Genta Rasa » Politik / Siasah

ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM?
Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Pernah juga pada satu ketika yang lain seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?

Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit

Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.

Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Maka atas dasar itu berlakulah pertarungan yang sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.

Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu? Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, ‘ritual’ atau ‘substance’, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi…

Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik boleh dikatakan dia hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.

Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya.

Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.

Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.

Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu)

Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang serupa?

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?

Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.

“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.

Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama.

Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama? Inilah hasanah fid dunya dan hasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?

Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.

Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.

Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.

Jadi musuh kita yang sebenar bukaniah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!

Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.

Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China.

Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah mengalami satu anjakan paradigma dan ‘re-engineering sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain lain. Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan di sebarkan ke seluruh alam Melayu apabila Sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yan sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatannya hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Mongol jika tidak diserang oleh gerakan salibiyyah Portugis, Belanda dan Inggeris akibat k morosotan pegangan mereka terhadap Islam.

Sepatutnya tidak wujud konflik langsun antara keinginan untuk menjadi Muslim yan sejati dengan Melayu yang tulen. Islam adalah ‘content’ dan Melayu boleh disifatkan sebaga ‘container’. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.

Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaat hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan-minum, senibina, keintelektualan,  kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.

Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat lansung kefleksibelan Islam di aspek-aspek yang boteh ditolak-ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya denga tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekaligus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.

Cubalah kita kaji dan selidik sedalam dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada nescaya kita akan dapati banyak titik-temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah se jarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang. Langkah inilah yang tela pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasuluilah saw dalam merubah bangsa Arab.

Selain akidah dan beberapa amalan jahiliyah yang jelas menyimpang, Rasulullah terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. lni juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik-temu Islam dan Melayu? Apakal masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?

Atau kita sudah terkeliru sama ada sedar atau tidak dalam perangkap,  “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa?

Mukmin Profesional Di Radio IKIM.fm
Dengarkan Perbincangan dan Kupasan Mukmim Profesional bersama Ust Pahrol Mohd Juoi pada setiap Isnin 5.15 petang di Radio IKIM.fm. SIRI 3.

Rakaman IKIMfm siri 3-1:

Rakaman IKIMfm siri 3-2:

Rakaman IKIMfm siri 3-3:

Rakaman IKIMfm siri 3-4:

Dapatkan Buku Mukmin Profesional : 7 Langkah Memperkasa Diri.

Hubungi Ahmad: 019-378 3100.

DAULATKAN AGAMA, MARTABATKAN BANGSA
Walau semudah mana sekalipun falsafah dan kerangka pemikirannya, tetapi apabila sifat takbur dan kepentingan diri serta puak berleluasa, seseorang tidak akan nampak jua kebenaran.

Inilah yang cuba saya peringatkan pada diri dan semua ketika dihadapkan persoalan – Dilema Melayu.

Saya sedar, pemikiran saya dalam buku Dilema Melayu: Kurang Fikir atau Kurang Zikir, tidak mendapat sambutan yang baik sepertimana input-input saya dalam buku Tentang Cinta, Nota Hati, Di Mana DIA di hatiku dan Mukmin Profesional (hanya buku itu yang tidak diulang cetak lebih  daripada sekali), tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengutarakan ‘pandangan-pandangan di luar kotak’ demi menyumbang sesuatu kepada masyarakat Melayu-Islam kita.

Saya berdoa semoga akan ada nanti pandangan yang membetulkan, melengkapkan atau memperincikan input yang saya tulis itu. Ketika bergaul dan melihat masyarakat – dari Kelantan, ke Selangor dan Kuala Lumpur – saya merumuskan, siapapun inginkan kebaikan, tetapi tidak semua inginkan kebenaran. Semua bencikan kejahatan, tetapi tidak semua bencikan kebatilan.

Kebenaran itu hanya pada Allah dan diletakkan-Nya pada Islam. Menerima Islam (kebenaran), menjemput datangnya kebaikan dan mengusir segala kejahatan. Malangnya, selimut kepentingan diri dan egoa kerap menutup pintu hati kita daripada menerima Islam secara total .

Sikap ‘separuh-separuh’ inilah musuh yang dihadapi oleh para Rasul. Sikap separuh-separuh dalam akidah inilah yang dinamakan syirik! Kita menerima Allah sebagai Pencipta, tetapi tidak menyerah seluruh pengabadikan kepada undang-undang dan peraturan-Nya.

Dan kemudian ia merebak kepada soal syariat dan akhlak. Akhlak kita hanya berfokuskan ‘kebaikan’ bukan kepada kebenaran. Syariat kita caca marba – yang ‘sesuai’ dan bermanfaat material kita ikuti, yang mana terasa mengikat dan menekan nafsu, kita katakan, “tunggu atau nanti dulu!”

Menerusi blog ini selalu saya sentuhkan persoalan cinta dan keluarga… kerana di sana NUKLEAS segalanya. Namun, sekali-sekala saya tidak dapat menahan diri daripada menyentuh soal masyarakat dan negara.

Saya bimbang, persoalan yang mudah dan jelas, seolah-olah sengaja dikusutkan hanya kerana adanya kepentingan diri dan puak – bukan oleh kepentingan agama, bangsa dan negara. Apakah ada dilema antara agama dan bangsa, Islam dan Melayu? Atau dilema itu hanyalah timbul kerana kejahilan dan kedegilan kita? Sama-samalah kita fikirkan. Namun bagi saya… jika Islam didaulatkan, insya-Allah Melayu akan dimartabatkan. Ikutilah tulisan ini sekadarnya…

DAULATKAN AGAMA, MARTABATKAN BANGSA

Kepentingan agama perlu didahulukan-kepentingan bangsa dan bahasa akan menyusul dengan sendirinya.Dimana kekuatan agama, bangsa dan bahasa? Adakah ketiga-tiganya satu atau terpisah? Jika persoalan ini dapat diselesaikan, maka perjuangan menegakkan islam, kepentingan Melayu dan bahasa, akan lebih jelas. Dan tentunya ini akan dapat mengurangkan konflik atau dilema yang kerap berlaku dalam usaha mendaulatkan agama, memperkuatkan bangsa dan memartabatkan bahasa.

Islam adalah pegangan hidup yang tertinggi mengatasai sebarang agama dan ideologi. Allah SWT berfirman:

“Dan Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa agama (sisitem hidup) yang sebenarnya untuk dimenangkan di atas segala bentuk agam (sistem hidup) selainnya, walaupun orang-orang yang syirik tidak menyukainya.” (As Saff: 9)

Ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah SAW:

“Islam adalah tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.” (Riwayat Baihaqi dan Darul Quthni)

Dengan itu, mana-mana bangsa atau golongan yang benar-benar menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, layak untk memperolehi ketinggian darjat selaras dengan ketinggian Islam. Allah SWT telah menegaskan hal ini melalui firmanNya:

“Jangan kamu berasa takut, jang kamu merasa gentar, engkaulah ummah yang tertinggi dan mulia jika kamu beriman.” (Ali Imraan: 139)

Tegasnya, bangsa yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup akan menjadi bangsa yang mulia. Mereka menjadi kuat kerana dengan Islam, mereka akan mendapat taqwa – satu kekuatan yang akan memuliakan manusia, tidak kira apa bangsa atau warna kulit sekalipun.

Bila satu-satu bangsa bertaqwa, maka Allah akan menjadi pembela dalam setiap usaha dan perjuangan mereka. Firman Allah:

“Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 190)

Justeru itu tidak hairanlah, mana sahaja bangsa yang bertaqwa, Allah akan menjadikan mereka penguasa dunia. Firman-Nya:

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman di kalangan kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana telah dijadikanNya khalifah yang berkuasa orang-orang sebelum mereka.” (An Nur: 55)

Sejarah telah membuktikan hakikat ini bangsa Arab yang sebelumnya terkenal jahil, telah bertukar menjadi bangsa yang kuat dan mulia setelah menerima Islam. Dalam jangka masa yang tidak sampai 30 tahun selepas ke-Islamannya, umat Arab telah menjadi empayar dunia. ini telah diakui oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a dengan katanya:

“Kami bangsa Arab kuat dan berkuasa kerana Islam semata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan terhina.”

Ketetapan Allah ini tidak hnaya kepada bangsa Arab, malah, Turki, Mongol, Kurdi, Tartar dan lain-lain juga telah pernah menempa zaman keagungan masing-masing dengan Islam. Inilah rahsia kekuatan yang dibina oleh pemimpin-pemimpin yang bertaqwa di kalangan bangsa-bangsa itu, seperti Nabi Muhammad  dari kalnagn bangsa Arab, Muhammad Al Fateh dari bangsa Turki, Salahuddin Al Ayubi dari bangsa Kurdi dan Timurlame dari bangsa Tartar. Dengan mendaulatkan Islam, mereka menjadi bangsa yang kuat dan mulia.

Bangsa Melayu juga tidak terkecuali daripada ketetapan Allah ini. walaupun bangsa Melayu belum pernah menjadi empayar bertaraf dunia, tetapi Islam telah etrbuktu memuliakan bangsa ini sejak kedatangannya ke NUsantara pada kurun ke-9 Masihi. Setelah menerima Islam, bansa Melayu telah mengalami revolusi dalaman yang merubah mereka menjadi mulia dan bertamadun. Islam telah membebaskan bangsa Melayu daripada kongkongan sistem kasta ajaran Hindu dan feudal,belenggu dongeng keprcayaan animisme, tahyul paganisme, lagenda dan mitos sihir.

Dengan kedatangan Islam, barulah bangsa Melayu dapat menikmati kemerdekaan jiwa dan fikiran berteraskan iman dan ilmu. Lalu dalam masa yang singkat sahaja, bangunlah mereka dengan kekuatan barunya itu, dengan tertegaklah beberapa kerajaan Melayu Islam berpengaruh di Asia Tenggara. Contohnya, kerajan Sriwijaya Islam (dalam bahasa Arabnya Sribudza Islam) yang berhubung rapat degan kerajaan Islam Bani Umayyah di Damsyik, kerajaan Melayu Melaka yang menjalin hubungan dengan Laksamana Cheng Ho (Haji Syed Ho) di China, kerajaan Acheh yang rapat dengan kerajaan Turki Usmaniahdan lain-lain. Kerajaan Melayu Islam ketika itu sentiasa dinaungi oleh empayar-empayar Islam yang lebih gagah didunia Islam yang lain.

Dengan Islamnya bangsa Melayu, mereka menjadi kuat, dan secara automatik bahsa mereka turut berpengaruh. Penerimaan Islam oleh bangsa Melayu telah menyebabkan bahasa Melayu mengalami proses Islamisasi. Dengan masuknya perbendaharaan ‘bahasa Islam’ kedalam bahasa Melayu, bererti satu kekuatan baru telah disuntik pada jiwa bangsa itu melalui bahasanya. ‘Bahasa Islam’ seperti ilmu, muafakat, alim, ulama dan sebagainya sudah cukup untuk membuktikan betapa teras hidup bangsa Melayu telah diperteguh sejak Islam.

Dengan itu, dominasi bahasa Sanskrit yang berhubung rapat dengan agama Hindu-Buddha telah digantikan oleh ‘bahasa Islam’. Bahasa Melayu sudah di-Islamisasikan. ‘Roh’ baru ini sangat rapat hubungannya dengan bahsa Arab dan ajaran Islam. Ini juga merupakan akibat langsung daripada penghapusan adat-istiadat warisan Hindu yang telah digantikan dengan syariat Islam dalam kehidupan bangsa Melayu.

Bahasa adalah jiwa bangsa. Bangsa Melayu dengan penerimaan iman, maka bahasanya juga kian berpengaruh. Inilah rahsia bagaimana bahasa Melayu mampu bertapak kukuh di kalangan etnik Melanesia – nama antropologi bangsa yang tinggal di Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Singapura, Burma, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Afrika Selatan, dan Madagascar.

