RSS

Arkib Kategori: Semasa

CERITA PASAL MAKAN

makanDalam krisis ekonomi sekarang, isu yang ada kaitannya dengan makanan menjadi topik yang semakin hangat diperbincangkan. Apa tidaknya, ramai yang masih boleh bersabar jika harga barangan lain naik, tetapi jika harga makanan yang naik, semua pihak kelam-kabut. Miss baju baru masih ‘Ok’, tetapi kalau miss sorru, semua ‘Ko’. Graf keresahan masyarakat semakin melonjak bila bilangan pengangguran diramal memuncak.

Ini semua akibat kemelesetan ekonomi yang mulanya melanda Amerika. Bagai domino, bila ekonomi US rebah, menyebabkan semua yang berkaitannya rebah sama. Ironinya, US yang semakin galak menampakkan kecenderungan untuk menjaga ‘keselamatan manusia’, arus pemikiran dan perlakuan, bagi menentu-corakkan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia itu kini sedang terkial-kial mengatasi masalahnya sendiri.

Sebenarnya, ini bukanlah pertama kali rakyat Malaysia marahkan Amerika. Rekod Amerika memang sudah sedia lama tercemar lantaran sering menyebelahi Yahudi dalam pertikaian Arab-Israel di Timur Tengah. Semuanya itu masih basah dalam ingatan umat Islam. Kemarahan terhadap Uncle Sam kali ini mengingatkan kita kembali kepada percubaan demi percubaan memboikot barang-barang keluaran Amerika yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Walaupun usaha itu tidak mendatangkan kesan terhadap Amerika, namun sekurang-kurangnya ia membuktikan bahawa sesuatu masih boleh dilakukan demi menjaga maruah negara dan agama. Memboikot barang keluaran Barat, kalaupun tidak sampai menjejaskan mereka tetapi setidak-tidaknya ia boleh menguntungkan kita. Sekurang-kurangnya wang kita selamat dari terjatuh ke tangan Barat. Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by di 26 Februari 2009 in Semasa

 

Label: , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,367 other followers