬lompok besar parti politik (satu kerajaan dan satu pembangkang) yang telah saling ber¬cakaran tidak kira musim, tempat dan subjek. Berbeza dengan bangsa lain yang kelihatannya lebih bijak ‘menguruskan’ perbezaan dan ‘memanfaatkan’ persamaan tanpa terikat dengan ‘baju’ kepartaian!
Saya benar-benar resah dengan perkembangan politik Melayu sekarang. Apa yang sedang berlaku? Di mana letaknya keyakinan, keimanan dan adab-susila kita dalam berpolitik. Wajah politik Melayu sangat hodoh! Saya berdoa agar muncul lebih ramai ahli politik yang benar-benar mampu membawa kita ke arah yang lebih jernih dan bersih.
Telah banyak forum, kuliah, ceramah dan bahan-bahan didikan yang bermesej Islam muncul di tengah masyarakat. Malah kumpulan-kumpulan nasyid juga semarak tumbuh dengan banyaknya. Produk-produk berjenama “Islamik” pun semakin melambak di pasaran. Tetapi anehnya, masalah sosial dan keruntuhan moral juga semakin bertambah. Media pornografi, sumbang mahram, dadah dan macam-macam lagi juga semakin berleluasa. Di mana salahnya? Mungkinkah pendekatan kita untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sudah tersasar?
Melayu boleh kerana Islam boleh!