Akhirnya bahasa Melayu berjaya diangkat sebagai ‘bahasa Islam’ di gugusan Kepulauan Melayu. Para Mubaligh telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa dakwah Islamiyah. Para ulam menggunakannya sebagai bahsa persuratan untuk menterjemahkan kitab-kitab Arab mahupun menghasilkan karya-karya mereka sendiri. Para pedagang menggunakannya dalam urusan ekonomi. Pihak pemerintah, Islam atau bukan Islam, menggunakannya dalam hubungan diplomatik. Pakar hukum menggunakannya dalam menggubal undang-undang.

Oleh itu, apabila Islam berdaulat di seluruh Nusantara, maka bahsa Melayu secara automatik diterima sebagai bahasa rasminya. Faktor inilah yang menyebabkan pemuda-pemudi Indonesia mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa bagi bangsa Indonesia pada tahun 1928, walaupun ada bahasa lain, misalnya Jawa, yang kuat juga pengaruhnya. Bahsa Melayu tetap dipilih disebabkan seluruh Nusantara  di-Islamkan dengan perantaraan ‘bahasa Islam’ itu.

Terbuktilah bahawa hasil perjuangan mendaulatkan Islam, bahasa Melayu telah mencapai martabatnya secara automatik. Bila kepentinagn agam didahulukan, kepentingan bahasa dan bangsa akan menyusul dengan sendirinya. Hasil pendaulatan Islam dari hujung Marauke di Timur Indonesia sehinggalah Pattani di selatan Thailand, hingga hari ini bahasa Melayu  menjadi bahasa pertuturan lebih dari 200 juta manusia,

Bangsa dan bahasa Melayu sangat identikal degan Islam sehingga ada anggapan Islam itu Melayu, Melayu itu Islam walaupun hakikatnya kenyataan itu tidak tepat.

Sungguhpun begitu, dalam mentakrifkan siapakah sebenarnya bangsa Melayu itu, ada pendapat di kalangan intelek yang mentakrifkan Melayu adalah: Bangsa yang memiliki satu agama (Islam) dan satu bahasa (Melayu), bukan lagi ditentukan dengan sempadan geografi. Menurut mereka, Al Quran sendiri mengakui kewujudan umat Arab, bukan kerana mereka tinggal di dunia Arab tetapi kerana mereka berbahasa Arab. Pepatah Arab ada menyatakan:

“Barangsiapa yang bercakap Arab, maka dia adalah umat Arab.”

Seperkara lagi, kedatangan Islam ke Alam Melayu juga membawa bersamanya Al Quran yang wajib dibaca dan difahami oleh umatnya. Dalam proses mempelajari AlQuran inilah bangsa Melayu dapat mengubahsuaikan huruf-huruf Arab untuk digunakan dalam menulis perkataan Melayu. Huruf-hurf inilah yang telah melahirkan tulisan jawi. Dengan adanya tulisan jawi, penggunaan bahasa Melayu semakin meluas dalan bidang pendidikan, ekonomi, perundangan, pehubungan antarabangsa dan kesusasteraan.

Malangnya ‘perjalanan’ bangsa dan bahasa Meayu menuju kemuncak kegemilangannya dengan Islam itu telah tersekat dengan kedatangan penjajah mulai abad ke-16. sasaran Imperialis Barat – Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol – ialah memecah-belahkan kesatuan Melayu yang satu agama dan satu bahasa ini. oleh kerana kekuatan Islam masih muda, ditambah pula dengan krisis dalaman oleh perebutan kuasa dan harta di kalangan umat Melayu waktu itu, maka Barat telah berjaya melumpuhkan bangsa Melayu dengan kekuatan quwwah (lahiriah).

Dengan kekuatan tentera atau tipu daya diplomatik melalui konsep ‘divide and rule’nya. Barat memisahkan bangsa Melayu disebelah Selatan (Indonesia) dari rumpun Melayu lain dan diserahkan kepada Belanda. Melaka diserahkan kepada Portugis, Filipina kepada Sepanyol dan selebihnya kepada Inggeris.

Sama seperti taktik yang dijalankan di negara-negara Arab, Barat mula meniupkan fahaman asabiah supaya kesatuan umat atas dasar seagama dan sebahasa musnah. Semangat asabiah telah mengikis kesatuan jiwa dan fikiran bangsa yang besar oleh satu bahasa dan agama, melalui sempadan geografi yang terbatas.  Inilah yang melemahkan kerajaan-kerajaan kecil Islam di zaman Pertengahan, hingga mereka tidak seia-sekata lagi dalam menghadapi penjajah.

Dalam usaha menawan semula Melaka dari Portugis misalnya, kerajaan Melayu Acheh dan Johor tidak sepakat bahkan kadang-kala berperang pula sesama sendiri. Inilah yang mewujudkan perang tiga segi Porugis-Johor-Acheh, yang amat pelik itu. Dengan ini kesatuan bangsa Melayu yang dahulunya kuat semakin lemah bersama lunturnya perjuangan mendaulatkan agama.

Salah satu strategi Barat untuk melemahkan Melayu ialah memisahkan mereka daripada Islam dengan mencabut ‘roh’ Islam pada bahasa Melayu. Barat berusaha menjatuhkan bahasa daripada agama. Khazanah-khazanah para ulama Melayu berupa kitab-kitab dan manuskrip ilmu dan bukti-bukti keagungan Islam yang pernah terbina di Nusantara dimusnahkan atau ‘dilarikan’ ke negara-negara mereka.

Barat adalah bangsa yang bijak. Tindakan mereka tidaklah seperti bangsa Mongol yang buta huruf ketika membakar jutaan kitab ketika menjarah baghdad. Namun kejahatan atas nama kebijaksanaan, tidak kurang buruknya. Maksud Barat dan Mongol sama sahaja yakni untuk memutuskan keterikatan generasi terdahulu supaya umat Islam yang dijajah hilang jatidiri lalu secara psikologi merasa inferiority complex sebagai satu bangsa kecil yang tidak beridentiti lagi.

Kini setelah puluhan tahun merdeka, segalanya telah mula berubah., setelah mencapai kestabilan politik, kepesatan ekonomi, pembangunan yang memberangsangkan, dan yang lebih penting kesedaran Islam yang tinggi, bangsa Melayu mula mencari kekuatan mereka semula.

Arus kesedaran Islam yang mula melanda Nusantara pada abad ke-9 Masihi telah melanda lagi pada akhir dekad 60-an hingga 80-an. Kali ini bukan untuk meng-Islamkan, tetapi memurnikan lagi Islam yang sedia ada.

Arus kesedaran gelombang kedua ini melanda golongan bawahan. Pada tahun 90-an, arus kesedaran gelombang ketiga mula melanda. Kali ini lebih berpotensi kerana ia melibatkan golongan korporat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik. Hal ini tidak sahaja berlaku di Malaysia dan Indonesia, malah turut berlaku di negara-negara ASEAN yang lain.

Pada ketika inilah sejarah pendaulatan gama seligus memperkuatkan bangsa dan memartabatkan bahasa berulang lagi. Perjalanan yang disekat oleh penjajah dahulu kini bersambung semula. Dunia telah mengakui bahwa bangsa Melayulah yang paling keterhadapan dalam usaha mendaulatkan Islam disamping dalam pencapaian ekonomi.

Malaysia misalnya, telah diakui sebagai negara contoh dalam hal ini. dunia kagum dengan peningkatan amalan-amalan Islam rakyat Malaysia yang terjadi begitu harmoni dalam sebuah masyarakat majmuk.

Kerajaan Malaysia dan juga negara-negara Nusantara yang lain adalah kejayaan bangsa Melayu. Ini tentunya merangsang bahkan ‘memaksa’ dunia antarabangsa mendekati bangsa Melayu secara lebih terperinci. Pemikiranb dan minda Melayu semakin tinggi nilainya. Dah tentunya salah satu aspek yang tidak boleh disishkan selain agama ialah bahasa, kerana bahasa adalah pakaian bagi pemikiran.

Pemikiran, wawasan dan perancangan para ilmuwan, pemimpin dan aktivis Melayu kini mula terserlah detelah terpendam puluhan tahun angkara penjajahan. Sarjana-sarjana luar negara pasti menanti-nanti untuk mendalami pemikiran ini yang tentunya secara first hand diluahkan dalam bahasa Melayu.

Hasrat untuk mengetahui ucapan dan tulisan bangsa Melayu boleh dibuat dengan cara penterjemahan, tetapi untuk menjiwai pemikiran Melayu tentulah dengan mempelajari bahasa Melayu itu sendiri. Sungguhpun begitu, usaha penterjemahan tulisan dan ucapan itu juga akan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Tidak hairan di tengah keghairahan membesarkan lagi keluarga ASEAN dengan memasukkan sekali Vietnam dan Myanmar, bahasa Melayu akan diterima sebagai bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka di Kuala Lumpur baru-baru ini. jalan ke arah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa teknologi, bahasa diplomatik sudah direntang.

Malah, tidak mustahil mungkin juga jalan-jalan ke arah menjadikan Melayu ‘bahasa Islam’ di Nusantara sepertimana yang berlaku dalam sejarahnya. Apakah ini kaedah bahasa Melayu mencapai tahap globalisasi selaras dengan pandangan para intelek seperti Malek Ben Nabi, Alvin Toffler dan Prof. Fazlur Rahman tentang dominasi Islam Alam Melayu pada masa akan datang?

Jika track record berdasarkan sejarah bangsa-bangsa yang pernah menjadi empayar diambil kira, hal ini boleh dicapai dengan syarat 200 juta bangsa Melayu benar-benar serius dalam mendaulatkan agama. Dengan Islam menjadi matlamat, bangsa dan bahasa menjadi alat, maka Allah akan diagungkan dengan sifat taqwa.

Bila bertaqwa, bangsa yang kecil sekalipun, akan besar kerana membesarkan Allah. Betapalah bengsa Melayu, bangsa yang memang besar…

KETUANAN IMAN
Politik sebahagian daripada kehidupan. Dan Islam itu adalah cara hidup. Justeru, bagaimana kita boleh memisahkan daripada politik. Samada seorang pelajar, daie atau siapa sahaja politik pasti ‘menyentuhnya’.

Telah saya nyatakan beberapa pandangan tentang politik lewat buku saya DILEMA MELAYU: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR. Namun, samada bersahaja atau serius saya tetap ditanya dan bertanya tentang perkembangan politik kontemporari di negara kita.

Sekadar memberi pandangan, maka saya tuliskan sebuah puisi…

‘KETUANAN’ IMAN

Dilema perjuangan  Melayu atau Islam…

satu prajudis atau kenyataan?

Satu realiti atau ilusi?

Mari kita bicarakannya lewat puisi

Berwacana di persada kata nan indah

Merangkai minda disulaman madah

Agar bahangnya tidak begitu menyerlah

Agar dapat segalanya direnungi…

tanpa emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan…

Agama kita sama, syahadah kita serupa

Tapi mengapa mesti berpecah?

Kedua mari kita renungkan

Bangsa kita sama,  darah kita serupa

Tapi mengapa mesti bertelagah?

Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya

lebih mudah menyatukan kita

kerana agama dan bangsa kita sama

akidah kita Islam, kabilah kita Melayu…

tapi kenapa sukar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza

Agama didakwa punca sengketa

cintakan Islam telah dipolitikkan

kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan…

Islam disinonimkan dengan parti

Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah

Kasihkan watan dituduh asabiah

Melayu dan Islam bagai bertentangan

Keduanya saling berkonflik

Islam menggugat semangat patriotik

Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?

seolah-olah satu dilema

satu ke Timur satu ke Barat

tak mungkin tersatu dalam muafakat

benarkah itu satu hakikat

atau itu hanya satu muslihat?

Lain tersirat lain tersurat?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut

Berbicara secara tulus dan telus

Merujuk ke dasar, menyelam ke akar

Putuskan rantai kepartian…

Yang membelenggu mata dan fikiran

Putuskan sentimen ketaksuban…

Yang mengaburi fakta dan kenyataan

Marilah  sama-sama bercerminkan nasib bangsa

Dari jurus misi agama!

Islam agama yang menyatukan

Justeru itulah perintah Tuhan

Apabila manusia sama-sama beriman

Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan

Iman dan persaudaraan – lazim berlaziman

Yang paling kuat tauhidnya kepada yang Esa

Dialah yang paling mesra dalam bersaudara

Bila kukuh ‘habluminallah’ yang vertikal

akan teguhlah ‘habluminannas’ yang horizontal

Itulah silahturrahim – ‘hubungan’ intim atas nama Ar Rahim

Bila beriman ertinya yakin

Bila yakin ertinya terikat…

Terikat dengan syariat – peraturan dan hukum Tuhan

Yang wajib ditegakkan

Yang haram ditinggalkan

Yang sunat jika mampu dilaksanakan

Yang makruh jika mampu ditinggalkan

Yang harus – terpulang,

bebas untuk buat pilihan

Inilah 5 hukum dari Al Quran

Yang bila semua meyakini dan mengamalkan

secara otomatik terbentuklah perpaduan

Inilah maksud firman Allah:

“Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (peraturan Tuhan) dan janganlah kamu berpecah-belah.”

Melayu juga faktor penyatu

Kerana ikatan darah itu adalah fitrah…

Cintakan bangsa adalah naluri hati

Yang tumbuh secara tabie

- jika bangsa terjajah, jiwa tersiksa …

Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata

- jika bangsa mundur, hati terdera…

Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha

Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi

Adalah nyawa, citra dan identiti

Bangsa yang lemah, akan kalah

Bangsa yang mundur, akan terkubur

Bangsa yang kuat, akan berdaulat

Yang miskin dibela  oleh agenda ekonomi

Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran

Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!

…selagi Melayu menguasai pemerintahan

… selagi “Hak istimewa Melayu’ maktub dalam perlembagaan

selagi itu keduanya dikekalkan

Begitulah yang dipegang sebagai rujukan

Tapi selama mana Melayu dapat mengusai pemerintahan?

Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?

Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan…

Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?

Jika hanya berpegangkan semangat bangsa tanpa roj agama

Melayu tidak kukuh iman tak layak menjadi tuan

Bumi ini diwariskan hanya untuk hamba yang beriman

Begitu yang termaktub dalam Al Quran

Islam dan Melayu boleh diserasikan

Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH

Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan

Bila membela Melayu yang miskin….

Itu tanggung jawab bangsa dan itu juga tuntutan agama

Membantu Melayu yang bermasalah…

itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabillah

Lalu… satukanlah fitrah dengan hidayah!

Hanya hamba yang beriman layak menjadi tuan

Jadi pemimpin dengan penuh kerendahan

Memikul amanah penuh keikhlasan

Agama dan bangsa bukan milik organisasi

justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti

Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual

“Hubbul Watan minal Iman”

Musuh bangsa dan agama cuma satu – dia yang dikuasai nafsu

Lalu awasilah sihamba nafsu yang punya kepentingan diri…

dalam barisan perjuangan bangsa

dan saf perjuangan agama!

Hakikatnya dia bukan pejuang bangsa

Dan dia pun bukan mujahid agama…

Hanya pejuang kepentingan diri dengan jubah agama

Hanya pejuang nafsu dengan baju Melayunya!

(Sahabat dan saudara,

Aku insan kerdil yang berkongsi kebimbangan

Lalu dengan rendah hati ku hulurkan satu peringatan

Mana tahu kalau tulisan kecil ini boleh dijadikan sedikit panduan?)

BOLEH PERCAYA KE?
Bila menyebut tentang pemimpin, kita bercakap tentang pengaruh. Pemimpin mesti individu yang berpengaruh.

Dan bila bercakap tentang pengaruh, kita tidak dapat memisahkannya dengan kepercayaan. Bila orang percaya, pengaruh kita kuat dan kepimpinan kita pun mantap.

Justeru, Rasulullah saw itu, sebelum dilantik menjadi pemimpin (Rasul) pun sudah dipercayai orang sehingga digelar Al Amin.

Berbeza dengan sekarang, setelah dilantik menjadi pemipin, orang semakin hilang kepercayaan.

Dek pandainya bercakap, berhujah dan berkempen, dia terlantik. Tetapi apabila menjadi pemimpin, baru tembelang dan ‘temberang’nya ketara.

Semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal seperti yang dikatakan pada awal tadi,  syarat utama seorang pemimpin ialah dipercayai. Itulah yang cabaran dan hambatannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,

but then came Vietnam;

We thought we could trust the politicans,

But then came Watergate;

We thought we could trust the engineers,

But then came the Challenger disaster..

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya.  Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti. Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta. Kepercayaan lebih utama.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, anda boleh lihat betapa kita sering menerima ‘isyarat’ yang berbeza-beza daripada mereka yang bergelar pemimpin. Tidak kiralah pemimpin di peringkat mana – samada di peringkat keluarga, organisasi atau yang lebih daripada itu. Cakap lain, buat lain. Kita sering tertanya-tanya apakah bermuka-muka itu satu skill kepimpinan masa kini?

Malah kelihatan, semakin lama memimpin, semakin pandai pula bercakap berbelit-belit. Cuba kita lihat benar-benar cakap-cakap orang yang bergelar pemimpin – ucapan, kata-kata dan saranannya kekadang berbeza-beza mengikut tempat, audiens dan majlis yang berbeza-beza. Subhanallah… mudah-mudahan Allah selamatkan diri kita menjadi pemimpin yang begitu. Usahkan orang lain, anak isteri sendiri tidak akan akur dan taat!

DWI WAJAH POLITIK DI DALAM MASJID…
Saya telah diminta pandangan tentang politik di dalam masjid… Isu ini telah menjadi begitu kontroversi kini.

Dan telah berkali-kali juga saya berkata, “saya hanya seorang daei (pendakwah), itupun masih bertatih. Saya bukan pakar siasah.”

Seorang pengunjung blog menasehati saya untuk mendalami politik Islam, insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya.

Namun, semasa saya sedang belajar, saya juga belajar untuk mengutarakan pandangan… justeru pendakwah juga perlu dan wajar menyentuh tentang politik, bukankan Islam itu cara hidup? Dan politik adalah sebahagiaan daripada hidup ini.

Saya berdoa, agar diperbetulkan jika tersalah. Pandangan dalam politik, pastinya menimbulkan pro-kontra yang tidak sudah-sudah. Ya, mudah-mudahan keikhlasan jua yang membuka pintu hati kita agar berpesan-pesan dengan penuh kesabaran dan kebenaran.

Di kesempatan ini, izinkan saya memuatkan kembali tulisan saya dalam buku Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir dalam tajuk DWI WAJAH POLITIK DI DALAM MASJID… Mudah-mudahan jika ada yang benar diterima , dan PASTI ada yang salah, mohon mendapat teguran. Insya-Allah…

AGENDA Islam dalam agenda politik semasa sepatutnya akan lebih membersihkan dunia politik yang selalu disifatkan sebagai ‘a dirty game’. Ini selaras dengan sifat Islam sebagai agama yang suci dan menyucikan. Jika apa yang diperjuangkan oleh parti politik (tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang) benar-benar Islam, langkah itu tentunya akan menghasilkan keadaan yang lebih positif. Islam sudah sewajarnya mempunyai membersihkan dunia politik dan ahli politik.

Anehnya, perkara ini tidak berlaku. Malah politik kelihatan menjadi lebih kotor apabila elemen ‘Islam’ dimasukkan dalam persaingan parti-parti politik. Justeru, kini telah timbul satu persoalan apakah politik telah di’Islam’kan atau Islam yang telah dipolitikkan?

Satu isu yang sangat berkait rapat dengan persoalan ini ialah kaitan antara institusi mesjid dengan politik. Ada pihak, beranggapan bahawa institusi mesjid seharusnya bebas dari sebarang kegiatan politik. Menurut mereka, para imam dan khatib tidak sewajarnya menggunakan khutbah dan kuliah agama sebagai platform politik. Agama dan politik mesti dipisahkan. Tanggapan ini ada benarnya jika politik dilihat dalam realiti semasa.

Umum kini melihat politik bukan lagi dari aspek ilmu dan falsafahnya, tetapi lebih diwarnai oleh perilaku parti dan gelagat ahli politik. Kebanyakan kita melihat politik sebagai satu gelanggang perebutan kuasa, penggunaan wang, pertelagahan diantara ahli-ahli parti, pembelotan dan tipu muslihat.

Menjelang pemilihan pemimpin dalam sesebuah parti mahupun persaingan antara parti dalam musim pilihanraya, kita akan melihat bagaimana kaedah-kaedah yang tidak bermoral akan digunakan untuk mencapai kemenangan. Kata mengata, cerca mencerca  misalnya, sudah menjadi suatu yang lumrah dan hampir diterima sebagai satu budaya politik semasa. Jika inilah wajah politik yang ada, maka wajarlah mesjid diselamatkan dari ‘kekotoran’ itu. Politik yang semacam ini bukan sahaja tidak layak dibawa masuk ke dalam mesjid, malah di luar mesjid pun tidak layak diamalkan!  Manakala ada pihak yang lain pula, beranggapan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Oleh kerana politik adalah satu cabang dari ajaran Islam maka para khatib, imam dan bilal berhak menyentuh isu-isu politik kerana ia memang satu persoalan dalam kehidupan. Bukankah Islam adalah satu cara hidup, hujah mereka. Oleh itu tidak salah jika mesjid dijadikan platform untuk menyentuh soal-soal yang ada kaitannya dengan politik.

Tanggapan ini juga ada benarnya, dengan syarat politik dilihat dari segi erti, falsafah dan peranannya yang sebenar.  Istilah politic bermakna, ‘the arts and sciene of government’. Atau ‘siasah’ dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna, ‘to lead, to guide, to conduct, to direct’. Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, mesjid bukan sahaja boleh dijadikan tempat berpolitik bahkan mesti dijadikan pusat kegiatan politik.

Dalam konteks ini politik dilihat sebagai satu urusan kepimpinan yang hakikatnya adalah amanah Allah kepada manusia. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, setiap kita adalah gembala (pemimpin) dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Urusan ini  sangat penting dalam ajaran Islam justeru kepimpinan (politik) adalah satu alat untuk menegakkan ubudiyah kepada Allah swt. Lantaran itu politik menjadi sesuatu yang bersih kerana ditunjangi oleh akidah yang mantap, dipantau oleh syariat dan dihiasi oleh akhlak.

Sejajar dengan ini, Rasulullah dan para sahabatnya telah menjadikan mesjid sebagai tempat perbincangan dan mesyuarat untuk memimpin dan mentadbir manusia. Dari mimbar mesjidnyalah Rasululah saw menjelaskan tanggung-jawab pemimpin, peranan rakyat jelata, prinsip keadilan, susunan masyarakat, pembangunan ekonomi, pendidikan dan lain-lain urusan kepimpinan.

Sayidina Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman ibn Affan, Ali bin Abi Talib dan Umar ibn Aziz telah membuat ucapan pertama  selepas perlantikan mereka sebagai khalifah di mimbar-mimbar mesjid. Ucapan mereka penuh rasa takut dan gentar kepada Allah atas jawatan yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka. “Aku bukanlah manusia yang terbaik untuk urusan ini,” kata Sayidina Abu Bakar. “Jika Umar tersalah, maka betulkanlah dia,” kata Umar Ibn Khattab.  Inilah petikan kata dari para pemimpin apabila politik telah di’Islam’kan.

Pada ketika ini politik lebih berpusatkan kepentingan rakyat (people-centered) bukan berpusatkan diri pemimpin (politican-centered). Kepimpinan bukan matlamat tetapi alat untuk melaksanakan tanggung-jawab. Jawatan tidak dilihat sebagai satu anugera malah dilihat sebagai satu amanah. Lantas ia sesuatu yang mesti dielakkan, sekiranya boleh berbuat demikian seperti doa Umar Ibn Aziz, “ya, Allah jauhkan jawatan khalifah daripadaku seperti dijauhkan Timur dari Barat.” Tetapi jika terlantik juga ia mesti dipikul dengan penuh rasa takut, cemas dan bimbang kepada Allah. Inilah warna indah apabila politik berjaya ‘diIslamkan’.

Sebaliknya, jika Islam pula yang ‘dipolitikkan’, kepimpinan akan berserabut dengan cita-cita peribadi dan kepentingan puak.  Ahli politik bukan sahaja terpaksa bergelut dengan lawan mereka dari parti lain malah dengan anggota separti. Realiti ini boleh dilihat samada dalam kempen pilihanraya umum ataupun kempen pemilihan pucuk pimpinan parti. Kempen pilihanraya yang sepatutnya menjadi saluran untuk meyakinkan pengundi tentang dasar parti, kemampuan calon dan perubahan yang ingin dibuat telah bertukar menjadi medan caci-maki, hasut-menghasut, ejek-mengejek diantara parti-parti tersebut.

Manakala dalam kempen pemilihan pula, budaya politik wang, surat layang, buku fitnah dan bermacam-macam gejala negatif telah pun berlaku.  Rakyat yang sepatutnya diberi peluang untuk membuat penilaian tentang kreadibiliti calon, rekod pencapaian parti, manifesto perjuangan telah terheret dalam kancah permusuhan yang begitu serius. Lebih malang lagi bila permusuhan itu berlarutan walaupun musim pilihanraya atau tempoh pemilihan telah berlalu. Pendekata, saluran penerangan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat menerusi kempen pilihanraya telah bertukar menjadi saluran pergeseran yang merbahaya.

Prinsip Machiavelli tidak seharusnya dibiarkan mendominasi senario politik Tanah Air. Islam tidak boleh terus menjadi semacam ‘bahan komoditi’ yang menjadi alat politik semata-mata. Kita tidak boleh melanggar nilai-nilai Islam dengan alasan untuk menegakkan Islam. ‘Orang politik’ tidak sewajarnya lagi dilihat hanya sebagai individu aktif dalam sebuah parti yang merayu rakyat menyokong partinya agar dia sendiri mempunyai tempat dan kedudukan dalam parti tersebut. Sebaliknya, dia wajar dilihat sebagai  individu yang dapat membawa diri, rakyat dan negaranya menerusi bidang politik untuk mencapai kebaikan dunia dan akhirat.

Pada saya jika politik difahami dalam ertikata yang luas, ia sebenarnya  bukanlah merupakan tanggung-jawab parti-parti politik dan orang politik sahaja. Isu politik dan isu kepartian walaupun berkait rapat tetapi ia tetap dua perkara yang berbeza. Usaha untuk menegakkan kebaikan, kebajikan, keadilan, kasih-sayang, keamanan dan kemakmuran yang merupakan tujuan-tujuan penting dalam politik, adalah tugas semua anggota masyarakat.

Ia adalah urusan politik dan bukan urusan parti politik. Tugas ini tidak terhad kepada orang politik dan parti politik sahaja tetapi ia adalah tugas para imam, bilal, korporat, teknokrat, buruh, nelayan malah sesiapa sahaja. Tugas ini pula mesti dilaksanakan di seluruh tempat samada di mesjid, parlimen, kilang, pejabat, pusat pengajian atau di mana sahaja. Kita semua harus matang dalam berpolitik, yakni mampu membezakan antara urusan politik yang lebih umum dengan urusan politik kepartian yang lebih khusus.

Yang penting dalam apa jua keadaan, samada dalam urusan politik umum atau politik kepartian, kita hendak terikat dengan ajaran Islam Islam.  Politik adalah alat, manakala Islam itu adalah matlamat. Oleh itu apa jua persolan dalam politik mestilah ditujukkan dan tunduk kepada akidah, syariat dan akhlak Islamiah.  Mana-mana pihak (samada individu atau kumpulan) yang berjaya mempertahankan prinsip ini tetap dianggap menang sekalipun kalah dalam pilihanraya.

Sebaliknya, parti yang gagal mempertahankan prinsip ini tetap dianggap kalah sekalipun memenangi dalam pilihanraya. Islam menolak prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’. Kalah dan menang pilihanraya memanglah satu faktor yang kritikal dalam politik kepartian tetapi ia bukanlah faktor penting dalam urusan politik yang lebih umum. Bakti, pengorbanan dan kerja keras masih boleh dicurahkan kepada rakyat dan negara tanpa terikat oleh blok kepartian atau musim pilihanraya.

Adalah menjadi harapan kita agar semua pihak memahami benar akan hakikat politik ini. Jika ini berjaya dicapai, urusan politik akan dapat dilaksanakan dalam suasana yang lebih aman, harmoni dan kasih-sayang. Walaupun dalam arus politik perdana persaingan dan pertandingan tidak dapat dielakkan, tetapi persaingan dan pertandingan itu boleh dilaksanakan secara sihat  dan bersih. Apabila persaingan kepartian tamat, semua pihak akan kembali merapatkan barisan untuk meneruskan urusan politik umum. Majoriti 2/3 dan minoriti 1/3 akan bertaut semula menjadi satu (3/3) semula.  Titik perbezaan tetap ada, namun titik persamaan masih banyak dan boleh dilaksanakan bersama-sama. Biarlah hanya ahli parti politik sahaja yang terus ‘berpolitik’ tetapi rakyat mesti kembali bersatu tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan bangsa.

Inilah yang telah berlaku semasa pemerintahan Khalifah Uthman ra dan Khlaifah Ali. Walaupun  keadaan politik di pusat pemerintahan mereka bergolak, namun dakwah, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, ilmu dan empayar  Islam terus berkembang ke seluruh dunia. Sesungguhnya, persaingan dalam arus ‘politik yang diIslamkan’, tidak akan menghalang perkembangan Islam sekalipun terjadi perselisihan. Justeru, persaingan kerana  berbeza pandangan atas matlamat yang sama – (the same difference) adalah suatu yang akan memberi manfaat kepada ummah. Sebaliknya persaingan dalam arus ‘Islam yang dipolitikkan’ akan memudaratkan ummah justeru perbezaan itu adalah disebabkan oleh matlamat yang telah berbeza. Renungilah hakikat ini. Mungkin renungan itu nanti boleh mendinginkan sedikit suasana politik yang kian membahang ini…

Akhirnya itu, soal mesjid boleh atau tidak dijadikan tempat berpolitik sebenarnya bergantung kepada bagaimana politik itu ditakrif, ditafsir dan dipraktikkan. Jika politik ditakrifkan dan dilaksanakan dengan tepat mengikut Islam, maka mesjidlah tempat yang paling sesuai untuk berpolitik. Sebaliknya jika takrifnya tersasar atau dilaksanakan dengan cara yang salah,  maka sewajarnyalah mesjid ‘diselamatkan’ dari sebarang aktiviti politik.

DIPERCAYAI LEBIH UTAMA DARIPADA DICINTAI
Ramai sahabat yang menggiat agar saya mengulas  isu-isu politik kontemporari. Tetapi saya belum tergerak untuk itu. Sikap tidak berpihak kepada mana-mana parti politik bukan ertinya saya tidak berpendirian. Tetapi itulah pendirian saya.

Politik terlalu kompleks dan saya tidak punya ilmu, maklumat dan pengalaman mendalam mengenainya. Jadi biarlah saya menulis sesuatu yang benar-benar saya fahami, hayati dan rasai. Biarlah orang yang benar-benar “ahli” menanganinya. Jika tidak, yang keruh akan bertambah hodoh!

Pernah saya mendapat teguran daripada seorang pengunjung blog yang menyifatkan jalur dakwah berbanding siasah yang saya pilih sekarang adalah suatu langkah yang tidak praktikal dan tidak sunnah.

Saya diamkan saja, namun tegurannya saya paparkan. Tentu dia punya sebab untuk berkata demikian, saya hormatinya. Dan saya juga ada sebab untuk bersikap begini. Saya harap pendirian saya juga dapat difahami. Mudah-mudahan kita semakin  matang menguruskan perbezaan dan memanfaatkan persamaan.

Sebahagian pandangan politik saya telah saya jelaskan dalam buku DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR? Insya-Allah, sedikit sebanyak input-input dalam buku itu mula dihadam oleh khalayak. Soal diterima atau ditolak, itu soal kedua.  Sekurang-kurangnya saya sudah berbuat sesuatu untuk menyatu padukan saudara seagama dan sebangsa.

Selain itu saya terus melaksanakan berbagai-bagai program latihan dalam agensi swasta, badan-badan korporat dan kerajaan serta tazkirah-tazkirah di surau & masjid. Dengan keterbatasan waktu, saya turut menulis beberapa buah buku dan artikel-artikel di dalam majalah. Mudah-mudahan, dalam usaha memperbaiki diri sendiri… dapat disepadukan untuk menyeru orang lain.

Mudah-mudahan  Allah izinkan  kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.

Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

“We thought we could trust the military,

but then came Vietnam;

We thought we could trust the politicans,

But then came Watergate;

We thought we could trust the engineers,

But then came the Challenger disaster..

Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya.  Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.

Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!

KALAU BENAR INGIN MENDAHULUKAN RAKYAT!
Bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat? Ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik-tolakkan sistem keyakinan (tauhid), pandangan hidup (“mind-set”) dan asas nilai yang kukuh. Langkah “back to basic” (kembali kepada fitrah) ini mestilah bermula dengan membina sifat ikhlas dalam diri ahli-ahli politik.

Satu ketika dahulu, gagasan berpolitik sebagai satu ibadah pernah diuar-uarkan. Gagasan itu seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan parti politik untuk bermuhasabah apakah prinsip, pendekatan dan pelaksanaan agenda politik mereka sudah boleh dianggap ibadah?

Kita sangat mengalu-alukan jika saranan itu dibuat dengan hati yang tulus dan serius. Siapa yang tidak inginkan pejuang agama, bangsa dan negara yang ikhlas? Pembinaan sifat ikhlas tentulah bermula dengan meletakkan segala urusan atas niat kerana Allah.

Lalu apa maksudnya “kerana Allah” dalam berpolitik? Sebagai permulaan, tujuan politik itu mestilah dikaitkan dengan tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah yakni menjadi hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi.

Untuk menjadi hamba Allah, ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakatnya untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada-Nya. Ini soal akidah. Dan sebagai khalifah ahli politik mesti mampu mengurus, mentadbir serta memakmurkan muka bumi ini secara bijaksana dan profesional berpandukan peraturan (syariat) Allah.

Dalam konsep berpolitik sebagai satu ibadah, Allah mesti menjadi paksi segala dorongan (“God Centred”).   Pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara mestilah berpandukan syariat. Inilah teras sifat ikhlas, yakni merasakan berbuat atau meninggalkan sesuatu hanya kerana dan untuk Allah.

Keikhlasan hanya akan dapat diperkukuhkan jika iman disuburkan, syariat diamalkan. Pada ketika itu kedudukan dan jawatan dilihat sebagai satu amanah bukan lagi satu anugerah. Politik akan dilihat sebagai satu peluang untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah  di muka bumi.

Dengan menghayati konsep tersebut barulah lahir ahli politik yang benar-benar bertanggungjawab (sanggup menanggung dan menjawab di depan Allah apabila dipersoalkan di akhirat kelak). Di akhirat nanti apa yang kita tanggung di dunia, akan disoal dan kita mesti menjawabnya di hadapan Allah.

Bagi ahli politik jenis ini, kerja-kerja politik adalah juga urusan ibadah yang tidak hanya melibatkan soal kepentingan diri dan parti di dunia tetapi berkait terus dengan amanah Allah dan nasibnya di akhirat.

Bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep politik sebagai satu ibadah ini, maka dengan sendirinya kepentingan rakyat akan di dahulukan. Mendahulukan rakyat bererti “mengemudiankan” diri sendiri. Sikap mengutamakan kepentingan orang lain bukan mudah dicapai kecuali oleh mereka yang benar-benar beriman.

Hanya orang beriman sahaja yang boleh mencintai orang lain seperti mana mencintai diri sendiri. Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencinta saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”

Yakinlah, hanya dengan pendidikan iman akan melahirkan ahli politik yang ikhlas. Dan hanya ahli politik yang ikhlas mampu mendahulukan kepentingan rakyat!

CATATAN PERJALANAN : Dilema Melayu-Islam
“Beribadahlah sebanyak-banyaknya sehingga kamu letih untuk melakukan maksiat!Ungkapan hukama itu menerjah hati saya sepanjang perjalanan KL-IPOH. Sebuk memang sebuk, tapi apakah kesebukan ini jadi ibadah? Ya, saya berharap sangat mudah-mudahan keletihan ini kerana ibadah, doa saya dalam dengus nafas yang perlahan. Ya, hari-hari yang berlalu terlalu laju. Pulang dari Sri Pengantin Resort di Janda Baik, saya terus berkejar ke Ipoh. Dan akan terus ke Lembah Azween di Hulu Langat, mengendalikan program penghayatan nilai rakyat melalui solat.

Blog ini hanya dapat dijengah sepintas lalu. Saya ucapkan terima kasih yang sudi singgah dan kepada mereka yang meninggalkan “bekas” saya mohon maaf jika tidak dapat memberi respons dengan segera. Walaupun tidak sempat menulis untuk membalas, saya kepilkan sekilas doa untuk semua. Itu insya-Allah, lebih cepat kelajuannya… Teringat bagaimana satu ketika Sayidina Ali ditanya, berapa jauh antara langit dan bumi? Beliau menjawab,”hanya sekilas doa yang mustajab!”

Oleh sebab keletihan, saya terpaksa menaiki bas sahaja ke Ipoh awal minggu ini. Bertolak dari stesen bas jalan Duta jam 9 pagi. Dijangka sampai awal tengah hari dan akan mula membentangkan kertas kerja jam 8.30 malam. Saya tidak mampu memandu sendiri, kerana terlalu keletihan. Tempoh di dalam bas saya gunakan sepenuhnya untuk berehat. Sampai sahaja di Ipoh, terus menaiki teksi menuju Hotel Casuarina tempat dijadualkan berlangsungnya majlis muzakarah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak.

Walaupun kedua ibu-bapa saya di Ipoh, saya tidak terus ke sana. Saya khuatir dengan keletihan dan fokus saya pada apa yang hendak disampaikan nanti, saya “terkurang” melayani mereka. Lagipun, baru dua minggu yang lalu saya menziarahi mereka. Insya-Allah, lepas solat Subuh esok saya akan menziarahi mereka. Dalam diam, saya terus berdoa, semoga tindakan saya itu dimaafkan oleh mereka nanti dan diampunkan Allah. Reda Allah itu letaknya pada reda ibu-bapa.

Sepanjang petang saya menghabiskan masa meneliti kembali kertas kerja DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR. Bukan mudah untuk menyesuaikan – “tune” semula fikiran,  kembali kepada aliran dan gelombang subjek yang baru setelah “bergelumang” dengan soal “Solat sebagai mekanisme pembentukan peribadi” yang menjadi teras modul bersama  40 kakitangan Takaful Ikhlas  yang dilaksanakan dalam sejak tiga hari sebelum itu.

Malam itu, saya diamanahkan untuk membentangkan kertas kerja pra-muzakarah yang akan dimulakan secara rasminya esok. Alhamdulillah, dengan kerjasama ustaz-ustaz di Jabatan Mufti yang banyak  membantu saya dapat menyelesaikan soal teknikal, pembentangan itu berjalan lancar dengan dihadiri oleh mufti-mufti dan wakil mufti seluruh Malaysia, pemimpin-pemimpin politik dan “activist-acitivist” agama dan badan-badan NGO. Tidak kurang juga pegawai kerajaan dan swasta yang turut hadir pada malam itu.

Walaupun agak “panas” alhamdulilah muzakarah malam itu berjalan baik. Saya berdiri atas posisi “daie” yang “tidak ke mana-mana tetapi ada di mana-mana” – maksudnya tidak berpihak, bukan tidak berpendirian. Saya tegaskan dahulu skop perbincangan yang hanya berlegar dalam konteks di Malaysia. Dan saya teguhkan juga pendekatan saya dalam muzakarah adalah dakwah dan tarbiah bukan siasah – ada perbezaan tetapi tidak semestinya bertentangan.

Terbukti, penjelasan awal itu memudahkan saya memberi respons kepada soalan yang datang bertalu-talu sebaik sahaja sesi soal jawab dibuka. Jarang saya lihat suasana yang tidak emosional ketika berbincang soal-soal panas seperti malam itu. Alhamdulillah, sahabat daripada parti PAS dan UMNO, kerajaan dan bukan kerajaan sama-sama “cool” menghadapi perbezaan dan kelainan pendirian. Siapa sangka dalam suasana negeri Perak yang masih “membara” itu, satu muzakarah dapat dilaksanakan tanpa nyala marah dan letusan emosi.

Saya tegaskan perbezaan tidak semestinya satu pertentangan. Malah perbezaan itu satu keindahan jika mampu diuruskan dengan baik. Inilah cabaran orang Melayu-Islam masa kini – kita masih kurang matang untuk menguruskan perbezaan dan memanfaatkan persamaan. Jika kita tidak dapat membentuk satu hubungan berdasarkan “perkongsian bijak” apakah hubungan berasaskan “persaingan sihat” pun tidak dapat diusahakan? Bukankah kita sama-sama masih Melayu dan masih mengaku beragama Islam?

Pendekatan dakwah berbeza dengan pendekatan menghukum – “approach” seorang daie dan mufti agak berbeza. Katalah, seorang kaki botol meminum arak sebanyak 10 botol sehari. Apabila diseru berkali-kali, dia bersetuju untuk mengurangkan kadar bilangan botol yang diminum kepada 9 botol sehari. Jika ditanya kepada tukang hukum, para mufti… apa bezanya hukum minum 10 botol arak dengan 9 botol? Tentu jawabnya, tidak ada beza. Arak tetap haram diminum walaupun setitis!

Itu jawapan tukang hukum. Ya, benar, betul. Tetapi pendakwah melihat dari sudut yang berbeza. Jika diseru berkali-kali, kaki botol itu telah bersetuju mengurangkan bilangan botol arak yang diminumnya menjadi 9, maka jika dilipat-gandakan usaha menyedarkannya ada harapan yang 9 botol itu berkurang menjadi, 8, 7 dan seterus berhenti secara total. Ini pandangan pendakwah. Pengurangan yang sedikit (pada tahap kemungkaran) itu sebenarnya pun sudah satu “kemenangan” bagi pendakwah.

Begitu juga dalam menghadapi kematian saudara-saudara baru yang mayatnya menjadi rebutan. Semua itu berlaku apabila status keislaman saudara-saudara itu (semasa hidupnya) jadi pertikaian. Akibatnya, mayat itu jadi rebutan. Orang Islam hendak mengebumikan mayat di perkuburan Islam, manakala “sanak saudara” simati yang bukan Islam hendak mengebumikan di tanah perkuburan agama mereka.

Jika pakar undang-undang sebuk bagaimana hendak melindungi hak pengurusan jenazah Allahyarham melalui undang-undang, pendakwah mungkin melihat insiden itu dari sudut pandang yang lain. Kenapa umat Islam hanya sebuk apabila saudara baru telah meninggal dunia? Padahal semasa dia hidup kita tidak sibuk berdakwah, mendidik bahkan membelanya agar dia berani mendedahkan, mengamalkan dan komited dengan Islam secara terang-terangan?

Kenapa kita tidak berebut-rebut ketika simati masih hidup – berdakwah dan mendidiknya – agar dia hidup secara Islam? Ironi sekali, hanya setelah dia mati baru kita berebut-berebut hendak “mengislamkan” cara pengebumiannya? Saya tidak menolak kepentingan pendekatan undang-undang untuk melindungi hak jenazah tersebut atas kita. Tetapi hak-hak mualaf semasa dia hidup seperti mendapat pembelaan dari segi fizikal, material, perasaan, akal dan jiwa) tentunya perlu utama didahulukan.

Dalam sesi soal jawab juga saya cuba menekankan (dengan nada satu pesanan), bahawa kita seharusnya membatasi amalan “politicing” – jangan setiap masa, ketika dan perkara. Biarlah bermusim. Pertikaian dalam urusan pemerintahan dan pemilihan pemimpin jangan sampai merencatkan perkembangan ilmu, ekonomi, dakwah dan lain-lain. Jangan semua terlibat di sana. Jangan ditinggalkan posisi yang penting hanya untuk terlibat dalam soal politik.

Mari kita imbau pertikaian politik antara Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah – pertikaian yang terlalu seru hingga melibatkan pertumpahan darah atas ijtihad masing-masing dalam soal siasah. Sejarah (dicatat oleh Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin) betapa ada sahabat-sahabat utama Rasulullah yang mengambil sikap berkecuali. Dan yang paling penting, perkembangan Islam di sudut ilmu, dakwah Islamiah, ekonomi, budaya dan peluasan daerah Islam tidak terencat langsung.

Ya, mungkin ada yang berhujah pertikaian Melayu-Islam sekarang apakah boleh disamakan dengan pertikaian Sayidina Ali Vs Muawiyah? Saya saya akui, pertikaian itu berbeza dasar dan prinsipnya. Tetapi apa pun, Melayu di sebelah mana pun masih mengakui Islam. Soal hati, pulangkan pada Allah. Menolak hukum Allah, memang boleh menjatuhkan seseorang Islam sama ada fasik, zalim atau kafir. Tetapi “soal kafir” itu terlalu berisiko untuk kita menetapkannya.

Mendakwa seseorang atau sesuatu pihak fasik atau zalim tidak sama dengan menuduhnya sebagai kafir. Pernah Sayidina Khalid Al Walid sendiri dimarahi oleh Rasulullah SAW kerana memerangi orang yang masih mengaku Islam. Jadi, pada pandangan saya yang terbatas, selagi pihak kita dan lawan masih Islam – tentu ada titik persamaan di mana-mana. Marilah kita cari, dan manfaatkan persamaan itu. Yang masih berbeza, mari kita terima realitinya – teruslah “berperang” dan tentunya wajib dilaksanakan secara beradab dan ikhlas jua!

Sayang, bila kita bergaduh hampir dalam setiap masa, setiap perkara dan suasana. Saya cuba melalui jalan tengah untuk bercakap kepada sahabat-sahabat yang pelbagai aliran malam pada malam itu. Saya cuba, berjaya atau tidak… saya pulangkan kepada Allah dan orang Islam yang lain menilainya.

Selepas Subuh esoknya, saya menziarahi ayah dan ibu… picit-picit kakinya dan berangkat semula ke KL dengan bas yang paling awal. Sempat saya semak email dan blog. Saya masih ternanti-nanti satu email undangan ceramah yang telah dibuat secara mulut sebelum itu. Serba-salah, untuk membuat keputusan justeru ada dua tiga program yang bertembung. Tetapi saya lebih utamakan penulisan dalam majalah SOLUSI bilangan ke 10 – isunya sudah ada, tetapi masih terkial-kial untuk menulis. Tajuknya, SUDAH BERKESANKAH SOLAT DAN PUASA KITA?

Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya. Maaf, saudara-saudaraku, ku titipkan catatan ini justeru ingin mengharapkan doa darimu. Semoga semua kita diberi keikhlasan dalam apa jua yang kita buat. Mari kita sibukkan diri kita sesibuk-sibuknya. Mengapa? Kembali ke ayat pertama tulisan saya ini…

(Di bawah saya ketengahkan kertas kerja yang dimaksudkan. Kita jumpa lagi nanti setelah saya keluar dari Lembah Azween ini… Insya-Allah).

KERTAS KERJA:

DILEMA  MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR

01.	MUKADIMAH

1.1	Usaha pengupayaan ummah mestilah bermula dengan faktor manusia. Soalnya, manusia yang bagaimanakah ingin kita bina untuk memperkasa umat Islam-Melayu masakini? Apakah kita sudah ada gambaran jelas tentang “end product” (produk akhir) yakni rupa lahir dan batin tenaga manusia yang ingin kita hasilkan daripada proses pembangunan insan yang sering diuar-uarkan?

1.2	Allah SWT telah menjelaskan dua ciri penting “tenaga kerja terbaik” buat melaksanakan misi pengupayaan umat ini. Dalam Al Quran, Allah telah merakamkan peristiwa kekaguman anak perempuan Nabi Syuaib AS terhadap Nabi Musa AS yang telah menolong mengangkat air untuk memberi minum kambing-kambing peliharaan mereka. Kisah ini menjadi latar di sebalik firman Allah ini:

“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja, adalah orang yang kuat lagi amanah.” Al Qasas: 26

1.3	Istilah  ‘Al Amin’ dalam ayat itu merujuk kepada sifat mukmin (amanah). Perkataan ‘Al Qawi’ (kekuatan) merujuk kepada ciri-ciri keperkasaan (professional)). Justeru , pengertian “Al Amin” dan “Al Qawwi” dalam konteks kontemporari merujuk kepada faktor integriti seperti jujur, amanah, telus, sabar dan lain-lain sifat mahmudah yang disepadukan dengan nilai-nilai kompetensi seperti berilmu, berketrampilan, menguasai Sains dan Teknologi, mampu berkomunikasi dan sebagainya.

1.4	Secara ringkasnya, modal insan yang ingin kita lahirkan ialah mereka yang mempunyai integriti (“high touch”) sekaligus memiliki kompetensi (“high tech”) untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara dari segi spiritual dan material dengan mensejajarkan pelaksanaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, peranan hamba dan khalifah, keupayaan diri dan masyarakat, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, demi kebahagiaan dunia dan akhirat,  berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (ketinggian teknologi).

02. BERMULA DENGAN ILMU

2.1	Langkah pertama untuk menuju perubahan ialah memiliki ilmu. Ayat Quran yang pertama bermula dengan iqra’ – bacalah. Maksudnya, membaca itu anak kunci kepada ilmu. Sedangkan ilmu itu pula ialah kunci kepada kejayaan. Nabi Sulaiman pernah ditawarkan untuk memilih samada harta, kuasa atau ilmu. Ternyata, Nabi Sulaiman memilih ilmu, lalu baginda mendapat ketiga-tiganya sekali – ilmu, harta dan kuasa. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya jika kita inginkan kejayaan dunia dan akhirat, mestilah dengan ilmu.

2.2	Setiap kita adalah pemimpin. Untuk memimpin kita perlukan ilmu, sama ada memimpin diri sendiri lebih-lebih lagi untuk memimpin orang lain. Leaders are learners. Jika Melayu ingin maju, menuntut ilmu perlu dijadikan budaya. When you stop learning, you stop leading. Jika budaya “berseronok” dan berhibur secara keterlaluan (hedonisme) seperti yang dipromosikan sekarang terus berleluasa, Insya-Allah Melayu tidak akan maju sebaliknya akan “melayu”.

2.3 	Untuk maju umat Islam memerlukan dua bentuk ilmu. Pertama ilmu wahyu (“revealed    knowledge”) yang fungsinya membangunkan  insan. Kedua, ilmu Aqliah (“aqquired knowledge”) yang fungsinya memajukan kehidupan. Ilmu wahyu terbahagi kepada tiga bahagian yang utama – tauhid, fiqah dan tasawuf (akhlak). Tauhid ialah ilmu yang membentuk sistem kepercayaan (“belief system”), fiqah mengandungi peraturan-peraturan lahiriah (kod tingkah laku), manakala tasawuf ilmu berhubung “peraturan” hati (sistem nilai).

2.4	Pada dasarnya ilmu wahyu ini bersifat mutlak, kecuali  perubahan dari segi pelaksanaan terutamanya dalam bidang fiqah yang bersifat fleksibel selaras dengan perkembangan zaman dan persekitaran. Sehubungan dengan ini, imam mujtahid dibolehkan berijtihad dengan syarat itu mesti dibuat dalam lingkungan syariat juga.

03. PERANAN ILMU

3.1	Matlamat akhir ilmu wahyu ialah melahirkan generasi Muslim yang memiliki sifat-sifat positif dalam hubungannya dengan Allah dan sesama manusia. Apabila sifat-sifat positif ini menjadi amalan, maka akan terbentuklah satu kehidupan yang lebih harmoni, bersatu dan berkasih sayang.

3.2	Ilmu Aqliah pula terbahagi kepada banyak bidang, antaranya sains, matematik, ekonomi, psikologi dan lain-lain. Ilmu ini berguna untuk memberi bentuk kehidupan yang lebih baik di bidang pengangkutan, telekomunikasi, ketenteraan, kesihatan, permakanan dan lain-lain. Berbeza dengan ilmu wahyu, ilmu-ilmu ini bersifat “nisbi” (berubah) dan dinamik. Ia sentiasa berkembang mengikut perkembangan zaman. Pakar-pakar sains, ekonomi, pendidikan, dan lain-lain, bekerja di bidang masing-masing untuk memberikan satu kehidupan yang lebih makmur dan  selesa kepada manusia.

3.3	Walaupun kedua-dua ilmu ini terpisah dari segi fungsinya, tetapi sumbernya tetap daripada Allah jua. Ilmu wahyu lebih “direct” justeru diturunkan kepada para rasul melalui perantaraan Jibrail. Manakala, ilmu aqli bersumberkan akal yang hakikatnya juga dicipta Allah. Jadi sifatnya lebih “in direct”. Atas dasar ini, ada cerdik pandai yang berpendapat ilmu pada dasarnya bersifat “neutral”, terpulang kepada pemiliknya sama ada menjadikannya Islam atau tidak.

3.4	Jika ilmu sains dikembangkan dan digunakan selaras dengan kehendak-kehendak Islam maka jadilah ia ilmu Islam. Tetapi, jika ilmu agama sekalipun tapi digunakan bertentangan dengan kehendak Islam, maka ia jadi tidak Islamik. Menurut mereka, tidak timbul istilah “mengislamkan” ilmu, yang perlu “diislamkan” cuma manusianya sahaja!

3.5	Ilmu wahyu dan ilmu aqliah sangat perlu untuk menjalankan peranan manusia di dunia – hamba Allah dan khalifah. Ilmu wahyu yang diletakkan pada taraf fardu ain, sangat penting untuk membentuk sifat kehambaan seperti taat, sabar, patuh, reda, qanaah, pemurah, pemaaf dan sebagainya. Masyarakat yang menghayati dan mengamalkan ilmu wahyu akan menjadi sebuah masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu, bebas daripada penyakit sosial seperti zina, arak, judi, dadah dan lain-lain. Penghayatan ilmu wahyu juga dapat membendung kejahatan dari dalam diri manusia, di samping penguatkuasaan undang-undang dan peraturan lahiriah.

3.6	Ilmu Aqliah yang diletakkan pada taraf fardu kifayah, sangat penting untuk melahirkan sifat kekhalifahan dalam memimpin, mengurus dan mentadbir dunia dengan bijak, kompetensi, cekap, kreatif, inovatif, produktif dan lain-lain “comparative advantage” (daya saing). Masyarakat yang membudayakan ilmu aqliah akan menjadi masyarakat yang maju, moden dan progresif. Mereka akan bebas daripada sifat malas, jumud, dungu, pak turut dan lain-lain sikap negatif yang membantutkan kemajuan.

3.7	Secara mudah boleh dikatakan, ilmu fardu ain menjadikan manusia baik, ilmu fardu kifayah akan menjadikan manusia cerdik. Kedua-duanya penting kerana orang yang cerdik tetapi tidak baik, akan menipu. Manakala orang yang baik tetapi tidak cerdik akan ditipu. Maka untuk mengelakkan daripada menipu dan ditipu, kita perlukan kedua-dua jenis ilmu. Ia tidak boleh dipisahkan justeru kepentingannya untuk mencapai ketinggian dunia dan akhirat.

3.8	Dengan kebaikan dan kecerdikan yang dibina oleh kedua-dua ilmu ini manusia akan menjadi hamba Allah dan khalifah yang sempurna. Akan terbangunlah tamadun rohani dan pembangunan fizikal yang memartabatkan semula umat Islam sebagai “khaira ummah” – umat terbaik!

04.	 PROSES FIKIR DAN ZIKIR

4.1 Untuk mendapat kedua-dua ilmu ini, ada dua proses yang perlu dilalui oleh umat Islam. Kedua-dua proses ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. menerusi firman-Nya:

Maksudnya: Mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

(Surah Ali ‘Imran: 191  )

Dua proses itu ialah “zikir” dan “fikir”. Ulama menjelaskan zikir yang dimaksudkan ialah membaca, memahami dan mengambil iktibar secara lansung daripada ayat-ayat “maqruah” (al-Quran). Manakala yang dikatakan fikir pula ialah melihat, merenung dan berfikir tentang ayat “manzurah” (alam dan segala ciptaan Allah).

4.2	Zikir dan fikir adalah seperti irama dan lagu. Ia tidak boleh dipisahkan. Dengan berfikir, kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam yang teratur dan tersusun tentu ada pengaturnya. Mustahil fikir akal, alam yang tersusun ini terjadi dengan sendiri. Tentu ada yang menciptanya. Siapakah dia? Sampai ke tahap ini, dengan berfikir semata-mata, akal tidak akan mendapat jawapannya. Maka ketika itulah fikir mesti merujuk kepada zikir, yakni ayat al-Quran. Dalamnya terjawab dengan jelas nama, sifat dan perbuatan Pencipta yang Maha Agung – Allah. Benarlah kata Buya Hamka, “Hujung akal (fikir) adalah pangkal agama (zikir).”

4..3	Namun “fikir” tetap penting. Ia adalah asas segala ilmu aqliah – sains, matematik, geografi dan lain-lain. Dengan berfikir seseorang akan mengetahui rahsia ciptaan Allah – haiwan, tumbuhan dan planet-planet. Pengetahuan ini akan membolehkan manusia menjadi “pakar” tentang alam seterusnya menguasainya. Apabila manusia sudah menguasai alam, maka dengan mudah mereka membangun, mengurus dan mentadbirnya.

4.4 	Faktor “fikir” inilah yang meletakkan darjat manusia lebih tinggi daripada malaikat sekali gus layak menjadi khalifah di muka bumi. Walaupun pada mulanya, para malaikat seolah-olah “ragu” dengan keputusan Tuhan untuk menjadikan Adam, tetapi akhirnya malaikat akur apabila Tuhan menunjukkan betapa hebatnya manusia mengetahui “nama-nama benda”. Firman Allah:

Maksudnya:  Dan diajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya.

(Surah al-Baqarah: 31)

4.5	 Maksud “dan diajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya,” dalam ayat Quran itu sebenarnya adalah lebih mendalam. Bukan sekadar namanya tetapi “sifat-sifat benda” (attribute of nature) itu juga turut terangkum dalam makna yang dimaksudkan. Dengan kelebihan itu, manusia menjadi makhluk yang paling arif tentang sunnatullah (law of nature) sekali gus melayakkan mereka menjadi khalifah. Walaupun, manusia mempunyai potensi membinasa (seperti yang pernah “dibimbangkan” oleh malaikat) namun dengan akal mereka juga berpotensi membangunkan dunia ini.

4.6	Jawatan khalifah tidak diserahkan kepada malaikat, justeru walaupun dunia akan “aman”, tetapi ia akan muram, beku dan tidak membangun. Lalu bagaimana untuk menghindarkan manusia yang berpotensi membina dan membinasa ini menjalankan peranannya dengan baik? Ya, fikir manusia mesti diiringi oleh zikir. Maksudnya potensi aqliah mesti dipimpin oleh wahyu. Wahyu mesti menjadi dasar, pemantau dan pengawal akal fikiran.

4.7	Untuk maksud itu, Tuhan telah mengutuskan rasul demi rasul agar akal manusia sentiasa dipimpin oleh wahyu. Dengan itu “fikir” manusia sebagai khalifah akan dipimpin oleh “zikir”nya sebagai hamba Allah. Hanya dengan jiwa hamba sahaja manusia akan dapat melaksanakan peranannya sebagai khalifah. Tanpa menjadi hamba kepada Allah, manusia tidak akan dapat menggunakan kuasa “fikir”nya untuk membina sebaliknya membinasa.

05.	 AKIBAT KELEMAHAN ZIKIR & FIKIR.

5.1	Umat Islam masa kini sedang menderita akibat kekurangan fikir dan zikir. Akibat lemah “zikir” (penghayatan terhadap ilmu wahyu atau fardu ain), umat Islam tidak bersatu padu, berkrisis sesama sendiri dan mengalami pelbagai penyakit sosial. Dari segi keruntuhan akhlak, masyarakat Islam seolah-olah sama sahaja dengan masyarakat bukan Islam.

5.2	Manakala akibat lemah “fikir” umat Islam ketinggalan dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain lagi. Umat Islam tidak lagi menjadi khalifah di dunia tetapi menjadi “Pak turut” kepada Barat. Pencerobohan Afghanistan dan Iraq misalnya, turut disokong oleh negara-negara Islam yang tunduk kepada Amerika. Kenapa terjadi demikian? Sebab, kita tidak ada kekuatan senjata, ekonomi, media dan sebagainya.

5.3 	Kita mesti kembali menguatkan zikir dan fikir. Inilah jalan penyelesaiannya. Sayangnya, ini juga menimbulkan satu lagi dilema – yang mana lebih dahulu zikir atau fikir? Kita dapati ada sesetengah pihak lebih cenderung “berzikir”, sementara ada pihak lain yang condong “berfikir”. Malah sedang berlaku semacam satu pertembungan antara ilmu wahyu dan ilmu aqli, fardu ain dan fardu kifayah, peranan hamba dan khalifah.

5.4	Mana lebih kita perlukan hafiz atau saintis? Pakar hadis atau pakar IT? Isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang heboh diperkatakan satu ketika dulu adalah rentetan daripada pertembungan itu. Padahal, jelas Islam memerlukan umat yang bersepadu yakni mereka yang kukuh ilmu wahyunya, teguh ilmu akalnya – bersih rohani, canggih teknologi!

5..5	Ada ibu bapa yang cenderung menghantar anaknya ke sekolah agama kerana bimbangkan anak mereka menjadi mangsa penyakit sosial. Mereka beranggapan, hanya ilmu agama sahaja akan menjadi perisai terhadap gejala itu. Sebaliknya pihak yang sinis dengan sekolah agama pula beranggapan bahawa masyarakat Islam akan kekurangan doktor, jurutera, peguam, pakar ekonomi dan lain-lain golongan profesional jika trend menghantar anak ke sekolah agama ini dibiarkan berterusan.

5.6	Jika dibiarkan kedua-dua pihak terus bertelagah, dikhuatiri akan muncul dua produk serpihan sistem pendidikan yang tempang ini. Pertama golongan agamawan yang banyak zikir kurang fikir – “baik” di sudut akhlak tetapi kurang berkesan dan tidak cekap dalam pengurusan dan pentadbiran bidang-bidang profesional.  Kedua, golongan profesional yang banyak fikir kurang zikir – cekap melaksanakan peranan khalifah (pengurusan dan pentadbiran) tetapi penuh dengan sifat-sifat mazmumah seperti pembohong, tamak, pecah amanah dan rasuah.

06.	DILEMA – MANA DAHULU ZIKIR ATAU FIKIR?

6.1	Dilema itu seharusnya tidak timbul jika kita benar-benar faham bagaimana kedua-dua ilmu itu disampaikan kepada manusia. Tokoh-tokoh silam yang tersohor, misalnya Imam Ghazali, walaupun terkenal sebagai ulama dalam bidang tauhid, fiqah dan tasawuf, tetapi beliau juga pakar dalam bidang astronomi, falsafah dan bahasa. Manakala tokoh seperti Ibnu Sina, yang terkenal dalam bidang perubatan, ialah seorang hafiz dan turut memiliki pengetahuan yang tinggi dalam ilmu hadis. Dan jika kita menyingkap kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Ghazali, sewaktu membicakan soal “fikir”,  jelas memaparkan betapa tingginya ilmu beliau tentang bintang-bintang, haiwan dan tumbuhan.

6.2	Jarang kedapatan ulama yang mampu mengintegrasikan ilmu wakyu dan ilmu aqli dalam sebuah buku pada masa kini. Di sekolah-sekolah para ustaz dan uztazah yang mengajar ilmu Tauhid tidak mengaitkannya dengan asas-asas sains sedangkan al-Quran kaya dengan dasar-dasar sains apabila Tuhan mendorong manusia melihat dan merenung bagaimana bumi, langit, gunung-ganang dan haiwan diciptakan.

6.3	Sebaliknya, guru-guru sains pula tidak langsung menyelitkan unsur-unsur tauhid sewaktu mengajar tentang kejadian hujan, kitaran pemakanan, pembiakan haiwan dan sebagainya. Alhasil, agama telah diajar tanpa fikir. Sains diajar tanpa zikir. Lalu bagaimanakah nanti para pelajar hendak mengaitkan agama dengan kehidupan dan menyusun kehidupan dengan agama?

6.4	Hakikatnya,  ilmu wahyu bolehlah diumpamakan sebagai dasar (tapak) pada ilmu Aqli yang menjadi bangunannya. Tanpa bangunan, tapak tidak mempunyai apa-apa makna. Manakala tanpa tapak yang kukuh, bangunan walau sebesar mana pun pasti akan runtuh.

6.5	Sepatutnya, kedua-dua ilmu perlu disampaikan secara bersepadu justeru begitulah al-Quran diturunkan untuk difahami, dihayati dan diamalkan oleh manusia. Biologi, Fizik dan lain-lain mata pelajaran sains sewajarnya menjadi landasan atau saluran manusia untuk mengenal dirinya sebagai hamba Tuhan dan kemudian menggunakan ilmu-ilmu yang sama untuk melaksanakan peranannya sebagai “wakil” (khalifah) di muka bumi.

07.	SEPADUKAN ZIKIR DAN FIKIR.

7.1	Soalnya, bersediakah pakar-pakar dalam bidang pendidikan dunia Islam melihat perkara ini dengan lebih kritis, adil dan profesional tanpa dibauri oleh kepentingan dan tekanan ahli-ahli politik? Mampukah pakar-pakar pendidikan kita membentuk satu kurikulum pelajaran dan pendidikan yang meletakkan input tauhid dan sains dalam satu bekas yang sama? Dapatkah dasar pendidikan dibentuk dengan meletakkan elemen fikir dan zikir pada satu paksi yang sama?

7.2	Hingga dengan itu para ustaz mampu mengajar sains dan guru sains pula boleh mengajar agama? Hingga dengan itu, mata pelajaran agama tidak “kering” atau “beku” nilai-nilai aqliahnya justeru disiram oleh fakta dan hujah saintifik. Manakala subjek sains tidak dibiarkan “bebas” daripada nilai rohani, bila diikat oleh roh tauhid dan tasawuf?

7.3	Ya, mungkin inilah antara cabaran utama umat Islam untuk meletakkan Islam ke era kegemilangannya semula. Masalah yang selalu menghantui umat Islam ialah mereka sendiri sama ada tidak faham ataupun salah faham terhadap Islam. Kemelut di bidang pendidikan ini mesti segera diatasi. Percayalah, kita masih mempunyai ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan. Walaupun jumlahnya masih kecil, kini sudah ada golongan ulama yang mampu berhujah dengan fakta sains, matematik, falsafah dan ekonomi. Juga telah muncul para doktor, saintis, akauntan dan jurutera yang arif atau hafaz al-Quran.

7.4	Walaupun di tahap baru mencuba-cuba, kini telah ada buku-buku bacaan yang mula mengintegrasikan fikir dan zikir. Langkah ini setidak-tidaknya, telah bermula. Insya-Allah ia akan bertambah semarak dari semasa ke semasa. Ataupun kalau langkah itu masih jauh, mengapa tidak golongan agama dan golongan profesional yang telah dididik dalam “bekas” yang berlainan pada masa kanak-kanak dan remaja dahulu, kini kembali bersatu dalam bekas yang sama untuk saling bekerjasama membentuk satu barisan “fikir dan zikir” yang sepadu? Setidak-tidaknya, kita boleh bersatu demi mengelakkan konflik atau krisis yang tidak perlu.

7.5	Zikir dan fikir mesti bersatu, bukan berseteru! Malangnya, kini umat Islam Melayu berpecah – dan salah satu puncanya adalah kegagalan menyatukan semula fikir dan zikir serta segala permasalahan dan cabaran yang berkaitan dengannya. Dan akhirnya, ini membawa kepada satu pertembungan tradisi yang sudah sekian lama berlaku dalam diri umat Islam – memperjuangkan agama atau bangsa?

08.	PEJUANGKAN AGAMA ATAU BANGSA?

8.1		Usaha untuk menyatukan semula antara zikir dan fikir sepertimana yang saya sebutkan sebelumnya, akan membawa kita kepada satu lagi persoalan yakni antara bangsa dan agama yang mana satu patut didahulukan? Pertembungan antara semangat nasionalisme dengan agama punya rentetan sejarah panjang dalam sejarah Islam. Tidak sedikit pihak yang berpendapat bahawa semangat nasionalisme Arab adalah suntikan penjajah untuk melemahkan dunia Islam Arab hingga memecahbelahkan mereka kepada beberapa negara seperti yang kita lihat pada hari ini.

8.2	Pernah saya diajukan soalan, apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Pernah juga pada satu ketika yang lain seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?

8.3	Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.

8.4	Persoalan ini bukan sahaja telah dijadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu yang bersifat sempit. Maka menurut golongan tersebut, memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu.

8.5	Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat “asabiyah qaumiyah” dan itu adalah warisan jahiliah. Se¬balik¬nya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu.

8.6	Dari sini timbullah kumpulan yang selalu dilabel sebagai pejuang nasionalis dan pejuang Islam. Ada yang menggunakan label agama ada yang menggunakan label bangsa. Masing-masing mengaku bahawa perjuangan merekalah yang lebih tepat. Atas dasar itu, berlakulah pertarungan sengit yang tidak habis-habis walaupun hakikatnya kedua-dua kumpulan adalah seagama dan sebangsa.

09.	SIAPA LEBIH  ISLAM, SIAPA LEBIH MELAYU?

9.1	Siapa yang lebih Islam dan siapakah yang lebih Melayu?  Dari sini timbullah krisis pemikiran dan tindakan yang muncul dalam pelbagai isu yang datang bertimpa-timpa. Antaranya manakah soal yang lebih penting fardu ain atau fardu kifayah, kerohanian atau pembangunan, hudud atau pendidikan, “ritual” atau “substance”, tudung di kepala atau iman di dada, ekonomi atau akhlak, hafiz atau teknokrat syariat atau syiar dan macam-macam lagi…

9.2	Terlepas daripada pola berfikir berasaskan kepentingan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Realitinya, dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim.

9.3	Definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara 160, tafsiran:

“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan:

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.

9.4	Jelas melalui tafsiran itu, ada tiga ciri orang Melayu –, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. Hakikat ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri jati diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” Islamnya, maka secara automatik dikatakan hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

9.5	Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain.

9.6	Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak. Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Allah untuk menentukannya.

9.7	Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap dua kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir manakala yang batin, diserahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

9.8	Jika  demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

9.9	Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu.  Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai “orang Melayu” kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu.

10.	 KONFLIK ISLAM MELAYU?

10.1	Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleran seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia. Jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu.

10.2	Kita sewajarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam adalah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu. Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Buddha, Hindu).

10.3	Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-sama menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. Jika demikian, di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matlamat yang sama (walaupun mungkin tidak serupa)?

10.4	Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok mana yang akan berjaya, maka orang Melayu Islam juga yang akan mendapat manfaatnya. Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok agama mahupun “kelompok bangsa” kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan?

10.5	Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habis-habis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa.

10.6	“Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama. Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salah-menyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi.

11.	METAFORA KERETA ROSAK

11.1	Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga jika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apa jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “Melayu-Islam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu ialah kereta yang sama? Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memartabatkan agama.

11.2	Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekali gus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diuar-uarkan oleh pejuang agama? Inilah “Hasanah Dunya” dan “Hasanah Akhirah” yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara?

11.3	Jelas, “kereta” sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembap? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung? Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wujud perbezaan dari segi hala dan tujuannya.

11.4	Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu? Atau ada “Hidden Agenda” lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa.

11.5	Maksudnya, “kereta” dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada “kereta lain” yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak. Asabiah bangsa dan fanatik agama ialah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok.

11.6	Jadi  musuh kita yang sebenar bukanlah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut! Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan berusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terus menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat.

11.7	Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – terlalu jauh seperti jauhnya langit dengan bumi. Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, “batu api” yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih.  Insya-Allah, lambat cepat, biduk lalu… kiambang akan bertaut!

12.	 HUBUNGAN “SIMBIOTIK” MELAYU ISLAM.

12.1	Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya. Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang daripada Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses “litarrafu” (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan. Malah takrif Melayu yang begitu “terbuka”, sifatnya menyebabkan bangsa Melayu bersifat alami dan sangat sinonim dengan Islam yang juga bersifat demikian.

12.2	Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan betapa pernah wujud keserasian yang begitu unik antara Melayu dengan Islam pada zaman keagungan empayar Melayu Melaka. Faktor Islam telah memberi satu upaya yang begitu tinggi dalam proses pembinaan tamadun rohani dan material Kesultanan Melayu Melaka yang begitu dikagumi oleh Eropah, India dan China pada masa itu.

12.3	Islam telah memberi nafas baru bukan sahaja kepada kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu, malah bahasa Melayu telah diresapi istilah-istilah Islam yang telah membuat satu anjakan paradigma dan “re-engineering” sebagai bahasa pengantar dalam bidang falsafah, teknologi, kesusasteraan dan lain-lain.

12.4	Ketika itu kedudukan Islam mula diperkukuhkan dan disebarkan ke seluruh Alam Melayu apabila sultan dan rakyat memeluk Islam dan pada masa yang sama bangsa Melayu mula mendapat kekuatan mereka hasil pegangan mereka terhadap ajaran Islam. Bangsa Melayu hampir-hampir mendapat gilirannya sebagai bangsa pembina empayar dengan Islam selepas bangsa Arab, Turki dan Monggol, jika tidak ditakluki oleh Portugis, Belanda dan Inggeris akibat kemerosotan pegangan mereka terhadap Islam.

13.	RUMUSAN.

13.1	Sebenarnya tidak wujud konflik langsung antara keinginan untuk menjadi Muslim yang sejati dengan Melayu yang tulen.  Islam adalah “content” dan Melayu boleh disifatkan sebagai “container”. Islam harus menjadi teras dan sendi yang menjadi tunjang dan pengimbang dalam usaha membangunkan bangsa. Islam atas sifatnya yang sejagat mengambil kira faktor setempat aspek budaya, adat kebiasaan dan lain-lain elemen kelaziman untuk menegakkan syariat dan nilainya dalam diri sesuatu bangsa.

13.2	Para ulama, umara, budayawan dan teknokrat Islam sejak awal-awal lagi telah memanfaatkan hubungan yang simbiosis ini dalam membangunkan budaya, berpakaian, makan minum seni bina, keintelektualan, hasil kesusasteraan dan lain-lain. Hingga dengan itu titik perbezaan antara agama dan bangsa dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.

13.3	Ketegasan di aspek akidah misalnya tidak menyekat langsung kefleksibelan Islam di dalam aspek-aspek yang boleh ditolak ansurkan. Dalam berpakaian, wanita Islam Melayu telah menegakkan hukum menutup auratnya dengan tudung dan baju kurungnya. Begitu juga seorang lelaki Muslim begitu segak dengan identiti Melayunya – bersongkok dan berbaju Melayu sekali gus menampilkan imej kesopanannya menurut ajaran Islam. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dipaparkan bagi membuktikan bahawa Islam dan Melayu boleh ditegakkan secara bersepadu.

13.4	Cubalah kita kaji dan selidik sedalam-dalamnya (tentunya dengan sifat lapang dada) nescaya kita akan dapati banyak titik temu antara Islam dan Melayu dalam khazanah sejarah lampau, mahupun dalam zaman-zaman yang mendatang.  Langkah inilah yang pernah dilakukan dengan penuh ketulusan dan kesabaran oleh Rasulullah s.a.w. dalam mengubah bangsa Arab.

13.5	Selain akidah dan beberapa amalan jahiliah yang jelas menyimpang, Rasulullah s.a.w. terus mengekalkan banyak tradisi dan amalan umat Arab yang baik-baik. Ini juga telah diteladani oleh ulama, umara dan ummah silam pada era Empayar Melayu Melaka, jadi kenapa kita tidak mengikut jalan yang sama? Kenapa begitu sukar kita temui titik temu antara perjuangan Islam dan Melayu? Apakah masalah sebenarnya, pada Islam, pada Melayu atau pada diri kita sendiri?

14. PENUTUP.

14.1	Akhir kata, usaha pengupayaan ummah mesti dilaksanakan melalui dua langkah secapa bersepadu. Pertama, berusaha secara optimum untuk me¬miliki kekuatan ilmu, ekonomi, sains, teknologi dan ke¬tenteraan pada skala tinggi. Inilah yang saya maksudkan dengan FIKIR. Kedua, membentuk masya¬rakat ber¬akhlak mulia berasaskan nilai-nilai teras agama. Ini yang saya maksudkan dengan ZIKIR.

14.2	Sekiranya kedua-dua kekuatan ini berjaya dimiliki, Melayu-Islam bukan sahaja akan mampu mempertahankan diri dalam era neo-klonialisma, bahkan berpotensi memimpin negara-negara Islam menjadi negara yang aman makmur dan mendapat keredaan  Allah.

14.3	Untuk memiliki dua kekuatan itu (fikir dan zikir), bangsa Melayu-Islam mesti menjadi Mukmin Profesional (istilah yang mungkin masih baru) – yakni mereka yang profesional justeru mempunyai kemahiran dan keterampilan yang tinggi dalam membangun¬kan kehidupan dengan cekap dan berkesan. Dan mereka Mukmin kerana memiliki sifat-sifat baik seperti integriti, jujur, amanah dan lain-lain sifat mahmudah. Insya-Allah. Amin.

WAHAI PEMIMPIN, INGATLAH MATI!
Soal ‘pergeseran’ di kalangan ahli-ahli politik adalah perkara biasa. Namun ia seharusnya terkawal di tahap persaingan sihat dalam amalan demokrasi. Bagi ahli politik yang beragama Islam  pula, pergeseran itu tidak boleh sama sekali  melanggar prinsip akidah, syariah dan akhlak Islamiah.  Malangnya kini pergeseran itu sudah sampai ke tahap ‘terlampau’ sehingga kestabilan  negara dan nilai agama mula tercemar.  Wajah politik negara  sudah  tidak harmoni lagi.

Untuk menjernihkan keadaan, keikhlasan dalam berpolitik sangat diperlukan. Justeru dengan keikhlasan sahaja ahli-ahli politik akan dapat menguruskan perbezaan ini dengan baik. Soalnya, bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah? Sesungguhnya usaha ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik-tolakkan sistem keyakinan (iman) – percaya kepada Allah dan hari akhirat.

Langkah pertama, betulkan niat kita berpolitik. Tujuan berpolitik  mesti disejajarkan dengan dua tujuan utama manusia diciptakan  – menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Bagaimana politik boleh dijadikan ibadah? Gagasan “berpolitik sebagai ibadah” yang pernah diutarakan suatu masa dulu perlu dipandang serius .

Jangan biarkan gagasan itu menjadi retorik politik. Ia mesti digerakkan sehingga ahli-ahli politik Melayu Islam mula bermuhasabah apakah niat, pendekatan dan pelaksanaan politik mereka sudah boleh dijadikan ibadah?

Berpolitiklah kerana Allah demi berbakti kepada manusia. Ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakat untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah. Dan mereka juga mesti mengurus, mentadbir serta memakmurkan negara berpandukan syariat dan akhlak Islamiah. Tegasnya, jadilah hamba Allah sebelum menjadi khalifah!

Allah mesti menjadi paksi segala dorongan, pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara .  Inilah asas dan teras sifat ikhlas – melakukan atau meninggalkan sesuatu, hanya kerana dan untuk Allah. Pada ketika itu kuasa bukan lagi  dilihat sebagai satu anugerah tetapi amanah dari Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat!

Bahagia atau celakanya kita di akhirat sana sangat bergantung pada sejauh mana kita melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya di dunia  sini. Ingatlah, kita akan mati. Dengan mengingati mati barulah lahir ahli politik yang benar-benar ikhlas.

Ahli politik yang ingat mati akan mempunyai  kesedaran bahawa ‘KPI’nya bukan sahaja dinilai oleh rakyat dan atasannya tetapi juga oleh Allah s.w.t. Bagi ahli politik seperti ini, kerja-kerja politik adalah urusan ibadah yang tidak hanya melibatkan soal hidup sebelum mati tetapi berkait terus dengan hidup selepas mati.

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Begitu maksud hadis. Maksud “ditanya” itu bukan sekadar tentang keadaan rakyatnya  di dunia tetapi juga keadaan rakyat di akhirat.  Bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep ini. Ia dengan sendirinya akan menyelesaikan masalah perebutan kuasa, politik wang, budaya fitnah dan lain-lain perkara negatif yang tidak henti-hentinya ini.

Hanya apabila pemimpin mengingati mati,  urusan hidup (termasuk politiknya) akan dibuat dengan rasa takut kepada Allah. Sejarah telah menyaksikan bagaimana  amanah dan profesionalnya “ahli politik” yang ingat mati seperti Rasulullah saw, Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Umar Ibn Aziz,  (sekadar menyebut beberapa nama)  memimpin, mengurus dan mentadbir keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Rasulullah saw diberitakan paling kurang 70 kali sehari mengingati mati. Sayidina Abu Bakar, pernah memegang ranting kayu kering sambil berkata, “alangkah baiknya jika aku jadi ranting kayu ini kerana tidak dihisab oleh Allah di akhirat nanti”. Sayidina Umar pernah berkata, “jika semua manusia ditakdirkan ke syurga kecuali seorang, maka  aku bimbang akulah dia  yang seorang itu.”

Hanya orang yang ingat mati sahaja boleh memimpin dengan baik. Bukan sahaja kerana mereka lebih amanah, jujur, dan adil, bahkan ingat mati akan menjadikan mereka  produktif, cekap dan kompeten. Amat-amatilah di sebalik kata Sayidina Umar ini:

“Aku kurang tidur pada siang hari kerana takut urusan rakyat ku tidak selesai. Aku kurang tidur di malam hari kerana takut urusan ku dengan Allah tidak selesai…”

Ertinya,  ingat mati akan mengusir sikap bertangguh. Ingat mati akan mendorong kita melakukan kebaikan di tahap maksimum kerana sedar kerja kita bukan hanya dinilai oleh manusia tetapi juga oleh Allah. Oleh itu, wahai pemimpin…ingatlah mati!